• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tesis model pembelajaran koperatif dan t

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tesis model pembelajaran koperatif dan t"

Copied!
348
0
0

Teks penuh

(1)

PERBANDINGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN TRADISIONAL TERHADAP PRESTASI, ATRIBUSI PENCAPAIAN, KONSEP KENDIRI

AKADEMIK DAN HUBUNGAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Oleh

SUHAIDA ABDUL KADIR

Tesis Ini Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia, Sebagai Memenuhi Keperluan

Untuk Ijazah Doktor Falsafah

(2)
(3)

ii

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah

PERBANDINGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN TRADISIONAL TERHADAP PRESTASI, ATRIBUSI PENCAPAIAN, KONSEP KENDIRI

AKADEMIK DAN HUBUNGAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN PERAKAUNAN

Oleh

SUHAIDA ABDUL KADIR

Januari 2002

Pengerusi : Profesor Madya Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Ph.D. Fakulti : Pengajian Pendidikan

(4)

iii

(5)

iv

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy

COMPARISON BETWEEN COOPERATIVE LEARNING AND TRADITIONAL LEARNING ON PERFORMANCE, ACHIEVEMENT

ATTRIBUTION, ACADEMIC SELF-CONCEPT AND SOCIAL RELATIONSHIPS IN ACCOUNTING EDUCATION

By

SUHAIDA ABDUL KADIR

January 2002

Chairman : Associate Professor Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Ph.D. Faculty : Educational Studies

(6)

v

(7)

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, pertama-tamanya penulis melafazkan setinggi-tinggi rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua membolehkan penulisan tesis ini sampai ke noktah yang terakhir.

Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Profesor Madya Dr. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie selaku Pengerusi dan Ketua Jabatan Pendidikan di atas segala bimbingan, dorongan dan sokongan yang diberikan selama ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa penyeliaan yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar, iaitu Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, Profesor Dr Habibah Elias dan Dr. Rohani Ahmad Tarmizi.

Seterusnya penghargaan diberikan kepada Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Profesor Dr. Kamariah Abu Bakar di atas sokongan yang tidak berbelah bagi, pihak Universiti Putra Malaysia kerana membiayai pengajian penulis dan penyelidikan yang dijalankan serta semua warga Fakulti Pengajian Pendidikan yang telah banyak membantu penulis sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung.

(8)

vii

Pendidikan Daerah Hulu Langat, guru-guru dan para pelajar yang memberi kerjasama di dalam penyelidikan ini.

Akhir sekali, penulis amat menghargai pengorbanan yang diberikan oleh suami tercinta, iaitu Hamed Sheikh Abdullah Al Amudi, anak-anak tersayang, iaitu Abdullah Hafizi, Siti Fatima dan Siti Nurul Husna, ayahanda Abdul Kadir bin Omar dan bonda Wan Dani binti Mat Ali, adik beradik penulis dan ahli keluarga mereka serta sahabat-sahabat.

(9)

viii

Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pemeriksa bagi Suhaida Abdul Kadir telah mengadakan pemeriksaan akhir pada 23hb. Januari 2002 untuk menilai tesis Doktor Falsafah beliau yang bertajuk “Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial dalam Pendidikan Perakaunan” mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan-Peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa Pemeriksa memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahkan ijazah tersebut. Anggota Jawatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:

Datin Sharifah Md. Nor, Ph.D. Profesor

Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Ph.D. Profesor Madya

Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Ahli)

Datin Noran Fauziah Yaakub, Ph.D. Profesor

Sekolah Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia

Rohani Ahmad Tarmizi, Ph.D. Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Ahli)

Abu Bakar Haji Hashim, Ph.D. Profesor

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia (Pemeriksa Bebas)

______________________________

SHAMSHER MOHAMAD RAMADILI, Ph.D. Profesor

Timbalan Dekan, Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia

(10)

ix

Tesis ini telah diserahkan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah.

_________________________ AINI IDERIS, Ph.D.

Profesor

Dekan, Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia

(11)

x

Saya mengaku bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang telah diberi penghargaan di dalam tesis. Saya juga mengaku bahawa tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah lain di Universiti Putra Malaysia atau di institusi-institusi lain.

____________________________ Suhaida Abdul Kadir

(12)

xi

LEMBARAN PENGESAHAN ... viii

PENGAKUAN ... x

Sejarah Perkembangan Pendidikan Perakaunan………... 3

Kepentingan Pendidikan Perakaunan………... 9

Pendidikan Perakaunan dan Falsafah Pendidikan Negara... 12

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Dalam Pendidikan Perakaunan... 24

Pembelajaran Koperatif Sebagai Satu Strategi Pembelajaran 28 Pembelajaran Koperatif Mengikut Perspektif Teoritikal... 30

Pernyataan Masalah………. 36

Objektif Kajian……….... 38

Hipotesis Kajian………... 38

Persoalan Kajian……….. 39

Kerangka Kerja Konseptual Kajian………. 40

Kepentingan Kajian………... 46

Batasan Kajian………. 48

Definisi Operasional……… 49

Rumusan……….. 53

II TINJAUAN KAJIAN YANG BERKAITAN………. 54

Konsep Pembelajaran Koperatif……….. 54

Teknik-Teknik Pembelajaran Koperatif……….. 59

Kerangka Teoritikal Pembelajaran Koperatif……….. 74

Pembelajaran Koperatif dan Prestasi………... 75

Pembelajaran Koperatif dan Atribusi Pencapaian…………... 98

Pembelajaran Koperatif dan Konsep Kendiri……….. 120

Pembelajaran Koperatif dan Hubungan Sosial……….... 136

Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap Pembelajaran Koperatif... 142

(13)

xii

III KAEDAH PENYELIDIKAN………... 150

Reka Bentuk Kajian………... 150

Pemilihan Subjek Kajian………... 152

Alat Kajian………... 156

Kajian Rintis………. 165

Prosedur Kajian………. 172

Penganalisisan Data……… 178

Rumusan……… 181

IV HASIL KAJIAN………... 182

Latar belakang Subjek……… 182

Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi... 189

Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Atribusi Pencapaian... 191

Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Konsep Kendiri Akademik... 206

Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Hubungan Sosial... 208

Keberkesanan Perlaksanaan Pembelajaran Koperatif Mengikut Persepsi Pelajar... 211

Pengalaman Pelajar yang Telah Menyertai Pembelajaran Koperatif... 211

Elemen-Elemen yang Membantu Keberkesanan Pembelajaran Koperatif... 223

Perubahan Minat Untuk Belajar Prinsip Akaun... 262

Pemilihan Cara Belajar yang Lebih Digemari... 270

Rumusan……… 272

V RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 274 Pengenalan……….. 274

Objektif Kajian……… 274

Kaedah Penyelidikan……….. 276

Rumusan Hasil Kajian……….... 277

Perbincangan Hasil Kajian………... 278

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi... 279

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Atribusi Pencapaian... 283

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik... 296

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Hubungan Sosial 298 Implikasi dan Cadangan……… 299

(14)

xiii

Cadangan Untuk Melaksanakan Pembelajaran Koperatif

yang Berkesan... 302

Cadangan Berkaitan dengan Atribusi Pencapaian... 308

Cadangan Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Akademik dan Hubungan Sosial... 309

Cadangan Untuk Kajian Lanjutan... 309

Rumusan... 311

BIBLIOGRAFI ………...…… 312

LAMPIRAN A1 Latar Belakang Subjek……….. 329

A2 Soal Selidik Dimensi Sebab ………... 331

A3 Soal Selidik Konsep Kendiri Akademik………... 335

A4 Inventori Perapatan Ibubapa dan Rakan………... 338

A5 Pandangan Terhadap Pembelajaran Koperatif………... 341

A6 Pandangan Terhadap Prinsip Akaun………... 344

A7 Ujian Awal………... 346

A8 Ujian Prestasi………... 353

B1 Manual Kumpulan Pembelajaran Koperatif... 361

B2 Manual Kumpulan Pembelajaran Tradisional……….. 392

B3 Bahan Bantu Mengajar………. 411

B4 Soalan-Soalan Kuiz……….. 441

B5 Contoh Logo Kumpulan Pembelajaran Koperatif... 446

B6 Pandangan Pelajar (Teks)………. 448

C1 Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia... 486

C2 Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Selangor……... 489

C3 Surat Kebenaran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat 492 C4 Surat Jemputan Menghadiri Sesi Penerangan……... 494

C5 Surat Persetujuan Ibu Bapa………... 496

C6 Surat Kebenaran Mengguna dan Meminda Soal Selidik Skala Dimensi Sebab ………... 498

C7 Surat Kebenaran Mengguna dan Meminda Soal Selidik Konsep Kendiri Akademik………... 500

C8 Surat Kebenaran Mengguna dan Meminda Inventori Perapatan Ibubapa dan Rakan………... 502

C9 Surat Kebenaran Mengguna dan Meminda Inventori Perapatan Ibubapa dan Rakan (Terjemahan)………... 504

D Senarai Panel Pemeriksa Alat Kajian…………... 506

(15)

xiv

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

1 Unjuran Bagi Bilangan Sekolah Untuk Mata Pelajaran

Perdagangan dan Perakaunan (1992-1995) ... 8

2 Perlaksanaan Mata Pelajaran Perdagangan Dan Perakaunan di Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia ... 9

3 Bilangan Akauntan yang Berdaftar Mengikut Kumpulan Etnik (1994) ... 14

4 Kebolehpercayan Soal Selidik Dimensi Sebab ... 160

5 Dapatan Kajian Rintis Peringkat Ketiga ... 170

6 Pengiraan Mata Peningkatan Individu ... 176

7 Pengiraan untuk Penghargaan Kumpulan ... 176

8 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Jantina ... 183

9 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Etnik ... 184

10 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Keputusan Penilaian Menengah Rendah Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup ... 185

11 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Keputusan Penilaian Menengah Rendah Bagi Mata Pelajaran Matematik ... 186

12 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Mengikuti Kelas Tambahan Prinsip Akaun ... 187

13 Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Kekerapan Mengadakan Kumpulan Perbincangan di Luar Waktu Kelas ... 188

(16)

xv

15 Jadual Anova Bagi Prestasi dengan Ujian Awal sebagai

Covariate Mengikut Strategi Pembelajaran ... 191 16 Ujian-t Bagi Dimensi Lokus Sebab di Dalam Situasi

Berjaya Mengikut Strategi Pembelajaran ... 193 17 Ujian-t Bagi Dimensi Kestabilan di Dalam Situasi

Berjaya Mengikut Strategi Pembelajaran ... 195 18 Ujian-t Bagi Dimensi Kawalan Kendiri di Dalam Situasi

Berjaya Mengikut Strategi Pembelajaran ... 197 19 Ujian-t Bagi Dimensi Kawalan Oleh Orang Lain di

Dalam Situasi Berjaya Mengikut Strategi Pembelajaran ... 199 20 Ujian-t Bagi Dimensi Lokus Sebab di Dalam Situasi

Gagal Mengikut Strategi Pembelajaran ... 200 21 Ujian-t Bagi Dimensi Kestabilan di Dalam Situasi Gagal

Mengikut Strategi Pembelajaran ... 202 22 Ujian-t Bagi Dimensi Kawalan Kendiri di Dalam Situasi

Gagal Mengikut Strategi Pembelajaran ... 204 23 Ujian-t Bagi Dimensi Kawalan Oleh Orang Lain di

Dalam Situasi Gagal Mengikut Strategi Pembelajaran ... 206 24 Ujian-t Bagi Konsep Kendiri Akademik Mengikut

Strategi Pembelajaran ... 207 25 Ujian-t Bagi Perapatan Mengikut Strategi Pembelajaran .. 209 26 Rumusan Dapatan Anova dan Ujian-t Bagi

Pembolehubah Bersandar Mengikut Strategi Pembelajaran ... 210 27 Pengalaman Kumpulan Pembelajaran Koperatif Ketika

Mengikuti Pembelajaran Koperatif ... 213 28 Persepsi Terhadap Pembahagian Kumpulan Pembelajaran

Koperatif ... 225 29 Persepsi Kumpulan Pembelajaran Koperatif Terhadap

Aktiviti Membuat Latihan Secara Berkumpulan ... 231 30 Persepsi Kumpulan Pembelajaran Tradisional Terhadap

(17)

xvi

31 Persepsi Terhadap Kuiz Mengikut Strategi Pembelajaran 242 32 Persepsi Kumpulan Pembelajaran Koperatif Terhadap

Pengiraan Skor Kumpulan ... 248 33 Persepsi Kumpulan Pembelajaran Koperatif Terhadap

Pelekat Bintang Sebagai Penghargaan Kumpulan ... 252 34 Persepsi Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Mengikut Strategi Pembelajaran ... 256 35 Persepsi Terhadap Pengajaran Guru Mengikut Strategi

Pembelajaran ... 261 36 Perubahan Minat Untuk Belajar Prinsip Akaun Mengikut

Strategi Pembelajaran ... 263 37 Pemilihan Cara Belajar Mengikut Strategi Pembelajaran 270 38 Senarai Pelajar Mengikut Susunan Purata Markah ... 364 39 Senarai Pelajar Mengikut Susunan Kumpulan Sebelum

Ubah Suai ... 365 40 Senarai Pelajar Mengikut Susunan Kumpulan Setelah

Ubah Suai ...

(18)

xvii

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

1 Sebahagian Daripada Teori Atribusi Weiner... 17

2 Model Hubungan antara Proses Pengajaran dengan Hasil Pembelajaran ... 25

3 Teori Pembelajaran di Dalam Pembelajaran Koperatif ... 31

4 Kerangka Kerja Konseptual Kajian ... 41

5 Model Pengaruh Ganjaran Kumpulan ke Atas Motivasi Pelajar ... 81

6 Dimensi Sebab Mengikut Taxonomi Weiner ... 105

7 Model Pengaruh Struktur Matlamat ke Atas Motivasi ... 109

8 Kaedah-Kaedah Menilai Atribusi Pencapaian ... 118

9 Model Marsh dan Shavelson ... 126

10 Model Penyebab ... 128

11 Reka Bentuk Kajian ... 152

12 Kitaran Aktiviti di Dalam Kumpulan Pembelajaran Koperatif ... 177

13 Kitaran Aktiviti di Dalam Kumpulan Pembelajaran Tradisional ... 178

14 Carta yang Menunjukkan Pengiraan Mata Peningkatan Bagi Kumpulan Pembelajaran Koperatif ... 436

15 Carta yang Menunjukkan Format Lembaran Kerja 10 Lajur 436 16 Carta yang Menunjukkan Senarai Jenis-Jenis Akaun ... 437

17 Carta yang Digunakan Untuk Menerangkan Makna Setiap Catatan Dalam Akaun ... 437

(19)

xviii

19 Carta yang Menunjukkan Penyata Pendapatan Bagi Satu

Tahun ... 438 20 Carta yang Menunjukkan Penyata Pendapatan Bagi Dua

Tahun ... 439 21 Carta yang Menunjukkan Formula Pengiraan Nisbah Untuk

(20)

xix

SENARAI SINGKATAN

ASDQ II Academic Self-Descriptions Questionnaire CDS Causal Dimension Scale

CDSII Revised Causal Dimension Scale

CIRC Cooperative Integrated Reading and Composition

d.k darjah kebebasan

FPN Falsafah Pendidikan Negara hlm. halaman

I/E Internal/External Frame of Reference Model IPIR Inventori Perapatan Ibubapa dan Rakan IPPA Inventory of Parent and Peer Attachment KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KH Kemahiran hidup

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia MSCS Multidimensional Self Concept Scale OSIQ-R Offer Self-Image Questionnaire Revised PASS Perception of Ability Scale For Students

PK Pembelajaran koperatif

PMR Penilaian Menengah Rendah

PT Pembelajaran tradisional

PTPA Pandangan Terhadap Prinsip Akaun

PTPK Pandangan Terhadap Pembelajaran Koperatif RCT Regency Competency Test

SAS Sydney Attribution Scale SDS Soal Selidik Dimensi Sebab SDQ Self-Description Questionnaire

SEI Self-Esteem Index

SES Status ekonomi sosial sig. signifikan

SKKA Soal Selidik Konsep Kendiri Akademik

s.p sisihan piawai

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STAD Student Teams-Achievement Divisions TAI Team Assisted Individualizations

TGT Teams-Games-Tournaments

t.h tidak hadir

TMPA Team Member Performance Appraisal

t.s tidak signifikan

(21)

BAB SATU PENDAHULUAN

Di dalam Bab ini pengkaji membincangkan latar belakang pendidikan perakaunan di Malaysia dari segi sejarah, kepentingan dan hubungannya dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seterusnya pengkaji menjurus kepada pembelajaran koperatif (PK) yang menjadi fokus kajian. Pernyataan masalah bagi kajian ini diperjelaskan beserta dengan objektif, hipotesis, kerangka kerja konseptual, kepentingan dan batasan kajian. Di akhir bab ini, definisi operasional bagi istilah-istilah yang digunakan di dalam kajian ini juga disertakan.

1.1 Latar Belakang Kajian

Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran perakaunan pada masa kini adalah berpusatkan guru dan latih tubi secara individu. Namun begitu, tidak semua pelajar dapat mengikuti pendekatan tersebut dengan baik. Ini dapat dilihat berdasarkan pencapaian pelajar yang kurang memuaskan di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran lain yang berkesan dan boleh disesuaikan dalam pendidikan perakaunan.

1.1.1 Definisi Pendidikan Perakaunan

(22)

2

perakaunan yang diberikan oleh Skousen, Langenderfer dan Albrecht (1993), pendidikan perakaunan boleh dianggap sebagai satu bidang ilmu yang berkaitan dengan pemahaman dan kemahiran pelajar dalam mengumpul, mengukur dan menyampaikan maklumat kewangan.

Di antara istilah yang digunakan untuk pendidikan perakaunan di dalam sistem pendidikan di Malaysia ialah simpan kira, prinsip akaun dan perakaunan. Perbezaan tersebut lebih merujuk kepada setakat mana tajuk-tajuk di dalam perakaunan diliputi mengikut tahap pendidikan (Arumugam,1986; Sukumaran,1991).

Pendidikan perakaunan merupakan salah satu komponen di dalam pendidikan perdagangan. Jika dilihat dalam skop yang lebih luas, pendidikan perdagangan mempunyai aspek pendidikan vokasional dan aspek pendidikan umum (Daughtery dan Ristau, 1991; Zaidatol Akmaliah dan Habibah, 1990; Halimah, 1992).

(23)

3

Pendidikan perdagangan umum bercorak membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemampuan yang membantu mereka di dalam urusan kewangan peribadi dan membolehkan mereka berurusan di dalam dunia perniagaan. Dengan kata lain, pendidikan perakaunan yang merupakan sebahagian daripada pendidikan perdagangan dapat membantu pelajar menjadi warganegara yang berpengetahuan dalam perniagaan dan berupaya mengurus kewangan peribadi.

1.1.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan Perakaunan

Pendidikan perakaunan di Malaysia bermula melalui penubuhan sekolah perdagangan dalam tahun 1920-an di Pulau Pinang (Gull, 1983; Sukumaran, 1984; 1991). Pada awalnya, kursus perdagangan diusahakan oleh organisasi bukan kerajaan seperti pengembang agama Kristian. Pelajar-pelajar mengambil peperiksaan yang dikelolakan dari luar negeri seperti peperiksaaan London Chamber of Commerce dan peperiksaan Pitman.

(24)

4

Bermula tahun 1965, pendidikan perdagangan dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan kebangsaan sebagai salah satu mata pelajaran pilihan untuk peringkat menengah rendah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980) dengan nama perdagangan dan keusahawanan. Mata pelajaran pilihan lain yang ditawarkan adalah seni perusahaan, sains pertanian dan sains rumahtangga. Sistem pendidikan yang berbagai aliran itu dikenali sebagai pendidikan aneka jurusan. Walau bagaimanapun, tidak semua sekolah menawarkan keempat-empat jurusan tersebut.

Matlamat memperkenalkan pendidikan aneka jurusan adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada semua pelajar selama sembilan tahun, melengkapkan pelajar dengan pendidikan menengah rendah sebelum memasuki pasaran pekerjaan, pelajar mendapat pendedahan kursus yang membantu mereka memilih pekerjaan yang sesuai, memenuhi keperluan guna tenaga bagi berbagai bidang dan membolehkan penyediaan kurikulum menengah atas yang khusus mengikut keperluan pelajar sama ada pendidikan teknik, akademik atau mencari pekerjaan.

(25)

5

kira ditawarkan di bawah kursus perdagangan dan lebih menekankan aspek amali berbanding dengan prinsip akaun. Pelajar kursus sains rumahtangga di sekolah menengah vokasional juga dikehendaki menguasai aspek belanjawan dan simpan kira. Manakala pelajar kursus sains pertanian hanya diberi pendedahan asas di dalam belanjawan dan simpan kira (Arumugam, 1986).

Manakala pendidikan tingkatan enam menawarkan dua jurusan sahaja iaitu sains dan sastera. Mata pelajaran perakaunan dan ekonomi merupakan mata pelajaran pilihan dan lanjutan daripada mata pelajaran prinsip akaun dan perdagangan. Sharifah dan Zaidatol Akmaliah (1990) telah mengkaji kesan pendidikan aneka jurusan dengan menggunakan sampel 2200 orang pelajar tingkatan satu dan dua daripada 15 buah sekolah. Walaupun sistem aneka jurusan bertujuan memberi pendidikan pravokasional berasaskan minat pelajar, namun dapatan kajian menunjukkan kebanyakan sekolah menempatkan pelajar kepada sesuatu jurusan berasaskan pencapaian pelajar. Hanya pelajar yang baik pencapaiannya berpeluang berada di aliran perdagangan. Maka wujud tanggapan di kalangan pelajar bahawa pelajar aliran perdagangan yang lebih pandai berbanding dengan aliran lain. Implikasinya, tidak semua pelajar berpeluang mendapat pendedahan dalam pendidikan perdagangan.

(26)

6

mengambil jurusan perdagangan amat kecil berbanding dengan pelajar di sekolah pengantar bahasa Inggeris. Keadaan ini dikaitkan dengan masalah kekurangan guru perdagangan.

Laporan ini dikukuhkan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Zaidatol Akmaliah dan Sharifah (1990) ke atas 372 orang guru perdagangan dan keusahawanan bagi 153 buah sekolah. Dapatan kajian menunjukkan tidak semua guru tersebut mempunyai kelulusan berkaitan dengan perdagangan dan keusahawanan. Dapatan tersebut juga menunjukkan bahawa terdapat juga guru yang merasakan aspek simpan kira adalah sukar.

Menyedari keperluan pendidikan perdagangan yang lebih menyeluruh maka Laporan Kabinet telah memperakukan bahawa: "Oleh kerana pelajaran perdagangan adalah penting dalam pembangunan negara, dan oleh kerana kemudahan yang di dapati di sekolah-sekolah berhubung dengan pendidikan ini tidak memuaskan, maka adalah diperakukan agar pendidikan dalam jurusan perdagangan ini diberi perhatian khas."

(27)

7

Di bawah KBSM, semua pelajar menengah rendah dikehendaki mengambil mata pelajaran kemahiran hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib. Mata pelajaran KH terdiri daripada komponen teras dan komponen elektif. Komponen teras adalah perdagangan dan keusahawanan, kemahiran manipulatif dan kekeluargaan. Komponen perdagangan dan keusahawanan mengandungi aspek simpan kira, perdagangan dan keusahawanan. Komponen elektif pula adalah kemahiran manipulatif tambahan, ekonomi rumah tangga dan pertanian. Dengan kata lain, di bawah KBSM semua pelajar menengah rendah dikehendaki mempelajari aspek simpan kira.

Manakala di peringkat menengah atas, selain daripada mata pelajaran teras dan tambahan, pelajar perlu mengambil sekurang-kurangnya dua tetapi tidak melebihi empat mata pelajaran. Mata pelajaran elektif dikategorikan kepada empat kumpulan iaitu kemanusiaan, vokasional dan teknologi (VT), sains dan pengajian Islam. Selain daripada itu, salah satu mata pelajaran pilihan yang wajib diambil oleh pelajar adalah dari kumpulan VT. Selain daripada mata pelajaran berbentuk teknikal, mata pelajaran lain di dalam kumpulan VT adalah prinsip akaun, perdagangan dan ekonomi.

(28)

8

membuat unjuran bagi memastikan semua sekolah yang mempunyai tingkatan empat berupaya menawarkan mata pelajaran perdagangan dan perakaunan pada tahun 1995. Berdasarkan kepada struktur mata pelajaran di dalam KBSM dan perancangan yang dibuat oleh KPM menunjukkan kerajaan memberi penekanan kepada pendidikan perdagangan secara umumnya.

Jadual 1: Unjuran bagi Bilangan Sekolah Untuk Mata Pelajaran Perdagangan dan Perakaunan (1992 - 1995)

Mata Pelajaran 1992 Bilangan

Namun begitu, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan pada tahun 1992, di dapati lebih banyak sekolah yang menawarkan mata pelajaran perdagangan berbanding dengan mata pelajaran prinsip akaun.

(29)

9

187,018 orang, hanya 25.0% sahaja yang mengambil mata pelajaran prinsip akaun berbanding dengan 42.4% pelajar yang mengambil mata pelajaran perdagangan.

Jadual 2: Perlaksanaan Mata Pelajaran Perdagangan dan Perakaunan di Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia

Mata

Dengan kata lain, walaupun salah satu tumpuan yang diberikan di bawah KBSM adalah pendidikan perdagangan, namun perlaksanaan pendidikan perakaunan di sekolah belum lagi meluas. Pada masa yang sama, pelajar lebih cenderung memilih mata pelajaran perdagangan berbanding dengan mata pelajaran perakaunan. Pendidikan perakaunan seharusnya diberi tumpuan juga dan lebih ramai pelajar digalakkan mengambil mata pelajaran perakaunan kerana aspek perakaunan banyak memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara.

1.1.3 Kepentingan Pendidikan Perakaunan

(30)

10

yang mempunyai ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental" (Tajul Ariffin dan Nor’aini, 1992). Oleh itu, usahawan menjadi elemen penting di dalam mewujudkan masyarakat yang mempunyai ekonomi bersaing.

Bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang yang membantu bagi pertumbuhan ekonomi dari segi peluang pekerjaan. Apabila satu entiti perniagaan mula diwujudkan bermakna ia akan memberi peluang pekerjaan kepada individu-individu lain. Dalam usaha untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra, berbagai galakan telah diberikan. Antaranya ialah kemudahan kewangan berjumlah RM280 juta untuk skim usahasama Bumiputra dengan bukan Bumiputra. Usaha menggalakkan lebih ramai individu melibatkan diri di dalam bidang keusahawanan diteruskan lagi di dalam Rancangan Malaysia Ketujuh.

Salah satu ciri penting bagi usahawan yang berjaya ialah memiliki pengetahuan dan kemahiran di dalam aspek perakaunan. Di antara aspek-aspek tersebut ialah mengira untung kasar dan untung bersih, menyimpan rekod-rekod kewangan, menguruskan modal kerja, mengira harga jualan produk, menafsir penyata kewangan, menyediakan belanjawan operasi, menyediakan penyata kewangan, menyediakan penyata alir tunai dan menyediakan rekod perbelanjaan dan hasil harian (Zaidatol Akmaliah dan Habibah, 1993).

(31)

11

penyediaan maklumat kewangan. Mereka bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat kewangan bagi sesuatu entiti perniagaan. Bergantung kepada taraf kelayakan dan pengalaman, pendidikan perakaunan memberikan laluan kerjaya yang banyak kepada pelajar iaitu sama ada sebagai kerani akaun, pegawai akaun, akauntan atau pun pengurus kewangan (Heintz, Parry dan Carlson, 1993).

Kepentingan peranan akauntan di dalam sesebuah organisasi perniagaan memang tidak disangkal lagi sehingga dikatakan bahawa akauntan adalah pekerja pertama yang diambil bekerja apabila perniagaan dimulakan dan yang terakhir sekali dibuang kerja apabila perniagaan dibubarkan. Peluang-peluang pekerjaan bagi profesion akauntan terbuka di dalam sektor swasta, sektor awam dan juga firma perakaunan (Wan Maznah, 1994; Skousen, Langenderfer dan Albrecht, 1993).

Masyarakat yang mempunyai ekonomi yang bersaing berurusan di dalam perniagaan menggunakan satu bahasa perniagaan iaitu bahasa perakaunan. Istilah-istilah perakaunan digunakan semasa berkomunikasi sama ada di peringkat pengurusan mahupun kakitangan sesuatu organisasi perniagaan. Dengan kata lain, anggota masyarakat yang terlibat dengan perniagaan perlu menerima pendedahan di dalam aspek perakaunan bagi membolehkan mereka menguasai sesuatu urusan perniagaan.

(32)

12

secara peribadi turut mendapat manfaat daripada pendidikan perakaunan. Aspek perakaunan boleh digunakan dalam merancang belanjawan peribadi melalui penyediaan penyata alir tunai dan menyimpan rekod-rekod kewangan (Gilbertson, 1992). Seseorang akan berupaya mengimbangkan perbelanjaannya berdasarkan pendapatan yang diperolehinya. Individu yang berminat dengan pelaburan di dalam syarikat-syarikat boleh menggunakan kemahiran menganalisa prospektus dan penyata kewangan supaya dapat membuat pelaburan yang menguntungkannya.

Walaupun pendidikan perakaunan berpotensi memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara, namun didapati secara praktisnya pendidikan perakaunan kurang berperanan dalam mencapai matlamat dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan seterusnya menyahut cabaran wawasan 2020.

1.1.4 Pendidikan Perakaunan dan Falsafah Pendidikan Negara

(33)

13

1.1.4.1 Meningkatkan Kualiti Pelajar dalam Bidang Perakaunan Jika dilihat dari segi pencapaian pelajar di dalam pendidikan perakaunan yang diukur melalui peperiksaan SPM, didapati pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran ini kurang memuaskan. Sebagai contoh, daripada 1172 orang pelajar daripada 15 buah sekolah di daerah Hulu Langat yang mengambil mata pelajaran prinsip akaun di dalam SPM pada tahun 1996, 263 orang pelajar telah gagal, menjadikan bilangan pelajar yang lulus adalah 77.1%. Implikasinya boleh dikaitkan dengan wujudnya usahawan yang kurang mahir dalam aspek perakaunan.

Satu kajian telah dijalankan ke atas 133 orang usahawan di Wilayah Persekutuan dan Selangor berkaitan dengan kemahiran dan motivasi usahawan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan tidak ramai usahawan yang dapat menguasai aspek perakaunan dengan baik (Zaidatol Akmaliah dan Habibah, 1993), sedangkan kemahiran tersebut diperlukan dalam memastikan perkembangan dan pengekalan entiti perniagaan.

(34)

14

Di dalam profesion perakaunan, wujud ketidakseimbangan bilangan akauntan mengikut etnik. Sedangkan cabaran kelapan Wawasan 2020 ada mengariskan “... masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.” Tetapi berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (1997, hlm. 213), bilangan akauntan yang merupakan golongan profesional lebih banyak dikuasai oleh satu kumpulan etnik sahaja. Jadual 3 menunjukkan sebanyak 80.5% bilangan akauntan merupakan bangsa Cina berbanding dengan 12.6% dari bangsa Melayu dan 5.9% dari bangsa India. Untuk menangani ketidakseimbangan peratus etnik dalam profesion akauntan, pendidikan perakaunan seharusnya berupaya melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang perlu tanpa mengira latar belakang bangsa.

Jadual 3: Bilangan Akauntan Yang Berdaftar Mengikut Kumpulan Etnik (1994) Profesion Bumiputra Cina India Lain-lain Jumlah

Akauntan

(35)

15

1.1.4.2 Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Perakaunan

Sehubungan dengan itu juga, mata pelajaran perakaunan dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan hanya pelajar yang pandai sahaja dapat mengikutinya. Persepsi ini bukan sahaja wujud di kalangan pihak pentadbiran sekolah (Sharifah dan Zaidatol Akmaliah, 1990) dan guru-guru (Zaidatol Akmaliah dan Sharifah, 1990), bahkan juga di kalangan pelajar perakaunan (Abekah, Maher dan Maher, 1996). Persepsi pelajar mengenai faktor kejayaan dan kegagalan mereka di dalam mata pelajaran perakaunan tersebut boleh dilihat dari sudut atribusi pencapaian.

Atribusi ialah sebab atau faktor yang menurut persepsi seseorang merupakan berlakunya sesuatu peristiwa. Dalam konteks pencapaian, pelajar akan mengaitkan sebab yang menjadikan dia berjaya atau gagal di dalam sesuatu mata pelajaran. Proses pelajar mengenal pasti faktor-faktor yang dianggapkan penyebab kepada pencapaiannya dinamakan proses atribusi pencapaian.

(36)

16

Kajian mengenai atribusi pencapaian pelajar adalah penting kerana teori atribusi pencapaian menerangkan aspek motivasi pelajar dari sudut kognitif. Weiner (1984, 1992) telah membentuk satu model bagi Teori Atribusi Weiner yang dikaitkan dengan motivasi pelajar. Model tersebut mengandungi lima komponen iaitu sebab pendahuluan, atribusi sebab, dimensi sebab, kesan psikologi yang terdiri daripada sudut kognitif dan afektif dan kesan ke atas tingkah laku. Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada model Teori Atribusi Weiner yang berkait dengan pencapaian.

Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Weiner, pendahuluan sebab mempengaruhi atribusi pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran perakaunan. Bagaimana pelajar melihat sebab tersebut dalam dimensi-dimensi tertentu memberi kesan kepada pelajar tersebut dalam aspek kognitif dan afektif. Seterusnya kesan kognitif dan afektif tersebut mempengaruhi tingkah laku pelajar.

(37)
(38)

18

Maka berdasarkan pandangan Weiner, kajian ini mengandaikan atribusi pencapaian pelajar boleh diubah dengan mengubah situasi pembelajaran pelajar. Maka isu yang ingin diketengahkan adalah peranan pendidikan perakaunan bagi mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran tersebut supaya mereka menjadi lebih bermotivasi di dalam kelas.

1.1.4.3 Konsep Kendiri Pelajar bagi Mata Pelajaran Perakaunan Aspek emosi yang menjadi tumpuan kajian ini adalah konsep kendiri pelajar dan hubungan sosial dengan rakan sebaya. Konsep kendiri dikatakan tidak mempunyai satu definisi yang umum diterima oleh semua penyelidik. Para pengkaji telah memberi berbagai definisi yang berbeza di dalam kajian yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, di dalam sorotan kajian Hansford dan Hattie (1982), mereka mendapati terdapat 15 istilah telah digunakan untuk konsep kendiri. Walaupun terdapat istilah yang sama digunakan di dalam kajian yang berasingan namun definisi operasionalnya tidak semestinya sama. Manakala Shavelson, Hubner dan Stanton (1976) telah mengkategorikan kajian-kajian lepas berdasarkan kepada 17 konsep yang berkaitan dengan konsep kendiri.

(39)

19

dibuat oleh individu terhadap tingkah lakunya sendiri. Konsep kendiri dikatakan tidak wujud sebagai satu entiti di dalam diri individu. Sebaliknya ia lebih kepada satu konstruk yang digunakan untuk menerangkan dan meramalkan tingkah laku individu. Antara definisi lain, konsep kendiri di anggap sebagai satu sistem kepercayaan yang kompleks dan dinamik yang dipegang sebagai satu kebenaran oleh seseorang individu mengenai dirinya yang mana setiap kepercayaan mempunyai nilai yang tertentu (Purkey,1970,hlm. 7).

(40)

20

Di dalam Model Shavelson et al. (1976), konsep kendiri dikategorikan kepada konsep kendiri akademik dan konsep kendiri bukan akademik. Lanjutan daripada model tersebut, Marsh dan Shavelson (1985) mencadangkan konsep kendiri akademik terbahagi kepada konsep kendiri matematik dan konsep kendiri bahasa sebelum ia menjurus kepada mata pelajaran lain, termasuklah perakaunan.

Berdasarkan Model Marsh dan Shavelson yang dianggap sebagai model yang diterima umum dan dengan mengguna methodologi yang kukuh, Marsh (1990) mendapati konsep kendiri akademik pelajar mempengaruhi pencapaian mereka. Dapatan kajian ini adalah penting kerana ia membayangkan apabila konsep kendiri pelajar meningkat maka secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian pelajar. Memandangkan kepentingan konsep kendiri yang tinggi di kalangan pelajar di samping memberi kesan kepada pencapaian maka pendidikan perakaunan seharusnya berperanan dalam memupuk konsep kendiri akademik di kalangan pelajar.

1.1.4.4 Hubungan Sosial Pelajar dengan Rakan Sekelas

(41)

21

pelajar perlu mempunyai hubungan sosial yang positif bagi mencapai objektif tersebut.

Hubungan sosial adalah hubungan yang wujud antara individu hasil interaksi sesama mereka. Ia boleh dilihat dari aspek tingkah laku seperti cara berkomunikasi, kemahiran sosial dan aspek emosi atau perasaan iaitu kasih sayang, tolak ansur, mengambil berat, sikap tolong-menolong dan memahami perasaan orang lain.

Menurut Piaget (1932), kanak-kanak pada awalnya bersikap egocentric di mana mereka beranggapan semua orang mempunyai pandangan yang sama seperti mereka dalam sesuatu perkara. Pada peringkat remaja, egocentric ini masih wujud lagi. Ini menyebabkan terdapat pelajar yang kurang memahami pandangan rakan-rakan mereka. Interaksi sesama rakan sebaya membantu perkembangan sosial pelajar dari aspek memahami sudut perspektif individu lain dan bersikap empati.

(42)

22

dalam pelajaran mereka. Ini adalah kerana Vygotsky (Tudge, 1990) berpendapat apabila pelajar mendapat bimbingan daripada rakan sebaya mereka yang lebih berkebolehan, proses kognitif pelajar berupaya meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Bagi ahli ethology, hubungan sosial antara pelajar adalah penting kerana ia memberi peluang kepada mereka mempelajari kemahiran sosial yang tertentu dan cara bertindak yang sesuai dengan yang diterima oleh norma sekeliling (Perry dan Bussey, 1984). Ini bermakna hubungan sosial sesama rakan sebaya banyak membantu perkembangan sosial dan kognitif pelajar.

Walau bagaimanapun, para pengkaji mendapati terdapat perbezaan hubungan sosial antara sesama pelajar yang dianggap sebagai kawan baik berbanding hubungan sosial dengan kawan biasa. Dalam hubungan dengan kawan baik, pelajar didapati lebih banyak bertolak ansur, saling bertukar pendapat dan berlaku lebih banyak interaksi. Menurut Oden (1986), banyak kajian yang menunjukkan hubungan sosial dengan kawan baik juga memberi manfaat pada jangka masa panjang. Bahkan Hartup (1989) berpendapat, sejauh mana seseorang itu berupaya membina hubungan sosial dengan orang ramai banyak bergantung kepada pengalaman awal beliau dalam hubungan sosial dengan individu-individu yang rapat dengannya. Justeru itu dalam konteks hubungan sosial sesama pelajar, mereka perlu digalakkan mempunyai lebih ramai kawan baik di dalam sesebuah kelas demi kepentingan perkembangan sosial mereka pada masa akan datang.

(43)

23

(Bretherthon, 1992). Berdasarkan Teori Perapatan, perapatan atau jalinan kasih sayang dirasai oleh seseorang terhadap individu yang menjadi tempat beliau bergantung dan berlindung daripada ancaman persekitaran. Seseorang itu akan berusaha untuk sentiasa berada dekat dengan individu yang dikasihi itu. Perapatan yang awal wujud antara seorang anak kecil dengan ibunya. Perapatan anak kecil tersebut seterusnya berkembang dengan bapa dan orang-orang di sekeliling yang rapat dengannya selaras dengan perkembangan individu tersebut. Bowlby (1969) berpendapat pengalaman perapatan yang awal membentuk satu model kerja dalaman (internal working model) di dalam kognitif individu yang menjadi panduan kepadanya tentang persepsinya setakat mana dia disayangi, setakat mana individu yang disayanginya ada berhampiran apabila diperlukan dan maklumat lain berkenaan dengan perapatannya dengan individu lain.

Dalam konteks rakan sebaya, perapatan juga wujud dalam hubungan tersebut yang lebih dikenali sebagai persahabatan (Blustein, Prezioso dan Schultheiss, 1995). Jalinan kasih sayang dengan rakan yang rapat wujud kerana rakan tersebut menjadi tempat bagi seseorang mencurahkan masalah dan kesulitannya serta menjadi penyokongnya dalam sesuatu tindakan yang dilakukannya (Ainsworth, 1989).

(44)

24

rendah dengan sekolah. Dapatan kajian menunjukkan antara ciri perapatan yang lemah dengan sekolah menurut perspektif pelajar adalah, pelajar kurang menerima galakan dan sokongan daripada rakan-rakan serta merasa terasing daripada warga sekolah. Ini bermakna hubungan yang rapat dengan rakan sekelas membantu pelajar merasai bahawa mereka adalah sebahagian daripada komuniti sekolah iaitu perapatan dengan sekolah. Ciri ini adalah penting kerana menurut Mounton et al. (1996), perapatan dengan sekolah menyumbang kepada aspek afektif, tingkah laku dan pencapaian pelajar.

Berdasarkan perbincangan sebelum ini menunjukkan kepentingan hubungan sosial antara pelajar dengan rakan sebaya dari segi perkembangan kognitif dan sahsiah mereka. Justeru itu, pendidikan perakaunan juga seharusnya memainkan peranan dalam membantu mencapai matlamat di dalam Falsafah Pendidikan Negara dari segi hubungan sosial pelajar. Seterusnya kajian ini memberi tumpuan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan perakaunan sebagai cara untuk mencapai matalamat dalam FPN dari aspek intelek dan emosi yang dibincangkan sebelum ini.

1.1.5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Dalam Pendidikan Perakaunan

(45)
(46)

26

Menurut Habibah (1992), Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar melalui pengalaman pembelajaran yang diwujudkan berdasarkan interaksi isi pelajaran, kaedah mengajar dan bahan pengajaran yang digunakan. Maka hasil pembelajaran yang diperolehi lahir dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, sikap, minat, pengalaman dan kemahiran baru yang ada pada pelajar.

Berpandukan model tersebut, proses pengajaran dan pembelajaran yang menjadi fokus kajian adalah strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam pendidikan perakaunan. Keberkesanan penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut dilihat kepada kesannya kepada hasil pembelajaran iaitu prestasi, atribusi pencapaian, konsep kendiri akademik dan hubungan sosial.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama digunakan di dalam pendidikan perakaunan sehinggalah ke hari ini terdiri daripada pengajaran secara kuliah, latihtubi dan demonstrasi penyelesaian masalah oleh guru (Emore dan Cress, 1989; Beegle dan Coffee, 1991). Strategi ini dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran tradisional dan yang berpusatkan guru. Dapatan kajian Sharifah dan Zaidatol (1990) juga menunjukkan kaedah yang sama digunakan oleh guru perdagangan yang mengajar aspek simpan kira. Berdasarkan Laporan Jemaah Nazir (Halimah, 1992), kaedah yang berbentuk tradisional itu juga dipraktikkan di dalam kelas prinsip akaun.

(47)

27

kaedah ini dikritik kerana ia menjadikan pelajar pasif (Holter, 1994) dan tidak mengambil kira keperluan pelajar yang berbeza dari segi tahap kebolehan (Mok Soon Sang, 1997). Pada kebiasaannya, pelajar membuat latih tubi secara bersendirian di dalam kelas. Interaksi sesama pelajar tidak ditekankan. Sebarang kesukaran dikemukakan kepada guru sahaja menjadikan guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk membantu pelajar yang ramai. Masalah pengurusan masa yang lemah ini juga dinyatakan di dalam Laporan Jemaah Nazir (Halimah, 1992).

Pengajaran dan pembelajaran tradisional yang berpusatkan guru ini tidak menepati strategi yang disarankan di bawah KBSM yang menekankan strategi berpusatkan pelajar. Strategi pemusatan pelajar menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran dan bukan sebagai penerima maklumat semata-mata. Sehubungan dengan itu, antara teknik-teknik yang sesuai adalah kerja berkumpulan dan perbincangan sesama pelajar. Namun begitu, masalah yang biasa timbul apabila teknik tersebut digunakan ialah hanya sebahagian kecil pelajar yang melibatkan diri dan terdapat pelajar yang mengambil kesempatan di atas usaha rakan yang lain atau tidak bekerjasama.

(48)

28

1.1.6 Pembelajaran Koperatif Sebagai Satu Strategi Pembelajaran

Strategi PK merupakan satu proses pembelajaran yang berlaku secara berkumpulan dalam menguasai bahan pengajaran yang diberikan oleh guru (Slavin, 1990). Cohen (1994) menakrifkan PK sebagai kerjasama yang dilakukan oleh pelajar dalam satu kumpulan kecil yang melibatkan semua ahli di dalam tugas yang diberikan tanpa penyeliaan guru secara langsung.

Menurut Coelho (1994), selain daripada pencapaian akademik, kaedah ini dikatakan memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran sosial dan diasaskan mengikut pandangan humanistik yang berpendapat pendidikan sepatutnya berpusatkan pelajar dan di bawah kawalan pelajar. Manakala guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara.

Manakala Johnson, Johnson, Johnson dan Anderson (1976) telah mendefinisikan PK di dalam kajian mereka sebagai satu kaedah yang mengkehendaki pelajar belajar bersama-sama dalam menyiapkan satu tugasan bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan akan saling bantu-membantu memberi penerangan sesama mereka dan tidak bergantung kepada guru. Guru akan memberikan pujian ke atas kumpulan yang menunjukkan hasil kerja yang memuaskan.

(49)

29

sekumpulan. Sebaliknya di dalam pembelajaran individu, pencapaian seorang pelajar tidak bergantung kepada pencapaian pelajar lain.

Di dalam PK, interaksi sesama pelajar diberi tumpuan di dalam proses pembelajaran (Sharan, 1980; Slavin, 1987; Webb, 1982). Secara umumnya para sarjana melihat PK sebagai satu strategi pembelajaran berkumpulan yang mana di dalamnya pelajar berinteraksi sesama mereka dan saling bantu-membantu di dalam proses pembelajaran.

Di bawah PK, keupayaan pelajar yang berkebolehan tinggi dan sederhana boleh dimanfaatkan untuk membantu pelajar yang berkebolehan rendah di dalam perakaunan. Kajian-kajian di luar negara menunjukkan PK berupaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalam berbagai mata pelajaran untuk semua peringkat pendidikan (Johnson, Maruyama, Johnson, Nelson dan Skon, 1981). Di dalam kajian kes yang dibuat oleh Lindquist (1995) di dalam kelas audit, didapati pencapaian pelajar meningkat apabila beliau menggunakan PK.

(50)

30

1.1.7 Pembelajaran Koperatif Mengikut Perspektif Teoritikal

Strategi PK dikatakan dapat meningkatkan pencapaian akademik, berupaya mengubah atribusi pelajar, meningkatkan konsep kendiri pelajar dan memberi kesan positif kepada hubungan sosial sesama pelajar berdasarkan teori-teori tertentu.

1.1.7.1 Kesan Pembelajaran Koperatif ke Atas Pencapaian

Terdapat beberapa teori pembelajaran yang dapat menerangkan kesan PK ke atas pencapaian (Slavin, 1990; 1995). Gabungan teori-teori tersebut dapat digambarkan melalui Rajah 3.

(51)
(52)

32

Bagi mendorong pelajar berinteraksi sesama ahli kumpulan, terdapat dua teori yang dikemukakan. Teori kohesif sosial mencadangkan pelajar akan berinteraksi apabila mereka mengenali rakan sekumpulan dan mengambil berat antara satu sama lain. Penekanan yang diberi adalah mewujudkan hubungan yang rapat sesama ahli kumpulan. Maka aktiviti bagi mengeratkan hubungan ahli kumpulan dan penilaian diri dalam kumpulan dititikberatkan. Bagi teori kohesif sosial, tugasan yang mencabar sudah cukup untuk menarik minat pelajar menyelesaikan tugasan secara berkumpulan. Maka ganjaran kumpulan dan tanggungjawab individu tidak dipentingkan.

Sebaliknya, teori tingkah laku mencadangkan ganjaran adalah perlu sebagai motivasi untuk pelajar berinteraksi sesama mereka. Bahkan, ganjaran juga perlu untuk mendorong pelajar mengambil berat antara ahli kumpulan. Struktur ganjaran yang berbentuk koperatif akan mendorong pelajar merasa penting untuk membantu ahli kumpulan dan memberi sokongan sesama mereka bagi mencapai matlamat kumpulan. Tanpa adanya ganjaran, pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kumpulan kerana tidak merasakan kepentingan untuk berbuat demikian (Slavin, 1995).

(53)

33

Menurut Vygotsky, zon tersebut merupakan tahap pencapaian pelajar yang hanya boleh dicapai dengan bantuan orang dewasa atau rakan mereka yang lebih berkebolehan (Tudge, 1990). Piaget (Slavin, 1990) berpendapat konsep-konsep sosial yang abstrak hanya dapat difahami melalui perbincangan. Apabila berlaku pertentangan pendapat, timbul ketidakseimbangan di dalam kognitif pelajar. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada rakan-rakan, pelajar tersebut dapat menguasai sesuatu lojik dengan alasan yang lebih kukuh.

Manakala teori penerangan kognitif berpendapat pelajar yang memberi penerangan berupaya mengekalkan maklumat di dalam ingatan mereka dalam jangka masa yang lebih panjang dengan berlakunya proses pengajaran kepada rakan-rakan (Slavin, 1995). Pelajar yang memberi penerangan melihat diri mereka sebagai guru dan bertujuan untuk membantu rakan memahami pelajaran. Pelajar tersebut cenderung untuk memikirkan cara yang sesuai bagi memahamkan rakan mereka. Maka, berlaku proses penstrukturan semula di dalam kognitif pelajar tersebut ketika membuat persediaan untuk memberi penerangan dan ketika sedang memberi penerangan. Pada masa yang sama, pelajar yang menerima pertolongan, bertindak sebagai pemproses maklumat dan bukan penerima yang pasif (Webb, 1982).

(54)

34

perlu saling kenal-mengenali dan perlu ada sesuatu yang mendorong mereka untuk bekerja di dalam kumpulan, sama ada melalui aktiviti mengeratkan hubungan mereka atau pun dengan adanya insentif untuk tujuan itu.

1.1.7.2 Kesan Pembelajaran Koperatif ke Atas Atribusi Pencapaian Dalam membincangkan motivasi pelajar dari aspek kognitif, Ames (1984) telah mengemukakan satu model yang menerangkan perbezaan struktur tugas dan struktur ganjaran di dalam sesebuah kelas mempengaruhi atribusi pencapaian dan kesan afektif. Dalam situasi kelas yang menekankan persaingan antara pelajar, dorongan mereka adalah untuk menjaga imej masing-masing. Oleh itu pelajar cenderung membuat atribusi pencapaian mereka kepada faktor kebolehan. Begitu juga dalam situasi pembelajaran individu, pelajar akan membuat perbandingan antara pencapaian mereka dengan pencapaian rakan-rakan dan membuat atribusi kebolehan apabila wujud perbezaan pencapaian. Sebaliknya, dalam situasi PK pelajar digalakkan untuk bekerjasama dan berusaha dalam satu kumpulan untuk membolehkan mereka berjaya. Justeru itu, pelajar yang didedahkan dengan situasi tersebut cenderung untuk menganggap usaha memainkan peranan penting untuk kejayaan mereka berbanding dengan kebolehan.

1.1.7.3 Kesan Pembelajaran Koperatif ke Atas Konsep Kendiri

(55)

35

matlamat akademik. Berpandukan kajian-kajian sebelum, Lynch (1991) merumuskan PK menyebabkan berlakunya proses psikologi yang mana pelajar mula mewujudkan identiti mereka sebagai satu kumpulan dan ini mempengaruhi konsep kendiri mereka. Jangkaan untuk berjaya bagi sesuatu kumpulan mempengaruhi matlamat ahli kumpulan tersebut yang seterusnya memberi kesan kepada kebolehan individu untuk belajar.

1.1.7.4 Kesan Pembelajaran Koperatif ke Atas Hubungan Sosial Di dalam menerangkan kesan PK terhadap hubungan sosial pelajar khususnya dalam konteks hubungan antara etnik, Slavin dan Hansell (1983) telah mengaitkannya dengan Teori Hubungan (Contact Theory) yang dikemukakan oleh Allport (1954). Mereka berpendapat di dalam kumpulan kecil di bawah PK memberi ruang kepada pelajar untuk lebih banyak berinteraksi sesama mereka berbanding dengan dalam kelas tradisional. Pelajar juga saling tolong-menolong dalam pembelajaran mereka dan ini membolehkan mereka lebih kenal-mengenali antara satu sama lain. Struktur ganjaran di bawah PK yang memerlukan pelajar bekerjasama bagi mencapai matlamat kumpulan tanpa mengira tahap kebolehan pelajar membentuk tanggapan pelajar bahawa mereka adalah sama taraf.

(56)

36

1.2 Pernyataan Masalah

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 1996 yang diperolehi bagi sekolah-sekolah daerah Hulu Langat menggambarkan bahawa pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran perakaunan masih lagi kurang memuaskan. Selain itu, terdapat persepsi pelajar bahawa perakaunan adalah mata pelajaran yang susah dan hanya pelajar yang pandai boleh berjaya di dalam perakaunan. Mengikut teori atribusi Weiner, persepsi seperti ini menjadikan pelajar kurang bermotivasi untuk belajar di dalam perakaunan. Selain daripada pencapaian akademik, perkembangan konsep kendiri pelajar dan hubungan sosial dengan rakan sebaya juga adalah penting. Ini selaras dengan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan individu yang mempunyai sahsiah secara bersepadu dan seimbang. Berdasarkan Model Marsh dan Shavelson, konsep kendiri akademik memberi kesan positif kepada pencapaian akademik pelajar (Marsh, 1990). Hubungan yang erat sesama rakan sebaya akan melahirkan perasaan kasih sayang yang merupakan salah satu nilai murni yang ditekankan di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Seterusnya, mewujudkan masyarakat yang saling berkasih sayang adalah salah satu cabaran bagi mencapai Wawasan 2020. Hubungan sosial yang positif sesama rakan yang diterangkan oleh Teori Perapatan lahir apabila pelajar banyak bersama dan berinteraksi.

(57)

37

(58)

38

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai lima objektif, iaitu:

(a) Membandingkan kesan strategi pembelajaran koperatif (PK) dan pembelajaran tradisional (PT) terhadap prestasi.

(b) Membandingkan kesan strategi PK dan PT terhadap atribusi pencapaian di dalam situasi berjaya dan gagal

(c) Membandingkan kesan strategi PK dan PT terhadap konsep kendiri akademik. (d) Membandingkan kesan strategi PK dan PT terhadap hubungan sosial.

(e) Mengenal pasti keberkesanan perlaksanaan PK mengikut persepsi pelajar dari segi:

(i) Pengalaman pelajar kumpulan PK yang mengikuti strategi PK

(ii)Elemen-elemen di dalam PK yang terdiri daripada pembahagian kumpulan, membuat latihan secara berkumpulan, kuiz, pengiraan skor kumpulan, penggunaan pelekat bintang sebagai penghargaan kumpulan, pengajaran guru dan penggunaan bahan bantu mengajar.

(iii) Perubahan minat pelajar untuk belajar prinsip akaun. (iv) Pemilihan cara belajar yang lebih digemari.

1.4 Hipotesis Kajian Hipotesis kajian adalah:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan kesan strategi pembelajaran koperatif (PK) dan pembelajaran tradisional (PT) terhadap prestasi.

(59)

39

Ho3 Tidak terdapat perbezaan kesan strategi PK dan PT terhadap dimensi kestabilan dalam situasi berjaya.

Ho4 Tidak terdapat perbezaan kesan strategi PK dan PT terhadap dimensi kawalan kendiri dalam situasi berjaya.

Ho5 Tidak terdapat perbezaan kesan strategi PK dan PT terhadap dimensi kawalan oleh orang lain dalam situasi berjaya.

Ho6 Tidak terdapat perbezaan kesan strategi PK dan PT terhadap dimensi lokus sebab dalam situasi gagal.

Ho7 Tidak terdapat perbezaan kesan strategi PK dan PT terhadap dimensi kestabilan dalam situasi gagal.

Ho8 Tidak terdapat perbezaan kesan strategi PK dan PT terhadap dimensi kawalan kendiri dalam situasi gagal.

Ho9 Tidak terdapat perbezaan kesan strategi PK dan PT terhadap dimensi kawalan oleh orang lain dalam situasi gagal.

Ho10 Tidak terdapat perbezaan kesan strategi PK dan PT terhadap konsep kendiri akademik.

Ho11 Tidak terdapat perbezaan kesan strategi PK dan PT terhadap hubungan sosial.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian bagi objektif mengenal pasti keberkesanan perlaksanaan PK mengikut persepsi pelajar adalah seperti berikut:

(60)

40

(b) Apakah elemen-elemen yang membantu keberkesanan PK?

(c) Adakah terdapat perubahan minat terhadap mata pelajaran prinsip akaun bagi pelajar kumpulan PK dan PT?

(d) Apakah pemilihan cara belajar yang lebih digemari oleh pelajar bagi mata pelajaran prinsip akaun?

1.6 Kerangka Kerja Konseptual

(61)
(62)

42

Di dalam kumpulan pembelajaran koperatif, kumpulan-kumpulan kecil pelajar dibentuk bagi menggalakkan berlakunya interaksi sesama pelajar secara bersemuka. Matlamat pelajar distrukturkan menjadi matlamat koperatif dalam bentuk pengiktirafan kumpulan. Sesuatu kumpulan kecil diberi pengiktirafan sama ada Goodteam, Greatteam atau Superteam bergantung kepada jumlah mata kumpulan yang disumbangkan oleh setiap ahli kumpulan berdasarkan skor kuiz. Di dalam pembelajaran koperatif, akauntabiliti individu bermaksud setiap pelajar bertanggungjawab terhadap prestasi masing-masing bagi meningkatkan skor kumpulan. Ciri akauntabiliti individu wujud dalam bentuk aktiviti kuiz secara individu dan pengiraan skor individu berdasarkan prestasi sebelum. Ciri struktur tugas di dalam pembelajaran koperatif diberi penekanan ketika aktiviti membuat latihan secara berkumpulan. Pelajar dikehendaki berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan di dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Maka, pada masa perbincangan berlaku terdapat pelajar yang berperanan sama ada sebagai guru atau murid.

(63)

43

Berdasarkan teori kohesif sosial (Slavin, 1996), interaksi sesama pelajar yang kerap akan mewujudkan hubungan yang erat menyebabkan pelajar bersedia untuk saling tolong-menolong di dalam pembelajaran. Manakala teori tingkah laku (Slavin, 1996) mencadangkan struktur matlamat dalam bentuk pengiktirafan kumpulan akan mendorong pelajar untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat tersebut. Seterusnya, teori perkembangan kognitif (Slavin, 1995) dan teori penerangan kognitif (Slavin, 1990) menerangkan bahawa prestasi pelajar yang dibimbing dan pelajar yang membimbing dapat ditingkatkan melalui perbincangan sesama mereka. Maka, berdasarkan teori-teori tersebut adalah dijangka pembelajaran koperatif memberi kesan positif terhadap prestasi pelajar di dalam mata pelajaran prinsip akaun.

(64)

44

Di dalam kajian ini, atribusi pencapaian terbahagi kepada lapan pembolehubah dan setiap pembolehubah mempunyai dua tahap. Pembolehubah dalam atribusi pencapaian adalah dimensi lokus sebab dalam situasi berjaya (dalaman dan luaran), dimensi kestabilan dalam situasi berjaya (stabil dan tidak stabil), dimensi kawalan kendiri dalam situasi berjaya (dapat dikawal oleh individu dan tidak dapat dikawal oleh individu), dimensi kawalan oleh orang lain dalam situasi berjaya (orang lain dapat mengawalnya dan tidak dapat dikawal oleh orang lain), dimensi lokus sebab dalam situasi gagal (dalaman dan luaran), dimensi kestabilan dalam situasi gagal (stabil dan tidak stabil), dimensi kawalan kendiri dalam situasi gagal (dapat dikawal oleh individu dan tidak dapat dikawal oleh individu), dimensi kawalan oleh orang lain dalam situasi gagal (orang lain dapat mengawalnya dan tidak dapat dikawal oleh orang lain).

(65)

45

Teori hubungan (Slavin dan Hansell, 1983) mencadangkan interaksi sesama pelajar yang lebih kerap menyebabkan pelajar lebih kenal-mengenali antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, teori perapatan (Ainsworth, 1989) menerangkan jalinan kasih sayang dengan rakan akan wujud apabila pelajar saling bantu-membantu ketika menyelesaikan masalah. Maka, berdasarkan teori-teori yang dikemukakan, pembelajaran koperatif dijangka memberi kesan terhadap hubungan sosial pelajar. Hubungan sosial yang diukur dengan aspek perapatan juga merupakan satu pembolehubah yang mempunyai dua tahap iaitu tinggi dan rendah.

(66)

46

1.7 Kepentingan Kajian

Sehingga kini tidak banyak penyelidikan dijalankan yang memberi perhatian kepada meningkatkan mutu pendidikan perakaunan di Malaysia terutamanya dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar (Halimah, 1992). Di antara kajian yang telah dijalankan di dalam bidang pendidikan perakaunan adalah mengenai kurikulum prinsip akaun (Tham Charn Hoong, 1987; Che Lai, 1993), perkaitan antara pencapaian di dalam matematik dengan pencapaian di dalam prinsip akaun (Tee Poh Wah, 1989), sikap dan pencapaian dalam perakaunan (Halimah, 1992) dan penggunaan buku teks di dalam prinsip akaun (Mohd Salleh, 1993) .

Walaupun banyak kajian mengenai keberkesanan PK di luar negara dan di Malaysia sendiri (Choong Lai Guan, 1995; Choy Tuck Onn, 1994; Jamilah, 1993; Meriam, 1995; Nor Hasimah, 1995; Ong Eng Tek, 1994; Siti Rahayah, 1998; Yee Cheng Teik, 1995), namun penggunaannya di dalam bidang pendidikan perakaunan belum begitu meluas. Hasil kajian ini diharap boleh dijadikan garis panduan oleh guru perakaunan dalam mengenal pasti kaedah-kaedah yang dapat digunakan di dalam kelas untuk meningkatkan prestasi pelajar.

(67)

47

Berdasarkan penggunaan PK yang menggalakkan kerjasama antara pelajar yang berbeza tahap kebolehan, dapatan kajian ini diharapkan dapat mengubah persepsi bahawa perakaunan adalah satu mata pelajaran yang sukar yang mana hanya pelajar berkebolehan tinggi sahaja yang boleh berjaya. Seterusnya lebih ramai pelajar yang akan berminat mendalami bidang perakaunan dan pada masa yang sama prestasi pelajar secara keseluruhannya meningkat lebih baik.

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan yang berkaitan dengan atribusi pencapaian dan konsep kendiri di Malaysia (seperti Chiam Heng Keng, 1976; Lee Chow Chern, 1995; Mohd Sahandri Ghani, 1995; Othman, 1995; Saniah, 1992). Tetapi penggunaan PK sebagai perantara untuk mengubah atribusi pencapaian dan meningkatkan konsep kendiri pelajar tidak diberi penekanan. Kajian berkaitan dengan hubungan sosial di kalangan pelajar di Malaysia amat kurang diberi tumpuan terutamanya dalam konteks sekolah menengah.

(68)

48

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini berbentuk eksperimen yang mana sebahagian daripada kelas prinsip akaun yang terlibat menggunakan PK, manakala kelas prinsip akaun yang lain menggunakan strategi pembelajaran tradisional (PT). Eksperimen ini dikendalikan oleh guru kelas prinsip akaun yang mengikuti latihan PK. Oleh itu, setakat mana eksperimen ini dapat dijalankan bergantung kepada bilangan guru prinsip akaun yang sukarela melibatkan diri di dalam kajian ini. Namun begitu, sebagai satu cara untuk mengatasi masalah ini, pengkaji telah berusaha meyakinkan pengetua dan guru prinsip akaun bahawa perubahan ini tidak mendatangkan banyak masalah kepada jadual pembelajaran pelajar.

(69)

49

dapatan kajian ini digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar, replikasi bagi kajian ini perlu dibuat.

1.9 Definisi Operasional 1.9.1 Pendidikan Perakaunan

Di dalam kajian ini, pendidikan perakaunan merujuk kepada mata pelajaran prinsip akaun bagi tingkatan empat yang meliputi tajuk tafsiran akaun dan penyata kewangan serta penyediaan lembaran kerja.

1.9.2 Pembelajaran Koperatif

(70)

50

1.9.3 Pembelajaran Tradisional

Pembelajaran tradisional (PT) yang digunakan di dalam kajian ini sebagai kumpulan kawalan merujuk kepada kaedah pengajaran yang secara lazimnya dilaksanakan di dalam kelas prinsip akaun iaitu lebih berpusatkan guru dan membuat latihan secara individu. Turutan aktiviti pembelajaran di bawah PT adalah (a) Penyampaian kandungan mata pelajaran oleh guru (b) Pelajar membuat latihan secara individu (c) Kuiz secara individu (d) Pengiraan skor bagi individu. Manual yang digunakan oleh guru prinsip akaun untuk melaksanakan PT boleh dirujuk di dalam Lampiran B2.

1.9.4 Prestasi

Prestasi pelajar di dalam kajian ini diukur menggunakan Ujian Prestasi selepas tamat tempoh eksperimen dijalankan. Ujian ini mengandungi lapan soalan yang meliputi tajuk tafsiran akaun dan analisis penyata kewangan. Soalan satu mengandungi dua item yang menguji aras kefahaman di dalam tajuk tafsiran akaun. Soalan dua sehingga soalan lapan mengandungi tiga hingga sebelas item menguji aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan penilaian di dalam tajuk analisis penyata kewangan. Pelajar dikehendaki membina jawapan sendiri dalam tempoh satu jam. Ujian Prestasi boleh dirujuk di dalam Lampiran A8.

1.9.5 Atribusi Pencapaian

(71)

51

dimensi sebab. Berdasarkan dimensi sebab yang dikemukakan oleh Weiner (1979) dan diubahsuai oleh McAuley et al. (1992), dimensi sebab yang dikaji di dalam kajian ini adalah dimensi lokus sebab (dalaman atau luaran), dimensi kestabilan (stabil atau tidak stabil), dimensi kawalan kendiri (dapat dikawal oleh individu atau tidak dapat dikawal) dan dimensi kawalan orang lain ( orang lain dapat mengawalnya atau orang lain tidak dapat mengawalnya). Pelajar akan mengkelaskan sebab yang terpenting bagi kejayaan dan kegagalan mereka di dalam mata pelajaran prinsip akaun kepada dimensi-dimensi tersebut menggunakan Skala Dimensi Sebab (SDS) Skala ini mempunyai 12 item yang diterjemahkan daripada alat kajian Revised Causal Dimension Scale (CDSII) yang dibina oleh McAuley et al. (1992). Kajian ini mengkaji dimensi sebab di dalam situasi berjaya dan situasi gagal. Skala Dimensi Sebab boleh dirujuk di dalam Lampiran A2

1.9.6 Situasi Berjaya dan Situasi Gagal

(72)

52

1.9.7 Konsep Kendiri Akademik

Strein (1993) mendapati definisi konsep kendiri akademik di dalam kajian yang terkini mempunyai dua unsur utama. Pertama, konsep kendiri akademik mempunyai ciri penerangan dan penilaian tentang diri individu dalam bidang akademik. Kedua, persepsi tentang kebolehan dalam akademik difokuskan dalam aspek tingkah laku pencapaian dan bukan perasaan individu terhadap pencapaian mereka. Bagi tujuan kajian ini, konsep kendiri akademik merujuk kepada persepsi seseorang individu sama ada dia bersetuju atau tidak bersetuju dengan penunjuk-penunjuk objektif bagi pencapaian akademik di dalam mata pelajaran prinsip akaun. Persepsi tersebut diukur dengan enam item di dalam Soal Selidik Konsep Kendiri Akademik (SKKA) yang diterjemahkan daripada alat kajian Academic Self-Descriptions Questionnaire (ASDQ) yang dibentuk oleh Marsh (1990). Soal Selidik Konsep Kendiri Akademik boleh dirujuk di dalam Lampiran A3.

1.9.8 Hubungan Sosial

(73)

53

1.9.9 Rumusan

(74)

!

BAB DUA

TINJAUAN KAJIAN YANG BERKAITAN

Di dalam Bab ini, pengkaji membuat tinjauan kajian-kajian lepas berkenaan dengan pembelajaran koperatif (PK), teori atribusi pencapaian, konsep kendiri dan hubungan sosial serta persepsi guru dan pelajar terhadap PK . Tinjauan kajian memberi tumpuan kepada teori pembelajaran, teori atribusi pencapaian, teori konsep kendiri dan teori hubungan sosial, penggunaan PK dalam pendidikan perakaunan, kesan PK sama ada secara umum atau khususnya teknik STAD terhadap prestasi, atribusi pencapaian, konsep kendiri dan hubungan sosial serta metodologi yang digunakan di dalam kajian umum bagi atribusi pencapaian, konsep kendiri dan hubungan sosial.

2.1 Konsep Pembelajaran Koperatif

(75)

! ""! Walau bagaimanapun, Slavin (1990) berpendapat PK hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya. Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kumpulan.

Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Dengan kata lain, sesuatu kumpulan tidak dapat berjaya dengan usaha individu tertentu sahaja. Ini akan mendorong pelajar membimbing rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran.

Ciri peluang yang sama untuk berjaya merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Ini bermakna semua pelajar tanpa mengira tahap kebolehan berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka. Ketiga-tiga ciri ini merujuk kepada teknik Pembelajaran Pasukan Pelajar yang diperkenalkan oleh Slavin dan rakan-rakan.

(76)

! "#! semestinya berbentuk koperatif. Ini kerana kumpulan koperatif perlu menepati lima ciri yang digariskan.

Ciri pertama adalah saling bergantung yang positif, iaitu pelajar mesti bekerjasama di dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai matlamat tersebut.

Ciri kedua adalah tanggungjawab individu dan kumpulan, iaitu sesuatu kumpulan bertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap individu bertanggungjawab memberi sumbangan kerja yang sepatutnya. Oleh itu perlu ada satu pengukuran untuk menentukan kemajuan sesuatu kumpulan dan mengenal pasti usaha setiap ahli.

Ciri ketiga adalah PK seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secara bersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan, saling tolong-menolong dan memberi galakan antara satu sama lain.

(77)

! "$! Ciri kelima adalah berkaitan dengan penilaian kumpulan, iaitu ahli kumpulan berbincang dan menganalisis setakat mana kumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendaki. Pelajar mengenal pasti tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan.

Ciri-ciri yang disenaraikan itu merujuk kepada teknik Belajar Bersama yang diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson. Kelima-lima ciri ini dianggap penting bagi memastikan kelancaran kerja berkumpulan.

Di dalam membincangkan penggunaan PK di dalam kelas yang mempunyai berbagai etnik, Coelho (1994) menyenaraikan ciri-ciri yang diperlukan untuk menjayakan kerja berkumpulan. Ciri pertama adalah dari segi pembentukan dan pengurusan kumpulan. Berbanding dengan kerja berkumpulan tradisional yang tidak mempunyai struktur yang khusus, PK mempunyai panduan tertentu bagi penentuan saiz kumpulan, pemilihan ahli kumpulan dan aspek teknikal yang lain berkaitan dengan menguruskan kumpulan kecil.

Referensi

Dokumen terkait

Terdapat perbedaan peningkatan hail belajar siswa yang diajar dengan model pembelajaran koperatif tipe STAD dibandingkan dengan model pembelajaran koperatif tipe

Hal tersebut dikarenakan pada proses pembelajaran kelas eksperimen menggunakan model pembelajaran koperatif tipe make a macth dengan permainan ranking one physical yang

Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Norul Haida (2012) yang menyatakan bahawa penggunaan kaedah koperatif dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam

Kajian ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Gagau dan Shaari (2012) mendapati penggunaan pembelajaran koperatif model STAD dapat meningkatkan

Berdasarkan hasil penelitian, pengolahan dan analisis data serta pengujian hipotesis, maka kesimpulan dari penelitian ini adalah model pembelajaran koperatif tipe GI

Berdasarkan hasil penelitian, pengolahan dan analisis data serta pengujian hipotesis, maka kesimpulan dari penelitian ini adalah model pembelajaran koperatif tipe GI

Hal tersebut dikarenakan pada proses pembelajaran kelas eksperimen menggunakan model pembelajaran koperatif tipe make a macth dengan permainan ranking one physical yang

“Dengan tujuan: Setelah pembelajaran kalian mampu mengolah informasi dalam diagram , membandingkan nelayan tradisional dan modern, menjelaskan kegiatan ekonomi