Pembinaan 12 minggu 6. Jarak projek 220 meter
4.3.1.2 Faktor Reka Bentuk
Faktor reka bentuk adalah terdiri daripada reka bentuk kaedah yang dipilih, nilai estetika yang terdapat dalam kaedah tersebut serta faktor penyelenggaraan seperti berikut:
i. Reka bentuk
Selain daripada faktor kos pembinaan, faktor reka bentuk amat memainkan peranan penting bagi memastikan pemilihan dan perlaksanaan sesuatu kaedah itu dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kegagalan atau kejayaan sesuatu kaedah adalah bergantung kepada faktor reka bentuk kerana reka bentuk yang tidak sesuai akan menyebabkan kegagalan sesuatu struktur kaedah yang dipilih.
Kaedah cerucuk keping konkrit bagi Projek A direka mempunyai struktur yang stabil kerana terdapat anchor road yang ditarik daripada belakang cerucuk keping konkrit dan kemudian diikat dengan rasuk konkrit bertetulang atau penutup rasuk. Tie
road ini adalah sebagai salah satu faktor kestabilan dan penahan bagi cerucuk keping
konkrit yang dibina daripada condong ke depan.
Selain itu, Projek A juga mengambil kira kegagalan bagi kaedah yang dibina sebelum ini iaitu, tembok penahan ‘Post and Panel’. Hal ini kerana kaedah tersebut adalah tidak sesuai dengan keadaan tanah serta sungai itu sendiri di mana alur sungai di Sungai Johor adalah deras dan terlibat dengan fenomena air pasang surut. Ianya sekaligus turut menyebabkan tembok penahan tersebut terhakis dan runtuh. Bagi mengelakkan berlakunya kegagalan tembok penahan, di bahagian hadapan sungai di letakkan batu sebagai alat menguatkan kestabilan cerucuk keping konkrit ini.
Oleh itu, kajian mengenai kawasan Projek A dilakukan bagi memastikan kaedah cerucuk keping konkrit adalah sesuai bagi kawasan tersebut dan boleh digunakan bagi tempoh jangka masa yang panjang.
ii. Faktor nilai estetika
Bagi Projek A, Jabatan Pengairan dan Saliran menggunakan kaedah cerucuk keping konkrit pratuang dan kaedah ini tidak begitu menitik beratkan faktor nilai estetika dan lebih bergantung kepada fungsi binaan itu dibina. Hal ini kerana, pembinaan kaedah pencegahan hakisan sungai biasanya adalah bergantung kepada akses dan sektor perlancongan. Namun begitu, kawasan bagi Projek A adalah terletak di kawasan perkampungan dan bukan menjadi tumpuan perlancongan. Oleh yang begitu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran membuat keputusan bahawa kaedah yang dibina bagi Projek A adalah tidak sesuai bagi keadaan yang memerlukan pernilaian faktor nilai estetika.
iii. Faktor penyelenggaraan
Selanjutnya, Projek A tidak memerlukan penyelenggaraan bagi elemen cerucuk keping konkrit. Namun begitu, penyelenggaraan dilakukan jika terdapat penanaman rumput yang dibina di atas permukaan tebing bagi memastikan tiada tumbuhan berakar kerana akan menganggu sistem tembok penanahan itu sendiri. Oleh itu, Jabatan Pengairan dan Saliran membuat keputusan bahawa tumbuhan yang ditanam memerlukan penyelenggaraan namun tidak kerap bergantung kepada pertumbuhan akar tumbuhan tersebut dan minimum.
4.3.1.3 Faktor Ciri-Ciri Tanah
Faktor ciri-ciri tanah bagi Projek A adalah melibatkan kaedah yang memerlukan penyiasatan tanah dilakukan. Oleh itu, Jabatan Pengairan dan Saliran membuat keputusan bahawa penyiasatan tanah adalah perlu dilakukan bagi kaedah ini kerana ianya memerlukan penelitian yang khusus mengenai jenis tanah, kedalaman tanah di kawasan tersebut sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan.
Penyiasatan tapak dilakukan bagi mengenal pasti kedalaman yang boleh dicapai serta jenis tanah di kawasan tersebut. Hasil daripada penyiasatan tersebut mendapati bahawa tanah di kawasan berkenaan adalah jenis tanah liat yang keras dan ianya tidak sesuai bagi kerja penanaman secara terus. Selain itu, apabila penyiasatan tanah dilakukan, terdapat stratum yang keras hasil daripada penyiasatan tanah. Oleh itu, penyiasatan tanah amat penting kerana kerja-kerja pembinaan dan reka bentuk tidak dapat dilakukan tanpa mengambil kira keadaan tanah.
Seterusnya, hasil daripada penyiasatan tanah yang dijalankan, menunjukkan bahawa Projek A adalah lebih sesuai menggunakan kaedah cerucuk keping konkrit berbanding kaedah lain kerana kawasan tersebut tidak terdapat kecerunan dimana
kaedah pembinaan cerucuk keping konkrit ini tidak sesuai bagi kawasan yang bercerun atas faktor kestabilannya.
4.3.1.4 Faktor Kaedah Pembinaan
Faktor kaedah pembinaan merangkumi kaedah pembinaan bagi kaedah cerucuk keping konkrit pratuang dan bahan binaan seperti berikut:
i. Faktor kaedah pembinaan
Bagi penggunaan kaedah cerucuk keping konkrit pratuang Projek A, kaedah pembinaan yang digunakan adalah bergantung kepada keadaan tapak serta geoteknik tanah di kawasan tersebut. Hal ini kerana tanah di kawasan Projek A adalah tanah liat keras dan memerlukan teknik pre-boring sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk keping konkrit dilakukan.
Selain itu, berdasarkan MYCESSM, jarak saiz panjang adalah mengikut meter persegi, tetapi bagi keseluruhan kawasan hakisan yang terlibat adalah sepanjang 220 meter. Oleh itu, kerja pembinaan dan pemasangan cerucuk keping konkrit dibuat secara bersilih ganti dengan panjang cerucuk adalah 12 meter. Disebabkan ketinggian tebing dengan dasar sungai adalah 5 meter, maka penggunaan kaedah bag pasir dan batu sangkar tidak sesuai bagi kawasan tersebut kerana aliran air sungai yang deras dan berlumpur serta daya ketahanan bahan binaan tersebut itu sendiri.
Oleh itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat keputusan bahawa kerja–kerja pembinaan yang tepat dan berkesan dapat mengelakkan sebarang risiko kelewatan projek serta kegagalan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai di kawasan tersebut.
ii. Faktor Bahan Binaan
Faktor bahan binaan adalah salah satu elemen penting dalam pembinaan pencegahan hakisan tebing sungai. Bahan binaan yang digunakan adalah bergantung kepada kaedah pencegahan hakisan yang digunakan dan bahan binaan tersebut telah dinyatakan oleh Jabtan Pengairan dan Saliran (JPS) di dalam senarai kuantiti berserta spesifikasi dan jenis yang digunakan.
Projek A menggunakan bahan binaan yang berkualiti dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JPS seperti penggunaan cerucuk keping konkrit pratuang serta bahan-bahan lain. Oleh itu, JPS akan memastikan pihak kontraktor mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dan juga mendapat kelulusan SIRIM bagi bahan-bahan yang digunakan. Hal ini demikian kerana, bagi memastikan bahan yang digunakan bagi kaedah cerucuk keping itu berkualiti dan tidak mempengaruhi sistem kaedah tersebut.