• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kualiti Pelaksanaan Program Diploma Pend

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kualiti Pelaksanaan Program Diploma Pend"

Copied!
177
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Joseph M. Juran dan Philip B. Crosby mengatakan kurun ke-20 adalah kurun ‘produktiviti’ dan kurun ke-21 adalah kurun ‘kualiti’. Berdasarkan penekanan ini maka profesyen perguruan turut mengutamakan kualiti dalam pelbagai perspektif profesyen. Aspek kualiti amat dipentingkan dalam sesuatu organisasi yang melibatkan tugas seperti mana yang dinyatakan oleh Edward Deming: ‘quality must come first’. Adalah menjadi Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Begitu juga dalam kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP), selain teras ‘kualiti’ yang ditekankan dalam teras PIPP, teras lain seperti; akses, ekuiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan juga diberi perhatian bagi memacu negara maju seperti yang diungkapkan oleh Hishamuddin Tun Hussein, 2008.

“Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih

jauh daripada itu,iaitu memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan Negara dan

kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.”

Melalui buku bertajuk; ’Pembangunan Pendidikan 2001-2010 : Perancangan Bersepadu Penjana  Kecemerlangan Pendidikan’ di terbitkan pada tahun 2001 bagi menerangkan perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia untuk tempoh sepuluh tahun bermula 2001 hingga 2010. Antara lain buku tersebut menyatakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia atau kini dikenali sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk melaksanakan teras pembangunan pendidikan merangkumi aspek aksesibiliti, ekuiti, kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Kepada KPM, seseorang guru mestilah mempunyai kualiti dari pelbagai aspek dalam konteks pendidikan bagi mencapai hasrat mewujudkan pendidikan cemerlang bertaraf dunia.

(2)

konsep learning organisation, memberi tumpuan terhadap aspek-aspek kualiti peribadi seperti akauntabiliti, self directedness, motivasi, dan kepimpinan efektif, memantapkan proses pemantauan dan penilaian program pendidikan supaya tugas pemastian standard (SKPM) dapat dilaksana dengan jaya. Pada tahun 2006 pula, ’Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia’ (SKKSM) digubal. Berdasarkan SKKSM, pengetua dapat menghayati dan menguasai standard kompetensi pengurusan dan kepimpinan apabila mereka mempunyai pengetahuan, memiliki nilai profesional, serta melakukan amalan terbaik dalam sembilan bidang pengurusan di sekolah. Bidang-bidang tersebut merangkumi bidang pengurusan dan kepimpinan organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan ko-kurikulum, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kewangan, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal, pengurusan dan pembangunan sumber manusia, dan pengurusan perhubungan luar.

Latar Belakang Kajian

Latar belakang kajian ini akan membincangkan dua jenis atau kategori latihan perguruan Pendidikan Islam di Malaysia, pertama latihan/kursus atau program perguruan di Maktab Perguruan (MP) atau Institut Pendidikan Guru (IPG) dan kedua di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam Malaysia.

Latihan Perguruan Pendidikan Islam DiI Institut Pendidikan Guru

Mengikut Report of The Educational Committee (1956), latihan perguruan bagi guru-guru agama (Pendidikan Islam) bermula daripada cadangan Laporan Razak 1956 yang mencadangkan : “We recommend that in any assisted school where not less than 15 Pupils profess the Muslim religion, religious instruction to them Shall be provided at public expense”, (Laporan Razak 1956 juga dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Pendidikan 1956, yang mengemukakan beberapa cadangan dasar pelajaran Tanah Melayu. Cadangan-cadangan dasar pelajaran daripada Laporan Razak 1956 pula dijadikan asas untuk penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, cadangan-cadangan Laporan Razak 1956 seperti mewujudkan :

(3)

2. dasar Pendidikan yang dapat diterima oleh semua kaum harus memenuhi dua kehendak

i. ia dapat memenuhi aspirasi setiap kaum utama di negara ini

ii. ia dapat menjamin setiap kanak-kanak yang lahir di negara ini berhak mendapat pendidikan dalam mana-mana sekolah mengikut kehendak ibu bapa mereka).

Juga dalam Laporan Rahman Talib 1960 (dalam Report of the Education Review Committee 1960 Juga terdapat dalam Federation of Malaya Act of Parliment No. 43 of 1961, Education Act 1961) yang menjelaskan; ‘Where in an assisted school there are fifteen or more pupils professing the Islamic relation such pupils shall be instructed by religion teachers approved by the state authority in the tenets of that religion for the least two hours each week …’

Mengikut Abu Zahari Abu Bakar (1980), Pada peringkat awalnya 1967 Kementerian Pelajaran menyediakan guru-guru agama hanya di sekolah berasrama penuh sahaja dimana guru-guru agama ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri. Pentadbiran guru-guru agama dipindahkan kepada Kerajaan Persekutuan ekoran daripada Laporan Rahman Talib 1960 dengan membuat penyelarasan dari segi perjawatan, latihan, gaji dan perkhidmatan. Latihan perguruan melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) diberikan kepada guru agama selama tiga tahun yang dimulakan pada Disember 1967 bagi guru-guru di semua sekolah rendah di seluruh negara dan juga guru-guru-guru-guru agama yang mempunyai kelulusan SPM, STP dan ijazah dari Universiti al-Azhar yang mengajar di sekolah menengah (Laporan Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran Terhadap Pelajaran Agama Islam Mengikut Shor2 Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Menyemak Pelajaran 1960 (1972)).

(4)

Sehingga tahun 1973 dan 1974, terdapat 25 buah maktab perguruan (19 buah di Semenanjung Malaysia, 3 buah di Sarawak dan 3 buah di Sabah), kelayakan umur masuk latihan perguruan pada ketika itu ialah 23 tahun. Mengikut Education in Malaysia 1974 (1975), Pada tahun 1974 terdapat 14 buah maktab perguruan, tiga di Sabah dan tiga di Sarawak dengan umur masuk 23 tahun bagi pemegang Sijil Malaysian Certificate of Education dan umur 30 tahun bagi pemegang sijil High School of Certificate. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (7 November 1979) pula menjelaskan pada tahun 1976 empat buah maktab perguruan lagi dibina bagi menampung kekurangan guru yeng mendesak. Pada tahun 1977 sebuah maktab perguruan untuk melatih guru-guru agama telah dibina di Semenanjung Malaysia dengan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia, tempoh kursus selama dua tahun.

Maklumat daripada Bahagian Latihan Guru (1980) menjelaskan komponen kurikulum Latihan Guru Bersepadu meliputi aspek; ikhtisas, bahasa, mata pelajaran sekolah, kokurikulum dan latihan mengajar. Rancangan ini berjaya dan berkesan mengurangkan jurang perbezaan mutu latihan, konsep 3M (membaca, menulis dan mengira), kelas bercantum, pelajaran diagnostik dan pemulihan status guru dan kualiti guru-guru SRJC dan SRJK telah menunjukkan peningkatan kefahaman dan kefasihan Bahasa Melayu. Juga telah berjaya menghasilkan guru-guru yang benar-benar memahami ideologi dan aspirasi negara.

Abu Hassan Ali (1984) menjelaskan satu seminar mengenai program latihan perguruan di Malaysia telah diadakan di RECSAM, Pulau Pinang (12-22hb Mac 1979) yang telah menggariskan beberapa objektif latihan perguruan yang antara lainnya menyemak semula dan menilai kurikulum Latihan Perguruan Bersepadu bagi tujuan pengemaskinian. Dengan itu pada tahun 1981, sistem tiga tahun latihan perguruan termasuklan Pendidikan Islam di Maktab Perguruan Islam Petaling Jaya diperkenalkan dengan tujuan mengatasi kelemahan latihan guru yang dianggap terlalu padat. Kurikulum Latihan Kursus Perguruan Asas - KPA Tiga Tahun yang diperkenalkan mengandungi komponen-komponen seperti (Bahagian Latihan Guru, 1984) : i. kursus teras (sekolah rendah dan menengah)

ii. kursus pengkhususan dalam mata pelajaran sekolah iii. kursus penyuburan diri

(5)

Sumber daripada Zuhawir Mohd. Daud (1990) menyatakan perubahan latihan perguruan juga telah berubah dengan pelaksanaan KBSR (1982) dan KBSM (1988) bersesuaian dengan matlamat KBSR dan KBSM untuk memberi penegasan kepada perkembangan pelajaran seimbang dengan aras pencapaian mereka.

Menurut Laporan Tahunan BPG (1986), pada peringkat awal latihan perguruan di maktab perguruan telah menawarkan Kursus Sijil Perguruan Asas - KPA 1981 (Pendidikan Islam) bagi guru permulaan dan kursus dalam perkhidmatan untuk guru terlatih. Pada tahun 1983, satu perubahan yang menonjol telah berlaku di mana Bahagian Pendidikan Guru (BPG) melalui Maktab Perguruan telah menawarkan Kursus Sijil Perguruan Lepasan Ijazah (SPLI). Perubahan ini penting sebab untuk pertama kalinya BPG diberikan mandat untuk melatih calon guru yang telah memiliki ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang tetapi berminat untuk menjadi seorang guru. Guru pelatih yang mengikuti kursus ini memiliki ijazah sarjana muda dari universiti tempatan dan luar negara. Pada tahun 1989 program SPLI telah digantikan dengan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di mana pelajar dianugerahkan dengan Diploma Perguruan Malaysia.

Sukatan Pelajaran KPLI memberi tumpuan kepada amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan dalam isi kandungan mata pelajaran. Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, tahun 2005 telah merangka ‘Konseptual Sukatan Pelajaran KPLI’ seperti rajah 1 berikut:

(6)

Suk

atan KPLI juga memberi tumpuan kepada pelaksanaan kokurikulum dalam bindang sukan dan permainan, persatuan dan badan beruniform. Tambahan juga, program Bina Insan Guru (BIG) diwajibkan untuk semua ambilan KPLI (2001). Semenjak tahun 2004, pelajar juga diwajibkan menghadiri Kursus Tata Negara, kursus Pergigian, Kursus Pencegahan Dadah dan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia untuk pelatih KPLI. Program seperti ini memberi peluang kepada pelatih KPLI mengembangkan potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Struktur kurikulum KPLI mewajibkan peserta kursus berada di institut untuk tempoh satu tahun dengan tempoh 2 minggu pengalaman Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) serta

KETUHANAN

KEMASYARAKATAN KENDIRI

Pengetahua n

Kemahiran Nilai

ROHA NI

INTEL EKS

JASMA NI

(7)

praktikum (Latihan Mengajar) selama 10 minggu. Pada akhir tempoh pengajian, pelatih guru ini akan mengambil peperiksaan akhir.

Pada tahun 1984 hingga Mei 1996 rancangan latihan perguruan telah dipendekkan daripada segi jangka masa latihan daripada tiga tahun (enam semester) kepada dua setengah tahun (lima semester). Tujuan Perubahan ini dibuat adalah untuk mengatasi kekurangan guru yang amat mendesak di seluruh Negara (Penulis khas, 1995). Begitu juga seperti yang dijelaskan oleh Bahagian Pendidikan Guru (1996) untuk mempercepatkan pengeluaran guru ekoran kekurangan guru yang mendesak di sekolah rendah dan menengah selaras dengan keperluan dan perkembangan pendidikan semasa. Mengikut maklumat dari Bahagian Pendidikan Guru (1993), sepanjang tahun-tahun tersebut (1981 - Mei 1996) rancangan latihan perguruan Pendidikan Islam dinamakan sebagai Kursus Perguruan Asas (KPA) bertaraf Sijil Perguruan Asas (SPA). Rasional latihan perguruan berteraskan KPA adalah bagi memenuhi keperluan seperti, memenuhi tuntutan perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam di sekolah dan perubahan dalam sistem pendidikan negara, di samping penghayatan terhadap prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Peranan BPG dalam melahirkan guru semakin mencabar dengan satu lagi perubahan pada tahun 1996. BPG diminta meningkatkan Kursus Sijil Perguruannya ke peringakt Diploma. Kursus Diploma Perguruan Malayusia (KDPM) termasuk juga Pendidikan Islam telah ditawarkan untuk memberi tumpuan melatih guru agama sekolah rendah. Kurikulum KDPM memberi tumpuan terhadap pengkhususan dua major yang kemudiannya telah berubah menjadi major dan minor.

(8)

Ahmad Rashidi (1990) menjelaskan perubahan kursus pengajian dan kurikulum latihan perguruaan Pendidikan Islam telah dirombak beberapa kali selaras dengan keperluan-keperluan semasa dalam arus pendidikan nasional, bermula pada tahun 1957 (Sistem Perkhidmatan dan Pengajian Yang Sama), 1963 (Program Integrasi Latihan Perguruan), 1973 (Rancangan Latihan Perguruan Bersepadu-RLPB), 1981 (Kursus Perguruan Asas - KPA), 1985 (Kursus Perguruan Asas Bersemester - KPAB). Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), menjelaskan pada Jun 1993 (Kursus Pengajian Islam bagi Kursus Perguruan Asas -KPA) digubal semula memandangkan kepada keperluan-keperluan berikut:

i. memenuhi tuntutan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam kurikulum pendidikan sekolah rendah.

ii. Memenuhi kehendak perubahan-perubahan di dalam Sistem Pendidikan Negara. iii. Mewujudkan keseimbangan antara aspek pengetahuan dan kemahiran serta

amali (practical-based).

iv. Menghayati sepenuhnya prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

v. Mengatasi kekurangan tenaga pengajar di sekolah rendah seluruh negara.

Pada bulan Ogos 1996, Sukatan Pelajaran Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Pendidikan Islam (Pengkhususan), yang buat pertama kali diperkenalkan digubal bermatlamatkan untuk menghasilkan insan guru yang berkalibar dalam semua aspek : sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran profesional dan nilai-nilai kerohanian yang positif bagi melahirkan guru yang profesional, berketerampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berfikir dan cekap teknologi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Islam (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996).

(9)

Buat kali ketiganya, pada Mac 1998, Sukatan Pelajaran Diploma Perguruan Malaysia, Pengajian Agama Islam (Major), digubal selaras dengan tuntutan pendidikan semasa dan rancangan penubuhan sekolah bestari. Pengubahsuaian kursus ini menuntut para pendidik guru membuat peranjakan pemikiran dan amalan dalam mendidik guru bagi meningkatkan keterampilan guru permulaan agar mereka dapat melaksanakan pengajaran pembelajaran bestari yang berkesan. Matlamat utamanya adalah untuk menghasilkan insan guru bestari yang berkalibar dalam semua aspek : sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran profesional dan nilai-nilai kerohanian yang positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Islam (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).

Buat kali keempatnya, Januarai 2001, Sukatan Pelajaran Diploma Perguruan Malaysia, Pengajian Islam (Major), digubal untuk menghasilkan insan guru bestari yang berkalibar dalam semua aspek : sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran profesional dan nilai-nilai kerohanian selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Beberapa rentetan perubahan dalam kurikulum di atas juga turut melibatkan beberapa pindaan kecil dari segi komponen, peruntukan masa dan bidang kursus Pengajian Agama Islam di maktab / institusi perguruan Malaysia, khasnya daripada KPA kepada KDPM.

Selaras dengan program pensiswazahan guru, buat kali kelimanya, Januari 2004 hingga kini 2011 kurikulum KDPM telah berubah kepada ‘Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan’ (PISMP). Dengan itu kurikulum latihan perguruan di 16 buah kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) khususnya Pendidikan Islam turut mengalami perubahan yang sama.

Latihan Perguruan Pendidikan Islam Di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)

(10)

Program Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISPM) yang ditawarkan oleh kebanyakkan universiti tempatan (IPTA) pula, dilaksanakan dalam tempoh 1 – 4 tahun di mana kurikulum pendidikan yang dikendalikan oleh Fakulti Pendidikan diintergrasikan dengan kurikulum pengkhususan daripada fakulti lain seperti; fakutli Sains, Pendidikan/Pengajian Islam, Sastera, Pengajian Melayu dan lain-lain. Terdapat juga program Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang dikendalikan sendiri oleh Fakulti Pendidikan tanpa integrasi dengan fakulti lain seperti; TESL, Kaunseling, Pendidikan Islam, Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan, Bahasa Arab dan sebagainya.

Satu lagi program pendidikan guru di IPTA ialah melalui program ‘Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang dibuat selama 1 tahun. Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) telah berlangsung sejak tahun 2006 sebagai memenuhi hasrat melahirkan insan guru cemerlang sesuai dengan prinsip memartabatkan profesyen perguruan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia (2004 – 2010).

Program DPLI adalah satu usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Diploma Pendidikan (DP) kepada lepasan pemegang Ijazah Sarjana Muda (ISM) di kalangan graduan universiti samada yang baru menamatkan pengajian mereka dari IPTA atau pun mereka yang telah berkhidmat di lain-lain agensi dan ingin menjadi guru. Program ini adalah untuk memenuhi aspirasi dan keperluan sistem pendidikan negara dalam konteks pemerkasaan perguruan.

Program DPLI merupakan program khas Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibentuk untuk memberi peluang kepada para guru meningkatkan taraf pendidikan akademik mereka seterusnya dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) gred DG41. Program ini merupakan satu daripada usaha ke arah merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan 100 peratus guru-guru siswazah di semua sekolah menengah seluruh negara menjelang tahun 2005 dan 50 peratus guru siswazah di semua sekolah rendah menjelang tahun 2010.

(11)

i. telah memiliki ijazah sarjana muda dari universiti yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, atau

ii. memiliki ijazah sarjana muda daripada universiti-universiti yang setaraf yang diperakui oleh senat

iii. pemohon mesti telah menduduki ujian atau temuduga berkaitan yang memuaskan pihak fakulti mengenai kursus yang dipohon.

Program Diploma Pendidikan mengambil masa selama 2 semester secara sepenuh masa. Latihan perguruan akan dijalankan di beberapa buah (11 Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia). Calon juga dikehendaki mengambil beberapa kursus yang ditawarkan oleh pihak fakulti serta telah memenuhi segala syarat lulus yang ditetapkan oleh pihak senat dan peraturan berikut:

i. memenuhi segala syarat dan peraturan akta

ii. memuaskan lembaga pemeriksa untuk program Diploma Pendidikan dan iii. telah menjelaskan segala kos perbelanjaan program.

Program Diploma Pendidikan mengandungi komponen-komponen teori dan Praktikal seperti berikut:

i. 30 kredit kerja kursus:

a). 14 kredit kursus profesional pendidikan b). 4 kredit kursus pengayaan

c). 6 kredit kursus kaedah pengajaran utama d). 6 kredit kursus kaedah pengajaran kedua ii. 6 kredit latihan mengajar 10 – 12 minggu

Daripada kajian-kajian yang lalu didapati Bahagian Pendidikan Guru telah membuat kajian terhadap program-program latihan perguruan yang mencakupi;

i. Latihan Praperkhidmatan (KPLI)

Aktiviti yang termasuk dalam program penilaian ini ialah KPLI satu tahun yang menyediakan latihan kepada guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah (SR) dan menengah (SM).

ii. Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)

KDP yang termasuk dalam penilaian program ini adalah melibatkan guru-guru yang pernah mengikuti kursus pendek yang dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru.

iii. Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG).

(12)

Guru (PKPG). Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap akademik guru dan tahap kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Sasaran Kerja Utama Kementerian Pelajaran telah menetapkan pada tahun 2005, 100 peratus guru di sekolah menengah dan 50 peratus guru di sekolah rendah terdiri daripada guru-guru siswazah menjelang tahun 2010. Daripada jumlah guru-guru bukan siswazah yang ada setakat ini Mac 1998 adalah seramai 40 peratus guru-guru di bawah umur 40 tahun. Menjelang tahun 2005, keperluan guru siswazah di sekolah menengah masih berkurangan. Berdasarkan Rancangan Malaysia ke-7, Kementerian Pelajaran Malaysia memang berhasrat untuk memperluaskan peluang bagi guru melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah lanjutan (khusunya Ph.D) khususnya bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Dasar penempatan guru siswazah di sekoleh rendah dan dasar ‘Continuous Profesional Development’ (CPD) merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan profesion perguruan yang digariskan dalam Rangka Jangka Panjang Ketiga (RRJP3). Pernyataan dasar tersebut diperjelaskan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8). Selaras dengan pernyataan tersebut, Kementerian Pelajaran telah menyediakan Rancangan Pembangunan Pelajaran bagi tempoh 10 tahun (2001 – 2010) yang antaranya mensasarkan 100 peratus guru siswazah di sekolah menengah pada tahun 2005, dan 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Perancangan ini telah dipersetujuai oleh Jemaah Menteri pada 16 Jun 2002, Kementerian Pelajaran juga mensasarkan agar setiap guru mengikuti program CPD sekurang-kurangnya sekali setahun.

(13)

Justeru itu untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, pada awal tahun 1995 Bahagian Pelajaran Guru telah merancang dan melaksanakan Program Pensiswazahan bagi guru-guru terlatih bukan siswazah melalui Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK). Kursus ini diharap dapat meningkatkan ke profesionalisme guru-guru dengan penganugerahan di peringkat Diploma pada peringat pertama dan disambung pada peringkat kedua pula dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang pengkhususan masing-masing daripada IPT tempatan. Jadual 1 dan 2 di bawah menunjukkan bilangan guru agama mengikut negeri dan keseluruhan bagi tahun 2012.

Bilangan Guru Agama Mengikut Negeri Tahun 2012

Jadual 1 : Bilangan Guru Agama Mengikut Negeri Bagi Tahun 2012

1 Johor 4957

2 Kedah 4589

3 Kelantan 4775

4 Melaka 1687

5 Negeri Sembilan 2042

6 Pahang 3930

7 Pulau Pinang 2156

8 Perak 4608

9 Perlis 703

10 Selangor 7200

11 Terengganu 3675

12 Sabah 4495

13 Sarawak 2861

14 WP. Kuala Lumpur 2018

15 WP. Labuan 176

(14)

Bilangan Guru Agama (Keseluruhan) Tahun 2012

Jadual 2 : Bilangan Guru Agama (Keseluruhan) Tahun 2012

Jenis

Sekolah Siswazah Bukan Siswazah Jum. Semua

Jantina L P Jumlah L P Jumlah

Menengah 4504 9500 14004 159 170 329 14333

Rendah 6326 14411 20647 4086 11029 15115 35762

Jumlah Besar 50095

Perlantikan Guru Pendidikan Islam

GPI adalah mereka yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) setelah mengikuti latihan ikhtisas pendidikan sama ada di peringkat diploma atau sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Penempatan dan Pertukaran Guru Pendidikan Islam

Bidang kuasa penempatan dan pertukaran GPI di semua Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan semua Sekolah Menengah Harian terletak di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). Bidang kuasa penempatan dan pertukaran GPI di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) berada di Bahagian Pendidikan Islam (BPI). Manakala bidang kuasa penempatan dan pertukaran GPI di Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Teknik dan Vokasional, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan berada di bawah Bahagian-bahagian yang berkaitan di Kementerian Pelajaran. Walau

bagaimanapun, urusan penempatan dan pertukaran GPI di sekolah-sekolah tersebut di peringkat negeri diuruskan oleh Sektor Pendidikan Islam (di SMKA, SABK dan SMAN), Sektor Pengurusan Sekolah (di SK, SJKC, SJKT, SMK) dan Sektor Pendidikan Khas dan Swasta (di SPK).

Kenaikan Pangkat Guru Pendidikan Islam

(15)

Penyandang), Guru Cemerlang dan jawatan-jawatan tertinggi dalam pentadbiran di sekolah-sekolah, jabatan-jabatan pelajaran negeri dan KPM.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

GPI juga berpeluang mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang disediakan oleh KPM seperti latihan-latihan yang disediakan oleh Institut Aminuddin Baki dan Bahagian Pendidikan Guru. Mereka juga berpeluang untuk mengikuti latihan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di samping peluang-peluang latihan yang dianjurkan oleh badan-badan antarabangsa seperti UNESCO. ISESCO, Bank Dunia dan SEAMEO RECSAM.

Kebajikan Guru Pendidikan Islam

GPI mendapat kemudahan kebajikan sama seperti penjawat awam yang lain berdasarkan pekeliling perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.

Bagi guru pendidikan Islam Sekolah

Agama Rendah, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Swasta urusan pelantikan,

penempatan, pertukaran, latihan dan kebajikan diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga

Pengurusan Sekolah (LPS).

Terminologi Kualiti Dan Kualiti Guru

Kualiti ditakrifkan sebagai suatu keadaan terbaik yang dihasilkan, kualiti sewajarnya dijadikan asas penting yang mendasari nilai, rites and ritual sesebuah organisasi. Unsur kualiti bukan sahaja ke atas produk keluaran tetapi merangkumi kualiti secara total, seperti kuliti tenaga manusia itu sendiri, kualiti persekitaran kerja dan kualiti kepimpinan. Justeru kualiti menjadi inspirasi dan daya penggerak utama setiap anggota organisasi. Wujudnya budaya kualtii ini disokong oleh falsafah organisasi yang mempercayai dengan kuatnya bahawa tanpa perkhidmatan dan keluaran berkualti, survival sesebuah organisasi akan terjejas (Marwin Boser, 1982).

(16)

memenuhi kehendak pelanggan dari segi memberi perkhidmatan. Dari segi produk, kualiti bermaksud; menepati standard yang telah ditetapkan, seperti; tanpa cacat/zero defects serta dapat mencapai matlamat.

Menurut Hargreaves (1994) dari segi pemberian perkhidmatan kepada orang ramai, seseorang guru hendaklah memiliki nilai seperti; perkhidmatan yang cepat, bersopan santun, kebolehpercayaan, keselamatan pengguna, keselesaan, menepati masa, ketepatan fakta, etika profesyen perguruan yang tinggi, berkeyakinan, sensitif dengan keperluan dan masalah pelajar, memiliki nilai etika perkhidmatan awam ( nilai peribadi seperti; amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, berkerjasama, bersih, tekun, sederhana, nilai kepimpinan seperti; adil, berani, syura, nilai professional seperti; berilmu, kreativiti, inovasi, integrity, neutraliti, kejujuran intelektual, akauntabiliti, berkecuali, nilai produktiviti/kualiti seperti; produktiviti, kualiti, nilai agama seperti; bersyukur, beriman, bertakwa dan nilai pelanggan seperti; berbudi mulia, bersabar, sopan santun dan peramah.

Kualiti professional yang tinggi merupakan kewajipan seorang guru yang bertauliah, supaya dapat menjalankan tugas dengan berkesan disamping sifat kualiti guru seperti; ingin tahu, pengetahuan ikhtisas, suka membaca, kemahiran bertutur dan daya ingatan (Ozga, J. 1995). Shuib Dahaban (2006) menjelaskan kualiti kepimpinan guru mencakupi misi yang ditetapkan, memiliki pemikiran yang tinggi, beretika, pencetus perubahan, sensitif dan berani menanggung risiko. Zakaria Ahmad (2006) menyatakan perancangan strategik kualiti mencakupi; mengenal pasti pelanggan dan kehendaknya, menentukan jenis output yang dikeluarkan serta sentiasa membuat penambahbaikan terhadap program yang dirancang.

Definisi kualiti guru datang daripada dua istilah penting iaitu kualiti dan guru. Mengikut Kamus Dewan (2007), kualiti ialah darjah kecemerlangan yang biasanya tinggi mutu. Menurut Ahmad Sarji Abdul Hamid (1991) kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang atau amat baik. Tetapi kebaikan itu tidak terhad atau tetap pada sesuatu tahap. Ia sentiasa berubah dan tidak statik. Menurutnya lagi, setelah mencapai satu tahap, kita perlu berubah untuk mencapai satu tahap yang lebih tinggi secara peringkat demi peringkat dan usaha ini tidak pernah habis tetapi kita mendapat kepuasan melalui usaha kita itu.

(17)

pelajar dengan kemahiran seperti membaca dan menulis serta melakukan lain-lain kewajipan di dalam berhubung dengan pelajarnya itu. Menurut Noran Fauziah Yaacub et al. (1992) mendefinisikan guru sebagai pengajar, pengasuh atau pendidik yang memberikan kesan besar terhadap perkembangan personality, mental dan fizikal setiap manusia. Guru juga adalah orang yang mendidik, mengasuh, menunjuk ajar, membimbing, membina dan memandu golongan pelajar kea rah mencapai matlamat yang telah ditetapkan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (Johari Ariffin, 1994).

Sementara itu perkataan kualiti menurut Kamus Dewan (2007) ialah darjah kecemerlangan yang biasanya tinggi mutu. Dalam kamus Oxford (2000) kualiti diambil dari perkataan qimatun atau nau’iyyat yang membawa maksud kualiti atau kecemerlangan. Menurut Mu’jam al-Wasit (1972), kualiti diambil dari perkataan qadaruhu atau thamanuhu yang memberi makna kualiti. Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang atau amat baik tetapi kebaikan itu tidak terhad atau tetap pada sesuatu tahap serta sentiasa berubah dan tidak statik (Ahmad Sarji, (1991). Menurutnya lagi, setelah mencapai satu tahap, kita perlu berubah untuk mencapai satu tahap yang lebih tinggi secara peringkat demi peringkat dan usaha ini tidak pernah habis tetapi kita mendapat kepuasan melalui usaha kita itu. Menurut Busher, H & Saran.R. (1995) dalam Najwa Mohd Noor (2002) mendefinisikan kualiti sebagai dapat memenuhi kehendak pelanggan dari aspek memberi perkhidmatan. Manakala dari sudut produk pula kualiti bermaksud menepati standard yang ditetapkan seperti tanpa cacat atau zero defects serta dapat mencapai matlamat.

Justeru itu, guru mempunyai pengertian yang sangat luas dan meliputi pelbagai bidang. Kualiti guru merujuk kepada kualiti guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran menurut pandangan al-Ghazali (1111) memfokuskan kepada lapan aspek; penyayang kepada pelajar, mahir dalam kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, penguasaan ilmu, prihatin terhadap pelajar lembap, mahir dalam menasihati pelajar, mahir dalam mendisiplin pelajar, menghormati mata pelajaran lain, mencontohi teknik pengajaran Nabi Muhammad dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

(18)

Menurut Kamus Dewan (2007) kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu seperti cara mengajar. Kualiti penguasaan kaedah yang diaplikasikan oleh guru semasa proses P&P dilaksanakan di dalam kelas merujuk kepada cara yang disusun oleh guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dalam P&P iaitu kaedah projek, kaedah penyelesaian masalah, kaedah dapatan.

Menurut al-Ghazali kualiti guru dalam P&P ialah memiliki ilmu pengetahuan berkaitan isi kandungan pelajaran yang diajar . Ilmu pengetahuan adalah perkara utama yang wajib dimiliki oleh guru kerana dialah penyampai ilmu kepada pelajar. Tanpa penguasaan ilmu yang mantap dan kukuh bagaimana seorang guru itu dapat menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan berkualiti. Guru juga bukan sahaja perlu memiliki ilmu pengetahuan berkaitan mata pelajaran yang di ajar malahan pelbagai ilmu sampingan yang lain seperti psikologi, sosiologi, sejarah, bahasa dan sebagainya (Abdullah Ishak, 1989). Justeru itu, dengan ilmu dimiliki guru dapat menyampaikan ilmu dengan lebih yakin dan berkesan.

Menurut al-Ghazali lagi kualiti komunikasi guru dalam P&P merujuk kepada guru dapat menunjukkan perasaan kasih sayang ketika berkomunikasi, pandai menasihati serta mendisiplinkan pelajar melalui interaksi yang positif antara kedua dua pihak. Menurut Kamarul Azmi Jasmi et al. (2010) menjelaskan komunikasi ialah satu aspek yang penting dalam pendidikan kerana keberkesanan sesuatu P&P bergantung kepada keberkesanan komunikasi yang dijalankan. Dalam kajian ini komunikasi merujuk kepada komunikasi yang berlaku semasa proses P&P di dalam bilik darjah diantara guru dan pelajar.

(19)

Konsep Guru Berkualiti

Guru berkualiti diambil dari dua perkataan iaitu ‘guru’ dan ‘kualiti’. Menurut Kamus Dewan (2007), guru ialah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru juga boleh diertikan sebagai pengajar,pengasuh atau pendidik yang dapat memberikan kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental, fizikal setiap manusia (Noran Fauziah Yaacub et al., 1990). Menurut Earl V. Pullias dan James D. Yang (1982), guru ialah seorang pembimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dia diibaratkan sebagai pemandu perjalanan kerana pengalamannya, pengetahuannya akan jalan-jalan yang dilalui dan dia mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menetukan tujuan dan batas perjalanan itu sesuai dengan keperluan dan kemampuan seorang murid.

Guru dalam bahasa Arab pula merujuk kepada beberapa istilah iaitu mudarris, muaddib, murabbi, mursyid dan mu’allim ( Ab. Halim Tamuri et al., 2006; Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 2010 ). Mudarris menurut Ab. Halim Tamuri et al. (2006) merujuk kepada konsep yang diasaskan kepada guru cemerlang yang berkesan yang merangkumi lima aspek iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki, kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai kepakaran serta mempunyai kecekapan dan kemampuan dalam membuat keputusan yang profesional.

Muaddib dalam lisan al-Arab dalam kajian Kamarul Azmi Jasmi (2010) adalah merujuk kepada kata dasar iaitu addaba iaitu merujuk kepada orang yang mengajar orang lain cara beradab atau melatih dengan sifat beradab (Ibn Manzur, 1997). Muaddib juga merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para pelajar (Ab. Halim Tamuri et al., 2006; Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 2007). Menurut Rosnani Hashim (1997) juga guru sebagai muaddib iaitu seorang yang bertanggungjawab dalam menerapkan adab (disiplin dalam pemikiran, fizikal dan rohani). Seterusnya guru juga sebagai murabbi iaitu dari kata terbitan tarbiyyah yang bermaksud pendidikan. Langgulung (1987) dalam kajian Zaharah Hussin (2006) menyandarkan perkataan tarbiyyah kepada firman Allah SWT dalam surah al-Isra’, ayat 24 yang bermaksud :

(20)

Menurut al-Ghazali (t.t.), guru murabbi juga adalah sentiasa bersifat menyayangi pelajar dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri, sentiasa memberi nasihat kepada pelajar dalam segala aspek samaada pembelajaran mahupun tingkahlaku, menjaga disiplin pelajar melalui cegahan dan teguran yang baik terhadap perlakuan maksiat dan menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang. Syed Hossein Nasr (1987) menjelaskan bahawa guru mengikut perspektif Islam bukan hanya semata-mata sebagai mu’allim tapi juga sebagai

murabbi iaitu mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan akhlak pelajar supaya berjaya di dunia dan juga di akhirat. Murabbi juga merujuk kepada guru di dalam bilik darajah untuk menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut (Ab Halim Tamuri, 2006).

Sementara perkataan mursyid menurut Glosari Bahasa dan Kesusteraan Arab (1996) dalam Zaharah Hussin (2006 ) ialah sinonim dengan ahda iaitu memberi petunjuk, dengan itu kata mursyid bermaksud orang memberi petunjuk atau orang yang menunjukkan hidayah kepada pelajar adalah bertepatan dengan tujuan profesion perguruan Pendidikan Islam.

Mursyid juga merujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah untuk menjaga, menasihati, mengarah, membimbing dan memberi petunujuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri sebagai insan soleh (Ab. Halim Tamuri, 2006; Kamarul Azmi Jasmi, 2007). Kalimah seterusnya guru dalam Bahasa Arab ialah mu’allim iaitu bentuk kata nama ( ism fa’il) yang diambil dari kata terbitan ta’lim yang bermaksud pengajaran. Langgulung (1987) dalam Zaharah Hussin (2006) mengaitkan perkataan ta’lim dengan istilah yang terkandung di dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 31 yang bermaksud :

Dan Allah mengajarkan kepada Adam segala nama, kemudian ia berkat Kepada malaikat : Beritahulah aku nama-nama semua itu jika kamu benar”.

Menurut Ab. Halim Tamuri et al. (2006), perkatan mu’allim juga merujuk kepada peranan guru dalam bilik darjah untuk memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang.

(21)

mampu mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik serta mempunyai kepakaran, kecekapan dan kemampuan membuat keputusan profesional yang bertanggungjawab menyedia dan merancang pengajaran dan pembelajaran. Guru juga adalah mereka yang mengajar para pelajar dengan matlamat selain memberi panduan, nasihat , petunjuk yang baik, mengelakkan kesesatan, membantu membezakan antara yang benar dan yang salah, melatih, membimbing, memupuk bakat, serta meningkatkan potensi dan seni. Menurut beliau lagi, guru juga adalah mereka yang menanam, menyuci, menitis, menyuburkan dan memelihara fitrah mereka dengan didikan rohani, akhlak, sakhsiah, adab, budaya, dan kemasyarakatan yang baik. Seterusnya guru juga dalah mendidik, mengasuh, menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih sayang dalam rangka pembentukan dan pembangunan jasmani para pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) sehingga menjadi insan yang bbenar-benar soleh.

Secara ringkasnya berdasarkan perbincangan definisi guru di atas ialah segolongan orang yang bertanggungjawab mendidik, mengasuh, membentuk, melatih dan membimbing para pelajar dalam menbentuk masa depan mereka dan masyarakat dan juga Negara melalui pembangunan diri pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial . Oleh itu, sistem pendidikan akan berfungsi dengan baik melalui guru yang berkelayakan dari semua segi termasuk penghayatan agama, memiliki akhlak mulia, menguasai bidangnya dengan baik, memiliki pengetahuan yang luas serta kualiti penampilan diri yang unggul.

Konsep guru berkualiti mempunyai maksud yang hampir sama dengan istilah lain seperti guru berkesan, guru efektif, guru cemerlang dan guru profesional serta guru unggul. Oleh itu, dalam bab ini pengkaji turut mengupas konsep guru berkualiti dari sudut guru berkesan, guru efektif, guru cemerlang, guru profesional dan guru unggul. Konsep guru berkualiti sekiranya berdasarkan guru cemerlang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran ( KPM, 2007). Terdapat enam ciri guru cemerlang atau berkualiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dipersetujui oleh Jemaah Nazir (KPM , 2003) iaitu :

(22)

awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.

2) Pengetahuan dan kemahiran : Guru cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

3) Hasil Kerja: Guru cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangssaan (PFK).

4) Komunikasi: Guru cemerlang ialah guru yang memiliki nkemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.

5) Potensi: Guru cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

6) Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang penghususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Istilah guru efektif digunakan dalam kajian Mohd Johdi Salleh (2007) yang menekankan ciri-ciri guru efektif seperti berikut:

1) Dapat menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berdasarkan tahap pencapaian pelajar.

2) Menyediakan rancangan mengajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula dengan mengambil kira masa yang berbeza mengikut pencapaian pelajar, kelas, bahan bantu mengajar dan kearifan individu tersebut.

(23)

4) Menggunakan kepelbagaian kaedah mengajar supaya pembelajaran menjadi lebih menarik, mudah difahami dan berjalan lancer.

5) Mementingkan keceriaan, interaksi dan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan.

6) Dapat meningkatkan motivasi, minat dan mengcungkil sikap ingin tahu dikalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

7) Dapat menyampai dan menghuraikan isi pelajaran dengan jelas dan mudah difahami semasa pengajaran dan pembelajaran.

8) Berkemahiran dalam mengemukakan soalan ujian dan penilaian berasaskan konsep penyoalan yang sesuai dan menarik perhatian pelajar.

9) Melaksanakan tindakan susulan melalui pengayaan dan pemulihan .

10) Berkemahiran dalam pengurusan bilik darjah bagi mewujudkan keselesaan dan keseronokan semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

(24)

pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dan mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran suatu pengalaman yang menyeronokkan kepada pelajar ( Azizah Lebai Ahmad, 1999; Shahril@ Charil Marzuki, 2002; Ab. Halim Tamuri, 2004)

Guru berkualiti juga dikenali sebagai guru cemerlang dalam kajian Kamarul Azmi Jasmi (2010) iaitu guru berjaya yang mempunyai kelayakan akademik lagi berilmu, sangat baik, berkesan, bijak dan pakar dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebijaksanaannya sehingga mampu menggunakan pelbagai kaedah serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran suatu pengalaman yang menyeronokkan.Selain itu, guru cemerlang ini juga mampu mengaitkan ilmu isi kandungan pelajaran dengan kehidupan sebenar para pelajarnya sehingga berjaya meningkatkan sahsiah, sifat dinamik dan kecemerlangan akademik para pelajarnya. Mereka juga berupaya mendokumentasikan segala idea dan perancangannya, sangat berdedikasi, bermotivasi dan mepunyai komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab. Selain itu, guru cemerlang juga ialah mereka yang ikhlas, unggul, memiliki ilmu, ketinggian peribadi, boleh berkerjasama dengan rakan sekerja dan pihak atasan, dan selalu membuat refleksi kendiri untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran mereka.

Menurut Tuner dan Bash dalam Mohammed Sani Ibrahim (2007) pula, guru berkualiti ialah guru cemerlang yang menunjukkan ciri-ciri seperti komitmen profesional yang tinggi, pakar dalam semua bidang serta bersedia berkongsi pengalaman,berkebolehan mengajar idea utama dan boleh bekerjasama dengan pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa, mampu melayan perkembangan nilai sosial dan budaya menunjukkan komitmen yang tinggi.

Berdasarkan perbincangan berkaitan konsep guru berkualiti dapatlah dirumuskan bahawa guru berkualiti ialah seorang pendidik yang berkualiti dan cemerlang dari semua aspek sama ada dari segi pengajaran dan pembelajaran, penguasaan ilmu pengetahuan dan amalannya, sahsiah diri dan penampilan diri serta kemahiran berkomunikasi dengan pelajar dan masyarakat sekelilingnya. Mereka juga berupaya mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan sebenar pelajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar secara seimbang.

Guru Berkualiti dalam Pendidikan Islam

(25)

menentukan untung nasib sesuatu negara. Justeru itu, Islam memandang tinggi profesion keguruan ini. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 122 yang bermaksud :

“Dan hendaklah mereka segera memberi peringatan (mengajar) akan kaum mereka sebaik sahaja mereka kembali (dari berjihad) semoga mereka sentiasa beringat”.

(Tafsir Quran Al-Karim: 206 )

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Jika kamu mengajar seseorang lalu ia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya”.

Agama Islam memberi penghormatan yang amat tinggi kepada ahli-ahli ilmu kerana mereka bukan sahaja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, malahan juga untuk masyarakat tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah (Ahmad Mohd Salleh, 2010). Firman Allah dalam surah Faathir ayat 28 yang bermaksud :

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ulama”

(Tafsir Al-Quranul Karim: 437 ) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Ulama ialah pewaris para nabi”

( Sunan Abi Daud no. 3641)

Berdasarkan kedua-dua nas di atas jelas menunjukkan bahawa Islam memberi pengiktirafan dan penghormatan kepara para ilmuan kerana melalui mereka, masyarakat dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Justeru itu, golongan pendidik muslim khususnya perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu supaya dapat melahirkan golongan pendidik yang berkualiti dalam arena pendidikan kini. Ini kerana agama Islam amat menekan kualiti dan kecemerlangan dalam pekerjaan dan amalan yang dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah S.W.T. suka apabila seorang itu bekerja dan berusaha, dia melakukan dengan bersungguh-sungguh atau bijaksana (cemerlang)”.

(Sahih Jami’ no.1880)

(26)

Menurut Abdul Hamid Zarkasyi (1990) dalam Abdul Sallam Yusof (2010) menyatakan bahawa al-Ghazali mendefinisikan guru ialah seorang yang menyampaikan sesuatu kepada orang lain ataupun pelajarnya. Dalam maksud lain, guru ialah seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif dan membina diri seseorang yang bersedia menerima tanpa mengira peringkat umur. Menurutnya lagi perlu ada hubungan yang erat antara guru dan pelajar dengan mempamerkan adab dan tanggungjawab sama ada sebagai seorang guru ataupun seorang pelajar. Ini kerana kejayaan sesuatu proses pendidikan banyak bergantung kepada bagaimana hubungan kasih sayang yang terjalin antara guru dan pelajar. Al-Ghazali menegaskan guru yang berkesan dan berkualiti dalam menyampaikan ilmu ialah guru yang berusaha menyempurnakan, mempertingkatkan, menyucikan dan membimbing hati untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Justeru itu, dalam Mizanul al-‘Amal dalam Abdul Sallam Yusoff (2010) menyatakan bahawa orang yang mengajar ilmu adalah satu pekerjaan dan dikira sebagai ibadah kepada Allah S.W.T. Al-Ghazali turut menyatakan bahawa orang yang berilmu atau pendidik yang berkualiti berusaha mencari ilmu dan memanfaatkan ilmu tersebut sehingga tidak perlu bertanya lagi serta menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Tugas ini amat mulia sehingga al-Ghazali mengumpamakan pendidik atau orang yang berilmu sebagai matahari yang bersinar dan menyinari orang lain dan juga laksana kasturi yang mengharumkan orang sekeliling dan dia sendiri harum.

Imam al-Ghazali (t.th.) menyatakan seorang guru adalah orang yang berurusan langsung dengan hati dan jiwa manusia, iaitu makhluk yang paling mulia di dunia. Anggota badan yang paling mulia dari tubuh manusia ialah hatinya dan guru berusaha menyempurnakan, membersihkan, menyucikan dan mendorong hati itu mendekatkan diri kapada Allah S.W.T. Pendidik mempunyai status mulia di dunia kerana mendidik jiwa, hati, akal dan roh manusia. Guru mempunyai tugas yang paling penting mengembangkan ilmu dan pada masa yang sama memperbaiki masyarakat. Guru yang ikhlas dapat mengangkat darjat umat ke tahap yang lebih maju serta menanamkan adat yang baik ke dalam jiwa para murid (Abdul Salam Yussof, 2010).

(27)

aspek iaitu qudwah, kesan jama’ah terhadap individu, tunjuk cara dan kefahaman serta kepuasan hati kepada murid (Abdullah Al-Amin Al-Na’miy, 1994). Justeru itu, guru berkualiti dalam Pendidikan Islam dalam konteks di sekolah merupakan contoh teladan yang diikuti oleh muridnya dari pelbagai segi. Guru akan sentiasa diperhati dan dijadikan role model kepada muridnya. Cara interaksi guru dengan pelajar di dalam kelas mahupun di luar kelas, harus menunjukkan qudwah yang baik sebagai contoh kepada muridnya. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid (Zawati Awang, 2010).

Menurut Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch (1990) menyatakan bahawa tidak memadai jika guru hanya mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam tentang hukum-hukum Islam tetapi guru juga harus mempunyai dua kualiti yang utama. Kualiti pertama ialah mempunyai keupayaan akademik dan intelek iaitu pengetahuan sains Islam dan budaya Islam. Kualiti yang kedua ialah mempunyai keupayaan moral bagi membolehkannya mendidik para pelajar melalui konsep contoh teladan supaya tidak wujud kecelaruan antara kata-kata guru dengan perilakunya yang sebenar.

Menurut Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri (2007), guru berkualiti dalam Pendidikan Islam adalah merujuk kepada peranan guru Pendidikan Islam semasa di dalam atau di luar bilik darjah melalui konsep 5M iaitu muddris, muaddib, murabbi, mursyid dan mu’allim

( lihat rajah 2).Lima peranan tersebut ialah :

1. Muddaris adalah konsep yang diasaskan kepada guru cemerlang yang berkesan iaitu merujuk kepada ciri pengajar yang berkesan yang melibatkan aspek pengajaran dan pembelajaran bermula daripada persediaan mengajar sehingga kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya penilaian kendiri. Disamping guru berkualiti ini juga dapat mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai kepakaran serta kecekapan dan kemampuan dalam membuat keputusan profesional.

(28)

3. Murabbi merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut. Guru berperanan membentuk dan membangunkan para pelajar dari pelbagai aspek iaitu rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial agar dapat melahirkan insan soleh yang berakhlak mulia berdasarkan beberapa prinsip nilai yang ditentukan oleh Allah S.W.T.

4. Mursyid merujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah untuk menjaga, menasihati, mengarah, membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri sebagai insan soleh.

5. Mu’allim merujuk kepada peranan guru dalam bilik darjah untuk memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang .

Rajah 2: Guru Pendidikan Islam dalam konsep 5M

PENDIDIK

MUSLIM

PENDIDIK

MUSLIM

MUDARRIS

MUDARRIS

(29)

Sumber : Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri (2007,2010)

Rasulullah s.a.w. menganjurkan konsep pendidikan sepanjang hayat yang mana proses belajar dan mengajar adalah satu proses berterusan dan tidak terhenti selepas tempoh persekolahan formal. Ini menunjukkan kepentingan peranan sepanjang hayat seorang guru dalam masyarakat Islam bukanlah terbatas sebagai seorang pekerja yang bertugas untuk tempoh tertentu dan kemudiaannya bersara. Seorang guru yang berkualiti tidak pernah bersara dan bukan bersara malahan akan terus mengajar dan membimbing para pelajar sepanjang hayatnya (Muhammad Hamid Al-Afendi, 1990).

Teori Guru Berkualiti

Teori berkaitan guru berkualiti telah banyak ditulis para sarjana pendidikan, namun pelbagai istilah digunakan yang membawa ciri-ciri yang sama iaitu guru berkualiti antaranya guru cemerlang, guru pakar, guru berkesan, guru kompeten, guru profesional serta guru efektif.

Teori pertama mengenai guru berkualiti dapat dilihat melalui teori yang diketengahkan al-Qabisi dalam karangan Abdullah Al-Amin Al-Na’miy (1994). Beliau menjelaskan bahawa guru yang berkualiti dapat melaksanakan pengajaran pendidikan akhlak dengan baik dan seterusnya mencapai objektif yang diharapkan iaitu mendidik jiwa pelajar menjadi pelajar yang berakhlak mulia. Melalui teori al-Qabisi, beliau telah menekankan empat fungsi guru yang berkualiti dalam mendidik akhlak pelajar iaitu melalui contoh teladan (qudwah), jama’ah, tunjuk cara dan kefahaman (lihat rajah 2.3) . Guru melalui pendekatan qudwah atau contoh teladan dapat menjadikan dirinya sebagai ikutan atau role model kepada para pelajar dengan cara berinteraksi di dalam dan di luar kelas.

Selain itu, guru berkualiti juga bijak dalam mengendalikan pergaulan jama’ah

(kumpulan) di kalangan pelajar bagi memastikan proses mendidik akhlak pelajar berjalan dengan berkesan. Al-Qabisi menegaskan bahawa guru yang berkualiti juga dapat menunjukkan tunjuk cara yang baik serta memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar semasa proses mendidik akhlak pelajar. Kajian Zawati Awang (2010) menunjukkan bahawa guru Pendidikan

(30)

Fungsi Guru dalam Pendekatan Pengajaran Akhlak Al-Qabisi

Islam yang menggunakan teori berasaskan al-Qabisi ini dapat melaksanakan proses mendidik akhlak pelajar dengan berkesan.

Rajah 3 : Fungsi guru dalam pengajaran Akhlak al-Qabisi.

Qudwah Jama’ah Tunjuk Cara Kefahaman

(Sumber : Abdullah Al-Amin Al-Na’miy, 1994 dalam Zawati Awang, 2010)

Menurut Abdul Halim al-Muhammadi (1991) menjelaskan bahawa seorang pendidik yang berkualiti perlu memiliki sikap kehidupan dan pembawaan yang jelas. Beliau menyenaraikan lima kualiti sifat yang wajib dimiliki oleh guru iaitu:

1) Sifat zuhud (mendidik kerana mencari keredhaan Allah) iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan bukan kerana balasan kebendaan atau penghormatan masyarakat, tetapi untuk mencari keredhaan Allah.

2) Kebersihan diri iaitu memiliki jiwa yang bersih daripada segala kekotoran adat dan syarak serta mempunyai kebersihan lahiriah yang jelas dan peribadi yang tinggi, tidak bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah atau sifat-sifat keji yang lain.

3) Menjaga kehebatan dan kehormatan diri pada pandangan masyarakat iaitu memelihara peribadi, mempunyai sifat rendah diri serta pandai melayan hati orang lain dalam pergaulan. Guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruah diri sama ada dari segi berpakaian, perbuatan dan percakapan.

(31)

5) Memahami dengan jelas tabiat murid dan kemampuan mereka bagi membolehkan guru menyesuaikan bahan dan cara pengajaran serta dapat melayani mereka dengan sebaik mungkin.

Sifat-sifat asasi yang perlu ada dalam diri guru berkualiti agar keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diterapkan (Abdullah Nasih Ulwan, 1981) iaitu ikhlas, bertaqwa, berilmu pengetahuan, pemaaf, dan bertanggungjawab. Ini di sokong oleh pendapat Abdullah Ishak (1989) yang menyatakan bahawa keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan adalah melalui pendidik yang memiliki sifat-sifat keperibadian yang unggul, ketokohan dan perwatakan yang sempurna seperti memiliki ilmu dan kaedah pengajaran yang mendalam serta menarik bagi meyakinkan diri sendiri dan juga para pelajarnya. Mereka juga memiliki sifat ketokohan dan keperibadian serta kewibawaan yang tinggi seperti warak dan bertaqwa kepada Allah swt. Di samping itu, mereka juga sentiasa menyampaikan ilmu pengetahuan yang dimilki semata-mata kerana Allah dan untuk mendapat keredhaanNya. Mereka juga memiliki sifat –sifat yang lain seperti bijaksana dan matang dalam menyampaikan ilmu mengikut tahap kemampuan, kecenderungan dan minat para pelajar yang boleh membawa kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Guru berkualiti juga perlu memilki sifat kasih sayang dan mempunyai perwatakan guru seperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain.

Justeru menurut Ahmad Mohd Salleh (2010), bagi mencapai keberkesanan dakwah, pengajaran dan pembelajaran serta pembentukan peribadi yang sempurna, Islam mengutamakan tutur kata, tingkah laku yang baik, nasihat yang berguna serta menarik. Ini kerana bahasa dan tutur kata yang baik dijadikan alat dakwah yang utama oleh Nabi Musa dan Nabi Harun (a.s) ketika keuda-duanya diperintah oleh Allah menyampaikan seruan agama kepada Firaun yang zalim. Firman Allah swt dalam surah Thaha, ayat 43 yang bermaksud :

“Pergilah engkau berdua kepada Firaun, kerana dia benar-benar melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sadar atau takut”.

(Tafsir Quran Al-Karim, 314 )

(32)

terkawal, mempunyai sifat sukakan kanak-kanak dan ingin memahami tingkah laku mereka dengan mendalam, tekun dan rajin serta tidak jemu-jemu melaksanakan tugasnya walaupun menghadapi berbagai –bagai rintangan dan ciri yang terakhir ialah kegigihan dalam menjalankan tugasnya dengan menggunakan sepenuh masa yang diperuntukkan bagi sesuatu mata pelajaran itu untuk mengajar.

Akhir sekali ialah teori guru berkualiti dapat dilihat melalui karya al-Ghazali iaitu Ihya’ Ulumuddin yang menjadi asas dalam kajian ini. Al-Ghazali menyatakan guru yang baik dan berkualiti ialah guru yang mempunyai penampilan diri yang baik yang di zahirkan melalui tinghkah laku dan percakapan seperti rasa simpati dan sayang kepada pelajar dan menganggap serta melayani mereka sebagaimana anaknya sendiri. Sentiasa menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh teladan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar dengan tidak mengambil upah atau imbuhan dari pengajarannya ( Syaikh Jamaluddin al-Qasimi, 2010; TK.H. Ismail Yakub, 1992). Menurut al-Ghazali (t.th.) guru berkualiti juga sentiasa peka dalam memberi nasihat kepada para pelajar dalam segala bidang sama ada berakaitan mata pelajaran yang ajar atau pun pergaulan mereka. Selain itu, dia juga memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam mata pelajaran yang diajar serta ilmu –ilmu tambahan yang lain bagi memudahkannya menyalurkan kepada pelajar di samping prihatin terhadap pelajar-pelajar yang lembap dalam pelajaran. Menurut al-Ghazali (t.t.) dalam Zawawi Ahmad (1992) turut menyatakan guru yang baik dan berkualiti juga sentiasa menghormati setiap mata pelajaran lain dengan tidak memperlekehkan dan memandang rendah mata pelajaran tersebut dan juga berkemampuan dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan antara guru dan pelajar ketika pengajaran dan pembelajaran sehingga memudahkan pelajar memahami ilmu yang disampaikan oleh guru ( lihat rajah 4).

Rajah 4 : Teori Guru berkualiti al-Ghazali (t.th.), al-Ghazali (1992), al-Ghazali (2010)

Allah SWT

Guru/ Pengajar

Kemahiran

Penampilan

Ilmu

Penguasaan

(33)

Imam al-Ghazali (t.th.) turut menggariskan ciri guru yang mursyid iaitu seorang guru yang berpaling daripada mencintai dunia dan pangkat. Ini bermakna guru yang mengajar hanyalah untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T. dan tidak semata-mata mengharap ganjaran upah dan balasan. Seorang yang bergelar pendidik sepatutnya memiliki sifat zuhud jika ingin mendapat keredaan Tuhan. Menurut Abdul Salam Yusoff (2003), al-Ghazali telah berguru dengan guru yang mursyid, iaitu baik kehidupannya dan taat kepada Allah. Selain daripada itu seorang guru seharusnya menjadikan akhlak mulia sebagai cara hidup seperti zuhud, sabar, bersyukur, tawaduk, berhati-hati dalam segala urusan.

Keseluruhan perbincangan berkaitan dengan teori guru berkualiti atau guru berkesan yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh pendidikan menunjukkan bahawa guru berkualiti ialah guru yang mempunyai dan memiliki pengalaman dan ilmu pengetahuan yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,mempunyai keperibadian yang tinggi yang boleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar seperti kasih sayang, amanah, jujur dan sebagainya serta berkemampuan dalam mewujudkan komunikasi yang baik dengan pelajar (al-Ghazali t.th.; Abdullah Nasih Ulwan 1981; Abdullah Ishak 1989; Abd Halim al-Muhammadi 1991; al-Qabisi 1994; Ahmad Mohd Salleh 2010)

Model Guru Berkualiti

Model guru berkualiti dalam kajian Barat dapat dilihat dalam Model Slavin (1989), yang menyarankan bahawa terdapat empat unsur utama yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan iaitu kualiti pengajaran (pelbagai kaedah pengajaran dan pelbagai bahan bantu mengajar), kesesuaian aras pengajaran ( pengemaskinian kandungan dan sistem penilaian serta mengikut aras kebolehan pelajar), insentif (perancangan isi pelajaran serta memberi motivasi sama ada ganjaran atau dendaa), dan masa (engaged time dan time on task). Rajah 5 di bawah menjelaskan Model Slavin.

Pedagogi

Kommunik

asi

Agam

a

percakap

an

Pakaia

n

Umu

m

Guru

Berkualiti

Tingkah

laku

Pendidik

(34)

Rajah 5: Model kualiti pengajaran guru

Sumber : Slavin (1989)

Seterusnya model P&P guru yang berkesan menurut Dunkin & Biddle (1974) dalam Kamarul Azmi Jasmi (2010) menyatakan bahawa keberkesanan sesuatu tahap pengajaran guru adalah bergantung kepada lima faktor yang utama iaitu :

1) Guru (pemboleh ubah tanda) : Kemampuan dalam melaksanakan pengajaran berkesan bergantung kepada sifat personaliti diri, kemahiran mengajar, gaya pengajaran dan ciri keperibadian.

2) Pelajar (pemboleh ubah konteks) : Kejayaan pengajaran guru menurut teori ini bergantung kepada siapa yang di ajar oleh guru, iaitu pelajar. Personaliti diri, cara belajar, motivasi dan sikap penentu kepada keberkesanan P&P.

3) Faktor sekolah dan bilik darjah : Faktor sekolah yang meningkatkan keberkesanan P&P terdiri daripada iklim persekolahan, kepelbagaian ras dan saiz sekolah. Manakala faktor bilik darjah yang menjadi penentu kepada keberkesanan P&P ialah saiz kelas, peralatan dan kemudahan kelas serta iklim kelas.

4) Proses P&P yang berlaku di dalam kelas (pemboleh ubah proses). Proses ini melibatkan tingkah laku guru dan pelajar. Pada masa ini, peranan guru berkesan akan sentiasa memerhatikan perkembangan penguasaan pelajar terhadap P&P para pelajar mereka.

Model Slavin Kualiti Pengajaran

Kesesuaian aras

pengajaran Masa

(35)

5) Produk (pemboleh ubah hasil). Kejayaan guru mengubah pelajar dalam bentuk perubahan jangka pendek dan perubahan jangka panjang merupakan kayu ukur kepada keberkesanan guru .

Rajah 6: Model P&P Guru Berkesan Dunkin & Biddle

Rajah

(Sumber : Dunkin & Biddle, 1974 dalam Kamarul Azmi Jasmi, 2010)

Seterusnya model guru berkualiti dalam tulisan Mohamad Sani (1998) yang merujuk kepada model guru yang profesional iaitu yang memiliki sahsiah terpuji, berilmu pengetahuan dan berketrampilan dalam dalam pengetahuan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau guru yang profesional perlu mempunyai tiga atribut utama iaitu dari segi sahsiah, ketrampilan dan ilmu. Dari segi sahsiah, guru yang profesional mempunyai sifat bertaqwa, berakhlak, berperibadi mulia, mempunyai komitmen, bersopan santun, bersikap positif, berkebolehan memimpin dan mengamalkan budaya ilmu. Manakala dari segi ketrampilan guru profesional ialah merancang, mengurus, memilih strategi, meransang, menilai P&P dan memiliki kemahiran generik, teknologi serta kaunseling. Dari segi ilmu pula, guru yang profesional ialah mempunyai pengetahuan dalam isi kandungan mata pelajaran, pengetahuan pedagogi, bahan pengajaran, kaedah dan teknologi yang digunakan dalam P&P di bilik darjah.

Selain itu, model pengajaran guru berkualiti dapat dilihat dalam kajian Azizah Lebai Nordin (1999) yang menggunakan istilah guru berkesan (lihat rajah 2.1). Terdapat dua aspek yang dapat dilihat terhadap guru yang berkesan iaitu memiliki ilmu dan juga memiliki sifat yang berkesan. Menurut beliau guru yang berkesan mampu menguasai dan memahami dengan mendalam ilmu pengetahuan sama ada berkaitan isi kandungan mata pelajaran yang diajar dan

Guru

Sifat personaliti diri kemahiran gaya pengajaran kepribadian ciri keperibadian

Sekolah & Kelas

Sekolah :iklim, kepelbagaian ras dan saiz.

Kelas: saiz,

kemudahan dan iklim

Pelajar

Personaliti diri Cara belajar Motivasi sikap

Proses P&P

Kelakuan guru Kelakuan Pelajar

Produk Peningkatan

pengetahuan pelajar Penguasaan kemahiran pelajar

(36)

ilmu pedagogi yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala sifat guru berkesan pula terdiri daripada sifat mesra, bertanggungjawab, bekerjasama dengan guru lain, sayangkan pelajar, sabar dan kreatif serta kebolehan membuat refleksi sendiri yang mana sifat-sifat asas ini membantu dalam pengajaran dan pembelajaran guru berkesan.

Jadual 3 : Model Guru Berkesan

Penguasaan Ilmu Sifat Pendidik

1. Isi subjek, matlamat dan falsafahnya 2. Berkaitan atau ilmu yang menghurai

mata pelajaran seperti tafsir,

mustalah al-hadis, usul fiqh dan lain-lain

3. Pedagogi

4. Pengukuran dan penilaian

1. Mesra

2. Bertanggungjawab

3. Bekerjasama dengan guru lain 4. Sayangkan pelajar

5. Sabar 6. Kreatif

7. Kebolehan membuat refleksi kendiri

Sumber : Azizah Lebai Nordin (1999)

(37)

Rajah 7 : Model P&P GCPI (MPPGCPI)

1. Memindah Ilmu Perubahan 2. Perubahan tingkah laku

3. Pelajar Menjadi Cemerlang 4. Berjaya Dunia & Akhirat Visi & Misi

Merancang Ikut Tahap Pelajar

Merancang Isi, Kaedah & Teknik

Penyediaan BBM Persediaan P&P

Proses – Pelajar Bangun, Memberi

Salam, Doa Aktiviti: Ulangkaji Pelajaran Lalu Set Induksi

Keceriaan & Kebersihan Kelas

Rekod & Ambil Tindakan Pelajar Lewat/Ponteng

P

en

gu

ru

sa

n

K

el

as

Penerapan P&P: 1. Pengalaman Menyeronokkan 2. Galakkan dan Ganjaran

3. Berfokus 4. Memudahkan Kefahaman 5. Menarik Minat

Pelaksanaan

Berpusatkan Guru: Sekurang-kurangnya kaedah dan teknik ialah 1. Perbincangan 2. Kuliah 3. Bercerita 4. Perbandingan & Beri Contoh 5. Targhib & Tarhib 6. Kontekstual

Pendekatan Berpusatkan Pelajar: Sekurang-kurang kaedah dan teknik ialah 1.Pasak, Pugar, &

Referensi

Dokumen terkait

Fotogrametri jarak dekat (close range photogrammetry) muncul pada saat teknik ini digunakan untuk obyek yang dipotret dengan jarak kurang dari 100 meter dan

Tindak tutur direktif adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan salah satu jenis ujaran atau tindak tutur yang dituturkan penutur kepada mitra tutur untuk membuat mitra

Berdasar hasil analisis data dapat diketahui bahwa ada hubungan negatif yang sangat signifikan antara kecemasan dengan prestasi kerja dengan koefisien korelasi r (xy)

4 Economist.com , May 22 nd 2009 from the Economist Intelligence Unit ViewsWire. Terjemahan Indonesia: “Di tengah lemahnya perekonomian global, Economist Intelligence

Dengan demikian dapat dipahami bahwa dakwah Islam adalah setiap upaya positif baik yang berupa aktivitas lisan, tulisan, perbuatan maupun ketetapan guna meningkatkan taraf

Hasil penelitian menunjukan Ada hubungan yang signifikan antara status gizi terhadap produktivitas kerja pada pekerja pabrik tahu di Kecamatan Rantau Rasau

Yaitu daftar pertanyaan yang berkaitan dengan persepsi masyarakat dan kinerja pelayanan dalam pembuatan Surat Izin Mengemudi (SIM). Analaisis Data Penelitian Dengan