Sumber: The New Ethos of Leadership for the Malaysia Civil Service: Competencies for the Futures oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (2003) dan ( 2006)
Seksyen 19 Kualiti Dalam Penampilan/personaliti Dir
Bagi aspek Kualiti Dalam Penampilan /Personaliti Diri , dilihat dari pandangan pentadbir sekolah, guru Pendidikan Islam seorang yang dedikasi, toleransi dan mudah didekati sama ada murid atau guru-guru lain (32), penampilan diri dan personaliti serta berwibawa yang menyenangkan, mengamalkan ilmu yang dimiliki dengan baik dan mengikut syarie pada setiap masa (82,97,115), sentiasa menampilkan personaliti diri yang unggul dalam kalangan warga sekolah, dan menepati etika perguruan untuk dunia dan akhirat (84,89), guru Pendidikan Islam juga tidak pernah membelakangkan etika dan syarak, boleh dicontohi oleh guru dan pelajar (91).
Laporan Murid Pelajar
Seksyen 2 : Kualiti Pemberian Perkhidmatan Kepada Pelanggan
Daripada aspek kualiti Pemberian Perkhidmatan Kepada Pelanggan, majoriti laporan daripada murid pelajar mengatakan guru Pendidikan Islam memberikan perkhidmatan yang baik, memuaskan (68,69,70,127,165,98,117,154,155,179,106,128,174), meskipun di luar jam pelajaran (118,124), cemerlang. (66), bagus (67,178), sangat baik (153), terbilang (65), berilmu dan bertanggungjawab (96), sangat baik menjaga para pelajarnya (100), guru saya seorang yang boleh berbicara berlemah lembut apabila mengajar, tidak berkasar dengan murid-murid dan lain-lain (175), sentiasa bersopan santun, sabar dan menjaga tingkah laku (77,78,121,170), lebih menekankan aspek latihan dalam perbentangan ketika di dalam kelas (105), guru
Pendidikan Islam mengajar dengan penuh bersungguh-sungguh. Mengutamakan ketepatan fakta (169), selain daripada itu, guru Pendidikan Islam mengutamakan keselamatan murid (120,171), progresif dan adil, serta peka dgn keperluan dan masalah murid (126,104), sentiasa memberikan komitmen yang tinggi (152,172), ustaz dan ustazah mengajar kami dengan baik tanpa mengeluh kerana mereka ingin kami belajar bersungguh-sungguh (176), Sentiasa berkeyakinan dan sabar dengan kerenah pelajar (146), mempunyai kualiti dengan apa yang diberikan dan sangat baik (151).
Seksyen 3 : Kualiti Kemahiran Guru
Daripada aspek kualiti Kemahiran Guru, majoriti laporan daripada murid pelajar mengatakan guru Pendidikan Islam pandai mengajar dengan baik (69,70,68,121,98,117,155,179,153,100), cemerlang (66,104), seorang yang penyayang dan pandai mengambil hati pelajar (77,170,171,120), bijak membimbing pelajaran (78), mempunyai kemahiran yang tinggi bersesuaian dengan bidang pelajaran yang diajar (118,124), kreatif dan inovatif (96), kebanyakan guru menggunakan bahan bantu mengajar ketika sesi pengajaran. Contohnya penggunaan peta minda untuk kemudahan pelajar, amat mahir dalam bidang tertentu (105), Kemahiran guru mengajar amat baik dan cekap. Kemahiran yang diperolehi cikgu dapat melahirkan pelajar yang cemerlang (165,179), guru Pendidikan Islam mempunyai kemahiran dari segi amalan kualiti ialah sentiasa berpengetahuan tinggi (172), saya lihat dari segi amalan kualiti kemahiran guru sangat memuaskan (175,127), manakala dari segi amalan ialah bagus, pantas dan lain-lain (176), guru Pendidikan Islam juga mempunyai akhlak seperti Rasulullah yang menekankan aspek kemahiran dalam banyak situasi (152), ustaz dan ustazah di sini mempunyai kelebihan dan kemahiran tersendiri (178), melakukan kerja mengikut masa (126), pada keseluruhannya guru Pendidikan Islam sangat mengambil berat terhadap pelajar (151), menasihati pelajar (146), dan juga prihatin terhadap pelajar lemah (169).
Seksyen 4 : Kualiti Komunikasi Guru Dalam P&P
Daripada aspek kualiti Kemahiran Guru, majoriti laporan daripada murid pelajar mengatakan guru Pendidikan Islam bercakap dengan jelas (68,69,70), juga mendisiplinkan pelajar melalui percakapan yang baik (121), guru Pendidikan Islam juga berkomunikasi semasa dalam p&p amat baik (124,151,154,155,179,172), cemerlang (65,66), bagus (67), baik dan cekap (117,98), juga berkomunikasi dengan melakukan gurauan yang tidak mengguris hati pelajar (152), menggunakan bahasa yang baik, mudah difahami serta melayan dengan baik (165,169,77,178), semasa berkomunikasi, dari segi amalan kualiti komunikasi dalam p&p amat
memuaskan (174), menunjukkan perasaan kasih saying (176,96), sangat prihatin, mengajar dengan tekun dan lain-lain (175), cuba untuk memahamkan murid dengan menggunakan komunikasi yang baik (106), Menarik dan bersopan santun (78), menggunakan perkataan yang berbentuk nasihat dan banyak mendisiplinkan pelajar ke arah membentuk insan yang baik dan berakhlak mulia (118,120) dengan perkataan lain guru Pendidikan Islam pandai menasihati murid-murid (171,170).
Seksyen 5 : Kualiti Penampilan Diri Guru Di Dalam Kelas
Daripada aspek kualiti Penampilan Diri Guru Di Dalam Kelas, majoriti laporan daripada murid pelajar mengatakan guru Pendidikan Islam sentiasa kemas, disiplin dan mematuhi etika perguruan (105,178). Malah guru Pendidikan Islam juga berpenampilan di dalam kelas amat baik (98,100,117,155,104), sangat baik (153,154), cemerlang (65,66), bagus (67), sopan (124,172,174,179), sentiasa kemas (68,69), ringkas (118), menarik (70), bersih (77), ceria (78), cantik (96), bagus (165), sentiasa berbau harum (126), suka memakai baju yang cantik (179), sehingga menyejukkan mata pelajar supaya pelajar lebih menghormati, menyanjungi golongan bijak pandai agama (152), guru Pendidikan Islam juga amat memberatkan dalam aspek menutup aurat (106), penampilan diri guru di dalam kelas juga dilihat melalui kasih sayang terhadap pelajar (176), penampilan guru agak bagus, moga-moga dapat menjadi idola buat pelajar (128), prihatin terhadap pelajar (170,120,121), selalu menasihati pelajar dengan berhikmah (169,151,146), membimbing serta mendisiplinkan pelajar (171), disamping aspek kualiti penampilan diri guru di dalam kelas juga guru Pendidikan Islam turut bersungguh- sungguh mengajar (175).
Seksyen 6 : Kualiti Peribadi Guru
Daripada aspek kualiti Peribadi Guru, majoriti laporan daripada murid pelajar mengatakan guru Pendidikan Islam seorang yang pandai memimpin (70,96,121), cemerlang (65,66), bagus (67,100), baik (98,117,155,178,179), adil (178), sangat baik (153,154), menarik (120), sangat berkeperibadian dalam semua situasi yang berlaku (104), bukan itu sahaja, guru Pendidikan Islam juga mempunyai ciri-ciri yang baik (69), sentiasa menunjukan keperibadian yang mulia dari segi percakapan, penampilan dsbnya (118), selain daripada itu juga peribadi guru amat sopan dan peramah (124), tegas tetapi berlembut dan berhikmah (126), berkeperibadian unggul (152,) sangat mulia (172), jujur (68), guru Pendidikan Islam juga mempunyai sikap tolak ansur yang tinggi (151,170 ), Sabar ketika mengajar (78) peramah, adil, jujur dan boleh bertolak ansur (169,176,171,146), menarik (171), memahami antara satu sama lain (77), pandai memimpin,
boleh bertolak ansur dengan murid-murid (175), membimbing (165), dan lain-lain. Selain daripada itu juga guru Pendidikan Islam pandai menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran di dalam kelas(105).
Seksyen 7 : Kualiti Jenis Guru Dan Peranannya
Daripada aspek kualiti Jenis Guru dan Peranannya, majoriti laporan daripada murid pelajar mengatakan guru Pendidikan Islam amat cemerlang, bagus dan melakukan peranan dengan sangat baik (65,66,67,98,117,153,154,155,178,179), bertanggungjawab menyampaikan ilmu dan memimpin (96), guru bertindak sebagai pengajar, pembimbing dan penasihat ketika bersama dengan pelajar (105,151), seterusnya guru Pendidikan Islam dilihat sebagai membentuk insan soleh (169), ada pelbagai jenis guru iaitu Mudarris, Muaddib, Munabbi dan Mursyed (118). Mengikut murid/pelajar mengatakan ‘guru saya jenis guru mursyid’. Beliau seorang yang pandai membentuk insan soleh yang pandai menjaga kami (68,69), guru saya jenis guru murabbi (146). Beliau seorang yang menjaga displin murid melalui cegahan dan teguran yang baik terhadap perlakuan maksiat (70), pandai mendidik murid-murid dan membimbing ke arah yang baik (77), dan sentiasa memberi nasihat yang berguna (78), begitu juga dari segi amalan kualiti jenis guru dan peranannya sangat bagus dengan, mendidik para pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang didunia dan akhirat, mengasah bakat murid dan lain-lain (104,174,175), guru Muallim: merancang kejayaan murid (120), guru Pendidikan Islam juga berperanan amat baik (124), seorang yang pandai mengajar dengan pelbagai cara (121,165,170,171), mendidik/membimbing di dalam kelas tetapi di luar kelas juga (126), agar murid berjaya (165).
Seksyen 8 : Kualiti Guru Berdasarkan Guru Cemerlang
Daripada aspek kualiti Guru Berdasarkan Guru Cemerlang, majoriti laporan daripada murid/pelajar mengatakan guru Pendidikan Islam ialah guru saya dari segi amalan kualiti guru berdasarkan guru cemerlang amat baik (98,117,121,154,155124,179), bagus (174,67,179), cemerlang (65,66,) amat cemerlang(106), sangat baik (153), pakar dalam semua bidang (120), guru saya mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang pelajaran yang diajarnya (104), guru berpengalaman bagi setiap subjek yang diajar dan sering mengaitkan dengan persekitaran dan isu semasa (105), guru saya mempunyai kemahiran mengajar yang baik, berpengetahuan dan memiliki ilmu (68,69,70,170), pandai mengurus (100), komitmen yang tinggi terhadap pendidikan (96), guru saya mempunyai pengetahuan dan ada ciri guru cemerlang (176,178), guru yang cemerlang akan memberi pendapat yang mudah (175), selain daripada itu guru
Pendidikan Islam juga bersedia berkongsi pengalaman (77), sentiasa memberi pengetahuan tentang apa yang beliau dapat dan berkongsi dengan pelajar idea tersebut (118), seterusnya dapat membantu pelajar dalam pelajaran (78) guru Pendidikan Islam juga sentiasa bersemangat untuk mengajar, bersemangat untuk belajar (169,171), untuk membimbing murid sehingga murid memahami pelajaran yang disampaikan (165), di samping mampu menjadikan suasana pembelajaran menarik/ efektif (126), kerana guru Pendidikan Islam berusaha untuk mencemerlangkan pelajar (146), sentiasa bersemangat untuk mengajar dan mengajar formula- formula baru (151), seterusnya guru Pendidikan Islam mengamalkan segala syariat supaya dapat mencapai tahap guru cemerlang duniawi dan ukhrawi (152).
Seksyen 9 : Kualiti Guru Berdasarkan Guru Efektif
Daripada aspek kualiti Guru Berdasarkan Guru Efektif, majoriti laporan daripada murid/pelajar mengatakan guru Pendidikan Islam cemerlang (65,66), bagus (67), sangat baik (153), baik (98,117,154,155), aktif (178), hebat, cemerlang, aktif, kasih sayang (179), amat baik (124,106,151), dan ada juga yang memuaskan (127,174), guru Pendidikan Islam juga adalah guru yang boleh menguruskan bilik darjah bagi mewujudkan keselesaan (68,176,170) serta mampu mewujudkan suasana yang menarik di dalam kelas (126), bukan setakat itu sahaja, guru Pendidikan Islam juga mendapat anugerah pengurusan kelas terbaik dalam kebersihan dan keceriaan kelas (118), guru Pendidikan Islam mengajar melalui sukatan yang dibuatnya (165), dan menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas (120,121,169,171), dan membuat persediaan sebelum proses pembelajaran bermula (77,146), guru Pendidikan Islam juga memiliki pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam bidang yang diajar (70) dapat merancang segalanya dengan baik, lancar (100), menyebabkan pembelajaran yang menyeronokkan (78), seterusnya dapat mengesan pencapaian murid (96), dan melaksanakan tindakan susulan melalui penggayaan dan pemulihan (69), guru Pendidikan Islam juga seorang yang bijak dalam menyampaikan dan dapat difahami dengan mudah ilmu yang diajarnya (175,104), huraian guru bertepatan dengan tajuk yang diajar dan banyak menjurus kepada dunia luar (105).
Seksyen 10 : Kualiti Guru Berdasarkan Guru Berkesan
Daripada aspek kualiti Guru Berdasarkan Guru Berkesan, majoriti laporan daripada murid/pelajar mengatakan guru Pendidikan Islam Baik (98,117,155,124), cemerlang (65,66), sangat baik dan berkesan (171), bagus (67), mesra (120,170), peramah (1.78), bertanggungjawab (176), pandai (175), sangat baik (153,154), penyabar dan sangat sayangkan
pelajar, dalam masa yang sama guru Pendidikan Islam mampu menceriakan suasana dan bekerjasama dengan guru lain (104,69,70,121), guru Pendidikan Islam berkemahiran dalam bidang yang diceburi, menggunakan pelbagai teknik pengajaran (68, 100, 151), guru Pendidikan Islam juga perlu bijaksana (69), dengan cara menunjuk slide untuk menyegarkan mata pelajar (128), di dalam pengajaran dan pembelajaran. Bukan setakat itu sahaja malah, guru Pendidikan Islam bijak menangani masalah pelajar di dalam kelas dengan menggunakan pendekatan “mesra” (105), memberi kefahaman (146), membimbing pelajar (78), seterusnya pelajar/murid dapat aplikasi dalam kehidupan seharian (118), amat berkesan (106), guru Pendidikan Islam juga bijak dan pakar menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (96,169), sangat bagus dari segi akademik (179), pandai mengajar (77), seterusnya pelajar mudah memahami subjek yang diajar (126), menjadi guru agama yang boleh memberi kesan kepada pelajar untuk menjadi pelajar yang bersahsiah terpuji (152), dengan membimbing murid-murid hingga cemerlang terbilang (165), namun ada segelintir guru-guru Pendidikan Islam daripada pandangan pelajar/murid menyatakan guru Pendidikan Islam tidak mengajar dengan berkesan kepada pelajar untuk memahami dengan jelas (127).
Seksyen 11 : Kualiti Guru Berdasarkan Guru Kompeten
Daripada aspek kualiti Guru Berdasarkan Guru Kompeten, laporan daripada murid/pelajar mengatakan guru Pendidikan Islam mempunyai kecekapan dalam aspek kemahiran, ilmu pengetahuan dan kepakaran (68), guru Pendidikan Islam juga mempunyai kecekapan dalam aspek ciri-ciri personal seperti aspek pengetahuan dan tingkah laku positif (70,69,96,120,176), seperti kemahiran mengajar (151), guru mempunyai nilai-nilai yang baik dan kualiti perkhidmatan sangat bagus (124), merancang aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan lebih efektif (126), pelajar/murid juga menyatakan guru Pendidikan Islam cemerlang (65,66), bagus (67), baik (98,117,154,178,179), sangat baik (153,155), mempunyai ketahanan diri (121, 169), dan berkeyakinan (170,171), guru Pendidikan Islam juga seorang yang berkeyakinan dalam menyampaikan sesuatu perkara dan memberi kesan terhadap perkara tersebut (104), bersikap tenang, sabar dan memahami pelajar (78), berkebolehan dalam melakukan semua hal (100), seperti menyelitkan kata-kata perangsang semasa sesi pengajaran (105), boleh dikatakan guru Pendidikan Islam adalah guru yang sempurna (175).
Seksyen 12 : Kualiti Guru Dalam Menyampaikan Ilmu
Daripada aspek kualiti Guru Dalam Menyampaikan Ilmu, laporan daripada murid/pelajar mengatakan guru Pendidikan Islam cemerlang (65,66), bagus (67), baik (98,117, 127,154),
berakhlak mulia (69,120,170), sangat baik (153,155), bijak dan pandai(169), menarik dan menyeronokkan (78,106), bijak, pantas dan lain-lain (175), dalam menyampaikan ilmu guru Pendidikan Islam, dari segi amalan kualiti guru dalam menyampaikan ilmu bagus dan jelas (174,178), sentiasa berusaha mencari ilmu (176), baik dari segi menyampaikan agama (179), memberi kefahaman yang yang jelas kepada murid, menekankan keikhlasan (70,77,146,152), malah guru Pendidikan Islam sentiasa berusaha mencari ilmu dan memanfaatkan ilmu (68,121,171), memberikan ilmu baharu kepada murid (151), mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang yang diajar (96) dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan (124), mendalami lebih mendalam dalam pendekatan pelajar (128), seperti menggunakan istilah yang mudah dan tepat ketika mengajar (105), menyampaikan ilmu dengan bahasa yang mudah fahami (165), dengan kata lain, guru Pendidikan Islam bijak, pandai dalam mengajar (100), bijak menyampaikan ilmu melalui uslub dakwah yang bersesuaian dengan segenap lapisan masyarakat pelajar terutama yang bermasalah (104), tidak mengira usia dan sesiapa dalam menyampaikan ilmu (126).
Seksyen 13 : Kualiti Guru Dalam Pengusaan Kaedah P&P
Daripada aspek kualiti Guru Dalam Penguasaan Kaedah P&P, laporan daripada murid/pelajar menyatakan guru Pendidikan Islam cemerlang (65,66), bagus (67), baik (98,117), sangat baik (153,154,155), cemerlang dan mudah difahami (178), baik dari segi pelajaran (179), sangat baik hati, dan mereka seronok belajar dengannya (121), guru Pendidikan Islam juga mampu menjadi rujukan kepada para pelajar, guru-guru mengikuti kaedah p&p (126), amalan kualiti guru dalam penguasaaan kaedah p&p baik (124) dan mudah difahami (78), guru saya dari segi amalan kualiti guru dalam penguasaan kaedah p&p bagus (174) saya menggunakan teknik pengajaran seperti dialog atau soal jawab (68,69), semasa mengajar guru menggunakan teknik pengajaran seperti perbincangan (77,176), bercerita (120,171), kisah-kisah zaman dahulu (146), perdebatan (120,170), hafazan dan halaqah (171), selain daripada itu guru Pendidikan Islam juga menggunakan teknik nota, penerangan, soal jawab dan latihan bagi subjek yang diajar (105,151), guru Pendidikan Islam juga pandai menyelesaikan masalah (70,169,175), selain daripada mengajar dengan penuh dedikasi dan dengan penuh bersemangat (165), namun guru Pendidikan Islam juga perlu berusaha menguasai teknologi (96) kerana di dapati ada guru Pendidikan Islam hanya mengajar pada amali menyebabkan kadang-kadang pelajar/murid mengantuk terutama sirah (100).
Daripada aspek kualiti Pengetahuan Isi Kandungan Mata Pelajaran , laporan daripada murid/pelajar menyatakan guru Pendidikan Islam cemerlang (65,66,104), bagus (67), baik (98,117), sangat baik (104,124,153,155), sangat-sangat baik (154), sangat memuaskan (174), guru Pendidikan Islam juga menguasai mata pelajaran pendidikan islam (68,70,169,171,175), dengan mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, sangat mendalam dalam isi kandungan mata pelajaran juga bahasa Arab (127,178,151,165,176), malah menguasai semua mata pelajaran (170). Guru Pendidikan Islam menguasai mata pelajaran dan memberi huraian yang mudah difahami (120,146), sentiasa mengemaskinikan pengetahuan tentang pelajaran yang diajar (96), guru Pendidikan Islam lebih menjurus kepada format peperiksaan dan teknik menjawab (105), seterusnya guru Pendidikan Islam dapat membantu pelajar (78), dari segi huraian, pandai mengolah, tambah isi-isi tambahan good..good, Guru Pendidikan Islam juga mampu mengajar pelajarnya agar mendapat A+++ (100), pandai menjawab soalan (128), malah Guru Pendidikan Islam mampu memberi contoh-contoh yang berguna sebagai panduan hidup (69,68,77), serta bersesuaian dengan isi kandungan matapelajaran (104), selalu memberi huraian yang padat beserta nasihat yang positif (179), seterusnya dapat mendisiplinkan pelajar yang nakal dengan percakapan yang baik (121), namun ada pendapat dari murid/pelajar menyatakan guru Pendidikan Islam mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak mampu menyampaikannya secara berkesan (126), namun dilihat dari aspek Kualiti Pengetahuan Isi Kandungan Mata Pelajaran bagi guru Pendidikan Islam, dalam erti kata lain adalah sangat menyeluruh (106).
Rumusan
Sebagai rumusannya, hasil kajian deskriptif menunjukkan dari segi ‘pengetahuan’ dan ‘kemahiran’ kualiti guru, baik daripada persepsi guru pendidikan Islam itu sendiri mahu pun daripada pandangan pihak pentadbir sekolah, rakan sejawat dan murid atau pelajar mereka sependapat bahawa guru pendidikan Islam di Malaysia dalam pelbagai jenis atau kategori sekolah (Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Menengah Harian/Kebangsaan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Rendah (SAR), Sekolah Men. Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Swasta (SAS), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan ain- lain/SRJKC) sememangnya mempunyai kualiti guru yang tinggi daripada aspek pengetahuan (88.3 hingga 95.9 peratus, min 4.2 hingga 4.3) dan aspek ‘kemahiran’ (84.3 hingga 93.2 peratus, min 4.0 hingga 4.4). Begitu juga melalui ujian korelasi terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara aspek ‘pengetahuan’ dan ‘kemahiran’ r = .873, p = .000, (p = <0.05). Begitu juga melalui ujian ‘t’ daripada aspek ‘kemahiran’ kualiti guru menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru pendidikan Islam lelaki dan perempuan t = 3.455, sig = . 001 (P = < 0.05) sebaliknya tiada perbezaan yang signifikan antara guru pendidikan Islam lelaki dan perempuan terhadap aspek ‘pengetahuan’ kualiti guru, t = 2.039, sig = .042 (P = < 0.05), manakala. Ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan F = 4.730, sig = . 000 (p = < 0.005) bagi aspek ‘pengetahuan’ dan F = 6.070, sig = .000 (p = < 0.005) juga bagi aspek ‘kemahiran’ 19 kualiti guru terhadap pelbagai jenis atau kategori sekolah. Dapatan daripada data primer tersebut juga telah disokong oleh hasil dapatan daripada kajian kualitatif (sekunder) melalui ‘open-ended question’ menunjukkan aspek ‘amalan’ 19 kualiti guru Pendidikan Islam di pelbagai kategori sekolah secara majoritinya, informan (guru, pentadbir sekolah, rakan sejawat dan murid/pelajar sekolah) telah menyatakan guru pendidikan Islam telah mengamalkan 19 kualiti guru dengan berkesan kecuali terdapat sedikit beberapa komen yang sangat sedikit daripada informan seperti , guru pendidikan Islam bermasalah dalam penggunaan ICT (226), guru Pendidikan Islam banyak guru cemerlang tetapi tidak berkualiti, lulus cemerlang tetapi seperti kebetulan (248) sahaja, ada guru p&p gagal tetapi gubal dasar & peperiksaan (248) dan sebagainya.
Bibliografi
Abu @ Abu Bakar Jantan (1994). “ Strategi dan Model Kurikulum Pendidikan Guru” (Kertas Kerja Sub Tema IV: Strategi dan Model Kurikulum Pendidikan Guru, Seminar
Jawatankuasa Latihan Keguruan Antara Universiti (JKLKAU) ke-9. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 15-16 Januari 1994).
Abu Zahari Abu Bakar. (1980). Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Abu Hassan Ali. (1984). Sukatan Pelajaran Pengkaedahan Pengajian Pendidikan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru.
Ahmad Rashidi. (1990). “Penulisan Ucapan Rasmi”. (Abstrak Kertas Persidangan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Guru di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, 11-12 Julai). Abu Zahari Abu Bakar. (1980). Perkembangan Pendidikan Di Semenanjung Malaysia. Kuala
Lumpur : Fajar Bakti.
Abu Hassan Ali. (1984). Sukatan Pelajaran Pengkaedahan Pengajaran Pendidikan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru.
Ab. Halim Tamuri, Mohd Aderi Che Noh, Khadijah Abdul Razak, Kamarulzaman Abdul Ghani & Zarin Ismail.(2006). Penilaian Pelajaran Terhadap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah Menengah di Malaysia, Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaludin dan Zamri Abdul Rahim. (2004). Keberkesanan Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Islam Ke Atas Pembangunan Diri Pelajar, Laporan Penyelidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Ab. Halim Tamuri. (2000). A Study of the Student’s Knowledge of Akhlaq in the Malaysian Secondary Schools (with a Special Reference to the Islamic Education KBSM), Thesis PhD, Universiti of Birmingham.
Ahmad Rashidi. (1990). Penulisan Ucapan Rasmi, (Abstrak Kertas Persidangan Penyelidikan Bahagian Pendidikan Guru Di Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban).
Ahmad Sarji Abdul Hamid. (1991). Perkhidmatan Awam Malaysia. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Berhad.
Ahmad Mohammad Shariff. (1989).
Leader Behavior, Organization Effectiveness and Job Satisfaction Vocational Teachers in Malaysia. Dissertasi PhD, Lousiana State University.
Abdullah Ishak. (1989). Sejarah Perkembangan Pelajaran dan Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : al-Rahmaniah, Badan Dakwah Dan Kebajikan Malaysia.
Abdul Sallam Yusof. (2010). Idea-Idea Pendidikan Berkesan al-Ghazali & Konfusius. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd.
Azizah Lebai Nordin. (1999). Guru Pendidikan Islam Yang Berkesan. Jurnal Masalah Pendidikan. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Jil.22, 173-183. Abdullah Al-Amin Al-Na’miy. (1994), Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun Dan
al-Qabisi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim al-Muhammadi. (1991). Method Dakwah Rasulullah S.A.W. Dan Cabaran Masa Kini. Kuala Lumpur : ABIM Dan Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
Abdullah Nasih Ulwan. (1981). Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam. Selangor : Klang Book Centre.
Ahmad Mohd Salleh. (2010). Pengajian Agama Islam Dan j-QAF : Metadologi dan Pedagogi Pendidikan. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Bahagian Pendidikan Guru. (2011). Kajian Kualiti Guru Permulaan Sekolah Menengah Keluaran
IPTA. Putrajaya : Bahagian Pendidikan Guru.
Bahagian Pendidikan Guru. (2011). Kualiti Guru Permulaan Daripada Perspektif Pentadbir Di Sekolah Rendah. Putrajaya : Bahagian Pendidikan Guru.
Bahagian Pendidikan Guru. (2008). Kajian Kompetensi Guru Permulaan Lepasan Universiti Tempatan Dan Institut Pendidikan Guru: Satu Tinjauan. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Busher, H. & Saran R. (1995). Managing Teachers As Professionals In School. London : Kogan Page Limited.
Butterfield, S. (1995). Educational Objectives and Rational Assessment. Philadelphia : Open University Press.
Bahagian Latihan Guru. (1980). “Penilaian Kurikulum Maktab-Maktab Perguruan Malaysia” (Kertas Kerja Seminar Pelajaran (RECSAM) di Pulau Pinang, 12 - 22 Mac 1979). Bahagian Pendidikan Guru. (1996). Strategi Pengeluaran Guru Terlatih Sekolah Rendah Dan
Menengah Dalam Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1996 – 2000). Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru. (1993). Sukatan Pelajaran Kursus Perguruan Asas Lima Semester Perguruan Sekolah Rendah (Pengajian Agama Islam – KPA). Kuala Lumpur : Unit Kurikulum, Bahagian Pendidikan Guru.
Bahagian Pendidikan Guru. (1997), Sukatan Pelajaran Diploma Perguruan Malaysia (1997), Pengajian Agama Islam (Pengkhususan). Kuala Lumpur : Bahagian Pendidikan Guru. Bahagian Pendidikan Guru. (1993). Sukatan Pelajaran Kursus Perguruan Asas Lima Semester
Perguruan Sekolah Rendah (Pengajian Agama Islam – KPA. Kuala Lumpur : Unit Kurikulum.
Bahagian Latihan Guru. (1980). Penilaian Kurikulum Maktab-Maktab Perguruan Malaysia.
Kertas Kerja Seminar Pelajaran (RECSAM), Mac 1979 Pulau Pinang, 12-22 Mac 1979. Bahagian Latihan Guru. (1984). Pendidikan Perguruan Asas Tiga Tahun. Kuala Lumpur : Unit
Kurikulum.
Buku Panduan Program Diploma Pendidikan Tahun 2008. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Borg, W.R. & Gall, M.D. (1979). Educational Research; An Introduction. 3rd Edition. New York :
Longman.
Che Zakiah Mohamad Salim. ( 2005). Persepsi Murid Terhadap Personaliti Guru Pendidikan Islam Di Daerah Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus). Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chung, K. A. (1987). A Comparative Study of Principals’ in Korea Work Behavior. Tesis Doktor Falsafah. University of Utah.
Conoley J.C. & Kramer J.J. (1989). The Tenth Mental Measurements Yearbook . Lincoln, NE : University of Nebraska Press.
Coakes, S.J. & Steed, L.G. (2001). SPSS Analysis Without Anguish. Brisbane : John Willey & Sons Ltd.
Dessler, G. (1997). Human Resource Management. New York : Prentice Hall International Inc. Dunkin, M.J. & Biddle, B.J. (1974). The Study of Teaching. New York : Holt Renchart and
Winston.
Educational Planning and Research Division Ministry of Education Malaysia. (1975).Education in Malaysia1974. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hill Inc.
Gay, L.R. (1992). Educational Research : Competencies for Analysis and Application. Fourth Edition, Singapore : Mac Millan Publishing Company.
Gay, L.R. & Diehl, P.L. (1992). Research Methods for Business and Management. New York : Mac Millan Publishing, Company.
Ghazali, al-. (1992). Terj.: TK. H. Ismail Yaakub MA. S.H. Ihya’ Ulumuddin. Singapura : Pustaka Nasional
Ghazali, al-. (2010). Terj.: Syaikh Jamaluddin al-Qasimi, Ihya’ Ulumuddin. Indonesia : Darul Falah-Bekasi.
Ghani, Ab. Halim Tamuri, Norshidah Mohd. Salleh & Aliza Alias (Pnyt). (2003). Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 3) Perkaedahan Pengajaran Pendidikan: Antara Tradisi & Inovasi, Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangasaan Malaysia.
Hargreaves, D. (1994). The New Profesionalism : The Synthesis of Professional and Institutional Development. Teachers And Teacher Education. 10(4):423-438.
Harsat Abdul Rahman. (2001). Proses Pengupayaan Dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Pontian, Johor. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.
Hussein bin Hj. Ahmad. (1991). “Status Apresiasi Penyelidikan Pendidikan di Malaysia”.(Kertas