• Tidak ada hasil yang ditemukan

DASAR LUAR MALAYSIA

Dalam dokumen Skema Modul Bagus Sejarah Spm 2016 (Halaman 109-112)

(a) Faktor penggubalan dasar luar Malaysia Faktor Sejarah

 Malaysia sebahagian daripada Kesultanan Melaka. Oleh itu Malaysia meneruskan hubungan dengan negara yang pernah menjalinkan hubungan dagang dengan Melaka. Contohnya dengan China, Arab, Siam dan negeri di Kepulauan Melayu.

 Malaysia pernah dijajah oleh Britain. Oleh itu, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel untuk menjalin hubungan dengan Britain dan negara bekas jajahannya.

 Malaysia pernah diancam oleh komunis. Oleh itu, Malaysia mengamalkan dasar luar bersifat pro-Barat untuk menghadapi ancaman komunis.

Faktor Ekonomi

 Malaysia mengamalkan pasaran bebas. Oleh itu, Malaysia menjalin hubungan dengan negara lain untuk memajukan ekonomi.

 Malaysia negara pengeluar bijih timah dan getah. Oleh itu, Malaysia berbaikdengan Britain dan Amerika untuk memasarkan bijih timah dan getah.

 Malaysia mengharapkan pelaburan asing. Oleh itu, Malaysia mengharapkan pelaburan modal dari Amerika, Britain, Jepun dan Korea .

 Malaysia perlu menceburi pelaburan di luar negara. Oleh itu, Malaysia menjalin hubungan luar dengan Negara Membangun dan Negara Islam untuk mencari peluang pelaburan

Faktor Politik

 Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi

Berparlimen. Oleh itu Malaysia menjalin hubungan dengan negara yang mengamalkan pemerintahan yang sama.

 Malaysia menghormati kedaulatan negara lain. Oleh itu, Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.

Faktor Geografi

 Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara. Oleh itu, Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara ASEAN.

 Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik. Oleh itu, Malaysia menjalinkan hubungan demi untuk menjaga keselamatan Malaysia Demografi

 Majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. Oleh itu, Malaysia Menjalin hubungan diplomatik dengan negara Islam.

 Malaysia membenci penindasan agama. Oleh itu, Malaysia tidak mengadakan hubungan dengan Israel yang menindas rakyat Palestin yang beragama Islam.

 Malaysia mengamalkan dasar persamaan taraf antara manusia. Oleh itu, Malaysia tidak mengadakan hubungan dengan Afrika Selatan yang mengamalkan Dasar Apartheid.

[6 markah] (b) Usaha yang dilakukan oleh Malaysia dalam melaksanakan

Dasar Luar Tahap Ketiga.

 Menyelesaikan krisis Vietnam dengan Kemboja agar dapat mengelakkan campur tangan kuasa besar di Asia Tenggara  Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur agar dapat menjadikan

Korea Selatan dan Jepun sebagai model pembangunan.

 Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan agar dapat

membawa misi perdagangan dalam setiap lawatan Perdana Menteri.  Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala dengan neagra

maju dan negara Dunia Ketiga supaya mendatangkan keuntungan kepada kedua belah pihak

 Mengekalkan dasar berkecuali agar dapat memperluaskan kerjasama ekonomi melalui EAEC dan ASEAN+3

(c) (i) Kepentingan menjalinkan hubungan baik dengan negara luar. PENSKORAN KBAT

Ulasan

Demi kepentingan tertentu, negara kita perlu menjalinkan hubungan baik dengan negara luar

Penjelasan

Mengelakkan campur tangan kuasa besar dalam politik Kuasa besar dunia berlumba-lumba menyebarkan ideologi politik yang didokongnya. Contohnya, Amerika Syarikat berusaha menyebarkan pengaruh ideologi kapitalis, manakala Soviet Union pula berusaha menyebarkan ideologI komunis / sosialis. Dengan hubungan baik itu, kuasa besar tersebut tidak berani untuk campuir tangan dalam politik di negara. Kebimbangan menimbulkan kemarahan pihak yang lain menyebabkan politik negara kita stabil.  Kerana hendak menjalinkann hubungan perdagangan dua hala

dengan negara maju.

Contohnya Malaysia menjalin hubungan dagang dengan Britain dan Amerika. Kedua-dua negara ini adalah pembeli utama sumber getah dan bijih timah dari Malaysia. Dengan hubungan tersebut, kedua-dua belah pihak memperoleh keuntungan

[6 markah] (ii) Cara Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan negara luar

PENSKORAN KBAT

Menjalin hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi.

Contohnya Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara Russia dan Amerika Syarikat walaupun kedua-dua negara tersebut adalah pendokong utama ideologi sosialis dan kapitalis. Dengan hubungan tersebut, semua negara menghormati pendirian Malaysia

Membantu negara yang ditimpa musibah

Contohnya membantu Acheh yang ditimpa Tsunami, membantu pelarian Rohingya, dan lain-lain. Bantuan tersebut dapat

meringankan beban dan penderitaan negara yang ditimpa musibah itu. Dengan itu, negara tersebut terhutang budi dengan Malaysia.

DASAR LUAR MALAYSIA

(a) Faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia.Lihat di atas.

[6 markah] (b) Sebab dasar luar Malaysia pada tahap pertama lebih bersifat pro-Barat

 Ancaman komunis di Asia Tenggara dan di Malaysia.  Memerlukan bantuan pertahanan negara komanwel.

 Perjanjian Pertahanan Inggeris – Tanah Melayu (AMDA) untuk menghadapi ancaman komunis.

 Mendapat bantuan British sekiranya Malaysia diserang.  Malaysia anggota blok sterling.

 Konfrontasi Malaysia – Indonesia  Menjaga kepentingan ekonomi.

 Menggalakkan kemasukan modal dan membuka peluang pekerjaan. [4 markah] (c) (i) Kerjasama antara Malaysia dengan ASEAN untuk

merealisasikan hasrat tersebut .

Berusaha mengatasi pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea agar wujud kestabilan politik di IndoChina.

Mengadakan mesyuarat bagi membentuk Kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea untuk mengelakkan campurtangan kuasa besar dunia.

Memutuskan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear agar ASEAN tidak terlibat dalam krisis perlumbaan senjata.

Tidak membenarkan kapal menggunakan pelabuhan negara untuk mengangkut bahan nuklear.

[4 markah]

(ii) Negara kita perlu menjalinkan hubungan baik dengan negara luar.

PENSKORAN KBAT

Ulasan

Demi kepentingan tertentu, negara kita perlu menjalinkan hubungan baik dengan negara luar

Penjelasan

Mengelakkan campur tangan kuasa besar dalam politik Kuasa besar dunia berlumba-lumba menyebarkan ideologi politik yang didokongnya. Contohnya, Amerika Syarikat berusaha menyebarkan pengaruh ideologi kapitalis, manakala Soviet Union pula berusaha menyebarkan ideologI komunis / sosialis. Dengan hubungan baik itu, kuasa besar tersebut tidak berani untuk campuir tangan dalam politik di negara. Kebimbangan menimbulkan kemarahan pihak yang lain menyebabkan politik negara kita stabil.  Kerana hendak menjalinkann hubungan perdagangan dua hala

dengan negara maju.

Contohnya Malaysia menjalin hubungan dagang dengan Britain dan Amerika. Kedua-dua negara ini adalah pembeli utama sumber getah dan bijih timah dari Malaysia. Dengan hubungan tersebut, kedua-dua belah pihak memperoleh keuntungan

Dalam dokumen Skema Modul Bagus Sejarah Spm 2016 (Halaman 109-112)

Dokumen terkait