Sumber: The World Factbook (2006). Thailand.
http://www.cia.gov/cia/pulications/ factbook/geos/th.html. (Search date: 10/03/2013) Bangbuathong Sainoi Muang Nonthaburi Bang Yai Bang Kuai Pakkret
Prathumthani
Bangkok
2.2.3 Wilayah Prathumthani
Wilayah Prathumthani juga merupakan sebuah wilayah yang terletak di Bahagian Tengah Thailand dan mempunyai sungai yang mengalir melaluinya. Wilayah ini juga mempunyai sejarah yang lama sekurang-kurangnya 300 tahun.
Wilayah Prathumthani mempunyai keluasan kira-kira 1 5 2 5 . 8 5 6 kilometer persegi dan jaraknya dari ibu negara Bangkok kira-kira sejauh 27.8 kilometer. Wilayah ini bersempadan dengan beberapa wilayah di Bahagian Tengah Negara iaitu utara yang bersempadan dengan wilayah Ayutthaya dan Saraburi, timur bersempadan dengan wilayah Nakhonnayok dan Chachengsao, barat bersempadan dengan wilayah Ayutthaya, Nakhonpathom dan Nonthaburi serta selatan bersempadan dengan Bangkok.
Pada tahun 1659M zaman Ayutthaya pimpinan Maha Raja Somdej Phra Narai, Mang Nanthamit merampaskan keluarga Mon dari bandar Moktama dan melarikan diri dari peperangan di Burma ke negara Siam. Phra Narai menitahkan para penduduk Mon yang menyelamatkan diri mendiami kawasan Ban Sam Khok. Kemudian, pada zaman Thonburi bawah pimpinan Maharaja Taksin, terjadi sekali lagi migrasi penduduk etnik Mon melarikan diri dari Burma ke Siam dan mereka juga ditempatkan di kawasan yang sama dengan migrasi sebelum itu, iaitu di Ban Sam Khok. Pada zaman Rattanakosin pimpinan Raja Rama II Phraphutthalertlart Naphalai, berlaku migrasi besar etnik Mon dari bandar Moktama ke negara Siam untuk menyelamatkan diri. Migrasi kali ini merupakan perpindahan kali yang ketiga dan para penduduk yang bermigrasi kali ini dinamakan “Mon Yai” yang bermaksud “Mon Kumpulan Besar”. Penduduk Mon ditempatkan oleh Raja Rama II di tempat yang sama dengan penduduk Mon yang berpindah ke Siam sebelum itu, iaitu di Ban Sam Khok. Penempatan orang Mon kali
Kemudian pada 23 Ogos 1851M, Raja Rama II menitahkan supaya menukarkan nama kota Sam Khok kepada kota Prathumthani dan akhirnya pada tahun 1918M pada zaman Raja Rama VI, kota Prathumthani dikembangkan menjadi sebuah Changwad atau wilayah.14
Wilayah Prathumthani juga mempunyai Gabenor yang bertanggungjawab menjalankan pentadbiran dalam wilayahnya. Gabenor wilayah ini juga dilantik oleh kerajaan. Wilayah Prathumthani ini terdiri daripada tujuh daerah dengan 60 mukim dan 529 kampung. Daerah-daerah tersebut adalah Muang Prathumthani, Khlong Luang,
Thanyaburi, Nong Sua, Ladlumkaew, Lamlookka dan Sam Khok.15
Menurut pangkalan data penduduk, pada tahun 2013M wilayah Prathumthani mempunyai penduduk seramai 1,005,760 orang. Dari segi jantina penduduk lelaki 478,182 orang dan perempuan 527,578 orang. Majoriti penduduk wilayah Prathumthani beragama Buddha seramai 933,882 orang (92.85 peratus), diikuti dengan penduduk beragama Islam seramai 48,000 (4.77 peratus) dan penduduk yang beragama Kristian 4,342 orang (0.43 peratus).16
Dipercayai semua penduduk beragama Islam di wilayah Prathunthani ini adalah beretnik Melayu. Mereka ditempatkan di kawasan ini pada zaman Raja Rama III selepas kemasukan orang beretnik Mon pada zaman Raja Rama II. Sekarang orang Melayu Bangkok di Prathumthani mendiami tiap-tiap daerah di wilayah ini. Daerah yang paling ramai didiami orang Melayu ini ialah daerah Lamlookka di mukim Bungkhohai, Bungkhamsoi dan Lamlookka. Manakala daerah Ladlumkaew mempunyai penduduk Melayu yang tinggal di Mukim Khubangluang, Namai dan Khukwang, daerah Muang Prathumthani di mukim Bangprok, Banchang dan Suanprikthai, daerah Khlong Luang
di mukim Khlong Nueng dan Khlong Song, daerah Sam Khok di mukim Bangphonua dan Bangtoey, daerah Nuang Sua di mukim Nongsamwang dan daerah Thanyaburi di mukim Bungnanrak.
Uri Tadmor17 juga menyatakan sejarah masyarakat penutur Bahasa Melayu di wilayah Prathumthani. Dalam kajian beliau, terdapat empat buah kampung yang mempunyai penutur Bahasa Melayu. Antaranya ialah;
1. Kampung Namai (Bidas) didirikan di tepi Terusan Phraphimon, tidak
terlalu jauh dari kampung Surau Klang. Dalam peta pentadbiran, terdapat dua perkampungan, iaitu Desa Satu dan Desa Dua di Kampung Namai, Daerah Latlumkaew, Wilayah Pathumthani. Kampung Surau Daeng ini menarik kerana dialek Melayu yang dituturkan penduduknya memperlihatkan ciri-ciri dialek yang berbeza daripada ragam bahasa kampung lain di wilayah yang sama (yakni wilayah Pathumthani). Contohnya [-an] dinyatakan sebagai [-aeng]. Ini dapat dilihat dalam kata-kata seperti yang berikut:
- makan [makaeng]
- petang [petaeng]
- ikan [ikaeng]
Malahan, ragam bahasa Melayu di Namai ini hampir sama dengan dialek yang terdapat di wilayah Nonthaburi.
2. Kampung Suan Prik Thai ( Ladang Lada Hitam) terletak di Terusan
Prapa Koa. Meskipun kampung ini dianggap sebagai kampung Melayu yang tertua di Wilayah Pathumthani dan sebagai kampung asal semua masyarakat Melayu di wilayah itu, namun hanya beberapa buah keluarga sahaja yang kini boleh berbahasa Melayu.
ke sini sebagai tawanan perang oleh kerajaan Thai pada zaman Raja Rama III. Mereka sebagai orang tawanan perang dipaksa menanam dan menjaga ladang lada hitam milik kerajaan Thai. Kawasan ini masih didiami oleh mereka dengan rasminya dan lokasi yang terlibat ialah Desa Tujuh, Mukim Suan Prik Thai, Daerah Muang Pathumthani.
3. Kampung Bangpho (Pokok Ara) yang terletak di Terusan Bangpho dan
Parit Bangtoei, didirikan pada tahun 1880 oleh orang yang berhijrah dari Kampung Suan Prik Thai. Dalam perhitungan pentadbiran, kampung ini terbahagi kepada beberapa buah desa di tiga daerah di wilayah Pathumthani. Kemungkinan besar Bangpho ini merupakan perkampungan yang mempunyai masyarakat Islam penutur Bahasa Melayu yang paling banyak di seluruh bahagian Tengah Thai. Di Kampung Bangpho ini tinggal tidak kurang daripada 500 buah keluarga yang hampir semua mereka terdiri daripada penutur bahasa Melayu. Kampung Bangpho ini terkenal dalam kalangan umat Islam bahagian Tengah Thai sebagai kampung yang memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu yang meluas. Di Kampung Bangpho kanak-kanak masih bertutur sesama mereka dalam bahasa Melayu. Sekolah rendah kerajaan di sini dikehendaki menyelenggarakan kelas peralihan untuk murid-murid darjah satu yang hanya dapat berbahasa Melayu, iaitu untuk anak-anak Melayu yang tidak mampu menguasai bahasa Thai, supaya penutur-penutur bahasa Melayu generasi muda ini dapat menghadapi cabaran di sekolah kerajaan yang hanya menggunakan bahasa pengantar bahasa Thai.
4. Kampung Khlong Neung (Parit Satu) terletak di sepanjang Khlong
Neung. Walaupun jumlah penduduknya hampir sama banyak dengan Kampung Bangpho, namun kampung ini lebih baharu; peneroka pertamanya juga kumpulan yang berpindah dari Kampung Suan Prik Thai, dan masih berpangkat datuk kepada generasi
yang tertua di sana sekarang. Dalam daftar kerajaan, kampung Melayu ini dicatat sebagai Desa Tiga, Desa Empat dan Desa Lima, Mukim Khlong Meung, Daerah Khlong Luang.
Pada masa ini wilayah Prathumthani mempunyai 30 buah masjid meliputi tujuh buah daerah; iaitu empat buah masjid di daerah Muang Prathumthani dan daerah Khlong Luang, sebuah masjid di daerah Thanyaburi, tiga buah Masjid di daerah Nong Sua, sepuluh buah masjid di daerah Lamlookka, enam buah Masjid di daerah Ladlumkaew dan dua buah Masjid di daerah Sam Khok.18 (Sila lihat Peta 2.3 untuk merujuk kawasan yang mereka diami di wilayah Prathumthani).