PENGENALAN 1.0 Pendahuluan
Rajah 1.2 : Teori Ilmu Ma‘ani Lasyin
1.8.2.3 Teori Nahu ‘Abbas Hasan
Teori nahu ‘Abbas Hasan merupakan teori ketiga yang menjadi sandaran kajian ini. ‘Abbas Hasan merupakan salah seorang sarjana bahasa Arab moden dalam bidang
disiplin ilmu nahu. Beliau telah menghasilkan banyak karya yang bermutu tinggi khususnya berkaitan ilmu nahu. al-Nahw al-Wafi merupakan buku karangan beliau
yang paling menonjol. Hakikatnya, pemikiran nahu ‘Abbas Hasan dalam buku al-Nahw
al-Wafi adalah merupakan peringkat aplikasi. Dalam buku tersebut, beliau cuba mempraktikkan segala teori yang dikemukakan dalam penulisannya yang berasingan. Selepas itu beliau telah menghimpun semua teorinya ke dalam sebuah buku yang
bernama “al-Lughat wa al-Nahw Bayn al-Qadim wa al-Hadith’. Bertunjangkan kepada
pendekatan mudah, beliau telah menyusun isi bukunya dengan teratur, menarik dan mantap.
Teori ilmu Ma‘ani Lasyin
Khabar dan Insya’
Kondisi komponen ayat, ayat dan ayat-ayat
Khabar Insya’ Zikr Hazf Qasr Tankir Ta‘rif Ayat luar biasa Ta’khir Amr Nahy Tamanniy Istifham Nida Musnad Musnad Ilayh Majaz Aqliy Taqdim
‘Abbas Hasan mengambil pendirian sederhana dalam perbahasannya berkaitan ilmu
nahu. Oleh itu, beliau dianggap sebagai seorang tokoh nahu konservatif dan pada masa yang sama juga adalah seorang yang reformis. Bagi konteks pertama, beliau amat komited dengan warisan nahu dan usaha beliau hanya bermula setakat apa yang telah ditinggalkan oleh ahli nahu yang terkemudian. Manakala dari sudut seorang reformis, beliau cuba untuk mengemukakan bentuk nahu kontemporari yang bebas daripada keterangan yang kompleks dan sukar tanpa menjejaskan intipati atau teras nahu dan bahasa. Beliau tidak membentangkan permasalahan nahu kecuali setelah menjalankan saringan dengan memilih pandangan yang paling mudah dan sesuai serta paling hampir dengan zaman kita. Pemilihan kaedah i‘rab yang termudah di sebalik perselisihan yang wujud dalam kalangan ahli nahu juga menjadi sandaran teorinya.
Antara asas yang diguna pakai oleh ‘Abbas Hasan dalam teori nahunya ialah
menjalankan saringan tatabahasa bagi mengelak daripada berlaku kesamaran. Di samping itu pemikiran nahu beliau turut dipengaruhi oleh aspek makna. Dalam hal ini, beliau mengemukakan pandangan dan teorinya berdasarkan kepada kondisi atau niat si penutur. Lafaz yang mengandungi makna yang mendalam dan perbezaan balaghah turut menjadi sandaran teorinya. Oleh itu beliau cenderung kepada sesuatu yang memerlukan kepada kejelasan makna.
Antara permasalahan yang digarap olehnya bertunjangkan kepada asas makna ialah isu
penampilan ‘atf bayan secara tankir. Dalam isu ini beliau bersependapat dengan Ibn Malik iaitu membolehkan penampilan ‘atf bayan secara tankir. Pandangan ini
menyalahi pandangan sebahagian ahli nahu dengan alasan bahawa objektif penggunaan
Tuntasnya, pemilihan teori nahu ‘Abbas Hasan sebagai teori sokongan dalam kajian ini ialah berdasarkan kepada justikasi bahawa teori tersebut memberi penekanan kepada aspek makna dalam aplikasi nahunya. Teori nahu ‘Abbas Hasan juga menggunakan pendekatan sederhana dengan mengetengahkan idea yang segar dan contoh yang hampir dengan situasi terkini serta mudah untuk difahami dan dikuasai. Di samping itu teori ini turut menggunakan al-Qur’an sebagai landasan rujukan yang paling suci dan utama dalam menghasilkan kaedah-kaedah tatabahasa yang tepat dan fleksibel. Asas teori nahu ‘Abbas Hasan boleh digambarkan menerusi rajah berikut:
Rajah 1.3 : Asas Teori Nahu ‘Abbas Hasan 1.8.3 Kerangka Konseptual Kajian
Berpandukan kerangka teoritikal kajian yang dihuraikan, penulis membangunkan satu kerangka konseptual kajian. Ia merupakan gabungan teori nazm al-Jurjaniy, teori ilmu
ma‘ani Lasyin dan teori nahu ‘Abbas Hasan. Teori-teori ini dijadikan landasan utama
untuk membincangkan fenomena ta‘rif dan tankir dalam al-Qur’an. Kesemua teori ini didasari oleh konsep pertautan makna dan perkataan, kepatuhan makna nahu serta dikaitkan dengan faktor konteks ayat. Kerangka konseptual kajian boleh diilustrasikan seperti dalam rajah berikut:
Asas Teori Nahu
‘Abbas Hasan Melalui saringan tatabahasa al-Qur’an rujukan paling utama Penggunaan contoh terkini dan mudah Penggunaan kaedah i‘rab termudah Penekanan terhadap aspek makna dan balaghah
Rajah 1.4 : Kerangka Konseptual Kajian 1. 9 Rangka Kajian
Kajian ini mengandungi 4 bab iaitu bermula dengan bab pengenalan, ta‘rif dan tankir dari aspek ilmu nahu dan ilmu ma‘ani, analisis ta‘rif dan tankir dalam surah al-Ahzab dan akhirnya bab kesimpulan.
Bab Pertama: Pengenalan
Penulis menjelaskan latar belakang kajian penulisan tesis dalam bab ini. Ia merangkumi permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, bidang kajian, tinjauan kajian berkaitan, metodologi kajian, rangka kajian, definisi tajuk dan diakhiri dengan penutup.
Analisis Ta‘rif dan Tankir dalam Surah al-Ahzab
Teori Nazm al-Jurjaniy (m 471H)
Teori Nahu ‘Abbas
Hasan
Teori Ilmu Ma‘ani Lasyin (2009)
Bab Dua: Ta‘rif Dan Tankir Dari Aspek Ilmu Nahu dan Ilmu Ma‘ani
Dalam bab ini, penulis akan memulakan dengan kupasan berhubung ta‘rif dan tankir dari aspek ilmu nahu yang meliputi definisi ma‘rifah dan ta‘rif serta nakirah dan
tankir, ta‘rif menerusi partikel al dan ta‘rif dan tankir dalam struktur ayat. Seterusnya
penulis akan membincangkan ta‘rif dan tankir dari aspek ilmu ma‘ani pula dengan mengemukakan terlebih dahulu bentuk-bentuk penampilan aspek ta‘rif dan tankir serta kemunculan perkataan yang sama dalam keadaan tankir dan ta‘rif. Huraian dan perbahasan berkaitan aspek ta‘rif dan tankir dari perspektif ilmu ma‘ani menjadi fokus perbincangan utama dalam bab ini, iaitu dengan menghimpunkan fungsi-fungsi bagi setiap kategori.
Bab Tiga: Analisis Fungsi Ta‘rif dan Tankir Dalam Surah al-Ahzab
Bab ini merupakan intipati kajian, penulis akan menganalisis aspek ta‘rif dan tankir yang melibatkan ayat-ayat al-Qur’an daripada surah al-Ahzab secara terperinci. Pada permulaan bab ini, penulis membicarakan mengenai latar belakang dan intisari kandungan surah al-Ahzab. Seterusnya, penulis cuba mengetengahkan aspek ta‘rif dan
tankir dalam surah ini. Sehubungan dengan itu, penulis akan mengulas tentang
perkataan yang tampil secara ta‘rif dan tankir dengan mengupas dari aspek nahu dan menghuraikan makna serta justifikasi-justifikasi atau faktor-faktor penggunaannya dan seterusnya diakhiri dengan penutup.
Bab Empat: Kesimpulan
Bab ini merupakan bab terakhir daripada kajian ini. Dalam bab ini penulis akan membuat kesimpulan serta rumusan dapatan kajian dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan dalam usaha mempertingkatkan tahap kefahaman dan penghayatan
bahasa Arab amnya dan isi kandungan al-Qur’an khususnya. Untuk mencapai tujuan ini, penulis akan mencadangkan beberapa perkara relevan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam memartabatkan bahasa Arab dan para pencinta bahasa Arab agar memandang serius terhadap aspek ta‘rif dan tankir bermula dari peringkat sekolah menengah lagi. Kajian ini seterusnya diakhiri dengan penutup.
1.10 Definisi Tajuk