• Tidak ada hasil yang ditemukan

Koleksi Soalan Komsas 2d Puisi Moden

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Koleksi Soalan Komsas 2d Puisi Moden"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERLIS) Soalan 2(b) - Petikan Puisi

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI Teo Wei Sing

Aku selalu didatangi malam sepi

bagai kalung

yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari

siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik kehijauan rumput

hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai

dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup

menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku

baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun

ada yang mati ada yang hidup

tiada yang kekal kecuali Tuhan.

(Dipetik daripada Erti Hidup Bererti, Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah harapan ibu kepada anaknya dalam sajak tersebut.

[2 markah] (ii) Ibu bapa merupakan insan yang perlu dihormati dan disayangi.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa?

(2)

(i) Harapan ibu kepada anaknya

P1 Anak-anaknya datang menjenguknya 1

P2 Anak-anaknya insaf 1

P3 Anak-anaknya menjadi penenang / penawar hatinya 1

P4 Anak-anaknya mempunyai perasaan kasih sayang dalam hati 1

(ii) Cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa

P1 Mendengar nasihat ibu bapa 1

P2 Belajar bersungguh-sungguh 1

P3 Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa 1

P4 Bertutur / bercakap dengan sopan 1

P5 Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa 1

P6 Membawa ibu bapa menunaikan haji / umrah / melancong 1

(iii) Dua persoalan

P1 Persoalan sikap anak-anak yang tidak menjalankan tanggungjawab ibu bapa.

Contoh: Ibu berasa sedah kerana anak-anak tidak mempedulikannya ketika dia sakit.

2

P2 Persoalan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anak.

Contoh: Ibu tetap mendoakan agar anak-anaknya insaf dan mempunyai perasaan kasih sayang walaupun anak-anak mengabaikannya.

2

P3 Persoalan kesunyian hidup yang dirasai oleh seorang ibu.

(3)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 NEGERI SEMBILAN) Soalan 2(b) - Petikan Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita- cita.

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah,

Nescanya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996 Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga

tangan dan kakinya.

[2 markah] (ii) Ungkapan lidah lebih tajam daripada mata pedang memberi gambaran betapa pentingnya kita

menjaga pertuturan dalam pergaulan.

Pada pandangan anda, apakah kesannya jika seseorang itu tidak menjaga tutur katanya? [3 markah]

(4)

(i) Kebaikan:

P1 Tidak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama / undang-undang

1

P2 Tidak mengambil hak orang lain / yang bukan haknya 1

P3 Tidak pergi ke tempat-tempat yang dilarang / tempat maksiat 1

P4 Tidak terjebak dalam kegiatan yang negatif / perkara keji 1

P4 Sentiasa menggunakan tangan dan kakinya untuk kebaikan 1

(ii) Kesan tidak menjaga pertuturan:

P1 Menimbulkan perbalahan / permusuhan / persengketaan / pergaduhan

1

P2 Merosakkan / memutuskan hubungan / silaturahim 1

P3 Dibenci / dimusuhi oleh orang lain 1

P4 Kekurangan / ketiadaan kawan 1

(iii) Dua persoalan

P1 Kepentingan menjaga pancaindera Contoh: diri disayangi dan dihormati

2

P2 Berhati-hati apabila menggunakan pancaindera

Contoh: dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.

2

P3 Akibat melakukan sesuatu secara keterlaluan

Contoh: sikap keterlaluan akan mengundang pelbagai keburukan.

2

P4 Tanggungjawab mengelakkan diri daripada musibah / perkara

(5)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 TERENGGANU) Soalan 2(b) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS Sazalee Yacob

Kuhantar kau mengecapi angin baru

udara lain dari kampung bendang kuningmu bumantara asing dari yang sering kaumesrai yang sama sekali berbeza

dengan suasana suntimu

kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu memesrai azimat dan tangkal

dari tangga gading.

Kulepaskan kau menjadi burung putih dengan sayap berkembang

menongkah awan perak dan kabut dingin mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit antara sembilu nasib

dan waras akal.

Di awan kampus yang sarat ilmu hadir sihir angin bernafas api di pohon kampus yang tegar status berceracak selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang hijau pertimbangan tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

(Dipetik daripada Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus) Antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) di padang kampus yang hijau pertimbangan

tumbuh gunung ego menghalau pekerti. Apakah yang hendak disampaikan oleh penyajak melalui petikan sajak di atas?

[2 markah] (ii) Dalam rangkap pertama sajak ini ada dinyatakan tentang perubahan minda yang perlu dilakukan

oleh seseorang murid sebelum mereka bergelar pelajar universiti.

Pada pendapat anda, mengapakah mereka perlu bersedia dengan langkah-langkah yang sewajarnya ketika berada di menara gading?

(6)

P1 Kampus-kampus universiti sebagai pusat percambahan pemikiran / pertimbangan boleh menjelmakan perasaan ego / sombong yang boleh menghilangkan / menghancurkan nilai pekerti

2

(ii) Sebab murid perlu bersedia dengan langkah yang sewajarnya

P1 Mereka lebih berdikari tanpa bergantung pada pensyarah / ibu bapa /

rakan-rakan 1

P2 Mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan yang sentiasa berlumba-lumba

menjadi pelajar yang terbaik. 1

P3 Mereka tidak berkonflik / tidak menyalahkan ibu bapa / mana-mana pihak

sekiranya mereka gagal dalam pelajaran 1

P4 Mereka tidak hilang pertimbangan / “culture shock” / tidak hanyut di tempat

baharu 1

P5 Supaya mereka tidak terkandas / bangkit selepas terkandas 1 P6 Pengaruh rakan sebaya / pengaruh persekitaran boleh merosakkan mereka 1 (iii) Persoalan

P1 Persoalan kepentingan ilmu / pendidikan dalam kehidupan

Contoh (R1: B6 / B7 / B8) kau nikmatilah angin dan udara ilmu / memesrai azimat dan tangkap dari tangkai gading – Penyajak menghantar anaknya ke bandar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana menyedari ilmu pengetahuan mampu diperoleh dari menara gading tersebut.

2

P2 Persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak

Contoh (R1: B1 / B2) Kuhantar kau mengecapi angin baru / Udara lain dari kampung bendang keningmu. Penyajak menghantar anaknya belajar di bandar kerana suasana dan persekitaran bandar jauh berbeza dengan kampung. Penyajak mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di sebuah universiti.

2

P3 Persoalan harapan ibu bapa kepada anak yang bergelar mahasiswa

Contohnya, penyajak membenarkan anaknya belajar di bandar untuk meluaskan / menambahkan pengalaman hidupnya, sekali gus melatih

(7)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI Teo Wei Sing

Aku selalu didatangi malam sepi

bagai kalung

yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari

siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik kehijauan rumput

hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai

dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup

menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku

baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun

ada yang mati ada yang hidup

tiada yang kekal kecuali Tuhan.

(Dipetik daripada Erti Hidup Bererti, Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas?

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, berikan tiga sebab mengapakah terdapat segelintir anak-anak yang jarang-jarang

menziarahi ibu bapa mereka?

(8)

(i) Maksud rangkap pertama sajak di atas ialah

P1 Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa sunyi kerana tiada sesiapa / anak-anak yang datang menziarahinya

2

P2 Penulis berkata bahawa setiap malam yang dilaluinya adalah sepi seribu bahasa yang tidak pernah membawa apa-apa perubahan dalam dirinya. Dia berteka-teki dengan diri sendiri sama ada anaknya akan datang menjenguknya. Oleh hal yang demikian, penulis yang mengeluh telah meluahkan kesunyiannya pada usia tua.

2

(ii) Pada pendapat saya, sebab segelintir anak-anak bersikap begitu ialah:

P1 Sibuk dengan tugas / pekerjaan masing-masing 1

P2 Menganggap ibu bapa menyusahkan 1

P3 Tiada masa / tidak cukup masa 1

P4 Tinggal jauh 1

(iii) Dua persoalan yang dapat diperoleh daripada sajak di atas:

P1 Persoalan tanggungjawab anak kepada ibu bapa

Anak-anak bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka kelak. Bukan membiarkan mereka kesunyian lebih-lebih lagi pada usia tua mereka nanti.

2

P2 Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

Walaupun dipinggirkan, namun seorang ibu tetap mendoakan anaknya agar diberi keinsafan.

(9)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 SABAH) Soalan 2(b) - Petikan Syair

Baca petikan syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI Dengarkan tuan suatu riwayat,

Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri,

Sultan halifah akas bestari,

Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasnya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka- sukaan, Datanglah beroleh kedukaan,

Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Datanglah kepada suatu masa,

Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana,

Membawa diri ke mana- mana. Baginda pun sedang dihidap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, “Gempar ini apakah kurang.”

(Dipetik daripada Syair Bidasari Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara) Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan maksud rangkai kata unggas garda dalam rangkap ke-6 syair di atas.

[2 markah] (ii) Sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa

bencana?

[3 markah] (iii) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas.

(10)

(i) Berikan maksud rangkai kata unggas garda dalam rangkap ke-6 syair di atas.

P1 Burung geruda 2

(ii) Sebagai rakyat yang prihatin, apakah sumbangan anda kepada mangsa yang ditimpa bencana

P1 Bantuan kewangan 1

P2 Bantuan ubat-ubat, makanan dan pakaian 1

P3 Sokongan moral iaitu khidmat kaunseling 1

P4 Perlindungan keselamatan kepada mangsa bencana 1

(iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam syair di atas. P1 Kebijaksanaan

Contoh: Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang bijak.

2

P2 Kasih sayang

Contoh: Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.

2

P3 Tanggungjawab

Contoh: Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda.

2

P4 Ketaatan

Contoh: Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama dengan baginda ketika susah dan senang.

(11)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 MELAKA) Soalan 2(b) - Petikan Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga) Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita- cita.

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah,

Nescanya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996 Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Terangkan maksud rangkap kelima gurindam di atas.

[2 markah] (ii) Gurindam di atas menerangkan kepentingan menjaga anggota badan daripada melakukan

perkara-perkara negatif.

Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak elok dan negatif.

[3 markah] (iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.

(12)

(i) Maksud apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang

tiada senonoh ialah

P1 Jika terlalu kenyang 1

P2 Bermacam-macam perkara tak elok timbul 1

(ii) Tindakan-tindakan untuk mengelakkan diri daripada

melakukan perkara-perkara negatif ialah

P1 Mempelajari / menuntut ilmu terutamanya ilmu agama 1

P2 Bercampur gaul dengan orang / rakan yang baik 1

P3 Melakukan aktiviti yang berfaedah pada waktu lapang 1

(iii) Dua pengajaran ialah

P1 Kita hendaklah menjaga telinga kita daripada mendengar perkara-perkara yang tidak elok supaya tidak terpengaruh dengan perkara tersebut.

2

P2 Kita hendaklah menjaga lidah / percakapan kita supaya mendapat kebaikan.

2

P3 Jangan makan terlalu kenyang agar tidak timbul perkara-perkara yang tidak senonoh.

(13)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 SBP) Soalan 2(b) - Petikan Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita- cita.

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah,

Nescanya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996 Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan maksud rangkap kelima dalam gurindam di atas.

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan menjaga tingkah laku?

[3 markah] (iii) Berdasarkan gurindam di atas, huraikan dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada

hari ini.

(14)

(i) Maksud rangkap kelima gurindam ialah

P1 Nafsu makan perlu dikawal supaya kita tidak melakukan perkara yang dilarang

1

P2 Apabila kenyang, mudah untuk melakukan kemurungan 1

(ii) Perlu menjaga tingkah laku

P1 Kita akan disenangi oleh masyarakat 1

P2 Kita akan dipandang tinggi oleh anggota masyarakat 1

P3 Ibu bapa akan berasa bangga 1

P4 Kita akan disayangi oleh rakan-rakan / ahli keluarga 1

P5 Kita akan mendapat ramai kenalan 1

(iii) Dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini P1 Nilai kebijaksanaan

Contohnya, kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. 2

P2 Nilai kesederhanaan

Contohnya, kesederhanaan ketika menghadapi rezeki. 2

P3 Nilai kesabaran

Contohnya, kesabaran memelihara mata melihat perkara yang negatif

(15)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PULAU PINANG) Soalan 2(b) - Petikan Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BEBERAPA PETUA HIDUP Za’ba

Fikir dan Kata

Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Silang Sengketa

Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari. Ilmu

Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna. Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar. Dunia Pergaulan

Dunia ini taman pergaulan,

Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. Sifat-sifat yang Baik

Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman. Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan. Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah. Perbuatan yang Baik

Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa. Menolong sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu dahulu. Sifat-sifat yang Jahat

Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit.

Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat.

(Kalung Bunga Za’ba, 2008 Antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Barang siapa berbuat jasa,

Mulia namanya segenap masa.

Apakah maksud rangkap gurindam di atas?

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tidak boleh menggunakan bahasa yang kasar dalam

pergaulan? Berikan tiga alasan anda.

(16)

(i) Maksud rangkap gurindam

P1 Nama seseorang yang telah membuat jasa akan disanjung pada setiap masa

2

(ii) Tiga alasan

P1 Tidak akan menyinggung perasaan seseorang 1

P2 Untuk mengelakkan perselisihan faham 1

P3 Dapat mencegah daripada berlaku pergaduhan 1

P4 Dapat meningkatkan keperibadian seseorang 1

(iii) Dua pengajaran

P1 Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham.

2

P2 Kita mestilah bijak memilih rakan supaya dapat membimbing kita ke arah kebaikan.

2

P3 Seseorang perlulah menjaga tutur kara ketika berbicara untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

2

P4 Kita mestilah rajin belajar untuk menambahkan pengetahuan. 2

P5 Kita janganlah suka mengadu domba dan membuat fitnah

kerana boleh menjejaskan silaturahim dalam masyarakat. 2

P6 Usahlah kita berlebih-lebihan membantu orang sekiranya diri

sendiri berada dalam kesusahan / kesempitan 2

(17)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERAK) Soalan 2(b) - Petikan Seloka

Baca petikan seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU Za’ba

Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota;

Lalu dipanggil Pawang Raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti.

Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi. Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega.

Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina,

Garam sebuku sisa jeragan, Bunga kenanga dimakan ular, Layang-layang di pintu Raja. Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru:

Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

(Kalung Bunga Za’ba, 2008 Antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan seloka, bagaimanakah istana raja dapat dibina?

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan

kemahiran seni bina tradisional di negara ini dapat dikekalkan?

[3 markah] (iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam puisi tersebut.

(18)

(i) Istana raja dapat dibina dengan

P1 Baginda menitahkan orang besar empat membina istana 1

P2 Orang besar empat memanggil Pawang Raja 1

P3 Pawang Raja memanggil 40 orang tukang dan utas 1

P4 40 orang bertukang siang dan malam 1

(ii) Usaha-usaha yang dapat dilakukan ialah

P1 Mewujudkan kelas / sekolah / institut kemahiran pertukangan 1

P2 Melantik pakar yang sedia ada sebagai jurulatih / penasihat 1

P3 Kemahiran seni bina didokumentasikan / dibukukan 1

P4 Mengadakan pertandingan berkaitan dengan kemahiran pertukangan

1

(iii) Nilai

P1 Nilai ketaatan / kesetiaan

Contohnya, orang besar empat menjunjung titah raja untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok.

2

P2 Nilai kerajinan

Contohnya, 44 orang tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan malam.

2

P3 Nilai kerjasama

Contohnya, 44 orang tukang bekerjasama dan saling membantu untuk menyiapkan istana raja.

2

(19)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 KELANTAN) Soalan 2(b) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku Membaca Lagi Aku mendongak langit membaca garis dan titik menaakuli kebesaran- Mu di bawahnya gumpalan mega

hembusan bayu dan banjaran gunung. Kuselusuri alam

kicauan burung

desiran ombak dan wajah pelangi mewarnai kehidupan umat-Mu. Aku mendongak lagi

membaca langit

di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh dahan dan ranting terkulai

daun-daun berguguran helai demi helai

di lantai tanah airku yang makmur. Aku membaca langit

kutemui

bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa. Aku mendongak lagi

menitis air mata langit

membasahi bahasa Melayuku yang berdarah.

(Razali Mohd Yussof Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan gambaran suasana alam yang mewarnai kehidupan manusia dalam sajak tersebut.

[2 markah] (ii) Pada rangkap terakhir, penyair turut berasa sedih atas kemunduran bahasa Melayu.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah berkesan untuk memantapkan lagi kedaulatan bahasa Melayu?

(20)

(i) Gambaran suasana alam

P1 Kicauan burung 1

P2 Desiran ombak 1

P3 Pelangi 1

(ii) Langkah-langkah

P1 Menjadikan syarat lulus dalam peperiksaan 1

P2 Menjadikan mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan 1

P3 Kempen Cintai Bahasa Melayu 1

P4 Dijadikan syarat dalam pengambilan pekerja 1

(iii) Dua persoalan

P1 Persoalan kebesaran ciptaan Tuhan

Apabila penyajak mendongak ke langit, melihat awan dan banjaran gunung, dia dapat melihat bukti kebesaran Ilahi.

2

P2 Persoalan keindahan alam semula jadi

Bunyi kicauan burung, desiran ombak dan pelangi merupakan antara keindahan yang dinikmati oleh manusia.

2

P3 Persoalan jati diri anak bangsa yang kian terancam

Alam seolah-olah menangisi nasib anak bangsa yang kian pudar jati dirinya kerana pelbagai pengaruh daripada luar.

2

P4 Persoalan kedudukan bahasa Melayu yang kian terancam

Perlu usaha yang berterusan yang mendaulatkannya. 2

P5 Persoalan kemusnahan alam semula jadi

Kerakusan manusia menyebabkan kemusnahan khazanah hutan.

(21)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 KEDAH) Soalan 2(b) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU Mohd. Haikal Aminuddin Terkedu aku

di sejadah rindu

mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu

merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu. Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan

dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan

sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kautetapkan. Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya

aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh

jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh. Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa

pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa

dunia ini hanya bersifat sementara.

(Kalam Pertama, 2013 Antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan dua perkara yang dilakukan oleh penyajak di atas sejadah berdasarkan rangkap pertama.

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif apabila seseorang itu menginsafi kesalahan yang

telah dilakukan?

[3 markah] (iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak.

(22)

(i) 2 perkara

P1 Mengungkap / melafazkan kalimah suci 1

P2 Berasa insaf / timbul keinsafan 1

P3 Mengenang dosa-dosanya yang terdahulu 1

(ii) Kesan-kesan positif

P1 Tidak mengulangi kesalahan / sentiasa berhati-hati dalam tindakan

1

P2 Berazam menjadi orang baik / mendekati diri dengan Tuhan / sentiasa bertaubat

1

P3 Memperoleh ketenangan jiwa 1

P4 Mendapat ramai sahabat / dihormati masyarakat 1

P5 Sentiasa berfikiran terbuka / rasional 1

P6 Kesalahan lalu dijadikan teladan 1

(iii) 2 nilai

P1 Keinsafan – penyajak menginsafi segala kesalahannya yang lalu

2

P2 Kegigihan – penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia

2

P3 Keikhlasan – penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan

sehingga menitiskan air mata 2

P4 Ketaatan – penyajak taat kepada Pencipta dan berharap akan

mendapat pengampunan daripada Penciptanya 2

P5 Kemaafan – penyajak memohon kemaafan daripada Tuhannya

(23)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 MARA) Soalan 2(b) - Petikan Syair

Baca petikan syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI Dengarkan tuan suatu riwayat,

Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri,

Sultan halifah akas bestari,

Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasnya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai susah, Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan, Baginda duduk bersuka- sukaan, Datanglah beroleh kedukaan,

Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Datanglah kepada suatu masa,

Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana, Gemparlah sekalian mulia dan hina, Seisi negeri gundah-gulana,

Membawa diri ke mana- mana. Baginda pun sedang dihidap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, “Gempar ini apakah kurang.”

(Dipetik daripada Syair Bidasari Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara) Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Bagaimanakah keadaan rakyat di Negeri Kembayat apabila diserang oleh burung garuda

seperti yang diceritakan dalam rangkap ketujuh syair?

[2 markah] (ii) Sesebuah negara sering menghadapi musibah yang tidak disangka-sangka.

Pada pendapat anda, apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tersebut?

[3 markah] (iii) Jelaskan dua perwatakan Raja Negeri Kembayat yang terdapat dalam syair di atas.

(24)

(i) Keadaan rakyat di Negeri Kembayat apabila diserang oleh burung garuda seperti yang diceritakan dalam rangkap ketujuh syair

P1 Rakyat menjadi gempar 1

P2 Rakyat ketakutan 1

P3 Rakyat lari bertempiaran / lari menyelamatkan diri 1 (ii) Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah

tersebut

P1 Orang ramai perlu mengetahui / menguasai ilmu tentang sesuatu

musibah yang sedang / pernah berlaku di negara-negara lain. 1 P2 Pihak kerajaan / berkuasa mengarahkan rakyat bersiap sedia untuk

berpindah ke kawasan yang lebih selamat. 1

P3 Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan alat kawalan keselamatan /

alat penggera di kawasan yang berisiko menghadapi musibah. 1 P4 Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan keperluan harian seperti

makanan / pakaian / ubat-ubatan yang mencukupi kepada bakal mangsa.

1 P5 Pihak kerajaan / berkuasa menyediakan kawasan penempatan baharu

yang lebih tinggi dan selamat. 1

P6 Anggota keselamatan mengadakan latihan menyelamat dengan lebih

banyak / kerap dalam menghadapi masalah. 1

P7 Media massa menyebarkan maklumat keselamatan kepada masyarakat tentang cara-cara menghindarkan diri / membuat persediaan ketika menghadapi musibah dari semasa ke semasa.

1

(iii) Dua perwatakan Raja Negeri Kembayat yang terdapat dalam syair P1 Seorang raja yang adil

Contoh: Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil. 2 P2 Seorang raja yang bijaksana

Contoh: Raja Negeri Kembayat bijaksana dalam pemerintahannya. 2

(25)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH TANGKAK, JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Gelanggang Ini gelanggang kita

yang diwariskan oleh pendekar- pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu

satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata

dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati

kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan Demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hatinurani

kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri

membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

(Onn Malini, Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan sajak, nyatakan dua cara untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara.

[2 markah] (ii) Jelaskan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan hidup bersatu pada kepada sesebuah negara.

[3 markah] (iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

(26)

(i) Dua cara untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara

P1 Menjaga negara dengan sepenuh hati 1

P2 Mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara 1

(ii) Pendapat – kepentingan-kepentingan hidup bersatu pada

kepada sesebuah negara

P1 Negara menjadi aman dan damai 1

P2 Rakyat hidup sejahtera dan harmoni 1

P3 Negara bertambah maju dan cemerlang 1

P4 Program pelancongan berjaya dan berkesan 1

P5 Pembangunan negara berjalan dengan lancar 1

(iii) Persoalan yang terdapat dalam sajak P1 Persoalan perpaduan kaum dipertahankan

Contohnya, satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu pada kemudian hari

2

P2 Persoalan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara

Contohnya, penyajak menyeru semua rakyat mempertahankan kedaulatan watan daripada anasir jahat.

2

P3 Persoalan perjuangan generasi dahulu mendapatkan kemerdekaan

Contohnya, generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.

(27)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SEGAMAT, JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ERTI HIDUP BERERTI Teo Wei Sing

Aku selalu didatangi malam sepi

bagai kalung

yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari

siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasik kehijauan rumput

hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam rahim dilupai

dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup

menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku

baik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun

ada yang mati ada yang hidup

tiada yang kekal kecuali Tuhan.

(Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Huraikan maksud rangkap pertama sajak di atas.

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh warga tua supaya kehidupan mereka

lebih berkualiti?

[3 markah] (iii) Jelaskan dua pengajaran yang terkandung dalam sajak tersebut.

(28)

(i) Maksud rangkap pertama

P1 Penyajak menyatakan bahawa dia sering berasa sunyi kerana tiada sesiapa yang menziarahinya.

2

(ii) Aktiviti-aktiviti

P1 Aktiviti kemasyarakatan seperti membantu orang susah dan bergotong-royong

1

P2 Aktiviti keagamaan seperti menghadiri kelas agama dan majlis

tahlil 1

P3 Aktiviti riadah seperti bersenam dan berkebun 1

(iii) Pengajaran

P1 Kita janganlah mengabaikan keperluan orang tua kita agar kehidupan mereka ceria di penghujung usia.

2

P2 Kita janganlah melepaskan tanggungjawab menjaga orang tua agar orang tua berasa dihargai oleh anak-anak sendiri.

(29)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PAHANG) Soalan 2(b) - Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BEBERAPA PETUA HIDUP Za’ba

Fikir dan Kata

Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Silang Sengketa

Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari. Ilmu

Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna. Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar. Dunia Pergaulan

Dunia ini taman pergaulan,

Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. Sifat-sifat yang Baik

Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman. Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kautawan. Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah. Perbuatan yang Baik

Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa. Menolong sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu dahulu. Sifat-sifat yang Jahat

Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit. Barang siapa berbuat khianat, Tuhan kelak memberi laknat.

(Kalung Bunga Za’ba, 2008 Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan kesan jika seseorang itu bersifat jahat seperti digambarkan dalam gurindam di atas.

[2 markah]

(ii) Dunia ini taman pergaulan,

Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Bait gurindam di atas menyarankan agar kita perlu berhati-hati dalam pergaulan. Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan agar menjaga batas pergaulan dalam persahabatan?

[3 markah] (iii) Jelaskan dua persoalan yang boleh dikaitkan dengan ilmu pengetahuan dalam gurindam di atas?

(30)

(i) Kesan

P1 Jika seseorang itu menabur fitnah dan mengadu domba akan menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni,

2

P2 Jika seseorang itu melakukan perbuatan khianat sesama manusia, Tuhan pasti melaknatinya.

2

(ii) Pada pendapat saya, kita disarankan agar menjaga batas

pergaulan dalam persahabatan agar

P1 Menghindari masyarakat daripada terjebak dalam kancah maksiat

1

P2 Merapatkan hubungan silaturahim 1

P3 Memupuk perpaduan 1

P4 Melahirkan masyarakat yang bersahsiah mulia. 1

P5 Menjaga / memelihara maruah diri. 1

(iii) 2 persoalan

P1 Ketekunan dalam menuntut ilmu sehingga sempurna agar

dapat dimanfaatkan dalam kehidupan 2

P2 Kerajinan dalam menuntut ilmu dapat menjamin kecemerlangan dalam kehidupan.

(31)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH BELAGA, SARAWAK) Soalan 2(b) - Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KUDUP PERANG

Sementara dia bergelar panglima laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman- sering

mengudupkan putik dendam

kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir

kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya: siapakah pahlawan yang asli?

Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerincing

pedang pusaka

dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara- perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu

menyanjungnya pendekar paling gagah kerana takhta setia terbina

di istana wangsa

bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama

sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara

di tiang maruah kota.

Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi

peta keadilan yang tersiat- nun, karam di lautan kesumat

sedang warga memanggilnya keramat. Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu;

bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya

menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia- seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama. Sehingga senja tiba,

kita masih bertengkar tentang siapa

pahlawan sebenarnya.

(Tuah Saujana Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan maksud ungkapan mengudupkan putik dendam dalam rangkap 1.

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang seharusnya kita contohi pada masa ini?

[3 markah] (iii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.

(32)

(i) Maksud ungkapan mengudupkan putik dendam ialah

P1 Meredakan perasaan tidak suka yang baru bermula 2

(ii) Kita perlu menghargai jasa-jasa pahlawan

P1 Pahlawan telah banyak berjasa kepada rakyat, masyarakat dan negara untuk memastikan keamanan negara.

1

P2 Pahlawan telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan kudrat semata-mata untuk memastikan kehidupan masyarakat tenteram.

1

P3 Pahlawan telah menumpaskan musuh-musuh negara yang cuba mengganggu kehidupan masyarakat di negara kita.

1

P4 Pahlawan telah menjaga dan mengawasi sempadan negara daripada dicerobohi oleh musuh yang boleh menggugat kehidupan masyarakat.

1

(iii) 2 nilai

P1 Nilai keberanian – penyajak berani mencari jawapan dan

kepastian antara pahlawan dan pengkhianat. 2

P2 Nilai kerajinan – masyarakat perlu gigih berusaha dan bersungguh-sungguh untuk membina kehidupan selepas perang.

2

P3 Nilai keadilan – peristiwa Jebat dan Tuah hendaklah diadili

dengan saksama tanpa perasaan prejudis. 2

P4 Nilai bijaksana – kita perlu menilai sesuatu peristiwa dengan

(33)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 YAYASAN ISLAM KELANTAN) Soalan 2(b) - Petikan Gurindam

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita- cita.

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah,

Nescanya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh- sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Mohd Yusof Md. Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996 Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud rangkap kedua dalam gurindam di atas?

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, mengapakah amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja semakin

berkurangan?

[4 markah] (iii) Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.

(34)

(i) Maksud rangkai kedua gurindam di atas ialah

P1 Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian

2

P2 Telinga perlu dijaga / dikawal daripada mendengar perkara yang tidak baik

2

P3 Seseorang hendaklah menjaga telinganya agar tidak

mendengar perkara yang buruk. 2

(ii) Pendapat saya amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja semakin berkurangan kerana

P1 Ibu bapa tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih sayang kepada anak-anak di rumah

2

P2 Kewujudan pelbagai media massa di negara ini turut menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita

2

P3 Kurang didikan agama 2

P4 Pengaruh persekitaran yang kurang sihat 2

P5 Pengaruh pergaulan dengan rakan sebaya 2

P6 Guru-guru / sekolah yang kurang menekankan aspek berbudi

bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan 2

P7 Kurang didikan / latihan daripada ibu bapa sejak kecil terutama aspek tunjuk ajar yang betuk kepada anak supaya berbudi bahasa dengan orang tua.

2

(iii) Pengajaran yang terdapat dalam gurindam ialah

P1 Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana agar tidak dapat melihat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

(35)

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SIJANGKANG JAYA - SELANGOR) Soalan 2(b) - Petikan Sajak

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SEJADAH RINDU Mohd. Haikal Aminuddin Terkedu aku

di sejadah rindu

mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu

merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang terdahulu. Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan

dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan

sebelum saat aku dinisankan

di masa yang Kautetapkan. Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya

aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh

jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh. Ungkapan doa pada Yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa

pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa

dunia ini hanya bersifat sementara.

(Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan maksud baris sebelum saat aku dinisankan.

[2 markah] (ii) Huraikan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas.

[3 markah] (iii) Penganut agama Islam yang telah melakukan dosa perlulah bertaubat dengan segera untuk membersihkan diri. Kemukakan pendapat anda, mengapakan taubat wajar dilakukan dalam kadar segera?

(36)

(i) Maksud baris sebelum saat aku dinisankan ialah

P1 Sewaktu pengarang belum meninggal dunia / ketika pengarang masih hidup

2

(ii) Pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas ialah

P1 Kita hendaklah bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan. Contoh: Penyajak berasa insaf dan bertaubat atas kesalahan yang pernah dilakukan.

1

P2 Kita hendaklah taat akan perintah Allah SWT. Contoh: Penyajak taat akan perintah Allah.

1

P3 Kita hendaklah berdoa yang baik-baik untuk diri.

Contoh: Penyajak bersikap rasional dengan memohon doa yang terbaik untuk dirinya.

1

P4 Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap pencipta kita

Contoh: Penyajak bertanggungjawab menunaikan perintah Allah SWT.

1

(iii) Taubat wajar dilakukan dalam kadar segera P1 Menimbulkan keinsafan dan rasa syukur

Alasan: bersyukur kerana Allah SWT menimbulkan rasa insaf dan memberikan peluang untuk bertaubat.

2

P2 Tidak mengulanginya lagi

Alasan: Jika lambat bertaubat bimbang akan mengulangi kesalahan yang telah dilakukan sebelum itu.

2

Referensi

Dokumen terkait

Field atau kolom data yang butuh disimpan dalam suatu entitas dan digunakan sebagi kunci akses record yang diinginkan, biasanya berupa id, kuncu primer dapat

(Dibimbing Oleh MUHAMMAD YAZID dan LIFIANTHI). Tujuan penelitian ini adalah 1) Mengestimasi jumlah konsumsi beras organik rumah tangga dalam periode satu bulan dan mengetahui

Secara umum dapat disimpulkan bahwa dari Lima Sasaran Strategis yang ditetapkan dalam Penetapan/Perjanjian Kinerja Tahun 2017 menunjukkan lima sasaran

C Kalam allah yang di turunkan kepada nabi muhammad melalui malaikat jibril dan yang membacaan bernilai ibadah. D Hadist yang rosul menerima kandungannya kemudian di jelaskan

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan menggunakan uji statistik Spearman rho di dapatkan nilai nilai p Value adalah 0,103 dimana p Value > α sehingga H1

Namun, jika dilihat dari angka yang menunjukkan total WP terdaftar lebih besar dari WP efektif, karena data jumlah NPWP WP terdaftar menujukkan bahwa belum tentu keseluruhan WP

Oleh karena itu hasil observasi terhadap belajar mandiri guru dapat ditarik kesimpulan bahwa kesiapan untuk mengembangkan model pembelajaran e- learning menggunakan

Game sering bergantung pada pengembangan imajinasi untuk memberikan motivasi kepada pemain. Penggunaan khayalan dalam game pembelajaran untuk sekolah dasar dapat