• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN: LISAN

DARIPADA: Y.B. TUAN LIEW CHIN TONG TARIKH: 21JUN2010

SOALAN:

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bila Kementerian Sumber Manusia akan melaksanakan polisi gaji minimum bagi semua sektor pekerjaan.

PR-1242-L43730

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

1. Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (RUU MPGN) akan dibentangkan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ke Empat, Parlimen Kedua Belas, yang sedang berlangsung sekarang. Setelah RUU MPGN ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Majlis Perundingan Gaji Negara akan ditubuhkan sebagai platform utama dalam deliberasi dan penetapan upah termasuk menentukan kadar gaji minimum dan

2

mekanisme pelaksanaannya.

2. Majlis Perundingan Gaji Negara akan berperanan membuat perakuan / syor gaji minimum dan seterusnya akan mengangkat syor tersebut kepada Kerajaan untuk pertimbangan dan kelulusan. Dalam hal ini, polisi gaji minimum boleh dilaksanakan setelah semua proses dan persediaan diselesaikan, yang dijadualkan penghujung tahun ini.

3. Berhubung dengan kadar gaji minimum, buat masa ini ia masih diperhalusi dari pelbagai aspek seperti inflasi, produktiviti, kadar pengangguran, pertumbuhan KDNK dan sebagainya. KSM telah melantik Bank Dunia untuk menjalankan satu kajian mengenai gaji minimum dan dijangka Kementerian menerima laporan Bank Dunia pada akhir bulan Julai 2011.

m(13-2SJun 20U)/(ias...31.5.11/Cim> Chin rTongC43730

SOALAN NO. 31 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : YB TUAN KAMALANATHAN A/L

PANCHANATHAN (HULU SELANGOR) TARIKH : 21JUN 2011 (SELASA)

SOALAN :

Y.B. Tuan Kamalanathan A/L Panchanathan (Hulu Selangor) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah perancangan untuk mewujudkan 'Pusat Pemulihan Alkoholik' sama seperti 'Pusat Pemulihan Dadah' untuk membantu mangsa-mangsa alkoholik melepaskan tabiat buruk ini yang membawa pelbagai masalah sosial sekiranya tidak dibendung. JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu say a mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat mengenai situasi sosial di negara ini. Pihak Kementerian menyambut baik akan cadangan Ahli yang Berhormat untuk mewujudkan pusat pemulihan alkoholik bagi membantu individu yang menghadapi masalah ketagihan alkohol. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, 'Alcoholic Anonymous' (AA) iaitu sebuah badan sukarelawan telah pun membuka 5 buah pusat pemulihan Alkoholik iaitu di:

i) Kuala Lumpur (Tamil Methodist Church, Brickfields dan St. Johns, Bukit Nenas); ii) Pulau Pinang (St Josephs Orphanage);

iii) Johor Bahru (Hospital Permai);

iv) Sarawak (Rumah Kenyalang, Miri); dan v) Ipoh (YMCA)

Program oleh AA ini dijalankan oleh sekumpulan individu yang telah berjaya keluar daripada masalah ketagihan alkohol. Sehubungan itu, buat masa ini KPWKM belum bercadang untuk membuka pusat pemulihan alkoholik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui agensi di bawahnya menjalankan pelbagai program dan aktiviti pembangunan sosial untuk memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat ke arah membina masyarakat Malaysia yang kukuh dengan nilai-nilai yang murni. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) misalnya telah melaksanakan program Cakna Diri dan Permata Kasih khusus untuk golongan remaja memperkukuhkan jati diri dalam menghadapi cabaran hidup masa kini.

Kementerian juga telah melancarkan Modul Kesejahteraan Hidup untuk golongan

-*i

muda yang berumur 13 hingga 24 tahun. Modul ini bertujuan untuk membentuk golongan remaja dan keluarga yang sihat dan sejahtera demi mendukung hasrat Kerajaan ke arah IMalaysia yang maju. Golongan remaja menjadi fokus utama supaya mereka menyertai kegiatan-kegiatan yang berfaedah dan menghindari gejala sosial tidak baik seperti mengambil minuman alkohol, mengamalkan budaya seks bebas, lepak, vandalisme dan seumpamanya.

Selain LPPKN, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menjalankan berbagai program demi kepentingan masyarakat dan rakyat seluruhnya. Semua program dan aktiviti yang dirancang adalah menjurus kepada usaha-usaha untuk mewujudkan kehidupan yang sejahtera dan menjauhi kegiatan serta amalan negatif. Say a berharap Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain juga dapat membantu menyampaikan hasrat ikhlas Kerajaan kepada semua rakyat di kawasan masing-masing dalam menangani masalah sosial yang semakin mencabar serta

turut melibatkan semua pihak terutama NGO, pemimpin tempatan, ketua-ketua masyarakat, badan-badan korporat dan orang perseorangan. Saya percaya dengan tindakan bersepadu antara Kerajaan dan masyarakat, kita tidak perlu mengadakan pusat-pusat pemulihan alkoholik seperti ini kerana gejala negatif seperti itu boleh dibanteras lebih awal lagi.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA : Y.B. DATUK NUR JAZLAN BINMOHAMAD (PULAI)

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 21.06.2011

Y.B. DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMAD [ PULAI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan objektif penarikan subsidi minyak diesel untuk pengangkutan awam dan sila jelaskan kos sebenar subsidi minyak diesel ini kepada Kerajaan.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Pulai bersekall dengan pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat Arau yang dijadualkan dijawab pada 27 Jun 2011 memandangkan kedua-dua pertanyaan tersebut menyentuh perkara yang sama iaitu tentang tujuan

NO SOALAN penarikan subsidi kepada pengangkutan awam.

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan pemberian super subsidy kepada 9 jenis pengangkutan darat

mulai 1 Jun 2011. Keputusan ini bukanlah bermaksud bahawa Kerajaan menarik balik pemberian subsidi tetapi kadar subsidi yang diberikan kepada sektor pengangkutan darat tersebut telah dikurangkan. Jika sebelum ini harga diesel bersubsidi bagi sektor berkenaan adalah sebanyak RM1.48 seliter tetapi kini harga diesel bersubsidi adalah RM1.80 seliter sama seperti harga runcit.

Tujuan utama Kerajaan mengambil pendekatan untuk merasionalisasikan subsidi adalah sebagai langkah untuk membendung kehilangan hasil yang besar bagi pemberian subsidi ke atas barangan kawalan iaitu produk petroleum. Justeru, pelaksanaan rasionalisasi subsidi telah dilaksanakan secara terperingkat di mana Kerajaan memutuskan untuk mengurang jurang harga diesel bersubsidi di antara kumpulan yang menerima super subsidy dan runcit.

Kos sebenar subsidi diesel bagi sektor pengangkutan sehingga April 2011 adalah berjumlah RM903 juta.

SOALAN NO:33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN: LISAN