• Tidak ada hasil yang ditemukan

BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI MADINAH

Berpandukan piagam Madinah , Rasulullah SAW mengemudi negara dan meletakkan asas-asas sebuah ummah yang berdaulat. Pemerintahan di Madinah boleh di bahagiakan kepada dua peringkat iaitu zaman Rasulullah SAW, dan zaman Khulafa ar-Rasyidin Sepanjang tempoh tersebut, struktur pentadbiran Islam yang mantap telah berjaya di bentuk dan menjadi panduan kepada zaman-zaman selepasnya.

Sl Selepas peristiwa hijrah nabi Muhammad SAW. telah mengambil langkah

awal dengan menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam melalui konsep pembentukan ummah. Semasa ketibaan Baginda di kota Madinah ini terdapat dua golongan penduduk terbesar,iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj, dan orang Muhajirin. Manakala orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, antaranya Bani Qainuqa; Bani Quraizah; dan Bani Nadir.

Isi 1 Nabi Muhammad S.A.W telah membuat perjanjian dengan seluruh penduduk di Madinah dan telah menulis satu piagam iaitu Piagam Madinah.

Fakta . S Nabi Muhammad S.A.W telah membuat perjanjian dengan

seluruh penduduk Madinah untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah dengan memperkenalkan Piagam madinah. Sahifah al-Madinah atau piagam Madinah menjadi sistem perundangan dan teras pentadbiran baginda. Perlembagaan yang mengandungi 47 fasal ini menyentuh tentang tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam yang mendiami kota Madinah. Sistem ini menjadi sistem pemerintahan yang bersistematik dan berkesan dengan mengamalkan sistem berbentuk teokrasi dan demokrasi Islam.

Huraian

Sebagai contoh 23 fasal piagam tersebut membicarakan

tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.

24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Contoh

Kesimpulannya, Piagam Madinah telah berjaya membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara Islam yang

berpusat di Madinah. Penegasan isi

Isi 2 Nabi Muhammad S.A.W menjadi pemimpin tertinggi

Sebagai ketua negara atau ketua pemerintah, Rasulullah SAW juga bertindak sebagai ketua agama, ketua hakim, ketua tentera,dan pemimpin masyarakat. Baginda akan merujuk kepada majlis Syura apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan negara

Huraian

Rasulullah SAW mengetuai sendiri kuasa eksekutif (perlaksanaan), kehakiman, dan legislatif (tasyri‟i-penggubalan undang- undang).

Contoh

Kesimpulannya, semua tugas berkaitan negara menjadi tanggungjawab baginda dan tugas tersebut dilaksanakan

dengan telus. Penegasan isi

Isi 3 Beberapa jawatan diwujudkan untuk membantu ketua

negara. Fakta

Nabi Muhammad SAW telah melantik pembantu untuk membantu baginda dalam hal ehwal pemerintahan. Pada zaman Nabi, mereka ini dikenali sebagai wazir. Rasulullah SAW telah meminta pandangan mereka dan menyerahkan hal ehwal pemerintahan, mahkamah, peperangan dan urusan umum yang lain kepada mereka.

Huraian

Selain wazir terdapat juga jawatan-jawatan lain yang diwujudkan untuk membantu Rasullullah S.A.W seperti pemegang amanah, wali , kadi dan lain-lain.

Contoh

Tegasnya, pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah dapat diuruskan dengan baik dan lancar dengan bantuan yang ada.

Penegasan isi

Isi 4 Bagi memantapkan pemerintahan di kota Madinah, satu institusi pemerintahan telah ditubuhkan, iaitu Majlis

Majlis Syura ini terdiri daripada ketua golongan Muhajirin, Ansar, para sahabat yang terdekat, panglima tentera dan mereka yang arif dalam sesuatu bidang terutamanya dalam bidang politik dan ekonomi. Melalui majlis ini, sistem perbincangan dan rundingan (musyawarah)diadakan dalam menentukan sesuatu keputusan dan tindakan. keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan atau pentadbiran dibuat melalui persetujuan bersama hasil daripada perbincangan tersebut.

Huraian

Se

Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW mengamalkan prinsip musyawarah dan menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara golongan Ansar dan Muhajirin dan juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan Khazraj iaitu penduduk asal Madinah. Demikian juga semasa baginda mengadakan musyawarah dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah tentang cara-cara umat Islam menghadapi dan berhadapan dengan serangan orang Quraisy.

Kesimpulannya, Majlis Syura telah berjaya menyelesaikan banyak masalah yang timbul sewaktu pemerintahan negara Islam Madinah.

Contoh

Penegasan isi

Isi 5

Dalam mempertahan kota Madinah, Nabi Muhammad SAW telah membina angkatan tentera Islam.

Fakta

. S Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku semasa baginda

memerintah Madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman musuh Islam terutamanya daripada kaum musyrikin. Pembentukan angkatan tentera ini membolehkan umat Islam Madinah menghadapi beberapa siri serangan orang musyrikin Makkah .

S Antara peperangan yang berlaku adalah seperti perang Badar, perang Uhud ,dan perang Khandak. Ekspedisi ketenteraan pada zaman nabi Muhammad SAW terbahagi kepada dua, iaitu. Ekspedisi yang disertai oleh Nabi Muhammad SAW yang dipanggil „ghazwah‟; Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad yang dikenali sebagai „sariyah‟;

Contoh

Angkatan tentera Islam telah berjaya menjulang nama kerajaan Islam Madinah dengan kemenangan-kemenangan

yang diperolehi. Penegasan isi

Isi 6 Meningkatkan fungsi institusi masjid.

Fakta

Masjid telah dibina dan menjadi institusi terpenting bukan sahaja Sebagai pusat ibadat malah menjadi pusat pemerintahan serta penyebaran ilmu ,kebudayaan ,dan pertemuan umat Islam dalam menyelesaikan sebarang masalah rakyat.

S

Sebagai contoh, masjid Nabawi yang menjadi tempat ibadat dan tempat pentadbiran Rasulullah SAW.

Huraian

Contoh

H Hal ini menunjukkan bahawa dalam pentadbiran di kota

Madinah , agama dan politik tidak dipisahkan Penegasan isi

Isi 7 Pengasas dasar ekonomi Islam

Fakta

Dasar ekonomi Islam menggantikan ekonomi jahiliyah. Larangan riba , menipu timbangan, mewajibkan zakat dan menggalakkan umat Islam mencari rezeki yang halal dan menjauhi yang haram.

Huraian

Dalam bidang pertanian orang Islam digalakkan mengusahakan tanah terbiar, menebus tanah yang tergadai daripada orang Yahudi. Dalam bidang perdagangan mereka digalakkan memecah monopoli perdagangan orang Yahudi.

Tegasnya, Nabi Muhammad SAW akhirnya berjaya menukar sistem ekonomi jahiliyah kepada sistem ekonomi Islam

sewaktu pemerintahannya di Madinah. Penegasan isi

Kebijaksanaan pemerintahan Nabi Muhammad SAW telah berjaya membina masyarakat yang bersatu padu di samping dapat mewujudkan kestabilan politik dan pembinaan Negara Islam yang kukuh, makmur dan berdaulat.

Kesimpulan

SOALAN 8:

BINCANGKAN ASPEK KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W. DALAM BIDANG KETENTERAAN SEMASA BAGINDA MENGETUAI KERAJAAN ISLAM MADINAH.

 Nabi Muhammad s.a.w. telah melaksanakan tugas baginda sebagai Nabi dan Rasul yang mendidik manusia ke arah beriman kepada Allah S.W.T.

 Di samping tanggungjawab tersebut, baginda turut menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya iaitu sebanyak 27 kali.

 Di antara peperangan yang terawal dalam sejarah Islam ialah perang Badar, perang Uhud, perang Khandak dan beberapa perang yang lain..  Kepimpinan baginda terserlah dalam pengurusan perang melalui setiap perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan pengawalan peperangan.

 Aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan kepada tiga perkara asas iaitu akidah, akhlak yang mulia dan syariat.

Pendahuluan

Isi 1

Aspek akidah

Dalam bidang ketenteraan, antara aspek kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. ialah akidah.

Fakta

 Tentera Islam mestilah mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaan-Nya.

 Berdasarkan akidah,baginda dan para sahabatnya tidak gentar menghadapi musuh.

 Baginda menyemai keyakinan tentera Islam dengan semangat jihad dan menanam semangat juang yang kental ketika menghadapi musuh walaupun jumlah tentera Islam lebih kecil.

Huraian

Contohnya semasa Perang Badar, tentera Islam berjumlah 313 orang manakala tentera Musyrikin Makkah

berjumlah lebih 1000 orang tetapi umat Islam telah mencapai kemenangan kerana akidah yang teguh.

Seperti kisah Saidina Abu Bakar as-Siddiq, ketika dalam peperangan, beliau ingin menikam seorang kafir dan sebelum ditikamnya, orang kafir itu sempat meludah ke muka Abu Bakar lalu beliau menjadi marah dan tidak jadi membunuh orang tersebut. Ini kerana Abu Bakar tidak mahu membunuh kerana marah tetapi membunuh hanya kerana Allah semata-mata. Sifat Abu Bakar yang dididik Nabi Muhammad s.a.w. ini di kagumi oleh orang kafir tersebut. Lalu diriwayatkan orang kafir itu masuk Islam setelah peristiwa itu.

Kesannya bilangan umat Islam semakin bertambah. Kepimpinan Nabi dalam ketenteraan semakin terserlah.

Penegasan isi

Isi 2

Akhlak yang mulia

Kepimpinan Nabi juga terserlah apabila

menunjukkan akhlak yang mulia di dalam

peperangan

Fakta

 Baginda bertindak memulangkan semula harta musuh yang sudah ditawan.

 Baginda mengamalkan konsep keadilan dan sentiasa bersikap adil sama ada kepada kawan mahupun musuh

Huraian

Contohnya semasa Perang Hunain dan Taif, harta benda dipulangkan semula kepada musuh.

Contohnya semasa baginda membahagikan harta rampasan perang, harta dibahagikan secara adil kepada semua sahabat yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum-kaum yang lemah.

Contoh

Tindakan baginda telah memikat hati pihak musuh untuk memeluk agama Islam.

Penegasan isi

Isi 3

Memperkenalkan Etika perang

Baginda bertindak mengikut syariat dengan

memperkenalkan etika perang dalam Islam

Fakta Walaupun orang Islam telah diizinkan oleh Allah

untuk berperang, mereka tidak boleh bertindak sesuka hati.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud,

„Dan perangilah di atas jalan Allah orang yang memerangi kamu(tetapi janganlah kamu melampau batas), sesungguhnya Allah tidak

menyukai orang yang melampaui batas‟.

Oleh kerana kegiatan ketenteraan bertujuan menjaga kesucian agama, menjamin kesejahteraan umat dan kebahagiaan manusia sejagat, etika peperangan sangat penting.

Antara etika perang tersebut ialah,

Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar jizyah dan berperang

Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang,dan musuh yang telah mati.

Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.

Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.

Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.

Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.

Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.

Patuh kepada ketua.

Tidak boleh lari dari medan peperangan.

Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.

Contoh

Ciri-ciri kepimpinan Nabi yang berasaskan syariat menjadikan baginda disegani tentera Islam dan pihak lawan. Penegasan isi Isi 4 Strategi dan taktik peperangan

Aspek kepimpinan yang ditunjukkan Nabi

Muhammad s.a.w yang seterusnya ialah akal dan ilmu pengetahuan.

Fakta

 Baginda ialah seorang pemikir ketenteraan yang bijak dengan mengatur strategi dan taktik peperangan yang berkesan.

 Antara peperangan yang mengandungi strategi yang diatur oleh baginda ialah perang Badar, perang Uhud dan perang Khandak.

Huraian

Dalam perang Badar, strategi yang digunakan ialah sistem saf dan menguasai tempat strategik

Strategi pertahanan parit telah digunakan dalam perang Khandak seperti yang dicadangkan oleh Salman al-Farisi. Taktik mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi telah digunakan dalam perang Taif.

Manakala dalam perang Tabuk, taktik tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan telah digunakan.

Strategi dan taktik peperangan yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah membantu kejayaan tentera Islam di medan perang seterusnya mengukuhkan kedudukan agama Islam dan kerajaan Islam Madinah.

Penegasan isi

Berdasarkan aspek-aspek kepimpinan yang telah dibincangkan, baginda telah menunjukkan ciri-ciri kepahlawanan yang tidak ada taranya.

Aspek kepimpinan tersebut telah dicontohi oleh pemimpin-pemimpin Islam yang seterusnya seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Khalid bin al-Walid.

Kesimpulan

SOALAN 9

NABI MUHAMMAD S.A.W BUKAN SAHAJA SEORANG NABI DAN RASUL