• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN 1.0 Pendahuluan

Rajah 1.1: Proses Penghasilan Ujaran Berasaskan Teori Nazm

Berhubung permasalahan bahasa, sarjana nahu Arab telah memberi perhatian yang serius terhadap isu-isu bahasa dalam hasil karya mereka. Sebagai contoh, al-Suyutiy (1998:1,185) telah menyebut bahawa majoriti hukum nahu terbina dengan ta‘rif dan

tankir. Dalam bab-bab tertentu, ahli nahu membincangkan kedua-dua isu ini selepas

mengulas tentang i‘rab dan bina’. Ramai individu yang telah mendefinisikannya dan tiada satu pun yang mengemukakan definisi yang tepat. Oleh kerana pentingnya

fenomena ini ‘Abd al-Qahir al-Jurjaniy telah membahaskannya dengan terperinci dalam

bukunya walaupun ia dibicarakan secara bertaburan. Beliau telah membezakan antara

ta‘rif dan tankir apabila ia berada dalam ayat. Menurut al-Jurjaniy ukuran ketinggian

makna balaghah perkataan yang berstatus ta‘rif menerusi partikel al ialah bergantung kepada sejauhmana kesan yang menapak dalam jiwa iaitu apa yang digambarkanya dalam lintasan hati penerima ujaran. Menerusi teori nazm, beliau mengingatkan kita tentang perbezaan makna berdasarkan pendepanan dan pengakhiran pola ta’rif menerusi partikel al. Selain itu, ia juga mengetengahkan bukti yang jelas tentang perbezaan makna hasil dari pembentukan ayat namaan yang terdiri daripada subjek yang berstatus

Penutur Maksud yang diingini Makna Nahu; Peraturan nahu dan prinsipnya Komposisi makna dalam hati Pendengar Komposisi lafaz dalam pertuturan Nazm

ta‘rif dan predikat yang turut berstatus ta‘rif (Talib Muhammad Isma‘il

al-Zawba‘iy,1997:166).

Kesimpulannya, antara fakta utama berkaitan teori nazm ialah:

a) Nazm bermaksud menepati makna nahu. Maksud makna tersebut ialah kata kerja perlu bergandingan dengan pelaku yang tidak mendahuluinya kecuali jika menjurus kepada faedah atau membawa kepada makna. Setiap subjek perlu bergandingan dengan predikat. Apabila predikat mendahului subjek maka di situ terselindung kehalusan balaghah tertentu. Dua partikel atau dua kata kerja tidak akan bersatu kerana kedua-duanya tidak membawa kepada makna.

b) Nazm bermaksud susunan lafaz pada pertuturan yang bersandarkan kepada susunan makna dalam hati, ia memelihara perkara zahir dan imej serta menghubungkannya dengan perkara yang tersembunyi dalam hati.

c) Teori ini telah mewujudkan hubungan antara lafaz dan makna dan menghubungkan antara kedua-duanya secara konsisten dan tetap.

d) Teori ini berfokus pada perspektif diri dan kerohanian serta menghubungkannya dengan aspek pemikiran dan mental.

Setelah al-Jurjaniy, al-Zamakhsyariy (m 538H) muncul untuk menyambung legasi teori

nazm yang ditinggalkan oleh al-Jurjaniy. al-Zamakhsyariy telah menguasai sepenuhnya

teori yang digarap oleh Jurjaniy dalam dua buah buku karangannya iaitu Dala’il

al-I‘jaz dan Asrar al-Balaghat. Segala teori ‘Abd al-Qahir al-Jurjaniy telah diaplikasikan

secara total oleh al-Zamakhsyariy dalam tafsirnya al-Kasysyaf dengan cermat dan teliti

Menurut Sarjana bahasa Arab, al-Zamakhsyariy adalah seorang tokoh yang sangat mementingkan kajian nazm. Dalam hal ini, beliau (1998:4,81) berkata:

“Nazm…adalah induk kemukjizatan al-Quran dan pedoman bagi menghadapi cabaran. Memelihara nazm merupakan perkara terpenting yang wajib dilakukan oleh mufassir”.

Dalam proses pemantapan dan penerapan teori nazm, al-Zamakhsyariy telah menambah beberapa persoalan penting dalam kajian ilmu ma‘ani yang belum pernah disentuh oleh

‘Abd al-Qahir al-Jurjaniy. Antaranya ialah isu pendepanan dan pengakhiran, ta‘rif dan

tankir, penambatan (

ﺪﻴ ْﻘ ِﻴ ﻟا ﱠـﺘ

) kata kerja dengan partikel syarat, pengkhususan (

ﺮ ْﺼ َﻘﻟا

), makna majaziy dan sebagainya.

Mengenai persoalan ta‘rif dan tankir, al-Zamakhsyariy menegaskan bahawa sokongan konteks ayat diperlukan untuk menyerlahkan maksud ta‘rif. Hal ini memberi erti bahawa hanya konteks ayat sahaja dapat membongkar makna partikel al. Tambahan pula, makna partikel al generik yang membawa maksud menyeluruh menunjukkan kepada setiap jenis. Dengan erti kata lain partikel al ini layak digantikan oleh lafaz

ﱡﻞُﻛ

(Talib Muhammad Isma‘il al-Zawba‘iy,1997:163).

Teori nazm ini juga turut dipraktikkan oleh al-Alusiy dalam tafsirnya Ruh al-Ma‘ani

dan Ibn ‘Asyur dalam tafsirnya Tahrir wa Tanwir. Di samping itu, teori nazm

al-Jurjaniy ini telah mendapat perhatian serius dalam kalangan sarjana-sarjana Arab moden. Mereka telah menghurai, berbincang dan membuat perbandingan dengan teori makna yang dikemukakan oleh sarjana Barat. Antara sarjana-sarjana tersebut ialah Kamal Abu Deeb (1979), Fadl Hasan ‘Abbas (1997), Ahmad Matlub (1981), Fadil Salih al-Samarra’iy (2003) dan ‘Abd al-Fattah Lasyin (2009).

1.8.2.2 Teori IlmuMa‘ani Lasyin

Teori kedua yang digunapakai dalam kajian ini ialah teori ilmu ma‘ani. Teori ilmu

ma‘ani telah dikupas secara terperinci dan khusus oleh sarjana-sarjana moden seperti,

al-Maraghiy (t.t), al-Jundiy (t.t), ‘Abd al-‘Aziz Atiq (1985) Abu Zayd (1988), Basyuniy (t.t), Zawba‘iy (1997), Fadl Hasan ‘Abbas (1997), Muhammad Abu Musa (1996), al-Hasyimiy (1999), Fahd Khalil Zayid (2007) dan Lasyin (2009). Dalam kajian ini,

penulis memilih teori ‘Abd al-Fattah Lasyin (2009) berhubung ilmu ma‘ani sebagai

dasar dalam pembinaan kerangka konseptual. Hal ini kerana teori ilmu ma‘ani yang dikemukakan oleh Lasyin adalah lengkap dan bersifat menyeluruh. Beliau turut memberi penekanan kepada aspek i‘jaz al-Qur’an yang merupakan tunggak kepada kajian balaghah al-Qur’an untuk menonjolkan aspek kehalusan makna dan ketelitian maksud yang dikehendaki. Lantaran itu kesemua contoh yang dikemukakan oleh Lasyin melibatkan contoh daripada ayat al-Qur’an.

Menurut Lasyin pemahaman dan penguasaan total terhadap ilmu ma‘ani merupakan asas kepada pemahaman al-Qur’an yang tepat. Beliau telah menghabiskan sebahagian besar masa beliau dengan membuat penyelidikan, pemerhatian dan penelitian terhadap banyak contoh yang dipetik daripada sumber al-Qur’an, al-hadith, puisi dan prosa Arab. Persoalan utama yang dibincangkan oleh beliau ialah unsur keindahan dan ketinggian nilai balaghah sesuatu ayat.

Beliau berpendapat bahawa keindahan nazm al-Qur’an yang berdasarkan kepada pemilihan perkataan yang sesuai dan susunannya yang sempurna dengan formasinya yang mengkagumkan selaras dengan kaedah dan susunan tatabahasa Arab boleh dicungkil melalui kajian terhadap ilmu ma‘ani. Oleh itu beliau telah mengemukakan

ilmu ma‘ani. Teori ilmu ma‘ani oleh Lasyin diilustrasikan seperti dalam gambarajah berikut:

Dokumen terkait