MODUL C : Perlembagaan & Proses Politik Subtopik 7 : Peruntukan Utama Perlembagaan 1.3 Pengenalan
1.3.1 Federalisme
1. K.C Wheare (1953), system federalisme merupakan satu kaedah untuk membahagikan kuasa antara dua peringkat kerajaan, dan di mana di dalam bidang kuasa tertentu, kuasa sebuah kerajaan ke atasnya adalah sama atau kadang kala lebih tinggi.
2. Jayum A. Jawan (2001) menjelaskan lanjutan daripada definisi yang dikemukakan oleh Wheare di atas, pelbagai penghalusan telah diberikan mengenai ciri/sifat federalisme seperti :
a) terdapat pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis tentang fungsi kerajaan di mana sebuah kerajaan mempunyai kuasa bebas ke atas sekurang-kurangnya satu bidang perkara.
b) Sebuah kerajaan mempunyai kuasa yang tinggi ke atas bidang yang diagihkan kepadanya.
c) Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya.
d) Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat.
e) Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan ini ( yang terkandung dalam perlembagaan yang dipersetujui) dengan sendiri
f) Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa tersendiri.
3. Satu ciri utama sistem persekutuan ialah pembahagian kuasa yang jelas dan bertulis di antara tingkat-tingkat kerajaan.
4. Setiap tingkat kerajaan adalah agung di dalam bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya.
5. Di Malaysia, pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga jelas dan terkandung di dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
6. Terdapat tiga senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mengagihkan kuasa ini iaitu:
a) Senarai Persekutuan b) Senarai Negeri c) Senarai Bersama
7. Perbezaan di antara bidang kuasa yang disenaraikan di dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri adalah bergantung kepada sifat-sifat bidang kuasa berkenaan.
8. Biasanya bidang kuasa yang disenaraikan dalam senarai Persekutuan adalah bidang kuasa yang menyeluruh dan mempunyai implikasi ke atas persekutuan keseluruhannya.
9. Senarai Negeri pula mengandungi bidang kuasa yang bersifat kenegerian atau wilayah.
1.3.2 Demokrasi Berparlimen
1. Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat.
2. Maka kerajaan yang telah terpilih perlu memikat hati rakyat yang telah memilihnya.
3. Kerajaan berkewajipan menjalankan segala tugasnya secara terbuka supaya diketahui, difahami dan akhirnya mendapat sokongan rakyat.
4. Tindakan ini menunjukkan bahawa kerajaan menitikberatkan kebajikan rakyat dan bukannya membelakangkan mereka.
5. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen dikatakan mampu mewujudkan satu pemerintahan yang stabil, mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.
1.3.3 Raja Berpelembagaan
1. Raja berpelembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia.
2. Dalam sistem Raja Berpelembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja.
3. Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja melayu.
4. Gelaran rasminya dari segi kedudukan dan jawatan, seperti yang disebutkan dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Ketua Utama Negara.
5. Sistem raja berpelembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan tanggungjawab antara raja yang menaungi dan rakyat yang dinaungi, demi kemakmuran dan kemantapan masyarakat sendiri.
6. Bagi menjamin kemurnian sistem, institusi Majlis Raja-raja dan institusi Yang dipertuan Agong, mempunyai struktur dan prosedur yang jelas seperti yang tersusun dalam Perlembagaan Malaysia.
7. Antara susunan terpenting adalah:
a) soal keanggotaan Majlis b) Sistem giliran
c) Sistem pemilihan Yang Dipertuan Agong d) Peraturan persidangan
e) Bentuk dan perlaksanaan kuasa
f) Fungsi dalam proses undang-undang dan pemerintahan negara.
2.1 Aktiviti Tutorial
Bincangkan kepentingan konsep raja berpelembagaan di Malaysia.
MODUL C : Perlembagaan & Proses Politik Subtopik 6 : Peruntukan Istimewa Perlembagaan 1.4 Pengenalan
Peruntukan istimewa yang dibincangkan adalah berkaitan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahsa rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, hak asasi, Islam sebagai Agama Persekutuan,
kewarganegaraan dan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak.
2.0 Peruntukan Istimewa dalam Perlembagaan Malaysia 2.1 Bahasa
- Peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan - Bahasa melayu adalah bahasa rasmi
- Tidak ada sesiapa boleh dilarang daripada menggunakan bahasa asing Rasional
1. Bhs perantaraan – Melaka 2. Mudah dipelajari
3. Tekal – istilah dan sebutan – cina – dialek 4. Tulisan – rumi dan jawi (BI- rumi)
5. Mudah dieja
2.2 Peruntukan Khas Perkara 153
1. Menurut perlembagan Perkara 160 (2) orang melayu – seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu
2. Bumiputra Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu) berhak menerima keistimewaan ini
3. Keistimewaan dari segi perkhidmatan awam, lapangan ekonomi dan pelajaran 2.3 Hak Asasi
Kebebasan diri
Bahagian Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa:
1. Seseorang tidak boleh dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang
2. Seseorang tidak boleh ditahan kecuali penahanannya itu sah di sisi undang-undang
3. Seseorang yang ditangkap atau dituduh melakukan sesuatu perkara berhak mendapat bantuan peguam untuk membela diri
4. Nyawa seseorang itu tidak boleh diambil (dibunuh) kecuali dibenarkan oleh undang-undang
Keabdian dan kerja paksa adalah dilarang
Perkara 6, memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa.
Tetapi undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan untuk mengadakan perkhidmatan kerahan untuk negara.
Kesamarataan di sisi undang-indang
Perkara Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama
Fasal (2)- seseorang warganegara tidak boleh dibezakan atas dasar agama.
Kebebasan bergerak
Perkara 9, Perlembagaan Persekutuan membolehkan rakyat Malaysia 1. Menetap dan bermastautin di semua negeri dalam Persekutuan 2. Bergerak dalam Persekutuan
3. Tidak boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan kecuali atas sebab-sebab berikut:
Menjaga keselamatan Persekutuan
Menjaga ketenteraman awam
Menjaga kesihatan awam
Menghina Negara dan Yang diPertuan Agong semasa berada di luar Negara Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan Persatuan
Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa:
1. Setiap warganegara bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan 2. Setiap warganegara berhak berhimpun secara aman
3. Setiap warganegara berhak menubuhkan persatuan untuk menjalankan aktiviti selaras dengan matlamat penubuhannya seperti yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Kebebasan tersebut akan ditarik balik sekiranya:
Keselamatan awam terancam
Keselamatan Negara tergugat
Keharmonian kaum terganggu
Tidak selaras dengan prinsip Rukun Negara Kebebasan Agama
Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:
1. Setiap orang yang telah dewasa boleh memilih agamanya sendiri.
Walaubagaimanapun, pada 2 Mac 1990, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa seseorang di bawah umur 18 tahun tidak berhak memilih agamanya sendiri
2. Setiap kaum diberikan kebebasan untuk menganuti sesuatu agama. Pada masa yang sama setiap menganut tidak boleh menghina agama lain
3. Setiap orang kan menguruskan hal ehwal agamanya sendiri tanpa diganggu oleh orang lain
Tetapi semua perkara di atas tertakluk kepada:
Undang-undang negeri
Kuasa Raja-raja
Majlis Agama Islam
Perintah Yang diPertuan Agong Hak Untuk Mendapatkan Pendidikan
Perkara 12, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kerajaan harus melakukan perkara-perkara berikut:
1. Mengenakan bayaran yang sama ke atas semua kaum sewaktu pelajar mendaftar diri untuk bersekolah
2.Tidak boleh membezakan warganegara berdasarkan kaum atau tempat lahir sewaktu menyediakan kemudahan persekolahan (kecuali selaras dengan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan)
Hak Terhadap harta
Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan bahawa
1. Harta seseorang warganegara tidak boleh dirampas oleh kerajaan kecuali mengikut undang-undang
2. Jika kerajaan hendak mengambil harta seseorang, maka kerajaan mesti memberikan pampasan yang mencukupi kepada orang tersebut sebagai ganti rugi
2.4 Islam Sebagai Agama Persekutuan - Peruntukan Perkara 3 (1)
- Agama Islam adalah agama bagi persekutuan
- Kebebasan kepada semua orang untuk mengamalkan agama lain dengan cara aman dan harmoni
- YDPA ketua agama Islam di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan, Sabah dan Sarawak.
Kepentingan
Sebagai asas hidup
Agama mengajar kepada kebaikandan melarang melakukan perkara yang jahat
Persefahaman pelbagai agama
1. Berhak jadi pemilih – pilihanraya 2. Ambil bahagian dalam politik
3. Jawatan eksklusif – warganegara sahaja
4. Bebas milik hartanah – keistimewaan pembangunan harta
5. Berhak menerima pelbagai faedah dan kemudahan seperti kebajikan, pelajaran 6. Bebas bergerak dalam seluruh negeri
7. Tidak boleh dibuang negeri Tuntutan
1. Bagi perkhidmatan negara – tentera jika dikehendaki
2. Mematuhi undang-undang dan membantu dalam perjalanan sistem dalam negaranya
3. Menyumbang kepada produktiviti negara 4. Menyertai dan menyokong program nasional
- Peruntukan Bahagian 3, Perkara 14-22, Perkara 23 dan Perkara28
- Cara untuk mendapatkan kewarganegaraan ialah:
1. Jus Soli 2. Jus Sanguinis 3. Kahwin 4. Naturalisasi Tempat lahir –
Wanita asing jadi warganegara
Bagi yang tidak lahir di persekutuan
c) Kewarganegaraan boleh dilucutkan atas sebab berikut:
1. Menolak kewarganegaraan
2. Melakukan perkara – perkara yang salah disisi undang-undang:
a) Warganegara asing
b) Pilihanraya / passport asing c) Kahwin dengan lelaki asing
d) Bertindak –ve / tidak taat kepada Malaysia e) Berniaga/ berhubung dengan negeri musuh
f) Dihukum 5 tahun, penjara 12 bulan denda RM 5000 (bagi yang mendapatkan kewarganegaraan melalui pendaftaran)
g) Berkhidmat kepada negeri lain tanpa kebenaran h) Tinggal di negara asing 5 tahun berturut-turut i) Peroleh kewarganegaraan secara penipuan
j) Warga asing yangberkahwin dengan lelaki warganegara – bercerai dengan suami
2.6 Peruntukan Tambahan Sabah dan Sarawak
1. Per. 161 -menjelaskan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Bumiputera dalam negeri Sabah dan Sarawak
2. Per. 161A – menjelaskan kedudukan istimewa bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak
3. Per. 161 B – sekatan mengenai perluasan hak orang-orang yang tidak bermastautin untuk menjalankan amalan sebagai peguam di mahkamah dalam Negeri-negeri di Sabah dan Sarawak.
4. Per. 161E – Pemeliharaan kedudukan dari segi perlembagaan Negeri-negeri Sabah dan Sarawak.
2.1 Aktiviti Tutorial
Huraikan unsur-unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
Subtopik 9 : Demokrasi Berparlimen dan Proses Pilihanraya