Kesimpulan
SOALAN 12
BINCANGKAN KONSEP JIHAD DAN JENIS-JENIS JIHAD MENURUT PANDANGAN ISLAM.
Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia iaitu menegakkan ad-Din Allah atau menjaga ad-Din agar tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran. Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi.
Pendahuluan
Konse
p
Jihad
Jihad menurut Kamus Dewan adalah suatu peperangan yang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan penentangan atau perlawanan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama Islam.
Dari segi bahasa jihad bererti kesulitan atau beban atau kesungguhan dan keupayaan terakhir. Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad menurut pengertian bahasa Arab adalah pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau
menolak sesuatu yang dibenci.
Menurut istilah syarak pula, makna jihad ialah perang dan membantu semua persiapan perang semua persiapan perang. Setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza tentang jihad. Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi mereka jika mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi pula,jihad adalah mengerahkan segala kemampuan dan tenaga dengan melakukan perang fi sabilillah baik dengan diri, harta mahupun lidah.
Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang pada jalan allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang-orang kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang menegakkan kebenaran melalui cara yang diredaiNya, diistilahkan juga sebagai fi sabilillah.
Isi 1 Jihad nyawa dan tenaga Fakta
Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang tinggi kedudukannya kerana melibatkan pengorbanan jiwa dan raga. Jihad seperti ini akan terjadi apabila seseorang itu terlibat dalam medan peperangan. Kematian mereka dinobatkan sebagai mati syahid. Semua sahabat nabi bercita-cita untuk mati syahid. Mereka dengan rela hati berjuang dan berazam tidak akan pulang melainkan syahid di jalan Allah.
Huraian
Contohnya Saidina Hamzah yang telah gugur syahid dalam
peperangan Uhud menentang kafir Quraisy. Contoh Jihad ini merupakan salah satu jihad yang paling mulia di sisi Allah
SWT. Penegasan isi
Isi 2 Jihad harta benda Fakta
Bagi golongan yang berkemampuan dan menganggap harta adalah bukan milik peribadi akan mengorbankan wang dan harta dalam jihad fi sabilillah. Sumbangan mereka dapat menyokong usaha ketika berperang di medan perang.
Huraian
semua hartanya deni menegakkan syiar Islam
Harta kekayaan yang disedekahkan ke jalan Allah adalah sebagai
tanda terima kasih kepada Allah dan dianggap milik bersama Penegasan isi Isi 3 Jihad pemikiran, lisan dan penulisan Fakta
Idea yang bernas dan positif yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad pada jalan Allah SWT
Huraian
Contohnya Salman al-Farisi yang telah menyumbangkan idea bagi
pembinaan parit dalam Perang Khandak Contoh
Islam tidak memandang darjat dan kedudukan dalam memberikan
pandangan kerana konsep syura yang diamalkan. Penegasan isi
Isi 4 Jihad mempertahankan kebenaran Fakta
Keamanan dan kesejahteraan yang sinonim dengan nama Islam telah menggalakkan umatnya untuk menentang semua kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah pemerintahan. Segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat Islam perlu ditentang melalui perbuatan, perkataan atau hati.
Huraian
Contoh surah al-Baqarah ayat 12 yang menggesa umat manusia melakukan kebaikan. “Tidak, sesiapa yang menyerah diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik, akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”.
Contoh
Islam menggalakkan umatnya berpesan dengan kebenaran dan
kesabaran dan tidak mementingkan diri sendiri. Penegasan isi Isi 5 Jihad melawan hawa nafsu/syaitan (zahir dan batin) Fakta
Antara jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi Islam ialah jihad melawan nafsu. Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menuruti jalan yang digariskan oleh Allah SWT. Perjuangan melawan hawa nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain. Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan nafsu.
Huraian
kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya".
Jihad ini merupakan jalan yang akan membawa seluruh diri tertumpu kepada cintakan kepada Allah dan kerana jihad ini mereka sanggup berkorban apa sahaja.
Penegasan
Isi 6 Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah Fakta
Kafir harbi ialah kafir yang perlu orang Islam perangi (dengan mengikut ketentuan syarak). Kafir yang menjadi musuh Allah, musuh Rasulullah, dan musuh kaum Muslimin. Kafir ini selalu membenci Islam, dan senantiasa menumpahkan darah kaum Muslimin. Mereka tidak henti-hentinya memerangi umat Islam, menyiksa, membunuh, membantai, dsb. Begitu juga dengan golongan al-Riddah iaitu golongan yang terlibat dengan gerakan anti-kerajaan Islam. Mereka terdiri daripada golongan yang mengaku nabi, murtad dan tidak mehu membayar zakat.
Huraian
Contohnya kaum Yahudi yang telah melanggar perjanjian yang termeterai antara mereka dengan kaum Muslimin di Madinah. Abu Bakar mengambil keputusan memerangai golongan murtad selepas beliau diangkat menjadi khalifah.
Contoh
Sikap berlembut dengan golongan ini akan meningkatkan lagi
bilangan mereka dan akan menggugat kerajaan Islam. Penegasan isi
Isi 7 Jihad menentang golongan munafik Fakta
Jihad ini bermaksud jihad menentang golongan yang berselindung di sebalik nama Islam. Banyak ayat al-Quran membicarakan golongan ini seperti surah al-Munafiqun dan at-Taubah. Nabi menyeru supaya orang Islam berjihad menentang orang-orang kafir dan munafik dan bertindak keras terhadap mereka.
Huraian
Golongan munafik ini diketuai dan dipimpin oleh Abdullah bin Ubai bin Salul yang menjadi ketua Kabilah Khazraj. Beliau pernah dinobatkan oleh orang-orang Yahudi sebagai raja di Yathrib (Madinah) tetapi terhalang dan tidak berjaya setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sehingga menggagalkan rancangannya untuk
menguasai Madinah.
Seandainya virus munafik ini tidak dihalang, maka aia akan terus
merebak kepada umat Islam yang lain. Penegasan isi Isi 8 Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan kejahilan Fakta
Selain jihad perperang, umat manusia juga disyariatkan supaya berjuang untuk mendapatkan ilmu. Ini penting untuk memastikan umat Isdak lam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan. Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu sama ada duniawi atau ukhrawi dan tidak bergantung kepada orang lain. Bahkan fardu kifayah juga menjadi wajib sekiranya tidak ada orang mempelajarinya.
Huraian
Syaikh „Abdul „Aziz bin „Abdillah bin Baz pernah ditanya, “Apakah afdhal saat ini untuk berjihad pada jalan Allah ataukah menuntut ilmu (agama) sehingga dapat bermanfaat pada orang banyak dan dapat menghilangkan kebodohan mereka? Apa hukum jihad bagi orang yang tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya, namun ia masih tetap pergi berjihad?”
Jawab beliau, “Perlu diketahui bahwa menunut ilmu adalah bagian dari jihad. Menuntut ilmu dan mempelajari Islam dihukumi wajib. Jika ada perintah untuk berjihad di jalan Allah dan jihad tersebut merupakan semulia-mulianya amalan, namun tetap menuntut ilmu harus ada
Contoh
Jihad ternyata bukan hanya dengan berperang mengangkat senjata. Menuntut ilmu agama bisa pula disebut jihad. Bahkan sebagian ulama berkata bahwa jihad dengan ilmu ini lebih utama daripada dengan senjata. Karena setiap jihad mesti pula didahului dengan ilmu.
Penegasan isi
Kesimpulan, perintah jihad dalam Islam, bukanlah perintah membunuh, tapi perintah berperang. Yakni, upaya mempertahankan diri dari serangan musuh, untuk menahan dan menghentikan serangannya. Jihad juga melibatkan pembersihan dan pembaikan diri seseorang individu Islam.
SOALAN 13