• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam. Sehubungan dengan itu, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah digubal melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 yang menetapkan supaya semua Kementerian/Jabatan menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan. Lanjutan daripada usaha tersebut, setiap Ketua Jabatan perlu memastikan setiap pegawai di semua peringkat di organisasi masing-masing mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan juga menyediakan kemudahan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk pegawai Kumpulan Sokongan yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama secara sepenuh masa atau separuh masa bagi meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengetahuan mereka. Untuk pengajian sepenuh masa, kemudahan yang ditawarkan ialah Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) dan PBU, manakala bagi pengajian separuh masa, hanya PBU ditawarkan.

Tuan Yang di-Pertua,

Sepanjang tahun 2011, Kerajaan terus melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan diri dan kemajuan kerjaya pegawai Kumpulan Sokongan

NO SOALAN : 126 melalui kursus latihan yang dirancang selaras dengan keperluan dasar latihan sektor awam. Dalam tempoh yang sama, JPA telah menggubal Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebagai satu usaha bersepadu dengan mengintegrasikan penilaian dengan pembangunan kompetensi dan potensi. Matlamat PROSPEK adalah ke arah melahirkan pegawai berprestasi tinggi yang bersedia untuk melaksanakan inisiatif transformasi yang dibangunkan oleh Kerajaan ke arah negara maju.

Sepanjang tempoh 2005 hingga 2010, seramai 80,445 orang pegawai dari Kumpulan Sokongan telah menghadiri kursus PTK yang dilaksanakan oleh kementerian/jabatan/agensi di seluruh negara. Pelaksanaan kursus-kursus tersebut telah melibatkan peruntukan sebanyak RM 9 juta.

Tuan Yang di-Pertua,

Selain itu, Kerajaan turut menyediakan kemudahan institusi pembelajsiran iaitu Institut Tadbiran AWam Negara (INTAN). INTAN merupakan sebuah institusi pembelajaran sektor awam utama yang menjalankan latihan merangkumi semua peringkat dan gred jawatan dalam Perkhidmatan Awam. Matlamat latihan di INTAN ialah untuk melahirkan penjawat awam yang mempunyai sikap, kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang-bidang strategik yang diperlukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Model Baru Ekonomi,

NO SOALAN : 126 khususnya, setiap program latihan yang direncanakan adalah berlandaskan teras strategik seperti dinyatakan dalam Teras Ke Empat RMK-10, iaitu membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Bagi tujuan ini, INTAN berperanan menyediakan penjawat awam yang berkemampuan untuk membantu menjayakan hasrat Kerajaan dalam mencapai Wawasan 2020 Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi memenuhi aspirasi Kerajaan untuk melahirkan “thinking civil servants” yang beretika tinggi, inovatif, kreatif dan berdaya saing, INTAN melatih kakitangan Kumpulan Sokongan agar lebih berpengetahuan dan kompeten dalam bidang yang diperlukan serta berkemampuan untuk menterjemahkan pengetahuan kepada amalan berterusan. Selain itu, INTAN menekankan elemen latihan merangkumi keupayaan berkomunikasi dengan berkesan, kemahiran dalam bidang teknologi terkini, menghayati nilai-nilai murni sebagai asas kehidupan, dan mampu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia.

Antara kursus yang dilaksanakan di INTAN bagi Kumpulan Sokongan adalah seperti berikut:

i) Kursus Perkhidmatan Pelanggan Berbudi Bahasa; ii) Kursus Peningkatan Penyampaian Petugas Barisan

Hadapan;

NO SOALAN : 126

iv) K

ursus Pengukuhan Integriti Sektor Awam;

v) K

ursus Pengurusan Organisasi;

NO SOALAN : 126 ursus Penyeliaan Berkesan; dan

vii) K

ursus Nilai dan Etika. Sekian, terima kasih.

SOALAN NO.: ?4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAA N DARIPADA KAWASAN TARIKH

LISAN Y.B. TUAN KHAIRY

JAMALUDDIN REMBAU 21 )UN 2011 (SELASA)

SOALAN:

Y.B. TUAN KHAIRY JAMALUDDIN (REMBAU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kerajaan berhasrat untuk membaik pulih sistem pengaliran air di sisi Ialuan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan yang kerap mengakibatkan banjir serta mengambil tindakan atas ketiadaan penanda bagi Ialuan bengkok dan pencahayaan di Lebuh raya KESAS yang membahayakan penunggang motosikal.

JAWAPAM:

2

Tuan Yang Di-Pertua;

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bidang kuasa dan tanggungjawab penyelenggaraan lorong motosikal di sepanjang Jalan Persekutuan 2 dari Kuala Lumpur ke Klang terbahagi kepada 3 agensi, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jabatan Kerja Raya (JKR) dan PLUS Expressway Berhad. Laluan lorong motosikal di bawah bidang kuasa DBKL ialah dari kawasan Seputeh hingga ke Kota Darul Ehsan di sempadan Kuala Lumpur/Petaling Jaya; JKR pula dari Kota Darul Ehsan hingga ke Subang Jaya manakala PLUS Expressways Berhad bertanggungjawab menyelenggara laluan motosikal dari Subang Jaya hingga ke Klang.

Kementerian Kerja Raya sememangnya mengambil maklum mengenai kejadian banjir kilat yang sering berlaku di beberapa lokasi bawah jejambat laluan motosikal di Jalan Persekutuan 2, seperti di susur Jalan 222 Arah Petaling Jaya. Keadaan ini disebabkan antara Iain oleh faktor hujan Iebat yang luar biasa dan sistem perparitan di sekitar laluan terbabit yang tidak diselenggara dengan baik sehingga mengakibatkan kejadian banjir kilat, seperti di kawasan terowong jejambat yang menjadi laluan pengguna motosikal. Sehubungan itu, Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan JKR Daerah Petaling untuk menjalankan audit keselamatan di kawasan-kawasan yang terlibat, terutama bagi memastikan pam-pam air mekanikal di dalam kawasan terowong

2

lorong motosikal sentiasa berfungsi dengan baik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2009 dan 2010 yang lalu, kementerian ini telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM18 juta untuk menaik taraf lorong motosikal di Jalan Persekutuan 2, termasuk menurap semula jalan dan meningkatkan ciri-ciri keseiamatan jalan seperti pemasangan perabot jalan dan menggantikan pam-pam air mekanikal yang rosak dan usang. Manakala pada tahun 2011 ini, peruntukan sebanyak RM4 juta akan disalurkan kepada JKR Daerah Petaling untuk tujuan yang sama.

Mengenai isu laluan khusus motosikal di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) yang berbengkang bengkok dan didakwa tidak selamat kepada pengguna khususnya pada waktu malam, Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya terbabit untuk meningkatkan lagi ciri-ciri keseiamatan di jalan tersebut. Ini termasuk melaksanakan pemasangan Iampu-lampu jalan, papan-papan tanda amaran dan speed breaker di kawasan yang berisiko kemalangan. Di samping itu, pihak konsesi juga dengan kerjasama Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan tempoh kekerapan rondaan di sepanjang laluan tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan tahap keseiamatan para pengguna motosikal sentiasa terpelihara, khususnya dalam aspek pencegahan jenayah dan vandalisme.

PERTANYAAN No: 35 DARIPADA TARIKH 35 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

BAGI JAWAB LISAN

YB Dato’ Seri Haji Azmi Bin Khalid [Padang Basar]

21 Jun 2011 (Selasa) SOALAN

Dato’ Seri Haji Azmi bin Khalid (Padang Besar) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakahKerajaan sedar bahawa

kelewatan

pengerukan Pelabuhan Pulau Pinang akan menjejaskan pembangunan ekonomi negeri Perlis dan negeri-negeri NCER, memandangkan ia adalah rangkaian terpenting bagi landasan keretapi berkembar yang bakal siap pada 2012. Yang mana landasan ini adalah penggerak terpenting pertumbuhan ekonomi negeri-negeri ini. Bilakah kerja-kerja pengerukan akan dijalankan.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Kerajaan sedang mengambil tindakan berhubung pelaksanaan projek pengerukan Pelabuhan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, kenyataan bahawa terjejasnya ekonomi negeri-negeri di Northern Corridor Economic Region (NCER) ekoran kelewatan pelaksanaan projek pengerukan tersebut adalah tidak berbangkit memandangkan projek landasan kereta api berkembar hanya dijangka siap pada penghujung 2014.

NO. AUM : 11

DARIPADA

TARIKH RUJUKAN

NO. AUP :

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

LISAN PERTANYAAN

DATUK MOHD NASIR BIN IBRAHIM FIKRI [ KUALA NERUS ]

21 JUN 2011 3731

SOALAN:

Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumiah kes kehilangan dan kerosakan Mykad (diperbaharui) di seluruh negara mengikut negeri dalam tempoh tiga tahun dan nyatakan sejauh mana berlakunya kes- kes penyalahgunaan Mykad oleh rakyat asing yang dikaitkan dengan kes-kes kehilangan tersebut.