Sumber : Slavin (1989)
3. Berfokus 4 Memudahkan Kefahaman 5 Menarik Minat
Pelaksanaan
Berpusatkan Guru: Sekurang-kurangnya kaedah dan teknik ialah 1. Perbincangan 2. Kuliah 3. Bercerita 4. Perbandingan & Beri Contoh 5. Targhib & Tarhib 6. Kontekstual
Pendekatan Berpusatkan Pelajar: Sekurang-kurang kaedah dan teknik ialah 1.Pasak, Pugar, &
Sumber: Kamarul Azmi Jasmi (2010)
Kesimpulannya berdasarkan perbincangan daripada teori dan model yang telah diperkenalkan oleh ramai pengkaji berkaitan dengan guru berkualiti atau cemerlang menunjukkan bahawa mereka merupakan golongan yang berpengetahuan yang tinggi, berpengalaman yang luas dalam pengajaran dan pembelajaranserta memiliki kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai aspek seperti komunikasi, pengurusan, perhubungan awam dan sebagainya disamping mempunyai tahap motivasi yang tinggi dalam menjalankan tugas sebagai pendidik yang memiliki keperibadian yang unggul.
Kualiti dalam penguasaan kaedah P&P
Kualiti yang pertama adalah dari aspek kaedah yang diaplikasikan oleh guru semasa proses P&P dilaksanakan di dalam kelas. Menurut Kamus Dewan (2007) kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu seperti cara mengajar. Kaedah merupakan satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran (Zawawi Ahmad, 1990). Kaedah juga merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandasakan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Sang, 2002). Menurut Sharifah Alwiah Al-Sagof (1983) menyatakan bahawa kaedah ialah peredaran ke arah sesuatu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Al-Ghazali melalui karangannya Ihya’ Ulumuddin menegaskan bahawa pemilihan kaedah yang sesuai dengan
Sekurang-kurang BBM ialah 1. Kertas Edaran 2. Buku Teks 3. Modul 4. Kertas
Majong 5. Buku Rujukan 6. Gambar BBM
Menyemak Latihan Sumatif
Formatif
Penilaian
mengikut tahap pemikiran murid dapat membantu guru menyampaikan ilmu dengan berkesan sebaliknya sekiranya ilmu yang disampaikan tidak menitikberatkan tahap pemikiran dan kemampuan pelajar akan menyebabkan kekeliruan dan ketidakfahaman di kalangan murid mengenai ilmu yang dipelajari. Ini ditegaskan oleh Al-Syaibani (1979) yang menyatakan pemilihan kaedah yang betul dan sesuai mengikut tahap pemikiran murid dapat membantu mereka memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap serta tingkah laku menanam minat dan nilai yang diingini
Penguasaan guru terhadap kaedah-kaedah pengajaran yang yang betul adalah penting dalam P&P kerana kurikulum atau sukatan pelajaran yang baik sekali pun tidak ada gunanya sekirannya tidak seiring dengan pemilihan kaedah pengajaran yang betul dan guru-guru yang berkualiti (Ahmad Mohd Salleh, 2010). Menurut al-Ghazali (t.th.), kualiti guru dapat dilihat melalui kepandaiannya menggunakan kepelbagaian kaedah yang sesuai dalam P&P dengan mengukur tahap kemampuan pelajar dalam menerima sesuatu ilmu yang disampaikan kepada mereka. Di samping itu, guru berkualiti juga sentiasa meneladani Rasulullah saw dalam pengajarannya. Selain keutuhan peribadi Rasulullah saw sebagai contoh teladan yang baik, penggunaan kaedah yang sesuai dengan mengikut kemampuan para sahabat telah berjaya menghasilkan generasi yang mantap iman serta bertaqwa kepada Allah swt. Ini kerana sekiranya kaedah yang digunakan tidak sesuai maka ia akan membawa kepada ketidakcapaian objektif atau matlamat sesuatu P&P. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Apabila seseorang berbicara kepada sesuatu golongan tentang persoalan yang belum sampai otaknya ke sana, maka ia menjadi fitnah kepada sebahagian dari mereka”
(sahih Muslim : 655/3). Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud:
“Kami para Nabi menempatkan masing-masing orang pada tempatnya dan berbicara dengan mereka menurut tingkat pemikirannya”
( Duafa’ Kabir no 42514)
Kedua-dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan penting dalam pemilihan kaedah yang sesuai semasa menyampaikan ilmu yang berkesan serta mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan dalam sesuatu P&P. Justeru itu, kualiti guru yang ditekankan oleh al-Ghazali dalam sesuatu P&P ialah pemilihan kaedah yang sesuai bagi memudahkan murid memahami isi pelajaran mengikut tahap kefahaman mereka. Justeru itu,
kaedah pengajaran memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat sesuatu pengajaran, namun menurut Sharifah Alwiah al-Sagoff (1983), tidak ada satu kaedah yang dikatakan terbaik atau lebih sesuai untuk sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai dengan mengukur tahap perkembangan dan kematangan serta kecerdasan pelajarnya.Terdapat banyak kaedah P&P yang diboleh diaplikasikan oleh GPI dalam Pendidikan Islam. Antaranya ialah syarahan atau kuliah, dialog atau soal jawab, perbincangan, perdebatan,bercerita, hafazan, halaqah, perbandingan atau perumpamaan, Imla’, bermain, lawatan, qudwah hasanah, projek, dapatan dan penyelesaian masalah ( Sharifah Alwiah al-sagoff, 1983; Ghazali Darusalam, 2004; Kamarul Azmi et al., 2007; Noraini Idris & Shuki Osman, 2010; Ahmad Mohd Salleh, 2010 ). Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah al-Sagoff (1983) iaitu kaedah syarahan atau kuliah, kaedah projek, kaedah dapatan dan penyelesaian masalah.
Kualiti dalam pengetahuan isi kandungan terhadap mata pelajaran
Aspek kualiti guru yang kedua dalam P&P menurut al-Ghazali (t.th.) ialah memiliki ilmu pengetahuan berkaitan isi kandungan pelajaran yang diajar . Ilmu pengetahuan adalah perkara utama yang wajib dimiliki oleh guru kerana dialah penyampai ilmu kepada pelajar. Tanpa penguasaan ilmu yang mantap dan kukuh bagaimana seorang guru itu dapat menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan berkualiti. Guru juga bukan sahaja perlu memiliki ilmu pengetahuan berkaitan mata pelajaran yang di ajar malahan pelbagai ilmu sampingan yang lain seperti psikologi, sosiologi, sejarah, bahasa dan sebagainya ( Abdullah Ishak, 1989). Justeru itu, dengan ilmu dimiliki guru dapat menyampaikan ilmu dengan lebih yakin dan berkesan. Bacaan tambahan berkaitan Pendidikan Islam juga perlu diamalkan oleh guru dalam menjadikan dirinya berkualiti seperti bidang pentafsiran al-Quran dan hadis serta bidang feqah, akdidah, sirah dan adab Islamiah. Perkara ini penting bagi membantu guru menguasai bidang Pendidikan Islam dengan mendalam serta mampu menjawab persoalan yang semakin mencabar pada masa kini yang sering diajukan oleh pelajar. Kemampuan dan kematangan guru dalam menjawab persoalan yang sering ditimbulkan oleh pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran boleh menjadikan guru hebat dimata anak muridnya. Oleh itu, dengan penguasaan ilmu yang mendalam dapat meningkatkan kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan (2007), komunikasi bermaskud perhubungan sama ada secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Kualiti guru dalam berkomunikasi dengan pelajar semasa P&P juga merupakan aspek penting yang ditekankan oleh al-Ghazali. Menurut beliau guru yang berkualiti dapat menunjukkan perasaan kasih sayang ketika berkomunikasi, pandai menasihati serta mendisiplinkan pelajar melalui interaksi yang positif antara kedua dua pihak. Menurut Ab. Halim Tamuri dan Kamarul Azmi Jasmi (2010) menjelaskan komunikasi ialah satu aspek yang penting dalam pendidikan kerana keberkesanan sesuatu P&P bergantung kepada keberkesanan komunikasi yang dijalankan. Menurutnya lagi, Rasulullah saw sering menggunakan kata-kata yang jelas dan mudah difahami maksudnya dalam menyampaikan dakwah atau ilmu kepada umatnya.
Menurut Abdull Sukor Shaari (2008), komunikasi yang berkesan pada seseorang guru antaranya ialah berkomunikasi dengan jarak dekat, menggunakan keupayaan kedudukan badan secara lebih terbuka, menggunakan hubungan mata lebih baik dan banyak berinteraksi di dalam kelas. Menurutnya lagi, bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan terdapat beberapa prinsip yang perlu ditekankan oleh seseorang guru bagi memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar iaitu:
1) Kejelasan dalam menggunakan perkataan nagi menghasilkan makna yang sama di dalam pemikiran pendengar sepertimana yang dimaksudkan oleh perucap.
2) Mengelakkan pengulangan bahasa yang boleh menimbulkan rasa kebosanan di kalangan pelajar.
3) Mengelakkan klise iaitu apabila sesuatu ekpresi digunakan terlalu kerap sehingga pelajar sudah biasa mendengar dan menghilangkan ransangan minat seseorang pelajar untuk mendengar penyampaian guru.
4) Menggunakan bahasa kiasan bagi memudahkan pelajar melihat kejelasan dalam maklumat yang disampaikan melalui perbandingan konsep yang baharu dengan yang biasa. Penggunaan bahasa kiasan yang baik boleh menyampaikan maklumat dengan berkesan.
5) Menggunakan tatabahasa yang betul kerana kebanyakan pelajar pendengar akan bertindak balas atau cenderung untuk Nampak ketara kesalahan yang berlaku.
Kualiti dalam penampilan diri di dalam kelas
Kualiti guru berasaskan al-Ghazali seterusnya adalah dari aspek penampilan diri di dalam kelas. Menurut Kamus Dewan (2007), penampilan bermaksud perihal iaitu tindakan atau usaha menampilkan atau mengemukakan seseorang atau sesuatu. Penampilan diri merupakan aspek penting yang perlu ada pada guru yang berkualiti semasa P&P berlangsung. Dalam kajian ini penampilan diri merujuk kepada cara berpakaian, percakapan dan tingkah laku guru semasa P&P atau di dalam kelas. Menurut al-Ghazali (t.th) penampilan guru juga dapat dilihat melalui tingkah laku guru terhadap pelajar seperti menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar dan menganggap mereka seperti anak mereka sendiri, prihatin, selalu menasihati mereka dengan berhikmah, membimbing serta mendisiplinkan pelajar dan sebagainya. Seterusnya tingkah laku guru terhadap ilmu berasaskan al-Ghazali ialah tidak memperlekehkan atau merendahkan disiplin ilmu lain di hadapan pelajar, menyampaikan ilmu iaitu tidak menyembunyikan ilmu yang dimiliki, ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dan seterusnya sentiasa mengamalkan ilmu yang dimiliki.
Pernyataan Masalah
Kajian Rohani Abd Hamid (1998) yang bertajuk “Persepsi guru yang berkualiti : Satu tinjauan di daerah Kulim, Kedah Darulaman” adalah bertujuan mendapatkan pandangan guru dan pelajar mengenai ciri-ciri guru yang berkualiti di enam buah sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan guru dan pelajar sependapat bahawa sahsiah guru yang berkualiti mengikut pangkatan seperti adil, kepimpinan, bertimbang rasa dan ketekunan menduduki tempat teratas. Manakala ciri garang, mendenda, dan berjenaka dianggap sebagai ciri yang tidak seharusnya dimilki oleh seseorang guru yang berkualiti. Hasil kajian juga mendapati guru dan pelajar sependapat bahawa pengurusan masa dengan cekap, pengurusan tingkah laku, penyampaian isi pelajaran, pengawasan pengajaran, dan maklum balik pengajaran adalah penting bagi guru berkualiti.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Abdull Sukor Shaari (1998) berkaitan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan tingkah laku pensyarah sebuah institusi perguruan menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar bersetuju bahawa pensyarah maktab yang dikaji memiliki kualiti peribadi yang baik. Dapatan kajian menunjukkan ciri-ciri kualiti peribadi
pensyarah yang berkesan dapat dikategorikan kepada lapan iaitu tingkah laku kognitif, peramah, toleransi, kesungguhan atau bertanggungjawab, model atau akhlak, maklum balas atau penilaian, dorongan dan keadilan. Guru yang berkesan dalam kategori peramah ialah guru yang ceria, mempunyai unsur humor, mudah tersenyum dan mudah mesra serta mengingati nama pelajar manakala dari segi toleransi pula guru yang berkesan ialah guru yang berperikemanusiaan, bertimbang rasa, bertolak ansur dan bersifat terbuka.
Dapatan kajian juga mendapati ciri guru berkesan dari segi kesungguhan dan tanggungjawab ialah dedikasi, ketepatan masa, mengambil berat masalah pelajar, tidak membatalkan kelas, ikhlas, berdisiplin dan bersungguh-sungguh ketika mengajar. Dari segi model atau akhlak pula ialah berakhlak baik, model yang boleh diteladani, berbudi bahasa, berpakaian menarik dan kemas. Manakala dari segi maklum balas dan penilaian ialah guru yang memberi peluang bertanya, sedia mendengar dan menerima pendapat pelajar disamping mengadakan soal jawab sesame pelajar. Dari segi dorongan pula ialah guru yang bermotivasi tinggi, sering menggalakkan pelajar belajar dan mencapai kejayaan dan menasihati pelajar supaya tidak berputus asa. Akhir sekali dari segi keadilan iaitu guru memberi layanan yang sama kepada semua pelajar.
Seterusnya ialah kajian yang dijalankan oleh Mohamad Sultan Faudjar (2000) mengenai kualiti pengajaran Sejarah di salah sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam, Selangor. Kajian ini dijalankan terhadap 200 pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah yang terpilih. Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini yang mengandungi 30 item soalan berkaitan dengan pengajaran Sejarah yang berkualiti. Kajian ini menggunakan sembilan kategori ciri-ciri kualiti pengajaran sejarah iaitu pengajaran yang terancang, tersusun dan sistematik, memberi penekanan kepada isi-isi penting dan ketepatan isi, mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada pelajar, menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar, menggunakan bahasa yang mudah, menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, menjalankan penilaian secara berterusan, unsur humor atau jenaka dalam pengajaran, menggunakan contoh –contoh yang jelas. Dapatan kajian menunjukkan pengajaran Sejarah di sekolah berkenaan kurang berkualiti kerana min keseluruhannya ialah 3.35 iaitu pada tahap kurang selalu. Namun kualiti pengajaran guru dianggap berkualiti kerana mencapai min 3.4 ke atas iaitu bagi aspek pengajaran yang terancang, tersusun dan sistematik, memberi penekanan kepada isi-isi penting dan ketepatan isi, menggunakan bahasa yang mudah dalam pengajaran, menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan unsur humor dalam pengajaran. Bagi aspek guru mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada
pelajar, menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM), menjalankan penilaian secara berterusan dan menggunakan contoh-contoh yang jelas dalam pengajaran, minnya di antara skala kurang selalu hingga tiada langsung iaitu 1.00-3.4.
Kajian berkaitan guru berkualiti juga dapat dilihat dalam kajian Noor Azlina Idris (2000) yang merujuk kepada ciri-ciri personaliti guru yang baik dan menarik minat pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid lebih menyukai guru yang memiliki sifat peramah dan mesra, berpakaian bersih dan kemas, dedikasi terhadap tugas, sabar menghadapi tingkah laku pelajar, bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu serta mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Kajian ini juga menunjukkan beberapa ciri yang tidak disukai pelajar ialah guru yang suka mengkritik, menyindir, memperkecilkan kebolehan, memberi dendaan, mengeluatkan kata- kata kesat, pilih kasih serta kurang mengambil berat terhadap masalah pelajar .
Selain itu, kajian Hapidah Mohamed (2001) berkaitan pemikiran guru cemerlang mendapati bahawa domain pemikiran yang terdiri daripada falsafah pengajaran guru, pengetahuan pedagogikal kandungan, gaya pengurusan, ekspektasi guru dan matlamat pengajaran adalah signifikan dan menyumbang secara langsung kepada prestasi pengajaran guru cemerlang. Sebanyak 29.30 % varians prestasi pengajaran guru disumbangkan oleh domain pemikiran. Kajian ini membuktikan bahawa guru cemerlang menunjukan ekspektasi mereka yang tinggi dalam usaha mencapai prestasi pengajaran yang cemerlang.
Kajian yang dilakukan oleh Najwa Mohd Noor (2002) juga berkaitan dengan kualiti pengajaran pensyarah di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang melibatkan 180 orang responden yang mengikuti latihan keguruan dalam tiga bidang pengkhususan yang berlaian. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kualiti pengajaran yang diperlukan pensyarah dalam pengajaran di sebuah IPTA. Instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan data berkaitan amalan kualiti pengajaran yang diperlukan dan tahap yang ada pada pensayarah menurut persepsi pelajar, keutamaan ciri-ciri amalan kualiti pengajaran, hubungkait tahap amalan kualiti pengajaran yang dipersepsikan oleh responden dengan bidang pengkhususan responden . Hasil dapatan mendapati 92.3 % responden memilih tahap amalan kualiti menyusun isi pelajaran dengan sistematik dalam perancangan pengajaran sebagai sangat perlu, 86.7% responden memilih tahap amalan kualiti mempunyai kemahiran dalam penyampaian bagi pelaksanaan pengajaran sebagai sangat perlu, 75.0% responden memilih tahap amalan kualiti mempunyai kemahiran menggubal soalan dalam penilaian pengajaran sebagai sangat perlu, 81.7% responden memilih tahap amalan kualiti mempunyai kemahiran
memandu guru pelatih dalam hubungan interpersonal sebagai sangat perlu, tidak ada hubungan yang signifikan antara tahap amalan kualiti yang diperlukan dengan yang sedia ada, majoriti responden memilih perancangan pengajaran sebagai aspek yang paling utama dalam tahap amalan kualiti pengajaran. Kajian ini turut mencadangkan agar unit perkembangan staf memberi penekanan terhadap latihan mengikut keperluan pensyarah dan keperluan pendidikan masa kini untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pensyarah supaya berjalan seiring dengan perubahan dalam pendidikan.
Dalam kajian yang dilakukan S.D. Tuncel (2004) menunjukkan bahawa tingkahlaku guru mempunyai perkaitan dalam menentukan kejayaan pelajar dalam akademik. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat tiga cirri tingkah laku yang utama iaitu memberikan bantuan sukarela, mendengar dengan teliti soalan-soalan pelajar dan memperlakukan pelajar sama adil yang mana semua perilaku ini mencerminkan nilai-nilai individu yang mempunyai etika yang menghargai setiap individu. Dalam senarai gerak laku ini terdapat pelbagai kualiti yang berbeza, antaranya ada yang sangat disenangi dan disukai oleh pelajar dan pula yang tidak disukai oleh pelajar. Pelajar dapat membuat kesimpulan ke atas setiap tingkah laku guru sama ada seseorang itu peramah atau pemarah, penyombong atau pelawak, dedikasi kepada kerja atau suka curi tulang dan sebagainya (Noran Fauziah Yaacub et al., 1992).
Dalam menghadapi arus kemodenan dan kemajuan , guru seharusnya peka serta tidak ketinggalan dalam tugas dan peranannya untuk melahirkan modal insan yang berkualiti seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Glatthorn (1924) dalam kajian Tengku Sarina Tengku Kassim (2008), kualiti pendidikan yang dicapai oleh murid-murid sekolah banyak bergantung kepada kualiti guru, kerana guru merupakan individu yang utama dalam mengimplementasikan kurikulum. Tanpa guru yang berkualiti , adalah sukar untuk menjayakan sebarang pembangunan dan pembentukkan disiplin seperti yang telah dirancangkan. Kerjaya sebagai guru memerlukan komitmen yang tinggi terutama guru-guru Pendidikan Islam. Ini kerana matlamat Pendidikan Islam adalah iaitu melahirkan insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu memikul tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi membangun diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam yang dipetik daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
Guru berkualiti ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini dan masa depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kita kekal berkualiti, guru perlu sentiasa relevan
dengan cabaran semasa dan akan datang,ini adalah suatu kemestian bagi mencapai hasrat Wawasan 2020 (Asariah Mior,2009).
Profesion perguruan merupakan bidang yang mulia di sisi Allah dan juga masyarakat. Islam memandang tinggi golongan yang berilmu.Ini kerana guru mewarisi tugas para rasul dan nabi dalam mendidik masyarakat yang berteraskan Islam. Rasulullah saw diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia dan membimbing manusia ke jalan yang diredhai Allah SWT. Sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
(Al-Bukhari : 273)
Pendidik muslim perlu mencontohi dan memiliki ciri-ciri yang terdapat pada Rasulullah saw seperti bersifat penyabar, penyayang, prihatin, bersikap adil, tulus serta boleh dicontohi oleh anak-anak didik dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik yang berkualiti.
Namun banyak kajian yang dijalankan oleh pelbagai institusi sejak 1993 hingga kini berkaitan guru Pendidikan Islam menunjukkan bahawa tahap pencapaian kecemerlangan Guru Pendidikan Islam masih di tahap yang sederhana dan masih boleh dipersoalkan bagi memenuhi keperluan semasa Pendidikan Islam di sekolah menengah di Malaysia (Kamarul Azmi Jasmi, 2010). Berdasarkan kajian-kajian tersebut pelbagai isu telah dilontorkan yang menunjukkan kelemahan ramai pendidik termasuk guru Pendidikan Islam, antaranya isu kualiti guru Pendidikan Islam (GPI) dari aspek pendekatan pengajaran dan pembelajaran, isu kualiti guru Pendidikan Islam dalam penggunaan Information and Communication Technology ( ICT), isu kualiti dalam penguasaan pedagogi, isu kualiti dalam kepimpinan dan isu kualiti dalam personaliti yang dimiliki oleh pendidik khususnya guru Pendidikan Islam dalam menjadikan diri mereka sebagai role model terbaik terhadap pelajar, malah masih tidak dapat menerapkan nilai- nilai mulia ke dalam diri pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ab. Halim Tamuri,2000; Kamrulzaman Abdul Ghani, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Shahrin Awaludin , 2002; Aiiri Abu Bakar, 2003; Hasbullah Abdul Rahman & Yusni Abdul Rahman, 2003; Mohd Jasmy Abdul Rahman & Muhammad Yusro Borhan Nordin, 2003; Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Khadijah Abdul Razak, Masribanun Duki, 2004; Ab Halim Tamuri et al., 2006).
Fenomena ini akan memberi kesan kepada matlamat Pendidikan Islam untuk melahirkan pelajar yang menghayati Islam dalam kehidupan mereka. Kegagalan pendidik
dalam menjadikan diri mereka berkualiti menyumbang ke arah krisis akhlak dan disiplin pelajar hari ini yang semakin meruncing.Perkara ini haruslah disedari oleh semua pendidik khususnya guru Pendidikan Islam dalam membina kekuatan diri sebagai pendidik dan pemimpin yang berkualiti. Pendidik perlu memiliki ciri dan sifat keluhuran dan ketrampilan diri serta berilmu pengetahuan yang tinggi untuk dijadikan contoh teladan serta dapat membimbing pelajar dan masyarakat ke arah kehidupan yang diredhai Allah SWT. Kegagalan pendidik dalam menampilkan dan menonjolkan diri yang berkualiti akan membantutkan keunggulan ummah dan secara tidak langsung merendahkan martabat golongan pendidik agama sebagai golongan ulama yang berkualiti (Ab. Halim Tamuri et al., 2006). Justeru itu, pengkaji berpendapat bagi meningkatkan kualiti guru Pendidikan Islam sebagai pewaris para Rasul dan Nabi perlu dilakukan kajian untuk melihat dan mengetahui sejauhmana kualiti Guru Pendidikan Islam masa