• Tidak ada hasil yang ditemukan

Skema Modul Bagus Sejarah Spm 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Skema Modul Bagus Sejarah Spm 2016"

Copied!
122
0
0

Teks penuh

(1)

TAMADUN MESIR PURBA

(a) Sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang seni bina dan perubatan

Seni Bina

 Memberi sumbangan dalam senibina piramid  Menggunakan kreativiti dalam bidang pembinaan.

 Memperkenalkan teknik pembinaan menggunakan batu-bata.  Perubatan

 Melahirkan pengamal perubatan (doktor).  Menguasai teknik pembedahan.

 Mereka menguasai ilmu memumiakan mayat.  Menghasilkan ubat-ubatan

[6 markah] (b) Sistem pendidikan dalam tamadun Mesir Purba

PENSKORAN KBAT Ulasan

 Pendidikannya yang sistematik telah menyebabkan tamadun Mesir Purba mencapai kegemilangan

Cara Pelaksanaan

Pendidikan di Mesir dikhaskan untuk anak golongan atasan sahaja. Pendidikan diberikan kepada kanak-kanak sejak kecil lagi.

Pendidikan diuruskan kerajaan. Kerajaan menentukan dasar, bentuk dan kurikulum pendidikan yang hendak dilaksanakan. Pendidikan dijalankan di rumah-rumah ibadat. Tenaga pengajarnya terdiri daripada golongan pendeta. Pendidikan member penekanan kepada ilmu geometri, matematik dan sains. Corak pendidikan sedemikian sangat berkesan. Pendidikan tersebut berjaya melahirkan pegawai kerajaan yang terlatih.

[4 markah]

(c) (i) Sebab pendidikan memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun manusia

PENSKORAN KBAT

Pendidikan membolehkan manusia menjalankan aktiviti pertanian.

Contohnya masyarakat Mesir Purba menggunakan ilmu matematik dan astronomi untuk membina sistem pengairan dan mengawal banjir. Penguasaan ilmu tersebut amat berguna. Dengannya, mereka boleh mendapatkan bekalan air yang cukup untuk

menjalankan aktiviti pertanian. Mereka mendapat bekalan makanan yang cukup untuk menampung jumlah penduduk yang ramai.Pendidikan membolehkan manusia membina bandar.

Contohnya masyarakat di lembah Indus menggunakan ilmu matematik dan geometri untuk membina bandar terancang. Penguasaan ilmu tersebut bsangat bermanfaat. Dengan ilmu tersebut, mereka dapat menyusun atur bangunan secara blok segi empat dengan rangkaian jalan raya dan sistem pembentungan yang sempurna. Pembinaan bandar terancang membolehkan

masyarakatnya menikmati hidup yang sejahtera.

[6 markah] (ii) Usaha melahirkan masyarakat yang berilmu

PENSKORAN KBAT

Untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, kita hendaklah meningkatkan kualiti pendidikan.

Usaha tersebut boleh dilakukan dengan memperbanyakkan lagi pembinaan pusat pengajian tinggi, kolej dan sekolah.

Institusi tersebut mestilah memiliki frasarana pembelajaran yang sesuai serta mempunyai tenaga pengajar yang berwibawa dan berkemahiran tinggi serta menguasai teknik pengajaran yang berkesan. Usaha tersebut sangat baik kerana dapat meningkatkan minat generasi baru menimba ilmu pengetahuan

(2)

TAMADUN INDUS

(a) Bandar terancang di Lembah Indus.  Mohenjo Daro

 Harappa

[1 markah] (b) Ciri bandar terancang tersebut.

Terbahagi kepada bahagian utama dan bahagian kedua. Bahagian utama ialah pusat pentadbiran dan pusat keagamaan. Bahagian kedua ialah pusat petempatan.

Bandar terancang itu dikelilingi oleh tembok.

Tembok dapat menghalang bandar tersebut daripada ancaman luar.  Bandar mempunyai susun atur yang sistematik.

Bandar disusun secara blok segi empat.

Setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus. Bandar dihubungkan dengan sungai.

Bandar mempunyai sistem kumbahan terancang.

Kumbahan dari rumah disalir keluar melalui paip ke longkang yang mengalir di bawah jalan.

Bahan buangan ini dihantar ke pusat pembuangan di luar bandar. [3 markah] (c) Sebab masyarakat di Lembah Indus berjaya membina bandar

terancang.

PENSKORAN KBAT

Kerana mereka menguasai ilmu geometri dan matematik. Penguasaan ilmu ini menyebabkan mereka dapat merancang susun atur dan pengisian bandar.

Contohnya mereka dapat menyusun atur bangunan dengan tersusun secara blok segi empat. Mereka dapat membina jalan raya yang lurus. Mereka dapat memisahkan kawasan pentadbiran dengan

Kemahiran dalam ilmu matematik dan geometri sangat berguna. Hal ini menyebakan mereka berjaya mencapai kemajuan dalam bidang pembinaan.

Kerana mereka memiliki sifat terbuka. Mereka sedia menerima unsur baik dari luar.

Contohnya mereka mengambil unsur-unsur teknologi baru daripada tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.

Mereka menyesuaikan unsur luar tersebut dengan keadaan dan suasana tempatan.

Usaha mereka itu sangat kreatif kerana dengan usaha tersebut mereka dapat meningkatkan mutu bahan bina melalui proses pembakaran. Dengan itu mereka dapat membina bangunan yang lebih baik dan kukuh.

[2 markah] (d) Sebab bandar pada hari ini tidak dapat memberikan kehidupan yang

selesa

PENSKORAN KBAT

Kerana tiada pembahagian kawasan.

Contohnya bahagian pentadbiran tidak dipisahkan dengan kawasan petempatan.

Keadaan ini tidak tersusun.

Bandar menjadi sesak dengan kenderaan, sibuk dan bising dengan hiruk pikuk penghuni kawasan perumahan.

Hal ini menimbulkan suasana yang membosankan.  Kerana kebersihan tidak terjaga.

Contohnya air kumbahan, pembuangan najis dan sampah sarap tidak diuruskan dengan baik.

Bandar menjadi kotor dan tidak selesa. Situasi ini amat mengecewakan.

Hal ini boleh menyebabkan merebaknya penyakit berjangkit yang akan mengakibatkan kualiti kesihatan masyarakat yang rendah.

(3)

(e) Bandar yang menjadi idaman anda PENSKORAN KBAT

Mempunyai susun atur yang terancang.

Bandar dibahagikan kepada dua bahagian mengikut fungsinya. Contohnya bahagian pentadbiran dipisahkan daripada kawasan petempatan.

Perancangan tersebut sangat efektif.

Dengan perancangan yang sedemikian, bandar menjadi kurang sesak dan bebas daripada kebisingan.

Bandar yang sedemikian mewujudkan suasana yang selesa.  Bandar yang bersih. Bandar ini bebas daripada sisa buangan

sampah dan air kumbahan. Saliran dan longkang diurus dengan baik untuk mencegah merebaknya penyakit berjangkit.

 Mempunyai frasarana yang lengkap seperti tempat membeli belah, pusat kesihatan, sekolah, taman rekreasi dan sebagainya bagi memenuhi keperluan asas penduduk.

(4)

TAMADUN HWANG HO

(a) Sebab masyarakat neolitik pada zaman awal membina petempatan kekal lembah sungai Hwang Ho

PENSKORAN KBAT

Tanah di sekitar lembah Hwang Ho subur.

Contohnya, tanah lanar dimendapkan di lembangan Hwang Ho selepas berakhirnya banjir.

Tanah lanar yang subur amat sesuai untuk bercucuk tanam. Keadaan ini menguntungkan penduduk.

Mereka boleh menanam pelbagai jenis tanaman untuk dijadikan makanan seperti padi, jagung barli, taro dan sebagainya. Bekalan makanan yang berlebihan dapat menampung jumlah penduduk yang ramai.

Sungai Hwang Ho membekalkan sumber air.

Contohnya, air sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka membina sistem pengairan untuk mengalirkan air dari sungai Hwang Ho ke kawasan pertanian.

Langkah ini sangat bijak.

Tanah pertanian menjadi lebih subur dan produktif. Mereka mendapat hasil berlebihan. Lebihan hasil itu diperdagangkan.

[2 markah] (b) Keistimewaan yang membezakan bandar Anyang dengan

bandar-bandar lain di Lembah Hwang Ho..  Terletak di kawasan tanah tinggi

 Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

 Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama  Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh  Dikelilingi oleh perkampungan petani

[2 markah]

(c) Hubungkait keadaan semula jadi yang terdapat di persekitarannya terhadap pembentukan tamadun Hwang Ho

PENSKORAN KBAT

Lembangan Szechwan menyediakan tanah yang subur untuk bercucuk tanam.

Berbagai-bagai jenis tanaman boleh diusahakan.

Bekalan makanan yang berlebihan mendorong penduduk dari tempat lain berhijrah ke situ.

Lembangan ini juga menyediakan tanah pamah yang landai sesuai untuk membina petempatan.

Pertambahan jumlah penduduk menyebabkan berlakunya pengkhususan pekerjaan dan organisasi sosial.

Sungai Hwang Ho menyebabkan penduduk di situ mudah mendapatkan bekalan air untuk pengairan.

Sungai Hwang Ho memudahkan mereka mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian.

Sungai ini digunakan sebagai laluan perhubungan dan pengangkutan

Teluk Bo Hai menyebabkan lautnya tenang. Muara sungai di teluk Bo Hai tenang dan dalam.

Perairan yang tenang amat sesuai untuk dibina pangkalan atau pelabuhan.

Melalui pelabuhan, masyarakat di situ dapat menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara luar melalui Laut Kuning.

(5)

(d) Kegemilangan tamadun Hwang Ho banyak bergantung kepada kemajuan masyarakatnya dalam bidang pertanian.

Nyatakan kemajuan tersebut. PENSKORAN KBAT Ulasan

Kegemilangan tamadun Hwang Ho banyak bergantung kepada kemajuan masyarakatnya dalam bidang pertanian

Kemajuan Pertanian

Penggunaan sistem pengairan dalam pertanian.

Mereka membina terusan untuk mengairi kawasan pertanian dan mengelakkan banjir.

Teknologi tersebut sangat berfaedah.

Sistem pengairan yang baik menambah kesuburan tanah pertanian. Hasil pengeluaran pertanian meningkat.

Bekalan makanan berlebihan dan boleh didagangkan.  Penggunaan sistem tanaman bergilir dalam pertanian

Tanah diguna secara berterusan sepanjang tahun. Tanaman berbeza di tanam di atas tanah yang sama secara begilir.

Contohnya, selepas menanam jagung, tanah itu digunakan pula untuk menanam kacang.

Kaedah ini sangat menguntungkan.

Walau pun tanah digunakan secara intensif tetapi tanah tersebut akan kekal subur.

Hasil pertanian akan bertambah.

[2 markah]

(e) Iktibar yang boleh kita pelajari daripada kejayaan masyarakat di Lembah Hwang Ho membina tamadun mereka

Semangat hidup mereka yang bersatu padu menyebabkan kehidupan mereka menjadi aman.

Contohnya mereka sama-sama berusaha menjaga keamanan negara kota mereka. Mereka juga berganding bahu dalam menjalankan kerja pertanian.

Semangat tersebut amat wajar kita contohi.

Semangat perpaduan mengajar kita agar mementingkan keharmonian agar kita dapat hidup dengan sejahtera.

Kegigihan mencipta sesuatu yang baru menyebabkan mereka dapat menghasilkan teknologi yang tinggi.

Contohnya, melakukan inovasi sehingga berjaya mencipta sistem tanaman bergilir, sistem teres serta alatan pertanian daripada besi. Sikap ini sangat berharga.

Teknologi bukan sahaja mempercepatkan kerja-kerja pertanian, malah menjana hasil pengeluaran yang tinggi.

Sikap ini juga mengajar kita agar tidak mudah mengalah dalam mencipta ivovasi kearah meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik.

(6)

TAMADUN HWANG HO

(a) Kelebihan lembah sungai Hwang Ho yang mendorong masyarakat neolitik pada zaman tamadun awal membina petempatan kekal di situ

PENSKORAN KBAT

Sungai Hwang Ho menjadikan tanah di sekitarnya subur. Contohnya, tanah lanar dimendapkan di lembangan Hwang Ho selepas berakhirnya banjir.

Tanah lanar yang subur amat sesuai untuk bercucuk tanam. Keadaan ini menguntungkan penduduk.

Mereka boleh menanam pelbagai jenis tanaman untuk dijadikan makanan seperti padi, jagung barli, taro dan sebagainya. Bekalan makanan yang berlebihan dapat menampung jumlah penduduk yang ramai.

Sungai Hwang Ho membekalkan sumber air.

Contohnya, air sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka membina sistem pengairan untuk mengalirkan air dari sungai Hwang Ho ke kawasan pertanian.

Langkah ini sangat bijak.

Tanah pertanian menjadi lebih subur dan produktif. Mereka mendapat hasil berlebihan. Lebihan hasil itu diperdagangkan.

[4 markah] (b) Sumbangan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun di

Lembah Hwang Ho. PENSKORAN KBAT

Petempatan kekal membolehkan masyarakat menjalankan kegiatan pertanian.

Contohnya, penduduk nomad tidak lagi bergantung hidup kepada kegiatan berburu dan mengutip makanan.

Mereka mula bercucuk tanam dengan menanam tanaman utama seperti padi, gandum, barli, oat dan sebagainya.

Mereka juga menanam tanaman sampingan seperti kacang, jagung, pisang dan sayur-sayuran.

Tindakan tersebut memabawa kesan yang positif.

Bekalan makanan berlebihan menyebabkan mereka dapat menampung jumlah penduduk yang ramai.

Penduduk dari tempat lain mula berhijrah ke Lembah Hwang Ho dan membina tamadun di situ.

[6 markah] (c) (i) Hubungkait kemajuan teknologi pertanian dalam masyarakat di

lembah Hwang Ho dengan manfaatnya terhadap masyarakat dunia pada abad ini

PENSKORAN KBAT

Penggunaan sistem pengairan dalam pertanian dimanfaatkan oleh masyarakat dunia pada hari ini untuk mengairi kawasan pertanian.

Contohnya masyarakat dunia membina terusan untuk mengairi sawah menyebabkan padi boleh ditanam dua kali setahun. Teknologi tersebut sangat berfaedah.

Sistem pengairan yang baik menambah kesuburan tanah pertanian. Hasil pengeluaran pertanian meningkat.

Bekalan makanan berlebihan dan boleh didagangkan.

Penggunaan sistem sistem teres dimanfaatkan oleh masyarakat dunia pada hari ini untuk membolehkan mereka menjalankan pertanian di tanah tinggi.

Contohnya di Malaysia, bukit diteres untuk dijadikan ladang getah, kelapa sawit dan teh.

Usaha ini sangat bermanfaat.

Kawasan pertanian di tanah rata yang amat terhad boleh diatasi. Hasil pertanian dapat diusahakan secara komersil.

Negara memperoleh pendapatan.

(7)

(c) (ii) Iktibar yang boleh kita pelajari daripada kejayaan masyarakat Shang di Lembah Hwang Ho membina tamadun mereka

PENSKORAN KBAT

Semangat hidup mereka yang bersatu padu menyebabkan kehidupan mereka menjadi aman.

Contohnya mereka sama-sama berusaha menjaga keamanan negara kota mereka. Mereka juga berganding bahu dalam menjalankan kerja pertanian.

Semangat tersebut amat wajar kita contohi.

Semangat perpaduan mengajar kita agar mementingkan keharmonian agar kita dapat hidup dengan sejahtera.

Kegigihan mencipta sesuatu yang baru menyebabkan mereka dapat menghasilkan teknologi yang tinggi.

Contohnya, melakukan inovasi sehingga berjaya mencipta sistem tanaman bergilir, sistem teres serta alatan pertanian daripada besi. Sikap ini sangat berharga.

Teknologi bukan sahaja mempercepatkan kerja-kerja pertanian, malah menjana hasil pengeluaran yang tinggi.

Sikap ini juga mengajar kita agar tidak mudah mengalah dalam mencipta ivovasi kearah meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik.

(8)

PENINGKATAN TAMADUN (PERUNDANGAN)

(a) Prinsip undang-undang Rom yang menjadi dasar sistem perundangan moden pada masa kini.

 Setiap individu mempunyai hak di sisi undang-undang.

Seseorang itu akan mendapat hak yang sama di sisi undang-undang sama ada dia rakyat biasa atau bangsawan.

 Seseorang yang dituduh melakukan kesalahan perlu dibicarakan. Dia berhak membela diri untuk membuktikan dia tidak bersalah.  Seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah selagi tidak terbukti

bersalah

 Seseorang yang dituduh berhak membela diri  Hukuman dijatuhi berdasarkan bukti

[4 markah] (b) Pelaksanaan undang- dalam tamadun China

Pelaksanaan undang- dalam tamadun China bertujuan untuk memperkukuhkan pematuhan rakyat kepada undang-undang  Raja diberi kuasa mutlak dalam melaksanakan undang-undang  Undang-undang dilaksanakan dengan tegas

 Orang yang bersalah tidak berpeluang membuat rayuan

 Tidak ada perasaan belas kasihan dalam melaksanakan hukuman  Undang-undang dilaksanakan dalam apa jua keadaan sama ada

semasa aman atau semasa peperangan

[4 markah] (c) (i) Sebab undang-undang diperlukan dalam sesebuah negara

PENSKORAN KBAT

kerana hendak mengawal keamanan negara agar tidak ada pihak yang melakukan huru-hara.

Dengan undang-undang, tingkah laku masyarakat dapat dikawal. Masyarakat sentiasa mematuhi peraturan. Contohnya tiada kejadian jenayah berlaku dalam masyarakat. Hal ini menyebabkan keadaan politik negara menjadi stabil.

kerana hendak melindungi rakyat agar golongan yang lemah tidak ditindas

Pelaksanaan undang-undang membolehkan keadilan diwujudkan dalam masyarakat. Contohnya, undang-undang yang adil

menghapuskan diskriminasi dalam masyarakat. Dengan itu, keadaan hidup masyarakat akan menjadi sejahtera.

[6 markah] (c) (ii) Gejala tidak mematuhi undang-undang dan Langkah

meningkatkan kepatuhan kepada undang-undang

PENSKORAN KBAT

Gejala Tidak Mematuhi Undang-Undang

Melakukan jenayah.

Contohnya rompakan, culik, pemerdagangan manusia dan sebagainya. Perkara ini menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Langkah Meningkatkan Kepatuhan

 Menguatkuasakan undang-undang dengan tegas

Contohnya membuat pindaan undang-undang terhadap hukuman kesalahan rompakan bersenjata dengan lebih tegas. Ketegasan ini akan menyebabkan pesalah akan serik. Di samping itu, ia juga akan member pengajaran kepada ahli masyarakat yang lain.

(9)

PENINGKATAN TAMADUN (PERUNDANGAN)

(a) Cabang undang-undang Rom  Undang-undang sivil  Undang-undang jenayah  Undang-undang natural

[2 markah] (b) Prinsip undang-undang Rom

 Setiap individu mempunyai hak di sisi undang-undang  Setiap individu adalah sama di sisi undang-undang  Setiap individu berhak mendapat keadilan

 Seseorang tidak dianggap bersalah selagi tidak terbukti bersalah  Seseorang yang dituduh berhak membela diri

 Hukuman dijatuhi berdasarkan bukti

[2 markah] (c) Pelaksanaan undang-undang yang berteraskan agama Hindu di India

 Berpandukan kitab Dharma Sastra

 Brahmin diberi kuasa mentafsir undang-undang  Titah perintah raja menjadi undang-undang  Raja memelihara kedaulatan undang-undang  Semua kesalahan dikenakan denda

 Denda berdasarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan

[2 markah]

(d) Pelaksanaan undang-undang berteraskan falsafah Legalisme di China

PENSKORAN KBAT

Pelaksanaan undang-undangnya sangat tegas

Buktinya, tidak ada perasaan belas kasihan dalam melaksanakan hukuman. orang yang bersalah tidak berpeluang membuat rayuan. Undang-undang tetap dilaksanakan dalam apa jua keadaan sama ada semasa aman atau semasa peperangan.

[2 markah]

(e) Hubungkat kepatuhan masyarakat terhadap undang-undang dengan kestabilan negara

Masyarakat mematuhi peraturan dalam negara menyebabkan tingkah laku mereka terkawal.

Kejadian jenayah berkurangan dalam negara. Contohnya kejadian rompakan, penculikan, pembunuhan dan lain-lain jarang berlaku. Hal ini menyebabkan keamanan negara berkekalan.

(10)

PENINGKATAN TAMADUN (EKONOMI)

(a) Faktor kepesatan perdagangan di India

India mempunyai hubungan perdagangan dengan luar Contohnya, kerajaan Maurya mengadakan hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia Tenggara.  Berkembangnya bidang perusahaan

Banyak pusat perindustrian telah muncul di India. Contohnya pusat perusahaan di Anga, Kalinga dan Karusa, Bengal dan Benares. Pusat perusahaan ini menghasilkan tekstil dan kain sutera. Terdapat juga perusahaan perhiasan perusahaan emas, mutiara dan batu permata.

Mempunyai bekalan barang dagangan yang banyak Contohnya senjata, gading gajah, emas, berlian dll. Barang dagangan ini boleh dieksport ke negara luar.

Terdapat banyak pelabuhan.

ContohnyaTamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul dan Cambay. Pelabuhan ini menghubungkan India dengan negara luar.  Terdapatnya persatuan perdagangan (stresthin).

Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dan sebagainya. Persatuan memainkan peranan mengawal harga dan kualiti barang serta mengawal gaji pekerja.Kualiti barangan yang baik mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang luar.

[6 markah]

(b) Penglibatan dalam bidang perdagangan antarabangsa dapat membantu mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi di negara kita.

PENSKORAN KBAT

Penglibatan dalam perdagangan antarabangsa dapat mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi

Perdagangan antarabangsa mendatangkan hasil kepada negara. Contohnya, pengeksportan barangan perusahaan, pertanian, perlombongan dan perkhidmatan dapat menyumbang pendapatan kepada negara. Negara memperolehi dana yang banyak. Dengan dana tersebut, kerajaan dapat meningkatkan pembangunan negara. Pembangunan yang pesat akan membuka banyak peluang ekonomi untuk diceburi oleh rakyat. Peluang pekerjaan yang banyak dapat membantu rakyat memperoleh pendapatan yang tinggi.

[4 markah] (c) (i) Cara masyarakat dunia memanfaatkan teknologi pertanian

dalam tamadun di China

PENSKORAN KBAT

Masyarakat dunia hari ini memanfaatkan sistem teres untuk membolehkan pertanian dijalankan di kawasan tanah tinggi. Bukit diteres untuk dijadikan ladang. Contohnya ladang kelapa sawit, getah, koko dan teh di Malaysia. Bukit juga diteres untuk dijadikan ladang / sawah padi di Jawa dan Vietnam. Kaedah ini menyebabkan tanah rata boleh digunakan untuk tujuan pembangunan.

(11)

(c) (ii) Strategi menjadikan pertanian sebagai satu bidang perniagaan

PENSKORAN KBAT

Menanam secara skala besar

Membuka ladang tanaman komersil. Contohnya ladang kelapa sawit, getah, kokoh, teh, tembakau dan lain-lain. Kerajaan juga libatkan sektor swasta dan syarikat asing dalam membuka ladang tersebut. Pengeluaran yang banyak membolehkan hasil pengeluaran dipasarkan di peringkat dunia.

Memproses hasil pertanian untuk dijadikan barangan konsumer Hasil pertanian diproses menjadi barangan pengguna. Contohnya buah-buahan diproses menjadi jem, kerepek, jeruk, jem dan sebagainya. Pemprosesan tersebut dapat mengelakkan hasil pertanian rosak. Barangan pengguna juga dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

(12)

PENINGKATAN TAMADUN (EKONOMI & PENDIDIKAN)

(a) Punca negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada kegiatan perdagangan

 Tanahnya tidak subur untuk pertanian  Memiliki pelabuhan yang baik  Kedudukan yang strategik

 Mempunyai hubungan dengan negara luar

 Mempunyai bekalan barang dagangan yang banyak

[2 markah] (b) Faktor kepesatan bidang perdagangan di India

 Lihat SKEMA

Peningkatan Tamadun (Ekonomi)

[2 markah]

(c) Kemajuan dalam bidang pertanian pada zaman peningkatan tamadun di China.

 Penggunaan kolar kuda untuk menarik bajak

 Penggunaan sistem pengairan untuk mengairi kawasan pertanian  Penggunaan batas untuk menanam bagi mengelakkan tanaman

ditenggelami air

 Penggunaan alatan pertanian seperti cangkul, sabit dan lain-lain untuk mempercepatkan kerja-kerja pertanian

 Penggunaan teknik tanaman bergilir untuk mengekalkan kesuburan tanah pertanian

 Penggunaan sistem teres untuk membolehkan pertanian dijalankan di kawasan tanah tinggi

[2 markah]

(d) Ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada Zaman Vedik  Berteraskan agama.

Mereka mempelajari dan mendalami agama Hindu dengan menggunakan kitab Veda.

 Pembelajaran dijalankan di rumah ibadat, di istana dan di rumah. Pendidikan diajar oleh Brahmin, guru agama, pendeta atau ahli agama.

 Pembelajaran disampaikan dengan menggunakan bahasa Sanskrit. Pembelajaran dilakukan melalui kaedah hafalan.

 Kebanyakan pelajar adalah kaum lelaki. Kaum wanita tidak diberi pendidikan.

[2 markah] (e) Perubahan yang berlaku di Rom akibat perkembangan dalam bidang

pendidikan

PENSKORAN KBAT

Masyarakat berilmu pengetahuan

Ramai cendekiawan muncul pada zaman itu. Contohnya ahli falsafah, jurutera dan sejarawan. Mereka memanfaatkan ilmu untuk membangunkan negara kota. Seperti membina jambatan, jalan raya, bangunan pentadbiran dan sebagainya. Kemudahan tersebut memberikan keselesaan kepada masyarakat. Dengan itu, negara kota mereka mengalami kemajuan yang pesat.

(13)

PENINGKATAN TAMADUN (SENI BINA)

(a) Tujuan membina monumen  Dijadikan pusat pentadbiran  Menjaga keselamatan negara  Menjadi tempat ibadat

 Menyediakan infrastruktur kepada rakyat  Menjadi lambang keagungan sesebuah kerajaan  Menunjukkan kehebatan seseorang pemerintah  Menunjukkan kekayaan sesebuah kerajaan  Mengingati tokoh

 Mengingat peristiwa penting

 Menunjukkan ketahanan menghadapi cabaran

[2 markah] (b) Ciri kehebatan monumen

 Bentuk bangunan yang lebih sempurna  Mempunyai ukiran yang unik

 Mempunyai ukiran berunsur keagamaan  Mempunyai nilai estetik.

 Menggunakan elemen geometri iaitu berbentuk segi empat dan bulat  Mempunyai binaan menara pelbagai bentuk seperti kon, kubah dan

pagoda.

 Penggunaan elemen geometri dalam seni bina.

 Mempunyai pelbagai jenis tembok, pintu gerbang dan jambatan. [2 markah]

(c) Sebab berjaya membina monumen yang hebat  Menguasai ilmu matematik dan geometri  Mengambil ilmu daripada tamadun lain  Mempunyai pemimpin yang berwibawa  Kerajaan yang kuat

 Rakyat yang bersatu padu  Rakyat yang mempunyai jati diri

 Rakyat yang mempunyai semangat yakin diri yang tinggi

[2 markah] (d) Sebab penguasaan dalam bidang sains dan teknologi penting dalam

pembinaan monumen PENSKORAN KBAT

Kerana dapat membina binaan yang kukuh

Dengan penguasaan ilmu sains dan teknologi, jurutera dapat menghasilkan bahan binaan yang bermutu tinggi. Contohnya menghasilkan batu-bata melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi. Dengan itu, bangunan dapat dibina berlapis-lapis. Binaan yang demikian memperlihatkan seni bina yang menarik.

[2 markah] (e) Binaan bersejarah dipulihara dan diisytiharkan sebagai monumen

warisan dunia.

PENSKORAN KBAT

Memulihara dan mengisytiharkan bangunan bersejarah sebagai monumen warisan dunia adalah satu usaha yang baik.

Usaha tersebut bertujuan untuk mengekalkan artifak sejarah agar dapat dijadikan bahan kajian. Pengkaji dapat membuat kajian tentang teknologi seni bina yang digunakan menyebabkan binaan itu kukuh dan kekal hingga kini. Unsur seni binanya yang unik bukan sahaja dapat menjadi tarikan pelacong, tetapi dapat diketahui oleh generasi kemudian.

(14)
(15)

KERAJAAN MARITIM DI ASIA TENGGARA

(a) Maksud pelabuhan entreport

Pelabuhan yang mengumpul hasil daripada pelabuhan pembekal sekitar dan membekalkannya kepada pedagang antarabangsa yang datang berdagang di situ.

Dalam masa yang sama, pelabuhan ini juga mengedarkan hasil luar negara kepada pedagang tempatan.

[1 markah] (b) Faktor yang membantu pelabuhan Kedah Tua menjadi pelabuhan

entreport yang maju di Semenanjung Tanah Melayu.  Kedudukan strategik iaitu di laluan Selat Melaka  Terlindung daripada monsun Barat Daya dan Timur Laut  Terdapat Gunung Jerai menjadi panduan kapal

 Kaya dengan bekalan seperti damar, rotan dan sebagainya  Kaya dengan sumber bumi seperti bijih timah

 Barang dagangan dari luar mudah diperoleh

 Menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar seperti Srivijaya, China Timur Tengah dan India.

[2 markah] (c) Kelebihan orang Melayu yang menyebabkan mereka berupaya

menguasai bidang perdagangan maritim

PENSKORAN KBATMahir dalam ilmu pelayaran

Mereka dapat pergi berdagang ke negara luar. Contohnya ke China, India, Jepun dan sebagainya. Membawa barang dagangan yang banyak. Mereka mendapat untung lumayan.

[2 markah]

(d) Orang Melayu tidak mampu bersaing dalam bidang perdagangan

PENSKORAN KBAT

Ulasan

Orang Melayu hari ini menghadapi kesukaran untuk bersaing dalam bidang perdagangan maritim.

Hujahan

Orang Melayu kekurangan dana.

Dana yang sedikit menyukarkan pengurusan perdagangan. Dana diperlukan untuk mendapatkan barang dagangan, menguruskan pengangkutan, kerja-kerja pembungkusan dan penghantaran dan lain-lain. Oleh itu, mereka hanya terlibat dalam perniagaan secara kecil-kecilan sahaja.

[2 markah] (e) Penekanan kepada perdagangan maritim untuk meningkatkan

kemajuan ekonomi negara PENSKORAN KBAT

Pendirian

 Penekanan kepada perdagangan maritim untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara adalah tindakan yang wajar. Hujahan

Meluaskan perdagangan ke peringkat antarabangsa

Hasil pengeluaran dapat dieksport. Keadaan tersebut membuka peluang kepada rakyat negara kita menceburi bidang perdagangan. Berbagai-bagai peluang perniagaan dapat dikembangkan. Hal ini dapat meningkatkan kemajuan ekonomi negara.

(16)

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA

(a) Cara penyebaran pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara.Disebarkan oleh Vaisya (pedagang) dari India yang datang

berdagang ke Asia Tenggara

Disebarkan oleh Ksyatria (tentera) semasa melakukan penaklukan wilayah

Disebarkan oleh Brahmin (ahli agama) yang mengikut bersama pedagang atau tentera

 Disebarkan oleh pedagang tempatan yang mengambil budaya India dan mengamalkannya di tempat asal

 Disebarkan oleh pemerintah yang menganut agama hindu dan Buddha

[2 markah] (b) Ketertinggian raja

Ulasan

Pengaruh Hindu Buddha menyebabkan raja menduduki tempat yang tinggi dalam sistem pemerintahan beraja.

Penjelasan

Rakyat percaya raja adalah bayangan tuhan atau dewaraja . Oleh itu, raja dianggap suci. Sesiapa yang menderhaka kepada raja samalah seperti mereka menderhaka kepada tuhan. Mereka yang menderhaka akan menerima pembalasan sama ada hukuman oleh raja atau menerima malapetaka.

[2 markah] (c) Perkataan bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa Sanskrit.

Bahasa Melayu Bahasa sanskrit

 Dosa Dosa

 Duka Dukka

 Derhaka Dorhaka

(d) Kehidupan sosiobudaya masyarakat Melayu dipengaruhi oleh unsur Hindu Buddha

PENSKORAN KBAT

Ulasan

Kehidupan sosiobudaya masyarakat Melayu dipengaruhi oleh unsur Hindu Buddha

Hujahan

Banyak adat masyarakat Melayu ditiru daripada amalan masyarakat dari India yang beragama Hindu

 Contohnya adat bersanding / adat bertindik telinga / adat

melenggang perut dan sebagainya. Adat tersebut masih diamalkan dalam masyarakat Melayu pada hari ini. Adat ini disesuaikan dengan prinsip agama Islam. Hal ini menjadikan budaya Melayu sangat unik. [2 markah] (e) Kepelbagaian budaya dapat mengekalkan keharmonian

hidup masyarakat

PENSKORAN KBAT

Ulasan

Kepelbagaian budaya dapat mengekalkan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum di negara kita

Penjelasan

Setiap kaum berasa ingin mengenali budaya kaum lain.

Mereka berpeluang mengamalkan nilai-nilai baik daripada kaum lain. Dengan itu, timbul sikap menghormati budaya kaum lain

menyebabkan wujud perasaan saling bertolak ansur antara kaum dalam segala hal.

(17)

MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

(a) Ciri jahiliah yang menjadi amalan kehidupan masyarakat hari ini  Melakukan kegiatan tidak bermoral seperti minum arak, berjudi dan

berzina

 Merendahkan martabat wanita

 Tidak mengamalkan peraturan perkahwinan  Membunuh / membuang bayi

 Mengamalkan riba dalam perniagaan

 Merompak dan merampas/ meragut barangan  Menindas golongan miskin

 Mengambil untung berlipat ganda dalam perniagaan  Menipu dalam urusan jual beli

[2 markah] (b) Sebab amalan tersebut masih berlaku dalam masyarakat

 Tidak pengetahuan agama menyebabkan tidak berasa bersalah melakukan dosa

 Sikap individualistik dalam masyarakat menyebabkan mereka tidak mengambil kisah urusan orang lain

 Terpengaruh dengan budaya Barat yang menganggap kegiatan tidak bermoral adalah lambang kemajuan

 Meninggalkan nilai-nilai Timur menyebabkan timbul anggapan apa yang datang dari Barat adalah baik

[3 markah] (c) Cara hapuskan amalan tersebut

Menguatkuasakan undang-undang syariah dengan ketat terhadap penganut Islam

 supaya mereka takut untuk melakukan kegiatan yang bercanggah dengan agama. Amalan yang menurut ajaran agama akan menjadi ikutan masyarakat.

[2 markah]

(d) Semangat asabiyah

 Semangat yang mementingkan puak.

 Semangat yang mengasingkan puak lain yang tidak sehaluan dengan puaknya

 Semangat yang memihak kepada puak sendiri walau pun apa yang dilakukan oleh puak itu salah

 Semangat yang membela puak sehingga sanggup berperang [1 markah] (e) Semangat asabiyah mendatangkan kesan buruk dalam masyarakat

PENSKORAN KBAT

Ulasan

Semangat asabiyah mendatangkan kesan buruk dalam masyarakat

Hujahan

Semangat asabiyah membawa perpecahan dalam masyarakat hingga menimbulkan huru-hara dalam masyarakat. Percanggahan pendapat yang berlaku menyebabkan sesuatu isu tidak dapat diselesaikan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya peperangan dan perasaan dendam yang berpanjangan.

(18)

PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH

(a) Maksud dakwah secara rahsia

 Dakwah secara sembunyi-sembunyi / senyap-senyap

 Ditujukan kepada ahli keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai [1 markah] (b) Tokoh yang terawal memeluk Islam

 Khadijah binti Khuwailid  Ali bin Abu Talib  Zaid bin Harithah  Abu Bakar As-Siddiq  Uthman bin Affan  Zubair bin Awwam  Arqam bin Abi Al-Arqam

[2 markah] (c) Cara Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan dakwah

 Menyampaikan dengan cara berhemah  Menerangkan kebaikan Islam

 Membandingkan Islam dengan cara hidup jahiliah  Membaca ayat al-Quran

 Menjawab pertanyaan dengan ayat al-Quran

 Mengajak masyarakat Arab berfikir tentang kebesaran Allah dengan menggunakan logik akal

 Berceramah kepada kaum Quraisy

[2 markah]

(d) Dakwah Islamiyah pada peringkat awal hanya diterima oleh golongan bawahan

PENSKORAN KBAT

Ulasan

Dakwah Islamiyah pada peringkat awal hanya diterima oleh golongan bawahan

Penjelasan

 Mereka tertarik dengan prinsip persamaan taraf dalam Islam.  Tiada perbezaan taraf dalam kalangan manusia. Manusia adalah

sama di sisi Allah. Kedudukan seseorang tidak ditentukan melalui darjat atau pangkat. Orang yang mempunyai kedudukan yang baik ialah orang yang bertakwa kepada Allah.

[2 markah] (e) Sebab golongan atasan di Makkah menentang dakwah Nabi

Muhammad s.a.w.

Sudah sebati dengan agama nenek moyang

Tidak mahu meninggalkan amalan jahiliah

Tkut kehilangan punca pendapatan daripada jualan patung berhala

Takut kehilangan pengaruh

Tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad yang miskin

(19)

PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH

Jadual di bawah merujuk peringkat penyebaran Islam di Makkah. (a) (i) Dakwah secara rahsia

 Dakwah secara sembunyi-sembunyi / senyap-senyap

 Ditujukan kepada ahli keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai [1 markah] (ii) Dakwah secara terbuka

 Dakwah secara terang-terangan.

 Ditujukan kepada seluruh masyarakat Makkah.  Berjalan selama 10 tahun di Makkah.

[1 markah] (b) Sebab Nabi Muhammad s.a.w. memilih pendekatan

dakwah secara rahsia pada peringkat awal penyebaran Islam  Islam baru dikenali.

 Bilangan penganut Islam masih sedikit.  Mengelakkan penentangan orang Quraisy.  Menjaga asas Islam daripada dihancurkan.

 Kebanyakan penganut Islam adalah golongan bawahan.  Bimbang penganut Islam diseksa.

[2 markah] (c) Cara Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan dakwah

 Menyampaikan dengan cara berhemah  Menerangkan kebaikan Islam

 Membandingkan Islam dengan cara hidup jahiliah  Membaca ayat al-Quran

 Menjawab pertanyaan dengan ayat al-Quran

 Mengajak masyarakat Arab berfikir tentang kebesaran Allah dengan menggunakan logik akal

[2 markah]

(d) Sebab orang Quraisy Makkah tidak menentang dakwah islamiyah pada peringkat awal penyebarannya

 Penyebaran Islam hanya melibatkan keluarga Nabi  Tidak mahu mencampuri urusan keluaga baginda  Penyebaran Islam dilakukan secara rahsia

 Menganggap seruan itu tidak mendapat sambutan

[2 markah]

(e) Golongan atasan menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w. PENSKORAN KBAT

Ulasan

Golongan atasan di Makkah menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan mereka tahu akan kebenaran ajaran Islam

Penjelasan

Mereka sudah sebati dengan agama nenek moyang. Mereka tidak mahu meninggalkan amalan jahiliah yang menjadi budaya hidup. Mereka menyembah berhala. Mereka takut kehilangan punca pendapatan daripada jualan patung berhala.

(20)

PIAGAM MADINAH

(a) Piagam Madinah

 Perlembagaan bertulis yang berkaitan politik, ekonomi dan sosial  Perlembagaan yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w.  Perlembagaan yang berpandukan wahyu Allah s.w.t.  Peraturan untuk menjalankan pemerintahan  Peraturan untuk dipatuhi oleh pemimpin dan rakyat

 Peraturan yang mesti dipatuhi oleh orang Islam dan bukan Islam.  Perjanjian antara pemimpin dan rakyat.

 Perjanjian antara orang Islam dan bukan Islam.

[4 markah] (b) Kandungan Piagam Madinah

Politik

Nabi Muhammad s.a.w adalah ketua negara Baginda menyelesaikan masalah rakyat Madinah Baginda adalah ketua hakim

Undang-undang Islam diguna secara menyeluruh Peraturan kabilah boleh diamalkan

Semua rakyat wajib menjaga kedaulatan Madinah Mempertahankan Madinah daripada diserang musuh

Ekonomi

Menjalankan sistem ekonomi Islam

Rakyat Madinah mendapat peluang ekonomi sama rata Unsur riba dan penipuan dihapuskan

Bekerjasama memajukan negara Madinah

Sosial

Masyarakat Madinah adalah satu ummah

Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri

Mempunyai hak dan kebebasan

Bebas mengamalkan agama

Bebas amalkan adat mereka selagi tidak bertentangan dengan Islam [6 markah]

(c) (i) Piagam Madinah dapat membina negara yang sejahtera

PENSKORAN KBAT Ulasan

Piagam Madinah dapat membina negara yang sejahtera Hujahan

Melaksanakan sistem ekonomi Islam.

Rakyat mendapat peluang ekonomi yang sama rata. Amalan riba dan penipuan dilarang dalam perniagaan. Masyarakat digalakkan mengamalkan amalan bersedekah. Hal ini menyebabkan ekonomi berkembang pesat dan taraf hidup rakyat meningkat.

Melaksanakan hak dan kebebasan dalam masyarakat

Rakyat diberi kebebasan memilih agama. Mereka diberi kebebasan mengamalkan agama dan cara hidup masing-masing. Konsep keadilan sosial yang dipraktikkan ini menyebabkan masyarakat hidup sebagai satu ummah. Mereka hidup saling menghormati dan bersatu padu. Negara akan menjadi aman dan makmur.

[6 markah] (ii) Ciri masyarakat Madinah untuk merealisasikan semangat

1Malaysia.

PENSKORAN KBAT

Masyarakat Malaysia adalah satu ummah.

Rakyat tidak boleh bermusuhan antara satu sama lain. Mereka mempunyai hak yang sama dalam ekonomi. Mereka juga bebas mengamalkan agama / adat kaum masing-masing. Kedailan sosial tersebut akan melahirkan masyarakat bersatu padu. Mereka dapat hidup berdasarkan konsep semangat 1Malaysia.

(21)
(22)

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

(a) Sebab orang Islam berhasrat menziarahi kota Makkah  Di Makkah terletaknya Kaabah.

 Orang Islam berhasrat untuk mengunjungi Kaabah.  Makkah adalah tempat asal orang Muhajirin.

 Hendak mengunjungi sanak saudara mereka yang ada di Makkah.  Hendak melihat tempat turunnya wahyu yang pertama.

 Orang Islam mahu mengerjakan umrah.

[4 markah] (b) Peristiwa yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah

Pada tahun 628 Masihi, rombongan Islam Madinah telah berangkat ke Makkah.

Mereka ingin menunaikan umrah.

Kedatangan orang Islam disekat oleh orang Quraisy Makkah di Hudaibiyah.

Mereka bertindak demikian kerana merasakan maruah mereka tercabar dan bimbang dengan kekuatan pengaruh orang Islam.  Uthman bin Affan dihantar untuk terangkan tujuan kedatangan

orang Islam

Namun, pihak Quraisy tidak mempedulikan tentang hasrat orang Islam itu.

Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan.

Orang Islam bersumpah setia dengan Persetiaan Baiah al-Ridhwan. Orang Arab Quraisy berasa bimbang dengan kata sepakat orang Islam.

Lalu mereka pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. bersedia mengadakan perjanjian. Nabi Muhammad s.a.w. dan pihak Quraisy Makkah menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.

(c) (i) Perjanjian Hudaibiyah menguntungkan pihak Islam PENSKORAN KBAT

Ulasan

 Syarat Perjanjian Hudaibiyah memberikan keuntungan kepada pihak Islam dalam jangka panjang.

Bukti

Gencatan senjata selama 10 tahun membolehkan orang Islam menyebarkan dakwah Islamiyah secara terbuka dan aman. Kabilah-kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah membolehkan banyak kabilah Arab berbaik dengan Islam dan memeluk Islam.

Orang Islam Madinah yang memihak kepada orang Quraisy Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan. Hal ini menyebabkan golongan murtad dan munafik tidak terdapat di Madinah. Orang Quraisy Makkah yang memihak kepada orang Islam Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula. Hal ini membolehkan dakwah Islamiah dapat dikembangkan di Makkah secara sembunyi-sembunyi.

[6 markah] (ii) Pengajaran daripada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah

PENSKORAN KBAT

Sekiranya kita mempunyai semangat bersatu padu, kita akan dihormati.

Keputusan yang dibuat secara bersama selalunya membawa lebih banyak manfaat. Contohnya orang Islam bersatu melakukan Baiah ar-Ridhwan menyebabkan orang Quraisy Makkah berasa gentar. Akhirnya peristiwa tersebut membawa keuntungan kepada pihak Islam.

Kita hendaklah menghormati keputusan pemimpin kerana selalunya pempimpin berpandangan jauh.

Kita mungkin tidak nampak manfaat di sebalik keputusan yang dibuat oleh pemimpin, tetapi dalam jangka panjang ia akan

menguntungkan. Contohnya persetujuan Nabi Muhammad terhadap syarat perjanjian Hudaibiyah memberi manfaat kepada pihak Islam.

(23)
(24)

ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN

(a) Sebab Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dianggap Penyelamat Umat IslamPerlantikan Abu Bakar as-Siddiq sebagai Khalifah berjaya

menyelesaikan isu perlantikan Khalifah.

Perlantikan beliau menyebabkan umat Islam yang berpecah-belah kembali bersatu.

Beliau berjaya mengembalikan semula golongan murtad dan golongan ar-Riddah kepada Islam.

Beliau telah bertindak tegas terhadap golongan murtad. Beliau memerangi dan menghapuskan golongan ar-Riddah.

Beliau berjaya mempertahankan ancaman Parsi dan Rom. Kerajaan Parsi mengambil kesempatan menyerang kerajaan Islam disebabkan krisis di Madinah. Beliau menghantar tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid ke Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan untuk menghadapi tentera Parsi.

Abu Bakar as-Siddiq menjaga kebajikan golongan mawali. Golongan mawali berasa rendah diri kerana mereka bukan berketurunan Arab. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq memberi layanan yang baik untuk mengembalikan keyakinan mereka kepada Islam.

[6 markah] (b) Pembaharuan Khalifah Umar al-Khattab

Politik dan Pentadbiran

Menubuhkan Majlis Syura

Dianggotai oleh orang Ansar dan Muhajirin.

Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah Wilayah tersebut ialah Makkah, Madinah, Kufah, Palestin, Jazirah dan Basra. Wali / Gabenor dilantik untuk menjadi pentadbir wilayah dan panglima tentera.

Menubuhkan Jabatan Kerajaan

Jabatan Tentera, Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan

Perbendaharaan Negara. Penubuhan jabatan kerajaan bertujuan untuk melicinkan pentadbiran.

Untuk mengelakkan salah laku hakim. Hakim dibayar gaji yang lumayan untuk mengelakkan penyelewengan.

Ketenteraan

Menyusun semula sistem ketenteraan

Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap diberi pakaian seragam.

Memperkuatkan sistem pertahanan

Markas tentera dibina di setiap bandar utama. Kubu pertahanan dibina di sempadan yang menghadap negara musuh. Contohnya di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

Melantik Panglima Tentera yang baru

Melucutkan jawatan Khalid al-Walid demi menjaga akidah tentera Islam. Khalid al-Walid digantikan dengan Abu Ubaidah al-Jarrah.

Ekonomi

Memajukan bidang pertanian

Beliau membina terusan dan tali air untuk pengairan. Contohnya empangan Abu Musa di Basrah dan terusan Amirul Mukminin di Mesir. Rakyat digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian. Tanah terbiar dipulihkan supaya digunakan untuk pertanian.  Memperkenalkan sistem tanah.

Mewujudkan tanah bertuan dan tanah tidak bertuan. Tanah bertuan ialah tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan. Tanah tidak bertuan ialah tanah kerajaan. Tanah ini tidak boleh dimiliki tetapi boleh diusahakan oleh rakyat untuk bertani.

Memperkenalkan sistem cukai.

Melaksanakan cukai jizyah dan kharaj. Cukai jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas golongan zimmi. Kharaj ialah cukai ke atas tanah berdasarkan jenis dan kesuburannya. Tanah yang ditanam dengan barli kharajnya 1 dirham, gandum 2 dirham manakala tanah yang ditanam dengan anggur kharajnya 10 dirham.

Mendirikan Baitulmal.

(25)

Sosial

Mengembangkan pengajian al-Quran

Beliau menyediakan tempat pembelajaran al-Quran di masjid. Beliau menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya Abu Sufyan dihantar ke pedalaman untuk mengajar orang Badwi.

Memperkenalkan Takwim Hijrah

Peristiwa hijrah dikira tahun pertama kalendar Hjrah.

[6 markah] (c) (i) Ciri kepimpinan pemimpin di atas yang boleh dicontohi

PENSKORAN KBATMengamalkan ajaran Islam

Mereka mematuhi perintah Allah. Mereka melaksanakan hukum Allah dengan adil. Semua rakyat dilayan dengan ang baik. Dengan ciri-ciri kepimpinan itu, pentadbiran kerajaan menjadi cekap dan mencapai kemajuan.

[4 markah] (ii) Sebab negara Malaysia disegani

PENSKORAN KBAT

Memelihara kedudukan agama Islam.

Islam menjadi agama rasmi Persekutuan Malaysia. Malaysia mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah iaitu menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah. Hal ini menjadikan pentadbiran negara cekap dan berjaya mewujudkan perpaduan kaum.

(26)

KERAJAAN BANI UMAIYAH

(a) Pembaharuan kerajaan Bani Umaiyah dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran.

Mengubahsuaikan pemerintahan Sistem Khalifah Masih mengekalkan Khalifah sebagai ketua pemerintah. Bagaimanapun Khalifah dilantik secara warisan.

Memperkenalkan Sistem Wazarah.

Melantik Wazir untuk mengetuai pentadbiran negara di peringkat pusat. Gabenor pula dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah.  Memperkenalkan Sistem Urus Setia.

Pentadbiran negara dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian Surat Menyurat, Bahagian Cukai, Bahagian Ketenteraan, Bahagian Polis dan Bahagian Kehakiman. Pegawai-pegawai dilantik untuk menjalankan urusan pentadbiran.

Memperkenalkan Sistem Hijabah

Pegawai ditugaskan mengawal keselamatan khalifah. Orang yang hendak menemui khalifah akan diperiksa oleh pegawai keselamatan. Ada tiga pegawai yang dikecualikan daripada sekatan keselamatan iaitu Bilal, Ketua Pos dan Ketua Penyedia Makanan.

Menubuhkan empat jabatan kerajaan

Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Cop Mohor Pemerintah.

Memperkemaskan sistem ketenteraan

Kerajaan menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan). Kerajaan juga menubuhkan angkatan tentera darat dan tentera laut.

[6 markah] (b) Pencapaian kerajaan Bani Umaiyah di Cordova dalam bidang ekonomi

Kerajaan Bani Umaiyah berjaya dalam perdagangan antarabangsa.

Cordova menjadi pusat perdagangan antarabangsa.

Berjaya mengembangkan perusahaan pembuatan

Industri pembuatan barangan tembikar, perhiasan daripada emas dan perak, memproses kulit dan membuat senjata berkembang maju.

Mencapai kemajuan dalam sektor pertanian

Sistem saliran dibina untuk memajukan tanah pertanian.

Penyelidikan juga dijalankan untuk mendapatkan benih berkualiti agar hasil pertanian dapat dipertingkatkan.

Berjaya menguruskan sistem kewangan negara

Baitulmal ditubuhkan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara. Baitulmal juga berperanan menguruskan sumber pendapatan negara. Pendapatan negara diperolh daripada kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai perlindungan), zakat, usyur (cukai ke atas hasil pertanian) dan ghanimah (harta rampasan perang).

[4 markah] (c) (i) Rasionalnya kerajaan melakukan pembaharuan dalam sistem

pemerintahan dan pentadbiran PENSKORAN KBAT

Ulasan

Pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran adalah langkah yang bijak.

Penjelasan

Pembaharuan yang dilakukan dapat meningkatkan kualiti pentadbiran.

 Pemerintahan dan pentadbiran menjadi bertambah cekap. Kecekapan dalam pemerintahan dan pentadbiran akan

meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam. Corak pentadbiran yang cekap akan mendapat keyakinan rakyat dan menjadikan kerajaan yang memerintah lebih berwibawa.

(27)

(ii) Cara kerajaan meningkatkan kemajuan ekonomi negara PENSKORAN KBAT

Menggalakkan pelaburan asing

Kerajaan menyediakan pelbagai insentif. Contohnya menyediakan zon perindustrian eksklusif, pengurangan tariff, pengecualian cukai dan sebagainya. Dengan langkah itu, bidang perusahaan dan perdagangan berkembang pesat. Pelabur asing banyak membuat pelaburan di negara kita. Perkembangan tersebut memberikan sumbangan kepada pendapatan negara, di samping memperluaskan penglibatan rakyat dalam perdagangan antarabangsa.

Meningkatkan produktiviti pertanian negara

Dapat mengurangkan pergantungan kepada import bekalan makan dari luar negara. Hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara. Kita patut meningkatkan pemprosesan hasil pertanian menjadi barangan pengguna untuk menjamin kestabilan produk pertanian negara. Buah-buahan tempatan perlu dipromosikan secara besar-besaran agar buah-buahan tersebut dapat menembusi pasaran antarabangsa.

(28)

KERAJAAN BANI ABBASIYAH

(a) Persamaan peranan Baitulhikmah dengan Dewan Bahasa dan PustakaPusat intelektual

Yang berperanan sebagai pusat penyebaran ilmuPusat penterjemahan

Yang menterjemah karya asing ke dalam bahasa Arab / bahasa Melayu

Menjadi pusat penulisan buku ilmiah

Seperti ilmu agama, sejarah, kesenian dan sebagainyaMenjadi pusat melahirkan penulis dan ilmuan

Seperti Imam Malik, Imam Syafii, Imam Ahmad Ibn Hanbal, Zaaba dan lain-lain

[4 markah] (b) Faktor kegemilangan kedua-dua kerajaan di atas sebagai pusat

kegiatan intelektual PENSKORAN KBAT

Terdapat ramai golongan cendekiawan yang menghasilkan pelbagai bidang penulisan

Ramai cendekiawan muncul di kota Vaghdad. Contohnya Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafi’i dan Imam Ahmad Ibn Hanbal. Ulama menyusun hadis dan menghasilkan penulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah dan sebagainya. Imam Malik menyusun buku al-Muwatta’, Ibn Ishaq menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w., Abu Hanifah menyusun fikah dan pendapat ijtihad.

Ramai cendekiawan muncul di Malaysia. Contohnya Prof. Diraja Ungku Aziz yang menghasilkan kajian ilmu dalam bidang ekonomi moden, sasterawan Usman Awang yang menghasilkan karya puisi moden yang mempunyai nilai sastera yang bermutu tinggi.

Galakan yang dilakukan oleh kerajaan

Kerajaan menyediakan kemudahan untuk kegiatan keilmuan. Khalifah Harun al-Rashid menubuhkan Baitulhikmah. Baitulhikmah menterjemah karya falsafah dan sains daripada bahasa Yunani ke

Terdapat banyak pusat pengajian tinggi

Pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah, universiti menjadi tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu. Pusat pengajian tinggi menjalankan kajian dan penyelidikan.Hasil dapatan kajian disebarkan ke Eropah.Ilmu Islam memberi sumbangan kepada kelahiran Zaman Renaissance.

Di Malaysia, kerajaan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang member peluang kepada pelajar dari seluruh negara menimba ilmu pengetahuan. Malaysia telah menjadi hub pendidikan Asia Tenggara.

[6 markah] (c) (i) Sebab memberikan keutamaan kepada bidang pendidikan

PENSKORAN KBAT

Hendak mewujudkan k-masyarakat

Melahirkan masyarakat yang berpegang kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. Contohnya, masyarakat yang sentiasa belajar, membuat penyelidikan dan dan memanfaatkan ilmu tersebut untuk membangunkan negara. Dengan itu lahirlah

masyarakat yang pintar yang akan menjadi tenaga kerja yang berpengetahuan.

Hendak menjadikan negara sebagai hub pendidikan

Menubuhkan pusat pengajian tinggi supaya penuntut dari dalam dan luar negara dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Kerajaan menjalinkan kerjasama dengan universiti luar negara dalam program universiti berkembar agar pengajian peringkat tinggi dapat diperluaskan. Dengan itu hasrat kerajaan untuk menjayakan k-ekonomi (k-ekonomi berlandaskan pengetahuan) akan tercapai.

(29)

(ii) Persediaan untuk membolehkan negara kita menjadi pusat pendidikan dunia

PENSKORAN KBAT

Menyiapkan prasarana pendidikan agar pendidikan dapat disampaikan secara kondusif

Menambahkan bilangan pusat pendidikan. Contohnya sekolah, kolej pengajian tinggi, pusat kemahiran dan universiti. Pusat pendidikan tersebut dilengkapi dengan kemudahan pendidikan berasaskan ICT supaya kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

(30)

KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH

(a) Latar belakang pembentukan kerajaan Turki Utmaniyah.

 Kelemahan kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan-kerajaan kecil di Parsi dan Turki.

 Antara kerajaan kecil di Turki ialah kerajaan Saljuk.

 Kerajaan Uthmaniyah ialah kerajaan kecil di bawah kerajaan Saljuk.  Tetapi, kerajaan ini bebas menjalankan pemerintahan sendiri.  Uthman Erthugrul mengasaskan kerajaan Uthmaniyah dengan

menguasai kerajaan-kerajaan kecil yang lain.

 Kejayaan Uthman Erthugrul menewaskan Byzantine menyebabkan banyak kerajaan kecil bersatu di bawahnya.

[4 markah] (b) Faktor kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam ke

Eropah.

Penguasaan Istanbul (Constantinople)

Menyebabkan wujudnya sebuah empayar Islam. Istanbul menjadi lambang kesatuan umat Islam. Istanbul menjadi pusat pentadbiran Dunia Islam dan pusat perdagangan antarabangsa. Perdagangan dunia dikuasai oleh orang Islam. Penguasaan tersebut

menyebabkan bermulanya penyebaran Islam ke Eropah.  Kejatuhan empayar Byzantine

Kejatuhan itu menyebabkan keadaan politik di Eropah tidak stabil. Pertelingkahan sering berlaku antara kerajaan-kerajaan kecil di Eropah. Maharaja John VI Cantacuzens meminta tentera Islam memasuki Eropah untuk membantunya. Gereja Greek Ortodoks tidak lagi menjadi pelindung masyarakat Kristian. Tambahan pula, penyelewengan berlaku dalam kalangan pemimpin Gereja. Hal tersebut menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap kewibawaan Gereja.

[6 markah]

(c) (i) Peranan dasar sosial Islam menarik minat masyarakat Eropah memeluk agama Islam.

Kerajaan Uthmaniyah menjalankan dasar diplomasi dalam agama.

Masyarakat Balkan tidak dipaksa untuk memeluk Islam. Kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri urusan keagamaan orang Kristian. Kerajaan tersebuit mengiktiraf kedudukan Gereja Ortodoks. Gereja Ortodoks dibenar melaksanakan perundangan dan menguruskan hartanya. Gereja Ortodoks dibenarkan melindungi kepentingan masyarakat Kristian di kawasan Balkan. Dasar diplomasi itu menarik minat orang eropah untuk memahami Islam.

Kerajaan Uthmaniyah mengamalkan dasar sosial yang bersifat terbuka.

Kerajaan Uthmaniyah meolak dasar yang berasaskan keturunan. Islam mengamalkan dasar sosial yang berasaskan kecemerlangan individu. Setiap individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya sendiri. Islam memberi keadilan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.

[6 markah] (ii) Sebab cara hidup masyarakat Islam pada hari ini tidak

berupaya menarik minat untuk mendekati Islam

Masyarakat Islam tidak mengamalkan cara hidup Islam. Cara hidup orang Islam serupa dengan cara hidup jahiliah yang diamalkan oleh orang bukan Islam. Tiada yang istimewa tentang Islam pada pandangan orang bukan Islam

Masyarakat Islam tidak berilmu pengetahuan. Orang Islam tidak bersungguh-sungguh menguasai ilmu pengetahuan. Orang Islam ketinggalan dalam mempelopori ilmu baharu. Orang bukan Islam tidak perlu merujuk kepada orang Islam untuk mendalami ilmu pengetahuan.

(31)

PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN

(a) Tamadun dunia yang bertembung dengan tamadun Islam.  Tamadun Eropah

 Tamadun Mesir  Tamadun China

[2 markah] (b) Kesan yang berlaku dalam bidang keilmuan akibat

pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Eropah  Munculnya pelbagai bidang ilmu baru

 Lahir ramainya cendekiawan dalam bidang ilmu  Karya Eropah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab  Ilmu Eropah diubahsuaikan dengan ilmu Islam  Kajian ilmiah dijalankan terhadap bidang ilmu  Lahirnya ilmu falsafah Islam

[2 markah] (c) Kegemilangan tamadun sesebuah bangsa berkait rapat dengan

kecemerlangan mereka dalam bidang ilmu PENSKORAN KBAT

Ulasan

Kegemilangan tamadun sesebuah bangsa berkait rapat dengan kecemerlangan mereka dalam bidang ilmu.

Penjelasan

 Kecemerlangan dalam ilmu menyebabkan masyarakat lebih kreatif. Dengan ilmu, masyarakat berjaya mencipta teknologi baru. Contohnya, mencipta peralatan-peralatan baru, teknologi penyimpanan dan pembungkusan barangan dan sebagainya. Dengan teknologi baru, mereka akan dapat meningkatkan pencapaian ekonomi

[2 markah]

(d) Persediaan yang perlu dibuat jika negara kita ingin membina kecemerlangan dalam bidang keilmuan dan intelektual

PENSKORAN KBAT

Menubuhkan universiti bertaraf dunia untuk menggalakkan kemasukan pelajar dari luar negara.

Contohnya Universiti Islam antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Multimedia. Universiti tersebut menawarkan kursus mengikut keperluan masyarakat dunia. Pelajar dari luar datang menuntut di universiti negara kita.

[2 markah] (e) Kemungkinan yang berlaku, sekiranya masyarakat kita tidak

mengambil berat terhadap ilmu pengetahuan PENSKORAN KBAT

Negara akan menjadi mundur kerana rakyat tidak berilmu pengetahuan.

Kita tidak dapat mengusahakan sendiri sumber ekonomi negara kerana kekuarangan tenaga pakar. Kita akan sentiasa bergantung kepada teknologi dari luar. Negara kita tidak dapat membina industri berat kerana kekurangan pengetahuan dalam teknologi.

(32)

PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA

(a) Cara pedagang menyebarkan Islam di Asia Tenggara.  Menyebarkan agama Islam sambil berdagang  Menjadikan agama Islam sebagai tajuk perbualan  Menunjukkan sifat mahmudah

 Mengamalkan sifat berhemah semasa berdakwah

 Membawa ulama bersama mereka untuk menyebarkan Islam  Menetap dan membuka perkampungan Islam

 Menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat perbincangan Islam

 Berkahwin dengan wanita tempatan

 Mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah tempatan  Menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.

[2 markah] (b) Sebab Islam mudah tersebar melalui perdagangan

 Kesungguhan pedagang menyebarkan Islam  Sifat mahmudah pedagang menjadi teladan  Sifat berhemah pedagang menyampaikan dakwah.  Pedagang membawa ulama bersama mereka

 Pedagang menjadikan perkampungan mereka sebagai pusat perbincangan tentang Islam.

 Pedagang Islam berkahwin dengan wanita tempatan.  Pedagang mewujudkan hubungan baik dengan pemerintah

tempatan.

 Pedagang menggunakan jawatan syahbandar untuk menyebarkan Islam.

[2 markah]

(c) Usaha pemerintah Kesultanan Melayu Melaka untuk menyebarkan Islam

Bendahara Tun Perak menakluki kawasan di pesisiran pantai di Sumatera – Aru, Rokan, Siak dan Inderagiri.

 Kerajaan Melaka menghantar ulama untuk sebar Islam di tanah jajahannya.

 Kerajaan Melaka memberikan keistimewaan kepada penganut Islam.  Sultan Melaka mengahwinkan puterinya dengan raja yang belum

Islam.

[2 markah] (d) Peranan ulama meningkatkan syiar Islam

 Mengajar asas Islam secara tidak formal

 Mengajar Islam di istana, masjid, rumah dan pondok  Mmenubuhkan pondok, pesantren dan dayah

 Mmenjadi penterjemah kitab Arab ke dalam bahasa Melayu  Mmenghasilkan karya penulisan tentang Islam

 Menjadi pakar rujuk ulama lain tentang masalah agama  Menjadi penasihat raja dalam pentadbiran

 Menjadikan Demak sebagai pusat rgerakan dakwah Islamiah  Menjadikan Masjid Agung Demak sebagai markas dakwah.

[2 markah] (e) Sebab masyarakat Melayu mudah menerima Islam

 Islam mudah difahami

 Islam sesuai dengan budaya masyarakat Asia Tenggara  Masyarakat asia Tenggara mudah menerima perubahan  Masyarakat tertarik dengan cara hidup Islam

 Agama Islam dianuti oleh pemerintah

 Semua pihak sama-sama menyebarkan Islam

(33)

PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

(a) Maksud daulat

 Mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan seseiapa sahaja yang melanggar arahannya (derhaka) akan menerima akibat (tulah)  Dipegang dan dipercayai kebenarannya.

 Mengikat kesetiaan golongan rakyat kepada golongan pemerintah.  Mengangkat kedudukan raja ke tahap yang tinggi.

 Menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi raja.  Konsep daulat diperkukuhkan dengan pelbagai adat istiadat.

[2 markah]

(b) Cara konsep daulat diperkukuhkan

Melalui cara berpakaian seperti larangan penggunaan warna putih dan kuning untuk rakyat.

Mengehadkan jenis pakaian seperti pakaian daripada songket dan tengkolok untuk raja sahaja.

Melalui bahasa dan pengucapan seperti penggunaan bahasa dalam (bahasa istana)

Melalui tingkah laku seperti mengangkat sembah, duduk bersila dan sebagainya.

Melalui istiadat pertabalan seperti upacara pertabalan, pembacaan ciri, lafaz ikrar taat setia dan sebagainya.

[2 markah]

(c) Sebab rakyat mesti memberikan kesetiaan kepada Sultan  Hendak mewujudkan kestabilan politik dalam negeri  Raja adalah ketua kerajaan

 Segala titah raja menjadi undang-undang  Raja berkuasa ke atas rakyat

 Rakyat dibenarkan menjalankan pertanian atas tanah milik raja

[3 markah]

(d) Cara menunjukkan kesetiaan kepada Sultan  Mematuhi undang-undang negeri  Tidak menderhaka kepada raja  Membayar cukai dan hasil kepada raja

 Menjaga peri laku agar tidak melanggar larangan

 Menjadi tentera kerahan semasa negeri dilanda peperangan  Melaksanakan kerja raja pada hari kebesaran

 Menjadi buruh kerahan tenaga untuk membuka tanah milik raja  Mentaati pembesar yang dilantik oleh raja

(34)

PENGARUH ISLAM TERHADAP MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

(a) Cara masyarakat Melayu tradisional menerapkan nilai moral kepada anak- anak melalui pendidikan tidak formal.

Teguran secara langsung.

Menegur dan menasihati anak-anak apabila mereka melakukan kesalahan. Contohnya menasihati anak-anak yang suka membuang masa, malas membantu ibu bapa mengusahakan pekerjaan atau membuat kerja rumah dan sebagainya.

Melalui kaedah bercerita.

Menggunakan cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka. Contoh cerita yang selalu digunakan ialah cerita Pak Pandir, Anjing dengan bayang-bayang dan sebagainya. Mereka menerapkan unsur nasihat dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar daripadanya.

Melalui pergaulan sosial.

Mengajar adab pergaulan dengan orang dewasa. Contohnya memanggil orang yang lebih tua dengan panggilan Abang, Kakak, Pakcik, Encik, Tuan dan sebagainya. Mereka diajar cara bercakap dengan orang yang lebih tua. Anak-anak hendaklah menggunakan bahasa dan nada yang sopan tidak tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan orang lebih tua daripadanya.

Melalui pantang larang, adab dan adat istiadat. (Berikan Huraian dan Contoh yang sesuai)  Menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki.

(Berikan Huraian dan Contoh yang sesuai)

[2 markah]

(b) Sebab masyarakat Melayu tradisional sangat menitikberatkan nilai moral dalam kehidupan mereka

PENSKORAN KBATMenjaga adat dan budaya

agar adat dan budaya Melayu menjadi amalan dalam masyarakat. Contohnya, adat berziarah, adat bergotong-royong, adat berjiran dan sebagainya. Adat ini patut dipelihara dan diamalkan hingga hari ini.

[2 markah] (c) Sistem pondok kurang mendapat sambutan masyarakat kerana

pelaksanaannya tidak sistematik. PENSKORAN KBAT

Ulasan

Pendidikan pondok kurang mendapat sambutan kerana pelaksanaannya tidak sistematik.

Hujahan

Tidak mempunyai waktu belajar yang khusus.

Contohnya pembelajaran semasa kuliah zohor, maghrib dan subuh. Hal ini menyebabkan pembelajaran menjadi kurang berkesan. Dengan itu, masyarakat lebih gemar menghantar anak-anak mereka belajar di madrasah.

(35)

(d) Sistem pondok perlu dikekalkan PENSKORAN KBAT

Pendirian

Pendidikan pondok perlu dikekalkan

Hujahan

Kerana dapat melahirkan guru agama

Mereka dapat mengajar agama kepada masyarakat. Usaha mereka akan melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan memiliki pegangan agama. Dengan itu lahirlah masyarakat yang berdisiplin

[2 markah] (e) Usaha memajukan sistem pondok

PENSKORAN KBAT

Menyediakan kurikulum pondok yang seragam

Kurikulum pendidikan pondok menjadi selaras di seluruh negara. Semua pondok dalam negara kita mengikuti sukatan pelajaran dan kemahiran yang sama. Pelajar juga mengikuti sesi ujian dan peperiksaan. Hal ini menjadikan pendidikan pondok lebih berkesan.

Referensi

Dokumen terkait

Dan menurut Muhammad Rasyid Ridla, pengaruh khusyuk dalam shalat terhadap perilaku manusia adalah akan menjadi mushalli yang sabar, dapat mencegah mushalli dari hal-hal yang

Jika kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup atau peta makna yang meniscayakan anggota warga memahami dunia, maka penambahan kata ‘sub’ di depan budaya menjadi

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dipaparkan, maka peneliti tertarik untuk melakukan penelitian mengenai pengaruh komitmen organisasi terhadap kinerja

Karakter tanggung jawab adalah biasa menyelesaikan tugas-tugas tepat waktu, menghindari sikap ingkar janji dan biasa mengerjakan tugas sampai selesai (Majid dan

Dosen pembimbing yang luar biasa menurut penulis dengan kesabaran yang selalu diberikan kepada peneliti dalam menyelesaikan proses skripsi ini dan waktu luang yang

Kondisi optimal ekstraksi gelatin dari limbah tulung ikan nila diperoleh pada suhu 60 o C dengan waktu 1 jam, dengan rendamen gelatin sebesar 9,55%. Fish Gelatin: Technical Aspects

Bagi Investor, yaitu diharapkan agar dapat menjadi faktor penentu keputusan yang akan diambil dalam melakukan aktivitas investasi saham pada perbankan yang

Uji Bartlett Untuk Homogenitas Ragam Data Pengaruh Kombinasi Perlakuan Cuka dan Larutan Buah Lerak Terhadap Tingkat Keracuanan Gulma Cyperus rotundus pada Pengamatan