Pra ujian proksi bagi mengukur tahap kebolehan pelajar digambarkan oleh OA1. Ujian pasca bagi prestasi diwakili oleh OB2. Subskrip A dan B merujuk kepada alat ukuran yang berbeza (Cook dan Campbell, 1979). Ujian pasca yang diwakili oleh O adalah alat kajian yang mengukur atribusi pencapaian, konsep kendiri dan hubungan sosial. Ujian pra proksi bagi tahap kebolehan dijadikan sebagai covariate bagi menyelaraskan perbezaan asal antara kumpulan PK dengan kumpulan PT. Pembolehubah bebas adalah strategi pembelajaran yang digunakan bagi setiap kumpulan. Kumpulan eksperimen iaitu kumpulan PK diwakili oleh X1, manakala kumpulan kawalan adalah kumpulan PT yang diwakili oleh X2.
3.2 Pemilihan Subjek Kajian
Populasi kajian adalah pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran prinsip akaun di sekolah menengah akademik daerah Hulu Langat. Sampel kajian
!
terdiri daripada kelas prinsip akaun yang diajar oleh guru yang terlibat di dalam kajian ini secara sukarela.
Bilangan sampel kajian ditentukan menggunakan formula berikut (Hinkle, Wiersma dan Jurs, 1994):
n = 2 (zβ - zα ) 2
d2 di mana,
zα = nilai kritikal bagi ujian statistik di dalam taburan persampelan yang berkaitan dengan H bagi ujian dua hala pada α yang telah
ditetapkan.
zβ = skor standard di dalam taburan persampelan yang berkaitan dengan H, mengikut zα bagi kuasa yang ditetapkan.
d2 = saiz kesan standard
Bagi mengira bilangan sampel setiap kumpulan PK dan kumpulan PT, nilai α ditetapkan pada .05 (Cochran dan Cox, 1957), nilai β ditetapkan berdasarkan nisbah β: α iaitu 4:1 (Hinkle et al., 1994) . Maka dengan nilai α adalah .05, nilai β adalah .80 . Saiz kesan standard ditetapkan kepada tahap sederhana iaitu .50 (Cohen, 1965 dalam Hinkle et al., 1994). Berdasarkan nilai-nilai yang telah ditetapkan, saiz sampel adalah:
n = 2 ( .842 - (-1.96) ) 2 (.50)2
!
Ini bermakna saiz sampel kajian ini adalah sekurang-kurangnya 126 orang pelajar yang terdiri daripada 63 orang pelajar setiap kumpulan bagi membolehkan saiz kesan standard eksperimen sebanyak .50 dapat dikenalpasti pada tahap α adalah .05 dengan kuasa statistik β adalah .80.
Dalam kajian ini, pengkaji berjaya mendapatkan kerjasama daripada empat orang guru prinsip akaun daripada empat buah sekolah. Seramai 208 pelajar (135 orang perempuan dan 73 orang lelaki; 97 pelajar Cina, 95 pelajar Melayu, 13 pelajar India, 2 pelajar Punjabi dan seorang pelajar Serani) dalam sembilan kelas, yang mewakili 5 hingga 95 persentil berdasarkan skor dalam Ujian Awal dipilih sebagai subjek daripada kumpulan asal berjumlah 295 orang. Pemilihan pelajar ditentukan berdasarkan skor Ujian Awal dalam julat tersebut bagi memastikan tahap kebolehan pelajar yang terlibat di dalam kajian adalah setara antara satu kelas dengan kelas yang lain. Bilangan subjek yang kurang daripada kumpulan asal juga disebabkan tidak semua pelajar hadir ketika Ujian Awal dan pengumpulan data dijalankan. Aliran kelas yang terlibat adalah sains gunaan, vokasional teknik dan seni.
Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen yang dijalankan di dalam waktu persekolahan. Kelas yang terlibat merupakan kelas sedia ada yang ditentukan oleh pihak sekolah pada awal sesi persekolahan. Maka pengagihan subjek secara rawak kepada kumpulan PK dan kumpulan PT tidak dapat digunakan. Apa yang dilakukan
!
ialah mengagihkan kelas prinsip akaun yang terlibat kepada salah satu kumpulan tersebut berdasarkan skor Ujian Awal.
Tatacara yang digunakan dalam menentukan kelas yang akan mengikuti PK atau PT adalah seperti berikut:
(a) Menyenaraikan kekerapan pelajar untuk setiap skor Ujian Awal dengan memberi tumpuan kepada kepada 5, 10, 90 dan 95 persentil.
(b) Setelah membandingkan bilangan pelajar dalam persentil- persentil tersebut, keputusannya ialah pelajar dalam julat 5 dan 9 persentil dipilih sebagai subjek kajian.
(c) Menyisih kelas yang terlibat berdasarkan min kelas bagi skor
subjek sahaja
(d) Mengagihkan kelas kepada kumpulan PK dan kumpulan PT dengan membandingkan kelas-kelas yang mempunyai min yang hampir sama. Pada masa yang sama, kelas yang diajar oleh guru yang tidak dapat hadir dalam sesi penerangan PK, secara automatik termasuk dalam kumpulan PT.
Berpandukan tatacara yang digunakan, pada permulaan kajian, kumpulan PK terdiri daripada lima kelas yang mengandungi 136 orang
!
subjek. Manakala kumpulan PT terdiri daripada empat kelas yang mengandungi 110 orang subjek.
3.3 Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan di dalam kajian ini terdiri daripada Ujian Awal, Ujian Prestasi, soal selidik isi sendiri berkenaan latar belakang pelajar, Skala Dimensi Sebab (SDS), Subskala Rakan dalam Inventori Perapatan Ibu bapa dan Rakan (IPIR), Soal Selidik Konsep Kendiri Akademik (SKKA), Pandangan Terhadap Pembelajaran Koperatif (PTPK) dan Pandangan Terhadap Prinsip Akaun (PTPA).
3.3.1 Ujian Awal
Alat kajian ini diguna untuk mengukur tahap kebolehan pelajar di dalam prinsip akaun berdasarkan pengetahuan yang dipelajari di peringkat menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga. Ujian ini mengandungi 50 soalan objektif yang dijawab dalam tempoh satu jam. Soalan tersebut dibentuk oleh pengkaji berdasarkan sukatan pelajaran yang telah diliputi. Kesahan kandungan Ujian Awal disemak oleh seorang pensyarah di dalam pendidikan perakaunan daripada maktab perguruan teknik. Skor Ujian Awal digunakan untuk menentukan pemilihan subjek kajian dan juga sebagai covariate.
!
3.3.2 Ujian Prestasi
Alat kajian ini digunakan untuk mengukur prestasi pelajar di dalam prinsip akaun setelah tamat eksperimen, iaitu pada minggu kesembilan, berdasarkan pengetahuan yang diperolehi sepanjang eksperimen dijalankan. Pelajar menjawab lapan soalan dalam bentuk jawapan yang dibina sendiri selama satu jam. Pengkaji membentuk soalan-soalan tersebut berpandukan tajuk-tajuk yang diliputi dalam tempoh eksperimen untuk empat minggu yang terakhir. Tajuk yang diliputi dalam empat minggu yang pertama tidak diambil kira untuk memberi peluang pelajar di dalam kumpulan PK menyesuaikan diri dalam kumpulan masing-masing sebelum diambil kira kesan PK.
Kesahan kandungan Ujian Prestasi disemak oleh dua orang pensyarah di dalam pendidikan perakaunan daripada maktab perguruan teknik. Min skor Ujian Prestasi digunakan untuk membandingkan prestasi kumpulan PK dengan kumpulan PT.
3.3.3 Latar Belakang Pelajar
Maklumat mengenai diri pelajar yang terdiri daripada nama, kelas, sekolah, jantina, bangsa dan keputusan Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) di dalam mata pelajaran kemahiran hidup dan matematik, sama ada pelajar mengikuti kelas tambahan prinsip akaun atau tidak dan kekerapan pelajar mewujudkan kumpulan perbincangan di luar waktu kelas. Maklumat ini diperlukan untuk menerangkan demografi sampel kajian.
!
3.3.4 Skala Dimensi Sebab (SDS)
Alat kajian ini adalah terjemahan daripada alat kajian Revised Causal Dimension Scale (CDSII) yang dibentuk oleh McAuley et al. (1992). Alat kajian CDSII dipilih memandangkan ia dibina berdasarkan teori atribusi Weiner dan telah diuji dari segi kebolehanpercayaan dan kesahannya. Ia digunakan untuk mengukur dimensi sebab akibat bagi atribusi pencapaian. Alat kajian SDS mengkehendaki pelajar yang menentukan sendiri dimensi lokus sebab, kestabilan, kawalan kendiri dan kawalan oleh orang lain bagi faktor berjaya atau gagal menurut tanggapan mereka.
Soal selidik ini mengandungi 12 item yang mana setiap dimensi diwakili oleh tiga item. Dimensi lokus sebab diwakili oleh item bernombor 1, 6 dan 9. Dimensi kestabilan diwakili oleh item bernombor 3, 7 dan 11. Dimensi kawalan kendiri diwakili oleh item bernombor 2, 4 dan 10. Dimensi kawalan oleh orang lain diwakili oleh item bernombor 5, 8 dan 12.
Soal selidik ini menggunakan bahasa Melayu. Dengan menggunakan pendekatan hipotetikal, pelajar diminta membayangkan keadaan mereka ketika berjaya dan ketika gagal di dalam ujian prinsip akaun. Contohnya, "Anda mendapat keputusan yang cemerlang di dalam salah satu ujian prinsip akaun. Tuliskan satu sebab utama bagi keputusan itu." Setelah menyatakan sebab utama mereka berjaya dan gagal, pelajar akan memberi maklum balas menggunakan skala perbezaan semantik dengan sembilan mata.
!
Skor dikira dengan menjumlahkan mata bagi setiap dimensi secara berasingan. Skor yang tinggi iaitu melebihi 15 mata dalam sesuatu dimensi menunjukkan dimensi yang bersifat dalaman bagi dimensi lokus sebab, stabil bagi dimensi kestabilan, dapat dikawal oleh pelajar sendiri bagi dimensi kawalan kendiri dan orang lain dapat mengawalnya bagi dimensi kawalan oleh orang lain.
Manakala skor yang rendah iaitu kurang daripada 15 mata dalam sesuatu dimensi menggambarkan dimensi yang bersifat luaran bagi dimensi lokus sebab, tidak stabil bagi dimensi kestabilan, tidak dapat dikawal oleh pelajar sendiri bagi dimensi kawalan kendiri dan orang lain tidak dapat mengawalnya bagi dimensi kawalan oleh orang lain. Julat skor bagi setiap dimensi adalah antara 3 hingga 27 mata. Skor bagi setiap dimensi dalam situasi berjaya dan situasi gagal dibandingkan antara kumpulan PK dengan kumpulan PT.
Kebolehpercayaan bagi CDSII menggunakan koefisyen alfa adalah .67 bagi lokus sebab, .67 bagi kestabilan, .79 bagi kawalan kendiri dan .82 bagi kawalan oleh orang lain (McAuley et al., 1992). Nilai pekali alpha Cronbach yang diperolehi dalam kajian ini adalah seperti berikut:
!
Jadual 4: Kebolehpercayaan Soal Selidik Dimensi Sebab
Dimensi Situasi berjaya Situasi gagal
Lokus sebab 0.55 0.64
Kestabilan 0.77 0.68
Kawalan kendiri 0.68 0.73
Kawalan oleh orang lain 0.66 0.63
3.3.5 Inventori Perapatan Ibu Bapa dan Rakan (IPIR)
Alat kajian ini diterjemahkan oleh Ruhani (1998) daripada alat kajian Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA) yang dibentuk oleh Armsden dan Greenberg (1987). Alat kajian IPPA dipilih kerana ia dibina berdasarkan teori perapatan yang sejajar dengan tujuan kajian ini untuk membandingkan hubungan sosial pelajar dari segi tahap persahabatan yang dirasai oleh kumpulan PK dan PT. Hubungan sosial yang dibandingkan di dalam kajian ini adalah dalam aspek afektif dan kognitif iaitu mengukur tanggapan pelajar mengenai jalinan kasih sayang antara dirinya dengan rakan sekelas. Justeru itu, aspek hubungan sosial di dalam kajian ini berbeza dengan kajian-kajian lepas yang memberi perhatian kepada perubahan kemahiran sosial pelajar ( ,-./0-1! 2-345! 6.7! 80-7.1!"**)), komunikasi sosial pelajar (93/40-:;-6!<-=1!
!
>./43-! 6.7! ?3@771! "**)) atau penerimaan sosial (<.AB30C1! D@5/;7! 6.7! E;F7C0761! "**)G=
Bagi tujuan kajian ini, hanya subskala perapatan dengan rakan yang mempunyai 25 item digunakan. Subskala ini mengukur tanggapan positif dan tanggapan negatif remaja (16 hingga 20 tahun) berkenaan dengan aspek afektif atau kognitif hubungan mereka dengan rakan-rakan sekelas berdasarkan teori perapatan. Pengkaji menterjemah kembali skala Likert lima mata bagi alat kajian ini berpandukan alat kajian asal ( 1- sentiasa tidak benar, 2- kerap kali tidak benar, 3- kadang-kadang benar, 4- kerap kali benar, 5- sentiasa benar).
Item bernombor 5, 6,8,12,13,14,15,19,20 dan 21 mengukur aspek kepercayaan. Item bernombor 1,2,3,7,16,17,24 dan 25 mengukur aspek komunikasi. Manakala item bernombor 4,9,10,11,18,22 dan 23 mengukur aspek pengasingan. Nilai skala bagi item nombor 5 dan semua item pengasingan akan diterbalikkan sebelum mencari jumlah nilai semua item. Skor dikira dengan menjumlahkan mata bagi aspek kepercayaan, komunikasi dan pengasingan yang telah diterbalikkan. Nilai inilah yang menggambarkan darjah perapatan subjek terhadap rakan sebaya di dalam kelas. Skor bagi kumpulan PK dan PT dibandingkan untuk melihat yang mana lebih tinggi Julat skor bagi perapatan yang boleh dicapai adalah antara 25 hingga 125 mata.
!
Kebolehpercayaan subskala perapatan dengan rakan adalah .86 berdasarkan ujian yang berulang dalam tempoh tiga minggu dan nilai alpha Cronbach untuk versi yang diperbaharui adalah .92 (Greenberg dan Armsden, 1998).
Nilai pekali alpha Cronbach yang diperolehi dalam kajian ini dalam aspek komunikasi adalah .81; aspek kepercayaan, .69; aspek perenggangan, .61 setelah item bernombor 9 dan 22 dikeluarkan. Secara keseluruhannya, nilai pekali alpha Cronbach bagi subskala perapatan dengan rakan adalah .86 tanpa item nombor 9 dan 22. Oleh itu, data bagi item nombor 9 dan 22 dikeluarkan daripada analisis data selanjutnya.
3.3.6 Soal Selidik Konsep Kendiri Akademik (SKKA)
Alat kajian ini adalah terjemahan daripada alat kajian Academic Self-Descriptions Questionnaire (ASDQ) yang dibentuk oleh Marsh (1990). Alat kajian ASDQ dipilih kerana ia dibina berdasarkan Model Marsh dan Shavelson yang menerangkan bahawa konsep kendiri adalah bersifat berbagai dimensi. Di dalam kajian ini, alat kajian SKKA digunakan untuk mengukur konsep kendiri akademik bagi mata pelajaran prinsip akaun. Soal selidik yang menggunakan bahasa Melayu ini mengandungi enam item yang mengukur persepsi pelajar dari segi penerangan mengenai diri sendiri dan penilaian terhadap diri sendiri berkaitan dengan prestasi mereka di dalam mata pelajaran prinsip akaun.
!
Subjek memberi maklum balas menggunakan skala Likert enam mata iaitu antara salah (1) dan benar (6) serta empat nombor di tengah-tengahnya. Pengiraan skor dibuat dengan mencari jumlah nilai semua item. Item nombor 3 merupakan item bernilai negatif. Apabila pengiraan skor dibuat, kedudukan nilai mata bagi item nombor 3 akan diterbalikkan. Skor bagi kedua-dua kumpulan subjek dibandingkan untuk melihat yang mana lebih tinggi. Julat skor yang boleh dicapai adalah di antara 6 hingga 36 mata.
Kebolehpercayaan bagi ASDQ ialah .91 bagi kajian ke atas 13 mata pelajaran dan .92 bagi kajian ke atas 16 mata pelajaran (Marsh, 1990). Nilai pekali alpha Cronbach yang diperolehi dalam kajian ini adalah .85.
3.3.7 Pandangan Terhadap Pembelajaran Koperatif (PTPK)
Pengalaman pembelajaran tradisional yang dilalui oleh pengkaji sebagai pelajar perakaunan mendorong pengkaji untuk mengenal pasti strategi pengajaran dan pembelajaran alternatif yang telah terbukti berkesan di dalam mata pelajaran yang lain. Memandangkan strategi PK merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang baru bagi pelajar di dalam kajian ini, maka pengkaji berminat untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai perlaksanaan strategi PK berdasarkan penceritaan pelajar dari pelbagai sudut. Soalan terbuka yang dirangka oleh pengkaji digunakan bagi mendapatkan maklum balas subjek berkenaan dengan aspek praktikal perlaksanaan eksperimen di dalam kelas mereka.
!
Menurut Fraenkel dan Wallen (1990), kajian yang menggunakan data kualitatif sesuai dijalankan apabila tumpuan penyelidik adalah untuk memperolehi buah pemikiran subjek dari perspektif mereka. Denzin dan Lincoln (2000) pula berpendapat bahawa melalui pendekatan kualitatif, penyelidik berupaya mendapatkan perspektif subjek dengan lebih dekat melalui temu bual dan pemerhatian. Oleh kerana kajian ini melibatkan bilangan subjek yang agak ramai, maka pengkaji berpendapat soal selidik berstruktur yang berbentuk soalan terbuka adalah lebih sesuai untuk mendapatkan pandangan pelajar berdasarkan penceritaan secara bertulis berbanding dengan teknik temu bual.
Soal selidik PTPK dikhususkan untuk subjek di dalam kumpulan PK. Ia mengandungi empat soalan utama yang merangkumi pengalaman subjek semasa mengikuti PK, pendapat mengenai elemen-elemen dalam PK iaitu pembahagian kumpulan, membuat latihan secara berkumpulan, kuiz, pengiraan skor kumpulan, penggunaan pelekat bintang sebagai penghargaan, pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar, minat untuk belajar prinsip akaun dan pemilihan cara belajar yang lebih digemari.
3.3.8 Pandangan Terhadap Prinsip Akaun (PTPA).
Soal selidik ini juga merupakan soalan-soalan terbuka yang dirangka oleh pengkaji bagi mendapatkan maklum balas subjek berkenaan dengan aspek praktikal
!
perlaksanaan eksperimen di dalam kelas mereka. Soal selidik PTPA mengandungi tiga soalan utama digunakan untuk subjek di dalam kumpulan PT iaitu sebagai kumpulan kawalan. Subjek diminta memberi pandangan mereka mengenai elemen di dalam kaedah pengajaran yang digunakan seperti latihan secara individu, kuiz, penggunaan bahan bantu mengajar dan pengajaran guru, minat untuk belajar prinsip akaun dan pemilihan cara belajar yang lebih digemari.
3.4 Kajian Rintis
Terdapat tiga peringkat di dalam kajian rintis yang dijalankan sebelum eksperimen sebenar dilakukan.
3.4.1 Peringkat Pertama
Kajian rintis peringkat pertama bertujuan menguji setakat mana pelajar memahami dan dapat menjawab alat kajian SDS, IPIR dan SKKA. Ia dijalankan di sebuah sekolah yang tidak terlibat dengan eksperimen. Seramai 69 orang pelajar telah menjawab soal selidik itu dalam tempoh 10 hingga 20 minit. Berdasarkan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh pelajar semasa menjawab soal selidik tersebut dan cadangan yang diberikan oleh penyelia, pengkaji telah membuat beberapa pindaan:
(a) Contoh yang diberikan di dalam soal selidik asal adalah mengenai pandangan pelajar tentang televisyen iaitu sama ada ianya bermanfaat atau memudaratkan. Contoh tersebut telah mengelirukan pelajar kerana SDS
!
sebenarnya membincangkan tentang situasi pencapaian di dalam prinsip akaun. Maka contoh itu diubah kepada kejayaan pelajar di dalam pertandingan olahraga.
(b) Pelajar juga didapati kurang faham cara menjawab SDS yang berbentuk skala perbezaan semantik. Maka pengkaji membuat keputusan untuk memberi penerangan bertulis yang lebih terperinci pada permulaan soal selidik SDS. Susun atur dan kedudukan skala juga diubah.
(c) Penunjuk bagi skala IPIR telah ditukar daripada sangat bersetuju (5) hingga sangat tidak bersetuju (1) kepada skala sentiasa tidak benar (1) hingga sentiasa benar (5) berdasarkan terjemahan skala alat kajian asal.
3.4.2 Peringkat Kedua
Kajian rintis peringkat kedua dijalankan di sebuah sekolah dengan melibatkan dua buah kelas yang terdiri daripada 77 orang pelajar. Kajian ini bertujuan menentukan setakat mana eksperimen dapat dilaksanakan di dalam kelas dan mengenal pasti kelemahan dan masalah yang timbul. Sebelum kajian bermula, surat persetujuan ibu bapa diedarkan kepada semua pelajar. Pelajar juga menjawab 50 soalan objektif yang merangkumi tajuk-tajuk yang telah dipelajari di peringkat menengah rendah. Ujian ini mengambil masa satu jam dikendalikan oleh guru prinsip akaun tersebut. Pada hari yang lain, penyelidik mengedarkan soal selidik berkenaan latar belakang pelajar, SDS, IPIR dan SKKA. Untuk bahagian SDS, penyelidik menerangkan cara
!
menjawabnya dengan membacakan arahan dan contoh bertulis yang diberikan untuk bahagian tersebut.
Mengikut perancangan awal, eksperimen akan dijalankan selama empat minggu. Walau bagaimanapun, tempoh tersebut terpaksa dipendekkan kepada dua minggu di mana pelajar sempat membuat tugasan secara berkumpulan sekali sahaja. Ini adalah kerana guru tersebut dikehendaki menghadiri satu kursus pada waktu persekolahan dan pada masa yang lain terdapat aktiviti sekolah yang mengganggu jadual waktu kelas. Walau bagaimanapun, soal selidik SDS, IPIR dan SKKA diedarkan juga pada akhir kajian dan pengkaji menemubual beberapa orang pelajar dari kumpulan PK.
Pelajar yang ditemubual menyatakan bahawa mereka gemar PK kerana berpeluang bertanya kepada rakan-rakan yang lain apabila tidak dapat mengikuti pengajaran guru yang dirasakan agak laju. Mereka juga merasa lebih bermotivasi untuk belajar dengan adanya pengiktirafan kumpulan. Walau bagaimanapun, mereka kurang memahami cara perlaksanaan PK secara keseluruhannya kerana tidak mendapat penerangan yang jelas terlebih dahulu. Pengkaji mendapati pelajar menghadapi kesukaran untuk menjawab SDS pada kali pertama ia diedarkan. Pelajar juga tidak menunjukkan kesungguhan mereka untuk menjawab soal selidik yang sama apabila ia diedarkan pada kali kedua. Ini berdasarkan masa yang diambil oleh pelajar untuk menjawabnya antara lima hingga sepuluh minit sahaja. Terdapat pelajar yang memberi maklum balas yang seragam. Contohnya, membulatkan nombor lima
!
semata-mata untuk satu bahagian atau membulatkan nombor menurun secara sistematik.
Berdasarkan pengalaman daripada kajian rintis ini, perubahan-perubahan yang dilakukan adalah seperti berikut:
(a) Pelajar kumpulan PK diberi penerangan mengenai penggunaan PK pada awal tempoh eksperimen.
(b) Soal selidik SDS, IPIR dan SKKA diedarkan pada akhir tempoh eksperimen sahaja.
(c) Pengkaji menyediakan persediaan mengajar dan bahan bantu mengajar yang akan digunakan oleh guru-guru.
(d) Pengkaji menerangkan cara menjawab SDS menggunakan papan tulis.
(e) Pelajar diminta memberi pandangan mengenai pengalaman mereka mengikuti PK.
3.4.3 Peringkat Ketiga
Kajian rintis peringkat ketiga yang memakan masa lapan minggu dijalankan dalam dua buah kelas di sekolah yang lain melibatkan 71 orang pelajar. Sebelum eksperimen dimulakan, pelajar dimaklumkan tentang kajian dan surat persetujuan ibu bapa diedarkan kepada pelajar. Seterusnya, pelajar menjawab Ujian Awal dalam masa satu jam. Berdasarkan skor Ujian Awal, pelajar yang berada antara persentil ke 5 dan 95 sahaja dianggap sebagai subjek. Tujuannya adalah untuk memastikan tidak
!
wujud jurang perbezaan yang terlalu jauh di kalangan subjek kajian. Kumpulan PK dan kumpulan PT ditetapkan dengan mengambil kira pandangan guru yang terlibat.
Pada awal tempoh kajian, guru prinsip akaun memberi penerangan tentang perjalanan aktiviti PK kepada kumpulan PK. Sepanjang tempoh eksperimen dijalankan, guru tersebut mengajar berdasarkan persediaan mengajar yang disediakan oleh pengkaji. Bahan bantu mengajar yang sama digunakan untuk kedua-dua kumpulan. Pada akhir tempoh eksperimen, soal selidik yang terdiri daripada latar belakang pelajar, SDS, SKKA dan IPIR diedarkan. Seterusnya, pelajar di dalam kumpulan PK diminta menulis pengalaman mereka sepanjang perlaksanaan PK tanpa menulis nama mereka. Pada hari yang berlainan, pelajar menjawab soalan ujian prinsip akaun yang merangkumi tajuk-tajuk yang dipelajari dalam tempoh eksperimen. Soalan ujian itu disediakan oleh guru tersebut.
Berdasarkan teknik ancova menunjukkan min skor ujian prinsip akaun yang kedua bagi kumpulan PK adalah berbeza dengan signifikan dibandingkan dengan kumpulan PT. Manakala ujian-t yang dijalankan ke atas atribusi pencapaian dan konsep kendiri akademik menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan tersebut. Sebaliknya ujian-t untuk hubungan sosial menunjukkan kumpulan PK mendapat skor yang lebih rendah dengan signifikan dibandingkan dengan kumpulan PT. Dapatan kajian yang diperolehi berdasarkan analisis data menggunakan statistik penakbiran dirumuskan di dalam Jadual 5.
!
Jadual 5 : Dapatan Kajian Rintis Peringkat Ketiga Pembolehubah bersandar Kumpulan PK
n = 25 Kumpulan PT n = 27 Min s.p Min s.p Nilai t atau Nisbah F d.k sig. Prestasi 49.76 31.16 40.37 26.19 9.52 51 .00* Lokus sebab (situasi berjaya) 19.35 4.29 19.53 3.39 -.15 50 t.s Kestabilan (situasi berjaya) 15.99 4.68 15.66 5.25 .24 50! t.s! Kawalan kendiri (situasi berjaya) 19.80 3.00 18.69 3.24 1.26 50! t.s!
Kawalan oleh orang lain (situasi berjaya) 12.90 4.98 12.75 5.01 .13 50! t.s! Lokus sebab (situasi gagal) 16.47 5.46 17.58 4.59 -.15 50! t.s! Kestabilan (situasi gagal) 11.94 5.73 11.37 4.23 .24 50! t.s! Kawalan kendiri (situasi gagal) 15.03 4.86 15.12 5.34 -.05 50! t.s!
Kawalan oleh orang lain (situasi gagal)
12.27 4.08 13.23 5.22 -.72 50! t.s!
Konsep kendiri akademik 18.66 5.28 19.32 4.62 -.51 50! t.s!
Hubungan sosial 78.25 10.00 86.75 12.00 -2.70 50! 0.01*
Nota: s.p: Sisihan piawai d.k: Darjah kebebasan sig: Signifikan
t.s: Tidak signifikan * : signifikan pada p<0.05
!
Berdasarkan pemerhatian pengkaji di dalam kelas kumpulan PK, daripada sepuluh kumpulan kecil yang diwujudkan, hanya dua kumpulan yang menunjukkan ahli- ahlinya saling bekerjasama. Pelajar di dalam kumpulan lain lebih senang membuat tugasan secara individu walaupun diperingatkan oleh guru kelas supaya mereka berbincang secara berkumpulan. Sebaliknya, pelajar di dalam kelas kumpulan PT