• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STAD KE ATAS SIKAP TERHADAP MATEMATIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STAD KE ATAS SIKAP TERHADAP MATEMATIK"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF MODEL STAD KE ATAS

SIKAP TERHADAP MATEMATIK

(The Effects of STAD Cooperative Learning Model on Students’ Attitude towards Mathematics)

Zainun Ismaon, Zanaton Iksan, Norziah Othman

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini menentukan kesan pembelajaran koperatif dengan menggunakan model Student-Team-Achievement-Division (STAD) ke atas sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik. Kajian kuasi eksperimen ini melibatkan penggunaan instrumen soal selidik dan temu bual ke atas 82 orang pelajar Tahun 5 dari dua buah kelas di sebuah sekolah di negeri Kedah. 42 orang pelajar berada dalam kumpulan rawatan (kumpulan koperatif) dan 40 orang lagi dalam kumpulan kawalan yang diajar dengan kaedah konvensional. Keputusan Ujian-t menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi sikap pelajar terhadap matematik di antara kumpulan rawatan dan kawalan. Perbezaan ini ditunjukkan bagi kategori keseronokan dalam matematik dan aktiviti sosial dalam matematik. Tiada perbezaan yang signifikan ditunjukkan bagi kepentingan/nilai dalam matematik. Keseluruhan 90.5% pelajar mempunyai persepsi positif terhadap pembelajaran koperatif model STAD ini. Bagaimanapun, pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi perlu ada dalam kalangan guru agar pembelajaran sebegini dapat dilaksanakan dengan penuh yakin dan tersusun.

Kata kunci: Pembelajaran koperatif, STAD, sikap terhadap matematik.

ABSTRACT

This study investigates the effect of the cooperative learning model Student-Team-Achievement-Division (STAD) on students’ attitude towards mathematics. This quasi-experimental study used a questionnaire and interview as a research instrument. Participants consisted of 82 year 5 students from two classes in a school in Kedah. 42 students were involved the experimental group (the cooperative learning group) and another 40 students were in the controlled group who was taught using the conventional method. Results of the t-test indicated a significant difference on attitude towards mathematics between the experimental and controlled group. Difference existed in the category of ‘fun in learning mathematics’ and ‘social activities in mathematics’. There was no significant difference in ‘values in mathematics’. Overall, 90.5% of students showed positive perception towards cooperative learning with STAD model. Thus, teachers must be knowledgeable and skillful in order to continuously implement this type of learning with full of confidence and systematically.

Key words: Cooperative learning, STAD, attitude towards mathematics

PENGENALAN

(2)

dalam menyelesaikan masalah matematik di samping menghargai kepentingan dan keindahan matematik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Ramai pelajar beranggapan bahawa matematik sebagai subjek yang sukar, malah membosankan (Wan Zah et al., 2005). Masalah yang melibatkan pengiraan menuntut komitmen yang tinggi serta ‘kerja keras’ menyebabkan pelajar mudah keliru dan merasakan ia suatu aktiviti yang membosankan. Identiti matematik yang terlalu abstrak dikatakan tiada kaitan dengan kehidupan seharian (Marzita, 2002). Pelajar cuba mengelak daripada menjawab soalan ‘untuk apa belajar matematik’ oleh kerana kekeringan idea ke mana dan bagaimana boleh mereka mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan (Keitel, 2003). Mereka beranggapan penggunaan ilmu matematik itu sendiri sangat terhad dan tidak mampu pergi lebih jauh melainkan jika mereka bercita-cita menjadi ahli matematik. Pelajar juga bermasalah apabila mempunyai persepsi yang negatif terhadap matematik terutamanya kalkulus yang merupakan tajuk wajib dipelajari di sekolah dan institut pengajian tinggi (Ahmad Fauzi, Wong Su Lian, & Norhayati, 2005). Pelajar juga tidak mampu menguasai kemahiran asas matematik seperti asas algebra, persamaan serentak dan persamaan kuadratik (Mazlini & Effandi, 2009). Mereka gagal untuk meringkaskan jawapan dan sering melakukan kesilapan akibat faktor kecuaian diri sendiri. Oleh itu, pelbagai strategi dan pendekatan perlu difikirkan agar masalah ini dapat diatasi dengan segera.

Guru matematik semestinya berpengetahuan luas dalam matematik yang diajar (Wu Thiam Yew, Sharifah Norul Akmar, & Lian, 2011). Guru perlu mempunyai pengetahuan matematik yang komprehensif agar mereka berupaya menyusun pengajaran dan pelajar boleh belajar matematik dengan lebih bermakna. Strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran haruslah berupaya memberi kesedaran kepada pelajar perlunya kepercayaan terhadap matematik yang akan mengubah dan memperbaiki gaya pembelajaran supaya menjadi yang lebih berkesan. Jurang yang wujud dalam pencapaian pelajar lemah dan cemerlang harus dikurangkan agar keyakinan dalam menyelesaikan masalah diperoleh bersama (Siti Mistima & Effandi, 2009).

Guru berperanan menerangkan kepada pelajar bagaimana menggunakan kaedah dan pendekatan yang betul. Penerangan yang baik dengan menggunakan kaedah yang sesuai akan merangsang pelajar berfikir dan beriltizam untuk memperkayakan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran dan membina peribadi yang baik. Pembelajaran berkesan melibatkan kegiatan melihat, mendengar, berfikir, dan manipulasi tangan (Khalijah, 1999). Hafalan tidak bermakna ilmu pengetahuan telah difahami dengan baik dan tidak menjamin pelajar itu memperoleh pencapaian yang cemerlang. Latihan pula membantu pelajar menjadi cekap, namun minda mereka tidak perlu bekerja keras dengan tangan secara tanpa sedar tahu apa yang harus dilakukan terlebih dahulu mengikut tertib. Apabila pelajar menjadi cekap, beban tugas menjadi ringan dan keseronokan akan tercapai dan secara tidak langsung motivasi juga meningkat. Menurut Khalijah lagi, masalah dalam mempelajari matematik disebabkan oleh tiada kemahiran belajar, masalah berfikir secara analitis, masalah membina konsep, dan skema ilmu di samping pelajar sendiri yang kurang jelas dengan sifat sesuatu ilmu.

(3)

Guru perlu memahami teori pembelajaran yang mendefinisikan bagaimana proses pembelajaran berlaku dan kaedah serta pendekatan terbaik bagi menghasilkan pembelajaran berkesan. Pentas pendidikan adalah wahana paling ideal dalam melaksanakan hasrat pendidikan negara. Pelaksanaan kaedah tradisional yang berorientasikan peperiksaan, hafalan dan latih tubi sudah tidak lagi relevan dengan kehendak semasa (Sahidan, 2009). Pedagogi bestari yang berfokuskan pelajar dan berorientasikan aktiviti wajar dilaksanakan sebagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran alternatif terbaik.

Kaedah tradisional menunjukkan guru lebih mendominasi aktiviti bilik darjah sedangkan keupayaan pelajar untuk mengembangkan kemahiran belajar terbatas. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, mampu berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah perlu ada sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan kelak. Pembelajaran koperatif yang menggalakkan perbincangan dalam kumpulan tanpa mengira latar belakang jantina, bangsa dan kebolehan menyediakan peluang terbaik bagi pelajar untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah matematik bersama (Effandi & Zanaton, 2007). Perbincangan dan perkongsian ilmu pengetahuan merangsang sikap yang positif terhadap matematik melalui Pembelajaran koperatif (Mazlan, 2002).

Pembelajaran koperatif merupakan kaedah pembelajaran yang memerlukan pelajar berada dalam kumpulan kecil seramai 4 hingga 5 orang dan bekerja bersama dalam mencapai matlamat yang sama (Effandi & Zanaton, 2007). Model Student-Team-Achievement-Division (STAD) antara model lain yang digunakan dalam Pembelajaran koperatif selain JIGSAW, Team-Accelerated-Instruction (TAI), Team-Games-Tournament (TGT) dan Learning Together. STAD melibatkan guru sebagai fasilitator menerangkan objektif pembelajaran dan meminta pelajar dalam kumpulan membuat persediaan untuk kuiz yang menggalakkan perbincangan sesama mereka dalam menyelesaikan masalah matematik yang diberikan. Ganjaran berupa hadiah atau pengiktirafan diakhir sesi pembelajaran disediakan. Pembelajaran koperatif merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang mampu menerapkan nilai-nilai murni. Aktiviti perbincangan ini menghasilkan minat kepada mata pelajaran dan membangkitkan rasa penghargaan sesama pelajar dalam kumpulan (Nor Azizah, Siti Rahayah & Musa, 2001). Pelajar yang mengamalkan pembelajaran koperatif juga menunjukkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran sains (Abdul Halim, 2000). Secara khususnya, persoalan kajian adalah seperti berikut:

(a) Apakah kesan pembelajaran koperatif model STAD ke atas sikap pelajar terhadap matematik?

(b)Apakah persepsi pelajar terhadap pembelajaran koperatif dalam matematik?

METODOLOGI

Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini melibatkan pelajar daripada dua buah kelas Tahun Lima di sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Nerang, Kedah. Kelas rawatan terdiri daripada 42 orang pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif menggunakan model STAD, manakala kelas kawalan terdiri daripada 40 orang pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran konvensional. Tempoh masa kajian adalah

(4)

selama 5 minggu dan sesi pengajaran bagi kedua-dua kelas rawatan dan kawalan dilaksanakan oleh guru matematik yang sama.

Dua buah instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu, Instrumen Soal Selidik Sikap Murid Terhadap Matematik (Pensri & Krongthong, 1995) dengan nilai kebolehpercayaan pekali Cronbach Alfa 0.81 dan instrumen Soal Selidik Persepsi Murid Terhadap Matematik (Kamarudin, 1999) dengan nilai kebolehpercayaan pekali

Cronbach Alfa 0.82. Instrumen Soal Selidik Sikap Murid Terhadap Matematik diberikan kepada pelajar di kedua-dua kelas rawatan dan kawalan sebelum dan selepas eksperimen. Data dianalisis menggunakan ujian-t (pra dan pos) menggunakan perisian

SPSS.

DAPATAN KAJIAN

Kesan Pembelajaran Koperatif ke atas Sikap Pelajar terhadap Matematik

Jadual 1 Perbezaan Min Sikap Kumpulan Rawatan Sebelum dan Selepas Eksperimen

Kategori Ujian

Kumpulan

n Min Sisihan

Piawai

t p

Keseronokan Pra 42 3.26 0.49 6.435 0.000*

Pos 42 3.45 0.35

Kepentingan Pra 42 3.20 0.32 0.354 0.786

Pos 42 3.12 0.23

Aktiviti Sosial Pra 42 3.11 0.37 5.876 0.000*

Pos 42 3.27 0.31

Purata Keseluruhan

Pra 42 3.19 0.29 5.170 0.000*

Pos 42 3.31 0.26

*Signifikan pada paras p<0.05

Merujuk kepada Jadual 1, keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan di antara kumpulan rawatan dan kawalan dari segi sikap terhadap matematik sebelum eksperimen dijalankan. Namun, selepas eksperimen, terdapat perbezaan min yang signifikan di antara kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan dari segi sikap bagi kategori keseronokan mempelajari matematik (t=6.435, p=0.000<0.05) dan aktiviti sosial dalam matematik (t=5.876, p=0.00<0.05). Walau bagaimanapun, tiada perbezaan min yang signifikan wujud ke atas sikap pelajar bagi kategori kepentingan matematik (t=0.354, p=0.786>0.05). Pelajar mungkin mendapati perbincangan dan ganjaran menjadikan pembelajaran koperatif lebih menyeronokkan namun kesedaran tentang peri pentingnya matematik masih pada takuk yang sama walaupun pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran berbeza. Kesimpulannya, terdapat peningkatan dari segi skor min sikap terhadap matematik bagi kumpulan rawatan. Ini bermakna Pembelajaran koperatif telah memberi kesan yang positif ke atas sikap murid terhadap matematik.

(5)

Persepsi Pelajar dari Segi Minat terhadap Pembelajaran koperatif dan Kesesuaian Pembelajaran koperatif Model STAD

Jadual 2 Persepsi Pelajar dari Segi Minat terhadap Pembelajaran Koperatif Model STAD

No Item Soal Selidik Peratusan Responden

. Sangat

1 Saya suka belajar matematik kaedah

pembelajaran koperatif

88.1 11.9 0 0

4 Kaedah pembelajaran koperatif menjadikan saya menunggu-nunggu pelajaran matematik di sekolah

54.8 38.1 7.1 0

5* Saya kurang berminat menyertai aktiviti pembelajaran matematik yang dijalankan.

2.3 11.9 28.6 57.1

8 Pelajaran matematik di kelas saya adalah lebih menarik dengan pelaksanaan kaedah pembelajaran

47.6 30.9 14.3 7.2

10* Kaedah pembelajaran koperatif tidak sesuai bagi saya

0 4.8 26.2 69

13 Kaedah pembelajaran koperatif telah

menambahkan minat saya

69 23.8 2.3 2.3

Nota: * menunjukkan item soal selidik dalam bentuk pernyataan negatif

Berdasarkan Jadual 2, analisa terhadap persepsi pelajar mendapati 92.8% orang pelajar pembelajaran koperatif telah meningkat minat mereka terhadap matematik. Sebilangan kecil pelajar sahaja (14.2%) yang kurang berminat menyertai aktiviti yang disediakan.

Jadual 3 Persepsi Pelajar terhadap pembelajaran koperatif Model STAD dari segi

No Item Soal Selidik Peratusan Responden

. Sangat 2 Kaedah pembelajaran koperatif menjadikan

matematik lebih mudah difahami

78.6 21.4 0 0

3 Saya rasa lebih yakin menjawab soalan-soalan matematik sekarang

40.5 57.1 2.4 0

6 Saya rasa pembelajaran saya dalam mata pelajaran matematik meningkat

52.4 35.7 11.9 0

7* Saya masih menghadapi banyak masalah memahami pelajaran matematik

11.9 23.8 45.2 19

9 Kaedah pembelajaran koperatif membantu saya mengingat fakta matematik

61.9 33.3 4.8 0

Nota : *menunjukkan item soal selidik dalam bentuk pernyataan negatif

(6)

Jadual 4 Persepsi Pelajar terhadap Pembelajaran koperatif Model STAD dari segi Penyertaan dan Interaksi dalam Kelas

No Item Soal Selidik Peratusan Responden

. Sangat

Setuju

Setuju Kurang Setuju

Tidak Setuju 11 Kaedah pembelajaran koperatif memberi saya

lebih banyak peluang untuk mengambil bahagian aktif dalam pelajaran matematik

66.7 31 2.3 0

12 Kaedah pembelajaran koperatif memberi saya lebih banyak peluang berkenalan dengan rakan-rakan dalam kelas

66.7 23.8 4.8 4.8

Berdasarkan Jadual 3 dan 4, didapati 97.6% orang pelajar merasa lebih yakin menjawab soalan matematik dan sebanyak 95.2% daripada pelajar bersetuju pembelajaran koperatif membantu mereka mengingat fakta matematik. Seramai 97.7% orang pelajar pula mengatakan pembelajaran koperatif memberi peluang kepada mereka untuk penglibatan aktif dalam kelas.

Namun, terdapat beberapa aspek dalam pembelajaran koperatif ini yang kurang digemari pelajar seperti suasana bilik darjah menjadi bising, perbincangan di luar tajuk pembelajaran, segelintir ahli kumpulan yang kurang memberi kerjasama dan penglibatan pasif beberapa orang pelajar dalam menjawab soalan kuiz. Secara keseluruhannya, 90.5% orang pelajar memberikan maklum balas yang positif terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam bilik darjah matematik. ‘Matematik lebih mudah difahami’, ‘pembelajaran matematik lebih menyeronokkan’, ‘boleh berbincang dan berkongsi pendapat dengan rakan’ merupakan antara pendapat positif pelajar berkenaan pembelajaran koperatif.

PERBINCANGAN

Dalam kajian ini, kumpulan rawatan telah didedahkan kepada pembelajaran koperatif model STAD dalam pembelajaran matematik. Keputusan analisis menunjukkan pembelajaran koperatif memberikan kesan yang baik dalam menukar sikap pelajar terhadap matematik. Ini selari dengan kajian oleh beberapa orang penyelidik sebelum ini yang mendapati pembelajaran koperatif memberikan banyak kelebihan dan sumbangan yang positif kepada pengajaran dan pembelajaran (Effandi & Zanaton, 2007; Mazlan, 2002).

Kaedah pembelajaran koperatif banyak memberi peluang kepada pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ini bermakna guru perlu mempunyai kemahiran bertindak sebagai fasilitator dalam bilik darjah. Bagaimanapun, pemilihan tajuk dengan mengambil kira faktor masa mempengaruhi pelaksanaan kaedah ini. Oleh itu, guru digalakkan mengadakan program perkongsian ilmu contohnya, lesson study dalam kalangan mereka agar percambahan idea dan pengukuhan teknik pengajaran dapat difikirkan bersama (Lieberman & Mace, 2010).

(7)

Pendidikan bersepadu yang menjamin kesepaduan antara ilmu dan sahsiah membawa kepada pembangunan tamadun dan insan sebagai tunggak atau nadi kepada keharmonian sejagat. Masyarakat yang berilmu dan mempunyai nilai etika yang tinggi mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Oleh itu kesepaduan antara pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai harus dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran (Munirah, 2004). Pengembangan idea, konsep, prinsip dan aktiviti bersepadu dalam pendidikan matematik membolehkan pelajar menghayati keindahan dan kepentingan matematik sekali gus mampu menguasai kekuatan intelektual, akhlak dan rohani.

Keperluan memberi tumpuan saling hubungan antara pelbagai topik matematik, mengembangkan pemikiran matematik merentasi kurikulum, dan menyediakan aktiviti yang bermakna dilakukan agar pelajar dapat melihat matematik sebagai satu bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian (Nik Azis, 2009). Sikap yang positif terhadap penyelesaian masalah adalah perlu agar pelajar seronok untuk belajar matematik. Lebih banyak masalah diselesaikan, maka pelajar akan menjadi lebih berpengetahuan dan tentunya punya kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka pada masa akan datang.

RUJUKAN

Abdul Halim Mohd Noh. (2000). Satu kajian kes terhadap pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran sains KBSM Sekolah Bestari Di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok, Selangor : Kaedah Kumpulan Perbincangan (Projek Sarjana Pendidikan), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.

Ahmad Fauzi Mohd Ayub, Wong Su Lian, & Norhayati Mukti. (2005). Students' Attitudes Toward Calculus: A Preliminary Study among Diploma Students at Universiti Putra Malaysia. Jurnal Teknologi, UTM, 42(E),49–60. doi: 10.1177/1469787409355867

Lieberman, A. & Mace, D. P. (2010). Making Practice Public: Teacher Learning in the 21st Century. Journal for Teacher Education, 61(1-2), 77-88.

Effandi Zakaria, & Zanaton Iksan. (2007). Promoting Cooperative Learning in Science and Mathematics Education: A Malaysian Perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 3(1), 35-39.

Kamarudin Taib (1999). Kajian keberkesanan pembelajaran koperatif model STAD ke atas pencapaian murid Tingkatan 2 dalam mata pelajaran sains KBSM.

(Laporan Penyelidikan). Maktab Perguruan Ampuan Afzan, Kuantan

Keitel, C. (2003). Values in Mathematics Classroom Practice: The Students' Perspective. Paper presented at the Learner's Perspective Study International Research Team, University of Melbourne, Australia.

Khalijah Mohd. Salleh. (1999). Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik: Satu Pendekatan yang Praktikal. In Mohd Yusof Othman (Ed.), Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Jilid 7 (ms 61-83). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marzita Puteh. (2002). Factors Associated with Mathematics Anxiety (Edisi Pertama.). Perak, Malaysia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

(8)

Mazlan Ibrahin. (2002). Amalan Pembelajaran koperatif oleh Guru-Guru dan Kesan ke atas Sikap Pelajar terhadap Matematik (Projek Sarjana Pendidikan), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Mazlini Adnan, & Effandi Zakaria. (2009). Kepercayaan Guru terhadap Matematik, Pengajaran Matematik dan Pembelajaran Matematik. Paper presented at the Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor, Malaysia.

Munirah Ahmad Masduki. (2004). Penerapan nilai-nilai murni dalam prosess pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru di lapan buah Sekolah Menengah di Jitra, Kedah. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia. Nik Azis Nik Pa. (2009). Nilai dan etika dalam pendidkan matematik. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin, & Miusa Daia. (2001). Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran-Koperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan, 2, 47-57. Pensri Teeravarapaug & Krongthong Khairiree (1995). Cooperative learning in

mathematics, Penang : SEAMEO RECSAM

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia

Sahidan Hashim. (2009). Kreativiti Guru Menjadikan Pengakaran dan Pembelajaran lebih Efektif, Menarik dan Menyeronokkan. Jurnal Paradigma IPG Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, 8, 63-69.

Siti Mistima Maat, & Effandi Zakaria. (2009). Mathematics Beliefs and Achievement among Engineering Technology Students. The International Journal of Learning, 16, (7), 39-47.

Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini Said Husain, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Mat Rofa Ismail, Mohd. Majid Konting, & Rohani Ahmad Tarmizi. (2005). Kefahaman Guru Tentang Nilai Matematik. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 43(E), 45-62.

Wu Thiam Yew, Sharifah Norul Akmar Syed Zamri, & Lian, L. H. (2011). Preservice Secondary School Mathematics Teachers' Subject Matter Knowledge of calculating Perimeter and Area. Academic Research International Journal, 1(2), 276-285.

Maklumat lanjut, boleh hubungi:

Zanaton Iksan

Jabatan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia

E-mail: naim@ukm.my

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui: 1) Pengaruh penerapan model pembelajaran Team Assisted Individualization (TAI) dan Student Team Achievement Division

Adapun judul pada proposal ini adalah : “ Pengaruh Model Pembelajaran Koperatif Tipe Student Teams Achievement Division (STAD) Dengan Metode Eksperimen Terhadap Hasil

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan model pembelajaran kooperatif tipe STAD (Student Team Achievement Division) terhadap hasil belajar siswa pada

Penerapan model pembelajaran Cooperative Tipe STAD ( Student Team Achievement Division ) dengan menggunakan media pembelajaran “Kartu Soal” ini diharapkan

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh model pembelajaran Teams Assisted Individualization (TAI) dan Student Teams Achievement Division (STAD), kemampuan

Perencanaan tindakan meliputi membuat skenario pembelajaran dengan menggunakan pendekatan pembelajaran kooperatif tipe Student Team Achievement Division (STAD)

Hasilnya adalah model pembelajaran kooperatif STAD (Student Team Achievement Division) terbukti mampu meningkatkan hasil belajar peserta didik, hal tersebut

Berdasarkan deskripsi data hasil penelitian Model Pembelajaran Kooperatif Tipe Student Team Achievement Division (STAD) dengan Memanfaaatkan Lingkungan Sebagai sumber