• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perjalanan untuk mempelajari ilmu agama di Patani dan Mekah

Bangkok Nonthaburi

Peta 3.1: Perjalanan untuk mempelajari ilmu agama di Patani dan Mekah

Sumber: Diadaptasi dari

https://www.google.com.my/maps/@23.2428885,89.9804688,4z

Bagi alim ulama di Bangkok, Tuan Guru Mustafa Ibrahim adalah salah seorang alim ulama beretnik Melayu yang terkenal pada masa ini. Beliau juga sebagai salah seorang yang dapat mempelajari ilmu agama di Patani dan kemudiannya mendalami ilmu agama Islam di tanah suci Mekah. Tuan Guru Mustafa Ibrahim merupakan orang Melayu Bangkok daripada kumpulan pertama yang mendapat peluang mempelajari ilmu agama di Patani dan di Mekah. Beliau berasal dari kampung Paklad, daerah

Phrapradaeng, wilayah Samutprakarn. Berdasarkan catatan daripada cerita yang

disampaikan oleh Tok Guru Abdullah; seorang guru agama yang sempat berjumpa dengan Tuan Guru Mustafa Ibrahim, telah menceritakan bahawa “di kawasan Asia pada

masa itu, tidak ada sesiapa yang mempunyai ilmu agama lebih banyak daripada Tuan Guru Mustafa Ibrahim dari Paklad, Siam dan Tok Kenali dari Kelantan, Malaysia” .

Tuan Guru Mustafa Ibrahim pernah mengajar agama di dalam Masjid Al-haram, kota Mekah dan ramai alim ulama di Kawasan Thailand Tengah generasi kemudian dapat mempelajari ilmu agama dengannya. Antara pelajar-pelajar Tuan Guru Ibrahim yang paling terkenal ialah dua orang bekas Chularajamontri atau Mufti Thailand; iaitu Haji Shamsyuddin Mustofa (1901M-1989M) dan Haji Ismail Yahyawi (1887M-1981M).

Tuan Guru Ibrahim pulang ke tanah air untuk mengajar ilmu agama di kampung asalnya. Ketibaannya di Kawasan Thailand Tengah sebagai permulaan pembelajaran agama secara tidak rasmi daripada Tuan Guru yang mempelajari ilmu agama dari Mekah. Ramai orang Islam di persekitaran Bangkok datang ke kampung Paklad untuk mempelajari ilmu dengan Tuan Guru Ibrahim Mustafa. Beliau sangat dihormati oleh orang ramai termasuk juga orang yang bukan Islam. Beliau dikenali oleh masyarakat luar yang bukan Muslim pada masa itu dengan panggilan “Tok Campa”. Selepas itu, seorang lagi alim ulama iaitu Tuan Guru Abbas Saengwiman (?-1950) pulang dari Mekah, Tuan Guru Mustafa menyerahkan pengajaran agama kepada Tuan Guru Abbas

dan beliau pulang semula ke kota Mekah sehingga akhirnya meninggal dunia di sana.46

Tuan Guru Abbas meneruskan pengajaran dan pembelajaran agama Islam sehingga akhirnya beliau mendaftarkan sekolah pondok dengan pihak kerajaan atas nama “Sekolah Tuan Guru Abbas” pada tahun 1923M. Ramai alim ulama Melayu Bangkok pada zaman itu dapat mempelajari ilmu agama Islam di pondoknya.

Gambar 3.2: Tuan Guru Mustafa Ibrahim atau Tok Campa

Gambar 3.3 : Tuan Guru Abbas Saengwiman

Sumber:Pusat Kebudayaan Komuniti Muslim-Melayu Ban Paklad

Gambar 3.4 : Pondok Tuan Guru Abbas, kampung Paklad,

daerah Phrapradaeng

Di samping itu, terdapat bukti sejarah yang menunjukkan perkembangan pendidikan agama Islam selepas Dasar Pembatalan Sistem Perhambaan dilaksanakan di persekitaran Bangkok ; iaitu catatan Nang (Puan) Lamduan, seorang pegawai kerajaan Jabatan Pemeriksa yang pernah melaporkan keadaan pembelajaran agama Islam kepada Setiausaha Tetap Jabatan Pemeriksa pada tahun 1910M. Dalam catatan tersebut menyatakan maklumat institusi pengajaran agama Islam di persekitaran Bangkok (meliputi wilayah Ayutthaya, Sammutprakarn dan Minburi) bahawa:

Setelah diperiksa, Khaek (orang Muslim) di bawah

penjagaan Phrachao Nongyate Krommaluang Prajak Sillapakom48

yang pernah meminta tanah untuk membina masjid pada Rattanakosinsok 121. Kemudiannya pada Rattanakosinsok 131 Raja Rama V memberikan lagi tanah yang bersebelahan dengan masjid. Haji Abdul Karim menubuhkan sekolah dan padang di

kawasan itu dengan jumlah wang sebanyak 150 Chang49.

Pembinaan bermula pada Rattanakosinsok 126 sampai 128 dan menamakan sekolah dengan dua nama iaitu di hadapan sekolah dinamakan “Rongrean (sekolah) Thai Khaek” serta di tepi sekolah dinamakan “Rongrean Islam”. Kedua-dua nama ini dibuat papan nama dan diletakkan di depan sekolah. Tujuan Khaek dalam pembinaan sekolah ini adalah untuk memberi tempat penginapan kepada anak-anak yang mahu mempelajari empat bahasa iaitu 1) bahasa Thai 2) bahasa Inggeris 3) bahasa Arab dan 4) Bahasa Melayu. Sekarang, sekolah ini mempunyai pelajar sebanyak 50 orang tetapi mereka tidak menginap di sekolah. Mereka menginap di rumah dan rakit. Apabila sekolah telah dibuka. Semua akan

dimasukkan dalam sekolah ini.50

Berdasarkan maklumat yang telah dinyatakan di atas, pengajaran ilmu agama dalam kalangan orang Melayu di persekitaran Bangkok selepas pembatalan sistem perhambaan sangat berkembang. Terdapat banyak institusi pendidikan agama Islam telah ditubuhkan. Ramai anak-cucu orang Melayu Bangkok dapat mempelajari ilmu agama di Patani dan Kota Mekah. Akhirnya mereka pulang ke kampung dan tanah air untuk mengajar ilmu yang mereka pelajari dengan menubuhkan sekolah atau mengajar

terhadap pembelajaran agama Islam. Tambahan lagi, kerajaan menyokong pendidikan ini dengan pemberian tanah untuk membina masjid dan sekolah agama.

- Boleh menunaikan ibadat haji

Selain daripada peluang dalam pembelajaran ilmu pengetahuan agama Islam di Mekah, peluang untuk menunaikan ibadat Haji yang menjadi salah satu rukun Islam, merupakan suatu harapan bagi setiap orang Muslim di Bangkok. Ibadat Haji merupakan kesan besar daripada Dasar Pembatalan Sistem Perhambaan terhadap orang Melayu di persekitaran Bangkok. Sebelum dasar ini dijalankan, tidak terdapat maklumat yang kukuh untuk membuktikan bahawa orang Melayu di persekitaran Bangkok dapat menunaikan Haji. Berdasarkan catatan latar belakang sejarah kampung Tha-it, daerah

Pakkret, wilayah Nonthaburi menyatakan tentang ibadat menunaikan Haji dalam

kalangan penduduk kampong, bahawa orang di kampung Tha-it baru dapat menunaikan Haji pada zaman Raja Rama V. Kasem Boonmaha bekas ketua kampung Tha-it menceritakan, pada awal zaman Rattanakosin iaitu selepas orang Melayu dipindahkan dari Patani ke Bangkok, mereka tidak mempunyai peluang untuk menunaikan ibadat Haji kerana kesibukan dengan pekerjaan dan sekatan perjalanan daripada pihak kerajaan. Di samping itu juga, keadaan yang masih belum stabil dalam kalangan penduduk Melayu menyebabkan orang Melayu pada zaman itu belum lagi memikirkan hal ibadat Haji. Semua mereka memberi tumpuan kepada usaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Beliau menyatakan lagi, datuknya pernah menceritakan kepadanya bahawa zaman pertama penduduk kampung ini dapat

menunaikan Haji ialah zaman Raja Rama V.51

Temu bual Haji Sukre Sarem dalam siaran Muslim Siam, Episod “From Siam to