TA ‘RIF DAN TANKIR DARI ASPEK ILMU NAHU DAN ILMU MA‘ANI
2.1 Ta ‘rif Dan Tankir Dari Aspek Ilmu Nahu
2.1.1. Definisi Ma‘rifah dan Ta‘rif
Perkataan ma‘rifah (
ﺔ ِﺮ َﻓ َﻣ ْﻌ
) ialah kata dasar dari kata kerja tiga huruf tidak berimbuhan (ﱠﺮد َﺠ ْﻟا ُﻤ ﻲ ِﺛ َﻼ ﱡﺜﻟا ُﻞ ْﻌ ِﻔﻟا
)ًﺔَﻓِﺮْﻌَﻣو ﺎًﻧﺎﱠﻓِﺮِﻋو ﺎًﻧﺎَﻓْﺮِﻋ ُفِﺮْﻌَـﻳ َفَﺮَﻋ
yang bererti mengetahui sesuatu melalui salah satu daripada pancaindera lima dan memahaminya dengan cara berfikir dan mengamatinya (al-Bustaniy, 1987: 592) (Uthman bin Khalid et al, 2006:1573).Al-Raghib menyatakan bahawa
ُنَﺎﻓْﺮِﻌْﻟاَو ُﺔَﻓِﺮْﻌَﻤْﻟا
bermaksud memahami sesuatu dengan cara berfikir dan mengamati tandanya serta ia lebih spesifik dari istilahُﻢْﻠِﻌﻟا
. Justeru, diujarkanﻪَﻟﻮُﺳَرَو َﷲا ُفِﺮْﻌَـﻳ ٌن َﻼُﻓ
(si fulan mengenali Allah dan rasul-Nya) dan tidak diujarkanﻪ َﻟﻮُﺳَرَو َﷲا ُﻢَﻠْﻌَـﻳ ٌن َﻼُﻓ
(si fulan mengetahui Allah dan rasul-Nya). Perkataan ini adalah transitif kepada satu objek. Dalam konteks ini, apabila manusia mengenali Allah (swt), maka bermaksud mereka mengamati tanda-tanda ciptaan-Nya tanpa mendalami zat-Nya. Selain itu, diujarkan jugaاَﺬَﻛ ُﻢَﻠْﻌَـﻳ ﷲا
(Allah mengetahui sesuatu) dan tidak diujarkan اَﺬَﻛ ُفِﺮْﻌَـﻳ ﷲا
(Allah mengenali sesuatu). Hal ini kerana istilahﺔ ِﺮ َﻓ َﻣ ْﻌ
digunapakai untuk ilmu yang terbatas dan hanya boleh dicapai melalui pemikiran manusia (al-Zabidiy, 1974,14:133).
Dalam konteks penetapan definisi istilah ma‘rifah, ahli nahu yang muncul selepas ahli nahu lampau telah melakukan pelbagai percubaan yang terbaik berhubung perkara ini. Walaupun mereka amat peka dan sedar tentang kesukaran untuk memperolehi definisi yang konkrit dan tepat berkaitan ma‘rifah.
Pada peringkat awal, Ibn Malik (1977:138) telah mendefinisikan ma‘rifah sebagai kata nama yang menunjukkan kepada makna tertentu dan mengetengahkan maksud khusus. Namun, selepas itu beliau menyedari bahawa takrifan tersebut kurang tepat, lalu beliau mengakui kesukaran untuk memperolehi definisi yang muktamad bagi istilah tersebut. Ekoran daripada itu, Ibn Malik (2001:1,114) menyatakan bahawa sesiapa yang membicarakan tentang definisi ma‘rifah, pasti dia tidak berupaya untuk mencapainya tanpa merungkai sebarang kekeliruan berkaitan dengannya.
Dalam konteks ini, Ibn ‘Aqil (1987:1,87) berpendapat bahawa jalan terbaik untuk mengemukakan definisi ma‘rifah ialah dengan menyebut setiap kategorinya secara mendalam dan teliti. Kemudian dinyatakan bahawa selain daripada itu ia dianggap sebagai nakirah. Kaedah ini turut diikuti oleh al-Sayutiy dan ia selari dengan pendekatan yang diketengahkan oleh Sibawayh (m180H) dalam Kitab dan al-Mubarrid (m 285H) dalam al-Muqtadab.
Di samping itu, Ibn Ya‘isy (t.t,:5,85) turut mendefinisikan ma‘rifah dengan mengatakan
bahawa pada asalnya ma‘rifah ialah kata dasar
ًﺔَﻓِﺮْﻌَﻣ ﺎًﻧﺎَﻓْﺮِﻋ ُﺖْﻓَﺮَﻋ
dan ia merupakan antara kata dasar yang berstatus kata nama. Maksud perkataanٌﺔَﻓِﺮْﻌَﻣ
ialahفوُﺮْﻌَﻤْﻟا ءْﻲﱠﺸﻟا
iaitu perkara yang diketahui. Oleh itu, maksud ma‘rifah ialah apa yang telah
dikhususkan daripada kelompoknya.
al-Rummaniy (1982: 68) merupakan orang pertama yang meletakkan definisi ma‘rifah secara lengkap dan tepat dengan menyatakan bahawa ia adalah kata nama yang
dikhususkan kepada sesuatu yang selain daripadanya menerusi tanda berbentuk lafaz (
ﺔﻴﻈﻔﻟ َﻣ ٌﺔ َﻼ َﻋ
). Tanda berbentuk lafaz terbahagi kepada dua iaitu tanda konkrit (َﻣ ٌﺔ َﻼ َﻋ
ةدﻮﺟﻮﻣ
) dan tanda abstrak (ةَرﱠﺪَﻘُﻣ َﻣ ٌﺔ َﻼ َﻋ
). Tanda konkrit ialah partikel al manakala tanda abstrak dikategorikan kepada empat iaitu kata nama khas, kata ganti nama, kata nama penunjuk dan kata nama relatif.Kesimpulannya, berdasarkan kepada ulasan berkaitan definisi ma‘rifah, penulis berpendapat bahawa istilah ini menekankan elemen ketentuan dan spesifikasi. Ia adalah bertepatan dengan konsep yang diwar-warkan iaitu “kata nama ma‘rifah adalah bersifat
menyeluruh secara semulajadi dan bersifat juzuk dari segi penggunaan”. Contohnya
lafaz
ﺎﻧأ
terhasil untuk membawa maksud penutur yang bercakap mewakili dirinya. Namun, lafaz tersebut boleh digunapakai oleh setiap penutur. Justeru, ia bersifat juzuk dan menjadi khusus apabila ia digunakan pada makna yang khusus.Dalam konteks ini juga, dapat difahami bahawa definisi yang dikemukakan oleh ahli nahu berkaitan istilah ma‘rifah adalah merujuk kepada jenis kata yang ditentukan. Dengan erti kata lain mereka mengungkapkan makna yang diketengahkan oleh kata nama ma’rifah tanpa melihat kepada pola-pola ayat yang menghasilkan makna tersebut.
Selanjutnya apabila diteliti perkataan ta‘rif (
ﻒ ِﺮ ْﻳ َـﺗ ْﻌ
), ia merupakan kata dasar bagi kata kerja tiga huruf berimbuhan (ﺪﻳﺰﳌا ّﻲ ِﺛﻼ ﱡﺜﻟا
)ﻒﻳِﺮْﻌَـﺗ فﱢﺮَﻌُـﻳ فﱠﺮﻋ
dan berasal dari kata akarَفَﺮَﻋ.
Dari sudut bahasa, kata kerja lampauفﱠﺮﻋ
menggunakan polaﻞّﻌﻓ
yang dibentuk dengan pengulangan huruf tengah, iaitu dengan menambah satu morfem gandaan (ُﻒّﻌَﻀُﻤْﻟا ُﻢْﻴِﻓْرﻮُﻤْﻟا
). Polaﻞّﻌﻓ
telah mengubah status kata kerjaَفَﺮَﻋ
daripada sifat ekatransitif yang hanya berpada dengan satu objek kepada dwitransitif yanget al (1961:2,601)
ُجﺎﱠﺠُْﳊا َفﱠﺮَﻋ
bermaksud para haji berwuquf di padang Arafah. Sementara itu, jika perkataan ini digandingkan dengan perkataanﺔَﻟﺎﱠﻀﻟا
(barang yang hilang), maka ia membawa maksud mencari dan menyelidik. Dalam bahasa Arab, ujaranَﺮْﻣَﻷا ُﻪَﻓﱠﺮَﻋ
bermaksud memaklumkan berita kepada seseorang dan ujaranُﻪَﺘْﻴَـﺑ ُﻪَﻓﱠﺮَﻋ
pula bererti memberitahunya tentang lokasi rumahnya. Sementara itu, jika disebut
ُﻪَﻓﱠﺮَﻋ
ِﻪِﺑ
bererti memperkenalkannya. Ibn Durayd (2005:2,86) turut menyatakan bahawa perkataanَراﱠﺪﻟا ُﺖْﻓﱠﺮَﻋ
bermaksud “saya menghiasi rumah dan meletakkan bauan wangi”.Menurut Sibawayh, kata kerja
ُﺖْﻓﱠﺮَﻋ
dalam ujaranاًﺪْﻳَز ﻪُﺘْـﻓﱠﺮَﻋ
telah ditransitifkan kepada dua objek. Namun, apabila disebutٍﺪْﻳَﺰِﺑ ﻪُﺘْـﻓّﺮﻋ
, maka kita ingin memperkenalkannya dengan gelaran Zayd dan kita menerangkannya dengan gelaran tersebut, iaitu kita menamakannya dengan gelaran Zayd (Ibn Manzur,t.t: 9,236).al-Jawhariy (1984: 4,1402) pula menyatakan bahawa perkataan
ُﻒْﻳِﺮْﻌﱠـﺘﻟا
bermaksud pemberitahuan serta membawa erti berwangi-wangian. Seorang penyair pernah berbicara dengan seorang lelaki serta memujinya dengan katanya,ُﻪْﺘَـﻓﱠﺮَﻋ ٍﺐْﺗِﺈَﻛ َﺖْﻓُﺮَﻋ
ُﻢِﺋﺎَﻄﱠﻠﻟا
yang bermaksud “Kamu berbau wangi umpama gaun yang diharumkan oleh bekas-bekas kasturi”.Dari segi istilah, ta‘rif ialah pengubahan identiti kata nama nakirah kepada ma‘rifah menerusi sisipan partikel al (George Mitri Abd al-Masih & Hani George Tabiri,1990: 151). Proses perubahan status ini melibatkan konstituen penyandar
(ﻪﻴﻟإ ﺪﻨﺴﳌا)
dan pesandar(ﺪﻨﺴﳌا)
dalam struktur ayat bahasa Arab.Menurut Karim Husayn Nasih al-Khalidiy (2006:191) ta‘rif dan tankir dalam ilmu nahu adalah petunjuk yang membantu untuk mengenali hukum-hukum nahu, menentukan posisinya dalam ayat dan tanda i‘rabnya dalam usaha untuk mengetahui maknanya.
Berdasarkan penerangan di atas, penulis dapat simpulkan bahawa penggunaan istilah
ta‘rif dalam ilmu nahu melibatkan proses perubahan identiti kata nama nakirah kepada ma‘rifah bagi memenuhi tuntutan posisi dan fungsi nahuan dalam struktur ayat. Dengan
kata lain, ta‘rif hanya diistilahkan pada kata nama ma‘rifah yang tersusun bersama perkataan lain dalam ayat penyata (