• Tidak ada hasil yang ditemukan

B. TUAN HA]I CHE UDA BIN CHE NIK

JAWAB LISAN

Y. B. TUAN HA]I CHE UDA BIN CHE NIK

DARIPADA KAWASAN TARIKH LISAN

Y.B. TUAN HA]I CHE UDA BIN CHE NIK

SIK

21 ]UN 2011 (SELASA)

SOALAN:

Y.B. TUAN HAJI CHE UDA BIN CHE NIK (SIK) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan laluan FT 1 75 jalan Batu Seketol - Gulau yang dibina sejak awal kemerdekaan begitu sempit dan tidak sesuai untuk menjadi laluan penting ke Lebuh Raya Weng - Durian Burung. jalan sepanjang 3KM ini Iebarnya hanya 5 meter dan perlu segera diperbesarkan. Bila Iangkah pembesaran ini hendak dilaksanakan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua;

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan kajian teknikal mengenai cadangan bagi menaik taraf Jalan Persekutuan dari Kg. Batu Seketol ke Gulau, Sik, iaitu sehingga ke persimpangan susur Jalan Persekutuan Durian Burung, Kedah. Pada masa kini jalan dengan reka bentuk piawai JKR R3 itu masih lagi mampu untuk menampung aliran trafik semasa, iaitu dianggarkan kurang dari 8,000 jumlah kenderaan sehari. Walau bagaimanapun Kementerian Kerja Raya bersedia untuk mempertimbangkan cadangan menaik taraf jalan ini dalam Tempoh Separuh Kedua RMKe-10, tertakluk kepada laporan kajian teknikal oleh JKR dan kelulusan peruntukan dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Sekian. Terima kasih.

2

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA Y.B. DATO' SRI ONG TEE KEAT (PANDAN)

TARIKH 21.06.2011 SOALAN:

Y.B. DATO’ SRI ONG TEE KEAT [ PANDAN ] minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada tenaga pengajar iuar yang diupah oleh syarikat tutorial komputer swasta boleh dibenarkan mengajar dengan mengutip yuran di sekolah- sekolah Kerajaan dalam jadual waktu sekolah. Jika ya, mengapa. Jika tidak, mengapa keadaan berkenaan terus berlaku di SJK(C).

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengalu-alukan jalinan kerjasama dengan badan korporat, badan berkanun, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan yang lain dan individu perseorangan dalam mempertingkatkan lagi usaha pembangunan modal insan negara. Walau bagaimanapun, jalinan kerjasama tersebut adalah tertakluk kepada surat-surat pekeliling yang telah dikeluarkan bagi memberi garis panduan penglibatan pihak Iuar dengan institusi pendidikan di KPM.

Pihak KPM mengambil maklum berkaitan keadaan yang berlaku di SJK(C). Dalam hal berkenaan, laporan dan aduan telah dibuat dan isu ini masih dalam sebutan mahkamah dan belum lagi diumumkan keputusannya.

SOALAN ( 28 ) I PERTANYAA N TARIKH DARIPADA PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA LISAN 21 JUN 2011 (SELASA)

TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN ]

SOALAN

TUAN LIM GUAN ENG [ BAGAN ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah konsep 'bina dulu jual kemudian' atau 'rumah mampu mi'lik' akan diimplementasikan. Mengapa Kerajaan Persekutuan tidak menjalankan program perumahan rumah mampu milik di Pulau Pinang dan nyatakan jumlah, kos dan lokasinya. Berikan statistik (bilangan, harga serta lokasi) rumah mampu milik oleh Kerajaan Persekutuan dalam tempoh lima tahun sebelum ini.

2

JAWAPAN

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian pada dasarnya bersetuju untuk melaksanakan konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) secara mandatori dalam pemajuan perumahan mulai tahun 2015. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri.

Kerajaan prihatin dengan isu perumahan mampu milik di Malaysia. Oleh itu, pembinaan rumah mampu milik akan mula dilaksanakan di bandar-bandar utama seluruh negara termasuklah di Pulau Pinang melalui konsep Perkongsian Awam Swasta (Public-Private Partnership). Melalui konsep ini, tanah-tanah kerajaan akan ditawarkan kepada pemaju swasta untuk pembinaan rumah mampu milik (RMM) yang berkualiti dan lengkap dengan kemudahan asas. Dalam aspek ini, Kerajaan Negeri juga perlu memainkan peranan penting dengan menawarkan tanah Kerajaan Negeri untuk pembinaan RMM. Kerajaan Negeri juga boleh mengenakan kuota bagi pembinaan RAAM.

3

Kerajaan juga amat prihatin dengan keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Dari tahun 2006-2010, sebanyak 152,721 unit rumah kos rendah dan sederhana yang berharga kurang daripada RM100,000.00 telah diluluskan pembinaan oleh pemaju swasta di Pulau Pinang. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pula, sebanyak 250 unit PPR Mengkuang Tandop akan dibina.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jun 2011

SOALAN NO 29

PERTANYAAN

1

LISAN

DATUK BUNG MOKTAR BIN RADIN 21JUN 2011

DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA TARIKH

SOALAN:

Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan

(a) langkah-langkah Kerajaan dalam memastikan kawasan hidupan liar dan alam sekitar Kinabatangan yang telah diiktiraf oleh World Wildlife sebagai kawasan perlindungan hidupan liar dikekalkan serta dipertingkatkan kualiti dan selanjutnya diketahui oleh masyarakat pelancong dunia; dan (b) langkah-langkah Kerajaan dalam memastikan pencemaran air di Sungai

Kinabatangan dapat dibendung akibat pengeluaran toksik dari kilang-kilang yang beroperasi di Parlimen Kinabatangan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan kawasan hidupan liar dan alam sekitar Kinabatangan

2

dapat dikekalkan dan dapat dipertingkatkan kualitinya serta diketahui oleh masyarakat pelancong dunia adalah seperti berikut:

i. Kerajaan melalui Kerajaan Negeri Sabah telah mewartakan kawasan tersebut sebagai Kawasan Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan (Lower Kinabatangan Wildlife Sanctuary Area) bagi menjamin keberadaan hidupan liar dan tumbuhan di kawasan tersebut;

ii. Membangunkan beberapa kemudahan logistik seperti pewujudan pusat penerimaan pelawat yang dikendalikan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk memudahkan pengurusan pelancong yang datang melawat ke kawasan tersebut; dan

iii. Mempromosi kawasan tersebut melalui kalendar pelancongan di Sabah, promosi melalui internet dan bahan percetakan yang lain seperti promosi dalam suratkhabar tempatan, nasional malah peringkat antarabangsa;

(b) Pada tahun 2008, pihak Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah menjalankan satu kajian komprehensif di Lembangan Sungai Kinabatangan iaitu, Kajian Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Lembangan Sungai Kinabatangan. Kajian tersebut telah siap sepenuhnya pada tahun 2009 dengan laporan kajian yang komprehensif beserta pelan-pelan tindakan kawalan pencemaran di lembangan sungai tersebut. Pelan-pelan tindakan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Sabah untuk dilaksanakan.

Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya akan terus dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk memastikan punca-punca pelepasan mematuhi standard yang ditetapkan.

l

SOALAN NO: 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT