• Tidak ada hasil yang ditemukan

POLISI PEMERINTAH TERHADAP SCARBOROUGH SHOAL

Dalam dokumen SSF3022 PROJEK TAHUN AKHIR KONFLIK SCARB (Halaman 47-52)

KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL : PERANAN ASEAN DALAM MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA

BAB 4 : KEPENTINGAN NASIONAL 4.0 PENGENALAN

4.2 POLISI PEMERINTAH TERHADAP SCARBOROUGH SHOAL

Pemerintah Filipina sememangnya menunjukkan usaha yang proaktif dalam menangani masalah dan konflik pertindihan yang berlaku di Laut China Selatan, khususnya Scarborough Shoal. Hal ini kerana, isu konflik di Laut China Selatan ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada negara Filipina malahan kepada negara Asia Tenggara yang lain. Berdepan dengan kuasa besar China yang umum kita ketahui mempunyai kredibiliti yang kekuatan dari segi ekonomi, politik dan ketenteraan sudah cukup mengerunkan pihak kerajaan negara Asia Tenggara khususnya Filipina yang masih mundur dalam aspek kenegaraan. Justeru, melalui subtopik ini, kita akan mengkaji polisi pemerintah Filipina dalam menyelesaikan konflik ini bersama China. Lebih-lebih lagi dengan pertukaran President baru mereka pasti akan

memberi ilham baru kepada Filipina untuk mengatasi konflik ini tanpa mengancam keselamatan negara.

4.2.1 Dasar President Benigno Aquino III (2010-2016)

President Benigno Aquino III telah mentadbir negara Filipina sejak tahun 2010 sehingga 2016. Beliau telah mengetuai pentadbiran Filipina selama 6 tahun. Sepanjang pentadbiran beliau di Filipina sudah pasti banyak dasar dan pencapaian yang dilakukan khususnya mengenai isu konflik di Laut China Selatan. Semasa di bawah pemerintahan President Aquino, isu konflik Laut China Selatan telah menjadi perhatian lebih lagi setelah Filipina menfailkan kes ini ke Permenant Arbitration Tribunal The Hague. Langkah merupakan salah satu usaha daripada President Aquino untuk menjaga kesejahteraan negara mereka di sekitar Laut China Selatan. Tindakannya ini jelas membuktikan kesungguhan Filipina dalam mempertahankan kedaulatan mereka di Laut China Selatan.

Umum kita ketahui, semasa era pemerintahan President Aquino, Amerika Syarikat merupakan sekutu yang paling kuat untuk Filipina. President Aquino lebih senang meminta bantuan daripada Amerika Syarikat sekiranya menerima ancaman daripada China. Penglibatan Amerika Syarikat dalam isu ini menurut President Aquino adalah untuk menjaga kuasa dan juga keyakinan Filipina lebih lagi dijaga oleh kuasa yang berpengaruh besar seperti Amerika Syarikat. Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh President Aquino semasa temu bual di kediaman rasmi beliau di Manila.

“It has to maintain its ascendancy, moral ascendancy, and also the confidence of one of its

allies,- Mr. Aquino

Tambahan lagi, Filipina turut bimbang sekiranya China berjaya menguasai Scarborough Shoal ia pasti akan menjadi kejayaan yang paling besar buat China. Hal ini kerana kedudukan Scarborough yang sangat strategik dan berada dekat dengan pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat dan Filipina. Justeru, semasa pemerintahan President Aquino Amerika Syarikat telah mendapat kelulusan untuk mendapatkan lima pangkalan ketenteraan dan 2 daripadanya akan berpangkalan di Scarborough Shoal bagi menghalang kemaraan China (Hernandez, 2016). Filipina berada dalam keadaan terjamin kerana mempunyai sokongan ketenteraan daripada pihak Amerika Syarikat sekiranya China tiba-tiba menyerang Filipina. Oleh hal yang demikian, perjanjian ketenteraan Filipina dengan Amerika Syarikat ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka.

Selain daripada itu, salah satu dasar yang paling penting semasa pemerintahan President Aquino terhadap isu ini adalah balancing policy dengan China. Hal ini jelas apabila President Aquino bergantung dengan kuasa-kuasa besar untuk sokongan daripada aspek keselamatan dalam pengimbangi hubungan mereka dengan China. Justeru, usaha President Aquino ini telah mendapat perhatian daripada pihak Amerika Syarikat dan Jepun untuk melibatkan mereka dalam strategi pengimbangan ini (Castro,2016). Langkah yang dilakukan oleh Filipina ini adalah untuk menakutkan China supaya tidak menghampiri kawasan di sekitar Laut China Selatan disebabkan oleh kehadiran ketenteraan dari Amerika Syarikat dan Jepun. Kesimpulannya, pentadbiran President Aquino lebih menjurus kepada menjaga hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat sebagai sekutu mereka yang paling kuat. Oleh hal yang demikian, President Aquino mengambil manfaat daripada hubungan ini untuk menjaga kepentingan dan kedaulatan mereka di kawasan Laut China Selatan khususya Scarborough Shoal.

4.2.2 Dasar President Rodrigo Durterte (2016-Sekarang)

Pada tahun 2016, Rodrigo Durterte telah memenangi piliharaya di Filipina dan sekali gus mengantikan President Aquino sebagai pemerintah baharu Filipina. President Durterte merupakan seorang yang amat lantang dalam mengeluarkan hujah beliau. Berhadapan dengan China bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi kedegilan mereka untuk menguasai perairan Laut China selatan sangat kebal. Namun itu bukanlah alasan untuk terus tunduk dengan kemahuan China yang ingin merampas Scarborough Shoal daripada pentadbiran Filipina.

Berbeza dengan President Aquino yang lebih pro-Amerika Syarikat, President Durterte dilihat seolah-olah tidak memerlukan bantuan dan sokongan Amerika Syarikat dalam menangani isu ini sebagai sekutu. Malahan, beliau lebih cederung untuk memulihkan dan menjalinkan hubungan dengan China. Menurut Linh (2016), tindakan President baharu

Filipina adalah untuk mengembalikan “zaman kegemilangan” hubungan dua hala antara

China dan Filipina semasa pentadbiran President Gloria Arroyo. Hal ini kerana, China dan Filipina boleh berkongsi khazanah laut yang terdapat di Scarborough Shoal tanpa ada perang dingin.

Namun begitu, sesetengah penganalisis politik turut berpendapat bahawa President Durterte tetap akan terus menjaga hubungan Filipina dengan Amerika Syarikat dari segi aspek keselamatan sekali gus menjalin hubungan diplomatik dengan China untuk meneroka kerjasama ekonomi (Castro, 2016). Hal ini dibuktikan apabila President Durterte lebih cenderung untuk mengimbangi semula dasar luar Filipina terutama hubungan mereka dengan Amerika Syarikat dan China. Umum kita ketahui, Amerika Syarikat merupakan pengaruh kuat dalam kes di Tribunal The Hague dan menjadi penyebab mengapa Filipina perlu memulihkan hubungan diplomatik mereka dengan Amerika Syarikat.

Di samping itu, President Durterte turut memulakan lawatan rasmi beliau semenjak menjadi President Filipna ke negara China pada pertengahan Oktober. Sehubungan itu, beliau turut mengeluarkan kenyataan untuk meminta China memberi balik hak memancing kepada rakyat Filipina di kawasan Barat Laut Filipina (Ranada, 2016). Malahan, beliau turut akan mengadakan perbincangan dua hala secara rasmi dengan kerajaan China mengenai isu Scarborough Shoal ini. Tindakan President Duterte ini jelas membuktikan kesungguhan beliau dalam menyelesaikan konflik Scarborough Shoal ini sebelum terjadinya konflik berdarah antara China dan Filipina.

Keprihatinan President Durterte terhadap isu konflik Laut China Selatan ini telah ditunjukkan sebelum beliau memenangi pilihan raya Filipina lagi. Buktinya, President Durterte telah memberi isyarat untuk memberi jalan penyelesaian bagi konflik ini. Bahkan, beliau sempat berseloroh dengan menyatakan bahawa beliau akan menggunakan jet ski untuk menanam bendera Filipina di Scarborough Shoal untuk membuktikan kawasan tersebut adalah milik Filipina. Justeru menurut Bisley (2016), President Durterte tetap akan mengikuti dasar luar negara yang telah diputuskan oleh president terdahulu mengikut kesesuaian persekitaran antarabangsa demi menjaga keutamaan beliau di peringkat domestik.

Secara kesimpulannya, pentadbiran President Durterte lebih berfokus dalam menstabilkan ekonomi Filipina dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara yang mempunyai ekonomi yang kukuh seperti China dan Jepun. Hal ini kerana, beliau yakin sekiranya Filipina membaiki hubungan dingin mereka dengan China, pelaburan dan pertumbuhan negara Filipina akan semakin berkembang.

4.3 KEPENTINGAN NASIONAL NEGARA TERHADAP

Dalam dokumen SSF3022 PROJEK TAHUN AKHIR KONFLIK SCARB (Halaman 47-52)

Dokumen terkait