• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMPAK PERSEKITARAN POSITIF

Dalam dokumen KEHIDUPAN DI MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH (Halaman 47-52)

Cagamas komited untuk menyokong agenda hijau selaku sebahagian daripada aktiviti-aktiviti

perniagaan teras Kumpulan

Definisi projek atau aktiviti hijau yang layak terdiri daripada mana-mana satu kategori berikut:

PERISIAN LENGKAP UNTUK RANGKA KERJA PEMBIAYAAN HIJAU CAGAMAS

ASAS STOK SUAPAN

• Menetapkan piawaian untuk pembiayaan Rumah Hijau dan pembiayaan Pembaikan Rumah Hijau

• Rangkaian produk hijau

• Insentif untuk menjadi Hijau

• Rumah Hijau dan penawaran Pembaikan Rumah Hijau

• Pembiayaan hijau

SALURAN PENGHANTARAN

• Sistem Bank

• Pasaran Modal

Rumah Hijau Kecekapan tenaga

Air Mampan dan Pengurusan Air Sisa

Tenaga yang boleh diperbaharui

Pengangkutan pelepasan karbon

rendah

Pembiayaan bukan pelepasan karbon Laporan Kemampanan (Sambungan)

LAPORAN KEMAJUAN BON/ SUKUK MAMPAN

Komitmen jangka panjang Cagamas terhadap kewangan mampan diteruskan sehingga 2021, melalui pembiayaan untuk projek mampan. Laporan ini meliputi terbitan Bon/ Sukuk Mampan Cagamas yang tertunggak, perincian rangka kerja, prosedur penilaian dan pemilihan, kriteria laporan dan penggunaan hasil terbitan.

Maklumat mengenai terbitan Bon/ Sukuk Mampan Cagamas yang tertunggak setakat pada 31 Disember 2021 adalah seperti di bawah:

Bon/ Sukuk Mampan Cagamas yang Tertunggak

Penerangan Kemudahan Kod Stok Tarikh

Terbitan

Tarikh Matang

Tempoh Asal

Saiz Terbitan (RM juta)

Sustainability Cagamas MTN UF200254 27/10/2020 27/10/2022 2.0 20

Sustainability Cagamas MTN UG200253 27/10/2020 27/04/2023 2.5 45

Sustainability Cagamas MTN UG210266 05/08/2021 05/08/2024 3.0 200

Sustainability Cagamas MTN UF210380 29/10/2021 30/10/2023 2.0 300

Sustainability Cagamas MTN UE210398 24/11/2021 25/11/2022 1.0 30

Sustainability Cagamas MTN UF210397 24/11/2021 24/11/2023 2.0 20

Sustainability Cagamas MTN UG210396 24/11/2021 24/05/2024 2.5 50

Sustainability Sukuk Cagamas VG200270 26/10/2020 26/10/2023 3.0 100

Sustainability Sukuk Cagamas VG210294 05/08/2021 05/08/2024 3.0 100

JUMLAH 865

BAHAGIAN 2

Maklumat mengenai pecahan penggunaan hasil seperti berikut:

Tidak diperuntukkan*

18.47%

80.91%

0.17%

0.44%

0.01%

2021

Perumahan mampu milik

Penjanaan pekerjaan Tenaga

yang boleh diperbaharui Air mampan dan

pengurusan air sisa

* Dana yang tidak diperuntukkan berjumlah 0.01% dari jumlah hasil penerbitan dimasukkan ke dalam instrumen pasaran wang

Laporan Kemampanan (Sambungan)

Perincian Pinjaman/ Pembiayaan Mampan No. Penggunaan Hasil Saiz

(RM juta) Penerangan Impak Penunjuk Impak

1 Tenaga boleh Diperbaharui 3.77 Sistem solar PV untuk

pemasangan di atas bumbung 1,444 Jumlah kapasiti pemasangan (kwh) 2 Air Kemampanan dan

Pengurusan Air Sisa 1.47 Rawatan air 67.9 Jumlah air sisa yang

dirawat (m3/jam) 3 Perumahan Mampu Milik 699.95 Perumahan Mampu Milik 7,572 Jumlah Perumahan

Mampu Milik 4 Penjanaan Pekerjaan 159.76 Industri sewa beli belum terima

bukan karbon untuk PKS 882 Jumlah PKS

JUMLAH 864.95      

RINGKASAN RANGKA KERJA BON/ SUKUK MAMPAN CAGAMAS (“RANGKA KERJA”)

Prinsip

Penggunaan Hasil

• Tenaga yang boleh diperbaharui

• Kecekapan Tenaga

• Bangunan Hijau

• Pengangkutan Karbon Rendah dan Pelepasan Rendah

• Air Mampan dan Pengurusan Air Sisa

• Perumahan Mampu Milik

• Penjanaan Pekerjaan Proses

Penilaian dan Pemilihan

• Satu set (“Eligible Criteria; EC”) akan diberikan kepada Institusi Kewangan/ Institusi Bukan Kewangan yang dikenali sebagai ‘Penjual yang Diluluskan’

• Penjual yang Diluluskan akan menilai dan memberikan senarai pinjaman/ pembiayaan/ aset yang layak yang mematuhi EC. Penjual yang diluluskan wajib untuk memastikan pinjaman/

pembiayaan/ aset yang dijual memenuhi EC Cagamas setiap masa

• Saranan akan dibuat untuk persetujuan Jawatankuasa Aset dan Liabiliti untuk menerbitkan bon/ sukuk mampan untuk membeli pinjaman/ pembiayaan/ aset yang layak yang telah dikenal pasti

Pengurusan Hasil

• Hasil bon/ sukuk mampan akan digunakan untuk membeli sejumlah pinjaman/ pembiayaan/

aset yang layak sebaik sahaja waktu diterbitkan

• Portfolio pinjaman/ pembiayaan/ aset yang layak yang dibeli pada permulaan akan dikekalkan dan dipantau melalui sistem pentadbiran pinjaman dalaman Cagamas

Laporan Kemampanan (Sambungan)

PENDAPAT KEDUA DARI RAM SUSTAINABILITY

Tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian kecekapan tenaga adalah di antara lima penyelesaian hijau dalam Rangka Kerja yang membawa penarafan tertinggi Environmental Benefit (“EB”) ratings of Tier-1. Sementara itu, penarafan Tier-1 Social Benefit (“SB”) diberikan kepada perumahan mampu milik dan penjanaan pekerjaan melalui penyelesaian PKS.

Ringkasan

Pendapat kedua RAM Sustainability mengenai Rangka Kerja menunjukkan bahawa ia memberikan penjelasan tentang aspek penting seperti tujuan penggunaan hasil, penilaian dan pemilihan projek, pengurusan hasil dan komitmen laporan.

Rangka Kerja ini sejajar dengan ketelusan dan keperluan pendedahan dari Securities Commission Malaysia’s Sustainable & Responsible Investment (“SRI”) Sukuk Framework, the ASEAN Green Bond Standards, the ASEAN Social Bond Standards, the ASEAN Sustainability Bond Standards dan juga Green Bond Principles, Social Bond Principles dan Sustainability Bond Guidelines yang diiktiraf di peringkat global.

Bon/ Sukuk Mampan Cagamas akan mencipta impak alam sekitar dan sosial yang positif dengan membiayai projek dan penyelesaian yang penting untuk masa depan yang mampan.

Pendapat penuh boleh didapati di laman web Cagamas: www.cagamas.com.my

Laporan • Penerbitan Laporan Tahunan Kemajuan Kemampanan selaku sebahagian daripada Laporan Tahunan Cagamas Holdings Berhad

• Laporan Peruntukan:

• Maklumat akan dipamerkan mengikut jumlah yang sama dengan hasil bersih bon/ sukuk mampan

• Laporan Impak:

• Sekiranya ada, Cagamas akan melaporkan impak alam sekitar dan sosial (jika berkaitan) hasil daripada pinjaman/ pembiayaan/ aset yang layak. Cagamas akan memilih penunjuk alternatif kuantitatif atau kualitatif yang berkaitan dengan pinjaman/ pembiayaan/ aset yang layak

Ulasan Luaran • Memperolehi pendapat pihak kedua daripada RAM Sustainability Sdn Bhd (“RAM Sustainability”) untuk mengesahkan kesahihan Rangka Kerja

• Melibatkan perunding jaminan luar yang sesuai untuk mengesahkan Laporan Kemajuan Kemampanan Tahunan secara bebas dan bersetuju tentang pematuhannya dengan Rangka Kerja

• Laporan Kemajuan Kemampanan Tahunan dan Laporan Semakan Tahunan Selepas Terbitan akan disiarkan kepada orang ramai di laman web Cagamas dan kitaran pelaporan adalah bersempena dengan laporan tahunan Kumpulan

Laporan Kemampanan (Sambungan)

Penggunaan Hasil yang Dikecualikan seperti yang dinyatakan dalam Rangka Kerja:

Bahan Api Fosil Nuklear Senjata Alkohol

Tembakau Buruh Kanak-Kanak Perjudian/

Hiburan Dewasa

KESIMPULAN

Pada tahun yang ditinjau, Cagamas mengukuhkan lagi kedudukannya dalam bidang kemampanan dengan melancarkan inisiatif yang lebih teguh merentasi semua bidang – daripada galakan pemilikan rumah mampan kepada memperkasakan komuniti tempatan. Melangkah ke hadapan, Kumpulan terus komited untuk menghasilkan keputusan positif sambil mencipta nilai yang mampan untuk pemegang kepentingannya dan memajukan lagi agenda kemampanannya.

Laporan Kemampanan (Sambungan)

RANGKA KERJA URUS TADBIR KORPORAT Kakitangan dan Organisasi

Lembaga Pengarah

Pentadbir/ Pentadbir Urus Niaga/ Penyedia Perkhidmatan

Lembaga Pengarah (“Lembaga Pengarah”) bagi Cagamas Holdings Berhad (“Syarikat”) adalah komited untuk memastikan bahawa Syarikat dan anak-anak Syarikatnya (“Kumpulan”), mengamalkan piawaian tertinggi bagi urus tadbir korporat supaya hal ehwal bagi Kumpulan dilaksanakan dengan integriti dan profesionalisme untuk melindungi prestasi kewangan Kumpulan ini dan meningkatkan nilai jangka panjang para pemegang syer. Untuk tujuan ini, Lembaga Pengarah telah menggunapakai sebahagian besar dokumen dasar Urus Tadbir Korporat Bank Negara Malaysia 2016 (“Bank Negara Malaysia Corporate Governance, BNMCG”) untuk institusi kewangan sebagai prinsip panduan untuk memastikan bahawa piawaian tertinggi urus tadbir korporat diamalkan dalam Kumpulan ini.

Dalam usaha untuk mengekalkan secara berterusan piawaian tertinggi urus tadbir korporat, beberapa langkah telah diambil pada tahun ini. Peningkatan Piagam Lembaga Pengarah Syarikat dengan peruntukan untuk menjelaskan takrif pengarah bebas dan keperluan pendedahan berkait telah digunapakai oleh anak-anak syarikatnya yang beroperasi. Selain daripada yang dinyatakan di atas, penggabungan Kriteria Fit & Proper dalam penilaian calon-calon sebelum pelantikan sebagai Pengarah bebas dan pelaksanaan Garis Panduan Perancangan Penggantian Pengarah juga telah dilaksanakan pada tahun ini. Usaha-usaha ini adalah unsur penting dalam urus tadbir korporat yang berkesan dan ianya menyokong pelaksanaan objektif fungsi pemantauan bagi Lembaga Pengarah.

Dalam dokumen KEHIDUPAN DI MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH (Halaman 47-52)