• Tidak ada hasil yang ditemukan

DARIPADA DATO’ ZULKIFLI BIN NOORDIN [ KULIM BANDAR BARU ]

tersebut mampu menarik minat para pelabur dan pelabur baru untuk melabur di sektor-sektor yang difokuskan oleh Kerajaan

DARIPADA DATO’ ZULKIFLI BIN NOORDIN [ KULIM BANDAR BARU ]

TARIKH 21 JUN 2011

RUJUKAN 3739

SOALAN:

Dato’ Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

(a) apakah status dan hasil siasatan berkaitan isu Negara

Kristian yang dibangkitkan oleh akhbar Utusan Malaysia; dan

(b) apakah tindakan dan langkah selanjutnya yang sedang dan akan diambil berkaitan isu ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kulim Bandar Baru yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap laporan yang dimaksudkan. Sehingga kini sebanyak enam puluh tiga (63) laporan polis telah dibuat berhubung isu berkenaan dan sebanyak enam puluh (60) rakaman percakapan telah diambil. Pihak polis masih sedang mengesan beberapa orang saksi bagi mendapatkan keterangan yang kukuh dan melengkapkan siasatan kes ini. Siasatan bagi kes ini dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan. Setelah siasatan selesai dijalankan, kertas siasatan yang telah lengkap akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan pandangan.

NO.SOALAN : 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

TUAN MOHD. NASIR BIN ZAKARIA [ PADANG TERAP ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

menyatakan:

(a) keluasan ladang tebu yang ada di Malaysia dan kapasiti pengeluaran

(b) apakah langkah-langkah Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan harga gula di pasaran

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

(a) Untuk makluman ahli dewan yang mulia, Malaysia hanya mempunyai ladang tebu untuk pengeluaran gula di Chuping, Perlis. Keluasan ladang tebu ini ialah 5,000 hektar dan ladang tebu ini dapat mengeluarkan sebanyak 17,000 tan metrik gula atau bersamaa 1.4 peratus sahaja untuk kegunaan tempatan sahaja. Pengeluaran ini tidak mencukupi untuk menampung penggunaan gula domestik seluruh rakyat Malaysia.

PERTANYAAN DARIPADA TARIKH

LISAN

TUAN MOHD. NASIR BIN ZAKARIA 21.06.2011 (SELAS A)

Bagi menampung kekurangan bekalan gula di Malaysia, 98 peratus bekalan gula mentah di import daripada negara pengeluar seperti Australia, Perancis, Switzerland dan Amerika Syarikat. Oleh itu, perubahan harga gula mentah dunia secara langsung mempengaruhi harga gula di Malaysia.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barang ialah:

i. Mewartakan harga gula putih bertapis kasar dan halus di peringkat

borong dan runcit secara undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

ii. Menandatangani Kontrak Jangka Panjang (LTC) dengan

pembekal-pembekal gula mentah bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga gula mentah negara. LTC gula mentah bagu tahun 2009 hingga 2011 adalah sebanyak 70% manakala bekalan selebihnya sebanyak 30% dibeli pada harga pasaran bebas.

SOALAN NO: 67

1

PERTANYAAN DARIPADA :

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ SRI LIOWTIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

LISAN

TUAN GOBALAKRISHNAN A/L NAGAPAN

Tuan Gobalakrishnan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada wujud inisiatif yang diambil bagi mengukur keberkesanan pengurusan di hospital Kerajaan berbanding dengan pengurusan di hospital swasta. Apakah usaha-usaha yang diambil oleh pihak Kementerian untuk mengurangkan jurang perbezaan dari segi kualiti perkhidmatan di antara hospital Kerajaan dan hospital swasta untuk memastikan golongan yang kurang berada mendapat kualiti perkhidmatan yang setanding dengan perkhidmatan yang disediakan di hospital swasta.

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memberikan penekanan kepada kecemerlangan kualiti perkhidmatan dan keselamatan pesakit “quality and safety” di dalam perkhidmatan rawatan pesakit yang diberikan. la bukan saja diukur supaya setanding dengan perkhidmatan yang disediakan di hospital swasta negara malah juga di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, penetapan serta kepatuhan terhadap piawaian-piawaian tertentu untuk setiap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hospital adalah amat perlu di dalam usaha murni Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat. Di dalam dunia yang serba mencabar ini,

pelanggan-[PADANG SERAI] 21 JUN 2011

TARIKH SOALAN

2

pelanggan serta pesakit-pesakit mahukan kepastian atau “assurance” bahawa

perkhidmatan yang diberikan telah menetapi piawaian, sama ada piawaian nasional atau piawaian antarabangsa. Program Akreditasi Hospital serta ISO merupakan program-program Kepastian Kualiti yang bertaraf antarabangsa yang dijalankan oleh hospital-hospital di Malaysia.

Dengan tercapainya status Akreditasi atau ISO, pelanggan-pelanggan boleh merasa yakin terhadap kualiti perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh institusi yang telah mendapatkan pengiktirafan antarabangsa tersebut. Ini amat

penting terutama di dalam usaha Kementerian Kesihatan untuk

mempertingkatkan lagi ’’Health Tourism” atau Pelancongan Kesihatan, terutamanya di hospital swasta, di mana pesakit-pesakit dari luar negara menginginkan penilaian objektif mengenai kualiti institusi yang menyediakan perkhidmatan untuk mereka.

Sehingga 31 Mei 2011, hospital Kementerian Kesihatan yang telah menjalani penilaian akreditasi adalah 103 hospital. Dari bilangan ini, 41 hospital mengekalkan pensijilan akreditasi manakala 62 hospital dalam proses penilaian semula bagi mengekalkan pensijilan akreditasi.

Selain itu, usaha-usaha atau initiatif lain untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan adalah melalui;

i. “Indicator Approach” dengan menggunakan indikator prestasi

pencapaian kualiti perkhidmatan klinikal di peringkat hospital “Hospital Specific Approach”, indikator peringkat kebangsaan “National Indicator Approach” dan “Key Performance Indicator”.

ii. “Clinical Governance and Risk Management” bagi menentukan

pengurusan kualiti, risiko dan keselamatan bersepadu.

iii. “Patient Safety Programme” yang melibatkan kaedah “Incident

Reporting and Learning serta Root Cause Analysis”, “Medication Error Reporting System (MERS)”, “Program Hemovigilance” oleh Pusat Darah Negara, “Hospital Infection Control”, “Occupational

3

Safety and Health” dan Kempen “Safe Surgery, Saves Lives”. Pengurusan Aduan dan Kajian Kepuasan Pelanggan diberi penekanan berterusan oleh

Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan mengikut keperluan pelanggan.

iv. Selain itu, kita juga menjalankan “Clinical Audit” melalui program “Peri- Operative Mortality Review”, “Adult Intensive Care Unit Audit” dan “Maternal and Perinatal Mortality Review”.

v. Bagi meningkatkan tahap kecekapan anggota kesihatan di dalam

prosedur-prosedur tertentu, program CUSUM “Cumulative

Summation” dari kaedah “Statistical Process Control” diperkenalkan dan “Continuing Professional Development” bagi mengukur dan meningkatkan kompetensi anggota kesihatan.

Penglibatan aktif berbagai peringkat anggota KKM dalam program peningkatan kualiti amatlah menggalakkan serta dijangka akan meningkatkan lagi kualiti rawatan perkhidmatan yang diberikan demi meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia.