• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAQ ASID AL-SHARI‘AH

6) Elemen Maqasid al-Shari‘ah

Pada dasarnya, pemeliharaan terhadap lima kepentingan asas (kulliyyat

al-khams) sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam al-Ghazali bukan sahaja diterima pakai

oleh agama Islam bahkan semua agama di atas muka bumi ini.123 Justeru, sepertimana produk-produk takaful, didapati bahawa produk-produk insurans konvensional juga turut mengandungi elemen-elemen maqasid al-Shari‘ah dari sudut memberi perlindungan, meringankan bebanan, menolak kemudharatan serta pemeliharaan terhadap lima kepentingan asas (al-kulliyyat al-khams) .

Namun, terdapat perbezaan antara elemen maqasid al-Shari‘ah yang terdapat dalam takaful dengan elemen maqasid al-Shari‘ah yang terdapat insurans konvensional. Apa yang membezakan antara keduanya adalah tentang maslahah yang ingin dicapai, dari sudut ketepatannya dengan ciri-ciri maslahah Shar„iyyah.124

Antara ciri-ciri

maslahah Shar„iyyah yang telah digariskan oleh para ulama‟ ialah, maslahah tersebut mestilah bersumberkan petunjuk Syarak iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Berbeza dengan takaful, maslahah yang terdapat dalam insurans konvensional didapati hanya bersandarkan kepada akal manusia semata-mata. Perbezaan tersebut dapat dilihat menerusi contoh-contoh berikut:

Pertama, dalam insurans konvensional kita akan dapati bahawa perbuatan membunuh diri, meskipun dilakukan dengan sengaja ianya tetap dilindungi di bawah insurans hayat, dengan alasan untuk menjaga kepentingan waris yang ditinggalkan.125 Tidak dinafikan bahawa amalan saling tolong-menolong serta bantu-membantu

123

al-Ghazali, op cit., h. 288.

124 Untuk huraian lanjut mengenai ciri-ciri maslahah Shar„iyyah, sila lihat: bab 1, h. 52-53.

sememangnya amat digalakkan dalam Islam, namun ianya mestilah dilakukan atas dasar kebajikan dan juga ketaqwaan, sebagaimana firman Allah SWT:

          

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”

Surah al-Ma’idah (5): 2.

Bukankan sesuatu yang tidak wajar sekiranya peserta yang ditimpa musibah yang berpunca daripada perkara-perkara atau perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam turut menerima manfaat perlindungan yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Tambahan pula, perbuatan membunuh diri adalah jelas haram di sisi Syarak. Firman Allah SWT:

   

“Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri”

Surah al-Nisa‟ (4): 29.        

“Dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syara‟)”

Surah al-Furqan (25): 68.

Menerusi kenyataan di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa skop perlindungan takaful hanyalah ke atas perkara-perkara kebaikan yang tidak bertentangan dengan Syarak. Maka, perkara-perkara yang bercanggah dengan Syarak seperti membunuh diri dan kematian akibat minum arak tidak dilindungi di bawah skim takaful kerana jelas perbuatan tersebut adalah haram di sisi Islam.

Kedua, sepertimana takaful, insurans konvensional juga turut melaburkan wang caruman pembeli polisinya bagi menjana keuntungan, yang dapat memberikan pulangan serta manfaat kepada pembeli polisi. Secara zahir, ianya kelihatan mengandungi elemen

maqasid al-Shari‘ah terhadap pemeliharaan harta dari sudut mengembangkan harta tersebut dengan cara melaburkannya. Namun, instrumen pelaburan pengendali takaful adalah berbeza dengan instrumen pelaburan syarikat insurans konvensional. Ini kerana, penyeliaan serta pemantauan yang dilakukan oleh Majlis Penasihat Syariah dalam syarikat takaful akan sentiasa memastikan bahawa wang sumbangan peserta dilaburkan ke dalam entiti yang selaras dengan Syariah Islam. Berbeza dengan pengendali takaful, syarikat insurans pula bebas melaburkan wang caruman pembeli polisi ke dalam mana-mana instrumen yang diingini tanpa mengambil kira unsur halal dan haram.

Justeru, hasil pulangan pelaburan yang diterima dari kedua-dua pengendali takaful dan syarikat insurans adalah berbeza, di mana pulangan pelaburan pengendali takaful tentunya bebas dari unsur riba, tetapi tidak bagi pulangan pelaburan syarikat insurans konvensional.

Ketiga, ciri lain yang membezakan antara takaful dengan insurans konvensional adalah dari sudut memberi keadilan terhadap peserta. Secara zahir, kita dapati bahawa kedua-dua produk takaful dan insurans konvensional dapat memberi keadilan terhadap pesertanya (pembeli polisi). Namun, jika diteliti dan diperhalusi kita akan dapati bahawa produk-produk insurans konvensional sebenarnya mengandungi unsur-unsur ketidakadilan terhadap peserta (pembeli polisi).

Sebagai contoh, dari sudut pengembalian wang caruman kepada peserta (pembeli polisi) yang menarik diri atau membatalkan kontrak. Sebagaimana takaful, mana-mana pembeli polisi insurans yang membatalkan kontrak juga akan dikembalikan wang carumannya. Namun, apa yang membezakan antara keduanya ialah dari sudut kaedah pengiraannya. Bagi takaful, sama ada pembatalan sijil takaful dibuat oleh

peserta atau pengendali, kaedah pengembalian tetap sama iaitu mengikut kiraan secara pro-rata. Tetapi bagi insurans konvensional, kebiasaannya kadar khusus yang dipanggil

customary short period akan dikenakan yang mana kadar ini selalunya adalah lebih

kecil berbanding kadar yang ditentukan menerusi kaedah pro-rata.

Begitu juga dengan kemudahan pinjaman wang yang ditawarkan dalam insurans konvensional yang secara zahirnya kelihatan membantu meringankan bebanan kewangan peserta (pembeli polisi). Walau bagaimanapun, meminjam daripada syarikat insurans sama seperti meminjam daripada bank, di mana si peminjam akan dikenakan turut kadar faedah.

Jika dilihat secara zahir, mengenakan faedah ke atas pinjaman yang dilakukan oleh si peminjam (pemegang polisi) dianggap adil kerana pihak syarikat dapat membantu si peminjam meringankan bebanan kewangannya, atau si peminjam tadi dapat memanfaatkan pinjamanan tersebut, maka sebagai balasan syarikat mengenakan faedah ke atas pinjaman tersebut. Bukankan ianya kelihatan adil terhadap kedua-dua belah pihak yang meminjam dan memberi pinjam?

Namun sekali lagi, apa yang dianggap maslahah menurut pandangan manusia tidak semestinya ia adalah maslahah menurut pertimbangan Syarak. Meskipun manusia menganggap bahawa tiada perbezaan antara riba dan juga jual beli,126 malah menganggap bahawa riba itu sebagai sebahagian daripada bentuk-bentuk jual beli, namun begitu Allah SWT mengatakan bahawa:

126

Masyarakat pada zaman Jahiliyah mengatakan bahawa riba sama sahaja seperti jual beli. Hujah mereka ialah sekiranya seseorang membeli sesuatu barangan dengan harga 2 dinar dan menjualkannya pada harga 2.50 dinar, ia merupakan suatu jual beli yang sah dan adil. Begitulah juga jika seseorang itu meminjamkan 2 dinar dan mengambil 2.50 dinar daripada si penghutang, sepatutnya juga dianggap adil dan sah kerana kedua-dua urusniaga ini dilakukan dengan persetujuan bersama. Oleh itu, sebarang perolehan daripada urusniaga riba adalah sama dengan perolehan daripada jual beli. Sila lihat: Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit., h. 123-124.

          

“Mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba”.

Surah al-Baqarah (2): 275.

Ayat di atas dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua urusniaga tersebut adalah tidak sama kerana tambahan yang diperolehi oleh riba itu merupakan hasil daripada perlanjutan tempoh pembayaran hutang, sedangkan tambahan keuntungan adalah hasil daripada jual beli dan perniagaan.127

2.9 KESIMPULAN

Takaful dan insurans, meskipun pada kedua-duanya terdapat unsur-unsur persamaan dari sudut kewujudan nilai-nilai murni yang bertepatan dengan ajaran Islam serta elemen-elemen maqasid al-Shari„ah, namun maslahah sebenar yang menepati piawaian Syarak menjadi titik pemisah yang membezakan antara keduanya. Ini kerana, akal manusia yang terbatas dan sering didorong oleh hawa nafsu, sering mentafsir

maslahah sebagai mafsadah, dan mafsadah itu sebagai maslahah. Maka, ciri-ciri

maslahah Shar„iyyah sebagaimana yang terdapat dalam takaful inilah yang menjadikan ianya berbeza dengan insurans konvensional.

BAB