• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN KLASIFIKASI

ATE 1022 Asas Lakon Tahun 1, Semester I Praktikal

ATE 1032 Asas Vokal Tahun 1, Semester I Praktikal

ATE 1072 Analisis & Interpretasi Teks Tahun 1, Semester I Teori

ATE 1082 Komunikasi Visual Tahun 1, Semester I Teori

ATE 1042 Pengenalan Sinografi Tahun 1, Semester II Teori

● Kursus ini ditawarkan juga kepada semua pelajar dari fakulti lain yang berminat

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ATE 1012

Sejarah &

Pengenalan Teater

Kursus ini merupakan pengenalan terhadap konsep, falsafah dan sejarah teater, khususnya asal-usul dan evolusi yang berlaku di dalam teater.

Meneliti dan meninjau secara ringkas pertumbuhan dan perkembangan teater tempatan dan luar negara, terutamanya dari segi aliran dan bentuk.

Tumpuan diberikan kepada tradisi Eropah, Amerika dan Asia.

2. ATE 1022 Asas Lakon

Kursus ini memperkenalkan asas-asas lakonan dengan mengemukakan gabungan tiga disiplin: gerak, suara dan ruang bagi memecahkan rasa gentar dan kaku dalam membentuk watak dan perwatakan berdasarkan skrip dan improvisasi lakon. Pelajar akan dibiasakan dengan ‘peralatan’

yang ada pada tubuh mereka kearah membentuk seorang pelakon yang baik.

3. ATE 1032 Asas Vokal

Pengenalan kepada sistem pernafasan dan anatomi yang menyokong kepada lontaran vokal melalui latihan olah tubuh, minda dan suara.

Latihan-latihan praktikal secara latih-tubi sangat penting diberi penekanan kerana ‘peralatan’ ini selalunya kurang diberikan perhatian oleh calon-calon pelakon.

4. ATE 1072 Analisis dan Interpretasi Teks

Kursus yang membantu pelajar memahami teks (skrip) melalui pembacaan dan analisis yang teliti, bagi melakukan interpretasi terhadap cerita, watak dan pemikiran pengarang. Teks-teks tertentu akan dipilih sebagai moden pembelajaran, di samping teks yang menjadi pilihan untuk sesuatu produksi.

5. ATE 1082

Komunikasi Visual

Melatih dan memahirkan pelajar mengenai konsep dan aspek lakaran, garisan, warna serta kefahaman rekabentuk grafik dengan menggunakan pelbagai media bagi menyampaikan maklumat dan pemikiran visual.

| PAGE \*

Kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan tentang badan manusia. Ini akan meliputi pembelajaran tulang, otot dan sendi. Pengetahuan ini adalah penting bagi memahami pergerakan dengan betul dan seterusnya membuat gerakan dengan selamat.

Pengetahuan ini meliputi aspek teknik serta latihan memanaskan badan dan menguatkan otot. Kursus ini juga meliputi aspek mengelakkan kecederaan serta memberikan pengetahuan asas tentang tindakan yang perlu diambil apabila sesuatu kecederaan berlaku.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. ATE 1042

Pengenalan Sinografi

Kursus ini memperkenalkan kepentingan dan keperluan asas dalam pelbagai disiplin seni bagi memudahkan menciptareka nilai-nilai artistik di pentas dan menyeimbangkan antara visual dan dramatik bagi mendapatkan nilai-nilai kekaguman di pentas dengan menitikberatkan kajian pelbagai segi seperti; naskhah, ruang, pengarahan, warna dan komposisi, watak dan perwatakan,dan penonton.

2. ATE 1053

Produksi Teater Moden

Kursus ini melibatkan para pelajar kepada kerja-kerja produksi teater moden (realism) dengan tugas menyeluruh pengurusan pentas dan rekaan kreatif bagi merealisasikan sebuah skrip pilihan. Sebahagian pelajar akan terlibat secara langsung sebagai pelakon.

3. ATE 1062 Teknik Vokal

Proses melahirkan makna dan mood melalui keberkesanan vokal hasil daripada penguasaan dalam sistem penafasan dan pemahaman tentang fungsi anatomi.

4. ATE 1092 Teater Moden Malaysia

Kursus ini akan menyentuh sejarah perkembangan teater moden di Malaysia, berdasarkan zaman tertentu dengan mengkaji skrip dan produksi terpilih. Penekanan diberikan terhadap aliran dan bentuk teater, termasuk sebarang konsep dan falsafah di sebalik sesuatu penciptaan atau pementasan.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. ATE 2102

Asas Pengarahan

Kursus ini adalah kursus mempelajari aspek-aspek pengarahan dengan memberi fokus kepada fungsi seorang pengarah dan elemen-elemen yang diperlukan dalam persiapan sesuatu pementasan atau produksi teater. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan konsep dan tekinik-teknik pengarahan secara teori dan praktikal.

2. ATE 2012

Pengurusan Pentas

Mendedahkan para pelajar kepada aspek-aspek pengurusan pentas, meliputi tanggungjawab di belakang, di atas dan di hadapan pentas.

Pengurusan ini turut melibatkan bagaimana mengendalikan sebuah panggung teater.

3. ATE 2042

Improvisasi Gerak

Satu teknik eksplorasi bertujuan untuk melahirkan makna, perasaan, mood dan gerak timbal (tindak balas fizikal) dalam lakonan fizikal tanpa dialog.

| PAGE \*

Menekankan kepada peranan dan kualiti pencahayaan melalui kaedah-kaedah merekacipta berdasarkan keperluan persembahan setelah memahami sistem penggunaan dan pengendalian pelampuan pentas serta hubungannya dengan latar hias, set, ruang lakon dan watak-watak.

5. ATE 2112

Rekaan Kostum &

Solekan

Pelajar-pelajar akan mendalami dan memperluaskan pengetahuan berhubung dengan penciptaan kostum, solekan serta hiasan (aksesori) berdasarkan perwatakan, mood, zaman, bentuk, gaya dan aliran didalam sesuatu persembahan teater. Penekanan juga diberikan terhadap aspek pengurusan (wardrobe), penjagaan dan pemuliharaan kostum dan juga teknik solekan.

TAHUN 2 SEMESTER II

1. ATE 2023

Produksi Teater Kanak-Kanak

Kursus produksi (praktikal) ke arah pementasan sebuah teater khusus untuk khalayak kanak-kanak (6 – 12) tahun. Pelajar akan memilih sebuah teks yang juga dihasilkan untuk khalayak kanak-kanak bagi tujuan pementasan ini dan mengangkat satu pementasan yang memberikan penekanan kepada elemen-elemen terpenting yang seharusnya ada di dalam sebuah produksi teater kanak-kanak.

2. ATE 2032 Pengarahan

Aspek lanjutan dalam kerja-kerja pengarahan melalui teori. Kaedah dan pendekatan khusus. Penekanan diberikan terhadap pemahaman konsep, analisis teks, watak dan perwatakan serta rekaan produksi.

3. ATE 2062 Rekaan Set dan Prop

Kursus ini mendekatkan para pelajar kepada aspek penciptaan dan penyediaan set serta prop untuk sesuatu persembahan teater. Pelajar-pelajar akan digalakkan mengupas idea teori berdasarkan tafsiran serta pemahaman daripada sesebuah skrip kepada bentuk visual yang dapat dipraktikkan untuk tujuan pementasan.

4. ATE 2063 Kritikan Seni Persembahan

Memperkenalkan dan membincangkan teori-teori kritikan yang boleh digunakan untuk menganalisa karya teater sama ada berbentuk produksi atau skrip melalui karya-karya terpilih sebagai meningkatkan apresiasi karya teater dengan lebih mendalam dan berkesan.

5. ATE 2092

Lakonan Lanjutan

Pelajar-pelajar akan mendalami bidang lakonan melalui pemerhatian, penyelidikan, perbincangan dan penilaian sesuatu lakonan melalui skrip, pementasan dan penontonan.

6. ATE 2000 Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di luar kampus. Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Setiap pelajar wajib mengikuti penempatan mengikut pengkhususan pengajian.

| PAGE \*

MERGEFORM AT 2

| 40