• Tidak ada hasil yang ditemukan

RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN) .1 Asas penyediaan (sambungan)

Dalam dokumen KEHIDUPAN DI MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH (Halaman 97-101)

Penyata Kewangan

2 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN) .1 Asas penyediaan (sambungan)

(a) Piawaian, pindaan kepada piawaian yang diterbitkan dan tafsiran yang berkuatkuasa (sambungan)

Pindaan kepada MFRS 9, MFRS 139, MFRS 7, MFRS 4 and MFRS 16 ‘Reformasi Tanda Aras Kadar Faedah – Fasa 2’ (‘Interest Rate Benchmark Reform – Phase 2’)

Kumpulan telah menerimapakai pindaan Fasa 2 dan telah menggunakan kaedah praktikal untuk mengemas kini kadar faedah berkesan bagi instrument yang dinilai pada kos terlunas serta mengambil kira perubahan aliran tunai kontraktual secara langsung akibat daripada pembaharuan kadar tawaran antara bank (Interbank Offered Rate,

“IBOR”). Oleh itu, tiada keuntungan atau kerugian serta-merta akan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian.

Pindaan-pindaan ini juga memberikan pelepasan-pelepasan yang membolehkan dan memerlukan Kumpulan meneruskan perakaunan lindung nilai MFRS 9 di dalam situasi di mana Kumpulan mengemaskinikan dokumentasi lindung nilainya untuk menggambarkan perubahan dalam item lindung nilai dan instrumen lindung nilai yang diperlukan oleh reformasi IBOR.

Penerimaan pindaan ini tidak mempunyai sebarang kesan yang ketara ke atas pendapatan tertahan asalan pada 1 Januari 2021 kerana tiada kontrak berdasarkan IBOR milik Kumpulan yang telah diubahsuai pada tahun 2020. Bagi kontrak-kontrak yang telah diubahsuai disebabkan oleh reformasi IBOR sepanjang tahun ini, Kumpulan telah menerimapakai pindaan Fasa 2 seperti yang dinyatakan di dalam Nota 2.1(c).

(b) Piawaian dan pindaan yang telah diterbitkan tetapi masih belum berkuatkuasa

Beberapa piawaian baru dan pindaan serta tafsiran kepada piawaian baru telah berkuatkuasa bagi tahun kewangan bermula selepas 1 Januari 2021. Tiada satupun dijangka akan menyebabkan sebarang kesan yang ketara ke atas penyata kewangan Kumpulan yang telah disatukan, kecuali bagi perkara-perkara yang dinyatakan seperti di bawah:

• Penambahbaikan tahunan kepada MFRS 9 ‘Yuran dalam ujian 10% bagi penyahiktirafan liabiliti-liabiliti kewangan (‘Fees in the 10% test for derecognition of financial liabilities’) (berkuatkuasa pada 1 Januari 2022) menjelaskan bahawa hanya yuran yang dibayar atau diterima antara peminjam dan pemberi pinjaman, termasuk yuran yang dibayar atau diterima atas nama satu sama lain, akan dimasukkan dalam aliran tunai pinjaman baru apabila melakukan ujian 10%.

Sesebuah entiti akan menggunapakai pindaan kepada liabiliti-liabiliti kewangan yang diubah atau ditukar pada atau selepas permulaan tempoh pelaporan tahunan di mana ianya telah menerapkan pindaan tersebuat buat pertama kalinya.

Nota-Nota kepada Penyata Kewangan (Sambungan)

2 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN) 2.1 Asas penyediaan (sambungan)

(b) Piawaian dan pindaan yang telah diterbitkan tetapi masih belum berkuatkuasa (sambungan)

• Pindaan kepada MFRS 3 ‘Rujukan kepada Rangka kerja Berkonsep’ (‘Reference to Conceptual Framework’) (berkuatkuasa pada 1 Januari 2022) yang menggantikan rujukan kepada Rangka Kerja bagi Penyediaan dan Pembentangan Penyata Kewangan (‘Framework for Preparation and Presentation of Financial Statements’) dengan Rangka Kerja berkonsep 2018 (‘2018 Conceptual Framework’). Pindaan-pindaan ini tidak mengubah perakaunan bagi penggabungan perniagaan sedia ada pada tarikh perolehan.

Pindaan-pindaan ini memberikan pengecualian untuk pengiktirafan liabiliti-liabiliti dan liabiliti-liabiliti luar jangka supaya bersesuaian dengan prinsip-prinsip MFRS 137 ‘Peruntukan, liabiliti luar jangka dan aset luar jangka’ (‘Provisions, contingent liabilities and contingent assets’) dan Tafsiran 21 ‘Pungutan’ (‘Levies’) dari Jawatankuasa Tafsiran (“Interpretation Committee, IC”) apabila ia berada di dalam ruang lingkupnya. Ia juga menjelaskan bahawa aset luar jangka tidak boleh diiktiraf pada tarikh perolehan.

Pindaan tersebut akan diterimapakai secara prospektif.

• Pindaan kepada MFRS 116 ‘Hasil sebelum penggunaan yang dimaksudkan’ (‘Proceeds before intended use’) (berkuatkuasa pada 1 Januari 2022) melarang sesebuah entiti daripada menolak kos harta dan kelengkapan daripada hasil yang diterima daripada penjualan barang yang dihasilkan oleh harta dan kelengkapan sebelum ianya siap untuk tujuan penggunaan. Hasil penjualan sebaliknya harus diiktiraf dalam untung atau rugi.

Pindaan ini juga menjelaskan bahawa ujian dalam memastikan aset berfungsi dengan baik merujuk kepada penilaian prestasi teknikal dan fizikal harta dan kelengkapan.

Pindaan tersebut akan diterimapakai secara retrospektif.

• Pindaan kepada MFRS 137 ‘kontrak-kontrak yang membebankan – kos bagi melaksanakan kontrak’ (‘onerous contracts-cost of fulfilling a contract’) (berkuatkuasa pada 1 Januari 2022) menjelaskan bahawa kos langsung untuk memenuhi kontrak termasuk kos tambahan untuk memenuhi kontrak dan peruntukan kos lain yang berkaitan secara langsung untuk memenuhi kontrak. Pindaan tersebut juga menjelaskan bahawa sebelum mengiktiraf peruntukan yang berbeza untuk kontrak yang membebankan, kerugian rosot nilai yang telah berlaku pada aset yang digunakan dalam memenuhi kontrak tersebut harus diiktiraf.

• Pindaan pada MFRS 101 ‘Pengkelasan liabiliti-liabiliti sebagai semasa atau bukan semasa‘ (‘Classification of liabilities as current or non-current’) (berkuatkuasa pada 1 Januari 2023) menjelaskan bahawa liabiliti dikelaskan sebagai tidak semasa jika sesebuah entiti mempunyai hak substantif pada akhir tempoh pelaporan untuk menangguhkan penyelesaian selama tidak kurang daripada 12-bulan daripada tempoh pelaporan. Jika hak untuk menangguhkan penyelesaian liabiliti tertakluk kepada entiti tersebut mematuhi syarat-syarat tertentu (contohnya, perjanjian hutang), hak tersebut wujud pada penghujung tempoh pelaporan hanya jika entiti mematuhi syarat tersebut pada tarikh tersebut. Pindaan-pindaan juga menjelaskan bahawa entiti wajib mematuhi syarat-syarat pada akhir tarikh pelaporan walaupun pemberi pinjaman tidak menilai pematuhan di masa hadapan.

Penilaian sama ada entiti mempunyai hak untuk menangguhkan penyelesaian liabiliti pada tarikh pelaporan tidak dipengaruhi oleh jangkaan entiti atau peristiwa selepas tarikh pelaporan.

Pindaan tersebut akan diterimapakai secara retrospektif.

Nota-Nota kepada Penyata Kewangan (Sambungan)

2 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN) 2.1 Asas penyediaan (sambungan)

(b) Piawaian dan pindaan yang telah diterbitkan tetapi masih belum berkuatkuasa (sambungan)

• Pindaan kepada MFRS 112 ‘Cukai Tertunda Berkaitan Aset dan Liabiliti yang timbul daripada Urusniaga Tunggal’

(berkuatkuasa pada 1 Januari 2023) jelaskan bahawa peraturan pengecualian awal tidak terpakai kepada urus niaga di mana kedua-dua aset dan liabiliti diiktiraf pada masa yang sama seperti pajakan dan penyahiktirafan kewajipan. Sehubungan itu, entiti-entiti dikehendaki mengiktiraf kedua-dua aset dan liabiliti cukai tertunda untuk semua perbezaan sementara yang boleh ditolak dan boleh dicukai yang timbul daripada urus niaga tersebut.

(c) Reformasi Kadar Tawaran Antara Bank (“Interbank Offered Rate, IBOR”)

Kumpulan telah menubuhkan Kumpulan Kerja Peralihan IBOR (IBOR Transition Working Group) untuk melaksanakan peralihan tersebut. Objektif utama Kumpulan Kerja Peralihan IBOR termasuk mengenalpasti semua kontrak yang terjejas oleh reformasi penanda aras ini, menaiktaraf sistem dalaman untuk menyokong perniagaan dalam pelbagai produk berkadar bebas risiko (‘risk free rates, RFRs’), mengenalpasti dan berkomunikasi dengan para pelanggan untuk tujuan penentuan semula harga dan/atau melaksanakan kontrak baru yang merujuk kepada IBOR dan melaksanakan perubahan yang diperlukan dalam kontrak-kontrak. Kumpulan memantau dengan teliti perkembangan berkaitan dengan peralihan IBOR dan akan membuat penyesuaian kepada kontrak berdasarkan amalan industri yang diterima secara meluas.

Kumpulan telah menggunapakai pelepasan Fasa 1 yang diberikan oleh pindaan kepada MFRS 9 dan MFRS 7 Reformasi Penanda Aras Kadar Faedah (‘Interest Rate Benchmark Reform’) berikut sehingga ketidakpastian yang timbul daripada IBOR tidak lagi wujud:

• Semasa mempertimbangkan keperluan yang berkebarangkalian tinggi (highly probable), Kumpulan membuat andaian bahawa kadar faedah IBOR di mana Kumpulan dan Syarikat mendasarkan lindung nilai pinjaman-pinjamannya tidak berubah kesan daripada reformasi IBOR.

• Dalam menilai sama ada lindung nilai akan dijangka mempunyai keberkesanan tinggi (highly effective) pada asas berpandangan kehadapan, Kumpulan telah membuat andaian bahawa kadar faedah IBOR bagi aliran tunai – aliran tunai lindung nilai pinjaman dan kadar faedah asas lindung nilainya tidak berubah kesan daripada reformasi IBOR.

• Kumpulan tidak mengitar semula rizab lindung nilai aliran tunai untuk lindung nilai yang ditetapkan yang tertakluk kepada reformasi IBOR.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, Kumpulan dan Syarikat telah menggunapakai pelepasan-pelepasan yang diberikan oleh pindaan kepada MFRS 9 dan MFRS 7 ‘Reformasi Penanda Aras Kadar Faedah’ – Fasa 2 (‘Interest Rate Benchmark Reform’ – Phase 2) berikut:

• Penetapan lindung nilai: Apabila pindaan Fasa 1 tidak lagi digunakan, Kumpulan akan meminda penetapan lindung nilainya untuk mencerminkan perubahan yang diperlukan oleh reformasi IBOR, tetapi hanya untuk membuat satu atau lebih daripada perubahan berikut:

a) menetapkan kadar penanda aras alternatif (secara kontraktual atau tidak ditentukan secara kontraktual) sebagai risiko terlindung;

b) meminda butiran item yang dilindung nilai, termasuk butiran bahagian yang ditetapkan bagi aliran tunai atau nilai saksama yang dilindung nilai; atau

c) meminda butiran instrumen lindung nilai.

Kumpulan akan mengemas kini dokumentasi lindung nilainya untuk menggambarkan perubahan dalam penetapan ini menjelang akhir tempoh pelaporan di mana perubahan dibuat. Pindaan kepada dokumentasi lindung nilai ini tidak memerlukan Kumpulan untuk menghentikan hubungan lindung nilainya. Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, Kumpulan tidak membuat sebarang pindaan kepada dokumentasi lindung nilainya berkaitan dengan reformasi IBOR kerana penggantian bagi KLIBOR masih belum efektif.

Nota-Nota kepada Penyata Kewangan (Sambungan)

2 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN) 2.1 Asas penyediaan (sambungan)

(c) Reformasi Kadar Tawaran Antara Bank (‘Interbank Offered Rate, IBOR’) (sambungan)

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, Kumpulan telah menggunapakai pelepasan-pelepasan yang diberikan oleh pindaan kepada MFRS 9 dan MFRS 7 Reformasi Penanda Aras Kadar Faedah – Fasa 2 (‘Interest Rate Benchmark Reform – Phase 2’) berikut (sambungan):

• Jumlah terkumpul dalam rizab lindung nilai aliran tunai: Apabila Kumpulan meminda penetapan lindung nilainya seperti yang dinyatakan di atas, jumlah terkumpul dalam rizab lindung nilai aliran tunai dianggap berdasarkan kadar penanda aras alternatif. Untuk hubungan lindung nilai yang dihentikan, apabila penanda aras kadar faedah yang menjadi asas aliran tunai masa hadapan yang dilindung nilai telah berubah seperti yang dikehendaki oleh reformasi IBOR, jumlah terkumpul dalam rizab lindung nilai aliran tunai juga dianggap akan berdasarkan kadar penanda aras alternatif untuk tujuan menilai sama ada aliran tunai masa hadapan yang dilindung nilai masih dijangkakan berlaku.

Kesan reformasi IBOR

Berikutan krisis kewangan, reformasi dan penggantian kadar faedah penanda aras seperti Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (‘Kuala Lumpur Interbank Offered Rate, KLIBOR’) dan kadar tawaran antara bank-bank lain (‘other inter-bank offered rates, IBORs’) telah menjadi keutamaan bagi pengawalselia global. Pada masa ini terdapat ketidakpastian mengenai masa dan sifat tepat perubahan ini.

Pada 31 Disember 2021, Kumpulan memegang instrumen kewangan berikut yang merujuk kepada KLIBOR dan masih belum beralih kepada penanda aras kadar faedah alternatif:

Kumpulan

Amaun nosional Jumlah bawaan

Aset Liabiliti Aset Liabiliti

2021 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000

Instrumen kewangan derivatif 780,000 (1,135,000) 23,035 (21,468)

Jumlah terhutang kepada rakan niaga 160,304

Bon dan nota pembawa tidak bercagar (1,112,217)

Sukuk (647,237)

Nota-Nota kepada Penyata Kewangan (Sambungan)

2 RINGKASAN DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN)

Dalam dokumen KEHIDUPAN DI MASA HADAPAN YANG LEBIH CERAH (Halaman 97-101)