• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dasar Pembatalan Sistem Perhambaan pada Tahun 1878M-1905M

Bangkok Nonthaburi

DI PERSEKITARAN BANGKOK SEMASA PEMERINTAHAN MONARKI

3.4 Zaman Pemerintahan Raja Rama V dan Raja Rama VI

3.4.1 Dasar-dasar Kerajaan yang Mempengaruhi Survival Orang Melayu di persekitaran Bangkok pada Zaman Pemerintahan Raja Rama V dan Raja

3.4.1.1 Dasar Pembatalan Sistem Perhambaan pada Tahun 1878M-1905M

Sistem perhambaan merupakan sebahagian daripada dasar dalam masyarakat Thai. Sistem tersebut telah disahkan oleh undang-undang Thai semenjak zaman Ayutthaya. Sistem perhambaan telah menyusup masuk ke dalam kehidupan masyarakat Thai pada ketika itu. Pada zaman Rattanakosin, jumlah Thas atau hamba semakin bertambah kerana rakyat biasa bertindak melarikan diri daripada kemiskinan dan kesusahan hidup melalui penjualan diri sendiri untuk menjadi hamba. Pada masa pertengahan abad ke-19M, anggaran bilangan hamba Siam berjumlah satu pertiga daripada jumlah penduduk Siam.18 Oleh yang demikian, pada zaman Raja Rama V, baginda telah mencadangkan untuk membatalkan sistem perhambaan dengan beberapa faktor iaitu:19

a) Pengaruh Peradaban Barat

Pengaruh peradaban Barat yang menuju ke arah kebebasan penduduk serta pembatalan sistem perhambaan sebagai punca utama yang menggesa Raja Rama V mengambil inisiatif untuk menghapuskan sistem perhambaan di Thailand. Konsep pembatalan dan sistem perhambaan berkaitan merebak ke dalam masyarakat Thai adalah melalui aktiviti perdagangan antara kerajaan Thai dengan orang asing

b) Pengaruh Imperialisme Barat

Pengaruh imperialisme Barat turut menimbulkan ancaman kepada penguasa Thailand. Hal ini kerana, jika negara Thailand mundur dari segi sosial, tidak bertamadun dan keadaan kehidupan rakyat masih lagi diperhambakan, pasti negara-negara Barat akan menggunakan alasan tersebut untuk menguasai negara-negara Thailand melalui bantuan dan campur tangan untuk mewujudkan kemakmuran.

c) Pengaruh Ekonomi

Perjanjian Bowring yang telah ditandatangani menyebabkan perdagangan dan pengeluaran pendapatan dikembangkan. Perkembangan ekonomi tersebut menyebabkan berlakunya peningkatan tenaga buruh terutamanya dalam aktiviti pengeluaran beras. Sekiranya hamba tidak dibebaskan, tenaga kerja untuk ekonomi negara tidak akan mencukupi. Kebanyakan hamba dalam masyarakat Thai pada masa itu bukan golongan hamba yang dimiliki oleh Raja, tetapi mereka adalah terdiri daripada kumpulan hamba yang dimiliki oleh para pembesar atau golongan bangsawan. Oleh hal yang demikian mereka tidak boleh keluar dari kawasan yang ditetapkan, dan sebaliknya mereka hanya boleh bekerja untuk tuan mereka sahaja. Manakala pihak kerajaan pula tidak mempunyai hak ke atas hamba-hamba yang dimiliki oleh para pembesar kerana kerajaan telah mengutip cukai daripada mereka termasuk juga cukai perhambaan. Oleh itu, pembatalan sistem perhambaan telah membebaskan tenaga buruh untuk memenuhi keperluan ekonomi negara.

d) Pengaruh Pentadbiran Moden

Raja Rama V mempunyai rancangan untuk memodenkan pentadbirannya. Baginda melihat bahawa sistem perhambaan boleh menghalang rancangan tersebut.

memerlukan ramai tenaga kerja. Baginda berpendapat, sekiranya rakyat masih dijadikan hamba dan tidak ada kebebasan untuk bekerja, maka usaha pemodenan pentadbiran yang dirancangkan tidak akan tercapai matlamatnya.

Pembatalan sistem perhambaan tidak boleh dilakukan dengan segera kerana sistem tersebut telah lama wujud dan berjalan menguasai kehidupan dalam masyarakat Thai. Manakala kesan pembatalan perhambaan yang akan dilakukan dipercayai secara langsung sangat mempengaruhi pembesar-pembesar negara yang memiliki hamba. Jika sistem itu dibatalkan dengan serta-merta, sudah semestinya para pembesar tidak akan bersetuju dengan rancangan ini. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah tersebut dan meneruskan rancangan pembatalan sistem perhambaan, Raja Rama V telah membuat rancangan untuk menghapuskan sistem perhambaan ini secara sedikit demi sedikit seperti yang berikut:21

1) Pengeluaran arahan untuk meninjau jumlah hamba. Pada tahun 1874M, kerajaan telah mengumumkan arahan ini kepada sesiapa yang memiliki hamba supaya melaporkan jumlah hamba yang dimilikinya terutama hamba yang dilahirkan semenjak tahun 1868M yang merupakan tahun baginda menduduki takhta. Peninjauan ini adalah langkah pertama dalam rancangan pembatalan sistem perhambaan yang akan dilakukan pada masa akan datang. 2) Pengumuman Akta Persaraan Anak Hamba Thai pada tahun 1874M yang

bertujuan untuk menetapkan beberapa panduan rancangan iaitu:

a) Orang yang menjual diri menjadi hamba dan hamba yang dijual oleh tuannya yang dilahirkan pada tahun 1868M dan tahun seterusnya, akan dibebaskan tanpa syarat apabila berumur 21 tahun. Bagi hamba yang dilahirkan sebelum tahun 1868M, mereka masih berstatus hamba mengikut undang-undang lama.

b) Hamba yang dilahirkan selepas tahun 1868M akan dibebaskan mengikut syarat umur, dan boleh membayar wang tebusan kepada tuan punya dengan harga yang murah untuk membebaskan diri sendiri.

c) Ibu bapa yang melahirkan anak pada tahun 1868M dan seterusnya, tidak boleh menjual anak-anak mereka untuk dijadikan hamba. Jika didapati sesiapa yang menipu tahun kelahiran untuk menjual diri sendiri atau anak menjadi hamba, mereka akan dikenakan hukuman berat.

d) Dilarang tuan punya hamba, mengira harga makanan dan minuman daripada kanak-kanak lelaki atau perempuan yang telah dibebaskan, jika kanak-kanak itu tinggal bersama atau mengikut ahli keluarga yang belum dibebaskan menginap atau bekerja di rumah tuan punya sehingga kanak-kanak itu dijadikan hamba berdasarkan pengiraan harga makanan dan minuman tersebut.

e) Akta Persaraan Anak Hamba Thai tahun 1874M ini hanya diguna pakai di Kawasan Tengah Thailand; tidak termasuk negeri naungan yang terletak di kawasan yang jauh dari Bangkok.

3) Mengumumkan Dasar Pembatalan Sistem Perhambaan di kawasan wilayah-wilayah Timur Laut pada 21 September 1900M.

4) Mengumumkan Dasar Pembatalan Sistem Perhambaan di kawasan wilayah-wilayah Barat pada tahun 1904M. Kemudian pada tahun 1906M, kawasan wilayah-wilayah Barat ini diberikan kepada Perancis.

5) Pengumuman penggunaan Akta Hamba Rattanakosinsok 12422 pada tahun

a) Anak hamba yang dilahirkan selepas akta ini diumumkan tidak akan menjadi hamba. Manakala hamba yang telah dibebaskan tidak boleh menjual dirinya untuk menjadi hamba semula.

b) Berdasarkan akta ini, harga hamba dikurangkan kepada empat baht untuk

memudahkan pembayaran kepada hamba-hamba yang ingin

membebaskan diri.

Dasar Pembatalan Sistem Perhambaan yang dijalankan oleh Raja Rama V secara langsung telah mempengaruhi survival orang Melayu di persekitaran Bangkok . Status hamba yang telah dilaksanakan selama ini telah menjadi penghalang yang besar ke arah mencapai kemajuan dan perkembangan dalam kalangan masyarakat Melayu di kawasan ini. Apabila sistem perhambaan tersebut telah dibatalkan, mereka boleh menggunakan status kehidupan seperti orang biasa yang tiada sebarang sekatan yang dihadkan mengenai hak-hak dan syarat yang banyak seperti sebelumnya. Boleh dicatatkan bahawa Dasar Pembatalan Sistem Perhambaan ini merupakan suatu permulaan ke arah pencapaian perkembangan masyarakat Melayu di Bahagian Tengah Thailand.

Mengenai perubahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu di Bangkok serta perkembangan orang Melayu di Bahagian Thailand Tengah, Worapong Charoenwong, seorang penyelidik tamadun Islam di Thailand juga turut memberi pandangan. Katanya, perkembangan masyarakat Melayu di Thailand adalah disebabkan Dasar Pembatalan Sistem Perhambaan yang dilaksanakan oleh Raja Rama V. Sekiranya sistem tersebut tidak dihapuskan, nescaya masyarakat Melayu tidak akan berkembang dan tidak akan maju seperti sekarang. Keadaan ini sekali gus menunjukkan bahawa sistem perhambaan sebagai sistem yang menghalang kemajuan negara.23 Sukri Sarem juga bersetuju dengan pandangan tersebut. Beliau memberi pandangan bahawa sebelum

sistem perhambaan dibatalkan, tidak terdapat maklumat mengenai perkembangan

masyarakat Melayu di Thailand Tengah.24