• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Dalam dokumen MODUL PENANG SUKSES SEJARAH STPM P2 2016.pdf (Halaman 116-131)

Soalan 1 : Jelaskan dasar Tanzimat (gerakan pembaharuan) yang dilaksanakan oleh Kerajaan

Turki Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876. Pendahuluan a) Pengenalan

- Tanzimat dari segi sejarah bermaksud pembaharuan atau reformasi yang berlaku dalam kerajaan Turki Utmaniyah secara evolusi dari tahun 1839 hingga 1876.

- Tujuan Tanzimat diperkenalkan adalah untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan mengatasi kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran.

- Tanzimat memberi fokus kepada masalah rakyat yang beragama Kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan perlindungan daripada negara atau kuasa luar.

- Tekanan daripada kuasa luar yang berterusan, terutama dari Britain, merupakan antara faktor utama pelaksanaan Tanzimat.

- Terdapat pelbagai dasar Tanzimat yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah dari tahun 1839 hingga 1876

FAKTA (Apa/what) (Bila/When) (Kenapa/Why) (siapa/who) (kenapa/why) Ulasan / Penyata Soalan ISI 1 Jenis Dasar

Dasar Tanzimat dalam kerajaan Utmaniyah bermula dengan penggubalan piagam Hatt-i Syarif Gulhane pada tahun 1839 dan diteruskan dengan Piagam Hatt-i Humayun pada tahun 1856.

FAKTA Apa (What) Piagam Hatt-I Syarif Gulhane bersifat sekular, iaitu menyeru kepada

reformasi yang melibatkan perubahan terhadap institusi masyarakat, namun syariat Islam masih menjadi undang-undang kerajaan tersebut.

HURAIAN

(Bagaimana/How)

Piagam Hatt-I Syarif Gulhane menjanjikan keselamatan nyawa,

maruah, dan harta benda kepada semua rakyat tanpa mengira agama, di samping menjamin persamaan hak dan perbicaraan yang adil, teluas dan terbuka

HURAIAN + CONTOH

(Bagaimana/How)

Piagam Hatt-i Humayun mengesahkan semua janji yang termaktub dalam piagam Hatt-i Syarif Gulhane sebaliknya semua aspek yang berkaitan dengan syariat Islam digugurkan sama sekali

Hal ini menggambarkan pengaruh sekular kian menular dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.

AYAT PENEGAS ISI (1) ISI 2 (Dalam bidang pentadbiran)

Melalui dasar ni pembaharuan telah dilakukan dalam pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah

FAKTA (Apa/what)

Pentadbiran yang dirangka bermodelkan pentadbiran Barat (Perancis) bertunjangkan sistem demokrasi.

HURAIAN

(siapa/who)

Pentadbiran pusat dikemaskini dengan membentuk beberapa kementerian .

HURAIAN (Kenapa/Why)

Antaranya ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelajaran (1857) dan Kementerian Polis (1870).

HURAIAN (Siapa/Who)

Majlis Diraja diberi jenama baru, iaitu Majlis Tanzimat yang berperanan merangka segala pembaharuan serta mengelakkan amalan rasuah dalam kalangan pentadbir kerajaan.

HURAIAN + CONTOH

kerap diadakan untuk mewujudkan amalan demokrasi. (Bagaimana/How)

Majlis Tanzimat ini juga berperanan menasihati sultan dalam pentadbiran.

HURAIAN

Pada hakikatnya, didapati sultan hanya mengikut telunjuk golongan Pasha dan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan dasar negara. Malahan, kuasa-kuasa gabenor wilayah juga turut dikurangkan.

AYAT PENEGAS ISI (2)

ISI 3 (bidang pendidikan).

Seterusnya dalam proses tanzimat dalam kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19, turut melibatkan bidang pendidikan.

FAKTA (Apa/what)

Sistem pendidikan yang dirangka mengikut aliran akademik yang terpisah dengan keagamaan.

HURAIAN

(Bagaimana/how))

Institusi pendidikan yang ditubuhkan bermula dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti.

HURAIAN (Kenapa/Why)

Kurikulum ala Barat yang diperkenalkan merangkumi mata pelajaran berasakan ilmu aqliah yang diletakkan di bawah selenggaraan Akademi Pelajaran.

HURAIAN ( Apa/What)

Pendidikan sekular hanya memberi tumpuan kepada karya sastera dan membawa kepada perkembangan dalam arena persuratan dan terjemahan daripada fiksyen Barat.

HURAIAN + CONTOH

(Bagaimana/How)

Sekolah profesional dan tentera diberikan keutamaan menyebabkan sistem madrasah semakin ketinggalan.

HURAIAN + CONTOH

Akibat daripada penekanan terhadap mata pelajaran sekular, pengetahuan para pelajar Muslim tentang agama Islam kian berkurangan hingga menyebabkan kehilangan identiti dalam kalangan mereka.

HURAIAN

Kesannya, negara Barat telah mengambil peluang untuk menyerapkan pendidikan mereka, maka hasilnya telah menggalakkkan penerapan idea nasionalisme, kapitalisme dan imperialisme terhadap masyarakat Turki sehingga lahirnya sentimen perkauman dan telah menjatuhkan kerajaan Islam tersebut.

AYAT PENEGAS ISI (3)

ISI 4

perundangan dan kehakiman

Di samping itu, tanzimat turut melibatkan bidang perundangan dan

kehakiman dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.

FAKTA (Apa/what)

Beberapa peraturan digubal tanpa penglibatan para ulama. HURAIAN (Apa/what)

Sedikit demi sedikit peranan mereka mula diketepikan dalam bidang perundangan dan kehakiman

HURAIAN

(Apa/what)

Peraturan berhubung jenayah, tanah, perniagaan dan pelayaran diubah suai berdasarkan undang-undang Perancis.

HURAIAN (Kenapa/Why)

Institusi mahkamah turut mengalami perubahan. Mahkamah sekular didirikan bagi mengendalikan undang-undang baharu.

HURAIAN (Siapa/Who)

Pada tahun 1847,mahkamah campuran didirikan bagi mengendalikan kes jenayah dan sivil dengan dihakimi sama ada oleh hakim berbangsa Eropah atau yang beragama Islam.

HURAIAN + CONTOH

Hal ini merupakan petanda masyarakat Turki lebih memeandang dunia dan mengetepikan undang-undang Islam yang mendorong kejatuhan kerajaan Islam tersebut.

AYAT PENEGAS ISI (4)

ISI 5

Bidang ketenteraan turut terlibat dalam pelaksanaan tanzimat oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19

FAKTA (Apa/what)

bidang ketenteraan

Latihan dikendalikan mengikut model Barat HURAIAN

(siapa/who)

Sultan Mahmud II memodenkan ketenteraan kerajaan Uthmaniyah dengan menghapuskan tentera janissari dan digantikan dengan tentera nizam-I Cedid

HURAIAN (Kenapa/Why)

Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dan memberi kesetiaan kepada sultan tetapi memupuk minat dan tanggungjawab luaran mereka.

HURAIAN (Siapa/Who)

Malah individu yang mempunyai hubungan keluarga serta rapat dengan istana dan penghuni bandar diberikan peluang berkhidmat dalam tentera darat dan laut.

HURAIAN + CONTOH

Maka tidak hairanlah tanzimat dalam bidang ketenteraan ini telah mengakibatkan muncul pegawai-pegawai muda yang memainkan peranan penting melancarkan gerakan merampas kuasa dengan menggulingkan institusi kesultanan.

AYAT PENEGAS ISI (4)

ISI 6

bidang komunikasi

Dasar tanzimat ini juga melibatkan bidang komunikasi dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.

FAKTA (Apa/what)

Media massa dimanfaatkan untuk mempopularkan idea-idea baharu dari Barat

HURAIAN

(siapa/who)

Karya–karya berbentuk puisi, novel dan cerpen berorientasikan Barat diutamakan sebaliknya nilai-nilai keislaman diketapikan.

HURAIAN (Kenapa/Why)

Karya-karya yang dipopularkan menyentuh isu raja berperlembagaan sedangkan ketaatan beragama tidak pernah disentuh.

HURAIAN (Siapa/Who)

Kemudahan infrastrutur juga disediakan tetapi kemajuannya tidak seimbang.

HURAIAN + CONTOH

Jadi hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat Turki dan telah mengakibatkan berlakunya tentangan rakyat terhadap pemerintahan sultan.

AYAT PENEGAS ISI (4)

ISI 7

bidang ekonomi

Tanzimat juga melibatkan pemulihan semula ekonomi di Turk itetapi lebih kepada kebaratan.

FAKTA (Apa/what)

Hal ini telah memberi tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melakukan pelbagai perubahan.

HURAIAN

(Apa/what)

Kuasa barat merancang agar kerajaan Turki Uthmaniyah meminjam wang atau modal yang menyebabkan kerajaan ini terpaksa berhutang dengan pemodal-pemodal asing. Malah kerajaan Turki terpaksa bergantung kepada Barat bagi mendapatkan bekalan makanan, peralatan dan modal bagi perbelanjaan pembangunannya.

HURAIAN (Kenapa/Why)

Misalnya, Sultan Mahmud (1808-1839) mengagumi kemajuan Eropah. HURAIAN (Siapa/Who)

Baginda telah melaksanakan projek jaringan kereta api Oreint Railway dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan istana Topkapi.

HURAIAN + CONTOH

Dalam pembangunan ekonomi sultan juga telah membuat pinjaman yang banyak dengan bank Eropah sehingga muflis. (Sultan Abd.Aziz -1875)

HURAIAN + CONTOH

Akibat daripada pembaharuan ekonomi yang tidak terancang dan hanya mengikut telunjuk kuasa Barat maka kewangan Uthmaniyah telah dikawal oleh pemilik bank Eropah.

AYAT PENEGAS ISI (4)

KESIMPULAN Kesimpulannya,Tanzimat yang berlaku pada tahun 1839 hingga 1876

dalam kerajaan Turki Uthmaniyah walaupun dirancang untuk memodenkan kerajaan tersebut namun menimbulkan impak negatif disebabkan pembaharuan yang dilaksanakan lebih condong ke arah pemupukan sekularisme, sedangkan Islam mula diketepikan sedikit demi sedikit.

Huraian Apa?

Situasi ini akhirnya membawa kegoyahan dan kejatuhan kerajaan ini ke

tangan individu yang berfikiran sekular Kenapa (Why)

Pembaharuan ini meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Turki dan umat Islam khasnya kerana perkembangan sekularisme telah mengambil alih pemerintahan Islam di dunia hingga ke hari ini.

Futuristik atau sosial.

Soalan 2 : Bincangkan kebangkitan masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad ke-19 hingga abad ke-20.

PENDAHULUAN

1. Pada abad ke-16 hingga abad ke-19, Algeria merupakan sebahagian wilayah Turki Uthmaniyah yang berpusat di Istanbul.

2. Kekayaan sumber alam di Algeria terutama minyak dan gas telah menyebabkan kuasa-kuasa imperialis berusaha menguasai kawasan tersebut.

3. Penjajahan Perancis terhadap Algeria pada tahun 1830 telah membangkitkan penentangan rakyat atas faktor Perancis tidak membenarkan masyarakat muslim Algeria mengundi, aspek pendidikan diabaikan dan kadar buta huruf meningkat.

4. Perancis juga telah campur tangan dalam ekonomi, politik, dan social yang telah menyebabkan penentangan masyarakat Algeria,

Isi 1

Penjajahan Perancis ke atas Algeria atas faktor politik,

ekonomi dan sosial FAKTA

Perancis melaksanakan proses asimilasi budaya dan menjadikan bahasa

Perancis sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Arab diharamkan penggunaannya. HURAIAN Polisi ini menghapuskan identitinasional dan warisan budaya. Dasar

pendidikan menyebabkan kadar pandai membaca, menulis, dan mengira rakyat Algeria jatuh ke tahap paling rendah.

CONTOH Hal ini menyebabkan rakyat Algeria berasa tidak puas hati dan telah

melahirkan pejuang nasionalis bagi menghidupkan semula bahasa sendiri, memperkasa identiti kebangsaan berdasarkan syariat Islam dan mendaulatkan Bahasa Arab.

PENEGASAN ISI

Isi 2

Selain itu, gerakan penentangan oleh Ahmed Bey, pemimpin kawasan Constantine

FAKTA Ahmed Bey telah Berjaya menguasai Constantine dan Perancis telah

kehilangan seribu angkatan tenteranya. Walau bagaimanapun Perancis berjaya menyekat angkatan Uthmaniyah yang cuba membantu Ahmed Bey.

HURAIAN Ahmed Bey telah melancarkan gerakan penentangan di timur Constantine CONTOH Sehubungan dengan itu, Ahmed Bey enggan mengiktiraf kekuasaan Perancis

di Constantine

PENEGASAN ISI

Isi 3

Gabenor Mascara 1830-an hingga 1840-an FAKTA

Syeikh Abdul Qader telah dilantik sebagai ketua mujahidin yang telah mengeluarkan fatwa kewajipan berjihad bagi mempertahankan negara dan mengisytiharkan Algeria sebagai negara Islam

HURAIAN Masyarakat Islam berhimpun di masjid Maskar(Mascara) bagi melancarkan

jihad terhadap Perancis CONTOH

Kesan dari penentangan tersebut Syeikh Abdul Qader telah tewas, walau bagaimanapun ketokohan beliau sukar ditandingi kerana tiada pemimpin lain yang muncul selepas itu

PENEGASAN ISI

Isi 4

Di samping itu, berlaku pemberontakan penduduk Kabylia FAKTA

Pemberontakan besar-besaran telah dilancarkan yang disertai oleh satu pertiga penduduk Algeria akibat daripada tindakan Perancis yang merampas tanah penduduk yang subur.

HURAIAN Umat Islam di Kabylia telah ditindas dari segi ekonomi dan diancam oleh

peneroka Eropah.

CONTOH Pemberontakan ini mengakibatkan penduduk tempatan jatuh miskin tetapi

masyarakat Kabylia tidak berputus asa.

PENEGASAN ISI

Isi 5

Akhirnya, Kebangkitan angkatan Persatuan Ulama Algeria. FAKTA

Persatuan Ulama Algeria telah ditubuhkan di bawah pimpinan Syeikh Abdul Hamid ben Badis yang bertujuan menyatukan umat Islam bagi menentang cengkaman Perancis.

HURAIAN Gerakan ini menyelar pegawai-pegawai pentadbiran agama Algeria yang

menjadi agen penjajah Perancis

CONTOH Kesannya, banyak sekolah agama muncul di seluruh Algeria dan

sekolah-sekolah ini telah dijadikan markas bagi gerakan kesedaran rakyat.

PENEGASAN ISI

KESIMPULAN

1. Jihad yang berterusan menentang penjajahan Perancis telah berlaku di seluruh Algeria sehingga mengorbankan lebih sejuta syuhada yang digelar

sebagai “Negara Sejuta Syuhda”.

2. Gerakan demi gerakan yang dilancarkan oleh rakyat Algeria telah mengakibatkan Perancis terpaksa akur dan memberikan kemerdekaan kepada Algeria pada 5 Julai 1962.

Soalan 3 : Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan Barat di Mesir pada abad ke-19 M hingga awal abad ke-20 M.

 Sejak abad ke-16, Mesir merupakan sebahagian daripada kerajaan Uthmaniyah.  Namun, Perancis telah berjaya menawan Mesir pada 1798 M yang diketuai oleh

Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya Revolusi Perancis.

 Kemudian pihak Perancis dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan British pada tahun 1801M.

 Penjajahan British merujuk kepada kekalahan tentera Mesir di tangan British 1882 M.

Bermula pada tahun 1914 hingga 1918 M, British mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir.

Isi 1 Reaksi terhadap penjajahan Perancis di Mesir Fakta 1. Sejak abad ke-16 M, Mesir merupakan sebahagian daripada kerajaan

kerajaan Uthmaniyah.

2. Namun, pada akhir abad ke-18, Perancis telah menawan Mesir. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798 M. Ekspedisi ketenteraan ini diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya Revolusi Perancis.

3. Selama tiga tahun Perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya adalah seperti berikut :

a) Membuka kilang senjata

b) Mengadakan perkhidmatan peretakan

c) Menggalakkan pengkajian sains, termasuk menghantar para pelajar Mesir untuk belajar di Barat.

4. Sejak tahun 1879 M, British dan Perancis semakin giat mencampuri hal ehwal Mesir, terutama yang berkaitan dengan soal kewangan. 5. Isu hutang yang dihadapi oleh Mesir dijadikan alasan untuk campur tangan. Namun sebenarnya perhatian kuasa Eropah adalah tertumpu pada Terusan Suez.

Huraian

6. Penentangan terhadap pemerintahan Mesir yang dikuasai oleh British dipimpin oleh Kolonel „Urabi Pasha.

7. Penentangan ini benar-benar bersifat Mesir kerana dipimpin oleh rakyat Mesir sendiri (fellahin) yang berjuang bagi mempertahankan Mesir supaya berada di bawah pengaruh kuasa tempatan.

8. Kolonel „Urabi Pasha bersama pasukannya bertahan di Tel al-Kabir. Namun begitu, disebabkan faktor kelemahan dari aspek pertahanan, mereka akhirnya berjaya dikalahkan oleh British.

9. Berikutan daripada itu, British berjaya menakluki Mesir dan Taufiq kembali bersemayam sebagai Khedif Mesir.

10. Pemimpin nasionalis termasuk Kolonel „Urabi Pasha dibuang negeri ke Sri Lanka manakala tokoh ulama, iaitu Shaykh Muhammad „Abduh turut diusir kerana penglibatannya dalam membantu penentangan Kolonel „Urabi Pasha.

11. Shaykh Muhammad „Abduh bekerjasama dengan Jamal al-Din al- Afghani di Paris menerbitkan sebuah jurnal iaitu al-„Urwat al-

Wuthqa yang menyeru kepada kesatuan umat Islam dalam

menghadapi setiap rancangan penjajahan Barat.

Contoh

12. Walau bagaimanapun, penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar tiga tahun sahaja.

13. Reaksi masyarakat tempatan paling ketara terhadap Perancis datangnya dari tentera Uthmaniyah.

14. Tentera Uthamniyah telah berjaya mengusir keluar Perancis dari Mesir dengan bantuan British pada tahun 1801 M.

14. Pendudukan Perancis di Mesir membuka senario baharu kerana ia merupakan kuasa Barat pertama yang menceroboh Mesir.

15. Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi

politik Mesir.

16. Hal ini telah membawa kepada kejayaan penjajahan British ke atas Mesir pada tahun 1882 M. Sebelum ini, British pernah mencuba menjajah Mesir pada tahun 1807 M, namun usaha tersebut tidak berjaya.

Isi 2 Reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan British di Mesir Fakta  Penjajahan British merujuk kepada kekalahan tentera Mesir di tangan British

pada bulan September 1882 M. Bermula pada tahun 1914 hingga 1918 M, British mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir.

 Pentadbiran British di Mesir pada peringkat awal ini dipelopor oleh Lord

Cromer yang dilantik sebagai Consul General antara tahun 1883 hingga 1907M.  Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh British membawa jurang yang

besar dalam masyarakat Mesir.

 Mereka yang mendapat pendidikan Barat menjadi terpisah dari segi sikap dan pemikiran yang berteraskan kebudayaan tempatan yang didukung oleh ulama dan juga rakyat biasa.

 Golongan ini juga turut diserapkan dalam pentadbiran Mesir, tetapi jawatan yang tinggi hanya dibolot oleh pegawai British.

 Dasar British yang jelas mendiskriminasi golongan peribumi menghidupkan kembali semangat nasionalisme. Keadaan ini berlaku pada akhir pemerintahan Lord Cromer. Selain itu, penentangan juga ditujukan kepada Khedif Mesir dan pihak berkuasa Mesir.

 Pengisian nasionalisme Mesir ini terbahagi kepada dua aspek yang berbeza, iaitu negara sekular dan Islam.

 Perbezaan ini berlaku berikutan daripada kemunculan golongan intelektual yang menerima pendidikan Barat yang tidak lagi melihat Islam sebagai al-Din dan memisahkan peranan politik daripada agama.

---  Antara pemimpin nasionalis yang terkemuka ketika itu, termasuk Mustafa

Kamil Pasha dan Muhammad Farid. Mustafa Kamil Pasha yang terlatih dalam bidang undang-undang. Perancis dan Mesir menyokong nasionalisme berbentuk sekular.

 Pada 13 November 1918 M, satu delegasi (wafd) terdiri daripada pemimpin nasionalis yang diketuai oleh Sa‟d Zaghlul menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir, iaitu Sir Reginald Wingate bagi memohon kemerdekaan Mesir.

 Sa‟d Zaghlul juga meminta kebenaran untuk menghantar satu perwakilan ke Persidangan Damai Paris dengan kedudukannya setaraf dengan Hijaz, Paris (Iran) dan Ethiopia.

 Pihak British menolak permohonan ini dan beberapa orang pemimpin delegasi tersebut juga telah ditangkap dan dibuang negeri ke Malta.

---  Era penjajahan juga mendatangkan perasaan tidak puas hati bukan sahaja

dalam kalangan pentadbir malahan juga mendapat tentangan daripada pihak tentera Mesir sendiri.

Huraian

……… Contoh

 Pada tahun 1914 M, Perang Dunia Pertama yang meletus menyaksikan kerajaan Uthmaniyah turut terlibat dalam kancah peperangan tersebut.

Kesempatan ini digunakan oleh pihak British dengan mengisytiharkan mereka sebagai protectorate (naungan) ke atas Mesir dan memecat Khedif Abbas II. British kemudiannya menabalkan Husayn Kamil sebagai Raja Mesir.

 Perjanjian Versailles yang ditandatangani 1919 M merupakan antara penyelesaian Perang Dunia Pertama bagi mengekalkan Mesir di bawah kekuasaan British.

 Situasi ini memburukkan keadaan dan menyemarakkan penentangan daripada rakyat yang kemudiannya mencetuskan Revolusi 1919 M.

 Pendudukan Perancis berlaku pada akhir abad ke-18 M, berikutan kejayaan tentera Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonaparte menawan Mesir pada tahun 1798 M.

 Kekalahan penentangan Kolonel „Urabi Pasha di tangan British pada bulan September 1882 M membawa kepada penjajahan British. Era penjajahan ini mendatangkan perasaan tidak puas hati dan reaksi negatif dalam kalangan pentadbir, tentera dan rakyat Mesir.

 Hal ini sudah tentu menimbulkan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan British.

Reaksi masyarakat tempatan yang dipimpin oleh Kolonel „Urabi Pasha, satu delegasi (wafd) yang dipimpin oleh tokoh nasionalis, Sa‟d Zaghlul turut mendesak British memberi kemerdekaan kepada Mesir.

 Kemerdekaan Mesir dicapai pada 22 Februari 1922.

---

Penutup Isi

Kesimpulan

Soalan 4

Bincangkan peranan bahasa dan kesusasteraan dengan mengemukakan sumbangan tokoh-tokoh yang berkaitan dengan gerakan nasionalisme di Mesir pada akhir abad ke-19 Masihi dan awal abad ke-20 Masihi.

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia kepada tanahair dan bercita-cita membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing. Gerakan nasionalisme bertujuan mendaulatkan bangsa dan berjuang membentuk nasib dan masa hadapan negara mengikut identiti sendiri. Golongan intelektual Mesir mulai sedar imperialisme barat dan tanggung jawab untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Golongan yang membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu golongan Islam sekular dan golongan agama.

Pendahuluan

Isi 1 Golongan modenis Islam pimpinan Rashid Rida memperjuangkan bahasa Arab Mesir sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan bagi menggantikan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.

Fakta

Beliau merupakan seorang reformis Islam melalui penulisan yang prolifik dan mencetuskan reformasi Islam, Pan Arabisme dan nasionalisme Arab. Tindakan beliau bertujuan mengikis perasaan

hormat rakyat terhadap kuasa penjajah dengan mendaulatkan bahasa Arab.

Muhammad Rashid Rida dan Muhammad Abduh telah menerbitkan majalah al-Manar pada tahun 1878 yang diterbitkan secara mingguan dan bulanan sehingga tahun 1935.

Contoh

Idea-ideaMuhammad Rashid Rida mempengaruhi pemikir Islam abad ke 20 untuk membangun dan melaksanakan falsafah politik sesebuah negara Islam.

Penutup isi

Isi 2 Ahmad Shawqi dan Hafez Ibrahim menggunakan puisi bertemakan anti penjajahan dalam bahasa dialek Arab Mesir.

Fakta Puisi Ahmad Shawqi telah melangkaui sempadan puisi klasik di

Mesir. Sajak mereka mengemukakan persoalan menangani cabaran yang dihadapi oleh negara dalam era moden.

Huraian

Di antara hasil karya yang diterbitkan ialah al Muayyad dan al-Liwa. Contoh Sajak-sajak yang bertemakan anti kolonialisme ini menjadi

pemangkin semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

Penutup isi

Isi 3 Tokoh sasterawan Mesir, Taha Husain dan Najib al-Khilani menghasilkan karya yang menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan manusia dan cabaran yang dihadapi oleh dunia Arab dan kedudukan umat Islam yang ditindas oleh penjajah barat.

Fakta

Taha Husain telah di lantik menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1950. Beliau bertindak mempertingkatkan aspek pendidikan di Mesir dan menyarankan diberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Beliau juga merupakan Ketua Pengarang kepada beberapa buah akhbar yang menghasilkan artikel dalam pengajian Arab dan kebudayaan, kesusasteraan Islam, karya fiksyen yang menjadi refleksi sosial masyarakat berkaitan kemiskinan dan kejahilan dalam masyarakat di Mesir.

Najib al-Kilani merupakan sasterawan Mesir yang mengasaskan kesatuan RabitahAdab al-Islami al-„Alamiyyah yang merupakan gerakan yang dianggap perintis kepada kesusasteraan Islam.

Beliau yang bertugas sebagai doktor perubatan bergiat cergas menulis puisi, cerita pendek, novel dan naskah teater.

Huraian

Karya Taha Husain yang terkenal ialah seperti Wednesday Talk, The Sufferers: Stories and Polemics, A man of Letters, An Egyption Childhood dan The Future Of Culture in Egypt. Kesemua karya beliau di tulis dalam bahasa Arab.

Najib al-Kilani menghasilkan 70 buah novel dan buku cerita. Di antara karya beliau yang terkenal ialah al-Tariq al-Tawil (Jalan Panjang), Dumu‟ al Amir (Air mata pemimpin) dan sebuah antologi cerpen sejarah Islam. Selain itu, terdapat cerpen seperti Ard al-Anbiya‟ (Bumi Para Nabi), kritikan sastera dan artikel sastera.

Contoh

Taha Husain dan Najib al-Kilani menghasilkan karya yang memperjuangkan nasib rakyat yang di tindas oleh barat dan kedudukan umat Islam yang terancam di dunia Arab.

Penutup keseluruhan esei.

Kebangkitan semangat kebangsaan di kalangan tokoh-tokoh bahasa dan kesusasteraan mendorong mereka menghasilkan karya-karya yang bermotif menyedarkan masyarakat tentang kepincangan yang berlaku dalam negara.

Jelaslah bahawa bahasa dan kesusasteraan menjadi wadah golongan intelektual memainkan peranan dalam usaha gerakan nasionalisme Mesir akhir abad ke-19 Masihi dan awal abad ke-20 Masihi.

Dalam dokumen MODUL PENANG SUKSES SEJARAH STPM P2 2016.pdf (Halaman 116-131)