• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN 1.0 Pendahuluan

1.7 Tinjauan Kajian Berkaitan

1.8.2 Kerangka Teoritikal Kajian

Dalam kajian ini, penulis telah memilih teori nazm al-Jurjaniy sebagai asas kerangka teoritikal kajian di samping beberapa teori yang lain. Justifikasi penggunaan teori ini berlandaskan kepada asas-asas berikut:

1. Sarjana-sarjana bahasa Arab silam dan moden seperti al-Zamakhsyariy (m 538H), Abu Hayyan al-Andalusiy (m 745H) al-Alusiy (m 1270H) dan Ibn ‘Asyur (m 1390H) yang merupakan perintis kepada perkembangan bahasa Arab telah mengaplikasikan

2. Dalam kajian perpustakaan yang djalankan oleh penulis, teori nazm al-Jurjaniy turut digunakan oleh beberapa orang pengkaji tempatan lain sebagai asas kerangka teoritikal kajian mereka.

3. Teori nazm al-Jurjaniy dijadikan asas perbahasan dan perbincangan semantik Arab atau lebih khususnya ilmu ma‘ani dalam kalangan sarjana bahasa Arab moden seperti

Ahmad Matlub (1981), Muhammad Abu Musa (1996), Fadl Hasan ‘Abbas (1997),

Fadil Salih Samarra’iy (2003), Salah ‘Abd Fattah Khalidiy (2008) dan ‘Abd al-Fattah Lasyin (2009).

1.8.2.1 Teori Nazm al-Jurjaniy

Kajian berkaitan aspek ta‘rif dan tankir dalam bahasa Arab didasarkan kepada asas teori yang kukuh iaitu teori nazm (

ﻢﻈﻨﻟا

) cetusan idea dan pemikiran tokoh linguistik bahasa Arab ‘Abd al-Qahir al-Jurjaniy (m 471H). Di samping itu teori ilmu ma‘ani

oleh ‘Abd al-Fattah Lasyin (2009) dan teori ilmu nahu oleh ‘Abbas Hasan (1974) turut

menjadi sandaran dalam kajian ini.

‘Abd al-Qahir al-Jurjaniy (2007:57) telah mengemukakan beberapa definisi mengenai

istilah nazm dengan menyatakan:

“Sebagaimana diketahui bahawa tidak dapat dikatakan nazm kecuali perkaitan sesama perkataaan dan menjadikan sebahagian daripada perkataan itu sebagai perantara

kepada yang lainnya”.

Berdasarkan kepada definisi di atas, teori nazm mengandaikan hubungan erat antara satu kata dengan yang lain dalam suatu susunan perkataan dalam ayat. Sesuatu perkataan tidak akan bermakna ketika perkataan tersebut bersendirian dan tidak berkait dengan perkataan yang lain. Namun, sesuatu perkataan akan bermakna bila sudah berhubungan

dengan perkataan yang lain. Sifat dinamik hubungan antara perkataan dalam ayat menyebabkan terdapatnya perbezaan makna. Makna tersebut akan terserlah sesuai dengan susunan dan kedudukan kata. Contohnya setiap komposisi ayat berikut

: ٌﺪْﻳَز

ٌﻖِﻠَﻄْﻨُﻣ

(Zayd bertolak)

, ُﻖِﻠَﻄْﻨَـﻳ ٌﺪْﻳَز

(Zayd sedang bertolak)

, ٌﺪْﻳَز ُﻖِﻠَﻄْﻨَـﻳ

(Zayd sedang bertolak)

, ٌﺪْﻳَز ٌﻖِﻠَﻄْﻨُﻣ

(Orang yang bertolak ialah Zayd)

, ُﻖِﻠَﻄْﻨُﻤْﻟا ٌﺪْﻳَز

(Zaydlah orang yang bertolak)

, ٌﺪْﻳَز ُﻖِﻠَﻄْﻨُﻤْﻟا

(Orang yang bertolak ialah Zayd) memiliki ciri khas dan peranan yang tersendiri serta memiliki makna yang berbeza dan berlainan.

Konsep perkaitan (

ﻖﻴﻠﻌﺘﻟا

) yang disebut oleh ‘Abd al-Qahir al-Jurjaniy merupakan idea utama dalam nahu Arab. Hal ini adalah kerana konsep perkaitan ditentukan melalui indikator-indikator makna komponen dalam konteks ayat dan ia memperincikan hubungan dalam bentuk yang lebih sempurna, baik dan lebih bermanfaat dalam usaha mengagungkan bahasa dengan makna fungsi nahuan. Konsep ini diperincikan di bawah dua topik iaitu hubungan sintagmatik

( ّﻴﺔ َﻴ ِﻗﺎ ﱢﺴﻟا ُتﺎ َﻗﻼ َﻌﻟا)

iaitu indikator makna dan indikator lafaz (Tammam Hassan,1979:189).

Dalam kitab Dala’il al-I‘jaz, al-Jurjaniy (2007:127) juga menyatakan bahawa nazm ialah menepati makna nahu, dengan katanya:

“Ketahuilah bahawa tidak dapat dikatakan nazm kecuali kamu meletakkan pertuturan kamu berdasarkan kepada situasi yang dikehendaki oleh ilmu nahu, kamu patuh pada

disiplin ilmu nahu dan prinsip-prinsipnya, kamu memahami pendekatan yang telah

kamu susuli dan terapkan sehingga kamu tidak menyeleweng daripadanya, kamu

memelihara garis panduan yang telah kamu lakarkan, jangan sampai menyalahi

“Nazm sebagaimana yang kami jelaskan ialah kepatuhan pada makna nahu, hukumnya, perbezaannya, bentuknya dan kepatuhan kepada peraturan dan dasarnya”.

Bagi teori nazm al-Jurjaniy, tatabahasa dan logik merupakan dua syarat penting dalam penentuan posisi perkataan. Syarat tatabahasa yang dimaksudkan oleh al-Jurjaniy ialah kesesuaian dan kepatuhan perkataan pada hukum-hukum tatabahasa. Ini menunjukkan bahawa tatabahasa memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan makna. Aspek tatabahasa ini melibatkan fungsi i‘rab. Peranan i‘rab ialah mengatur keselarasan dan keserasian pertautan antara subjek dan predikat, kata kerja dan objek. Oleh itu, hubungan yang harmoni antara elemen-elemen perkataan disebut sebagai makna nahu (

ﻮﺤﻨﻟا ﱐﺎﻌﻣ

) oleh al-Jurjaniy.

Makna nahu yang dimaksudkan oleh ‘Abd al-Qahir al-Jurjaniy bukan merupakan

kaedah nahu yang berperanan untuk memelihara kesahan kaedah. Seandainya nazm itu berada dalam lingkungan makna sintaksis (

ُﺔﱠﻴِﺒْﻴِﻛْﺮﱠـﺘﻟا ُﺔَﻟ َﻻﱢﺪﻟا

) maka sudah semestinya si Badwi yang belum pernah mendengar tentang nahu dan tidak mengerti tentang subjek dan predikat, tidak akan menghasilkan nazm. Namun pada hakikatnya adalah tidak seperti itu. Oleh hal yang demikian, aspek yang seharusnya dijadikan pegangan ialah pengetahuan tentang makna istilah, bukannya pengetahuan tentang istilah-istilah tersebut. Justeru, seandainya si Badwi mengerti perbezaan antara ungkapan

ٌﺪْﻳَز ِﱐَءﺎَﺟ

ﺎًﺒِﻛاَر

(Zayd datang kepada saya dalam keadaan berkenderaan) dan ungkapan

ٌﺪْﻳَز ِﱐَءﺎَﺟ

ُﺐِﻛاﱠﺮﻟا

(Zayd yang berkenderaan datang kepada saya) maka tidak akan menjadi persoalan jika dia tidak mengetahui bahawa

ﺎًﺒِﻛاَر

adalah hal dan

ُﺐِﻛاﱠﺮﻟا

adalah sifat bagi Zayd menurut perspektif ahli nahu. Demikian juga dengan ungkapan

ٌﻖِﻠَﻄْﻨُﻣ ٌﺪْﻳَز

(Zayd bertolak). Apabila beliau sudah mengetahui bahawa Zayd adalah subjek cerita, sementara

ٌﻖِﻠَﻄْﻨُﻣ

adalah cerita, maka tidak akan menjadi persoalan jika dia tidak

mengetahui bahawa Zayd mubtada sedangkan

ٌﻖِﻠَﻄْﻨُﻣ

adalah khabarnya (lihat ‘Abd al-Qahir al-Jurjaniy, 2007:391-392).

Menurut Tammam Hassan (1979:187) nazm dari perspektif al-Jurjaniy merupakan susunan makna tatabahasa dalam minda penutur, bukannya struktur perkataan dalam bentuk ayat. Dengan kata lain susunan perkataan dalam pertuturan hanya terhasil daripada susunan makna dalam hati yang merupakan nazm. Justeru, nazm ialah susunan ujaran dan apabila kita menyebutnya maka kita sebenarnya telah membentuk sepenuhnya agar ia selari dengan maksud yang kita ingin nyatakan (Fadl Hassan

‘Abbas, 1997:87).

Sehubungan dengan itu, nazm perlu terdiri daripada dua perkara iaitu makna yang ingin kita bicarakan tentangnya, dan lafaz yang kita ujarkan mengenai makna tersebut. Oleh itu, apabila makna yang ingin diolah oleh kita berbeza, maka lafaznya juga turut berbeza walaupun bahannya adalah sama. Justeru, wujudnya bentuk ujaran dan makna yang diolah dengan menggunakan pelbagai bentuk ujaran. Contohnya ayat

ﱢﱯَﻨَـﺘُﻤْﻟا ﺎَﱠﳕِإ

ٌﺮِﻋﺎَﺷ

(Sesungguhnya al-Mutanabbi ialah seorang penyair). Apabila makna ayat ini berubah, maka bentuk ujarannya turut berubah walaupun menggunakan bahan yang sama. Ayat tersebut akan berubah bentuk ujarannya kepada

ﱢﱯَﻨَـﺘُﻤْﻟا ﺮِﻋﺎﱠﺸﻟا ﺎَﱠﳕِإ

(Sesungguhnya penyair hanyalah Mutanabbi) seandainya ia membawa maksud al-Mutanabbi lebih layak bergelar penyair berbanding Abu Tammam dan Ibn al-Rumi (Ibid:85-86).

Berdasarkan kepada huraian di atas, jelas kepada kita bahawa teori nazm mementingkan makna nahu dari satu aspek, dan susunan atau komposisi lafaz dalam pertuturan berdasarkan kepada susunan makna di dalam hati. Hal ini bertepatan dengan pernyataan

bicarakannya kemudian kita susun lafaz yang ingin kita ujarkan. Proses penghasilan ujaran berasaskan teori nazm boleh digambarkan menerusi rajah berikut:

Dokumen terkait