• Tidak ada hasil yang ditemukan

SSF3022 PROJEK TAHUN AKHIR KONFLIK SCARB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SSF3022 PROJEK TAHUN AKHIR KONFLIK SCARB"

Copied!
93
0
0

Teks penuh

(1)

SSF3022 PROJEK TAHUN AKHIR

KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL: PERANAN ASEAN DALAM

MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA

NUR NAZHIRA BINTI ZAKARIA

43248

PENYELIA: PUAN NURUL HUDA MARWAN

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN

KAJIAN ANTARABANGSA

(2)

KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL: PERANAN ASEAN DALAM

MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA

NUR NAZHIRA BINTI ZAKARIA

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk

penganugerahan Sarjana Muda Sains Sosial (Program Kajian Antarabangsa)

Dengan Kepujian

FAKULTI SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

(3)

Pengakuan Pelajar

Saya mengakui bahawa penulisan karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan,huraian dan ringkasan yang setiap satu telah dinyatakan sumbernya. Saya dengan sukacitanya menyerahkan hakcipta ini kepada pihak Fakulti Sains Sosial, untuk tujuan penerbitan sekiranya didapati sesuai.

_____________________ _________________________

Tarikh Serahan Nur Nazhira Binti Zakaria

Pengesahan Penyelia

Projek Tahun Akhir yang bertajuk KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL: PERANAN

ASEAN DALAM MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA, telah

diusahakan dan diserahkan oleh NUR NAZHIRA BINTI ZAKARIA (43248) sebagai memenuhi syarat pengijazahan sarjana muda Sains Sosial (Program Kajian Antarabangsa) Dengan Kepujian.

________________ ___________________________

Tarikh Serahan Puan Nurul Huda Marwan Penyelia,

Fakulti Sains Sosial,

Universiti Malaysia Sarawak

__________________________ Dekan,

Fakulti Sains Sosial,

(4)
(5)

BAB 4 KEPENTINGAN NASIONAL

4.0 Pengenalan 35 4.1 Permulaan Konflik 35 – 39 4.2 Polisi Pemerintah 40 4.2.1 Dasar President Benigno Aquino 40 – 42 4.2.2 Dasar President Rodrigo Durterte 42 – 44 4.3 Kepentingan Nasional Negara 45 4.3.1 China 45 – 49 4.3.2 Filipina 50 – 53 4.4 Kesimpulan 54 BAB 5 ANALISIS PERANAN ASEAN

5.0 Pengenalan 55 5.1 „ASEAN Way‟ 55 – 57 5.2 Peranan ASEAN 58 – 60 5.3 Pengurusan Konflik 61 – 62 5.3.0 Rundingan China-ASEAN 63 – 65 5.3.1 Kod Tatacara Laut China Selatan 66 – 69 5.4 ASEAN Regional Forum (ARF) 70 – 72 5.5 Cabaran ASEAN 73 – 75 5.6 Kesimpulan 76 BAB 6 KESIMPULAN

6.0 Pengenalan 77

(6)

PENGHARGAAN

Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnianya saya berjaya untuk menyiapkan projek tahun akhir (PTA) yang bertajuk KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL: PERANAN ASEAN DALAM MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA. Kejayaan untuk menyiapkan projek ini juga tidak akan menjadi sekiranya tiada sokongan moral, bantuan, galakan dan tunjuk ajar dari semua pihak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan kepada penyelia saya iaitu Puan Nurul Huda Binti Marwan atas segala ilmu yang beliau curahkan kepada saya sepanjang penghasilkan PTA ini. Tanpa bimbingan, idea dan motivasi beliau, saya mungkin tidak mampu untuk menyiapkan PTA ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Seterusnya, ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan menjadi tulang belakang kepada saya dalam menyiapkan PTA ini. Sokongan daripada mereka berdua ini telah menguatkan semangat saya untuk menghasilkan PTA ini dengan baik.

Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bersama-sama saya ketika susah dan senang semasa proses penghasilan PTA ini. Terima kasih saya ucapan kepada rakan-rakan yang sudi memberi cadangan dan informasi berkenaan dengan tajuk PTA saya. Pengalaman sepanjang proses menjalankan PTA ini akan menjadi sesuatu yang tidak ternilai bagi saya. Sekian terima kasih.

(7)

Scarborough Shoal merupakan salah satu kawasan maritim di Laut China Selatan yang menjadi rebutan negara China dan Filipina. Kedaulatan dan keselamatan negara Filipina tergugat dengan kehadiran kapal maritim China yang dianggap menceroboh sempadan perairan negara mereka. Konflik semakin memuncak pada tahun 2012 apabila sepasukan tentera maritim Filipina menangkap sekumpulan nelayan yang memancing ikan secara haram di Scarborough. Filipina menganggap insiden ini sebagai provokasi kerajaan China untuk menuntut hak kuasa mereka di Scarborough Shoal. Justeru, konflik ini telah menjadi tanggungjawab ASEAN sebagai sebuah organisasi pendamai di Asia Tenggara yang turut dianggotai oleh Filipina. ASEAN amat diperlukan untuk merangka strategi bersama negara yang terlibat bagi mengawal tekanan dan mencari jalan penyelesaian secara aman di perairan Laut China Selatan. Kajian yang dijalankan ini telah menggunakan kaedah kualitatif dan secondary data dengan membuat rujukan dari buku, journal dan berita semasa untuk memperkukuhkan lagi analisis dan kajian yang dilakukan. Kesimpulannya, secara keseluruhan kajian ini berfokus dengan kepentingan nasional negara China dan Filipina dalam menuntut Scarborough Shoal serta peranan ASEAN sebagai pengantara mencari jalan pendamaian untuk menyelesaikan konflik tuntutan bertindih ini.

Kata Kunci: Sejarah konflik Scarborough Shoal, Tuntutan Maritim, Kepentingan

Nasional, Kedaulatan, Keselamatan, Peranan ASEAN.

(8)

Scarborough Shoal is one of the maritime areas in South China Sea that becomes a bone of contention between China and Philippines. The presence of Chinese maritime vessels invaded Philippines territorial water as their country threatened Philippine sovereignty and national security. The conflict escalated in 2012 when Philippine maritime forces arrested a group of Chinese fishermen that fishing illegally in Scarborough. Thus, Philippines government considered this incident as a provocation from Chinese government to claim their jurisdiction in Scarborough Shoal. Besides that, this conflict has becomes the ASEAN responsibility as an organization of peace in Southeast Asia that also comprises the Philippines as a members. ASEAN is needed to formulate a joint strategy with the involved countries and find ways of peaceful solution and control the pressure in South China Sea. This study has used qualitative methods and secondary data with the reference of a book, journal and current news to strengthen the analyzes and research conducted. To crown it all, this study focuses on the national interests of China and the Philippines in claim Scarborough Shoal and the role of ASEAN as a mediator to find a way of reconciliation to resolve this conflict overlapping claims.

Keywords: History of conflict in Scarborough Shoal, Maritime Claims, National Interest,

(9)

KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL : PERANAN ASEAN DALAM

MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA

BAB 1 : PENGENALAN

1.1PENGENALAN

Bab ini akan memberi pengenalan ringkas tentang permulaan konflik yang berlaku antara China dan Filipina disebabkan oleh perebutan kawasan sempadan maritim di Scarborough Shoal iaitu kawasan perairan Filipina. Perebutan bertindih antara China dan Filipina di kawasan ini bermula apabila China mula menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan hanya disebabkan oleh faktor sejarah negara mereka. Justeru, melalui bab ini kita dapat melihat permulaan konflik diScarborough dan sebab keinginan negara China dan Filipina untuk mendapatkannya dan peranan ASEAN sebagai sebuah organisasi pendamai di Asia Tenggara.

1.1.1 Latar Belakang Kajian

(10)

Di samping itu, China juga melihat potensi yang ada di Laut China Selatan sebagai batu loncatan kepada mereka untuk menjana ekonomi negara mereka sendiri dan kuasa mereka. China menuntut hak mereka terhadap pemilikan Laut China Selatan hanya disebabkan oleh dasar sejarah dan menganggap bahawa sejak zaman nenek moyang lagi mereka sudah menggunakan laluan perairan di Laut China Selatan sebagai laluan untuk urusan perdagangan dan penangkapan ikan. China juga mendakwa bahawa mereka terlebih dahulu menemui perairan Laut Selatan ini. Justeru, berakar umbi dari masalah ini maka bermulalah pertelingkahan China dengan negara ASEAN untuk menuntut hak kedaulatan wilayah mereka terutamanya di Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracels.

Sehubungan itu, dari konflik di Laut China Selatan ini jugalah bermulanya pertelingkahan antara China dan Filipina terhadap tuntutan mereka di Scarborough Shoal. Nama kawasan ini di ambil apabila satu tragedi kapal perdagangan teh bernama Scarborough milik Syarikat India Timur telah melanggar batu-batu di kawasan tersebut pada 12 September 1782 sehingga menyebabkan semua kemudi kapal mati (Farmer,2015). Scarborough Shoal terletak di barat laut Filipina dan lebih dikenali sebagai Panatag Shoal, Bajo de Masinloc atau Karburo bagi Filipina dan Hyuangyang atau Minzhu Jiao bagi China. Scarborough shoal merujuk kepada gugusan batu-batu, pulau-pulau kecil dan kawasan terumbu dalam bentuk segi tiga serta merupakan satu kawasan beting yang kaya dengan sumber semula jadi untuk membekalkan protein kepada manusia terutamanya hidupan laut seperti ikan. Kawasan Scarborough ini berada 135 batu nautika dari Subic Bay dan daratan terdekat adalah Palauig, Zambales (Castro, 2013). Hal ini juga menyebabkan Scarborough menjadi pusat tumpuan para nelayan dari China dan Filipina untuk mencari sumber rezeki dan menjana ekonomi dalam sektor perikanan.

(11)

berbentuk line-U dan merangkumi sebahagian besar sempadan Laut China Selatan iaitu 100 batu nautika dari selatan dan timur berdekatan dengan wilayah Hainan. Merujuk kepada rajah 1, China dilihat begitu terdesak menginginkan kawasan-kawasan penting di Laut China Selatan iaitu Kepulauan Paracels, Kepulauan Spratlys dan Scarborough Shoal. Di samping itu juga, kawasan tuntutan China ini termasuk dalam kawasan Zon Eksklusif Ekonomi (ZEE) yang telah termaktub dalam Artikel 55 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Undang-undang Laut (UNCLOS). Menurut UNCLOS (1989), mana-mana kawasan yang berada dalam lingkungan 200 batu nautika di baseline negara tersebut akan menjadi hak milik negara itu. Justeru, undang-undang ini memberi keistimewaan bidang kuasa wilayah kepada Filipina untuk memiliki Scarborough kerana berada berdekatan dengan sempadan Filipina. Tambahan lagi, China dan Filipina sudah menandatangani perjanjian undang-undang laut dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 6 Julai 1996.

Rajah 1: „Nine-Dash Line‟

Sumber: UNCLOS, 2012

(12)

Scarborough Shoal ini dan menjadi tempat aktiviti penangkapan ikan bagi nelayan China sejak berkurun lama. Tambahan beliau lagi, kerajaan Filipina bercadang untuk membawa isu ke Tribunal Antarabangsa berkaitan dengan undang-undang laut (UNCLOS) dan Mahkamah Antarabangsa untuk menyelesaikan masalah antara dua negara ini selepas gagal mendapat kata sepakat dan simpati dengan ASEAN. Namun begitu, China tidak bersetuju jika isu ini diselesaikan oleh pihak antarabangsa kerana China mahu menggunakan perbincangan bilateral dengan kerajaan Filipina untuk menyelesaikan masalah ini. Tambahan lagi, kedua buah negara ini dilihat masing-masing tidak mahu mengalah untuk menuntut hak pemilikan kawasan Scarborough kerana mereka menyedari akan kepentingan Scarborough ini demi kelangsungan ekonomi negara masing-masing. Sumber mineral dan minyak yang terdapat di Scarborough Shoal ini dikatakan mampu untuk menampung rakyat China selama 30 tahun. Ini membuktikan khazanah laut yang terdapat di Scarborough ini masih belum dirungkai

sehingga beting tersebut turut di gelar sebagai “pulau harta”.

Rentetan daripada konflik ini juga, Filipina dan China pernah menandatangani satu deklarasi pada tahun 2002 yang dikenali sebagai Declaration on the Conduct of Parties di Laut China Selatan bersama dengan 10 negara anggota ASEAN yang lain. Tujuan deklarasi ini dilaksanakan untuk mencari jalan penyelesaian isu-isu pertikaian wilayah antara negara yang terlibat dengan konflik di Laut China Selatan ini dengan aman damai. Di samping itu juga, konflik ini haruslah diselesaikan mengikut undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1982 atau dikenali sebagai UNCLOS (Farmer, 2015).

(13)

Di samping itu juga, kekayaan sumber laut yang terdapat di Scarborough Shoal ini telah menjadi pencetus kepada konflik antara China dan Filipina ini demi kelangsungan ekonomi dan kepentingan nasional negara masing-masing.

1.2KENYATAAN MASALAH

Konflik yang berlaku di Scarborough telah sedikit sebanyak mengganggu gugat hubungan diplomatik yang terjalin di antara negara China dan Filipina. Perselisihan kedua buah negara ini turut memaksa ASEAN untuk turut campur tangan dalam menyelesaikan konflik pertindihan kawasan di Laut China Selatan. Pada April 2012, perselisihan dua buah negara ini semakin tegang apabila Tentera Laut Filipina menangkap sekumpulan nelayan China di Scarborough kerana mereka di anggap menceroboh kawasan sempadan Filipina. Tindakan kerajaan China yang membiarkan sekumpulan nelayan mereka memasuki wilayah Scarborough ini dianggap sebagai provokasi kepada kerajaan Filipina. Oleh hal yang demikian, kerajaan Filipina berusaha keras untuk meningkatkan aspek keselamatan di kawasan tersebut demi untuk menjaga kedaulatan negara mereka ke atas Scarborough Shoal sebagai harta negara. Kerajaan Filipina seboleh-bolehnya mahu mempertahankan hak mereka terhadap Scarborough Shoal. Di samping itu, kerajaan Filipina turut meluluskan satu undang-undang yang dikenali sebagai Philippines Archipelagic Baseline Law yang memberi kuasa kepada kerajaan mereka untuk menjalankan rondaan dan menjaga Scarborough Shoal daripada dicerobohi pihak luar.

(14)

rundingan dengan China kerana Kemboja enggan menerima pergeseran konflik Scarborough Shoal dan definisi Zon Eksklusif Ekonomi antara China dan Filipina ini sebagai kenyataan bersama ASEAN walaupun permasalahan ini diutarakan oleh kerjaan Filipina iaitu salah satu negara anggota ASEAN (Azmi Hassan, 2012). Justeru itu, ASEAN menolak isu ini sebagai masalah dalam organisasi tetapi masalah bilateral antara China dan Filipina. Namun begitu, semasa perbincangan bersama ADMM ini kedua buah negara bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara aman untuk mengelakkan provokasi dari dua pihak yang terbabit. Menurut Cook (2012), pertelingkahan di Laut China Selatan antara China dan Filipina ini merupakan cabaran keselamatan yang paling menonjol pada ketika ini dan menjadi cabaran kepada ASEAN untuk merealisasikan ASEAN Political- Security Community (APSC) menjelang tahun 2020. Hal ini kerana, tuntutan China ini tidak hanya menjejaskan Filipina sahaja tetapi sesetengah negara anggota ASEAN yang lain seperti Malaysia, Vietnam, Brunei, dan Thailand. Oleh hal yang demikian, ASEAN perlu bersikap lebih tegas dan menerima konflik ini sebagai masalah yang perlu diselesaikan bersama negara anggota dan China.

(15)

Tambahan lagi, pada tahun yang sama juga China mengejutkan dunia apabila tiba-tiba menghantar sebanyak 1 200 tentera di kawasan pertikaian wilayah iaitu berhampiran dengan Kepulauan Paracels. Tujuan utama China menempatkan tentera laut mereka di kawasan pertikaian sebagai salah satu cara tunjuk perasaan kepada Vietnam dan Filipina bahawa mereka bersedia untuk memilitarisasikan kawasan tersebut. Hal ini amat membimbangkan negara anggota ASEAN yang lain kerana mereka tidak mempunyai senjata ketenteraan yang canggih seperti mana China yang merupakan antara kuasa ketenteraan yang kuat dan canggih di dunia. Justeru itu, peranan ASEAN amat diperlukan untuk mengelak permasalahan ini berlaku dengan lebih rumit lagi.

Namun, China sekali lagi menggugat keselamatan maritim negara Asia. Pada tahun 2015, China bercadang mahu mengetatkan lagi aspek keselamatan di Scarborough Shoal dengan menghantar 16 pesawat dan 350 kapal untuk memerhati, mengawasi dan menjaga keadaan maritim di kawasan tersebut. Tindakan China ini telah melanggar undang-undang laut kerana bertindak memeriksa kapal-kapal asing yang lalu di kawasan tersebut seolah-olah Scarborough berada dalam bidang kuasa negara mereka. Justeru itu, kerajaan Filipina menggunakan kesempatan sebagai sekutu Amerika Syarikat di bawah Perjanjian Pertahan Bersama (Mutual Defense Treaty) untuk mempertahankan hak mereka dan mengancam China (Cook, 2012).

(16)

1.3PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:

1) Apakah sejarah berlakunya konflik tuntutan Scarborough Shoal antara China dan Filipina?

(17)

3) Di manakah peranan ASEAN dalam menangani isu konflik Scarborough Shoal antara negara China dan Filipina?

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1) Mengenal pasti sejarah berlakunya konflik tuntutan Scarborough Shoal antara China dan Filipina.

2) Mengkaji kepentingan nasional negara China dan Filipina terhadap Scarborough Shoal.

3) Menganalisis peranan ASEAN dalam menangani isu konflik Scarborough Shoal antara negara China dan Filipina.

1.5KEPENTINGAN KAJIAN

(18)

ini penting untuk mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan konflik yang berlaku khususnya di Scarborough Shoal demi kepentingan keselamatan serantau.

Di samping itu, melalui kajian ini juga saya memahami sedikit sebanyak prosedur yang perlu dipatuhi oleh kedua buah negara untuk menyelesaikan konflik pertikaian wilayah mereka. Misalnya, mengutarakan masalah ini kepada ASEAN, UNCLOS dan Mahkamah Antarabangsa bagi membantu kedua negara ini menemui jalan penyelesaian dan menjalankan tugas mereka sebagai pendamai sesuatu konflik. Menerusi rundingan dengan pihak ketiga ini secara tidak langsung dapat mengelakkan berlaku peperangan yang terjadi antara China dan Filipina. Hal ini kerana, sekiranya berlaku peperangan sudah pasti akan menjejaskan negara serantau yang lain dan keadaan akan bertambah buruk.

Selain itu, secara tidak langsung saya memahami teori-teori kajian antarabangsa yang digunakan semasa kajian ini dijalankan. Misalnya, perbincangan dua hala dan rundingan diadakan sebagai satu cara untuk mencapai kata sepakat dan keadilan bagi kedua pihak. Menerusi kaedah ini, kekuatan ketenteraan dapat di elakkan dan provokasi antara China dan Filipina juga berjaya di hentikan. Di samping itu, melalui kajian ini juga saya memahami kesungguhan sesebuah negara untuk melindungi sempadan negara demi menjaga kedaulatan dan kepentingan nasional negara.

1.6

SKOP KAJIAN

(19)

besar (rising power) yang baru dalam arena antarabangsa sehingga Amerika Syarikat turut berasa terancam dengan kebangkitan China ini terutamanya dalam aspek ekonomi mereka. Justeru itu, Amerika Syarikat seboleh-bolehnya tidak mahu China menguasai keseluruhan Laut China Selatan kerana kelebihan yang ada pada perairan itu mampu untuk menjadikan China sebuah negara yang kaya dan kuat di rantau Asia.

1.7

KERANGKA KONSEP

(20)

Scarborough ini. Hal ini kerana China tidak mahu rundingan ini akan terbatal dan dikhianati sekiranya ia membabitkan pihak ketiga dalam konflik ini. Tambahan lagi, menurut (Jay Senap, 2015) China berasa terancam dan terpinggir sekiranya konflik ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa dan UNCLOS kerana undang-undang pastinya akan berpihak kepada Filipina kerana Scarborough hanya berada kira-kira 124 batu nautika manakala China menuntut Scarborough sebagai hak mereka hanya disebabkan atas dasar sejarah lampau dan berada lebih kurang 500 batu nautika dari Scarborough.

Tambahan lagi, konflik ini turut mendapat perhatian Amerika Syarikat. Buktinya, pada Julai 2010 semasa Forum Serantau ASEAN di Hanoi, Vietnam diadakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton mencadangkan bahawa kaedah multilateral digunakan untuk menyelesaikan konflik pertikaian kedaulatan maritim di Laut China Selatan dan menolak kaedah bilateral kerana ia akan berpihak kepada China. Hal ini kerana China mempunyai kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang hebat dari Manila. Rentetan daripada forum ini China mengutuk ASEAN kerana memberi platform kepada Amerika Syarikat untuk menguasai kawasan Asia Tenggara. Selain itu, China juga tidak mahu Amerika Syarikat mencampuri konflik di Laut China Selatan kerana China bimbang sekiranya Amerika Syarikat mahu memperluaskan lagi kekuatan ketenteraan mereka di rantau Asia. Hal ini kerana China sedar bahawa pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat di Subic Bay, Filipina antara pangkalan yang paling besar dan terkuat di Asia Tenggara (Krik, 2015).

(21)

ke tangan China. Isu keselamatan menjadi aspek yang penting dalam konflik ini kerana ia mengganggu gugat kedaulatan dan maruah negara. Hal ini turut menjadi dilema keselamatan antara China dan Filipina. Terutamanya Filipina kerana mereka kurang kemudahan senjata dan juga bukan dalam kalangan negara yang maju dari aspek ekonomi. Justeru itu, Filipina sebolehnya mengelak untuk menggunakan kekuatan ketenteraan.

Selain itu, China begitu menginginkan Scarborough dan pada masa yang sama Filipina cuba untuk mempertahankannya. Kedua pihak sedar Scarborough menyimpan 1001 khazanah alam yang tidak ternilai dan ini menjadi punca mereka berusaha menjadikan Scarborough sebagai sebahagian wilayah mereka. Keadaan ini jelas menggambarkan kepentingan nasional negara masing-masing untuk mendapatkan hasil laut daripada kepulauan Scarborough itu sendiri. Kekayaan minyak mentah di kawasan persisiran Laut China Selatan ini mampu untuk memberi kelangsungan hidup kepada rakyat China mahupun Filipina.

(22)

1.8

LIMITASI KAJIAN

Limitasi kajian yang hadapi semasa kajian ini dijalankan adalah saya menghadapi kekangan untuk memerhati sendiri keadaan terkini di Scarborough Shoal disebabkan oleh faktor kewangan dan masa untuk terbang ke Filipina. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini saya hanya berpandukan media masa dan bahan bacaan yang ada untuk mengetahui maklumat-maklumat terkini mengenai Scarborough Shoal dan tindakan seterusnya China dan Filipina.

(23)

Selain itu juga, saya turut menghadapi masalah kekangan masa semasa kajian ini dilakukan. Hal ini kerana saya turut mempunyai tugasan lain selain daripada kajian ini. Justeru, saya berusaha menyiapkan jadual dan rangka kerja agar kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik.

1.9

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Scarborough Shoal ini menjadi sasaran keinginan negara China untuk memilikinya walaupun secara realitinya mereka sedar bahawa Scarborough Shoal itu terletak jauh dari sempadan perairan negara mereka. Walaupun kebangkitan China ini dianggap

“Peaceful Rise” tapi tuntutan mereka terhadap Scarborough Shoal ini dilihat begitu agresif dan sangat bercita-cita tinggi untuk memiliki keseluruhan Laut China Selatan sebagai kawasan wilayah mereka yang sah.

(24)

Sehubungan itu, Filipina yang juga salah satu negara anggota ASEAN berharap agar organisasi ini mahu campur tangan dan mampu untuk memainkan peranan mereka dalam menyelesaikan masalah pertindihan tuntutan Scarborough Shoal ini sekali gus konflik yang melanda Laut China Selatan. ASEAN diharap dapat membantu menyelesaikan masalah ini selari dengan objektif mereka iaitu untuk mengukuhkan keamanan dan kestabilan dalam kawasan negara masing-masing dan di rantau Asia.

KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL: PERANAN ASEAN DALAM

MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA

BAB 2: SOROTAN KAJIAN

2.0 PENGENALAN

Bab ini membincangkan sorotan kajian lepas berkenaan dengan isu konflik di Scarborough yang menjadi rebutan antara negara China dan Filipina. Selain itu juga, bab ini turut mengetengahkan teori-teori ataupun konsep yang digunakan dari perspektif pakar-pakar dalam bidang keselamatan serantau dan konflik perebutan sempadan antara dua negara ini. Sehubungan itu, melalui bab ini juga kita dapat melihat bagaimana negara Filipina berhadapan dengan kuasa besar seperti China dalam mempertahankan kedaulatan negara demi kepentingan nasional dan keselamatan negara mereka sendiri.

(25)

Konflik yang berlaku disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati satu pihak terhadap satu pihak yang lain. Punca konflik juga boleh terjadi disebabkan oleh perbezaan ideologi, prinsip dan kepentingan sesuatu pihak. Menurut Dictionary of Contemporary English, „conflict‟ bermaksud „disagreement or argument between people, groups, countries etc.‟ Pengertian konflik ini jelas membawa konotasi yang negatif dan semestinya akan mendatangkan impak kepada kedua pihak yang terlibat dalam konflik tersebut. Konflik yang berterusan mampu membawa keadaan yang lebih serius terutamanya perang disebabkan oleh faktor yang mahu mendapatkan sesuatu itu sangat membuak-buak dan apatah lagi demi kelangsungan negara masing-masing. Sekiranya hal ini berlaku, sudah pasti keadaan negara diambang kehancuran dan mengancam keselamatan rakyat sesebuah negara itu sendiri. Namun begitu, sekiranya konflik ini berjaya ditangani dengan baik dan bijak ia dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada kedua pihak yang bertelagah.

Manakala, menurut Dictionary of Contemporary English pula berkenaan dengan pertikaian membawa bermaksud „a serious argument or disagreement.‟ Pertikaian yang berlaku kebiasaan melibatkan perebutan bercanggah antara negara melibatkan sempadan. Sempadan negara sering kali menjadi subjek kepada bermulanya satu konflik kepada sesebuah negara. Kebanyakkan konflik yang berlaku ini mungkin disebabkan oleh pengaruh kepentingan nasional negara tersebut dan kawasan yang direbut mempunyai sumber mineral yang banyak sehingga mampu memberi manfaat kepada sesebuah bangsa. Isu pertikaian ini juga akan menjadi semakin serius kerana ia melibatkan kedaulatan negara dan sekaligus mengancam keselamatan negara tersebut. Oleh hal yang demikian, masalah pertikaian ini memerlukan pihak ketiga sebagai pengantara dan bertindak sebagai pengaman untuk konflik yang berlaku antara kedua belah pihak ini.

(26)

ASEAN yang lain untuk mencari jalan penyelesaian yang ideal untuk mengelak berlakunya permasalahan yang lebih rumit dan parah lagi. Sehubungan itu, ASEAN melalui ASEAN

Regional Forum (ARF) bertindak untuk mengurangkan ancaman di kawasan rantau Asia.

ARF adalah forum yang dibentuk oleh ASEAN untuk membahas dan memberi pandangan dengan hal yang berkaitan dengan isu keselamatan serantau antara negara anggota ASEAN dan negara-negara asing yang lain seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Rusia. Oleh hal yang demikian, peranan ASEAN jelas diperlukan untuk membantu menyelesaikan konflik pertikaian wilayah di kawasan Scarbourough Shoal ini.

2.2 KEBANGKITAN KUASA CHINA

Pada abad ke-21 ini dunia melihat China cuba untuk bangkit dan muncul sebagai sebuah kuasa dunia yang baru standing dengan Amerika Syarikat atau mungkin mengantikan peranan Amerika sebagai sebuah negara yang paling berkuasa di dunia. Sesetengah pakar politik ataupun ahli falsafah melihat kemunculan China sebagai kebangkitan yang aman

(27)

perkaitan yang jelas dengan kebangkitan mereka sebagai sebuah kuasa besar yang baru dan untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di kawasan Asia.

Di samping itu, teori peaceful rise ini mengantikan teori peaceful development sejak tahun 2004 lagi. Terma kebangkitan aman ini digunakan kerana China bangkit bukan untuk meluaskan kuasa hegemon mereka seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat tetapi kebangkitan mereka hanya untuk meningkatan kestabilan ekonomi dan ketenteraan. Namun begitu, ramai yang menganggap kemunculan China ini sebagai satu ancaman serantau kepada negara asing yang lain disebabkan oleh kebangkitan drastik mereka dalam aspek ekonomi dan ketenteraan ini. Menurut Ha Anh Tuan (2014), Beijing lebih menggunakan soft power

dalam mempromosikan hubungan yang baik dengan negara jiran daripada menggunakan kuasa negara yang komprehensif. Tambahan lagi, beliau turut menegaskan bahawa Beijing menggunakan pendekatan secara koperatif dalam berhadapan dengan masalah pertikaian sempadan termasuk konflik maritime di Laut China Selatan. Justeru, situasi mengundang rasa tidak senang kepada negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Scarborough menjadi target kepada China untuk berebut dengan Filipina. Hal ini kemungkinan kerana China melihat Filipina sebagai sebuah kuasa yang sangat lemah di rantau Asia. Hal ini kerana, kemampuan ketenteraan yang dimiliki oleh Filipina antara yang paling lemah sekali di Asia Tenggara dan dalam negara anggota ASEAN. Menurut Castro (2015), pada abad ke-21 ini, Filipina adalah salah satu contoh dimana kuasa kecil berhadapan dengan cabaran untuk berdepan dengan kuasa yang sedang bangkit iaitu China.

(28)

(Castro,2015)

Sehubungan itu juga, Filipina dibawah pentadbiran Begino Aquino telah melaksanakan

balancing policy. Hal ini jelas apabila Begino Aquino berusaha untuk memodenkan lagi

sistem ketenteraan Filipina (AFP) pada tahun 2011 untuk menangani isu pemberontakan domestik dan masalah pertikaian sempadan dan wilayah (Castro, 2015). Walaupun bagaimanapun balancing policy yang dilaksanakan oleh Aquino ini agak berisiko kerana Filipina tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk memodenkan kemampuan ketenteraan negara. Filipina merupakan negara yang sederhana maju dalam aspek ekonomi di rantau Asia. Tambahan lagi, Filipina sedang berhadapan dengan sebuah negara yang mempunyai pengaruh dan kuasa yang sangat kuat dan kukuh dalam bidang ekonomi.

(29)

2.3 KONSEP DAN UNDANG-UNDANG LAUT

Subtopik ini membincangkan konsep-konsep kajian antarabangsa yang bersesuaian digunakan dalam kajian ini. Selain itu, subtopik ini turut membincangkan undang-undang laut yang dijadikan sebagai panduan dalam menyelesaikan konflik di Scarborough Shoal ini.

(30)

Tambahan lagi, Scarborough Shoal ini menjadi tumpuan dan rebutan bagi China dan Filipina disebabkan oleh kekayaan sumber alam seperti sumber protein iaitu ikan. Kelebihan yang terdapat di Scarborough ini menjadi kepentingan nasional kepada kedua negara ini untuk meningkatkan ekonomi mereka. Di samping itu, menurut Daojiong dan Velencia (2010), China begitu menginginkan Kepulauan yang berada di Filipina juga disebabkan mempunyai agenda keselamatan yang tersembunyi iaitu kepentingan national negara China untuk menolak permulaan Perang Dingin dengan Amerika Syarikat dan menghapuskan sedikit demi sedikit kuasa hegemon Amerika.

„ The Chinese leadership believes it is in China's national interest to not only reject a post -Cold War Pax Americana in Asia but, more importantly, to "help America bid farewell to

hegemonism" and accept being just one of the poles in a multi-polar world.‟

(Daojiong dan Velencia ,2010)

Selain itu, peningkatan ekonomi di Asia Tenggara memberi manfaat kepada China. Tambahan dengan kekayaan sumber semula jadi yang ada di Scarborough akan menjana perkembangan ekonomi negara China. Jadi tidak hairanlah kenapa China begitu agresif untuk mendapat Scarborough bahkan keseluruhan Laut China Selatan yang kaya dengan hasil minyak dan gas.

(31)

„small power have a low level of participation in world affairs and might find it detrimental to their interest to engage in risky and expensive foreign policy undertakings such as balancing or bandwagoning.‟

(Castro ,2015)

Demi maruah dan kedaulatan negara, Filipina telah mengemukakan masalah ini kepada

Arbitral Tribunal of UNCLOS. Melalui tribunal ini, Filipina menuntut UNCLOS untuk

menentukan kelayakan negara terhadap tempat yang dituntut iaitu Pulau Spratly, Scarborough, Terumbu Mischief dan lautan yang berada 200 batu nautika Zon Eksklusif Ekonomi. Tambahan lagi, menurut Severino (2006) menyatakan bahawa melalui undang-undang Filipina, kerajaan mereka tidak akan membenarkan pendatang asing untuk memancing ikan di kawasan sempadan perairan negara mereka. Hal ini jelas menunjukan bahawa Filipina berusah untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka daripada dicerobohi oleh mana-mana pihak asing yang tidak bertanggungjawab.

2.4 KESIMPULAN

(32)

Scarborough telah menjadi saksi konfrontasi antara Filipina dan China. Walaupun hanya provokasi China yang menghantar ribuan tentera mereka untuk memerhati Scarborough itu sudah cukup untuk memberi amaran kepada Filipina supaya menjauhi perairan itu. Di samping itu juga, tindakan China yang menghalau mana-mana kapal yang datang di perairan tersebut juga telah menyekat rezeki nelayan Filipina. Hal ini kerana, Scarborough merupakan lubuk ikan dan menjadi tumpuan nelayan Filipina untuk menangkap ikan sebelum kehadiran tentera maritim China di kawasan tersebut.

KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL: PERANAN ASEAN DALAM

MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA

BAB 3: LATAR BELAKANG

3.0 PENGENALAN

Bab ini menjawab objektif pertama kajian iaitu membincangkan dan mengkaji sejarah bermulanya konflik pertindihan sempadan di Scarborough Shoal antara China dan Filipina. Sehubungan itu, bab ini akan merungkai kenapa China begitu menginginkan Scarborough walaupun ia berada jauh dari kawasan perairan negara mereka? Adakah China benar-benar mahukan Scarborough hanya kerana atas faktor sejarah negara mereka yang terdahulu meneroka kawasan tersebut ataupun mempunyai agenda yang tersembunyi?

3.1 SEJARAH KONFLIK

(33)

pada 960 masihi mereka telah meneroka kawasan perairan Laut China Selatan untuk aktiviti penangkapan ikan (Markwith, n.d). Menerusi kenyataan ini jelas menunjukan China menganggap mereka merupakan ketuanan asal bagi perairan Laut China Selatan. China sememangnya begitu menginginkan perairan ini terutamanya Pulau Paracels (Xisha Island)

dan Spratly (Nasha Island). Selepas berakhirnya perang Pasifik pada tahun 1939, keseluruhan kedaulatan perairan Laut China Selatan dan Hainan telah jatuh ke tangan Jepun dan berada dalam bidang kuasa Taiwan yang ditadbir oleh kerajaan Jepun ketika itu. Namun selepas kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua 1945, Beijing bangkit kembali untuk menuntut Pulau Spratly. Pada asalnya, Pulau Paracels berada dibawah jagaan Vietnam, namun China telah menuntutnya secara paksaan dan kekerasan pada tahun 1976 sebelum kerajan Beijing ini meluaskan lagi tuntutan mereka di Kepuluan Spratly (Shen, 2002). Hal ini telah menimbulkan ketegangan antara Vietnam dan China.

Di samping itu, kawasan kepulauan ini merupakan kawasan panas dan sering mencetuskan kontroversi di Asia Tenggara. Tambahan lagi, Filipina, Malaysia, Brunei dan Taiwan turut menuntut hak kedaulatan mereka di kawasan tersebut. Malaysia dan Brunei menuntut sebahagian daripada kepulauan Spratly, Vietnam pula menuntut keseluruhan Pulau Paracels dan Spratly serta tuntutan yang terakhir dibuat oleh Filipina iaitu Pulau Spartly dan Scarborough. Justeru, ini menjadikan lima buah negara Asia yang menuntut kawasan kepulauan ini untuk berada di bawah kedaulatan negara mereka. Hal ini menyebabkan konflik pertindihan di Laut China Selatan ini menjadi semakin meruncing kerana melibatkan banyak pihak. Menurut Bader, Lieberthal dan McDevitt (2014), menyatakan bahawa tuntutan bertindih ini akan menyebabkan China terpaksa berhadapan dengan lima buah negara Asia dan akan menyebabkan lima perkara berbangkit iaitu:

(34)

2) Risiko ketidaksengajaan terhadap isu konflik ini akan meningkat. 3) Tuntutan yang bertindih sangat kaya dengan sumber yang bermanfaat. 4) Kebebasan pelayaran di kawasan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ).

5) Pertikaian mengenai tafsiran dan perlaksanaan Undang-undang Antarabangsa terutamanya dalam Konvensyen PBB mengenai UNCLOS.

Pada abad ke-21 ini, kawasan tuntutan China dapat dilihat dengan jelas seperti yang ditunjukkan pada rajah 1. Menurut Bautista (2013), kedudukan Laut China Selatan juga merupakan semi-enclosed sea yang merangkumi 3,500,000 km kawasan laut dan dikelilingi oleh negara Asia Tenggara. Di samping itu, Laut China Selatan meliputi Lautan Pasifik yang merentasi perairan Singapura dan Selat Melaka di bahagian selatan serta Selat Taiwan di bahagian Utara. Menariknya, laut ini juga mempunyai lebih kurang 250 pulau dan dibahagikan kepada empat sub-nusantara (sub-archipelagos) iaitu Pulau Spratly, Pulau Macclesfield, Pulau Paracel dan Pulau Pratas. Kawasan panas yang sering menimbulkan kontroversi adalah Pulau Spratly dan Paracel. Sehubungan itu, hampir 90 peratus kawasan perairan Laut China Selatan dituntut oleh China termasuk Taiwan. Kawasan ini dikenali sebagai Nine-Dash Line atau U-Line yang dilukis oleh China bermula dari Hainan sehingga ke Taiwan. Kawasan yang dituntut oleh China ini juga mempunyai potensi yang amat besar dalam sumber mineralnya yang mampu untuk meningkatkan ekonomi negara. Di samping itu, Laut China Selatan terletak di dalam kawasan geografi yang sangat strategik untuk laluan kapal perdagangan antarabangsa seperti Eropah dan negara Timur Tengah.

(35)

Sumber: The Foreign Policy Brief, 2014

Seterusnya, berfokus kepada Filipina yang juga merupakan peranan penting dalam konflik ini. Apabila bercerita mengenai konflik yang melanda di Laut China Selatan, nama Scarborough turut menjadi perhatian kerana menjadi salah satu kawasan kontroversi di lauatan tersebut. Pada tahun 1935, China telah menyenaraikan Scarborough Shoal menjadi sebahagian daripada Pulau Zhongsha (Macclesfield Bank). Seperti yang dinyatakan oleh Keyuan (2005), sejak daripada itu, Beijing tidak pernah mengubah pendirian mereka mengenai tuntutan mereka ini. Beijing menegaskan sekiranya mereka menuntut Pulau

Zhongsha ini bermakna Scarborough termasuk dalam tuntutan mereka. Tambahan lagi, Pulau

Zongsha merupakan pulau pertama yang dinyatakan oleh Menteri Luar Republik China,

Zhou Enlai pada tahun 1951 yang memprotes rundingan Perjanjian Damai antara San Francisco dan Jepun tanpa penglibatan China. Sehinggakan beliau mengeluarkan kenyataan seperti yang berikut:

“…just like the entire Nansha Islands, Chungsha Islands, Tungsha Islands, the Sisha Islands and Nanwei Islands have been China‟s territory. Although they had been occupied by Japan for some time during the war aggression waged by Japanese imperialism, they were all taken over by the then Chinese government following Japan‟s surrender.”

(36)

Tuntutan Scarborough Shoal ini lama dibangkitkan oleh kerajaan China tetapi tidak kerajaan Filipina. Secara dasarnya, Filipina tidak meletakkan Scarborough sebahagian dalam sempadan negara dan bidang kuasa mereka. Buktinya, pada tahun 1978, Lembaga Sumber Maklumat dan Pemetaan Filipina telah menerbitkan peta negara mereka dan Scarborough tidak berada dalam kawasan kedaulatan negara Filipina. Namun begitu, pada awal tahun 1980 tentera laut Filipina telah mengeluarkan satu peringatan iaitu „Notice to Mariners‟ sebagai satu amaran kepada semua kapal supaya tidak melakukan apa-apa latihan ketenteraan di kawasan Scarborough termasuk latihan menembak peluru berpandu oleh tentera laut Amerika Syarikat yang berpangkalan di Subic Bay. Menurut Batongbacal (2014), notis yang dikeluarkan oleh tentera laut Filipina ini dibuat secara aman tanpa bantahan dari mana-mana negara termasuk China sehingga tahun 1995. Tetapi, pada tahun 1997, kerajaan Filipina telah menjalankan satu aktiviti mengukur kawasan Scarborough untuk mengenalpasti titik sempadan yang akan digunakan untuk menwujudkan archipelagic baseline system dibawah UNCLOS.

Justeru, pada tahun 1997 Scarborough Shoal menjadi agenda utama dalam hubungan China-Filipina apabila Domingo Siazon (Setiausaha Hal Ehwal China-Filipina) telah mengutarakan kenyataan beliau terhadap isu Scarborough di hadapan Jawatankuasa Senat Hubungan Luar dan Pertahanan pada Jun 1997. Tambahan lagi, menurut Keyuan (2005), isu Scarborough Shoal telah berada dalam wilayah Filipina kerana menurut dalam Artikel 1 Perlembagaan Filipina ada menyatakan bahawa wilayah yang berada dalam kepulauan Filipina sama ada perairan atau pulau-pulau harus berada dalam kedaulatan dan bidang kuasa kerajaan Filipina. Berikut merupakan bukti kenyataan Setiausaha Menteri Hubungan Luar Filipina:

(37)

archipelago, with all the islands and waters embraced there in, and all the other terrioties over wich the Philippines has sovereignty and jurisdiction.”

(Keyuan,2005)

Rentetan daripada itu juga, pada tahun 1990 China cuba untuk mengeluarkan permit untuk menubuhkan dan mengendalikan radio amatur di kawasan Scarborough Shoal. Namun, dibantah habisan oleh kerajaan Filipina dan stesen radio tersebut juga dibubarkan. Peristiwa ini merupakan titik permulaan kepada konflik Filipina-China sebelum kemuncak konflik iaitu pada tahun 2012 apabila China menjadi semakin agresif untuk menjadikan Scarborough Shoal sebahagian daripada wilayah mereka.

Tambahan lagi, menurut Shen (2002) Filipina telah menuntut sekurang-kurangnya 60 terumbu iaitu merangkumi sebahagian Pulau Kalayan dan mengistiharkan kawasan ini sebagai wilayah mereka. Pada tahun 1970, Filipina telah membuat tuntutan terhadap Pulau Spartly apabila ia ditetapkan dalam Pulau Kalayan (Freedomland). Walau bagaimanapun menurut Keyuan (2005), kerajaan Filipina telah menegaskan bahawa Pulau Kalayan bukan sebahagian daripada Pulau Spartly kerana Kalayan berada jauh daripada Pulau Spratly. Namun begitu, Scarborough tetap terletak di bahagian utara Pulau Spartly dan 348 km daripada Kalayan. Selain itu, Filipina turut menubuhkan Zon Ekonomi Ekslusif iaitu 200 batu nautika dari baselines ke sempadan perairan negara. Zon Ekonomi Ekslusif ini diukur oleh

Presidential Decree No. 1599 pada bulan June 1978 (Keyuan, 2005). Filipina juga

menggunakan konsep kedekatan sempadan untuk menjustifikasikan tuntutan mereka terhadap Scarborough Shoal. Scarborough Shoal berada hanya 116 batu nautika dari Luzon. Hal ini memberi kelebihan kepada Filipina untuk mendapatkannya.

(38)

Nine-dash line atau dikenali juga sebagai U-Shape line merupakan kawasan tuntutan China di kawasan Laut China Selatan. Garisan ini membuktikan China menuntut sekurang-kurangnya 90 peratus iaitu persamaan dengan 3.5 juta km persegi Laut China Selatan. Sejarahnya bermula pada tahun 1947 apabila kerajaan China mengeluarkan satu peta yang menunjukkan Laut China Selatan adalah sebahagian dalam wilayah negara mereka. Peta pertama yang dikeluarkan oleh China ini didorong oleh faktor sejarah lampau negara mereka sahaja bukan berdasarkan undang-undang dan persetujuan pihak yang terlibat (Markwith, n.d). Isu peta ini tidak terhenti disini sahaja kerana pada tahun 2009, China menunjukkan kesungguhkan mereka untuk merebut Laut China Selatan dengan menghantar peta tersebut kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Peta nine-dash line yang dilakar oleh China ini meliputi kawasan Scarborough Shoal dan melepasi Zon Ekonomi Ekslusif Filipina. Hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati Manila kepada Beijing kerana dianggap menceroboh kedaulatan negara mereka.

(39)

skop garisan nine-dash ini. Beliau menegaskan bahawa garisan ini merupakan kawasan kedaulatan China dan juga merupakan laluan perdagangan oleh masyarakat China purba pada suatu ketika dahulu yang harus dituntut kembali hak nya.

"The dotted line of the South China Sea indicates the sovereignty of China over the islands in the South China Sea since ancient times and demonstrates the long-standing claims and jurisdiction practice over the waters of the South China Sea,"

(Lague, 2012)

Rajah 2: “Nine-dash Line di Laut China Selatan”

Sumber: Padilla, 2013

Seperti yang tertera pada rajah 2, Scarborough telah jatuh di dalam kawasan garisan

nine-dash termasuk dua kepulauan yang penting di Laut China Selatan iaitu Pulau Paracel

(40)

Menurut Gupta (2015), garisan nine-dash yang dilakar oleh China ini merupakan satu tuntutan sempadan maritim yang luar batasan dari undang-undang antarabangsa. Manakala, menurut kenyataan Rustandi (2015), UNCLOS telah menetapkan kaedah-kaedah yang harus digunakan oleh setiap negara dalam menentukan tuntutan mereka terhadap satu kawasan perairan. Kaedah-kaedah tersebut boleh dirujuk dalam Perkara 5,7 dan 8 seksysen 2 dalam Undang-undang Laut Antarabangsa. Justeru, UNCLOS mempertikaikan tuntutan China ini berdasarkan perkara yang terdapat dalam undang-undang mereka.

Justeru, garisan ini juga telah memberi tekanan dan impak kepada ASEAN untuk menanganinya kerana dilihat seolah-olah mencabar peranan dan kredibiliti ASEAN sebagai wakil bagi negara Asia Tenggara. Oleh hal yang demikian, pada tahun 2009, kesemua negara yang terlibat dengan konflik pertindihan sempadan di Laut China Selatan ini mengemukakan

official notes verbale kepada PBB sebagai tindak balas mereka terhadap China. Pendekatan

(41)

3.3 KESIMPULAN

Secara amnya, tuntutan China di Laut China Selatan tidak mempunyai bukti yang kukuh terutamanya dalam aspek undang-undang. Tuntutan China ini dibuat atas faktor sejarah lampau negara yang dianggap melanggar batasan undang-undang antarabangsa. Di samping itu juga, keinginan mereka untuk merebut Laut China Selatan amat agresif dan terdesak untuk menjadi kuasa terpengaruh di dunia. Tindakan China ini mengejutkan negara di Asia Tenggara kerana mereka berkongsi sempadan maritim yang sama iaitu perairan Laut China Selatan. Nine-Dash Line dilakar oleh kerajaan China sebagai petanda untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada bidang kuasa wilayah negara mereka. Walaupun ditentang oleh UNCLOS, China masih berdegil untuk menuntut hak mereka dalam kawasan lingkaran

Nine-Dash Line tersebut.

(42)

dituntut China adalah sumber rezeki kepada nelayan untuk mendapatkan hasil tangkapan ikan yang lumayan. Provokasi yang dilakukan oleh China ini sememangnya menguggat negara yang kecil dan kurang dari segi peralatan ketenteraan seperti Filipina untuk berhadapan dengan mereka. Justeru, konflik ini harus diselesaikan dengan kadar yang segera untuk mengawal kestabilan dan keselamatan negara serantau.

KONFLIK SCARBOROUGH SHOAL : PERANAN ASEAN DALAM

MENANGANI ISU ANTARA CHINA DAN FILIPINA

BAB 4 : KEPENTINGAN NASIONAL

4.0 PENGENALAN

Bab ini akan menjawab persoalan kajian yang kedua dan membincangkan tentang kepentingan nasional negara terhadap kawasan yang dituntut. Kepentingan nasional negara China dan Filipina penting untuk diketahui kerana aspek ini adalah faktor penting mengapa mereka menginginkan Scarborough Shoal. Selain itu, permulaan konflik Scarborough shoal juga akan dikupas dengan lebih mendalam di dalam bab ini. Melalui kepentingan nasional dan keselamatan negara, kita boleh melihat mengapa China dan Filipina begitu menginginkan Scarborough Shoal sehingga memerlukan ASEAN dan pengaruh Amerika Syarikat untuk menyelesaikan konflik yang berlaku antara kedua buah negara Asia ini.

(43)

Pada asalnya, isu Scarborough Shoal tidaklah menjadi kontroversi seperti yang berlaku di Pulau Paracel dan Spartly. Namun, sejak kebelakangan tahun ini, berita Scarborough ini telah menjadi perhatian dunia terutamanya kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Hal ini kerana, Amerika Syarikat juga berkepentingan mahu menjaga Scarborough Shoal daripada jatuh ke tangan China. Di samping itu, Amerika turut tidak mahu China menjadikan Scarborough sebagai sebuah pulau buatan (artificial island) seperti yang berlaku kepad Pulau Spratly. Perkara ini sudah pasti tidak diingini oleh Amerika Syarikat kerana China mampu menjadi lebih berpengaruh sekirannya mereka berjaya memiliki keseluruhan perairan Laut China Selatan.

Rajah 1: “Peta Kedudukan Scarborough Shoal antara China dan Filipina”

Sumber: New Big Future, 2016

Kedudukan koordinat geografi Scarborough Shoal berada dalam 15◦08‟ kepada 15◦14‟N dan 117◦44‟ kepada 117◦48‟E. Koordinat ini berada dalam lilitan 46 km yang berbentuk segi tiga

(44)

Scarborough Shoal berada dalam jarak 530 batu nautika dari Hainan, China manakala 138 batu nautika dari Pantai Zambales, Filipina dan 185 dari ibu negara Filipina, Manila. Merujuk kepada rajah 1 di atas, jelas menandakan bahawa Scarborough Shoal berada begitu dekat dengan negara Filipina berbanding dengan China. Sudah terang lagi bersuluh, Filipina lebih berhak dan layak ke atas Scarborough Shoal. Tambahan lagi mengikut Undang-undang Laut Antarabangsa, Filipina sememangnya layak memiliki Scarborough Shoal kerana berada berhampiran dengan sempadan negara mereka.

Situasi tegang di Scarborough Shoal bermula pada 8 April 2012 apabila tentera laut Filipina menghalau sekumpulan nelayan dari China yang berada di Scarborough Shoal untuk memancing ikan. Rentetan daripada itu, tentera maritim Filipina telah mencuba untuk menangkap nelayan tersebut kerana kehadiran mereka di kawasan beting tersebut dianggap menceroboh sempadan negara Filipina dan menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram di Scarborough Shoal. Susulan daripada tindakan tentera maritim Filipina yang didakwa mengasari nelayan China telah membawa kepada konflik yang berpanjangan antara kerajaan Filipina dan China (Wagner, Tupaz & Pozon, 2012). Hal ini kerana, pengawal pantai China campur tangan terhadap tragedi yang menimpa rakyat mereka dengan membawa 30 kapal termasuk 2 kapal pengawasan laut dan kapal perang.

Di samping itu, nelayan China turut di „ban‟ untuk memancing di kawasan Scarborough

(45)

ketegangan di Laut China Selatan yang menolak rundingan multilateral ini kerana mereka tidak suka isu ini mendapat perhatian serantau dan global.

Kemuncak kes pada tahun 2012 ini telah membawa Filipina untuk memfailkan kes ini

ke Permanent Arbitration Tribunal The Hague. Tribunal ini merupakan usaha dan suara

Filipina dalam menjaga kedaulatan negara mereka di perairan Laut China Selatan. Hujah-hujah mengenai kes tuntutan China terhadap Laut China Selatan di kawasan sempadan barat Filipina ini telah didengar pada 7 Julai 2015. Kenyataan hujah konflik telah dibaca oleh Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Filipina iaitu Albert del Rosario. Delagasi Filipina terdiri daripada 48 individu termasuk 6 duta Filipina daripada pelbagai jawatan di Eropah termasuk peguam, peguam bela, saksi pakar dan kakitangan sokongan (Digantara, 2012).

Menurut Tiezze (2015), walaupun China menolak kes ini untuk dibawa ke muka pengadilan tapi tindakan Filipina untuk menyelesaikan kes ini melalui undang-undang antarabangsa dipersetujui oleh negara anggota ASEAN yang lain contohnya Vietnam dan Indonesia. Hal ini kerana, mereka turut berhadapan dengan China dalam konflik di Laut China Selatan ini. Tambahan lagi, China dilihat begitu agresif untuk menguasai Scarborough Shoal sehingga mengahantar kapal perang maritim mereka ke kawasan itu. China turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa tribunal tersebut tidak mempunyai bidang kuasa dalam membuat keputusan tuntutan mereka itu. Namun begitu, pada bulan Julai 2016, Filipina memenangi kes pertikaian Laut China Selatan ini di The Hague.

(46)

melibatkan binding decision. Tambahan lagi, kategori ini berperanan apabila tafsiran dan aplikasi UNCLOS tidak dapat dilaksanakan dengan cara konsensus oleh kedua pihak yang terlibat.

“the claims for arbitration as raised by the Philippines are essentially concerned with maritime delimitation between the two countr ies in parts of the South China Sea, and thus inevitably involve the territorial sovereignty over certain relevant islands and reefs. However, such issues of territorial sovereignty are not the ones concerning the interpretation or application of the UN Convention on the Law of the Sea. Therefore, the compulsory dispute settlement procedures as contained in UNCLOS should not apply to the claims for arbitration as raised by the Philippines.”

(Yu,2013)

Seterusnya, Deklasrasi Tatacara di Laut China Selatan turut memainkan peranan untuk meredakan ketegangan yang melanda. Tatacara ini berperanan untuk mengawas segala aktiviti di kawasan perairan Laut China Selatan. Di samping itu, tatacara ini juga diaplikasi oleh semua anggota negara ASEAN dan juga China demi menjaga keselamatan serantau. Deklarasi tatacara ini menjadi fokus utama negara ASEAN dan juga menghalang China daripada melakukan apa-apa aktiviti di perairian Laut China Selatan. Menurut Richards (2014), walaupun ASEAN dilihat kurang bersedia untuk menghadapi tekanan daripada China tetapi dengan adanya tatacara ini boleh mengawal China daripada terus bermaharaja lela di kawasan pergolakan tersebut.

Kerisauan Filipina terhadap peristiwa pencerobohan nelayan China pada tahun 2012 tidak berhenti di situ sahaja. Hal ini kerana pada tahun 2016, pihak kerajaan Filipina sekali

(47)

berkeras untuk mempertahankan Scarborough Shoal. Lebih lagi mereka menganggap kawasan itu merupakan kawasan tradisional penangkapan ikan negara mereka. China turut menyekat nelayan dari Filipina untuk memasuki kawasan sekitar Scarborough Shoal (Gotinga, 2016). Tindakan China ini memberi tanggapan kepada dunia bahawa mereka langsung tidak menghormati undang-undang.

Pencerobohan kapal maritim China di kawasan perairan Laut China Selatan ini turut mengundang kerisauan President Filipina. Sebagai ketua negara, mereka sememangnya berperanan untuk menjaga kedaulatan dan juga kebajikan rakyat mereka dalam menangani isu ini. Filipina dengan usaha sama ASEAN melakukan pelbagai rundingan dengan China untuk meredakan ketegangan di kawasan berkonflik. Namun, China dilihat hanya mengambil mudah tentang isu ini dan hanya memikirkan kepentingan negara mereka sahaja. Justeru, dengan pertukaran President baharu Filipina ini diharap mampu membawa satu perubahan dan iktihar untuk melepas kemelut yang melanda sejak sekian lama.

4.2 POLISI PEMERINTAH TERHADAP SCARBOROUGH SHOAL

(48)

memberi ilham baru kepada Filipina untuk mengatasi konflik ini tanpa mengancam keselamatan negara.

4.2.1 Dasar President Benigno Aquino III (2010-2016)

President Benigno Aquino III telah mentadbir negara Filipina sejak tahun 2010 sehingga 2016. Beliau telah mengetuai pentadbiran Filipina selama 6 tahun. Sepanjang pentadbiran beliau di Filipina sudah pasti banyak dasar dan pencapaian yang dilakukan khususnya mengenai isu konflik di Laut China Selatan. Semasa di bawah pemerintahan President Aquino, isu konflik Laut China Selatan telah menjadi perhatian lebih lagi setelah Filipina menfailkan kes ini ke Permenant Arbitration Tribunal The Hague. Langkah merupakan salah satu usaha daripada President Aquino untuk menjaga kesejahteraan negara mereka di sekitar Laut China Selatan. Tindakannya ini jelas membuktikan kesungguhan Filipina dalam mempertahankan kedaulatan mereka di Laut China Selatan.

Umum kita ketahui, semasa era pemerintahan President Aquino, Amerika Syarikat merupakan sekutu yang paling kuat untuk Filipina. President Aquino lebih senang meminta bantuan daripada Amerika Syarikat sekiranya menerima ancaman daripada China. Penglibatan Amerika Syarikat dalam isu ini menurut President Aquino adalah untuk menjaga kuasa dan juga keyakinan Filipina lebih lagi dijaga oleh kuasa yang berpengaruh besar seperti Amerika Syarikat. Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh President Aquino semasa temu bual di kediaman rasmi beliau di Manila.

“It has to maintain its ascendancy, moral ascendancy, and also the confidence of one of its

allies,- Mr. Aquino

(49)

Tambahan lagi, Filipina turut bimbang sekiranya China berjaya menguasai Scarborough Shoal ia pasti akan menjadi kejayaan yang paling besar buat China. Hal ini kerana kedudukan Scarborough yang sangat strategik dan berada dekat dengan pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat dan Filipina. Justeru, semasa pemerintahan President Aquino Amerika Syarikat telah mendapat kelulusan untuk mendapatkan lima pangkalan ketenteraan dan 2 daripadanya akan berpangkalan di Scarborough Shoal bagi menghalang kemaraan China (Hernandez, 2016). Filipina berada dalam keadaan terjamin kerana mempunyai sokongan ketenteraan daripada pihak Amerika Syarikat sekiranya China tiba-tiba menyerang Filipina. Oleh hal yang demikian, perjanjian ketenteraan Filipina dengan Amerika Syarikat ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka.

Selain daripada itu, salah satu dasar yang paling penting semasa pemerintahan President Aquino terhadap isu ini adalah balancing policy dengan China. Hal ini jelas apabila President Aquino bergantung dengan kuasa-kuasa besar untuk sokongan daripada aspek keselamatan dalam pengimbangi hubungan mereka dengan China. Justeru, usaha President Aquino ini telah mendapat perhatian daripada pihak Amerika Syarikat dan Jepun untuk melibatkan mereka dalam strategi pengimbangan ini (Castro,2016). Langkah yang dilakukan oleh Filipina ini adalah untuk menakutkan China supaya tidak menghampiri kawasan di sekitar Laut China Selatan disebabkan oleh kehadiran ketenteraan dari Amerika Syarikat dan Jepun.

(50)

4.2.2 Dasar President Rodrigo Durterte (2016-Sekarang)

Pada tahun 2016, Rodrigo Durterte telah memenangi piliharaya di Filipina dan sekali gus mengantikan President Aquino sebagai pemerintah baharu Filipina. President Durterte merupakan seorang yang amat lantang dalam mengeluarkan hujah beliau. Berhadapan dengan China bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi kedegilan mereka untuk menguasai perairan Laut China selatan sangat kebal. Namun itu bukanlah alasan untuk terus tunduk dengan kemahuan China yang ingin merampas Scarborough Shoal daripada pentadbiran Filipina.

Berbeza dengan President Aquino yang lebih pro-Amerika Syarikat, President Durterte dilihat seolah-olah tidak memerlukan bantuan dan sokongan Amerika Syarikat dalam menangani isu ini sebagai sekutu. Malahan, beliau lebih cederung untuk memulihkan dan menjalinkan hubungan dengan China. Menurut Linh (2016), tindakan President baharu

Filipina adalah untuk mengembalikan “zaman kegemilangan” hubungan dua hala antara

China dan Filipina semasa pentadbiran President Gloria Arroyo. Hal ini kerana, China dan Filipina boleh berkongsi khazanah laut yang terdapat di Scarborough Shoal tanpa ada perang dingin.

(51)

Di samping itu, President Durterte turut memulakan lawatan rasmi beliau semenjak menjadi President Filipna ke negara China pada pertengahan Oktober. Sehubungan itu, beliau turut mengeluarkan kenyataan untuk meminta China memberi balik hak memancing kepada rakyat Filipina di kawasan Barat Laut Filipina (Ranada, 2016). Malahan, beliau turut akan mengadakan perbincangan dua hala secara rasmi dengan kerajaan China mengenai isu Scarborough Shoal ini. Tindakan President Duterte ini jelas membuktikan kesungguhan beliau dalam menyelesaikan konflik Scarborough Shoal ini sebelum terjadinya konflik berdarah antara China dan Filipina.

Keprihatinan President Durterte terhadap isu konflik Laut China Selatan ini telah ditunjukkan sebelum beliau memenangi pilihan raya Filipina lagi. Buktinya, President Durterte telah memberi isyarat untuk memberi jalan penyelesaian bagi konflik ini. Bahkan, beliau sempat berseloroh dengan menyatakan bahawa beliau akan menggunakan jet ski untuk menanam bendera Filipina di Scarborough Shoal untuk membuktikan kawasan tersebut adalah milik Filipina. Justeru menurut Bisley (2016), President Durterte tetap akan mengikuti dasar luar negara yang telah diputuskan oleh president terdahulu mengikut kesesuaian persekitaran antarabangsa demi menjaga keutamaan beliau di peringkat domestik.

(52)

4.3 KEPENTINGAN NASIONAL NEGARA TERHADAP

SCARBOROUGH SHOAL

Setiap negara yang merdeka pasti akan berjuang berhabisan untuk mempertahankan tanah air mereka sekiranya terdapat ancaman daripada pihak luar. Perebutan bertindih antara China dan Filipina terhadap Scarborough pastinya mempunyai agenda dan kepentingan untuk negara masing-masing. Persoalannya sekarang mengapa Scarborough Shoal menjadi kawasan panas kedua buah negara Asia ini? China mempunyai keinginan untuk memiliki hampir keseluruhan Laut China Selatan bagi meluaskan empayar dan kekuasan mereka manakala Filipina pastinya akan mempertahankan kawasan yang terlibat kerana itu sebahagian daripada kedaulatan negara dan maruah mereka yang harus dipertahankan. Scarborough Shoal merupakan salah satu kawasan yang strategik di Laut China Selatan dan mempunyai khazanah alam yang masih belum dirungkai sepenuhnya. Justeru, dengan keistimewaan ini

(53)

4.3.1 China

Scarborough Shoal yang kaya dengan sumber protein telah menjadi tumpuan para nelayan China dan Filipina untuk mencari ikan di samping menjadi pusat navigasi bagi kapal perdagangan Asia Timur. Hal ini sememangnya memberi peluang ekonomi kepada kedua-dua negara untuk terus membangun. Kelebihan yang dimiliki oleh Beting Scarborough Shoal ini menyebabkan China menjadi semakin agresif untuk memilikinya dengan apa cara sekalipun termasuk melancarkan peperangan terhadap Filipina. Namun, keinginan China ini sukar untuk dipenuhi kerana berdepan dengan pelbagai cabaran antaranya dari kerajaan Filipina sendiri dan undang-undang Laut Antarabangsa yang telah ditetapkan.

China yang begitu besar cita-citanya untuk memiliki beting Scarborough ini turut menghadapi cabaran berganda dari kerajaan Amerika Syarikat. Hal ini dibuktikan apabila Beting Scarborough ini menjadi tumpuan penting Amerika Syarikat pada awal tahun 2016. Menurut Adm dan McDevitt (2016), Amerika Syarikat lebih cenderung untuk menjaga Scarborough Shoal daripada jatuh ke tangan kekuasaan China kerana mereka tidak mahu China menjadikan Scarborough sebagai sebuah pulau buatan (artificial island) seperti yang berlaku kepada Pulau Sparatly. Justeru, China perlu menpersiapkan strategi mereka untuk menjaga kepentingan nasional mereka sendiri dalam misi mahu memiliki Beting Scarborough Shoal ini.

(54)

pernah mengeluarkan kenyataan bahawa konflik yang berlaku di Scarborough ini berpotensi besar menjadi konflik ketenteraan antara China dan Filipina jika tidak ditangani dengan kadar segera (Adm & McDevitt,2016). Rentetan itu, President Obama telah memberi amaran kepada President Xi JinPing untuk tidak melakukan sebarang aktiviti penambakan di kawasan beting Scarborough Shoal.

The stakes are so high that Mr. Obama warned the Chinese leader, Xi Jinping, during their

recent meeting in Washington not to move on the Scarborough Shoal or invoke an air defense zone, said an American official who was briefed on the details of the encounter and spoke

anonymously because of the diplomatic sensitivities

(Adm & McDevitt,2016)

Keinginan China dalam misi untuk mendominasi seluruh kawasan maritim di perairan Asia ini sememangnya bukan sahaja mengancam keselamatan nasional negara Asia Tenggara yang lain bahkan turut mengancam kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Tambahan lagi, kerajaan Filipina telah mendakwa kapal maritim China telah mula melakukan aktiviti mengali pasir di kawasan beting Scarborough Shoal untuk membina pulau tiruan tersebut. Tindakan kerajaan China dilihat seolah-olah telah mencabar pihak berkuasa Filipina dan aktiviti mengali pasir di kawasan tersebut sememangnya amat menganggu kesejahteraan penduduk tempatan terutamanya para nelayan. Namun, China menafikan aktiviti tersebut seperti yang didakwa oleh jurucakap Jabatan Pertahanan Filipina iaitu Asenio Andolong (Berita Harian, 2016).

(55)

melibatkan Pulau China, Hainan di samping kawasan panas di Laut China Selatan iaitu Pulau Spratly dan akhir sekali Scarborough Shoal. Strategi ini jelas membuktikan bahawa pertelingkahan ini lebih tertumpu dan memberi kesan di kawasan wilayah negara Vietnam dan Filipina.

Rajah 2: “Strategic Triangle”

Sumber: Graphic courtesy Sen. Sullivan, 2016

(56)

yang besar antara mereka kerana kerja penambakan yang cuba dilakukan oleh China terhadap Beting Scarborough Shoal sama seperti yang dilakukan oleh mereka ke atas Fiery Cross dan Mischief Reef.

Di samping itu juga, menurut Mollman (2016), China turut bercita-cita untuk menjadikan keseluruhan Laut China Selatan yang dituntut dijadikan sebagai „Chinese Lake‟.

Namun begitu, demi merealisasikan impian ini China perlu mewujudkan air defense

identification zone (ADIZ) di kawasan strategi segi tiga yang telah dirangka oleh mereka.

Setiap pesawat asing yang melalui kawasan Laut China Selatan perlu memaklumkan kehadiran mereka dengan pihak berkuasa China sebelum melakukan penerbangan dengan adanya ADIZ ini. Tindakan China untuk mewujudkan ADIZ dan membina pulau buatan di Scarborough ditentang habisan oleh President Obama. Tambahan lagi, pada bulan Ogos 2016 terdapat percubaan daripada China untuk memulakan aktiviti penambakan di Scarborough dengan membawa masuk pasir hitam tetapi diberi amaran oleh Amerika Syarikat selaku sekutu kepada Filipina. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Setiausaha Luar Filipina iaitu Perfecto Yasay Jr.

(57)

2014). Di samping itu, Scarborough juga dianggap sebagai penutup laluan di Laut China Selatan dan menjadi kawasan terakhir tuntutan China di kawasan maritim yang paling kontroversi ini.

Secara amnya, perebutan China terhadap Scarborough Shoal ini sememangnya mempunyai agenda mereka sendiri. Hal ini didorong oleh keinginan mereka untuk meningkatkan ekonomi negara mereka sendiri. Jika China berjaya membina pulau buatan dan pangkalan tentera di kawasan Scarborough, keseluruhan laluan udara dan air Laut China Selatan akan berada dalam gengaman China. Tambahan lagi, dua pangkalan ketenteraan Amerika Syarikat yang ada di Filipina iaitu Subic Bay dan Clark (pangkalan udara) secara tidak langsung akan dapat diakses oleh kerajaan China. Di samping itu, China pasti menjadi satu kuasa besar yang baru dan paling berpengaruh di dunia. Justeru, dengan memiliki keseluruhan Laut China Selatan, impian China ini pasti akan terlaksana dengan jayanya.

4.3.2 Filipina

Tidak hanya berfokus kepada kepentingan nasional negara China, Filipina juga mempunyai sebab yang kukuh kenapa mereka perlu melindungi dan mempertahankan beting Scarborough Shoal daripada jatuh ke tangan kuasa besar China. Lebih lagi kedudukan Scarborough yang hanya terletak di barat laut Filipina. Sudah semestinya pihak keselamatan Filipina akan berhabisan mempertahankan kedaulatan negara mereka dari dicerobohi oleh pihak ketenteraan China.

Beting ini menjadi semakin kontroversi apabila pihak berkuasa Filipina mula menfailkan kes pertindihan ini di mahkamah antarabangsa di Hague. Melalui Permanent

Referensi

Dokumen terkait

Kesimpulan: Terdapat perbedaan antara Carboxymethyl Cellulosa (CMC) dan xanthan gum sebagai suspending agent terhadap stabilitas fisik suspensi kloramfenikol, terdapat pengaruh

Undang-Undang Nomor 12 Tahun 2011 Tentang Pembentukan Peraturan Perundang-Undangan sebagai pedoman pemerintah dalam membuat Undang-Undang, sehingga perlu dijadikan

Untuk itu pada era modern sekarang ini, kami dari segenap Umat Buddha yang telah meyakini Tiratana (Buddha Dhamma Sangha), ingin mencoba untuk membangun satu monument yang

Keputusan analisis Ujian Korelasi menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan antara penggunaan strategi penggunaan media dan strategi pembelajaran kendiri

Dengan adanya inovasi teknologi yang dapat digunakan untuk membantu Dinas Pendidikan Kabupaten Gresik dalam memecahkan permasalahan tersebut, aplikasi e-Reporting dapat dijadikan

Sistem jaringan air bersih untuk kawasan dan bangunan cottage yang digunakan yaitu air bersih ditampung di bangunan utama dan dialirkan ke 2 ruang kontol yang berada di

Metode analisis yang digunakan adalah metode deskriptif yaitu metode yang didapat dengan mengumpulkan, menyusun, dan menganalisis data untuk pemecahan masalah yang dihadapi. Dalam

Kontrol negatif yang digunakan yaitu formula sampo antiketombe tanpa ekstrak Allamanda cathartica dapat memberikan zona hambat terhadap pertumbuhan jamur Candida