(a) Peristiwa X
Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
[1 markah] (b) Matlamat pembentukan Rukun Negara
Rukun Negara diperkenalkan untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.
Untuk memelihara corak hidup yang demokratik. Untuk mencipta sebuah masyarakat yang adil.
Untuk menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.
Untuk membina masyarakat progresif.
[2 markah] (c) Prinsip Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan
[2 markah]
(d) Kebaikan menghayati prinsip Rukun Negara di atas Prinsip “Kepercayaan Kepada Tuhan”
Menunjukkan bahawa agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.
Rakyat beragama menjadi warganegara yang baik. Menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Menyedari bahawa agama lain bebas diamalkan.
Prinsip “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara” Menuntut rakyat setia kepada Raja dan Negara. Mengiktiraf YDP Agong merupakan ketua negara. Raja-Raja Melayu adalah ketua negeri.
Menyedari Raja menjadi simbol penyatuan rakyat. Mengakui Raja pelindung hak istimewa peribumi.
Menyedari bahawa derhaka kepada raja bermakna derhaka kepada negara.
Prinsip “Keluhuran Perlembagaan”
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan dianggap luhur/ suci / unggul / tinggi. Menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankan
perlembagaan.
Prinsip “Kedaulatan Undang-Undang” Menuntut rakyat menghormati undang-undang. Menuntut rakyat mematuhi undang-undang.
Rakyat hidup aman jika kedaulatan undang-undang terpelihara. Memastikan undang-undang sentiasa didaulatkan.
Memastikan undang-undang tidak dicabar oleh mana-mana pihak. Prinsip “Kesopanan dan Kesusilaan”
Menuntut rakyat bersopan dan bertatasusila.
Merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian individu.
Menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni.
(e) Perpaduan kaum dapat diwujudkan melalui prinsip Rukun Negara Prinsip “Kepercayaan Kepada Tuhan” menyebabkan rakyat Malaysia
menghormati kebebasan beragama.
Prinsip “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara” menyebabkan setiap warganegara bersatu dan setia kepada negara di bawah
pemerintahan raja
Prinsip “Keluhuran Perlembagaan” menyebabkan rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan. Prinsip “Kedaulatan Undang-Undang” menyebabkan rakyat
menghormati undang-undang dan hidup aman
Prinsip “Kesopanan dan Kesusilaan” dapat menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni.
Prinsip kesopanan dan kesusilaan juga menyebabkan setiap warganegara menghormati kebebasan dan hak asasi orang lain.
RUKUN NEGARA
(a) Latar belakang pembentukan Rukun Negara.
Pengenalan Rukun Negara adalah kesan daripada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Peristiwa itu mengancam keselamatan negara. Pentadbiran negara diambil alih oleh MAGERAN. MAGERAN menubuhkan Majlis Perundingan Negara. MPN membincangkan isu perpaduan negara. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
[4 markah] (b) Prinsip-prinsip Rukun Negara
Lihat Soalan Sebelumnya
[8 markah] (c) (i) Matlamat kerajaan membentuk Rukun Negara
Rukun Negara diperkenalkan untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.
Untuk memelihara corak hidup yang demokratik. Untuk mencipta sebuah masyarakat yang adil.
Untuk menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.
Untuk membina masyarakat progresif.
[4 markah]
(ii) Ciri masyarakat Malaysia yang wujud melalui penghayatan terhadap Rukun Negara
PENSKORAN KBAT
Masyarakat Malaysia adalah masyarakat beragama. Tiada rakyat Malaysia yang tidak beragama. Masyarakat Malaysia menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan menyedari bahawa agama lain bebas diamalkan. Sebagai masyarakat yang beragama, rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang bersopan dan bertatasusila. Hal ini akan mewujudkan masyarakat yang harmoni.
RUKUN NEGARA
(a) Keadaan yang membawa kepada pengenalan Rukun Negara Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Peristiwa itu mengancam keselamatan negara. Pentadbiran negara diambil alih oleh MAGERAN. MAGERAN menubuhkan Majlis Perundingan Negara. MPN membincangkan isu perpaduan negara. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.
[2 markah] (b) Matlamat pengenalan Rukun Negara.
Mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Memelihara corak hidup yang demokratik. Mencipta sebuah masyarakat yang adil.
Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. Membina masyarakat progresif.
[2 markah] (c) Rasionalnya “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara” dijadikan prinsip
Rukun Negara
Menuntut rakyat setia kepada Raja dan Negara. Mengiktiraf YDP Agong merupakan ketua negara. Raja-Raja Melayu adalah ketua negeri.
Menyedari Raja menjadi simbol penyatuan rakyat. Mengakui Raja pelindung hak istimewa peribumi.
Menyedari bahawa derhaka kepada raja bermakna derhaka kepada negara.
[2 markah]
(d) (i) Sebab setiap warganegara Malaysia dituntut menghayati prinsip “Kesopanan dan Kesusilaan”.
Menuntut rakyat bersopan dan bertatasusila.
Merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian individu.
Menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni.
[2 markah] (ii) Bagaimanakah prinsip (d) di atas dapat memupuk perpaduan
kaum dalam negara kita PENSKORAN KBAT
Menuntut rakyat bersopan dan bertatasusila.
Setiap rakyat menghormati hak dan kebebasan orang lain.
Contohnya, menghormati amalan cara hidup dan pegangan agama kaum-kaum lain. Dengan itu, rakyat dapat hidup dengan harmoni dalam suasana bersatu padu.
WAWASAN 2020
(a) Cabaran Wawasan 2020.
Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Mereka mengamalkan budaya dan cara hidup yang berbeza. Mereka juga menjalankan kegiatan ekonomi yang berbeza dan tinggal di persekitaran yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan proses integrasi nasional agak lambat. Kerajaan terpaksa merancang pelbagai strategi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu.
Menjamin masyarakat adil dan saksama ekonominya
Sejak penjajahan British, negara mempunyai jurang ekonomi yang luas antara kaum. Orang Melayu yang tinggal di luar bandar terlibat dengan kegiatan ekonomi sara diri sahaja. Manakala orang Cina yang hidup di bandar berpeluang menceburi bidang ekonomi perdagangan menyebabkan mereka lebih baik taraf hidupnya. Jurang kemiskinan ini menyukarkan kita untuk mewujudkan integrasi kaum. Oleh itu, Wawasan 2020 berhasrat mewujudkan
pembahagian peluang ekonomi yang lebih adil antara kaum supaya jurang kemiskinan antara kaum dapat dirapatkan.
Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
Membina masyarakat demokratik yang matang Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika
Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi Membina masyarakat yang maju dan saintifik
Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang Memupuk dan membina masyarakat makmur
[6 markah]
(b) Mengatasi Cabaran Wawasan 2020.
Membina Bangsa Malaysia yang Bersatu Padu
Melaksanakan dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan, Dasar Bahasa Kebangsaan dan sebagainya. Pelaksanaan dasar itu dapat mewujudkan hubungan sihat antara kaum. Oleh itu, rakyat
berorientasikan Malaysia dapat diwujudkan.
Membina Masyarakat Berjiwa Bebas,Tenteram dan Berkeyakinan
Melahirkan masyarakat perlu berjiwa bebas, tenteram dan yakin diri. Masyarakat sedemikian sentiasa berbangga dengan apa yang dicapai. Untuk mencapai matlamat itu, masyarakat perlu gagah menghadapi pelbagai masalah di samping mengangkat martabat bangsa dan menangkis ancaman musuh.
Memupuk Masyarakat Malaysia yang Demokratik Masyarakat tersebut boleh dicapai apabila masyarakat
menggunakan kebebasan memilih kerajaan. Mereka menggunakan hak demokrasi dengan sewajarnya. Contohnya menggunakan pilihan raya untuk memilih kerajaan yang berwibawa. Mereka juga sentiasa member teguran kepada kerajaan dan pemimpin melalui saluran tertentu.
Mewujudkan Masyarakat yang Bermoral dan Beretika
Kita perlu menseimbangkan etika dengan kemajuan fizikal. Kita juga hendaklah patuh kepada agama serta mengamalkan budaya dan tradisi yang cemerlang. Masyarakat beretika dan bermoral dapat diwujudkan melalui sistem pendidikan yang berkesan iaitu berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan sedemikian akan melahirkan insan berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.
(c) (i) Sebab negara Malaysia yang maju pada tahun 2020 berbeza dengan negara Barat
PENSKORAN KBAT
Negara Malaysia yang maju pada tahun 2020 berbeza dengan negara Barat
Negara Malaysia menjadi negara industri yang menggunakan acuan sendiri.
Kita tidak mementingkan kemajuan dalam aspek fizikal semata-mata. Kita amat menitikberatkan kemajuan bersepadu iaitu negara yang maju dalam bidang ekonomi dan pada masa yang sama dapat mewujudkan negara yang bersatu padu. Masyarakatnya mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh. Negara Malaysia adalah negara yang maju dan bangsanya mempunyai jati diri yang kukuh.
[4 markah] (ii) Tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020
Menguasai ilmu pengetahuan
Mengutamakan ilmu yang bertunjangkan sains dan teknologi. Dengan ilmu sains dan teknologi, kita dapat menjana produktiviti. Kita boleh menggunakan ilmu tersebut untuk mencipta kreativiti dan
inovasi. Oleh itu, kita akan menjadi masyarakat yang progresif dan dapat membantu negara mencapai kemajuan ekonomi yang mantap.