• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHUN 1 SEMESTER I

1. AMZ 1503

Alat Muzik Major I

Pelajar akan dibimbing mingguan secara individu oleh pensyarah Alat Muzik Major.

Matlamat kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar di dalam permainan alat muzik utama pilihan mereka dari segi teknik, repertoire dan persembahan dan tahap repertoire yang dipelajari. Pelajar akan bertemu dengan pensyarah secara individu selama 1 jam seminggu. Selain dari kerja kursus, pelajar juga diwajibkan membuatkan persembahan di dalam program resital. Pelajar amat digalakkan untuk menyertai bengkel atau masterclass. Pelajar juga diwajibkan menduduki peperiksaan ber-panel pada akhir semester.

Seminar Persembahan / Resital ( Alat Muzik Klasikal )

Pelajar diwajibkan menganjur dan memberi satu persembahan secara solo dengan iringan atau secara berkumpulan. Persembahan ini akan dinilai oleh pensyarah alat muzik masing-masing.

2. AMZ 1513

Teori Muzik I

Pembelajaran teori muzik merupakan elemen terpenting di dalam pengaplikasian dan pembentukan muzik asas yang kukuh. Di dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenali skala major, empat skala minor, diatonic and chromatic intervals, triad, 7th chord dan lain-lain inversions.

3. AMZ 1523 Solfeggio

Solfeggio (Solfège) merupakan metodologi pendidikan penting yang digunakan untuk mengasah kemampuan pelajar muzik untuk mengenali (identify) nota muzik dan menyanyikannya secara ‘sight-reading’ atau ‘sight-singing’. Setiap suku-kata (do-re-mi-fa-sol-la-si/ti) yang digunakan mewakili tangga-nada sesebuah skala muzik. Terdapat dua sistem yang digunakan : i) ‘fixed-do’ di mana ‘do’ adalah notasi

‘C’, ii)’movable-do’ di mana ‘do’ merupakan nota pertama mana-mana skala yang digunakan. Penekanan juga dibuat terutamanya terhadap tahap kesukaran latihan di mana kepelbagaian nota, skala dan ritma diterapkan. Selain dari itu, kursus ini menguji ketajaman pendengaran di dalam menilai dan mengenalpasti not dan ritma yang didengar. Peningkatan di dalam skil sight-reading menggunakan cara perubahan tradisional di dalam ‘do’. Penekanan kepada ritma, jeda dan nada.

Pembelajaran di dalam skala major dan minor.

TAHUN 1 SEMESTER II

1. AMZ 1533

Alat Muzik Major II

Prasyarat : Lulus AMZ 1503 Alat Muzik Major I dan AMZ 1331 Lyric Diction – Itali (major vokal sahaja)

Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major I.Peningkatan dari satu tahap ke tahap yang lain bergantung kepada pra-syarat lulus yang telah ditetapkan bersesuaian dengan perkembangan dan peningkatan pembelajaran pada setiap semester.

Seminar Persembahan / Resital ( Alat Muzik Klasikal )

Pelajar diwajibkan menganjur dan memberi satu persembahan secara solo dengan iringan atau secara berkumpulan. Persembahan ini akan dinilai oleh pensyarah alat muzik masing-masing.

2. AMZ 1543 Teori Muzik II

Prasyarat : Lulus AMZ 1513 Teori Muzik I Lanjutan kepada prinsip Teori Muzik I.

Pelajar akan diajar untuk mengenali triad arpeggios, 7th chord arpeggios (major / minor), intermediate rhythmic dan mengendalikan kaedah transposing.

| PAGE \*

Para pelajar orkestra akan didedahkan kepada jenis-jenis orkestra dan cara mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari secara praktikal dan teori ke dalam bentuk persembahan secara berkumpulan. Ini akan mempertingkatkan kemahiran dan pengalaman individu di dalam permainan alat muzik masing-masing menerusi latihan secara berkumpulan. Proses interaksi akan berlaku di antara pelajar-pelajar yang mana boleh mencetuskan idea baru dalam persembahan.

Koir I

Para pelajar koir diajar untuk memahami teknik asas pernafasan, suara, posisi badan yang betul untuk menghasilkan bunyi ton yang baik, mengawal dinamik dan ekspresi mengikut arahan konduktor. Selain dari tu mereka akan mempraktikkan suara berpadu dengan membezakan empat tingkat suara iaitu suara Bass, Tenor, Alto dan Soprano secara solfege dan rote.

4. AMZ 1552 Ensembel I

Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada teknik bermain muzik secara berkumpulan (ensemble playing) samada menerusi genre muzik Klasikal, Moden atau Tradisional. Pembelajaran akan dimulakan dengan repertoire tahap sederhana yang bersesuaian dengan tahap permainan pemuzik ensembel masing-masing.

Antara kumpulan ensemble yang ditawarkan adalah :

Klasikal : Ensembel String, Brass, Wind, Voice dan Piano.

Tradisional : Caklempung, Gamelan, Keroncong, Ghazal, Muzik Cina, Muzik Melayu, Muzik India, Muzik Makyung, Muzik Wayang Kulit, Paluan Melayu, Paluan Silat, Dondang Sayang.

Moden : Jazz, Pop & Rock, Percussions.

TAHUN 2 SEMESTER I

1. AMZ 2913

Alat Muzik Major III

Prasyarat : Lulus AMZ 1533 Alat Muzik Major II dan AMZ 1341 Lyric Diction - Jerman (major vokal sahaja )

Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major ll.

Kelas persendirian mingguan bersama pensyarah utama diteruskan. Matlamat dan objektif kursus ditekankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dari segi teknik permainan alat dan persembahan. Peningkatan tahap repertoire juga diberi tumpuan.

Seminar Persembahan / Resital ( Alat Muzik Klasikal )

Pelajar diwajibkan menganjur dan memberi satu persembahan secara solo dengan iringan atau secara berkumpulan. Persembahan ini akan dinilai oleh pensyarah alat muzik masing-masing.

2. AMZ 2923 Teori Muzik III

Prasyarat : Lulus AMZ 1543 Teori Muzik II

Lanjutan kepada kursus Teori Muzik II. Pelajar akan diajar mengaplikasi skala major dan empat skala minor, menganalisa lagu-lagu dalam ‘drop 2 voicing’ dan mempraktikkan corak ritma (rhythmic pattern).

3. AMZ 2932 Orkestra / Koir II

Prasyarat : Lulus AMZ 1162 Orkestra / Koir I Orkestra II

Lanjutan kepada Orkestra I, pelajar akan terus dibimbing melalui latihan secara berkumpulan dengan repertoire yang mampu dimainkan oleh pelajar pada tahap tersebut.

Koir II

Lanjutan kepada Koir I, para pelajar koir akan mengikuti latihan vokal dengan penggunaan repertoire lagu pelbagai gaya dan susunan sama ada dalam bentuk unison, part singing secara acapella, iringan piano, ensembel atau pita rakaman.

| PAGE \*

Prasyarat : Lulus AMZ 1552 Ensembel I

Lanjutan kepada kursus Ensembel II, kursus ini diteruskan mengikut objektif pencapaian yang telah gariskan. Perubahan kepada tahap kesukaran repertoire dilakukan untuk mempertingkatkan tahap persembahan pelajar bersesuaian dengan peningkatan pembelajaran setiap semester.

TAHUN 2 SEMESTER II

1. AMZ 2953

Alat Muzik Major IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2913 Alat Muzik Major III dan AMZ 2351 Lyric Diction - Perancis (major vokal sahaja)

Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major lll.

Kelas persendirian mingguan bersama pensyarah utama diteruskan. Matlamat dan objektif kursus ditekankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dari segi teknik permainan alat dan persembahan. Peningkatan tahap repertoire juga diberi tumpuan.

Pelajar digalakkan untuk melibatkan diri dalam persembahan konsert dan juga bengkel muzik atau masterclass yang diadakan.

Seminar Persembahan / Resital ( Alat Muzik Klasikal )

Pelajar diwajibkan menganjur dan memberi satu persembahan secara solo dengan iringan atau secara berkumpulan. Persembahan ini akan dinilai oleh pensyarah alat muzik masing-masing.

2. AMZ 2963 Teori Muzik IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2923 Teori Muzik III

Lanjutan kepada prinsip Teori Muzik III. Pelajar akan seterusnya diajar menganalisa lagu-lagu dalam ‘four ways close, drop 2’ dan ‘drop 3 voicing’.

3. AMZ 2973 Orkestra/Koir III

Prasyarat : Lulus AMZ 2932 Orkestra / Koir II Orkestra III

Lanjutan kepada Orkestra II, pelajar akan meneruskan pembelajaran alat muzik mereka kepada memainkan repertoire yang terdapat peningkatan tahap dan juga dari era yang berbeza.

Prasyarat : Lulus AMZ 2942 Ensembel II

Lanjutan dari kursus Ensembel ll, kursus ini diteruskan mengikut objektif pencapaian yang telah gariskan. Perubahan kepada tahap kesukaran repertoire dilakukan untuk mempertingkatkan tahap persembahan pelajar bersesuaian dengan peningkatan pembelajaran setiap semester.

5. AMZ 2993 Sejarah Muzik

Prasyarat : Tiada

Kursus ini mendidik pelajar untuk mengenal sejarah muzik Barat yang merupakan satu aspek yang penting dalam sejarah perkembangan muzik dunia. Pelajar akan dapat melihat perkaitan antara sejarah perkembangan muzik Barat dengan perkembangan muzik dunia secara amnya dan muzik Malaysia. Pembelajaran kursus ini mencakupi zaman-zaman gaya muzik klasik barat iaitu zaman Medieval, Renaissance, Baroque, Classical dan Abad ke-20. Kursus ini meninjau kehidupan beberapa komposer terkenal, perkembangan gaya, struktur dan sumbangan inovasi

| PAGE \*

MERGEFORM AT 2

| 29

6. AMZ 2000

Latihan Industri

Pelajar akan mendapat pendedahan melalui pengalaman bekerja di luar kampus.

Secara amnya, pelajar akan didedahkan kepada cara persekitaran bekerja yang sebenar di dalam industri seni. Setiap pelajar wajib mengikuti penempatan mengikut pengkhususan pengajian.

TAHUN 3 SEMESTER I

1. AMZ 3483

Alat Muzik Major V

Prasyarat : Lulus AMZ 2953 Alat Muzik Major IV dan AMZ 2361 Lyric Diction - English / Indonesia/ Malaysia (major vokal sahaja)

Lanjutan kepada kursus Alat Muzik Major IV. Peningkatan dari satu tahap ke tahap yang lain bergantung kepada pra-syarat lulus yang telah ditetapkan bersesuaian dengan perkembangan dan peningkatan pengajaran per semester.

2. AMZ 3493 Orkestra/Koir IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2973 Orkestra / Koir III Orkestra IV

Proses pembelajaran di dalam kelas orchestra selama empat semester sedikit sebanyak dapat mendedahkan pelajar kepada keperluan kemahiran yang minimum untuk menjadi seorang pemuzik orchestra yang professional.

Koir IV

Para pelajar koir pula akan dinilai menerusi keupayaan untuk mempraktikkan teknik vokal, mampu membezakan tingkat suara (Bass, Tenor, Alto dan Soprano), menyanyi secara solfege dan rote, mengawal dinamik dan ekspresi mengikut arahan konduktor - menerusi repertoire yang lebih kompleks dari segi ritma, notasi dan penghayatan.

3. AMZ 3503 Ensembel IV

Prasyarat : Lulus AMZ 2983 Ensembel III

Menerusi pengaplikasian praktikal dan teori yang telah dipelajari, pelajar akan berupaya untuk memainkan repertoire setaraf dengan yang dimainkan oleh pemuzik professional dengan mengamalkan disiplin dan etika persembahan yang betul

4. AMZ 3513 Tinjauan Muzik Malaysia

Kursus ini akan membincangkan jenis-jenis muzik rakyat tradisi yang utama merangkumi aspek persejarahan, perkembangan dan peranannya di dalam masyarakat serta sifat-sifat kebudayaan di mana muzik itu dicipta. Ianya juga membincangkan secara terperinci perihal muzik tradisional yang terdapat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi penekanan terhadap aspek persejarahan dan sistem muziknya. Ini termasuklah dari aspek peralatan, melodi dan struktur bentuk, elemen komposisi dan improvisasi mengikut pengaruh idiosinkrasi masing-masing untuk tujuan perbandingan dan makna muzikal serta fungsinya dalam masyarakat.

| PAGE \*

MERGEFORM AT 2

| 30