• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kualiti Penampilan Diri Guru di dalam Kelas

Dalam dokumen Kualiti Pelaksanaan Program Diploma Pend (Halaman 159-163)

Sumber: The New Ethos of Leadership for the Malaysia Civil Service: Competencies for the Futures oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (2003) dan ( 2006)

Seksyen 9 Kualiti Penampilan Diri Guru di dalam Kelas

Bagi aspek Kualiti Penampilan Diri Guru di dalam kelas, dilihat dari pandangan pentadbir sekolah, guru Pendidikan Islam, sentiasa mengambil berat terhadap pemasalahan pelajar (115), berhemah dan berbudi bahasa (80), serta berpenampilan sopan santun, kolektif dan sihat (8,42), guru sentiasa bersikap penyabar dan prihatin dengan muridnya (66), bersifat kasih sayang, prihatin dan menjadi pembimbing yang baik (46,97), guru Pendidikan Islam juga prihatin terhadap muridnya, sentiasa menampilkan karektor yang cemerlang di dalam bilik darjah (22,84), mempunyai sikap mesra, sabar dan mudah didekati dan menarik perhatian murid (32,39), penampilan guru Pendidikan Islam meyakinkan murid dan terlalu menampakkan kesederhanaan (68,117), malah guru Pendidikan Islam juga bersifat ‘willing’ dan sentiasa mengambil berat terutama sebagai guru kelas (91), guru dapat mengawal, memimpin kelas supaya proses p&p dapat bejalan dengan licin, dan juga di luar bilik darjah (82,89), namun ada juga dapatan oleh pentadbir sekolah hanya Pencapaian memuaskan (107) sahaja.

Seksyen 10 : Kualiti Peribadi Guru

Bagi aspek Kualiti Peribadi Guru, dilihat dari pandangan pentadbir sekolah, guru Pendidikan Islam mempunyai ciri-ciri peribadi guru yang dikehendaki (89), memenuhi ciri dan kualiti yang diperlukan (46), guru Pendidikan Islam juga berperibadi mulia, terpuji dan bijaksana (80,115), oleh itu dengan menyedari elemen peribadi sangat penting kerana guru menjadi teladan dan aspirasi pelajar (82), selain daripada itu penampilan capaian kendiri, memahami tugasan dan arahan (8), juga penting, malah guru Pendidikan Islam juga berperwatakan positif dan mengamalkan nilai yang boleh dicontohi murid (32) memiliki peribadi dan kualiti sebagai guru unggul (84), mempunyai sikap yang baik (97), boleh dipercayai (107), peribadi guru ini disemai sebagai seorang guru (117), bertindak sebagai pemudah cara dalam banyak situasi (91), sentiasa memberi kerjasama sesama rakan sekerja, prihatin dengan masalah murid (39), kualiti guru yang baik (66), pada keseluruhannya memuaskan dapat diterima oleh pelajar-pelajar (68).

Bagi aspek Kualiti Jenis Guru dan Peranannya, dilihat dari pandangan pentadbir sekolah, guru Pendidikan Islam adalah guru yang berperanan sepanjang hayat (117), cakna terhadap tanggungjawab yang diamanahkan (115), berwawasan dunia dan akhirat (8), itulah dia bagi guru Pendidikan Islam hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi (35), prihatin dan penyayang (80), bertanggungjawab dan islamik (107), guru Pendidikan Islam majoritinya memenuhi kriteria yang diperlukan (46), bukan sekadar memberi ilmu, tetapi juga sebagai murabbi, muadib, mursyid yang akan membentuk pelajar-pelajar yang patuh kepada Allah SWT (82), guru Pendidikan Islam juga berperanan sebagai mudarris, muaddib, murabbi, mursyid dan muallim dalam bilik darjah dan juga luar bilik darjah (89), sentiasa menjadi role model kepada pelajar dan guru-guru yang lain (84), sentiasa menyampaikan ilmu dan amalan serta tanggungawab sebagai pelajar muslim tanpa rasa “jemu” (91), tidak merasa bosan dengan karenah murid-murid (39), malah guru Pendidikan Islam juga sentiasa ingin berbakti kepada murid-muridnya (66), secara tidak langsung dapat mewujudkan kesedaran belajar di kalangan murid (32), namun ada juga terdapat pandangan dari pentadbir sekolah, guru Pendidikan Islam hanya berada pada tahap mudarris.(68)

Seksyen 12 : Kualiti Guru Berdasarkan Guru Cemerlang

Bagi aspek Kualiti Guru Berdasarkan Guru Cemerlang, dilihat dari pandangan pentadbir sekolah, guru Pendidikan Islam adalah guru yang cemerlang yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam menunaikan tanggungjawab serta bersikap professional serta sentiasa memperbaiki pencapaian, sentiasa memiliki ciri-ciri kualiti peribadi yang baik dan berusaha membuat penambahbaikan dalam rangka menjadi guru cemerlang (35,66,82), sentiasa mengamalkan standard dan kualiti yang di tetapkan (84), guru cemerlang memiliki dan menghayati kualiti lebih tinggi dan berwawasan (89), bukan itu sahaja, guru Pendidikan Islam perlu ikhlas dalam memberi ilmu, memiliki ilmu yang tinggi, bekerjasama, komitmen profesional, berkonsi pengalaman, memiliki idea dan pakar (97), guru Pendidikan Islam juga memberi komitmen kepada setiap aktiviti sekolah (39), sentiasa mengkaji dan membuat penambahbaikan untuk menghasilkan p&p yang berkesan malah dilihat juga dari segi sikap, professional (115), guru Pendidikan Islam juga mensasarkan idealistic dan komitmen dalam sasaran utama (8), menjalankan tugas sebaik yang boleh (32), sentiasa berusaha untuk menjadi cemerlang (46), dapat melahirkan insan soleh (80), dan tahu haluan dituju (107).

Bagi aspek Kualiti Guru Berdasarkan Guru Cemerlang, dilihat dari pandangan pentadbir sekolah, guru Pendidikan Islam sentiasa berusaha dengan bersungguh untuk mencapai visi dan misi sekolah (89), guru sentiasa menitikberatan pelajar dari segi akademik dan sahsiah (115), sentiasa berusaha menjadi guru yang elektif yang memberi kesan positif kepada pelajar-pelajar, dan dalam proses p&p serta tugas yang diamanahkan (82,84),cemerlang dan berkesan (80), dan boleh diterima pengajaran dan pembelajaran (107), peka dengan suasana belajar meningkatkan suasana p&p yang lebih kondusif (91), malah guru Pendidikan Islam juga mengenal pasti pelajar dan modul pemulihan (8), dengan cara cuba mendapatkan input yang baik daripada keputusan ujian atau peperiksaan (32), guru Pendidikan Islam juga efektif dalam p&p dan mewujudkan suasana yang kondusif (46), P&P yang dijalankan menarik minat murid (39), menjayakan objektif pengajaran, meningkat motivasi, melaksanaan tindakan susulan melalui pengayaan dan pemulihan (97), ada juga segelintir yang kurang menitik berat objektif dan pengayaan pelajar (68), dan selebihnya tiada komen (66).

Seksyen 14 : Kualiti Guru Berdasarkan Guru Berkesan

Bagi aspek Kualiti Guru Berdasarkan Guru Berkesan, dilihat dari pandangan pentadbir sekolah, adalah guru yang mampu mendidik dengan menyampaikan ilmu kepada para pelajar degan baik (35), guru berkesan adalah guru yang sentiasa mementingkan tugas dan peribadinya (66,107), membentuk peribadi murid kearah positif dan kecemerlangan di dalam pelajaran (32), bijak dan pakar dalam pengajaran dan pembelajaran (97), pelaksanaan secara terancang dan telus (8), guru yang bijaksana dan berkemahiran tinggi (89), menyedari tugas guru sebagai pendidik dan murabbi bagi membantu kecemerlangan pelajar dunia akhirat (68), guru Pendidikan Islam juga boleh dirujuk dan menjadi contoh dalam penyampaian p&p (91), mempelbagaikan kaedah pengajaran (80), menguasai ilmu, mahir, berpersonaliti dan bijak (46), sentiasa berusaha untuk mencapai sasaraan kerja yang ditetapkan (84), sentiasa berusaha supaya p&p bejalan dengan berkesan (82).

Seksyen 15 : Kualiti Guru Berdasarkan Guru Kompeten

Bagi aspek Kualiti Guru Berdasarkan Guru Kompeten, dilihat dari pandangan pentadbir sekolah, guru Pendidikan Islam sangat Kompeten terhadap tugas yang dilaksanakan (84), serta mempunyai kendiri, keyakinan dan ketahanan diri serta berinteraksi dengan warga sekolah (97), sentiasa memberi kerjasama dan bertanggungjawab (39), guru Pendidikan Islam juga mempunyai personaliti yang baik dan dapat menjalankan tugas yang diberikan (32), mempunyai kualiti sebagai guru yang berkemahiran dan berketrampilan (82), guru memiliki keyakinan tinggi dalam melaksanakan tugas sama ada dalam kelas atau luar kelas (89), selain daripada itu guru

Pendidikan Islam juga memikul tugas dan tanggungjawab lain selain daripada mengajar (80) Guru Pendidikan Islam juga sentiasa membuat perancangan awal (66), supaya dapat menjalankan P&P yang berkesan dan mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi, bermotivasi dan berwawasan dapat mencemerlangkan guru (68), malah guru Pendidikan Islam juga berdaya-saing dan berusaha untuk meningkatkan kualiti (46), dan sentiasa mengikuti keperluan semasa dan futuristic (8).

Seksyen 16 : Kualiti Guru Dalam Menyampaikan Ilmu

Bagi aspek Kualiti Guru Berdasarkan Guru Kompeten, dilihat dari pandangan pentadbir sekolah, guru Pendidikan Islam boleh menjadi role-model (46), kerana guru Pendidikan Islam mampu ke tahap negeri dan kebangsaan (8), guru Pendidikan Islam juga mempunyai keupayaan yang sangat tinggi dalam menyampaikan ilmu yang benar mengikut landasan yang betul, jelas kepada pelajar dan berkebolehan dalam tugas P&P (89,80,66), malah guru Pendidikan Islam juga bersungguh-sungguh dalam kerja untuk mendapatkan kepuasan diri dan ilmu itu dapat di manfaatkan (32), dengan sentiasa mencari ilmu dan menyampaikan kepada orang lain (97), bertanggungjawab dan bersedia untuk menyampaikan ilmu yang diamanahkan melalui proses formal dan informal kepada pelajar dan guru (82,84), bukan itu sahaja guru Pendidikan Islam juga bersedia dengan program yang melibatkan waris (91).

Seksyen 17 : Kualiti Guru Dalam Penguasaan Kaedah P&P

Bagi aspek Kualiti Guru Dalam Penguasaan Kaedah P&P, dilihat dari pandangan pentadbir sekolah, guru Pendidikan Islam cemerlang dan konsistan (80), dapat menguasai p&p dengan baik (68), guru Pendidikan Islam juga sentiasa mengaplikasikan pengetahuan dalam penyampaian pengajaran masig-masing (66), ini adalah kerana guru Pendidikan Islam mahir menggunakan kaedah-kaedah yang sedia ada untuk pemahaman murid-murid (32), mampu mempelbagaikan teknik dan kaedah P&P dengan pelbagai cara penyampaian supaya lebih menarik (39,46,84,91,97), seperti amalan aplikasi ICT dalam p&p (89), membuat latih tubi secara lisan dan latihan (8), guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah p&p yang diperolehi melalui kursus, pengalaman dan perbincangan dengan guru-guru lain (82), pada keseluruhannya pihak pentadbir sekolah menyatakan kualiti guru Pendidikan Islam dalam penguasaan kaedah P&P adalah dalam pencapaian aras 2 (107).

Bagi aspek Kualiti Pengetahuan Isi Kandungan Mata Pelajaran , dilihat dari pandangan pentadbir sekolah, guru Pendidikan Islam mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam meyampaikan isi pelajaran pendidikan islam (115), memahami dan berkemahiran (46), ada budaya ilmu (39), guru mempunyai pengetahuan luas dalam bidangnya dan sentiasa mengikut perkembangan semasa yang berkaitan bidangnya (89), menyeluruh, mengikut sub topik serta terkini (80), guru sentiasa berbincang, percambahan maklumat melalui mesyuarat dan program- program kecemerlangan (91), guru dapat menyampaikan pelajaran sesuai dengan objektif pelajaran (32), faham serta tahu isi kandungan mata pelajaran yang diajar (66), menguasai isi pelajaran dan sentiasa membuat penambahbaikan (82), memahami dan menguasai isi kandungan dengan baik (84), mempunyai ilmu pengetahuan mendalam dan mampu memberi contoh yang releven (97), aktif dan mahir dalam serta luar bilik darjah (8), tahap memuaskan (107).

Dalam dokumen Kualiti Pelaksanaan Program Diploma Pend (Halaman 159-163)

Dokumen terkait