• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dapatan Kajian Rintis Peringkat Ketiga

Dalam dokumen Tesis model pembelajaran koperatif dan t (Halaman 190-196)

n = 25 Kumpulan PT n = 27 Min s.p Min s.p Nilai t atau Nisbah F d.k sig. Prestasi 49.76 31.16 40.37 26.19 9.52 51 .00* Lokus sebab (situasi berjaya) 19.35 4.29 19.53 3.39 -.15 50 t.s Kestabilan (situasi berjaya) 15.99 4.68 15.66 5.25 .24 50! t.s! Kawalan kendiri (situasi berjaya) 19.80 3.00 18.69 3.24 1.26 50! t.s!

Kawalan oleh orang lain (situasi berjaya) 12.90 4.98 12.75 5.01 .13 50! t.s! Lokus sebab (situasi gagal) 16.47 5.46 17.58 4.59 -.15 50! t.s! Kestabilan (situasi gagal) 11.94 5.73 11.37 4.23 .24 50! t.s! Kawalan kendiri (situasi gagal) 15.03 4.86 15.12 5.34 -.05 50! t.s!

Kawalan oleh orang lain (situasi gagal)

12.27 4.08 13.23 5.22 -.72 50! t.s!

Konsep kendiri akademik 18.66 5.28 19.32 4.62 -.51 50! t.s!

Hubungan sosial 78.25 10.00 86.75 12.00 -2.70 50! 0.01*

Nota: s.p: Sisihan piawai d.k: Darjah kebebasan sig: Signifikan

t.s: Tidak signifikan * : signifikan pada p<0.05

!

Berdasarkan pemerhatian pengkaji di dalam kelas kumpulan PK, daripada sepuluh kumpulan kecil yang diwujudkan, hanya dua kumpulan yang menunjukkan ahli- ahlinya saling bekerjasama. Pelajar di dalam kumpulan lain lebih senang membuat tugasan secara individu walaupun diperingatkan oleh guru kelas supaya mereka berbincang secara berkumpulan. Sebaliknya, pelajar di dalam kelas kumpulan PT gemar berbincang sesama mereka ketika membuat tugasan.

Antara komen yang diberi secara bertulis oleh pelajar ialah kesukaran untuk menyesuaikan diri di dalam kumpulan, terdapat pelajar yang hanya meniru tugasan rakan, masalah pelajar berbual tentang perkara lain ketika aktiviti berkumpulan, tidak dapat mengikuti pengajaran guru dengan baik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak menarik. Beberapa cadangan yang diberikan oleh pelajar adalah perlunya penerangan mengenai pengiraan skor dinyatakan dengan jelas dan bentuk pelekat yang digemari sebagai pengiktirafan kumpulan. Di antara perubahan yang dilakukan oleh pengkaji adalah seperti berikut:

(a) Menyediakan kertas edaran mengenai penggunaan PK kepada setiap pelajar sebagai rujukan mereka.

(b) Memperbaiki penggunaan bahan bantu mengajar dengan mengambil kira cadangan daripada guru yang terlibat.

(c) Menyediakan nota dan ringkasan bagi tajuk tertentu bagi menjimatkan masa di dalam kelas.

!

(d) Segera bertindak mengubah suai kumpulan pelajar apabila terdapat masalah penyesuaian sesama pelajar.

(e) Pelajar tidak dikehendaki menghantar tugasan, sebaliknya menyemaknya sendiri semasa perbincangan. Ini bertujuan tidak mendorong pelajar meniru tugasan rakan-rakan mereka.

(f) Menggunakan pelekat bintang sebagai penghargaan kumpulan.

(g) Membentuk soalan terbuka yang berstruktur untuk mendapatkan pandangan pelajar mengenai kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas.

3.5 Prosedur Kajian

Setelah mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, pengkaji mengunjungi sekolah menengah akademik daerah Hulu Langat yang menawarkan kelas prinsip akaun. Tujuan kunjungan itu adalah untuk mendapatkan persetujuan guru kelas prinsip akaun dan kebenaran pengetua sekolah tersebut untuk terlibat di dalam kajian ini. Seramai empat orang guru yang melibatkan 295 orang pelajar bersetuju untuk memberi kerjasama di dalam kajian ini.

Semasa cuti pertengahan tahun, tiga daripada mereka termasuk seorang guru untuk kajian rintis yang ketiga telah mengikuti sesi penerangan mengenai penggunaan PK selama satu hari. Sesi ini dikendalikan oleh seorang pensyarah di Fakulti Pengajian

!

Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Pensyarah tersebut pernah mengikuti kursus PK yang dikendalikan oleh pelatih yang bertauliah dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat. Guru yang tidak dapat hadir dalam sesi tersebut masih dikekalkan di dalam kajian ini tetapi kelas prinsip akaun di bawah pengajaran beliau dimasukkan dalam kumpulan PT.

Setelah berbincang dengan guru-guru yang terlibat, pengkaji menentukan tajuk-tajuk yang diliputi sepanjang tempoh eksperimen. Bagi memastikan wujud keseragaman dalam setiap kelas yang terlibat, pengkaji menyediakan persediaan mengajar, nota rujukan pelajar, tugasan, soalan kuiz dan bahan bantu mengajar yang lain. Sebelum kajian bermula, surat persetujuan ibu bapa diedarkan kepada semua pelajar. Pelajar menjawab Ujian Awal yang dikendalikan oleh guru masing-masing dalam masa satu jam.

Eksperimen dijalankan selama lapan minggu pada semester kedua sesi persekolahan tahun 1999. Berdasarkan tinjauan kajian yang dilakukan oleh Slavin (1983), beliau berpendapat eksperimen yang dijalankan sekurang-kurangnya selama dua minggu sudah memadai untuk menentukan kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian. Maka, pengkaji menetapkan tempoh selama lapan minggu sebagai tempoh yang sesuai dengan mengambil kira tempoh yang paling lama bagi sesuatu eksperimen untuk dijalankan secara berterusan di sekolah tanpa banyak gangguan faktor lain seperti cuti pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester.

!

Sepanjang tempoh tersebut, pengkaji sentiasa membuat penyeliaan di dalam semua kelas sama ada kumpulan PK atau PT bagi memastikan perlaksanaan eksperimen berjalan seperti yang dirancang. Dari masa ke semasa, pengkaji berbincang dengan guru yang terlibat bagi mengenal pasti masalah yang timbul dan cara mengatasinya.

Setelah tamat tempoh eksperimen, subjek menjawab soal selidik yang dikendalikan sendiri oleh pengkaji. Setelah memperkenalkan diri sebagai pelajar siswazah, pengkaji menerangkan kepentingan kajian tersebut dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran prinsip akaun. Justeru itu, pelajar diharapkan dapat menjawab kesemua bahagian soal selidik dengan jujur dan tepat. Untuk bahagian SDS, pengkaji menerangkan cara menjawab skala perbezaan semantik berdasarkan contoh yang diberi menggunakan papan tulis. Pada hari yang berlainan, subjek menjawab Ujian Prestasi yang dikendalikan oleh guru masing-masing.

3.5.1 Pembelajaran Koperatif

Berdasarkan purata markah dalam beberapa ujian prinsip akaun yang diperolehi di dalam semester satu, pelajar di dalam kumpulan PK dikategorikan kepada tiga kumpulan mengikut tahap pencapaian mereka. Setiap kumpulan terdiri daripada seorang pelajar yang berkebolehan tinggi, dua orang pelajar yang sederhana dan seorang pelajar yang berkebolehan rendah. Terdapat juga kumpulan yang terdiri

!

daripada lima orang pelajar. Pemilihan ahli dalam setiap kumpulan ditentukan oleh pengkaji berdasarkan panduan yang diberikan oleh Slavin (1990).

Dalam minggu pertama, pelajar kumpulan PK diberi penerangan yang lebih mendalam mengenai aktiviti PK oleh guru yang terlibat. Setiap kumpulan kecil diberi peluang untuk saling berkenalan dan berbincang mengenai nama kumpulan, logo dan slogan kumpulan di atas sehelai kertas lukisan.

Aktiviti PK bermula dengan guru menyampaikan kandungan pelajaran untuk satu topik kecil dan memberi tunjuk ajar penyelesaian masalah. Pada masa yang sama, pelajar membuatnya di dalam kertas edaran. Seterusnya, pelajar diberi masa untuk membuat tugasan secara berkumpulan di dalam kelas. Pelajar menyemak sendiri tugasan mereka semasa guru membincangnya di dalam kelas. Apabila selesai satu topik kecil, pelajar menjawab secara individu soalan kuiz pendek yang memakan masa 15 minit.

Markah kuiz yang diperolehi dalam bentuk peratus dibandingkan dengan skor asas pelajar. Skor asas pelajar adalah purata markah beberapa ujian prinsip akaun yang diperolehi dalam semester satu. Pengiraan mata untuk individu adalah berdasarkan perbezaan antara skor asas dengan skor kuiz dalam bentuk peratus. Jadual 6 menunjukkan pengiraan mata peningkatan bagi setiap pelajar.

!

Dalam dokumen Tesis model pembelajaran koperatif dan t (Halaman 190-196)

Dokumen terkait