• Tidak ada hasil yang ditemukan

: Kompenen Utama Sistem Kerajaan Malaysia 1.1 Pengenalan

Dalam dokumen Subtopik 1 : Kerajaan Melayu Tradisional (Halaman 21-25)

1. PERINGKAT PERSEKUTUAN

1) Menurut Perlembagaan Persekutuan, Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

2) YDPA adalah simbol Raja Berperlembagaan

3) YDPA adalah lambang Negara, tumpuan kesetiaan dan perpaduan rakyat berbilang bangsa

4) Baginda memerintah atas nasihat Perdana Menteri dan tidak memerintah secara mutlak

5) Perlantikan YDPA adalah dipilih oleh majlis Raja-Raja secara bergilir-gilir 5 tahun sekali

6) YDPA adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera

7) YDPA adalah ketua agama Islam bagi negeri yang tidak punyai Sultan (P.Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak)

YDPA bertindak berdasarkan budi bicara (Perkara40 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia)

 Bertindak mengikut budibicaranya melantik Perdana menteri

 Budibicara tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen

 Budibicara memanggil mesyuarat Raja-Raja Melayu utk membincangkan hak dan kedudukan istimewa raja-raja melayu

 dan dlm apa-apa hal lain yang terkandung dalam Perlembagaan Bidang kuasa YDPA

 Melantik hakim

 Menangguh, memberi keampunan dan meringankan hukuman kpd pesalah

 YDPA boleh mengisytiharkan darurat

 Berkuasa memelihara hak keistimewaan kaum bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

 Baginda berkuasa utk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen

 Berkuasa memperkenankan rang undang-undang yang dibuat di Dewan Parlimen

 Perlembagaan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memperoleh apa-apa maklumat tentang pemerintahan negara seperti yang boleh didapati oleh jemaah menteri

 Baginda mempunyai kuasa pengampun bagi pesalah-pesalah yang menerima hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan

 Melantik orang-orang tertentu untuk jawatan-jawatan berikut:

a) Peguam Negara b) Juruaudit Negara

c) Ketua Turus Angkatan Tentera

d) Ahli-ahli suruhanjaya e) Ketua Hakim Negara f) Hakim-hakim Besar

g) Hakim Mahkamah Persekutuan h) Hakim Mahkamah Tinggi

i) Jawatan-jawatan Khas seperti Ketua-ketua Jabatan (atas nasihat sebuah Suruhanjaya)

Perkara tidak wajar dilakukan oleh YDPA (Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan Malaysia)

 Tidak boleh menjalankan tugas-tugas raja di negerinya

 Tidak boleh pegang sebarang jawatan yang bergaji

 Tidak boleh berniaga

 Tidak boleh menerima apa-apa emolumen sebagai raja di bawah perlembagaan @ undang-undang negeri baginda

 Tidak boleh tinggalkan persekutuan selama lebih 15 hari tanpa dapat persetujuan dari MRR kecuali atas urusan rasmi negara

2. PERINGKAT NEGERI

 Kuasa pentadbiran di peringkat negeri dipegang oleh Raja/sultan dan Yang Dipertua Negeri bagi Sabah, Sarawak, P.Pinang dan Melaka.

 Sultan / YDP negeri memerintah mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan

 Baginda memerintah dengan nasihat daripada Ketua Menteri/ menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) di Semenanjung, di Sabah dikenali sbg Kabinet Menteri dan di Sarawak dikenali sbg Majlis Tertinggi

 Tugas sultan ialah memanggil, menangguh dan membubarkan Dewan Undangan negeri.

 Sultan tiada kuasa mengisytiharkan darurat

 Sultan berkuasa menangguh, meringan dan memberi keampunan kpd pesalah negerinya setelah mendapat nasihat drpd Jemaah Keampunan

Kuasa Raja/Sultan/Yang Dipertuan Besar

 Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan, tiap-tiap Raja/ yang Dipertua Negeri akan mendapat kedudukan utama dalam negeri masing-masing. Mengikut Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan, kuasa raja adalah seperti berikut 1. Baginda bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

2. Baginda berhak mendapat maklumat berkenaan dengan Kerajaan Negeri

3. Raja boleh bertindak menurut budi bicara baginda untuk :

 Melantik seorang Menteri Besar

 Tidak menyetujui permintaan membubarkan Dewan

Perundangan Negeri

 Meminta supaya dijalankan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja

 Melantik Waris dan Pemangku Raja

 Melantik orang memegang pangkat dan anugerah Raja

 Raja adalah ketua Agama Islam bagi negeri baginda

 Baginda ialah sebahagian daripada Badan Perundangan Negeri

 Baginda Pengerusi Jemaah Pengampunan di negeri baginda Kedudukan Yang Dipertua Negeri

 Mengikut Jadual Kelapan, Bahagian Pertama, Perkara 19A, kedudukan Yang Dipertua Negeri ialah seperti berikut:

1. Yang Dipertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Ketua Menteri negeri berkenaan

2. Yang Dipertua Negeri dilantik selama 4 tahun dan boleh dilantik untuk 2 penggal

3. Seorang warganegara secara kemasukan atau secara pendaftaran, tidak boleh dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri

4. Yang Dipertua Negeri boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah dipersetujui dan disokong oleh undi tidak kurang daripada 2/3 daripada jumlah bilangan ahli-ahlinya

Yang Dipertua Negeri menjalankan tugas-tugas berikut:

 Melantik Ketua Negeri dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

 Membuka persidangan Dewan Perundangan Negeri

 Melantik majistret

 Menganugerahkan pingat kebesaran negeri 3. MAJLIS RAJA-RAJA

 Majlis Raja-Raja ditubuhkan pada tahun 1948

 Majlis ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam susunan hierarki Kerajaan Persekutuan

 Ianya merupakan platform terbaik bagi Sultan/Yang Dipertua Negeri yang merupakan ketua negeri berbincang dengan wakil kerajaan pusat (Perdana Menteri) dan wakil kerajaan negeri (Menteri Besar/ Ketua Menteri) mengenai hal ehwal rakyat dan negara

 Majlis Raja-raja akan bersidang selama 3 atau 4 kali setahun.

 Setiap persidangan berlangsung selama 3 hari.

 Raja/ sultan dan Yang Dipertua Negeri akan diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing.

 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah Setiausaha Majlis Raja-Raja

 Majlis Raja-Raja juga akan mengadakan persidangan khas (jika perlu) dan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Ahli-ahli Majlis Raja-Raja

 Sultan

 Yang Dipertuan Besar

 Yang Dipertua Negeri

Pihak yang terlibat dengan tugas-tugas Majlis Raja-Raja

 Raja-raja

 Yang Dipertua Negeri kecuali sewaktu pemilihan YDPA

 Perdana Menteri

 Menteri Besar dan Ketua Menteri

 Wakil raja-raja jika raja tidak hadir

 Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tugas-tugas Majlis Raja-Raja

 Memilih dan memecat YDPA

 Memilih dan memecat Timbalan YDPA

 Mempersetujui atau tidak apa-apa amalan agama dalam seluruh Persekutuan

 Mempersetujui atau tidak apa-apa rang Undang-undang yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja

 Menimbang soal-soal tentang dasar negara

 Perlu diambil perhatian bahawa hanya raja-raja berhak mengundi dalam hal perlantikan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

 Persetujuan Majlis Raja-Raja harus diperoleh bagi sesuatu undang-undang yang mengubah sempadan sesebuah negeri atau berkaitan dengan kedudukan raja-raja, perlembagaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

Perkara penting dalam cara pemilihan Yang di-Pertuan Agong

 Hanya raja-raja yang boleh dicalonkan

 Hanya raja-raja yang boleh mengundi

 Seseorang raja tidak boleh dipilih menjadi YDPA sebanyak dua kali berturut-turut sehingga raja dari setiap negeri yang bersedia dan layak telah diberi peluang menjadi Yang di-Pertuan Agong

 Seseorang raja adalah layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa raja berkenaan adalah tidak sesuai untuk menjalankan tugas YDPA disebabkan oleh kelemahan akal atau sebab-sebab lain

PARLIMEN

 Parlimen merupakan lambang demokrasi berparlimen

 Parlimen merupakan badan perundangan yang berperanan menggubal undang-undang Negara

 Parlimen terdiri daripada YDPA, Dewan Negara & Dewan Rakyat

 Dewan Rakyat bertindak sebagai penggubal undang-undang

Yang di-Pertuan Agong

Dewan Negara Dewan Rakyat

Dalam dokumen Subtopik 1 : Kerajaan Melayu Tradisional (Halaman 21-25)

Dokumen terkait