1.1.2 Kabinet /Jemaah Menteri Malaysia Ahli-ahli
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri-Menteri
Ketua Setiausaha Negara
Timbalan Menteri hanya menghadiri mesyuarat kabinet jika dijemput sahaja 1.1.3Peranan kabinet adalah
Sebagai badan penyelaras
Membuat dasar-dasar negara
Meluluskan draf rang undang-undang sebelum dihantar ke Parlimen
Membuat keputusan tentang projek-projek yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan
Menghadiri mesyuarat kabinet pada tiap-tiap hari Rabu
Sila Rujuk senarai Kabinet 2008
1.1.4 Menteri
Terbahagi kepada dua
Menteri Berportfolio – Iaitu menteri yang mengetuai sesebuah kementerian.
Cth: Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Pertahanan
Menteri Tidak Berportfolio – Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1.1.5 Kementerian
Tugas menteri akan dilaksanakan oleh sebuah badan yang dikenali sebagai kementerian
Di dalam sesuatu kementerian terdapat seorang atau 2 Menteri (bagi Kementerian Kewangan sahaja), 1 atau 2 Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen (tidak semua kementerian ada) yang dilantik dari kalangan ahli Parlimen
Ketua pentadbir utama sesebuah kementerian ialah Ketua Setiausaha (KSU), manakala di Jabatan Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara.
1.1.6 Badan Berkanun
Badan berkanun merupakan organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah undang-undang Parlimen seperti Akta atau Enakmen Negeri.
Antara badan-badan berkanun yang telah ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan ialah:
a) Berkaitan Pembangunan Tanah dan wilayah
Pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA), Lembaga Kemajuan Pahang Tengara (DARA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka
(JENGKA), Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
b) Berkaitan dengan pertanian dan pembangunan luar bandar
Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (MAJUTERNAK), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia Berhad (MARDEC), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) dan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM).
c) Berkaitan dengan penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian
Malis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Pusat Daya Pengeluaran Negara.
d) Berkaitan dengan pendidikan
Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan lain-lain.
e) Berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan dan kemudahan awam
Keretapi Tanah Melayu (KTM), Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (PUSPATI)
f) Berkaitan dengan kewangan
Bank Negara Malaysia, Bank Simpanan Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
1.1.7 Suruhanjaya
Terdapat dua jenis suruhanjaya iaitu tetap dan tidak tetap
Suruhanjaya tetap mempunyai ahli yang tetap dan tugasnya berterusan seperti Suruhanjaya Pilihanraya & Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Tidak Tetap pula ditubuhkan untuk menyiasat atau menyelesaikan masalah dan perkara semasa.
Ahli-ahli suruhanjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Aktiviti Tutorial
Perbadanan-perbadanan awam atau agensi-agensi separa kerajaan merupakan bentuk agensi baru di Malaysia. Huraikan peranan perbadanan-perbadanan awam ini.
MODUL C : Perlembagaan & Proses Politik Subtopik 6 : Perlembagaan Malaysia
1.2 Pengenalan
Perbincangan dalam topik ini adalah berkisar berkaitan sejarah penggubalan Perlembagaan dari Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu.
1.2.1 Perlembagaan Malayan Union
1. Persediaan ke arah berkerajaan sendiri menyebabkan kerajaan British telah menubuhkan sebuah kerajaan baru (kesatuan) iaitu Malayan Union pada tahun 1946.
2. Semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan dibawah satu pemerintahan pusat di bawah perlembagaan Malayan Union. Singapura tidak dimasukkan dalam Malayan Union tetapi menjadi Tanah Jajahan Mahkota British yang berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British.
3. Raja-raja Melayu menjadi raja kehormat dan kedaulatan mereka dihapuskan. Sultan berkuasa berkaitan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
4. Hal ehwal kerajaan tempatan diuruskan oleh Majlis-majlis Negeri.
Kerajaan pusat bertanggungjawab mengawal majlis-majlis ini.
5. Hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa ataupun asal keturunan dalam Malayan Union. Semua orang asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura.
1.2.2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1. Akibat daripada bantahan orang Melayu dan ketiadaan sokongan yang kuat dan teratur dari mana-mana pihak di Tanah Melayu kerajaan British telah menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.
2. Mengikut Perjanjian ini, ahli-ahli negeri adalah sama sepertimana yang ada di dalam Malayan Union. Singapura masih menjadi tanah jajahan Britisah yang berasingan.
3. Kerajaan persekutuan terdiri dari :
a) Pesuruhjaya Tinggi British yang dilantik oleh Kerajaan British,
b) Majlis Undangan Persekutuan yang mempunyai 75 orang ahli (sebanyak 50 orang ahli tidak rasmi dan kebanyakkannya terdiri daripada orang Melayu) c) Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan yang mempunyai ahli-ahli rasmi dan
tidak rasmi.
4. Pesuruhjaya Tinggi British mempunyai kuasa tertinggi dalam Kerajaan Persekutuan.
5. Sultan-sultan dikembalikan hak utama dan kuasa ke atas negeri-negeri mereka seperti semasa sebelum perang.
6. Sultan mempunyai kuasa memerintah negerinya dengan bantuan sebuah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan sebuah Majlis Undangan Negeri yang dianggotai oleh ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi.
7. Kerajaan negeri bertanggungjawab bagi perkara seperti kerajaan tempatan, kesihatan, pendidikan, tanah dan pertanian. Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Undangan Negeri mesti mendapat persetujuan Sultan.
8. Syarat kewarganegaraan telah diketatkan. Sebagai contoh, seorang yang layak mendapat kewarganegaraan secara permohonan mestilah lahir di Tanah Melayu dan
bermastautin di sana selama lapan dari duabelas tahun sebelum permohonannya atau telah bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang daripada lima belas tahun dari dua puluh tahun sebelum permohonannya. Umur minimum ialah lapan belas tahun dan perwatakan baik serta berpengetahuan Bahasa Melayu dan Inggeris .
9. Orang Melayu diberikan hak-hak istimewa sebagai kaum Bumiputera. Mereka mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
1.2.3 Suruhanjaya Reid
1. Persidangan di London juga mempersetujui tentang pembentukan sebuah suruhanjaya untuk menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang berdaulat dan merdeka.
2. Ahli-ahli Suruhanjaya Perlembagaan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid terdiri daripada:
a) Lord Reid (Britain-Pengerusi) b) Sir Ivor Jenings (Britain) c) Sir William Mckell (Australia) d) B.Malik (India)
e) Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
3. Suruhanjaya ini bertanggungjawab merangka perlembagaan berasaskan syarat-syarat berikut:
a) Kerajaan Persekutuan yang kuat
b) Menjamin kedudukan istimewa orang Melayu
c) Memelihara kedudukan sultan-sultan sebagai pemerintah berpelembagaan di negeri masing-masing
d) Melindungi kepentingan sah kaum-kaum bukan Melayu e) Prinsip-prinsip demikrasi
4. Suruhanjaya ini telah bersidang sebanyak 118 kali dari lewat bulan Jun hungga bulan Oktober 1956.
5. Sebanyak 131 memorandum bertulis telah diterima daripada pertubuhan-pertubuhan dan orang perseorangan.
6. Dua memorandum yang penting ialah daripada raja-raja Melayu dan Perti Perikatan.
7. Memorandum yang Perikatan mengandungi beberapa perkara yang merupakan tolak ansur antara kaum.
8. MCA dan MIC menerima kedudukan istimewa orang Melayu, kedaulatan raja-raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
9. UMNO telah mempersetujui syarat-syarat yang longgar bagi kerakyatan.
10. UMNO menerima prinsip jus soli yang memberikan kerakyatan secara automatik kepada semua orang yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas Hari Merdeka.
11. Suruhanjaya Reid telah mengumumkan satu Rang Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada bulan Februari 1957.
Aktiviti Tutorial
Bincangkan perkembangan pembentukan perlembagaan di Malaysia.
MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA