MODUL A : Sejarah Perjuangan Kemerdekaan
Subtopik 1 : Kerajaan Melayu Tradisional 1.1 Pengenalan
Kerajaan Melayu tradisional yang akan dibincangkan dalam mata pelajaran ini adalah Kesultanan Melayu Melaka. Namun ianya tidak menafikan bahawa telah wujud kerajaan awal di Tanah Melayu seperti Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Chih Tu di Kelantan, Kerajaan Tan-Tan di Terengganu, Kerajaan Lo-Yueh di Selatan Tanah Melayu dan Kerajaan Gangga Negara di Perak.
1.2 KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kerajaan ini muncul sebagai pewaris kepada kerajaan Srivijaya yang wujud sekitar kurun ke-7 hingga ke-13
Pengasasnya adalah Parameswara (putera Raja Srivijaya) yang melarikan diri dari Srivijaya kerana diserang kerajaan Majapahit
Beliau mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-14
Melaka mencapai keagungan pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477)
1.2.1 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEGEMILANGAN FAKTOR GEOGRAFI
Pelabuhan terlindung dari tiupan angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut
Angin membantu pedagang belayar
Terletak di tengah-tengah jalan perdagangan barat dan timur FAKTOR POLITIK / PENTADBIRAN
Keselamatan dan ketenteraan yang lengkap
Sistem undang-undang Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka bantu keamanan
Sistem perbendaharaan tersusun
Sistem matawang
Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
Peranan pembesar-pembesar spt Tun Perak, Hang Tuah
Pusat penyebaran ilmu pengetahuan
Terdapat kemudahan di pelabuhan FAKTOR EKONOMI
Dilimpahi kemewahan barangan luar (sutera, kayu cendana, kain, cengkih, wangian, mutuiara, batu jed )
Kekayaan hasil serantau
Melaka kaya dengan hasil bumi
Pelabuhan entrepot – pusat kumpul & penyebaran barang-barang FAKTOR PENYEBARAN AGAMA ISLAM
Sultan memeluk agama Islam
Saudagar Islam menyebarkan agama Islam semasa berdagang KESELAMATAN
Hubungan rapat Melaka dengan China. Perlindungan secara rasmi (1405) selepas Maharaja Yunglo mengiktiraf Parameswara sbg Raja Melaka
Perlindungan China membolehkan Melaka berkembang pada tahap awal tanpa serangan daripada Siam
Pedagang mudah berdagang kerana jaminan keselamatan
Peranan orang laut dalam membantu menjaga keselamatan perairan pelabuhan
1.2.2 SISTEM PEMERINTAHAN
Berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan
Tugas utama mereka adalah membantu sultan dalam pentadbiran negeri
Empat pembesar utama adalah Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung
& Laksamana
Selain pembesar Empat, sistem pemerintahan Melaka dibantu juga oleh kumpulan Pembesar 8, Pembesar 16 dan Pembesar 32
TUGAS DAN PERANAN PEMBESAR
Sultan
Ketua Pemerintah
Kuasa penuh dalam pentadbiran Boleh menjatuhkan hukuman mati Ketua agama Islam
Berkuasa melantik pembesar-pembesar negeri
Kadangkala mengetuai angkatan tentera semasa peperangan
Bendahara
Pegawai yang paling penting dan berpengaruh Perdana menteri
Penasihat utama Sultan
Memangku pemerintahan semasa tiada sultan Ketua komander tentera
Bertanggungjawab bagi pertahanan Negara Ketua pentadbir keadilan (Ketua Hakim)
Bendahara akan menaiki takhta kerajaan sekiranya raja mangkat tanpa waris
Penghulu Bendahari
Menteri Kewangan Memungut cukai
Menjaga bangunan istana
Merekod bilangan hamba abdi raja
Menyediakan senarai jemputan utk upacara, perhiasan balairung &
makanan
Ketua kepada pegawai kastam & syahbandar Ketua istiadat & acara rasmi diraja
Ketua Polis Negara
Mengekalkan keamanan negeri Membina penjara
Temenggung
Menangkap penjenayah & menjalankan hukuman mati Sistem sukat & timbang yang betul
Memastikan jalan-jalan berada dlm keadaan baik Ketua protokol
Ketua Majistret
Laksamana
Ketua Angkatan Laut
Menjamin keselamatan di perairan Melaka Keselamatan peribadi sultan & bendahara Ketua utusan raja ke seberang laut
Semasa ketiadaan bendahara, laksamana mengetuai angkatan perang
1.2.3 FAKTOR KEMEROSOTAN FAKTOR DALAMAN
Ketiadaan kepimpinan yang cekap setelah kematian Bendahara Tun Perak
Pemerintahan yang lemah. Sultan Mahmud Syah adalah sultan yang lemah, zalim, suka berfoya-foya
Amalan rasuah berleluasa dan amalan fitnah-memfitnah
Rakyat berpecah-belah dan tidak bersatu-padu
Pasukan tentera lemah kerana tiada laksamana sehebat Hang Tuah.
Cukai yang tinggi
Kezaliman, keangkuhan dan kerendahan moral golongan atasan menyebabkan berlakunya pengkhianatan di kalangan Masyarakat Jawa, Gujerati dan Cina
FAKTOR LUARAN
Tentera Portugis berjumlah 1,100 orang (800 Portugis dan 300 Malabari).
Mereka terlatih, berdisiplin dan tahu cara berperang dengan orang Islam
Portugis mempunyai kapal-kapal perang yang lengkap dan terbaik pada zaman tersebut
Melaka tidak bersedia mempertahankan diri.
Kelemahan Melaka sentiasa diberitahu oleh pihak-pihak yang khianat
Portugis mengasaskan perjuangan mereka atas 4 prinsip iaitu Gospel (Injil atau mengembangan agama Roman Catholic), glory (Kecemerlangan buat raja dan Portugal), Gold (emas dan harta rampasan) dan Geography (peluang di Afrika dan Asia yang masih belum diteroka)
Penemuan perjalanan laut melalui Tanjung Harapan oleh Bartholomew Diaz`
1.3 Aktiviti
Apakah iktibar yang diperolehi oleh kita berdasarkan faktor kejatuhan Empayar Melayu Melaka.
Subtopik 2 : Zaman Penjajahan 1.1 Pengenalan
Secara umumnya Tanah Melayu pernah melalui zaman penjajahan yang meliputi empat peralihan kuasa. Terawal berlaku di Melaka dan berikutnya terhadap keseluruhan Tanah Melayu itu sendiri.
PENJAJAH-PENJAJAH TANAH MELAYU Portugis (1511 – 1641)
Belanda (1641) British (1786 – 1942) Jepun (1942 – 1945) British (1945 – 1957)
Penjajah Tempoh Catatan
Portugis 1511-1641
(130 tahun) Tertumpu di Melaka
Mendapat tentangan daripada orang melayu Melaka
Peninggalan seperti binaan, bahasa, tarian &
suku kaum serani Belanda 1641-1824
(183 tahun) Tertumpu di Melaka
Menawan Melaka hanya untuk memajukan pelabuhan Betawi & hapuskan pengaruh, ancaman Portugis
Lebih tertumpu di Indonesia Inggerís 1824 – 1957
(123 tahun) Menjajah keseluruhan negeri Tanah Melayu
Meninggalkan banyak kesan terhadap sistem politik, ekonomi, sosial negara
Memberi kemerdekaan kepada negara
Penentangan berpanjangan oleh orang Melayu
Siam 1821-1909
(88 tahun) Telah lama menaungi negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu, tetapi dari sejarah ianya dicatatkan bermula pada 1821
Tertumpu kepada negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu seperti Perlis, Kedah , Terengganu dan Kelantan
Kesannya agak jelas di negeri-negeri tersebut khususnya dari segí agama (Buddha) dan kesenian
Jepun 1942-1945
(3 ½ tahun) Menjajah keseluruhan Tanah Melayu
Banyak meninggalkan kesan terhadap kehidupan rakyat dan integrasi kaum
Mendapat tentangan daripada penduduk negara ini
PORTUGIS
Menduduki Melaka selama 130 tahun
Alfonso de Albuqueque, wizurai yg bertanggungjawab mengurus pentadbiran Protugis di Melaka telah membina kota A Famosa utk melindungi Melaka daripada ancaman musuh
Sistem pemerintahan Portugis adalah berbentuk militer (ketenteraan) BELANDA
Belanda berdagang di Kepulauan Melayu bertujuan untuk menguasai bahan rempah, pala dan cengkih
Pada 1619, Belanda menguasai Betawi di Pulau Jawa. Bermula drpd pelabuhan Betawi, Belanda melancarkan serangan untuk memusnahkan Melaka dan menyingkirkan Portugis
Mendapat bantuan drpd Kerajaan Johor yg ingin membalas dendam
BRITISH
Penjajahan British bermula apabila Francis Light membuka Pulau Pinang pada 1786 dan Singapura pada 1819 oleh Stamford Raffles
Berikut ádalah kronologi penjajahan British secara ringkas
Tahun Peristiwa
1786 Francis Light membuka Pulau Pinang 1819 Stamford Raffles membuka Singapura
1824 Inggerís menerima Melaka daripada Belanda akibat daripada Persetiaan Inggerís- Belanda
1826 Pulau Pinang, Singapura dan Melaka disatukan dalam satu unit pentadbiran dinamakan Negeri-Negeri Selat
1841 James Brooke mengambil Sarawak
1874 Campur tangan British di Perak melalui Perjanjian Pangkor 1874 Campur tangan British di Sungai Ujong
1878 Raja Brunei menyerahkan kawasannya di Sabah kepada Inggerís 1888 Campur tangan Inggerís di Pahang
1896 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan melibatkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
1909 Perjanjian Bangkok. Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terangganu kepada British (Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu)
1914 Johor menerima penasihat Inggerís
1945 Pentadbiran Tentera British ditubuhkan (BMA) 1946 Malayan Union ditubuhkan di Tanah Melayu
1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan menggantikan Malayan Union 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
SEBAB-SEBAB CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU
Pada tahun 1874 British telah campurtangan di Perak, Selangor & Sungai Ujong
Campurtangan ini disebabkan oleh interaksi beberapa faktor di Eropah &
Semenanjung Tanah Melayu
Faktor –faktor ekonomi
Akibat Revolusi Perindustrian, Britain memerlukan bahan mentah
Keperluan bijih timah bagi perusahaan mengetin
Perak & Selangor kaya dengan bijih timah
British mengalami kekurangan bijih timah di Cornwall, England
248 pedagang Cina menandatangani sepucuk surat rayuan (Mac 1973) yg meminta British campurtangan di negeri-negeri Melayu
Kebimbangan Campurtangan Kuasa Asing
Pada tahun 1870an Itali, Jerman & Rusia berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan
Pembukaan Terusan Suez (1869) mempertingkatkan minat mereka
Menjelang 1870an Belanda telah memperluaskan kuasanya di Indonesia, Perancis di Indo-China & Sepanyol di Filipina
Britain khuatir kuasa-kuasa ini akan menggunakan keadaan huru-hara di Tanah Melayu sebagai alasan untuk campurtangan
Keadaan Anarki (huru-hara)
Pada tahun 1860an dan 1870an, negeri Melayu di Pantai Barat mengalami keadaan huru hara
Ianya disebabkan perebutan kuasa/takhta kerajaan, pergaduhan kongsi gelap &
perlanunan
Huru-hara ini juga mengancam keselamatan dan pelaburan British di Negeri-negeri Selat
Perubahan politik di Britain
Parti Konservatif yang menyokong dasar imperialisme pengaruhi politik British
Pada awal 1870an terdapat perubahan dlm kakitangan Pejabat Tanah Jajahan &
Kabinet British
Golongan ini menyokong dasar campurtangan untuk lindungi kepentingan British Peranan Sir Andrew Clarke
Sir Andrew Clarke (Gabenor Negeri Selat) merupakan sebab efektif bagi campurtangan British di negeri Melayu (di Perak, Selangor dan Sg Ujong)
TOKOH PEJUANG PERINGKAT AWAL
Negeri / kawasan Tokoh pejuang
Perak Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor Pahang Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau
Naning Dol Said
Sarawak Rentap, Sharif masahor, Abdul Ghafur, Asun, Banting
Kelantan Tok Janggut
Sabah Mat Salleh, Antanum
SISTEM RESIDEN
Diperkenalkan pada tahun 1874 di Perak, Selangor dan Sungai Ujong
Diperluaskan ke Pahang (1888), Negeri Sembilan (1895) & Johor (1914)
Sultan akan memerintah negerinya dengan nasihat seorang pegawai British yang digelar Residen
Sultan mesti mematuhi nasihat Residen dalam semua perkara kecuali yang menyentuh agama & adat istiadat orang Melayu
Kejayaan sistem Residen bergantung kepada peribadi Residen & kerjasama daripada sultan dan para pembesar Melayu
British menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri bagi memperoleh kerjasama sultan dan pembesar Melayu
Di Perak & Pahang, Sistem Residen ditentang oleh orang Melayu
NEGERI-NEGERI SELAT(NNS)
Ditubuhkan pada 1826
Terdiri daripada Singapura, Melaka dan Pulau Pinang
Diletakkan di bawah pentadbiran SHTI yang berpusat di India
Ketua pentadbir ialah Gabenor yang bertanggungjawab kepada Gabenor Jeneral di India
Pada 1832 pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan dr Pulau Pinang ke Singapura
Pada tahun 1867 NNS telah diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat tanah Jajahan (London)
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
Melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yg dikuatkuasakan pd tahun 1896, negeri-negeri Perak, Selangor, N Sembilan & Pahang disatukan
Sebab-sebab Penubuhan NNMB Masalah Kewangan Pahang
Hasil pendapatan Pahang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan pentadbiran
Negeri-negeri kaya spt Perak & Selangor boleh membantu memberi bantuan kewangan
Keseragaman & Kecekapan Pentadbiran
Penyatuan ini akan menyeragamkan pentadbiran dan meningkatkan kecekapan
Penyatuan perkhidmatan spt pendidikan & undang-undang akan menjimatkan perbelanjaan
Mengawal Kuasa Residen
Keperluan mengawal kuasa Residen – elakkan penyalahgunaan kuasa Faktor keselamatan
Meningkatkan keselamatan dan kekuatan tentera British
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)
Gabungan terbentuk pada tahun1909 apabila British menandatangani Perjanjian Bangkok dengan Siam.
Terdiri daripada Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan
Kemudian pada tahun 1914, Negeri Johor menyertai gabungan ini
Raja-raja NNMTB lebih punyai kuasa kerana kuasa penasihat British tidak seluas seperti kuasa di NNMB
JEPUN
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 3 tahun setengah bermula pada 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945
Pemerintahan jepun berasaskan slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’
FAKTOR PENDUDUKAN JEPUN
Persediaan-persediaan peperangan oleh Jepun dengan mengumpulkan maklumat tentang sistem pertahanan British di Tanah Melayu
Kelemahan pertahanan laut British setelah tenggelamnya kapal Prince of Wales dan Repulse
Ketidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan
Menggunakan taktik peperangan yang lebih baik, tentera Jepun yang terlatih dan pemimpin tentera yang berkebolehan
Tentera British tidak mempunyai semangat berperang yg tinggi dan masih mentah KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN
Politik
Memberi kesedaran politik kepada penduduk tempatan untuk capai kemerdekaan
Orang Melayu banyak memperoleh peluang dan pengalaman berkaitan pentadbiran
Kesedaran masyarakat tempatan tentang kelemahan dan kekurangan British
Semarakkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Sosial
Penindasan kepada penduduk cina
Ramai terpaksa menjadi buruh paksa untuk membina jalan keretapi maut Thailand dan Burma
Negara kekurangan bekalan beras. Penduduk terpaksa makan apa sahaja makanan sebagai ganti kepada beras
Perasaan permusuhan antara kaum Melayu dan Cina Ekonomi
Kemerosotan ekonomi
Perusahaan bijih timah dan getah merosot
Nilai mata wang negara jatuh
Barang keperluan sukar diperolehi
Soalan
1. Namakan residen-residen bagi negeri di bawah.
a) Perak b) Pahang c) Selangor
2. Apakah kesan-kesan pendudukan Jepun dari segi sosial?
3. Secara kesimpulannya, pada pendapat anda, apakah sebab utama campur tangan asing di dalam negara kita?
Subtopik 3 : Perjuangan Kemerdekaan
1.1 Pengenalan
Pada tahun 1942, semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu bertambah subur.
Faktor-faktor luar memainkan peranan penting dalam pengukuhan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
1. Pengaruh dari Nasionalisme Filipina yang berjaya mengusir penjajah Sepanyol.
2. Perang Rusia Jepun telah memberi kesan yang mendalam terhadap semangat orang-orang Melayu untuk bangkit menentang penjajahan kuasa Barat.
3. Pengaruh dari Gerakan Pemuda Turki yang berjaya menebus kembali imej Turki.
4. Pengaruh dari Sarekat Islam Indonesia yang telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia dan juga tanah Melayu.
Sungguhpun, semangat nasionalisme dan perjuangan orang Melayu di Tanah Melayu tidak begitu menonjol pada tahun 1942, namun penglibatan golongan intelek Melayu amat ketara sekali.
1.1.2 Kesedaran Nasionalisme 1942 1.1.2.1 Golongan Berpendidikan Agama
1. Pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20, terdapat ramai penuntut Melayu yan telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Modenisme Islam yang diperkenalkan oleh Muhammad Abduh pada waktu itu telah mempengaruhi pelajar-pelajar Melayu tersebut. Mereka terdiri dari Mohd Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi, Haji Abbas Mohd Taha dan Sheikh Mohd Salim A. Kalili.
2. Bagi menyebarkan idea atau pemikiran baru dalam Islam, penuntut-penuntut tersebut telah menerbitkan Majalah Al-Imam. Majalah ini menyiarkan rencana dan tulisan yang bertujuan menyedarkan orang-orang Melayu dan mengesyorkan cara-cara untuk mengatasi kemunduran orang Melayu.
3. Mereka yang menerima fahaman Muhammad Abduh ini digelar sebagai Kaum Muda. Bagi mereka yang berpegang kepada ajaran Islam lama digelar Kaum Tua.
Golongan Kaum Muda ini mendapat tentangan daripada Kaum Tua.
4. Pengaruh Kaum Muda tidak dapat berkembang di Negeri-negeri Melayu kerana pengaruh Kaum Tua masih kukuh dan berkuasa dalam Majlis Agama Islam di setiap Negeri Melayu.
5. Kaum Muda hanya dapat menyebarkan pengaruh mereka di Negeri-negeri Selat sahaja. Bagi memperluaskan pengaruhnya, Kaum Muda telah mendirikan sekolah-sekolah, contohnya Madrasah Al- Masyur di Pulau Pinang, Madrasah Al- Hadi di Melaka dan Madrasah Al-Iqbal di Singapura.
6. Pertikaian antara Kaum Muda dan Kaum Tua ini telah menyedarkan orang-orang Melayu bahawa mereka mesti menggunakan kebijaksanaan mereka dalam
membuat keputusan- bahawa orang Melayu tidak mahu dijajah dan hidup dalam kemunduran selama-lamanya.
1.1.2.2 Golongan Berpendidikan Melayu
1. Golongan yang kedua ini adalah elit Melayu atau golongan yang berpendidikan Melayu. Kesan dari system pendidikan secular Inggeris, terdapat satu kelas elit Melayu yang dianggotai oleh guru-guru yang berkelulusan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim, Perak.
2. MPSI merupakan pusat yang melahirkan ramai nasionalis Melayu, iaitu Ibrahim Yaakub, Harun Aminurrashid, Isa Mahmud dan lain-lain.
3. Pada tahun 1929-1930, golongan elit Melayu ini telah menubuhkan pertubuhan yang berbentuk politik iaitu Ikatan Pemuda Pelajar, kesan dari pengaruh dan perjuangan Parti Nasional Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno.
4. Pada tahun 1938, Ibrahim Yaacob telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda.
Motif perjuangan pertubuhan ini ialah untuk melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan Inggeris.
5. Pertubuhan ini berhasrat untuk menggulingkan pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu dengan tindakan yang keras.
6. Ini merupakan sifat yang radikal pertubuhan itu. Pemimpin-pemimpin pertubuhan ini berhasrat untuk menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah panji Melayu Raya, andainya mereka berjaya menumpaskan kuasa penjajah.
Perjuangan yang amat radikal ini menyebabkan pihak Inggeris menganggap mereka sebagai pejuang berhaluan kiri.
7. Menjelang Perang Dunia Kedua, Perjuangan Kesatuan Melayu Muda )KMM) menjadi lemah akibat ramai pemimpin kesatuan ni telah ditangkap oleh pihak Inggeris.
8. Kelemahan KMM semakin ketara apabila Tanah Melayu diduduki oleh Jepun pada tahun 1942-1945.
9. Namun demikian, KMM telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu di sepanjang tahun-tahun 1941-1942.
1.1.2.3 Golongan Berpendidikan Inggeris
2. Golongan berpendidikan Inggeris merupakan golongan ketiga yang turut memberi sumbangan dalam perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
3. Golongan ini mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris di Negeri-negeri Selat. Golongan ini menyedari bahawa dasar Inggeris di Tanah Melayu telah membawa orang-orang Melayu dalam serba-serbi terutamanya dalam bidang ekonomi.
4. Golongan ini telah melahirkan pejuang iaitu Eunos Abdullah.
5. Pada tahun 1926, Eunos Abdullah telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Tujuan KMS ialah menggalakkan orang-orang Melayu menceburkan diri dalam bidang pentadbiran dan politik, memperjuangkan nasib orang-orang
Melayu, membantu anak-anak Melayu mendapat pendidikan akademik dan teknikal yang lebih tinggi.
6. KMS juga telah mendesak Kerajaan Inggeris memberi biasiswa kepada anak-anak Melayu.
7. Hasil daripada perjuangan KMS Kerajaan Inggeris telah memperuntukkan sebuah kawasan di Singapura bagi mendirikan sekolah pertukangan untuk pelajar-pelajar Melayu. Perjuangan KMS ini telah mendorong pemimpin-pemimpin Melayu di negeri lain bagi menubuhkan kesatuan di negeri masing-masing.
8. Antaranya Kesatuan Melayu Melaka, Kesatuan Melayu Pulau Pinang dan Kesatuan Melayu Selangor.1
1.1.3 Gerakan Berorganisasi Menentang Penjajahan 1.1.3.1 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
2. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan pada Oktober 1945.
Pengasasnya ialah Ahmad Boestaman.
3. Pemimpin parti ini terdiri daripada Mokhtaruddin Laso, Dahari Ali, dan Dr.
Burhanuddin Helmi.
4. Pada tahun 1946, Dr. Burhanuddin Al Helmy dilantik sebagai presiden PKMM.
5. Ideologi mereka ialah supaya Tanah Melayu bergabung dengan Indonesia bagi mencapai kemerdekaan.
1.1.3.2 ASAS 50
1. Kumpulan ini juga turut bergiat memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air.
2. Tokoh yang menyertai kumpulan ini adalah seperti Asraf, Keris Mas, Tongkat Warrant dan Mansuri S.N
3. Mereka menyokong perjuangan ini melalui kegiatan sastera. Mesej disampaikan melalui media massa dan juga penulisan.
4. Matlamat ASAS 50 ialah kemerdekaan Tanah Melayu dan bergabung dengan Indonesia di bawah konsep “Melayu Raya”.
1.1.3.3 Hizbul Muslimin
1. Ianya juga merupakan satu kumpulan politik yang aktif di ambang kemerdekaan.
2. Hizbul Muslimin di asaskan di Gunung Semanggol, Perak.
3. Ustaz Abu Bakar Al-Bakir adalah ketua bagi pertubuhan ini.
4. Matlamat pertubuhan ini adalah mewujudkan sebuah Negara Islam.
5. Pada tahun 1951, Hisbul Muslimin telah mengasaskan sebuah parti politik yang dinamakan Parti Islam Se Malaya (PAS)
1.1.3.4 Parti Malaya Merdeka 1. Ditubuhkan pada Ogos 1951.
2. Matlamat parti ini adalah menyatukan semua kaum di Tanah Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
3. Parti ini tidak mendapat sokongan daripada masyarakat cina.
4. 1953 parti ini telahpun dibubarkan.
1.1.3.5 Parti Negara
1. 1954, Dato’ Onn Jaafar telah menubuhkan Parti Negara.
2. Matlamat Parti ini ialah untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu serta memperjuangkan kemerdekaan PTM dalam tempoh lima tahun.
1.1.3.6 Parti Buruh SeMalaya 1. Ditubuhkan Pada Jun 1952.
2. Bertujuan untuk memperjuangkan kaum pekerja di Tanah Melayu.
1.1.3.7 Parti Progresif Perak
1. Parti ini kemudiannya ditukar kepada Parti Progresif Rakyat.
2. Ditubuhkan pada Januari 1953.
1.1.3.8 Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
1. Diasaskan oleh Leong Yew Koh dan Kolonel Lee Hau-Shik pada 27 Februari 1949.
2. Presiden pertama MCA ialah Tan Cheng Lock.
3. Tujun penubuhannya ialah untuk menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu.
4. Melindungi hak dan kepentingan orang-orang Cina.
5. Bekerja dengan kerajaan untuk menentang kegiatan komunis.
6. Bekerjasama dengan kaum-kaum lain bagi memperjuangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
1.1.3.9 Kongres India Tanah Melayu (MIC) 1. Ditubuhkan pada Ogos 1946 oleh John Thivy.
2. Matlamat penubuhan ialah melindungi kepentingan kaum India di Tanah Melayu.
1.1.3.10 UMNO
1. Ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Ianya merupakan hasil hari Kongres Melayu SeMalaya yang telah di adakan di Johor Bahru.
2. Tujuan penubuhan ialah bagi menyatukan orang-orang Melayu bagi menentang Malayan Union.
3. Tujuan yang lain ialah bagi menjaga hak dan kepentingan orang-orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
4. UMNO juga memperjuangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
1.1.3.11 Parti Perikatan
1. Ditubuhkan pada Januari 1952.
2. Ianya ditibuhkan bagi menghadapi Pilihanraya Majlis Bandaran Kula Lumpur pada Februari 1952. Pada peringkat awal hanya melibatkan gabungan antara MCA dan UMNO sahaja.
3. Pada tahun 1955, MIC menyertai Perikatan.
4. Objektif utama penubuhan Parti Perikatan ialah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan memenangi pilihanraya Umum 1955.2
1.1.4 Malayan Union
1. British pulang semula ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
2. Pada 1 April 1946, rancangan penubuhan Malayan Union dibuat.
3. Sebab-sebab British ingin menubuhkan Malayan Union adalah untuk : a) Supaya Tanah Melayu dapat disatu dan ditadbirkan dengan berkesan.
b) Senang mempertahankan Tanah Melayu semasa peperangan
c) Pengeluaran dan pengusahaan bijih timah dan getah dapat diteruskan.
4. Pegawai yang bertanggungjawab untuk mendapatkan persetujuan Sultan-sultan Melayu adalah Sir Harold MacMichael. Walau bagaimanapun kaedah yang digunakan oleh beliau adalah menerusi kekerasan dan paksaan.
5. Sebab-sebab bantahan dibuat terhadap Malayan Union : a) Kuasa politik dan kedaulatan sultan terhapus.
b) Orang bukan Melayu mudah mendapat kewarganegaraan.
c) Orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu.
d) Prinsip “jus soli” yang merujuk kepada amalan pemberian kewarganegaraan terhadap semua yang lahir di Tanah Melayu secara automatik. Ianya memberikan hak kepada semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu selama sepuluh daripada lima belas tahun sebelum 15 Februari 1942.
e) Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British sepenuhnya.
6. Dalam perlembagaan Malayan Union, semua negeri Mmelayu serta Pulau Pinang dan Melaka serta Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu pemerintahan pusat.
7. Malayan Union ini akan diperintah oleh seorang Gabenor British dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan.
8. Singapura tidak dimasukkan dalam Malayan Union tetapi menjadi Tanah Jajahan Mahkota British yang berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British.
9. Kedaulatan sultan-sultan Melayu telah dihapuskan. Mereka cuma menjadi raja kehormat sahaja. Sultan hanya berkuasa dalam soal-soal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
10. Majlis-majlis Negeri dikekalkan bagi menguruskan hal-ehwal kerajaan tempatan.
Majlis-majlis ini berada di bawah kawalan pemerintahan pusat.
11. Pada peringkat awal, orang Melayu menunjukkan rasa tidak puas hati mereka melalui akhbar seperti Majlis dan Utusan Melayu.
12. Kemudiannya penentangan menjadi lebih aktif dan agresif. Usaha yang menonjol kelihatan apabila Dato’Onn Jaafar, Presiden Persatuan Melayu Johor telah membuat persidangan bersama 41 buah pertubuhan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.
13. Hasil daripad persidangan yang dilakukan berkenaan, UMNO ataupun Pertubuhan Melayu Bersatu ditubuhkan secara rasminya pada 11 Mei 1946 dengan Dato’ Onn sebagai presiden.
14. Walaupun mendapat tentangan Malayan Union masih tetap dilancarkan.
15. 11 April 1946, Malayan Union dirasmikan dan Sir Edward Gent merupakan gabenornya.
16. Masyarakt tempatan daripada orang Melayu telah memulaukan dan tidak menghadiri majlis perlantikan gabenor.
17. Mereka berkabung selama seminggu dengan melilit kain putih pada songkok sebagai bantahan.
18. Malayan Union akhirnya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948.
1.1.5 Persekutuan Tanah Melayu
1. Mengikut perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, ahli-ahli negeri adalah sama seperti mana yang diperuntukkan dalam Malayan Union.
2. Singapura menjadi tanah jajahan British yang berasingan.
3. Kerajaan Persekutuan terdiri daripada seorang pesuruhjaya Tinggi British yang dilantik oleh Kerajaan British, sebuah Majlis Undangan Persekutuan yang mempunyai 75 orang ahli (sebanyak 50 orang ahli tidak rasmi dan kebanyakkannya terdiri daripada orang Melayu) dan sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan yang mempunyai ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi.
4. Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai kuasa tertinggi dalam kerajaan Persekutuan.
5. Sultan-sultan diberikan semula hak-hak utama dan kuasa ke atas negeri-negeri mereka seperti pada masa sebelum perang. Sultan mempunyai hak kuasa memerintah negerinya dengan bantuan sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan sebuah Majlis undangan Negeri yang dianggotai oleh ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi.
6. Perkara seperti kerajaan tempatan, kesihatan, pendidikan, tanah dan pertanian adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Undangan Negeri mesti mendapat persetujuan sultan.
7. Syarat kewarganegaraan telahpun diperketatkan. Seorang yang layak mendapat kewarganegaraan secara permohonan mestilah lahir di Tanah Melayu dan bermastautin di sana selama lapan dari dua belas tahun sebelum permohonannya, atau telah bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang daripada lima belas tahun daripada dua puluh tahun sebelum permohonannya. Bagi kedua-dua kes, umur yang minimum ialah lapan belas tahun dan perwatakan baik serta pengetahuan Bahasa Melayu dan Inggeris.
8. Orang Melayu diberikan hak-hak istimewa sebagai kaum bumiputera. Orang Melayu mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
1.1.6 Rundingan Kemerdekaan
1. Kemenangan Parti Perikatn telah memberikan mandat untuk memulakan rundingan dengan Kerajaan British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.
2. Pada bulan Januari 1956 Tunku abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk merundingkan perkara kemerdekaan Tanah Melayu.
3. Rombongan tersebut terdiri daripada 8 orang, iaitu 4 wakil raja-raja dan 4 wakil Kerajaan Perikatan.
4. Rundingan kemerdekaan ini yang dipengerusikan oleh Lord Lennox-Beyd (Setiausaha Tanah Jajahan British) berjalan selama kira-kira tiga minggu, iaitu dari 18 Januari sehingga 8 Februari 1956.
5. Kerajaan British bersetuju mengistiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
1.1.6.1 Pengistiharan Kemerdekaan
1. Pada 31 Ogos 1957, bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pengistiharan kemerdekaan telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman.
2. Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman dan Yang di-Pertuan Agong pertama ialah Tuanku Abdul Rahman (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan)
1.1.7 Pembentukan Malaysia
1. Dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 2. Faktor-faktor pembentukan Malaysia :
- Merdeka melalui percantuman
- Melalui percantuman tersebut, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kebebasan daripada kerajaan British
- Persefahaman Untuk Pembangunan
- Di bawah satu jentera pentadbiran yang kuat, potensi yang ada pada sesebuah negeri lebih mudah dikembangkan
- c) Keseimbangan Kaum dan Perpaduan
- Gabungan ini dapat menjamin keseimbangan kaum dikekalkan
- Pengekalan imbangan bumiputera dan bukan bumiputera dapat menjamin keamanan dan kestabilan serantau. Ianya sangat penting bagi British
- d)Membanteras komunis
- Ancaman dan pengaruh ideologi komunis sangat membimbangkan bagi British
- Penggabungan ini dapat membanteras pengaruh tersebut secara bersama
- Kerjasama ekonomi
d) Dalam kerjasama ini terdapat sumber tertentu yang boleh dimajukan di setiap negeri untuk keuntungan negeri tersebut dan juga manfaat kerajaan pusat
- Singapura berpotensi dengan perdagangan antarabangsa, perusahaan dan pelancongan. Brunei – hasil minyak. Sabah dan Sarawak – hasil hutan. Malaya – hasil galian dan pertanian
- Bersatu dalam
hubungan Antarabangsa
- Tunku berhasrat kuatkan hubungan di peringkat antarabangsa 1.1.7.1 REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA 1.1.7.1.1 SARAWAK
1.Beberapa Parti seperti Parti Negara Srawak (PANAS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
2. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJAYA) sokong
3. Penentangan lebih mengharapkan kemerdekaan sendiri sebelum membentuk penggabungan dengan Malaysia
1.1.7.1.2 SABAH
1. Parti yg menentang – Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (UNKO), Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara
2.Parti yang menyokong – Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
3. Parti-parti ini lebih berminat kpd penyatuan 3 wilayah Borneo (Sabah, Sarawak & Brunei)
4. Lewat 1962 & 1963, sebahagian besar penduduk berubah fikiran setelah diberi penerangan
1.1.7.1.3 BRUNEI
1. Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Sarifuddin menyokong konsep Malaysia 2. Parti Rakyat Brunei – A.M. Azahari berjaya mempengaruhi penduduk Brunei 3. Lebih berminat terhadap cadangan penggabungan Brunei, Sarawak dan Sabah
yang dipanggil Kerajaan Kalimantan Utara
4. Khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaan mereka
1.1.7.1.4 SINGAPURA
1. Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) menyambut baik rancangan tersebut
2. Ini untuk menyelamatkan PAP drpd golongan kiri 3. Parti Rakyat Singapura menentang
1.1.7.2 REAKSI NEGARA ASEAN 1.1.7.2.1 INDONESIA
1. Konfrantasi berlangsung selama 3 setengah tahun
2.Penentangan Indonesia dibuat oleh Sukarno dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’
3. Presiden Sukarno mendakwa tujuan penubuhan Malaysia adalah untuk menyelamatkan getah dan minyaknya untuk penjajah
4. Faktor yang mencetuskan penentangan
a. Sukarno merasakan Tunku membelakangi jiran tanpa berunding
b. Penubuhan Malaysia menggagalkan rancangan empayar Indonesia Raya
5. Penentangan berakhir pada 1965 apabila Sukarno digulingkan oleh Jeneral Suharto
1.1.7.2.2 FILIPINA
1. Penentangan di Filipina diketuai oleh Presiden Macapagal
2. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada Filipina kerana pernah duduk di bawah kesultanan Sulu
1.1.8 PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
1.1.8.1 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
1. Dianggotai oleh wakil drpd semua wilayah dan Donald Stephens dilantik untuk mempengerusikan
2. Perwakilan daripada Brunei hanya bertindak sebagai pemerhati
3. Berfungsi untuk menerangkan dengan lebih jelas berhubung konsep Malaysia
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
Suruhanjaya Cobbold
Jawatankuasa antara Kerajaan
Referendum Singapura
1.1.8.2 Suruhanjaya Cobbold
1. Dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962
2. Ahli-ahli – Lord Cobbold (ketua), Anthony Abell, David Waterson, Dato’
Wong Pow Nee & Tan Sri Ghazali Shafie 3. Berfungsi
a. Untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara & Sarawak b. Membuat syor setelah memperoleh pandangan dan pendapat
4. Tugas menerima pandangan berlangsung selama 2 bulan dan berakhir pada 18 April 1962
5. Menurut laporan – lebih kurang 80% menyokong 6. Bentuk reaksi terbahagi kepada 3 golongan
a. 1/3 menyokong penuh penggabungan tanpa syarat b. 1/3 menyokong dengan syarat dan jaminan tertentu
c. 1/3 separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya menentang kerana mahu kekal dlm pemerintahan British, iaitu kira-kira 20%
1.1.8.3 Jawatankuasa Antara Kerajaan
1. Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan 2. Diketuai oleh Lord Landsdowne
3. Laporan yg dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, laporan Suruhanjaya Cobbold dan cadangan dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
4. Perlembagaan ini telah disahkan pada 9 Julai 1963.
5. Perkara-perkara teras
6. Agama Islam dijadikan sbg agama rasmi Persekutuan Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak
7. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, kelonggaran diberi kepada Sabah dan Sarawak menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara rasmi selama 10 tahun
8. Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri yg akan membuat pindaan
9. Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kpd kerajaan negeri
10. Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 kerusi
1.1.8.4 Referendum Singapura
1. Untuk meninjau pendapat penduduk Singapura
2. Laporan ini mendapati 71% penduduk Singapura menyokong pembentukan Malaysia melalui pilihan A. Mereka bersetuju untuk bergabung dengan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
a. Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963 1.1.9 TUNTUTAN BRUNEI SEKIRANYA MENYERTAI MALAYSIA
1. Brunei diberi 10 kerusi Parlimen 2. Ingin menguasai kesemua hasil minyak
3. Memegang autonomi hal-hal kewangan pada peringkat awal 4. Mengekalkan semua pelaburannya
5. Mengekalkan kadar percukaian yang rendah 6. Meneruskan program kebajikan dan pendidikan 7. Keselamatan Brunei dlm Malaysia terjamin
8. Meminta agar kekuasaan baginda dlm Majlis Raja-raja dikira dr tarikh baginda menjadi Sultan
1.1.10 SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA
1. Keretakan hubungan Malaysia - Singapura timbul dalam pilihanraya pertama Malaysia 1964
2. PAP menarik perhatian orang Cina bahawa parti MCA tidak mampu memajukan orang Cina
3. Lee Kuan Yew adakan kempen ‘Malaysia Untuk Orang Malaysia’
4. Menjelang Julai 1964, ketegangan hubungan antara kaum sangat jelas terpapar. 2 rusuhan kecil berlaku pada 21 Julai dan 2 September 1964.
5. Tunku berpendapat bahawa perpisahan adalah jalan terakhir setelah baginda berusaha berlembut dengan Lee Kuan Yew gagal.
6. Akhirnya pada 7 Ogos 1965, Lee dan Tunku menandatangani persetujuan untuk berpisah
7. Pada 9 Ogos 1965, Parlimen meluluskan rang undang-undang perpisahan Singapura daripada Malaysia
1Malaysia Kita (2002) MS63-66
2Ibid MS 80-83
MODUL B : Sistem & Struktur Pentadbiran Negara
Subtopik 4 : Kompenen Utama Sistem Kerajaan Malaysia 1.1 Pengenalan
1. PERINGKAT PERSEKUTUAN
1) Menurut Perlembagaan Persekutuan, Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
2) YDPA adalah simbol Raja Berperlembagaan
3) YDPA adalah lambang Negara, tumpuan kesetiaan dan perpaduan rakyat berbilang bangsa
4) Baginda memerintah atas nasihat Perdana Menteri dan tidak memerintah secara mutlak
5) Perlantikan YDPA adalah dipilih oleh majlis Raja-Raja secara bergilir-gilir 5 tahun sekali
6) YDPA adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera
7) YDPA adalah ketua agama Islam bagi negeri yang tidak punyai Sultan (P.Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak)
YDPA bertindak berdasarkan budi bicara (Perkara40 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia)
Bertindak mengikut budibicaranya melantik Perdana menteri
Budibicara tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen
Budibicara memanggil mesyuarat Raja-Raja Melayu utk membincangkan hak dan kedudukan istimewa raja-raja melayu
dan dlm apa-apa hal lain yang terkandung dalam Perlembagaan Bidang kuasa YDPA
Melantik hakim
Menangguh, memberi keampunan dan meringankan hukuman kpd pesalah
YDPA boleh mengisytiharkan darurat
Berkuasa memelihara hak keistimewaan kaum bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
Baginda berkuasa utk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen
Berkuasa memperkenankan rang undang-undang yang dibuat di Dewan Parlimen
Perlembagaan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memperoleh apa-apa maklumat tentang pemerintahan negara seperti yang boleh didapati oleh jemaah menteri
Baginda mempunyai kuasa pengampun bagi pesalah-pesalah yang menerima hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Melantik orang-orang tertentu untuk jawatan-jawatan berikut:
a) Peguam Negara b) Juruaudit Negara
c) Ketua Turus Angkatan Tentera
d) Ahli-ahli suruhanjaya e) Ketua Hakim Negara f) Hakim-hakim Besar
g) Hakim Mahkamah Persekutuan h) Hakim Mahkamah Tinggi
i) Jawatan-jawatan Khas seperti Ketua-ketua Jabatan (atas nasihat sebuah Suruhanjaya)
Perkara tidak wajar dilakukan oleh YDPA (Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan Malaysia)
Tidak boleh menjalankan tugas-tugas raja di negerinya
Tidak boleh pegang sebarang jawatan yang bergaji
Tidak boleh berniaga
Tidak boleh menerima apa-apa emolumen sebagai raja di bawah perlembagaan @ undang-undang negeri baginda
Tidak boleh tinggalkan persekutuan selama lebih 15 hari tanpa dapat persetujuan dari MRR kecuali atas urusan rasmi negara
2. PERINGKAT NEGERI
Kuasa pentadbiran di peringkat negeri dipegang oleh Raja/sultan dan Yang Dipertua Negeri bagi Sabah, Sarawak, P.Pinang dan Melaka.
Sultan / YDP negeri memerintah mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan
Baginda memerintah dengan nasihat daripada Ketua Menteri/ menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) di Semenanjung, di Sabah dikenali sbg Kabinet Menteri dan di Sarawak dikenali sbg Majlis Tertinggi
Tugas sultan ialah memanggil, menangguh dan membubarkan Dewan Undangan negeri.
Sultan tiada kuasa mengisytiharkan darurat
Sultan berkuasa menangguh, meringan dan memberi keampunan kpd pesalah negerinya setelah mendapat nasihat drpd Jemaah Keampunan
Kuasa Raja/Sultan/Yang Dipertuan Besar
Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan, tiap-tiap Raja/ yang Dipertua Negeri akan mendapat kedudukan utama dalam negeri masing-masing. Mengikut Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan, kuasa raja adalah seperti berikut 1. Baginda bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
2. Baginda berhak mendapat maklumat berkenaan dengan Kerajaan Negeri
3. Raja boleh bertindak menurut budi bicara baginda untuk :
Melantik seorang Menteri Besar
Tidak menyetujui permintaan membubarkan Dewan
Perundangan Negeri
Meminta supaya dijalankan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja
Melantik Waris dan Pemangku Raja
Melantik orang memegang pangkat dan anugerah Raja
Raja adalah ketua Agama Islam bagi negeri baginda
Baginda ialah sebahagian daripada Badan Perundangan Negeri
Baginda Pengerusi Jemaah Pengampunan di negeri baginda Kedudukan Yang Dipertua Negeri
Mengikut Jadual Kelapan, Bahagian Pertama, Perkara 19A, kedudukan Yang Dipertua Negeri ialah seperti berikut:
1. Yang Dipertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Ketua Menteri negeri berkenaan
2. Yang Dipertua Negeri dilantik selama 4 tahun dan boleh dilantik untuk 2 penggal
3. Seorang warganegara secara kemasukan atau secara pendaftaran, tidak boleh dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri
4. Yang Dipertua Negeri boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah dipersetujui dan disokong oleh undi tidak kurang daripada 2/3 daripada jumlah bilangan ahli-ahlinya
Yang Dipertua Negeri menjalankan tugas-tugas berikut:
Melantik Ketua Negeri dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Membuka persidangan Dewan Perundangan Negeri
Melantik majistret
Menganugerahkan pingat kebesaran negeri 3. MAJLIS RAJA-RAJA
Majlis Raja-Raja ditubuhkan pada tahun 1948
Majlis ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam susunan hierarki Kerajaan Persekutuan
Ianya merupakan platform terbaik bagi Sultan/Yang Dipertua Negeri yang merupakan ketua negeri berbincang dengan wakil kerajaan pusat (Perdana Menteri) dan wakil kerajaan negeri (Menteri Besar/ Ketua Menteri) mengenai hal ehwal rakyat dan negara
Majlis Raja-raja akan bersidang selama 3 atau 4 kali setahun.
Setiap persidangan berlangsung selama 3 hari.
Raja/ sultan dan Yang Dipertua Negeri akan diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah Setiausaha Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja juga akan mengadakan persidangan khas (jika perlu) dan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Ahli-ahli Majlis Raja-Raja
Sultan
Yang Dipertuan Besar
Yang Dipertua Negeri
Pihak yang terlibat dengan tugas-tugas Majlis Raja-Raja
Raja-raja
Yang Dipertua Negeri kecuali sewaktu pemilihan YDPA
Perdana Menteri
Menteri Besar dan Ketua Menteri
Wakil raja-raja jika raja tidak hadir
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tugas-tugas Majlis Raja-Raja
Memilih dan memecat YDPA
Memilih dan memecat Timbalan YDPA
Mempersetujui atau tidak apa-apa amalan agama dalam seluruh Persekutuan
Mempersetujui atau tidak apa-apa rang Undang-undang yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja
Menimbang soal-soal tentang dasar negara
Perlu diambil perhatian bahawa hanya raja-raja berhak mengundi dalam hal perlantikan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Persetujuan Majlis Raja-Raja harus diperoleh bagi sesuatu undang-undang yang mengubah sempadan sesebuah negeri atau berkaitan dengan kedudukan raja-raja, perlembagaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
Perkara penting dalam cara pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Hanya raja-raja yang boleh dicalonkan
Hanya raja-raja yang boleh mengundi
Seseorang raja tidak boleh dipilih menjadi YDPA sebanyak dua kali berturut- turut sehingga raja dari setiap negeri yang bersedia dan layak telah diberi peluang menjadi Yang di-Pertuan Agong
Seseorang raja adalah layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa raja berkenaan adalah tidak sesuai untuk menjalankan tugas YDPA disebabkan oleh kelemahan akal atau sebab-sebab lain
PARLIMEN
Parlimen merupakan lambang demokrasi berparlimen
Parlimen merupakan badan perundangan yang berperanan menggubal undang- undang Negara
Parlimen terdiri daripada YDPA, Dewan Negara & Dewan Rakyat
Dewan Rakyat bertindak sebagai penggubal undang-undang
Yang di-Pertuan Agong
Dewan Negara Dewan Rakyat
Dewan Negara bertindak untuk membahaskan dan meluluskan rang undang- undang
YDPA memperkenankan rang undang-undang
FUNGSI
Kuasa membuat, meminda dan memansuhkan undang-undang
Mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan cukai
Meluluskan belanjawan Negara
DEWAN NEGARA
Terdiri daripada 70 orang ahli
Ahli dilantik oleh yang di-Pertuan Agong berdasarkan kecemerlangan di pelbagai sektor
Perlantikan oleh YDPA : 44org
Wakil daripada setiap negeri : 26 org
Rakyat Malaysia berumur 30 dan ke atas layak dilantik
Boleh menjadi ahli secara berturut-turut sebanyak 2 penggal (iaitu 6 tahun)
Ahli bergelar senator
Speaker dewan mestilah ahli Dewan Negara
YB Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh 07.07.2003 - kini
Dewan Rakyat
DEWAN RAKYAT
Terdiri daripada 222 orang berdasarkan jumlah kawasan dalam pilihanraya 2008. (berdasarkan peruntukan kawasan Parlimen semasa pilihanraya)
Dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya
Rakyat Malaysia berumur 21 ke atas
Menjadi ahli selagi diperlukan dan dipilih oleh rakyat
Seorang ahli Dewan Rakyat boleh menjadi ahli Dewan Undangan Negeri
Speaker dewan (Yang Dipertua) boleh terdiri di kalangan ahli Dewan Rakyat atau bukan ahli
YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia 28.04.2008 - kini
Perdana Menteri mesti dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat
Berikut pecahan ahli Dewan Rakyat mengikut negeri berdasarkan Pilihanraya 2008
Negeri Jumlah ahli DUN Negeri Jumlah ahli DUN
Perlis 3 Negeri Sembilan 8
Kedah 15 Johor 26
Pulau Pinang 13 Pahang 14
Perak 24 Kelantan 14
Selangor 22 Terengganu 8
Melaka 6 Sabah 25
Sarawak 31 W. Persekutuan KL : 11
Putrajaya :1 Labuan : 1
13
PERSAMAAN DEWAN RAKYAT DAN DEWAN NEGARA
Ahli dewan akan hilang kelayakan disebabkan 1. Diisytiharkan muflis
2. Memegang sesuatu jawatan berpendapatan 3. Tidak sempurna akal
4. Dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 1 tahun tanpa keampunan
5. Didenda tidak kurang daripada 2,000 tanpa keampunan
6. Tidak menghantar apa-apa penyata perbelanjaan pilihanraya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki
7. Memperoleh kewarganegaraan dari negara lain
Tidak boleh menjadi ahli di kedua-dua dewan
Cara letakkan jawatan adalah sama iaitu melalui bersurat
Jika ahli tidak hadir pada tiap-tiap persidangan selama tempoh 6 bulan tanpa izin dewan, maka akan diisytiharkan kerusi kosong
Timbalan speaker untuk kedua-dua dewan dipilih di kalangan ahli-ahli dewan
SISTEM PENGASINGAN KUASA SISTEM KERAJAAN PERSEKUTUAN
Sistem pengasingan kuasa
1. Pembahagian kuasa antara Persekutuan dan Negeri dalam membuat undang- undang
2. Pembahagian kuasa antara Persekutuan dan Negeri dalam pentadbiran negara 3. Eksekutif, kehakiman & perundangan
Yang di-Pertuan
Agong
Perundangan Eksekutif
Suruhanjaya
Dewan Rakyat
Jabatan dan Perbadanan
Awam Kementerian Kabinet
Dewan Negara
Kehakiman Majlis Raja-Raja
Parlimen
Ketua Audit Negara
Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi Borneo
Mahkamah Penghulu Mahkamah
Majistret Mahkamah
Sesyen Mahkamah
Tinggi Malayaa
Mahkamah Majistret Mahkamah
Sesyen
BADAN EKSEKUTIF
Badan pemerintah atau eksekutif mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ada. Mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara 39), kuasa eksekutif bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong
1. PERINGKAT PUSAT
Untuk menjalankan pentadbiran kerajaan Pusat secara lebih berkesan, kerajaan telah mewujudkan 3 badan utama :
A. Badan Pentadbiran Pusat
Kementerian
Jabatan Persekutuan
Perbadanan Awam B. Badan-Badan Penyelaras
Majlis Pembangunan Negara
Majlis Perancang Negara
Majlis Keselamatan Negara
Majlis Tanah Negara
Majlis Kewangan Negara
Majlis Bagi Kerajaan Tempatan C. Badan Khas
Jabatan Perdana Menteri
Juruaudit Negara
Suruhanjaya Perdana Menteri
Perdana Menteri merupakan Ketua Kerajaan
Dilantik oleh YDPA dari kalangan ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan
Mempengerusikan kabinet dan memimpin kerajaan dlm hal-hal dasar negara
Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri
Kementerian
Suruhanjaya-suruhanjaya
2. PERINGKAT NEGERI Ketua Menteri/Menteri Besar
Tugas Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah seperti berikut:
1. Memilih ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 2. Mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
3. Memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Raja 4. Mengetuai jentera pentadbiran negeri
5. Mengiringi Raja/Yang Dipertua Negeri ke mesyuarat Majlis Raja-Raja 6. Menjadi pelapor dan penghubung kepada Raja/ Yang Dipertua Negeri
mengenai hal ehwal dan dasar dalam negeri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Menyerupai kabinet di peringkat persekutuan
Tugas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Ahli-ahli bertanggungjawab kepada Dewan Perundangan Negeri
Membuat dasar Kerajaan Negeri
Mengetuai atau menjadi exco dan memegang satu daripada portfolio negeri
Dibantu oleh 3 orang pegawai tinggi yang bukan dari Dewan Perundangan Negeri iaitu:
Setiausaha Kerajaan Negeri
Pegawai Kewangan Negeri
Penasihat Undang-undang Negeri
Di Sabah dikenali sebagai kabinet dan di Sarawak pula Majlis Tertinggi
PERUNDANGAN
PERINGKAT PERSEKUTUAN (PARLIMEN) Telah dibincangkan dalam tajuk Parlimen
DEWAN UNDANGAN NEGERI
Terdapat 13 buah Dewan Undangan Negeri iaitu satu di setiap negeri
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan tidak ada DUN BILANGAN DUN
Bilangan ahli DUN berbeza di setiap negeri.
Jumlah ahli DUN bergantung kepada jumlah kawasan pilihanraya yang dipertandingkan
Rujuk jumlah ahli DUN berdasarkan kawasan. Pilihanraya 2008.
KELAYAKAN AHLI DUN
21 tahun atau lebih
Bermastautin (alamat terakhir) di negeri berkenaan
Sempurna akal
Tidak muflis
Tidak memegang sesuatu jawatan berpendapatan
Seseorang ahli DUN tidak perlu mengosongkan kerusinya jika dilantik menjadi menteri
Setelah berjaya menjadi ahli DUN, beliau tidak boleh
1. Lupa atau gagal menghantar penyata-penyata yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan cara yang dikehendaki
2. Dihukum penjara di Malaysia bagi tempoh masa yang melebihi 1 tahun atau didenda melebihi RM2000 oleh mahkamah di Malaysia
3. Memperoleh kewarganegaraan asing
KUASA RAJA/ YANG DIPERTUA NEGERI BERKENAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI
Memanggil DUN bersidang dan tidak boleh membiarkan jarak 6 bulan di antara persidangan
Boleh membubarkan DUN atas nasihat Menteri Besar / Ketua Menteri
Melantik Menteri Besar / Ketua Menteri daripada salah seorang ahli DUN yang menurut Baginda mendapat majority ahli DUN
Melantik ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri atas nasihat Menteri Besar / Ketua Menteri
Mempersetujui rang undang-undang negeri
KUASA KERAJAAN PUSAT DAN KERAJAAN NEGERI
Menurut fasal ke-9 dalam Perlembagaan, pembahagian kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah seperti berikut
Senarai Kerajaan Pusat Senarai Kerajaan Negeri Senarai bersama Hal Ehwal luar negeri
Pertahanan
Keselamatan Dalam negeri Pentadbiran keadilan Kerakyatan Negara Pilihanraya
Kewangan
Perniagaan, perusahaan dan perdagangan
Perkapalan, pelayaran dan perikanan
Perhubungan dan pengangkutan
Kerjaraya dan tenaga pusat Jabatan ukur, penyelidikan Pelajaran
Kesihatan
Keselamatan buruh dan sosial
Orang asli
Hari cuti umum, akhbar dan penapisan, amanah,
kemajuan dan penempatan rumah pusat, syarikat
Undang-undang Islam Tanah
Pertanian dan perhutanan Kerajaan tempatan Perkhidmatan tempatan Kerajaan negeri
Hari cuti negeri
Undang-undang negeri Kastam tempatan**
Pelabuhan**
Jabtan Ukur Tanah**
Perpustakaan , muzium**
Kebajikan sosial Biasiswa Taman Negara
Perancangan Bandar dan Negara
Penjagaan haiwan
Kesihatan dan kebersihan awamParit dan tali air
Pemulihan Perkapalan**
Air dan elektrik**
Derma
Hiburan awam
kerjasama dan lain-lain ** Sabah dan Sarawak ** Sabah dan Sarawak
PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG
Menteri dan pegawai-pegawai di sesebuah kementerian merangka dasar rang undang-undang
Jabatan Peguam Negara menyiapkan Draf Rang Undang-undang Draf Rang Undang-undang dibentangkan dan diluluskan oleh Kabinet
Dewan Rakyat Bacaan Pertama
Rang Undang-undang dikemukakan oleh menteri / Y.B secara ringkas Bacaan tajuk panjang
Formaliti dewan
Bacaan Kedua
Rang undang-undang dibahaskan mengenai kesan terhadap kepentingan kepada rakyat dan Negara
Bahas secara terperinci Undian kali pertama.
Jika lulus, dibawa ke peringkat Jawatankuasa
Peringkat Jawatankuasa
Rang Undang-undang diteliti dan dibuat pengubahsuaian jika perlu
Bacaan Ketiga
Dibentangkan semula oleh Menteri berkenaan Undian kali kedua
Dewan Negara
Proses yang sama seperti di Dewan Rakyat Jika diluluskan, dibawa untuk diperkenankan oleh YDPA
Perkenan YDPA
YDPA mempunyai budibicara untuk memperkenankan rang undang-undang tersebut.
Jika baginda tidak perkenan, rang undang-undang tersebut akan disemak dan dikaji semula.
Rang undang-undang tersebut akan dibawa untuk perkenan bagi kali kedua.
Jika baginda masih lagi tidak perkenan dalam tempoh 30 hari, undang-undang tersebut sudah dikira diperkenankan
Baginda akan menurunkan cop mohor besar
Diwartakan dan dicetak
Undang-undang tersebut akan diwartakan sebagai Warta Kerajaan dan dicetak
Tafsir perlembagaan dan kuatkuasakan undang-undangKEHAKIMAN
Badan kehakiman adalah salah satu daripada 3 bahagian kerajaan
Badan kehakiman merupakan satu badan yang bebas dan mesti bertindak secara adil dan tidak memihak kepada sesiapa dalam menjalankan tugas dan memberi keadilan
KUASA KEHAKIMAN
Membicara, menentukan pertikaian sama ada seseorang telah melakukan jenayah atau tidak
Kuasa untuk mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi undang-undang
SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA Terdapat 3 sumber undang-undang di Malaysia
1. Undang-undang bertulis 2. Undang-undang tidak bertulis 3. Undang-undang Islam/Syariah Undang-undang Bertulis
Adalah sumber terpenting undang-undang Malaysia
Ianya ditulis/digubal oleh badan pembuat undang-undang yang rasmi, diterbitkan secara rasmi dan dapat dimiliki oleh sesiapa sahaja
Berikut adalah undang-undang bertulis;
Perlembagaan Persekutuan dan Negeri
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri
Perundangan Subsidiari yang dibuat oleh mana-mana orang atau badan menerusi kuasa yang diberikan menerusi akta Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Undang-undang kecil ini termasuk perintah, peraturan dan lain-lain.
Undang-undang Tidak Bertulis
Undang-undang ini tidak diperbuat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Ianya juga tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
Berikut adalah Undang-undang tidak bertulis;
Keputusan hakim-hakim mahkamah atasan, iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agong
Rukun Ekuiti Inggeris (dipakai jika didapati bersesuaian dengan situasi tempatan
Hukum adat penduduk tempatan dan telah diterima oleh mahkamah sebagai undang-undang
Undang-undang Shariah
Merupakan undang-undang berasaskan dalil Al Quran dan As Sunnah serta undang-undang yang telah dipersetujui oleh ulama’ seperti ijmak dan Qias.
Undang-undang ini hanya digunapakai untuk rakyat beragama Islam sahaja
Ianya dikuatkuasa oleh Majlis Agama Islam Negeri melalui Mahkamah Syariah di setiap negeri
Perbezaan kes Sivil dan Jenayah
Kes sivil Kes jenayah
Melanggar undang-undang
sivil/persendirian merupakan perkara bagi orang yang mendapat kerugian
Melanggar undang-undang jenayah bermakna telah melakukan kesalahan terhadap negara
Kerajaan memberi kemudahan
menyelesaikan pertikaian Badan-badan tertentu kerajaan akan mengambil tindakan terhadap penjenayah Cth: polis, kastam, imigresen
Jika sabit kesalahan
Orang yang menyebabkan kerugian akan diperintah untuk membayar ganti rugi atau hutang
Jika sabit kesalahan
Segala tanggungan di penjara adalah dengan wang kerajaan dan jika didenda, wang tersebut adalah milik kerajaan
Contoh : Penghutang pinjaman Contoh: membunuh, merompak
Soalan- soalan
1. Apakah tugas-tugas YDPA?
2. Apakah persamaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
3. Terangkan cara-cara rang undang-undang diluluskan.