• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. ARV 3044

Penilaian Tahun Akhir (PeTA)

Kursus ini mengarah kepada penyediaan pelajar menghadapi projek Penilaian Tahun Akhir. Pelajar akan berada di bawah pemantauan dan bimbingan staf akademik yang di kenalpasti oleh fakulti. Pelajar akan bertindak sebagai Sinografer atau Pereka Profesional dan diberi tugasan melaksanakan sebuah produksi.

2. ARV 3053

Pemikiran dan Tradisi Asia (Asian Thought and

Tradition)

Kursus yang memberikan kefahaman tentang pemikiran dan tradisi Asia melalui Seni Persembahan. Melalui pembelajaran ini pelajar dapat meneroka bidang seni, seni bina dan filem (tradisional dan kontemporari) yang merangkumi pelbagai gaya dan genre, termasuk konteks sosial, budaya dan sejarah mereka. Pelajar juga akan mengenali hubungan kompleks dalam pembangunan Pemikiran dan Tradisi Asia.

3. ATE 3073

Kesan Khas untuk Teater (Special Effect)

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan, latihan serta pengalaman asas meliputi konsep dan proses dalam kaedah kesan khas dalam persembahan pentas (teater).

| PAGE \*

MERGEFORM AT 2

| 85

STRUKTUR KURIKULUM

DIPLOMA SENI HALUS

TAHUN SEMESTER I SEMESTER II

KOD KURSUS KOD KURSUS

1

KUR 1011 Kokurikulum I KUR 1021 Kokurikulum II

AWA 1112 Pengenalan Teater Tradisional AWA 1132 Bahasa Inggeris II AWA 1122 Bahasa Inggeris I AWA 1172 Wayang Kulit I /

Bangsawan I/

Makyung I/

Randai I/

Mek Mulong I

AWA 1162 Asas Seni Pentas Tradisional AWA 1182 Pengajian Islam / Moral

ASH 1012 Lukisan Asas ASH 1052 Kajian 2D Dan 3D

ASH 1022 Fotografi Digital ASH 1062 Kajian Warna ASH 1032 Elemen Dan Prinsip Seni Visual ASH 1072 Kajian Bahan ASH 1082 Sejarah Dan Penghayatan Seni

Visual

ASH 1092 Pengimejan Digital

15 unit kredit 15 unit kredit

2

AWA 2112 Wayang Kulit II/

Bangsawan II/

Makyung II/

Randai II/

Mek Mulong II

AWA 2212 Wayang Kulit III/

Bangsawan III/

Makyung III/

Randai III/

Mek Mulong III AWA 2122 Bahasa Melayu ASH 2002 Latihan Industri

ASH 2012 Lukisan ASH 2072 Lukisan Alternatif

ASH 2022 Catan Asas ASH 2082 Catan

ASH 2032 Cetakan Asas ASH 2092 Cetakan

ASH 2042 Arca Asas ASH 2102 Arca

ASH 2062 Seni Khat dan Ragam Hias ASH 2122 Teori Persepsi

14 unit kredit 14 unit kredit

3

AWA 3112 Pengajian Malaysia ASH 3072 Alam dan Manusia ASH 3012 Catan Alternatif ASH 3084 Kerjaya Seni ASH 3022 Cetakan Alternatif ASH 3102 Persembahan Studio

ASH 3032 Arca Alternatif ASH 3994 Penilaian Tahun Akhir (PeTA) ASH 3052 Seni dan Komuniti

ASH 3082 Penyelidikan Studio

12 unit kredit 12 unit kredit

KURSUS JUMLAH KREDIT

WAJIB 22

FAKULTI 60

ELEKTIF 08

90

| PAGE \*

MERGEFORM AT 2

| 86

KURSUS ELEKTIF

KOD KURSUS TAHUN/SEMESTER

PENAWARAN

ASH 1012 Lukisan Asas Tahun 1, Semester I

ASH 1022 Fotografi Digital Tahun 1, Semester I

ASH 1052 Kajian 2D Dan 3D Tahun 1, Semester II

ASH 1062 Kajian Warna Tahun 1, Semester II

RINGKASAN KURSUS-KURSUS TERAS FAKULTI

TAHUN 1 SEMESTER I

1. ASH 1012

Lukisan Asas Kursus ini memberi penekanan pada perbezaan lakaran dengan lukisan. Memandangkan betapa pentingnya peranan lakaran, pelajar dikehendaki menghasilkan lakaran wajib sebanyak 500 helai setiap semester. Projek melakar terbahagi kepada projek luar dan studio.

Pelajar didedahkan pada latihan melakar manusia, bangunan dan alam sekitar.

2. ASH 1022

Fotografi Digital Kursus ini akan membuka minda pelajar kepada kemungkinan mentafsirkan dunia dengan menggunakan kamera. Keutamaan dalam imej fotografi ialah berbentuk luahan dengan menggunakan kamera untuk meneroka dan mendapat gambaran imej secara digital.

3. ASH 1032

Elemen Dan Prinsip Seni Visual

Kursus ini pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan asas elemen dan prinsip seni tampak melalui proses pemahaman yang berhubung dengan kebolehan menghasilkan data-data tampak secara analitikal dalam menghasilkan sesuatu karya.

4. ASH 1082

Sejarah Dan Penghayatan Seni Visual

Kursus ini membolehkan pelajar membuat pemerhatian terhadap objek seni dan fasih membuat pernyataan estetik. Pelajar juga akan didedahkan kepada objek seni dan karyawan seni supaya dapat berinteraksi secara kritis dan kreatif. Penumpuan diberikan bagi mengenali Tokoh Agong tempatan dan serantau Asia Tenggara.

Pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah dan aplikasi pelbagai ini, bakal memupuk nilai murni, nilai jati diri, nilai kepekaan terhadap persekitaran.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. ASH 1052

Kajian 2D Dan 3D

Di dalam modul ini pelajar diberi latihan berfikir dan menyelesaikan masalah secara analitikal dan kreatif dalam bentuk 2 dan 3 dimensi.

Pengenalan awal kepada bahan dan bahantara serta alat-alat yang boleh digunakan ke arah merealisasikan karya seni yang tinggi nilai estetiknya. Pembelajaran menekankan kepada pengetahuan dan pemahaman yang berkait rapat dengan kebolehan melahirkan idea

| PAGE \*

MERGEFORM AT 2

| 87

2. ASH 1062

Kajian Warna Memperkenalkan kepada sifat asas, dimensi, terminologi serta kefahaman terhadap unsur-unsur persepsi warna melalui latihan secara teori, praktik dan observasi.

3. ASH 1072

Kajian Bahan Kajian Bahan ini merupakan satu matapelajaran untuk bidang seni cetak, seni arca dan seni catan. Pelajar-pelajar dikehendaki membuat kajian terhadap bahan dengan bantuan pensyarah atau pakar dari luar dalam bidang yang berkaitan. Kajian termasuk bahan semulajadi seperti bentuk padu dan serat.

4. ASH 1092

Pengimejan Digital Kursus ini memberi pendekatan praktikal dalam pengimejan digital dan pengaplikasian dalam memperkenalkan perbezaan sosial, artistik, teoritikal, dan amalan budaya yang merupakan keperluan dalam penghasilan karya pengimejan digital. Kursus ini membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual, meneroka dan memberi respon melalui pengimejan digital.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. ASH 2012

Lukisan

Kursus ini menawarkan kepada pelajar cara-cara melukis objek berbagai bentuk dengan tumpuan diberi pada ketelitian dan ketetapan objek. Penekanan diberikan untuk membezakan diantara melukis benda-benda hidup (nature) dan mati (buatan manusia).

2. ASH 2022 Catan Asas

Cat air dan akrilik merupakan medium yang popular di dalam menghasilkan karya catan. Pelajar didedahkan pada pengertian catan dan bahan-bahan yang digunakan untuk catan. Kursus ini juga membolehkan pelajar mengenal dan mencuba berbagai medium catan seperti cat air dan akrilik. Sesuai dengan matlamat ASWARA pelajar juga dibimbing dan diarahkan untuk menghasilkan karya-karya yang bermotifkan elemen-elemen warisan negara.

3. ASH 2032 Cetakan Asas

Kursus ini merupakan satu aktiviti dan pembelajaran yang menggunakan asas-asas berkarya iaitu; prinsip seni tampak, penghayatan seni tampak, lakaran, seni karya tangan dan muzik tradisional. Ia juga termasuk pelajaran sejarah dan falsafah seni, serta wayang kulit. Bahasa Melayu dan Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantaraan. Seni cetakan merupakan medium yang digunakan untuk berkarya.

4. ASH 2042 Arca Asas

Pendedahan awal pelajar membuat karya seni arca sebenar.

Pengalaman tantang bahan dan teknik seni arca. Mula menerapkan nilai warisan ke dalam bentuk karya menerusi gayaan dan sindiran.

Memperkenalkan apa itu seni arca sezaman yang berjiwa warisan.

5. ASH 2062

Seni Khat dan Ragam Hias

Pelajar diberi pendedahan dan pengetahuan terhadap ragam hias serta rekaan motif pada berbagai seni karya tangan dan persuratan tradisional. Penekanan ditumpukan pada kehalusan hasil kerja artifak-artifak tersebut.

| PAGE \*

MERGEFORM AT 2

| 88