• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cagamas dalam

Dalam dokumen KEHIDUPAN DI MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH (Halaman 74-79)

Akhbar

ISMMA mengadakan mesyuarat maya pertamanya tahun ini pada bulan Mac. Semasa mesyuarat itu, negara anggota membincangkan rantaian nilai ekonomi dan perumahan mampan, serta pelaksanaan IFRS 9 untuk syarikat pembiayaan semula gadai janji. Dipengerusikan oleh pengerusi ISMMA, Datuk Chung Chee Leong, seramai 47 peserta dari 21 negara anggota dan Kumpulan Bank Dunia telah menyertai mesyuarat tersebut.

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Chung Chee Leong, mengetuai pasukan Cagamas untuk sesi taklimat bersama Menteri KPKT, Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin. Taklimat tersebut meliputi prestasi skim jaminan gadai janji Cagamas untuk pembeli rumah kali pertama dan maklumat terkini mengenai Gadai Janji Berbalik (“SSB”, “Reverse Mortgage”) Cagamas untuk masyarakat warga emas. Di samping itu, perbincangan tersebut juga menyentuh pelbagai inisiatif untuk menyediakan rumah kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40 dan kategori tidak formal.

Mesyuarat Secara Maya Pertama Persatuan Pasaran Gadai Janji Sekunder Antarabangsa (International Secondary Mortgage Market Association, “ISMMA”) pada Tahun 2021

Mesyuarat dengan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (“KPKT”)

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong, berkongsi pengalaman Cagamas mengenai penerbitan sulung Sukuk SRI Kemampanan ASEAN dan Bon Kemampanan ASEAN di Malaysia, dalam webinar panel GSSB Siri 2: Webinar untuk Penerbit, Penaja Jamin dan Penasihat. Dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Pasaran Modal, Institut Eksekutif Kewangan Filipina, Persatuan Jurubank Filipina, Persatuan Rumah Pelaburan Filipina dan Bank Pembangunan Asia, webinar tersebut adalah sebahagian daripada Inisiatif Pasaran Bon Asia untuk membangunkan hijau, sosial dan pasaran bon mampan ASEAN ditambah dengan Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea (secara kolektif dikenali sebagai ASEAN +3). Ia dihadiri oleh para penerbit, penaja jamin, pengatur dan penasihat di dalam rantau ASEAN+3.

Presiden/ Ketua Pengawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong, telah ditemuramah oleh UKIFC mengenai pengalaman Cagamas sebagai penerbit Sukuk SRI Kemampanan ASEAN untuk laporan UKIFC yang bertajuk, Inovasi dalam Kewangan Islam – Sukuk Hijau untuk SDGs. Laporan itu, yang dihasilkan bersama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Indonesia, bertujuan untuk mempamerkan sukuk hijau/

mampan sebagai salah satu cara untuk menggerakkan kewangan dan mencapai matlamat kemampanan, sama ada SDGs atau Sumbangan Yang Ditentukan Negara.

Bon Mampan Sosial Hijau (Green Social Sustainable Bonds, “GSSB”) Siri 2: Webinar untuk Penerbit,

Penaja Jamin dan Penasihat

Temuramah bersama The UK Islamic Finance Council (“UKIFC”) mengenai Inovasi dalam Kewangan Islam – Sukuk

Hijau untuk Matlamat Pembangunan Mampan (“Sustainable Development Goals, SDGs”)

M A C

Kemuncak

Korporat

A P R I L

Cagamas dan Cagamas Global Sukuk bersama dengan anak-anak syarikat lain Cagamas Holdings Berhad, termasuk Cagamas SRP Berhad, Cagamas MBS Berhad, Cagamas SME Berhad, Cagamas MGP Berhad dan BNM Sukuk Berhad telah mengadakan Mesyuarat-Mesyuarat Agung Tahunan secara hibrid. Mesyuarat-mesyuarat itu telah dijalankan secara bersemuka di pejabat Cagamas dan melalui persidangan video bagi peserta maya.

Syarikat Kumpulan Cagamas: Mesyuarat Agung Tahunan Anak-Anak Syarikat

Cagamas menganjurkan Taklimat Pelabur secara maya, yang dihadiri oleh 93 hadirin dari serantau. Taklimat yang diketuai oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Chung Chee Leong, menyampaikan sorotan prestasi kewangan Cagamas tahun 2020 serta inisiatif perniagaannya bagi tahun 2021. Kedua-dua Naib Presiden Kanan, Bahagian Kewangan dan Perbendaharaan dan Pasaran Cagamas, turut hadir semasa taklimat itu.

Taklimat Pelabur Cagamas Mengenai Keputusan Kewangan 2020 Cagamas menandatangani MF dengan

SMF bagi tujuan meningkatkan lagi kerjasama dalam mempromosikan kedua-dua pasaran gadai janji sekunder di Malaysia dan Indonesia pada 14 April 2021. MF ini merupakan pembaharuan kepada MF yang dimeterai pada Mac 2018. Cagamas diwakili oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Chung Chee Leong, sementara SMF diwakili oleh Pengarah Presiden, Ananta Wiyogo, pada majlis tandatangan secara maya, dan disaksikan oleh wakil-wakil daripada kedua-dua organisasi.

Setelah acara tandatangan selesai, Cagamas dan SMF mengadakan mesyuarat dua hala untuk bertukar-tukar maklumat terkini mengenai prestasi perniagaan serta langkah dan tindak balas kerajaan terhadap pandemik COVID-19.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MF) dan Mesyuarat Dua Hala dengan

PT Sarana Multigriya Finansial (Persero) (“SMF”)

Cagamas mengambil bahagian dalam Hari Penglibatan Pelabur MUFG (“Hari Malaysia”) (MUFG’s Malaysia Investor Engagement Day, “Malaysia Day”) pada April 2021. Perbincangan secara maya ini bertujuan bagi mempromosikan Kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat di Malaysia kepada pangkalan pelabur pendapatan tetap MUFG, terutamanya para pelabur Asia termasuk dari Hong Kong, Jepun, Korea dan Taiwan. Sesi yang sangat interaktif ini menyaksikan Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong, dan pasukan Perbendaharaan dan Pasaran Cagamas, memberikan gambaran keseluruhan model perniagaan, sorotan prestasi utama dan unjuran bagi Cagamas.

Hari Penglibatan Pelabur MUFG (“Hari Malaysia”) (MUFG’s Malaysia Investor

Engagement Day, “Malaysia Day”)

C a g a m a s H o l d i n g s B e r h a d mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan keempat belasnya pada 30 April 2021. Mesyuarat Agung Tahunan hibrid telah dijalankan secara bersemuka di pejabat Cagamas dan melalui persidangan video untuk hadirin maya. Kumpulan ini, termasuk Cagamas Berhad, Cagamas MBS Berhad dan Cagamas SRP Berhad, melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM512.2 juta untuk tahun kewangan 2020 berbanding dengan RM534.2 juta pada tahun 2019.

Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Belas Cagamas Holdings Berhad Cagamas telah dinobatkan anugerah Penerbit Teratas-Konvensional (RM8,185 juta) oleh Bond Pricing Agency Malaysia (“BPAM”) pada Anugerah Pasaran Bon BPAM 2021 (BPAM Bond Market Awards 2021).

BPAM memuji dedikasi dan sumbangan padu Cagamas kepada pasaran sepanjang tahun 2020 walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran.

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Chung Chee Leong, menerima anugerah tersebut bagi pihak Cagamas. Para pemenang dipilih berdasarkan Jadual Liga BPAM pada tahun berakhir 31 Disember 2020.

Anugerah Pasaran Bon BPAM 2021 (BPAM Bond Market Awards 2021)

Kemuncak Korporat (Sambungan)

Cagamas yang diketuai oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Chung Chee Leong, telah mengadakan mesyuarat Pelabur/ Penerbit secara maya yang dihoskan oleh HSBC Bank, Hong Kong di sisi Persidangan Kredit Asia Tahunan Ke-5 HSBC (HSBC 5th Annual Asia Credit Conference). Mesyuarat tersebut dihadiri oleh para pelabur dari serantau.

Persidangan Kredit Asia Tahunan Ke-5 HSBC (HSBC 5th Annual Asia Credit Conference) – Mesyuarat Secara Maya Pelabur/ Penerbit

J U N

S E P T E M B E R

C a g a m a s t e l a h d i b e r i p e n g h o r m a t a n d e n g a n Anugerah Kepimpinan Pasaran GIFA (Pensekuritian Islam) pada Anugerah Kewangan Islam Global Ke-11 Tahun 2021 (11th Global Islamic Finance Awards 2021, “GIFA”) pada 14 September 2021. Majlis secara maya GIFA ini telah disiarkan secara langsung di Facebook, YouTube dan laman sesawang GIFA.

Cagamas telah dinobatkan sebagai Penerbit Islam Tahun 2021 – Quasi – Berdaulat (Anugerah Penerbit/ Penasihat) serta Sukuk SRI Kemampanan ASEAN Terbaik – Quasi-Berdaulat (Kewangan Mampan Terbaik) dan Sukuk SRI Kemampanan ASEAN Terbaik – Quasi-Berdaulat (Urusjanji Terbaik Mengikut Negara) untuk sukuk murabahah komoditi SRI kemampanan 100 juta ringgit pada Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A Tahun

2021 (The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2021). Majlis anugerah secara maya tersebut dianjurkan oleh The Asset Publishing and Research Limited yang berpangkalan di Hong Kong telah disiarkan secara langsung di laman sesawangnya.

Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A Tahun 2021 (The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2021)

Cagamas telah mengadakan mesyuarat secara maya dengan LPPSA untuk mengukuhkan kerjasama yang sedia ada dengan menerokai bidang kerjasama dan kolaborasi baru selain daripada bercadang untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu di masa hadapan. Mesyuarat ini diketuai oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong, dan Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd Farid Dato’ Hj Nawawi.

Mesyuarat Secara Maya dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (“LPPSA”)

Cagamas telah mengadakan sesi perbincangan pra-belanjawan bersama Menteri Kewangan, Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Perbincangan merangkumi cara-cara mengatasi cabaran #KeluargaMalaysia untuk mengakses aliran tunai tambahan terutamanya kepada ekonomi warga emas dan pemilikan rumah pertama dalam suasana pandemik kini. Cagamas mengalu-alukan peluang bekerjasama dengan Menteri Kewangan bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan ke arah negara yang mampan dan inklusif.

Sesi Keterlibatan Pra-Belanjawan bersama Menteri

Kewangan

Cagamas telah mengadakan mesyuarat secara maya dengan SC untuk membincangkan perkara-perkara dan isu-isu berkaitan dengan pasaran pendapatan tetap di Malaysia.

Mesyuarat ini diketuai oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong, dan Pengarah Eksekutif, Penyeliaan Pasaran & Korporat SC, Kamarudin Hashim.

Mesyuarat Secara Maya dengan Pengarah Eksekutif, Penyeliaan Pasaran &

Korporat, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”)

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Kumpulan Cagamas serta pasukan pengurusan kanan telah menghadiri Mesyuarat Strategik Lembaga Cagamas Tahun 2021 yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Sesi tersebut membincangkan hala tuju strategik masa hadapan Cagamas serta inisiatif-inisiatif strategik yang mungkin.

Mesyuarat Strategik Lembaga Cagamas Tahun 2021 Anugerah Kewangan Islam Global Ke-11

Tahun 2021 (11th Global Islamic Finance Awards 2021)

O K T O B E R

Kemuncak Korporat (Sambungan)

N O V E M B E R

Cagamas telah mengadakan sesi berkongsi ilmu secara maya dengan JHF berkenaan dengan pinjaman Flat 35S iaitu suatu pembiayaan rumah kadar tetap jangka panjang yang disokong kerajaan, yang disekuritikan oleh JHF dengan kerjasama institusi kewangan swasta. Pinjaman itu menyediakan kadar faedah yang lebih rendah bagi suatu tempoh tertentu bertujuan untuk menggalakkan pembelian perumahan berkualiti tinggi dari segi penjimatan tenaga dan daya tahan gempa. Mesyuarat itu diketuai oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong, dan Pengarah Operasi Pasaran JHF, Yuji Date.

Mesyuarat Secara Maya dengan Japan Housing Finance Agency (“JHF”)

Cagamas telah melancarkan dan memperkenalkan solusi pembiayaan pertama di pasaran untuk warga emas iaitu SSB untuk membantu golongan warga tua membiayai persaraan mereka. Skim ini membolehkan warga emas yang berumur 55 tahun ke atas untuk meminjam berasaskan nilai rumah mereka yang dibayar penuh dan menukarkannya kepada pendapatan bulanan tetap yang dibayar sepanjang hayat bagi menambahkan dana persaraan. Pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Kewangan, Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, diikuti dengan acara tandatangan MF di antara Cagamas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dalam usaha ke arah matlamat bersama bagi meningkatkan akses pembiayaan untuk warga tua.

Pelancaran Skim Saraan Bercagar (“SSB”) Cagamas dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (“MF”)

D I S E M B E R

Cagamas telah mengadakan mesyuarat secara maya dengan KHFC untuk berbincang dan berkongsi pengalaman mengenai pembangunan serta pelaksanaan Gadai Janji Berbalik di Malaysia dan Korea. Mesyuarat tersebut telah diketuai oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong dan Pengerusi, Presiden &

Ketua Pegawai Eksekutif KHFC, Joon Woo Choi.

Mesyuarat Secara Maya dengan Korea Housing Finance Corporation (“KHFC”)

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Chung Chee Leong, telah mengetuai pasukan Cagamas untuk sesi perbincangan bersama Menteri KPKT, Yang Berhormat Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, b e r s a m a - s a m a d e n g a n p a r a perwakilan daripada Kementerian Kewangan dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan. Perbincangan tersebut meneroka potensi kerjasama dengan Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah terutamanya di antara golongan anak muda di Malaysia. Menteri KPKT telah diberi taklimat tentang Skim Rumah Pertamaku dan cadangan-cadangan penambahbaikan untuk membantu lebih ramai anak muda di Malaysia memiliki rumah.

Sesi Perbincangan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (“KPKT”)

Kemuncak Korporat (Sambungan)

Laporan Pengarah 78

Penyata Kedudukan Kewangan 83

Penyata Pendapatan 85

Penyata Pendapatan Komprehensif 86 Penyata Perubahan dalam Ekuiti 87

Penyata Aliran Tunai 89

Nota-Nota kepada Penyata Kewangan 93

Penyata Lembaga Pengarah 215

Akuan Berkanun 215

Laporan Penasihat Syariah Bebas 216 Laporan mengenai Audit Penyata Kewangan 218

1.0 Tinjauan 221

2.0 Skop Aplikasi 221

3.0 Pengurusan Modal 222

4.0 Pengurusan Risiko 224

5.0 Risiko Kredit 227

6.0 Risiko Pasaran & Kecairan 240

7.0 Risiko Operasi 241

8.0 Pendedahan Tadbir Urus Syariah 243

Dalam dokumen KEHIDUPAN DI MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH (Halaman 74-79)