• Tidak ada hasil yang ditemukan

Encik Aizat Amir bin Ahmad Sanusi Encik Muhammad Shahrul Anuar Sahee

TIMBALAN DEKAN

Encik Mohd Bakir bin Baharom

KETUA PROGRAM

 Ketua Program Seni Reka Visual Puan Rosyida bin Mohd Rozlan

 Ketua Program Seni Halus Encik Mohd Safwan bin Ahmad

PENOLONG PENDAFTAR Encik Mohd Shahryl bin Musa

PEMBANTU TADBIR

Puan Norzaiton Akma binti Samsudin

PENSYARAH

Encik Aizat Amir bin Ahmad Sanusi

Encik Muhammad Shahrul Anuar Sahee

| PAGE \*

MERGEFORM AT 2

| 80

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA REKAAN KOMUNIKASI VISUAL

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional

AWA 1132 Bahasa Inggeris II AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1172 Wayang Kulit I /

Bangsawan I/

Makyung I/

Randai I/

Mek Mulung I

AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional AWA 1182 Pengajian Islam / Moral ARV 1013 Lukisan dan Catan ARV 1042 Pengenalan Perisian ADOBE

ARV 1023 Fotografi ARV 1052 Bahasa dan Budaya Visual

ARV 1033 Seni Halus ARV 1063 AutoCAD dan Visualisasi

ATE 1072 Analisis dan Interpretasi Teks AFV 1172 Rekaan Produksi I

18 unit kredit 16 unit kredit

2

AWA 2112 Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyung II/

Randai II/

Mek Mulung II

AWA 2212 Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III/

Randai III/

Mek Mulung III AWA 2122 Bahasa Melayu ARV 2002 Latihan Industri

ARV 2013 Pengenalan kepada Sinografi ARV 2062 Pengenalan kepada Penyelidikan Rekaan

ARV 2033 Proses Rekaan Produksi ARV 2073 Rekaan dari Penterjemahan Teks ARV 2043 Rekaan Komputer Grafik ATE 2062 Rekaan Set dan Props

ATE 2112 Rekaan Kostum dan Solekan APN 2493 Penerbitan Desktop

15 unit kredit 14 unit kredit

3

AWA 3112 Pengajian Malaysia ARV 3044 Penilaian Tahun Akhir (PeTA) ARV 3013 Amalan dan Gunaan Rekaan ARV 3053 Pemikiran dan Tradisi Asia ARV 3022 Perniagaan dan Rekaan ATE 3073 Kesan Khas untuk Teater ARV 3032 Pengurusan Pameran

9 unit kredit 10 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

FAKULTI 60

ELEKTIF 08

90

| PAGE \*

MERGEFORM AT 2

| 81

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ARV 1013

Lukisan Dan Catan (Drawing And Painting)

Kursus yang menggabungkan pembelajaran lukisan dan catan.

Pelajar akan diajar melalui kaedah mengenali bahan kajian atau

“subject matter”, mengeksploitasi bahan dan bahantara, observasi dan sebagainya yang berkaitan. Seterusnya pemahaman ini akan digunapakai dalam pembelajaran catan. Pelajar akan diajar dalam beberapa aliran seperti realism, semi abstract, impressionist dan abstract. Pemahaman ini sangat berguna selain dari eskplotasi kendiri oleh pelajar.

2. ARV 1023 Fotografi (Photography)

Kursus ini merupakan asas kepada program komunikasi visual.

Pelajar akan didedahkan kepada asas fotografi, di mana keutamaan akan diberikan kepada penghasilan imej visual yang mampu untuk berkomunikasi secara langsung. Kursus ini juga akan dapat membuka minda pelajar kepada berbagai persepsi dalam penghasilan imej fotografi digital khususnya. Para pelajar akan didedahkan mengenai pencahayaan komposis, pengarahan seni, imej dan pengimejan.

3. ARV 1033 Seni Halus

(Communication Design)

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada peranan rekabentuk dalam konteks global dan pelbagai displin. Pelajar akan mempelajari prinsip-prinsip reka bentuk asas dan elemen reka bentuk seperti warna, tipografi, garisan dan bentuk bagi pemahaman estetik, aplikasi dan fungsi.

4. ATE 1072

Analisis dan Interpretasi Teks

Kursus yang membantu pelajar memahami teks (skrip) melalui pembacaan dan analisis yang teliti, bagi melakukan interpretasi terhadap cerita, watak dan pemikiran pengarang. Teks-teks tertentu akan dipilih sebagai moden pembelajaran, di samping teks yang menjadi pilihan untuk sesuatu produksi.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. ARV 1052

Bahasa dan Budaya Visual (Visual Language and Culture)

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada penggabungan fenomena budaya dalam pelbagai masyarakat. Ia berkaitan dengan alam sekitar, ideologi, kewarganegaraan, etnik, kelas sosial dan jantina. Ia adalah mengenai pemahaman gaya hidup tradisional dan kontemporari dari perspektif sejarah sosio-politik dan proses intepretasi dan pemindahan ke bentuk visual yang mampu memberikan pengertian dan kefahaman berdasarkan kerangka rujukan terhadap penggunaan bahasa dan amalan budaya sesebuah masyarakat.

2. ARV 1063

AutoCAD dan Visualisasi (AutoCAD and

Visualisation)

Kursus yang memberi pengenalan dan pendedahan praktikal mengenai pemahaman fungsi-fungsi penggunaan perisian Auto-CAD (Computer Aided Design). Perisian ini akan membantu pelajar mengenai pelaksanaan kerja-kerja merekabentuk sesebuah set (pentas, televisyen dan filem) menggunakan kaedah lukisan berkomputer; penghasilan dan pembuatan pelan lantai, lukisan 2D, lukisan 3D, perspektif dan pembuatan model. Kemahiran menggunakan perisian melukis melalui komputer ini akan membuka skop pekerjaan yang lebih luas dalam pelbagai bidang profesional.

| PAGE \*

Kursus ini merupakan asas pemahaman bidang rekaan produksi terutamanya mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas-tugas yang dilakukan oleh bahagian seni (art department) dalam sesebuah produksi filem. Pelajar akan dilatih secara teori dan praktikal hands-on mengenai pengalaman skil kemahiran kerja-kerja seni dalam produksi filem. Modul pembelajaran asas ini adalah seimbang di antara mempelajari konsep rekaan produksi dengan latihan berbentuk bengkel yang kan mengasah kemahiran pelajar untuk menceburi diri dalam bidang rekaan produksi filem. Dalam kursus ini juga pelajar akan dilatih dalam bidang rekaan kostum melalui kaedah pengajaran secara kuliah dan bengkel.

4. ARV 1042

Pengenalan Prisisan ADOBE

(Exploring ADOBE Software)

Kursus ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar di dalam penggunaan perisian ADOBE. Penjurusan dan pengkhususan akhirnya akan diberikan kepada ADOBE Photoshop, ADOBE Illustrator, ADOBE InDesign, ADOBE After Effects, ADOBE Flash, ADOBE Dreamweaver. Pelajar akan dikehendaki menghasilkan kerja-kerja kreatif di dalam bentuk ilustrasi.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. ARV 2013

Pengenalan Kepada Sinografi (Introduction to Scenography)

Kursus yang memberikan kefahaman teori dan pelaksanaan Sinografi dalam seni persembahan pentas. Melalui pembelajaran ini pelajar akan menjadi seorang tenaga artistic yang kreatif serta mempunyai kemahiran untuk menangani permasalahan kreatif dalam sesebuah produksi. Pelajar akan berpeluang membina pemikiran yang dinamik dan dapat mencipta ruang pemikiran yang lebih meluas.

2. ARV 2033

Proses Rekaan Produksi (Production Design Process)

Subjek ini memberi pendedahan kepada teknik, prinsip-prinsip dan proses kerja dalam menghasilkan sesuatu rekaan didalam sesebuah produksi. Bagaimana setiap elemen sinografi digunakan dan menyokong satu sama lain untuk mencapai suatu kesatuan didalam suatu bentuk rekaan. Subjek ini juga akan menyentuh mengenai elemen kesenian, pemikiran dan gabungan kerja kraf. Pelajar juga akan didedahkan kepada elemen teknologi yang membantu dalam proses kerja. Penekanan akan diberi kepada kerja praktik didalam sesi yang diaturkan di dalam kelas.

3. ARV 2043

Rekaan Komputer Grafik (Computer Graphic Design)

Kursus ini merupakan pendedahan pertama kepada pelajar dalam menghasilkan sesuatu kerja seni secara digital. Pelajar juga didedahkan kepada teknik penghasilan dan pengubahsuaian imej untuk menghasilkan poster secara digital, antaramuka perisian, halaman web, dan sebagainya. Kepentingan penggunaan ‘Layer’ dan perbezaan setiap ‘Tools’ dalam perisian Adobe Photoshop juga didedahkan kepada pelajar.

4. ATE 2112

Rekaan Kostum dan Solekan (Costume Design and Make-Up)

Pelajar-pelajar akan mendalami dan memperluaskan pengetahuan berhubung dengan penciptaan kostum, solekan serta hiasan (aksesori) berdasarkan perwatakan, mood, zaman, bentuk, gaya dan aliran didalam sesuatu persembahan teater. Penekanan juga diberikan terhadap aspek pengurusan (wardrobe), penjagaan dan pemuliharaan kostum dan juga teknik solekan.

| PAGE \*

MERGEFORM AT 2

| 83