5.2 ‘ASEAN WAY’
5.5 CABARAN ASEAN DALAM MENANGANI KONFLIK
Pertubuhan ASEAN pada awalnya mengundang kritikan dan debat kepada pemerhati politik dan kajian antarabangsa. Hal ini kerana, segelintir kuasa barat memandang rendah akan kemampuan orang Asia dalam mentabdir negara sendiri apatah lagi untuk mentabdir dan mengawal isu-isu konflik di rantau Asia Tenggara. Tambahan lagi dengan kehadiran kuasa besar seperti China yang tiba-tiba menerjah seolah-olah mengundang satu bencana kepada ASEAN. Kemelut ini telah menguji dan mencabar organisasi ASEAN sebagai sebuah badan pendamai di rantau Asia Tenggara. Kemampuan ASEAN ini dinilai atas inisiatif dan usaha yang telah dilaksanakan dalam mengurangkan kadar risiko terjadinya peperangan di kawasan maritim tersebut. Namun begitu, disebabkan oleh beberapa faktor, kredibiliti ASEAN sedikit tercalar dan dianggap lemah oleh sesetengah pihak dan mengundang kritikan terhadap peranan ASEAN dalam mengurus masalah di kawasan rantau Asia Tenggara.
Cabaran ASEAN bermula ketika isu konflik bencana kemanusian yang tercetus di Myanmar semasa pemerintahan tentera junta. ASEAN dianggap begitu lembut dalam menyelesaikan konflik yang terjadi dan gagal untuk mempromosi sistem demokrasi dan hak asasi manusia di Myanmar walaupun mereka adalah sebahagian daripada negara anggota ASEAN. Konflik tidak terhenti di Myanmar kerana isu jerebu turut dibangkitkan di peringkat global yang berpunca daripada pembakaran terbuka di Indonesia. Seterusnya, konflik yang palaing mencabar bagi ASEAN adalah isu yang berdekad lamanya terjadi iaitu pertindihan di
Laut China Selatan antara negara China, Taiwan dan empat negara anggota ASEAN. Konflik ini turut mendapat perhatian dalam kalangan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Hal ini menambah tekanan kepada ASEAN mengurus konflik dalam kalangan negara anggota mereka. Walaupun ASEAN mempunyai dua prinsip utama dalam organisasi iaitu polisi tidak menggunakan kekerasan dan polisi tidak campur tangan, polisi ini mengundang ketidak puasan hati sesetengah pihak terutamanya kuasa barat yang menganggap prinsip ini tidak relevan.
Namun begitu, menurut Chetchaiwong (2012), bagi ASEAN polisi ini adalah satu cara dalam menggalakkan keamanan, keadilan dan hak asasi manusia. Polisi tidak campur tangan dalam
„ASEAN Way‟ ini mengundang kontroversi dalam kalangan pengkritik politik dan kajian antarabangsa kerana bagi kuasa barat mereka perlu ada dalam setiap konflik untuk membantu dalam menyelesaikan masalah. Pemimpin tertinggi ASEAN turut dikritik kerana gagal mempertahankan hak dan pendirian mereka terutama apabila berhadap dengan China dalam isu pertindihan Laut China Selatan. Pengaruh China begitu kuat di rantau Asia Tenggara kerana penyumbang terbesar kepada ekonomi Asia.
Tambahan lagi, konflik yang melanda di antara Filipina dan China ini adalah satu konflik yang besar dan berpotensi untuk meletakkan Asia Tenggara di ambang darurat. Berdasarkan sifat agresif China dalam kebangkitan empayar kerajaan, tidak mungkin mereka akan mengalah dan membiarkan Scarborough Shoal jatuh secara mutlak di tangan Filipina. Justeru, menurut Tong (2016), konflik yang melanda ini mencabar keupayaan ASEAN dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek ketenteraan dan ekonomi. Ancaman ketenteraan merupakan cabaran yang pertama kepada ASEAN untuk mengatasinya. Lebih merumitkan lagi, China dan Amerika Syarikat merupakan sekutu kepada negara anggota ASEAN. Hal ini telah menimbulkan dilema keselamatan yang tidak dapat dielakkan oleh negara anggota ASEAN untuk berhadapan dengan China dan Amerika Syarikat. Tambahan lagi, ASEAN
pernah berhadapan dengan insiden buruk di Pulau Paracel pada tahun 1974 melibatkan Vietnam dan China. Pertembungan ini telah mengakibatkan kematian 36 anggota tentera kedua pihak. Insiden yang sama turut terjadi di Pulau Capones antara tentera Filipina dan China. Sehubungan itu, konflik di Scarborough Shoal ini menambahkan kebuntuan kepada kedua pihak dan sekiranya pertembungan sengit ini terus berlaku, keselamatan rakyat ASEAN pasti akan terancam terutamnya para nelayan yang menjadikan Scarborough sebagai punca rezeki.
Seterusnya, ancaman keselamatan di Scarborough sudah pasti akan menganggu aktiviti ekonomi nelayan Filipina. Menurut Tong (2016), walaupun tiada laporan serangan nelayan oleh kedua pihak di kawasan Laut China Selatan tetapi setidak-tidaknya ASEAN perlu mempunyai satu mekanisma untuk mempertahankan dan membantu nelayan yang mencari rezeki di kawasan Laut China Selatan. Tambahan lagi, forum seperti Fisheries Consultative Forum and a Strategic Plan of Action Cooperation on Fisheries 2016-2020
tidak mempunyai peraturan dan tatacara kepada nelayan sekiranya berlakunya serangan terhadap mereka. Justeru, untuk memantapkan lagi forum dan rundingan para nelayan ini ASEAN perlu memperkasakan dan berunding kod tatacara yang lebih efektif untuk membela nasib nelayan tempatan. Keselamatan para nelayan harus diambil kira oleh ASEAN kerana kawasan Laut China Selatan terutamanya Scarborough Shoal adalah lubuk rezeki kepada nelayan Filipina lebih lagi yang berpendapatan rendah. Kata putus dari ASEAN dan rundingan bersama China menentukan nasib dan punca rezeki nelayan di Laut China Selatan.
5.6 KESIMPULAN
Jelaslah, dalam keseluruhan konflik di Laut China Selatan ini amat kompleks dan rumit untuk diselesaikan. Pelbagai risiko dan cabaran yang perlu dititik beratkan oleh ASEAN untuk mengatasi segala persengketaan yang berlaku di kawasan tersebut. Berhadapan dengan China dalam isu ini bukan perkara yang mudah, pengurusan konflik yang cekap menjadi tunjang utama kepada ASEAN untuk mencari jalan penyelesaian meminimunkan kadar ancaman keselamatan. Seperti yang dibincangkan dalam bab ini, peranan ASEAN imej tumpu kepada dunia dalam konflik keseluruhan di Laut China Selatan ini. Lebih lagi dengan usaha ASEAN dalam menubuhan Kod Tatacara Laut China Selatan, ARF, TAC dan juga rundingan bersama dengan negara terlibat harus diberi tumpuan dan dilaksanakan.
Kehadiran China di Laut China Selatan sememangnya benar-benar mencabar kemampuan ASEAN yang terutamanya dalam polisi tidak menggunakan kekerasan dan tidak campur tangan. Hal ini kerana dengan kemampuan China yang mempunyai kekuataan dari segi ketenteraan boleh mengakhiri kemelut ini dengan kekerasan. Peperangan boleh tercetus di rantau Asia Tenggara sebagai pilihan terakhir China untuk mendapatkan apa yang mereka impiankan. Scarborough Shoal boleh menjadi salah satu permulaan bagi peperangan ini sekiranya provokasi kedua pihak tidak dihentikan dengan kadar segera.
KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL : PERANAN ASEAN DALAM
MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA
BAB 6: KESIMPULAN
6.0 PENGENALAN
Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini dan akan membincangkan kesimpulan kajian yang telah dilakukan. Melalui bab ini, cadangan untuk meningkatan kredibiliti ASEAN turut disertakan dalam menangani konflik di Asia Tenggara dengan lebih efektif. Cadangan ini penting dalam memastikan usaha dan peranan organisasi ASEAN ini terus kukuh sebagai sebuah badan pendamai di rantau Asia. Sehubungan itu, segala mekanisma untuk meminimunkan konflik harus dilaksana dan diperketatkan oleh organisasi ASEAN ini.
6.1 KESIMPULAN
Kesimpulannya, insiden bedarah pernah terjadi di antara China dan Filipina di kawasan Laut China Selatan. Kita sebagai rakyat di Asia Tenggara sudah pasti tidak mahu perkara yang sama berulang kembali terutamanya di Scarborough Shoal yang sekarang sedang hangat di bincangkan oleh kedua buah negara iaitu China dan Filipina. ASEAN yang dianggap sebagai pengantara untuk menyelesaikan konflik ini harus bersikap lebih tegas lagi demi keselamatan serantau.
Kehadiran agresif China di kawasan maritim Asia Tenggara secara tidak langsung membuka mata ASEAN akan kepentingan untuk merangka segala strategi untuk membendung perluasan kuasa yang dilakukan oleh China. Negara Asia Tenggara berkemungkinan besar akan terpaksa tunduk dengan kemahuan China sekiranya keseluruhan
Laut China Selatan berjaya jatuh ke tangan China. Hal seperti ini sudah pasti tidak kita inginkan kerana kedaulatan negara pasti akan tercalar dan keselamatan negara turut berada di posisi yang bahaya. Lebih lagi negara anggota ASEAN tidak mempunyai kelengkapan senjata yang hebat seperti China dan ASEAN sendiri tidak mempunyai pasukan pertahanan yang khusus untuk mengawal konflik ini. Oleh hal yang demikian, ASEAN seharusnya mengoptimunkan usaha mereka untuk membendung konflik ini dari terus berlarutan.
6.2 CADANGAN
Isu pertikaian bertindih antara negara ASEAN dan China ini telah menjadi tumpuan dunia sejak beberapa tahun kebelakangan. Kepentingan Scarborough Shoal tidak terhad kepada negara Asia Tenggara sahaja kerana kawasan maritim ini turut menjadi laluan domestik kepada kapal perdagangan negara lain. Kegagalan ASEAN dalam menyelesaikan konflik Scarborough Shoal ini akan memberi tanggapan yang kurang elok kepada ASEAN dalam menguruskan konflik yang terjadi dalam kalangan negara anggota. Kerjasama dan pembangunan dalam negara ASEAN harus dipergiatkan untuk mengurangkan jurang antara negara anggota ASEAN. Di samping itu, ASEAN juga perlu mentakrif semula istilah musyawarah dan konsensus untuuk memberi kuasa kepada Majlis Tertinggi ASEAN (ASEAN
High Council).
ASEAN mempunyai potensi yang besar untuk menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan efektif seperti Kesatuan Eropah (EU). Menurut Tong (2016), Kesatuan Eropah boleh dijadikan sebagai contoh untuk ASEAN kerana salah satu kunci kejayaan mereka adalah dengan mempromosikan demokrasi liberal yang tinggi kepada negara anggota. Sehubungan itu, negara anggota EU dapat mengurangkan jurang antara mereka terutama dalam aspek politik dan ekonomi untuk memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh EU.
Justeru, organisasi EU ini lebih senang untuk mencapai kata sepakat dalam rundingan mereka walaupun mempunyai berbezaan. Oleh hal yang demikian, EU dijadikan model kepada ASEAN kerana komuniti ASEAN juga besar dan mempunyai pelbagai lapisan latar belakang serta fahaman.
Penyelesaian Laut China Selatan ini harus bermula dengan mencapai kata sepakat dan perpaduan dalam kalangan negara anggota ASEAN. Di samping itu, ASEAN juga perlu memberi perhatian pada pembangunan ekonomi dan memberi sokongan dalam pinjaman bagi negara-negara yang kurang maju untuk mencapai kejayaan terutamanya dalam tiga komuniti besar ASEAN iaitu ASEAN Economic Community, ASEAN Political Community dan ASEAN Socio-Cultural Community. Melalui usaha ini, jurang antara negara anggota dapat dirapatkan dan kata sepakat akan mudah dicapai. Selain itu, ASEAN juga dilihat tidak mempunyai tatacara dalam membuat keputusan dan perkara ini akan menganggu proses birokrasi untuk mencapai kata sepakat. Justeru, ASEAN perlu meminda takrif konsensus dan menambah proses campuran untuk mencapai kesepakatan serta mengadakan sistem pengundian (Tong, 2016). Hal ini akan dapat memudahkan ASEAN untuk mencapai persetujuan dalam konflik Laut China Selatan.
Tambahan lagi, cadangan yang seterusnya adalah dengan memperkasakan Majlis Tertinggi ASEAN. Majlis Tertinggi ASEAN juga boleh dijadikan sebagai satu mekanisma untuk menyelesaikan kemelut ini. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Majlis Tertinggi ASEAN adalah pilihan yang terbaik untuk membantu dalam menyelesaikan isu di antara China dan Filipina ini. Selain itu, resolusi melalui Majlis Tertinggi ASEAN ini adalah cadangan terakhir kepada ASEAN untuk menyelesaikan konflik bertindih ini. Ketegangan yang semakin memuncak ini memaksa ASEAN untuk mengambil langkah yang drastik dan dengan menggunakan fungsi Majlis Tertinggi ASEAN, konflik dapat diurus dengan baik dan secara aman. Lebih lagi ASEAN mempunyai hak untuk dan tanggungjawab untuk
menubuhkan satu badan undang-undang seperti majlis tertinggi untuk pengurusan konflik secara aman. Justeru ASEAN perlu menggunakan manfaat ini bagi memastikan negara anggota mereka tidak diperlekehkan oleh negara asing seperti China dan kredibiliti mereka turut terserlah.
Kesimpulannya, pengurusan konflik yang baik dari ASEAN mencerminkan kredibiliti mereka sebagai sebuah organisasi yang membawa keamanan kepada negara serantau. Konflik Scarborough Shoal menjadi agenda kepada ASEAN dalam menyelesaikan kemelut ini dengan China dan Filipina. Persetujuan dalam kata sepakat merupakan aspek yang penting bagi kedua buah negara ini untuk mengelak insiden berdarah yang pernah berlaku pada suatu ketika dahulu berulang kembali. Justeru, peranan ASEAN amat diperlukan untuk memikirkan stategik bagi mengatasi kemaraan China di Scarborough Shoal.
RUJUKAN
Acharya, A. (2010). Asia is not one. The Journal of Asian Studies. 69(4), pp.1001-1013. Diambil daripada
https://apps.cndls.georgetown.edu/courses/rudolph/g238/files/Asia-is-Not- One_Amitav.pdf
Adm, R., & McDevitt, M. (2016). Analysis: Is it Time for the U.S. to Take a Position on
Scarborough Shoal?. Diambil daripada https://news.usni.org/2016/07/19/take-position-
scarborough-shoal
ASEAN Charter. (2008). The ASEAN Charter. Diambil daripada http://asean.org/wp- content/uploads/images/archive/publications/ASEAN-Charter.pdf
ASEAN Regional Forum. (2011). About The ASEAN Regional Forum. Diambil daripada http://aseanregionalforum.asean.org/about.html
ASEAN Strategic. (2013). Consensus a "hindrance" to ASEAN's decision-making. Diambil daripada http://www.aseanstrategic.com/2013/01/consensus-hindrance-to-aseans- decision.html
Asriyanti, J., & Clarisa., J. (2015). Introduction to International Relation, Power and
National Interest. Diambil daripada
https://jesswithjess.wordpress.com/2015/01/19/power-and-national-interest/
Azmi Hassan. (2012). ASEAN perlu sepakat berhadapan China. Utusan Melayu. Di ambil dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120726/re_01/ASEAN-perlu-sepakat- berhadapan-China#ixzz3oKlwjdp
Bader, J., Lieberthal, K., McDevitt, M. (2014). Keeping the South China Sea in P erspective.
Di ambil daripada
http://www.brookings.edu/~/media/research/files/papers/2014/08/south-china- sea-perspective-bader-lieberthal-mcdevitt/south-china-sea-perspective-bader-lieberthal- mcdevitt.pdf
Batongbacal, J. (2014). Bajo De Masinloc (Scarborough Shoal): Less-known fact vs
published fiction. Diambil daripada http://www.imoa.ph/bajo-de-masinloc-scarborough-
shoal-less-known-facts-vs-published-fiction/
Bautista, L. (2013). The Philippine claim to Bajo de Masinloc in the context of the South
China Sea dispute. Diambil dari http://ro.uow.edu.au/lhapapers/1048
Berita Harian. (2016, September, 7). Filipina tuduh China bina pulau tiruan di beting. Berita
Harian Online.Diambil daripada http://www.bharian.com.my/node/190556
Brisley, N. (2016). What Will Durterte mean for P hilippines foreign policy. Diambil daripada http://thediplomat.com/2016/07/what-will-duterte-mean-for-philippine-foreign-policy/
Castro, R. (2015). The Philippines Confronts China in the South China Sea: Power Politics vs. Liberalism-Legalism. Asian Perspective 39. Pp. 71-100
Castro, R. (2016). Geopolitic constraints on Duterte‟s South China Sea Policy. Diambil daripada https://amti.csis.org/geopolitical-constraints-dutertes-south-china-sea-policy/
Chandra Muzaffar. (2012, ). How to resolve conflicts in the South China Sea. Al-Jazeera News. Diambil daripada
http://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2012/07/201273124725247147.html Chetchaiwong, K. (2012). ASEAN and Non-Interference Principle: Political Rhetoric and
Practices. Diambil daripada
https://www.academia.edu/8284566/ASEAN_and_Non- Interference_Principle_Political_Rhetoric_and_Practices
Cook, A. (2012). The Scarborough Shoal Dispute between China and The Philippines. EAI Background Brief No. 733
Cook, A. (2012). Unpacking the Scarborough Shoal Dispute. East Asian Policy, (pp.1-9). Diambil daripada
https://www.academia.edu/2128239/Unpacking_the_Scarborough_Shoal_Dispute Daojiong, Z., & Valencia, M. J. (2001). Mischief Reef: Geopolitics and Implications. Journal
Of Contemporary Asia, 31(1), 86.
Emmers, R. (2010). Maritime Security in Southeast Asia. Ganguly, S. Scobell, A. & Liow, J (Eds.), The Routledge Handbook of Asian Security Studies (pp. 241-246) New York: Routledge.
Farmer. L (2015). Opinion: Scarborough Shoal is worth fighting for . Diambil daripada http://www.australianfilipina.com/article.aspx?aeid=32016
Glaser, B, S. (2015). This Is Why a Code of Conduct in the South China Sea Can't Wait. The
National Interest. Diambil daripada http://nationalinterest.org/blog/the-buzz/why-code-
conduct-the-south-china-sea-cant-wait-13552
Gotinga, JC. (2016). F ilipino fishermen still barred from Scarborough Shoal. Diambil daripada http://cnnphilippines.com/news/2016/07/15/scarborough-shoal-filipino-fishermen- chinese-coast-guard.html1
Groff, S. (2011). Is ASEAN Ready to Become a Single Market?. Wharton School of the University of Pennsylvania. Diambil daripada
http://knowledge.wharton.upenn.edu/article/is-asean-ready-to-become-a-single- market/
Gupta, S. (2015). The Nine Dash Line and Its Basis in International Law. Di ambil dari http://www.chinausfocus.com/peace-security/the-nine-dash-line-and-its-basis-in-
international-law/
Haacke, J. (2003). ASEAN‟s Diplomatic and security culture origin, development and prospects. Taylor & Francis Books Ltd: Oxon.
Hernandez, J. (2016). Benigno Aquino Says U.S. Must Act if China Moves on Reef in South
http://www.nytimes.com/2016/05/20/world/asia/benigno-aquino-philippines- south china-sea.html?_r=0
Joseph Tse-Hei Lee. (2013). The Association of Southeast Asian Nations (ASEAN): Conflict and Development. Journal of Asia Pacific Studies. Volume 3 No 2, pp.260-263
Kivimaki, T., Odgaard, L., & Tonnesson, S. (2002). Peace Prospect: What Could Be Done? Kivimaki, T. (Eds). War or Peace in the South China Sea?. (pp. 95 – 108)
Keyuan, Z. (2005). Dispute over the Scarborough Reef. Keyuan, Z. (Eds.), Law of the Sea in East Asia Issues and Prospects. (pp. 60-70)
Krik, D. (2015). Scarborough Shoal: China accused of secret ploy to 'rope off' Filipino waters. Diambil daripada
http://www.independent.co.uk/news/world/asia/scarborough-shoal-china-accused-of-secret- ploy-to-rope-off-filipino-waters-10417132.html
Kvanvig, G. (nd). ASEAN, sovereignity and human right. Diambil daripada http://www.jus.uio.no/smr/english/about/programmes/vietnam/docs/asean-sovereignty-and- human-rights---gisle-kvanvig.pdf
Kyodo News. (2016). ASEAN, China to agree to complete code of conduct consultation. The
KyodoNews. Diambil daripada
https://english.kyodonews.jp/news/2016/09/432424.html
Lague, D. (2012). Analysis: China's nine-dashed line in South China Sea. The Reuters News
Diambil daripada
http://www.reuters.com/article/us-china-sea-boundary idUSBRE84O07520120525
Le Hong Hiep (2016). Consensus rule blunts ASEAN‟s effectiveness. Diambil daripada http://www.japantimes.co.jp/opinion/2016/11/06/commentary/world-commentary/consensus- rule-blunts-aseans-effectiveness/#.WD7o4LJ97IW
Linh, N. (2016). Will the South China Sea Dispute Impact the Philippine Election?. Diambil daripada http://www.huffingtonpost.com/young-professionals-in-foreign-policy/will-the- south-china-sea_b_9814014.html
Lululima. (2016). Toward a code of conduct on the South China Sea. The Jakarta Post. Diambil daripada http://www.thejakartapost.com/news/2016/06/30/toward-a-code-conduct- south-china-sea.html
M. Griffiths., & T. O‟Callaghan. (2002). International Relations: The key concept. Taylor &
Francis e-Library (pp. 203-204). New York:Routledge
M.Khalil Afif. (2014). Upaya ARF Dalam Penyelesaian Konflik Klaim Kepulauan Spratly.
NIM.0702045076
Markwith, T. (n.d). Conflict in the Scarborough Shoal between China and the
Philippines:Climate Change's Role. Di ambil daripada
Ministry of Foreign Affairs, the People's Republic of China. (2015). Wang Yi on the South
China Sea Issue At the ASEAN Regional Forum.
Diambil daripada
http://www.fmprc.gov.cn/mfa_eng/zxxx_662805/t1287277.shtml
Molthof, M. (2012). ASEAN and the Principle of Non-Interference. Diambil daripada http://www.e-ir.info/2012/02/08/asean-and-the-principle-of-non-interference/
Mollman, S. (2016). The “strategic triangle” that would allow Beijing to control the South
China Sea. Di ambil daripada http://qz.com/863467/how-adobe-flash-once-the-face-of-the-
web-fell-to-the-brink-of-obscurity-and-why-its-worth-saving/
Narine, S. (2008). Forty years of ASEAN: a historical review. The Pacific Review. 21(4),
pp.411-429. Di ambil daripada
http://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/09512740802294689?src=recsys Nguyen, T. (2016). "Norm or Necessity? The Non-Interference Principle in ASEAN." Cornell International Affairs Review, 9(1). Diambil daripada
http://www.inquiriesjournal.com/a?id=1318
Ranada, P. (2016). Duterte before China trip: Let's not dwell on Scarborough Shoal. Diambil daripada http://www.rappler.com/nation/148772-philippines-president-duterte-china-trip- scarborough-shoal
Regencia, T. (2014). Philippines sues China over sea claims. Al Jazeera. Di ambil daripada http://www.aljazeera.com/indepth/features/2014/03/philippines-sues-china-over-sea-claims- nine-dashed-line--201433055112597830.html
Richards, C. (2014). Code of Conduct for South China Sea Unlikely, Yet ASEAN Made
Progress. Di ambil daripada http://thediplomat.com/2014/08/code-of-conduct-for-south-
china-sea-unlikely-yet-asean-made-progress/
Romero, A. (2015). South Korea hopes for sea code of conduct. The Philipines Star. Diambil daripada http://www.philstar.com/headlines/2015/09/15/1499952/south-korea-hopes-sea- code-conduct
Romero, A. (2016). Philippines, China push for framework of code of conduct in South China Sea. The Philipines Star. Diambil daripada
http://www.philstar.com/headlines/2016/09/07/1621480/philippines-china-push- framework-code-conduct-south-china-sea
Rustandi, A. (2015). The Impact of China‟s „Nine-Dash Line‟ Claim on ASEAN‟s Role in the
Indo-Pacific RegionCaptain. Australia: The Centre for Defence and Strategic Studies
(CDSS).
Schiavenza, M. (2015). Can a Lawsuit Stop Chinese Aggression? . Di ambil dari http://www.theatlantic.com/international/archive/2015/07/philippines-china-scarborough- shoal/398678/
Senap, J. (2015). P HILIPPINES vs. CHINA, Who really owns the Scarborough Shoal? .
Severino, R. (2006). Southeast Asian in Search of an ASEAN Community Insights from the
Former ASEAN Secretary-General. (pp. 180-189). Singapore: ISEAS.
Shaw, S. & Kao, F. (2014). Scarborough Shoal Dispute, China‟s Assertiveness, and Taiwan‟s South China Sea Policy. International Journal of China Studies. Vol 5, No.1, pp. 153-178 Simon, S, W. (2010). The ASEAN Regional Forum. Ganguly, S. Scobell, A. & Liow, J (Eds.), The Routledge Handbook of Asian Security Studies (pp. 301-309) New York: Routledge. Sydney. J., & Freedberg., Jr. (2016). Chinese Scarborough Shoal base would Threaten
Manila. Diambil daripada http://breakingdefense.com/2016/04/chinese-scarborough-shoal-
base-would-threaten-manila/
Thayer, C. A. (2013), ASEAN, China and the Code of Conduct in the South China Sea, SAIS
Review of International Affairs, 33(2). pp. 75-84.