• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERLAKSAAN KAEDAH PENCEGAHAN HAKISAN TEBING SUNGAI NURERLINA BINTI RAMLEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERLAKSAAN KAEDAH PENCEGAHAN HAKISAN TEBING SUNGAI NURERLINA BINTI RAMLEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA"

Copied!
171
0
0

Teks penuh

(1)

PERLAKSAAN KAEDAH PENCEGAHAN HAKISAN TEBING SUNGAI

NURERLINA BINTI RAMLEE

(2)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : NURERLINA BINTI RAMLEE

Tarikh lahir : 30 DISEMBER 1992

Judul : PERLAKSANAAN KAEDAH PENCEGAHAN HAKISAN TEBING SUNGAI

Sesi Akademik : 2016/2017

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)*

TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

Disahkan oleh,

________________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) (921230-12-5172) (SR. DR. MOHD SAIDIN BIN MISNAN) Tarikh: Tarikh:

CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

(3)

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains (Pembinaan)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : SR. DR. MOHD SAIDIN BIN MISNAN

Tarikh :

Tandatangan :

Nama Pembaca Kedua: PROF. DR. ROSLAN BIN AMIRUDIN

(4)

PERLAKSANAAN PENCEGAHAN HAKISAN SUNGAI

NURERLINA BINTI RAMLEE

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

(5)

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama : _________________________________ Tarikh :

(6)

DEDIKASI

Ya Allah,

Kupanjatkan kesyukuran atas rahmat dan nikmatMu, “Sesungguhnya, selepas kesusahan ada kesenangan” [Quran 94:5]

Ibu dan ayah,

Salam kasih dan sayang, Kerana sentiasa ada. Terima kasih atas doa dan restu.

Kepada Anis, Ameer dan Hakim,

Ku harapkan agar ada sesuatu yang kalian lakukan dalam hidup ini, Bermakna di dunia dan di Akhirat

Sahabat,

Terima kasih kerana menjadi sahabat yang terbaik

M.T.M

Terima kasih kerana sabar menunggu.

Faith is:

(7)

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, Syukur kehadrat Ilahi, Tuhan Sekelian Alam. Yang Maha Memberi Nikmat, Kemudahan dan Keberkatan. Dengan limpahan rahmatNya, masa, nyawa

dan tenaga yang dianugerahkan, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Pertamanya, penghargaan ini didedikasikan khas kepada Sr. Dr. Mohd Saidin Bin Misnan yang telah membantu, menyelia dan memberikan tunjuk ajar sehingga

membuka ruang kepada saya untuk menyiapkan kajian ini dengan sukses.

Terima kasih juga kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran yang telah banyak membantu dan sudi meluangkan masa serta kerjasama kalian. Pengalaman dan maklumat yang telah diberikan dan dikongsi telah membantu merealisasikan kajian

ini.

Tidak lupa, terima kasih dan saying kepada ayahanda, bonda, keluarga serta rakan-rakan atas doa dan sentiasa ada di saat jatuh dan bangun. Hanya Allah s.w.t yang

mampu membalasnya.

Akhirnya, kepada rakan seperjuangan. Finally! Alhamdullilah.

(8)

ABSTRAK

Sungai merupakan salah satu sumber yang penting dalam kehidupan manusia dan memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, hakisan tebing sungai yang berlaku akan memberi kesan terhadap kemusnahan ekosistem dan juga sistem sungai itu sendiri. Hakisan tebing sungai biasanya disebabkan oleh hakisan kaki tebing dan juga disebabkan oleh pembinaan tembok hakisan yang tidak sesuai. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kaedah pencegahan hakisan tebing sungai yang dilaksanakan berdasarkan faktor-faktor pemilihan dan perlaksanaan serta kos yang terlibat bagi kaedah pencegahan hakisan. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian dijalankan berdasarkan kajian kes ke atas lima buah projek yang melaksanakan kaedah hakisan tebing sungai di Johor Darul Takzim. Pengumpulan data telah dibuat dengan menjalankan temu bual semi struktur dan analisis dokumen. Temu bual dijalankan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan kaedah hakisan tebing sungai. Hasil kajian yang dijalankan berjaya mengenal pasti faktor-faktor pemilihan dan iaitu kos pembinaan, reka bentuk, kaedah pembinaan dan faktor keadaan dan lokasi tapak. Manakala, kos yang terlibat bagi pembinaan kaedah pencegahan hakisan adalah bergantung kepada kos pembinaan, kos kerja awalan, kos kerja pembersihan dan kos kerja pembinaan yang diperuntukkan dan munasabah dengan kaedah yang digunakan. Dapatan daripada hasil kajian ini agar dapat membantu pihak kontraktor-kontrakor dalam sektor pembinaan mengadaptasikan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai yang paling efektif bagi kawasan yang mengalami hakisan sungai.

(9)

ABSTRACT

River is one of the important source for mankind and give benefits to their daily life. However, riverbank erosion would give the impact to the ecosystem and the river system itself. Riverbank erosion usually occur at toe bank and also because of inappropriate method of construction. Therefore, this study was carried out in order to identify the river bank protection method implemented by factors of selection and implementations as well as the costs involved for erosion prevention methods. In order to achieve the objectives, this study carried out by going through five case studies that implement the river bank protection method around Johor Darul Tazim. Data collection was collected using semi-structure interview and document analysis method. The interview was conducted with a person who are responsible and expert regarding the implementation of riverbank protection method. Finding shows that the factors of selection and implementations of river bank protection are construction cost, design factors, construction method and factors of location and site conditions. Whereas, the cost involved for the erosion protection depends on the construction cost, preliminaries, and cost of site clearance. To be specific, construction cost rest on to the budget provided and it must be reasonable with the riverbank protection method used. This study will help the contractor to identify and implement the most effective riverbank protection method which are suitable to the construction of site.

(10)

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA

SURAT AKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RINGKASAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Penyataan Masalah 2 1.3 Persoalan Kajian 5 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Skop Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Metodologi Kajian 7

(11)

1.8 Organisasi Bab 8

BAB 2 PERLAKSANAAN KAEDAH PENCEGAHAN

HAKISAN TEBING SUNGAI

2.1 Pengenalan 10 2.2 Definisi 2.2.1 Sungai 2.2.2 Hakisan 11 11 12 2.3 Jenis-jenis Hakisan

2.3.1 Jenis-jenis Hakisan Permukaan 2.3.2 Jenis-jenis Hakisan Sungai

12 12 15

2.4 Faktor-faktor Hakisan Sungai 2.4.1 Isipadu dan Halaju Air 2.4.2 Kecerunan 2.4.3 Jenis Batuan 2.4.4 Bentuk Alur 2.4.5 Bahan Muatan 2.4.6 Hujan Lebat 2.4.7 Tindakan Manusia 17 17 18 18 18 19 19 20

2.5 Cara Berlaku Hakisan Sungai 2.5.1 Tindakan Hidraul 2.5.2 Geseran 2.5.3 Lagaan 2.5.4 Larutan 20 21 21 22 22

2.6 Mekanisme Hakisan Tebing Sungai 2.6.1 Pergerakkan Tebing

23 23

(12)

2.6.2 Kegagalan Jisim 23

2.7 Kesan Hakisan Sungai 2.7.1 Banjir 2.7.2 Alam Sekitar 2.7.3 Ekonomi

2.7.4 Perubahan Bentuk Rupa Bumi

24 24 25 25 26

2.8 Kaedah Pencegahan Hakisan 2.8.1 Cerucuk Keping Keluli

2.8.2 Cerucuk Keping Konkrit Pratuang 2.8.3 ‘Green Terrawall Sistem’

2.8.4 Sangkar Tilam 2.8.5 Batu Sangkar 2.8.6 Reno Mattress 2.8.7 Dinding Batu 27 27 28 30 31 33 34 35

2.9 Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

2.9.1 Faktor Kos Pembinaan 2.9.2 Faktor Reka Bentuk 2.9.3 Faktor Ciri-ciri Tanah 2.9.4 Faktor Kaedah Pembinaan

2.9.5 Faktor Keadaan dan Lokasi Tapak

37 37 38 40 41 42 2.10 Kos yang Terlibat Bagi Kaedah Pencegahan

Hakisan Sungai 2.10.1 Kerja-Kerja Awalan 2.10.2 Penyediaan Tapak 2.10.3 Kerja-Kerja Tanah 43 43 48 49 50

(13)

2.10.4 Kerja pembinaan Tembok Kawalan Hakisan

2.11 Rumusan Bab 55

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 57

3.1 Pengenalan 57

3.2 Reka Bentuk Kajian 3.2.1 Kajian Kes

59 59 3.3 Perancangan Kaedah Kajian

3.3.1Peringkat Pertama 3.3.2 Peringkat Kedua 3.3.3 Peringkat Ketiga 3.3.4 Peringkat Keempat 60 61 62 63 64 3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Temu Bual Semi Struktur 3.4.2 Analisis dokumen

64 65 66 3.5 Kaedah Analisis Data

3.5.1 Analisis kandungan

67 67

3.6 Rumusan Bab 72

BAB 4 ANALISIS KAJIAN 73

4.1 Pengenalan 73

4.2 Latar Belakang Projek 74

4.3 Projek A: Cadangan Membina dan Menyiapkan sebuah 'Tidal Gate' dan 'Pumping Station' serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sg. Kemang, Kota Tinggi, Johor Darul Tazim

76

4.3.1 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

(14)

4.3.2 Kos yang terlibat 82 4.4 Projek B: Kerja-kerja Membina Tembok Kawalan

Hakisan dan Kerja-kerja Berkaitan di Sungai Skudai, Kampung Separa, Kulai, Johor

86

4.4.1 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

87

4.4.2 Kos yang terlibat 91

4.5 Projek C: Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor Serta Kerja-Kerja Berkaitan

93

4.5.1 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

94

4.5.2 Kos yang terlibat 98

Projek D: Program Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir di anak Sungai Skudai, Johor Bahru, Johor (Kerja-Kerja Penstabilan Tebing dan Pengorekan Sungai)

100

4.6.1 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

101

4.7 Projek E: Program Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir di Sungai Plentong (Kampung Plentong Baru), Johor Bahru, Johor

105

4.7.1 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

108

4.7.2 Kos yang terlibat 112

(15)

4.8.1: Kaedah Yang Dilaksanakan Berdasarkan Faktor-Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan Untuk Pencegahan Hakisan Tebing Sungai.

115

4.8.2 Kos Yang Terlibat Dalam Pencegahan Hakisan Tebing Sungai

118

4.9 Rumusan Bab 118

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 119

5.1 Pengenalan 119

5.2 Kesimpulan 120

5.2.1 Kaedah Yang Dilaksanakan Berdasarkan Faktor-Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan Untuk Pencegahan Hakisan Tebing Sungai.

120

5.2.3 Kos Yang Terlibat Dalam Pencegahan Hakisan Tebing Sungai

123

5.2.3 Kos per Meter Berdasarkan Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai.

127

5.3 Batasan Kajian 129

5.4 Kajian Lanjutan 129

RUJUKAN 131

(16)

SENARAI RAJAH

No. Rajah TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Cerucuk Keping Keluli 27

2.2 Cerucuk Keping Konkrit Pratuang 29

2.3 ‘Green Terrawall Sistem’ 31

2.4 Sangkar Tilam (Gabion Mattress) 33

2.5 Batu Sangkar (Gabion Wall) 34

2.6 Reno Mattress 35

2.7 Dinding Batu 36

(17)

SENARAI JADUAL

No. Jadual TAJUK MUKA

SURAT 2.1 Spesifikasi Sangkar tilam dan Reno Matress 32 2.2 Had liabiliti insurans berdasarkan harga kontrak 45

3.1 Contoh perkumpulan kod objektif 70

3.2 Contoh jadual dokumen analisis 71

4.1 Latar Belakang Projek 74

4.2 Butiran terperinci Projek A 76

4.3 Kos pembinaan Projek A 82

4.4 Butiran Projek B 86

4.5 Kos yang terlibat Projek B 91

4.6 Butiran Terperinci Projek C 93

4.7 Kos yang terlibat Projek C 98

4.8 Butiran terperinci Projek D 101

4.9 Kos yang terlibat bagi Projek D 105

4.10 Butiran terperinci Projek E 108

4.11 Kos yang terlibat Projek E 112

4.12 Ringkasan Faktor pemilihan dan perlaksaan dalam kaedah pencegahan

116

4.13 Ringkasan Kos yang Terlibat dalam Projek 117 5.1 Ringkasan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Yang

Dilaksanakan Berdasarkan Faktor-Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

121

5.2 Ringkasan Kos Yang Terlibat Bagi Setiap Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai

(18)

SENARAI RINGKASAN

BS - British Standard CAR Contractor’s All Risk

CIDB - Construction Industry Development Board CDOT - Colorado Department of Transportation

MYCESSM - Malaysia Civil Engineering Standard Method of Measurement

CMGD - Certificate of Making Good Defect CPC - Certificate of Partial Completion DBKL - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

JTKSM - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia JKR - Jabatan Kerja Raya

JPS - Jabatan Pengairan dan Saliran LHDN - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SEPA - Scotish Environment Protection Agency

(19)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Peningkatan populasi serta permintaan manusia yang tinggi bagi pembangunan dan pengunaan tanah telah menyebabkan pelbagai infrastruktur dibina di kawasan yang belum diterokai. Hal ini sekaligus akan memberi impak yang besar terhadap alam sekitar dan terjadinya hakisan tanah, pencemaran sungai dan cerun yang tidak stabil. Kesan daripada hakisan tanah dan pencemaran sungai akan menyebabkan manusia hilang salah satu sumber utamanya hal ini kerana sungai merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Manusia menggunakan air dengan pelbagai tujuan seperti air minuman dan kegunaan domestik

(20)

Selain itu, sungai juga memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan perhubungan dan bertanggungjawab terhadap semua aktiviti permukaan bumi. Sungai adalah mana-mana yang mengalir masuk ke dalam saluran di antara tebing. Lazimnya sungai akan mengalir dari atas iaitu, bermula di bahagian hulu ke bawah atau bahagian hilir.

Pembentukan keadaan rupa bumi adalah bergantung pada agen yang selalu bertindak mengikut kitaran. Agen angin, galseir dan air adalah merupakan agen utama yang sentiasa mengubah bentuk muka bumi ini. Hakisan juga boleh difahami sebagai pemusnahan muka bumi yang disebabkan oleh agen air yang boleh diklasifikasikan sebagai hakisan air. Oleh itu, bagi mengelakkan hakisan tebing sungai daripada berlaku, pelbagai kaedah boleh dipraktikan demi memastikan hakisan tebing sungai dapat dielakkan dan dapat melindungi ekosistem daripada tercemar.

1.2 Penyataaan Masalah

Hakisan sungai merupakan salah satu daripada bencana alam yang tidak dapat dijangkakan daripada berlaku dan boleh berlaku secara semulajadi atau kesan daripada tindakan manusia. Menurut Strahler (1978), ia berlaku apabila aliran alir di dalam alur digerakkan oleh daya daya graviti dan daya ini menghasilkan tekanan ke atas tebing sungai tersebut lalu terhakis. Punca utama runtuhan tebing biasanya disebabkan oleh hakisan pada bawah tebing atau dasar sungai akibat arus sungai yang deras dan bergelora.

Mengikut Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rezab Sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, punca utama masalah hakisan tebing sungai adalah disebabkan hakisan di bahagian kaki tebing yang menjejaskan kestabilan tebing sungai, kadar aliran yang tinggi di sungai dan menyebabkan

(21)

pemindahan tanah dari tebing sungai serta limpahan air sungai ke ban atau dataran banjir semasa kadar aliran tinggi.

Hakisan sungai juga melibatkan tanah yang terdapat di sepanjang tebing sungai dan dasar sungai yang akan membawa kepada pengumpulan sedimen seterusnya meningkatkan masalah pencemaran (Roslan et al., 2012). Masalah hakisan tebing ini akan menjadi serius pada bahagian tebing sungai yang semula jadi dan tidak dilindungi oleh sebarang kerja perlindungan. Menurut Toriman et al., (2007), pembinaan struktur kawalan sungai adalah salah satu kaedah alternatif yang berkesan bagi mengurangkan hakisan sungai (Taa Wee dan Ariffin, 2011).

Menurut Jabatan Metreologi Malaysia (2016), laporan dan tinjauan cuaca pada bulan Januari hingga Februari 2016, kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia telah menerima jumlah hujan pada paras purata sehingga melebihi paras purata dengan penambahan peratusan anomali di antara 20% sehingga 60% dan punca hakisan sungai boleh dikategorikan oleh air hujan yang lebat pada musim tengkujuh (Jabatan Metreologi Malaysia). Menurut Thyy et al., (2006), wilayah Quang Ngai di tengah Vietnam adalah terdedah kepada banjir kilat yang disebabkan oleh ketinggian hujan turun iaitu, 70% (230mm/ tahun) dan menyebabkan aliran halaju air tinggi dan seterusnya membawa kepada banjir kilat di kawasan-kawasan yang rendah. Selain itu, Sungai Pahang adalah merupakah salah satu kawasan yang sering menghadapi masalah banjir dan memberi impak kepada masyarakat dan sungai itu sendiri antaranya pemendapan sedimen yang tinggi dan sedikit sebanyak memberi perubahan geomorpologi sungai tersebut (Kamarudin et al., 2015)

Dasar sungai akan mengalami hakisan yang kritikal dan menyebabkan keruntuhan tanah tebing sungai dan mencetekkan dasar sungai serta menyumbang berlakunya banjir (Ta Wee & Ariffin, 2011). Bagi menstabilkan tebing sungai yang bermasalah, pelbagai kaedah telah digunakan untuk memastikan tebing tersebut kekal stabil. Masalah dalam pemilihan serta perlaksanaan dalam membina tembok tebing sungai juga perlu dititik beratkan.

(22)

Faktor pemilihan dan perlaksanaan kaedah pencegahan hakisan yang tidak bersesuaian akan menyebabkan kegagalan kaedah tersebut untuk mengelakkan hakisan daripada berlaku. Menurut laporan Razif Rosli (2016), masalah hakisan yang teruk menyebabkan tebing konkrit runtuh dan tidak dapat menampung aliran air yang banyak ketika hujan dan menyebabkan air melimpah. Selain itu, tebing konkrit tersebut runtuh berpunca daripada kelemahan struktur binaan.

Menurut Toriman dan Che’Lah (2007), kerja-kerja pembinaan pencegahan hakisan sungai yang dilaksanakan akan mengambil kira kawalan hakisan tebing sungai terutamanya dari aspek pendekatan struktur pembinaan. Menurut Kamarudin et al., (2015), pembinaan tembok pengawalan hakisan di tebing sungai dapat mengurangkan hakisan tebing yang berlaku, namun pembinaan tembok hakisan tanpa kajian yang menyeluruh akan menyebabkan impak hakisan yang berganda. Justeru itu, faktor pemilihan pencegahan hakisan yang tepat dapat mengelakkan berlakunya keruntukan struktur tebing sungai.

Kos bagi membina kaedah pencegahan hakisan juga perlu diambil kira kerana ianya memainkan peranan yang penting sebelum kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan. Menurut Betty Subaryati (2015), lebih RM3 Juta diperlukan bagi kerja-kerja kerja-kerja pembinaan penahan hakisan di kawasan Kampung Keseng, Kota Bharu, Kelantan. Hal ini kerana masalah hakisan yang kritikal di kawasan berkenaan akan menyebabkan rumah yang berhampiran sungai akan hanyut dibawa arus dan mengakibatkan banjir besar di negeri tersebut sekaligus mengancam keselamatan penduduk. Selain itu, menurut Toriman dan Che’ Lah (2007), di bawah Rancangan Malaysia Kelapan misalnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membelanjakan hampir RM 1.5 bilion untuk projek-projek tebatan banjir sambungan manakala RM 4.13 bilion untuk projek-projek baru, termasuk mengawal selia segmen sungai yang runtuh akibat banjir di seluruh Negara (Jabatan Pengairan dan Saliran, 2004).

Oleh itu, kawalan pencegahan hakisan sungai perlu dititkberatkan bagi mengurangkan terjadinya hakisan serta kegagalan dalam merancang kaedah kawalan

(23)

yang efektif akan memberi kesan kepada kerugian harta benda dan mengorbankan nyawa penduduk tempatan serta kemusnahan rumah yang terdapat di tebing sungai tersebut.

1.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan isu-isu yang telah dinyatakan di dalam sub-topik yang terdahulu, soalan-soalan kajian berikut wujud dan dinyatakan seperti berikut:

i. Apakah kaedah yang dilaksanakan bagi mengelakkan hakisan sungai berdasarkan faktor-faktor pemilihan dan perlaksanaan untuk pencegahan hakisan tebing sungai?

ii. Berapakah kos yang terlibat bagi kaedah pencegah hakisan tebing sungai?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenal pasti kaedah yang dilaksanakan berdasarkan faktor-faktor pemilihan dan perlaksanaan untuk pencegahan hakisan tebing sungai.

(24)

1.5 Skop Kajian

Skop kajian ini merujuk kepada projek yang melakukan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai di kawasan Johor dengan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Kawasan yang cenderung berlaku hakisan adalah disebabkan oleh faktor-faktor semula jadi atau hasil daripada tindakan manusia yang mengakibatkan berlaku hakisan sungai.

Selain itu, kajian ini juga memberi tumpuan kepada jenis-jenis kaedah pencegahan hakisan tebing yang dilaksanakan serta mengenal pasti kos yang terlibat bagi kaedah yang dipilih. Kemudiannya, kerja-kerja pengumpulan maklumat akan dijalankan dan akan dianalisis dengan kaedah yang bersesuaian. Setelah itu, keputusan analisis yang diperolehi akan dibincangkan.

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan daripada hasil kajian ini agar dapat membantu pihak kontraktor-kontrakor dalam sektor pembinaan mengadaptasikan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai yang paling efektif bagi kawasan yang mengalami hakisan sungai. Kajian ini juga adalah untuk mengelakkan berlaku pencemaran sungai atau banjir yang akan mempengaruhi ekosistem, produktiviti serta nyawa penduduk di sekitarnya. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu klien dan kontraktor mengenal pasti kos yang mungkin terlibat bagi kaedah pencegahan hakisan tebing sungai. Kos tersebut perlu diambil kira untuk memastikan kos yang terlibat adalah ekonomik seiring dengan faktor pelaksaanan dan pemilihan. Sehubungan dengan itu, diharap kajian yang dijalankan ini dapat membantu dalam perlaksanaan pencegahan hakisan tebing sungai.

(25)

1.7 Metodologi Kajian

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik dalam mereka bentuk, mengumpul serta menganalisis data. Data yang dimaksudkan adalah data yang diperoleh daripada dapatan data primer dan kajian literatur. Data-data ini dikumpulkan supaya dapat menghasilkan satu analisis yang menyokong objektif kajian. Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang digunakan bagi mencapai objektif kajian.

Kajian literatur diperoleh daripada pembacaan terhadap penulisan buku-buku, artikel, surat khabar dan lain-lain. Data yang diperlukan adalah berkenaan kaedah pencegahan hakisan tebing sungai yang dilaksanakan di kawasan yang menghadapi hakisan tebing sungai serta kos yang terlibat. Manakala data primer didapati melalui kaedah kualitatif ini ialah melalui temu bual terhadap responden yang dipilih dan analisis dokumen. Ianya juga merupakan suatu kajian ke atas sesuatu individu atau sesuatu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan mendalam. Reka bentuk kajian kualitatif yang dipilih adalah penyelidikan kajian kes yang menekankan kaedah temu bual dan analisis dokumen.

Temu bual yang dijalankan dirakam dengan pengetahuan responden. Kemudian temu bual tersebut dijadikan transkrip. Maka, dengan menggunakan analisis kandungan, data-data yang penting dikeluarkan dan dianalisis dalam analisis kajian. Manakala data dan maklumat yang diperoleh daripada analisis dokumen pula perlu dikumpulkan dan dianalisis bagi memperoleh dapatan daripada permasalahan dan objektif kajian iaitu, mengenal pasti kaedah yang dilaksanakan berdasarkan faktor-faktor pemilihan dan perlaksanaan bagi pencegahan hakisan tebing sungai serta kos yang terlibat bagi kaedah penecegahan haksisan tebing sungai tersebut.

Selepas analisis kajian dilakukan, kesimpulan dapat diterbitkan berdasarkan objektif kajian. Kesimpulan diperoleh dengan menyenaraikan beberapa kaedah yang

(26)

dilaksanakan mengikut kawasan kajian dan kos yang terlibat dalam kaedah pencegahan hakisan.

1.8 Organisasi Bab

i. Bab 1 – Pendahuluan

Bab ini membincangkan dan memberi penerangan yang jelas terhadap kajian yang dijalankan merangkumi penyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian, metodologi kajian dan kepentingan kajian.

ii. Bab 2 – Kaedah pencegahan hakisan sungai

Bab ini mengandungi kajian literatur mengenai definisi sungai dan hakisan, faktor-faktor berlakunya hakisan sungai, kaedah pencegahan hakisan tebing sungai, kesan hakisan sungai serta kos yang terlibat bagi kaedah pencegahan hakisan. Ianya didapati melalui pembacaan bahan-bahan bertulis seperti buku, jurnal, majalah, internet, surat khabar dan sebagainya. Pendedahan mengenai kaedah pencegahan hakisan sungai daripada sumber-sumber amat membantu dalam memberi pendedahan dengan lebih mendalam terhadap tajuk kajian.

iii. Bab 3 – Metodologi kajian

Bab ini membincangkan kerangka teori yang akan digunakan dalam kaedah kajian untuk mengumpul maklumat, kaedah analisis dan format yang tepat untuk menyampaikan dapatan kajian. Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan bagi kajian ini adalah temu bual dan analisis dokumen.

(27)

iv. Bab 4 – Analisis kajian

Tumpuan adalah kepada menganalis data yang diperoleh dengan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Bagi kajian ini, data yang di perolehi hasil daripada kaedah temu bual akan ditranskrip. Seterusnya, bagi kaedah analisis dokumen, maklumat yang penting dan berkaitan dengan apa yang perlu dikaji hendaklah dikutip dan dikumpulkan.

v. Bab 5 – Cadangan dan Kesimpulan

Bab ini menyediakan cadangan dan kesimpulan terhadap kajian termasuklah perbincangan mengenai dapatan serta cadangan bagi kajian akan datang.

(28)

BAB 2

KAEDAH PENCEGAHAN HAKISAN TEBING SUNGAI DAN KOS

2.1 Pengenalan

Sungai merupakan sumber alam yang terpenting dalam sistem biosfera bumi terutamanya hidupan akuatik yang saling berinteraksi dengan sistem bumi. Selain itu sungai adalah salah satu landskap semula jadi yang menghasilkan keseimbangan alam melalui hakisan, pengangkutan bahan dan pemendapan (Toriman dan Che’ Lah, 2007).

Fenomena hakisan sungai sering berlaku di Malaysia mahupun di luar Negara. Hakisan sungai yang berlaku di kawasan tebing adalah disebabkan kombinasi faktor alam semula jadi dan juga tindakan aktiviti manusia. Kejadian hakisan sungai ini

(29)

secara tidak langsung memberi impak yang besar terhadap keselamatan nyawa, harta benda dan kemusnahan ekosistem serta sistem hidrologi.

2.2 Definisi

.2.1 Sungai

Sungai merupakan sistem jaringan air yang terbentuk secara semula jadi di permukaan bumi dan ianya membentuk satu pola aliran. Sumber air adalah berasal daripada air hujan, air tanah dan glasier. Menurut Toriman dan Che’Lah, (2007), sungai merupakan proses semua jadi dan mencapai keseimbangan dari segi proses dan tindak balas melalui kaedah hakisan, pengangkutan dan pemendapan sungai. Malaysia (1965), mentaktifkan sungai mengikut Kanun Tanah Negara, 1965, ialah mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulaj adi, dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya.

Proses bagi mencapai keseimbangan ini adalah berkait rapat dengan faktor masa sama ada berlaku dengan cepat, sederhana cepat atau perlahan. Menurut Toriman et al., (2012), sungai juga adalah aliran air semula jadi dari kawasan hulu ke daerah hilir. Hutan di pergunungan merupakan kawasan tadahan bagi air hujan. Dari kawasan tadahan hujan, air mengalir pada anak-anak sungai menuju ke kawasan bawah laut.

(30)

2.2.2 Hakisan

Menurut Toriman et al., (2013), hakisan adalah proses memecahkan ketulan permukaan tanah dan memindahkan dengan yang lain melalui pergerakkan angin dan air. Hakisan tanah merupakan hakisan yang disebabkan oleh tindakan manusia atau proses semula jadi yang berlaku akibat tindak balas agen hakisan tanah seperti angin dan air.

2.3 Jenis-jenis Hakisan

Jenis-jenis hakisan ini terdiri daripada hakisan permukaan dan hakisan sungai yang setiap satunya akan terangkan seperti berikut:

2.3.1 Hakisan Permukaan

Hakisan pada dasarnya adalah dua bahagian proses yang melibatkan proses melonggarkan zarah tanah disebabkan oleh kesan daripada titisan air hujan dan proses pengangkutan zarah tanah yang sebahagian besarnya oleh air yang mengalir (Goldman

et al., 1986) dan akan memberi kesan kepada alam semula jadi:

i. Hakisan lembar (Sheet erosion) ii. Hakisan Galir (Rill Erosion) iii. Hakisan Galur (Gully Erosion)

(31)

v. Hakisan Saluran (Channel Erosion) vi. Hakisan Percikan (Splash Erosion)

i. Hakisan Lembar (Sheet Erosion)

Hakisan lembaran dianggap sebagai penyingkiran tanah yang seragam dalam lapisan tanah yang nipis yang berlaku daripada tanah yang bercerun hasil daripada kepingan atau aliran darat. Menurut Ahmed, (2012), butiran tanah yang terlerai atau terhakis disebabkan titisan hujan dan aliran air tersebut akan mengalir di atas permukaan lembaran yang cetek dan mengangkut zarah tanah yang terdapat di atas permukaan tanah. Keupayaan menghakis dan mengangkut aliran darat adalah bergantung kepada keamatan hujan, kadar penyusupan, kecuraman cerun dan perlindungan tumbuhan di cerun (Fangmier et al., 2006).

ii. Hakisan Galir (Rill Erosion)

Hakisan galir adalah pengasingan dan pengangkutan tanah oleh aliran pekat air. Hakisan galir bermula apabila aliran permukaan cetek tertumpu di kawasan yang rendah pada permukaan tanah (Fangmeier et al., 2006). Perubahan aliran daripada aliran kepingan ke aliran yang lebih mendalam akan mempengaruhi halaju dan peningkatan pergolakan aliran. Tenaga aliran yang pekat ini akan dapat menanggalkan dan mengangkut zarah tanah. Menurut Ahmed (2012), bahan tanah yang terhakis akan diangkut dari bahagian atas cerun ke bawah cerun melalui alur-alur cerun. Alur-alur kecil ini bersifat sementara dan akan hilang dalam tempoh yang singkat.

iii. Hakisan Galur (Gully Erosion)

Pembentukan lurah atau galur adalah satu proses yang kompleks. Galur akan terbentuk apabila pemotongan larian alur lebih mendalam, lebih luas atau apabila aliran daripada beberapa alur sungai datang bersama dan membentuk saluran yang besar. Galur boleh membesar dalam kedua dua arah iaitu, atas dan bawah cerun. Menurut Ahmed (2012), bahan tanah yang terhakis daripada dinding penahan dan

(32)

kemudiannya akan diangkut dan dibawa dari atas cerun ke bawah cerun oleh air larian permukaan menerusi aluran yang luas. Ia juga merupakan hakisan yang dihasilkan daripada baki air yang tertinggal di permukaan setelah ditolak dengan udara, meresap ke dalam bumi dan dan digunakan oleh tumbuhan. Apabila galur telah terbentuk, ia akan menjadi sukar untuk mengelakkannya ia berlaku lagi dan memerlukan kos yang tinggi untuk membaik pulih (Goldman et al., 1986).

iv. Hakisan Tebing Sungai (Riverbank Erosion)

Hakisan tebing sungai adalah salah satu masalah utama yang tidak dapat dijangka dan ianya dipengaruhi oleh komposisi bahan yang terdapat di tebing sungai. Menurut Toriman et al., (2013), dalam geomoforlogi, proses hakisan tebing adalah elemen yang penting dalam pembentukan bumi, sungai, perubahan reka bentuk sungai dan perubahan kandungan semasa pemendapan batu keras di dalam sungai (Lawler, 1993). Hakisan ini melibatkan proses penyingkiran tanah yang terdapat di dasar dan tebing sungai yang akan menyebabkan pengumpulan sedimen seterusnya akan meningkatkan masalah pencemaran sungai.

Semasa hujan lebat, sungai tidak mampu menanggung isipadu air yang berlebihan dan kesannya, arus sungai yang deras akan meruntuhkan tebing sungai atau binaan konkrit. Sedimen atau tanah yang terhakis akan bergerak ke hilir dan akan tersimpan dan ini menyebabkan sungai menjadi cetek dan mengakibatkan banjir.

v. Hakisan Saluran (Channel Erosion)

Hakisan saluran terjadi apabila tebing tumbuh-tumbuhan diganggu atau isipadu dan halaju aliran meningkat. Aliran air yang normal telah diselaraskan mengikut masa kepada kuantiti dan halaju air larian yang biasanya berlaku di kawasan tadahan air (Goldman et al., 1986).

(33)

Hakisan saluran berlaku apabila air permukaan bergerak dan melalui sub-tanah serakan. Serakan tanah adalah struktur yang lemah dan mudah terhakis apabila berkeadaan basah (Zairi Affendi, 2012). Hakisan saluran bermula apabila air permukaan bergerak ke tanah di sepanjang keretakan atau saluran atau melalui lubang dan rongga akar pokok lama. Hakisan mungkin akan bermula di mana longkang atau pembentung yang dilepaskan ke dalam sungai. Ruang yang besar menyebabkan lebih banyak air boleh mengalir dan menyebabkan saluran mengembang seterusnnya menghakis tanah. Ia lazimnya berlaku dimana hakisan terjadi di liku sungai dan kerja-kerja membaik pulih hakisan akan menghadapi kesukaran dan memerlukan kos yang tinggi.

vi. Hakisan Percikan (Splash Erosion)

Apabila tumbuhan pelindung dibuang, permukaan tanah akan secara langsung memberi kesan kepada titisan air hujan (Goldman et al., 1986). Titisan air hujan yang turun akan menyebabkan agregat tanah pecah dan Seterusnya, lekuk-lekuk akan terbentuk di permukaan tanah tersebut. Agreget tanah yang pecah akan memisahkan zarah halus dan bahan organik daripada zarah yang berat dan memusnahkan struktur tanah. Saiz lekukan hasil daripada hakisan percikan adalah berkait rapat dengan saiz titisan air hujan. Titisan air hujan yang besar akan memberi kesan yang lebih besar daripada saiz titisan hujan yang kecil.

2.3.2 Jenis-jenis Hakisan Sungai

Proses ini merupakan proses pengukiran atau penghausan alur-alur sungai sama ada pada bahagian tebing atau dasar serta proses pengangkutan bahan oleh agen-agen hakisan alur sungai seperti air mengalir dan glasier. Hakisan sungai terdiri

(34)

daripada hakisan mendalam, hakisan melebar, dan hakisan mengundur (Salleh et al., 2007, Toriman et al., 2013)

i. Hakisan mendalam

Hakisan mendalam juga dikenali sebagai hakisan menegak atau hakisan dasar. Hakisan ini merujuk kepada hakisan yang berlaku pada bahagian dasar sungai. Ia berlaku di bahagian hulu sungai di mana pada peringkat ini aliran sungai adalah deras dan dalam seterusnya menghasilkan lurah berbentuk V (Shahir, 2014).

ii. Hakisan Melebar

Hakisan melebar adalah hakisan yang berlaku secara mendatar ke atas kedua-dua arah tebing sungai iaitu, kiri dan kanan tebing sungai (Shahir, 2014). Ianya lebih aktif di kawasan tengah sungai di mana aliran air sungai mulai perlahan (Ahmed, 2012). Hasil daripada hakisan ini akan menyebabkan alur sungai menjadi luas dan mengakibatkan pembentukan lurah berbentuk U.

iii. Hakisan Mengundur

Menurut Ahmed (2012), hakisan ini merujuk kepada hakisan sungai yang berlaku dari arah belakang atau mengundur dan semakin ke hulu. Hakisan ini juga aktif di kawasan hulu sungai yang mempunyai air terjun atau jeram. Hakisan air sungai yang berlaku di atas air terjun menyebabkan batuan yang membentuk air terjun akan runtuh dan mengakibatkan air terjun tersebut mengundur ke belakang (Shahir, 2014).

(35)

2.4 Faktor-Faktor Berlaku Hakisan Tebing Sungai

Kekerapan berlakunya hakisan sungai adalah disebabkan oleh kombinasi faktor alam semula jadi dan tindakan manusia. Kebanyakan kawasan sungai mengalami hakisan dan banjir akibat daripada perubahan geografi, kepesatan pembangunan serta kecuaian manusia (Salleh et al., 2007, Ta Wee dan Ariffin, 2011).

2.4.1 Isipadu dan halaju air

Hakisan sungai boleh berlaku melalui proses hakisan larutan dan hakisan hidraul. Menurut Toriman et al., (2013), faktor halaju aliran air adalah penting dalam aktiviti hakisan dan ianya bergantung kepada jumlah air yang dibekalkan dalam satu-satu masa. Secara umumnya, kadar kelajuan aliran yang tinggi dan jumlah aliran yang banyak adalah cenderung berlaku hakisan yang kuat berbanding dengan kadar kelajuan aliran yang perlahan dengan jumlah yang kecil.

Menurut Shahir (2014), apabila isipadu air meningkat, keberangkalian untuk berlaku bencana banjir juga tinggi dan akan meningkatkan keupayaan sungai menghakis lembah berbanding isipadu air. Peningkatan isipadu dan halaju air sungai adalah berkait rapat dengan faktor cuaca di kawasan tersebut.

(36)

2.4.2 Kecerunan

Faktor kecerunan juga memainkan peranan dalam pembentukan hakisan sungai dan tebing. Kadar hakisan di bahagian hulu sungai adalah lebih tinggi berbanding dengan bahagian tengah dan hilir sungai. Ini kerana kadar kecerunan di bahagian hulu adalah lebih tinggi dan menyebabkan halaju air sungai pada peringkat ini menjadi deras (Shahir, 2014). Kawasan yang bercerun curam akan mempengaruhi peningkatan kadar halaju air dan akan meningkatkan keupayaan hakisan. Halaju sungai akan berkurangan jika kecerunan semakin landai dan aliran menjadi semakin perlahan (Ahmed, 2012).

2.4.3 Jenis Batuan

Tebing sungai yang diperbuat daripada batuan keras iaitu, daripada kumpulan igneus adalah lebih tanah daripada jenis batuan yang lembut (Ahmed, 2012). Batuan yang lembut adalah lebih mudah terhakis seperti batu kapur dan dolomit di mana akan menyebabkan hakisan berlaku lebih kerap. Menurut Shahir (2014), proses hakisan berlaku dengan giat di cerun yang terdiri daripada batuan lembut berbanding dengan kawasan yang dilitupi batuan keras.

2.4.4 Bentuk Alur

Hakisan sungai juga boleh terjadi disebabkan oleh bentuk alur sungai. Menurut Shahir (2014), alur sungai yang lurus menyebabkan aliran sungai menjadi deras dan

(37)

menggalakkan hakisan mendalam menjadi lebih giat kerana taburan tenaga bagi keseluruhan alur adalah sama dan seimbang. Alur sungai yang berliku pula akan menyebabkan hakisan tebing akan berlaku tidak seimbang terutama di tebing cekung alur sungai dan juga akan menganggu halaju pergerakan air (Ahmed, 2012).

Selain itu, menurut Abdullah dan Toriman, (2011), kerja-kerja pelurusan sungai pula akan melibatkan perubahan cerun membujur sungai menjadi lebih curam dan ini menyebabkan halaju aliran meningkat dan keupayaan sungai untuk menghakis menjadi lebih tinggi (Khairul Amri et al., 2009).

2.4.5 Bahan Muatan

Bentuk dan saiz bahan yang dibawa oleh arus sungai memainkan peranan penting untuk mempengaruhi jenis hakisan sungai sama ada jenis lagaan atau geselan. Bahan muatan seperti pasir, kerikil, sisa bahan buangan akan menyebabkan ianya berlaga dengan hentaman yang lebih kuat (Salleh et al., 2007). Menurut Ahmed (2012), bahan muatan yang banyak dibawa oleh arus sungai akan mengalakkan proses geselan dan pelanggaran sesama bahan muatan di sungai.

2.4.6 Hujan lebat

Halaju dan isipadu air sungai akan meningkat apabila berlakunya hujan lebat dan akan berlaku penambahan air sungai sekiranya berlaku dalam tempoh yang lama (Ahmed, 2012). Keupayaan sungai untuk menghakis akan bertambah seiring dengan

(38)

keadaan hujan yang lebat dan proses hakisan akan berlaku dengan cepat terutama di kawasan yang bercerun curam.

Menurut Toriman et al., (2013), kehadiran hujan lebat juga mempunyai kesan ke atas hakisan tebing sungai. Hujan yang lebat akan menyebabkan pelepasan air sungai meningkat dan menyebabkan hakisan tebing. Peningkatan jumlah isipadu dan air larian permukaan kawasan sekitar juga cenderung mengalami kehilangan tanah dalam jumlah yang besar.

2.4.7 Tindakan Manusia

Pembangunan yang tidak terkawal adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan kerakusan manusia seperti pembalakan, pembinaan kawasan penempatan berhampiran dengan sungai dan akan menyebabkan pengaliran kelodak ke sungai dan seterusnya menghakis tebing dan dasar sungai serta mengakibatkan aliran permukaan meningkat. Selain itu, ketiadaan akar tumbuhan yang akan mencengkam tanah menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan secara tidak langsung menyebabkan kawasan tersebut kehilangan kestabilan dan terdedah kepada agen-agen hakisan yang kemudiannya membawa kepada berlakunya hakisan sungai (Shahir, 2014).

Menurut Shahir (2014), pengambilan pasir sungai pada dasar sungai mampu memberikan impak yang besar dan menyebabkan dasar sungai semakin dalam serta kelebaran sungai bertambah seterusnya menyebabkan tebing sungai terhakis dan runtuh. Kawalan pengeluaran terhadap pasir dan batu sungai adalah perlu untuk mengelakkan kerosakkan terhadap dasar dan tebing- tebing sungai.

(39)

2.5 Cara Berlaku Hakisan Sungai

Menurut Toriman et al., (2013), hakisan sungai terjadi melalui tindakan hidraul, tindakan geseran, tindakan larutan dan tindakan lagaan.

2.5.1 Tindakan Hidraul

Hakisan daripada tindakan hidraul merupakan tindakan hakisan yang dilakukan oleh kuasa air di dalam alur sungai itu sendiri (Toriman et al., 2013). Ianya wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran air sungai ke atas struktur rekahan batuan yang lemah. Tindakan hidraul berupaya untuk mencungkil bahan batuan yang berstruktur longgar dan memecahkan batuan pada tebing atau dasar sungai tersebut (Ahmed, 2012). Proses yang berulang menyebabkan rekahan menjadi luas dan dalam.

2.5.2 Geseran

Proses ini merupakan proses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai. Bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai seperti serpihan batuan, pasir, kerikil dan sebagainya akan menghakis atau bergesel dengan dasar dan tebing sungai (Ahmed, 2012). Daya geselan yang wujud akibat aliran air sungai ini akan menyebabkan proses penghausan akan dialami oleh tebing sungai dan dasar sungai.

(40)

2.5.3 Lagaan

Cara hakisan sungai menerusi proses lagaan ini adalah merujuk kepada bahan muatan sungai yang diangkut yang terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz yang berbeza (Ahmed, 2012). Kekuatan proses ini bergantung kepada halaju arus sungai yang mampu menyeret bahan yang dibawa sehingga berlaku lagaan. Menurut Shahir (2014), bahan muatan yang lebih kecil akan berlanggar dengan bahan muatan lebih besar atau satu sama lain dan berlaku perubahan bentuk serta saiz. Daya geselan yang wujud akibat aliran sungai ini menyebabkan proses penghausan dialami oleh tebing dan dasar sungai. Ia juga akan berlaga dengan batuan di tebing dan dasar sungai yang akan mengakibatkan hakisan (Toriman et al., 2013).

2.5.4 Larutan

Menurut Ahmed (2012), proses ini ialah tindak balas kimia antara air sungai yang bertindak sebagai pelarut yang akan melarutkan mineral batuan dasar dan tebing yang menyebabkan bahan kimia pada batu tersebut larut di dalam sungai. Keadaan ini menyebabkan struktur batuan tersebut menjadi longgar dan terganggu serta berlaku proses penyepaian. Jenis pembinaan batuan tebing memainkan peranan dimana jika ia dibina mengunakan batuan yang lembut seperti batu kapur, gypsum dan sebagainya, Ia akan mudah mengalami larutan dan jika ia tidak stabil, tebing sungai menjadi mudah runtuh.

(41)

2.6 Mekanisme Hakisan Tebing Sungai

Menurut Schimmel et al., (2014), hakisan tebing sungai terbahagi kepada dua iaitu, pergerakan tebing dan juga kegagalan jisim.

2.6.1 Pergerakan Tebing

Pergerakan tebing ialah penyingkiran bahan-bahan tebing seperti tanah secara terus disebabkan oleh tindakan fizikal melalui air yang mengalir dan sedimen terampai di dalamnya (Zairi Affendi, 2012), (Schimmel et al., 2014). Selain itu, kadar hakisan biasanya meningkat dalam tempoh yang tinggi dan kemudian kembali kepada kadar yang lebih perlahan. Kehilangan tumbuhan semula jadi juga mengurangkan kekuatan tebing dan menyebabkan pergerakan tebing dan runtuh di samping apa sahaja bahan yang boleh meningkatkan arah aliran ke tebing sungai, boleh menyebabkan hakisan sebagai contoh pokok-pokok yang jatuh ke dalam sungai (Scotish Environment Protection Agency, 2008).

2.6.2 Kegagalan Jisim

Kegagalan jisim ialah temasuk tebing runtuh dan tergelincir masuk ke dalam sungai dan ianya disebabkan oleh ketidakstabilan tanah tersebut (Zairi Affendi, 2012). Menurut Iowa Department of Natural Resources, (2006), apabila aliran dan halaju air meningkat, tenaga air yang mengalir terhadap aliran tebing akan membuang zarah tanah yang terdapat di tebing. Seterusnya menyebabkan kemerosotan tebing-tebing dan jatuh ke dalam air yang mengalir dan menghakis bahagian kaki tebing sungai.

(42)

Menurut Toriman et al., 2013, struktur tebing sungai yang runtuh adalah disebabkan pergerakan tanah di bahagian atas tebing sungai kerana peningkatan kandungan air semasa banjir dan menyebabkan strutkur tebing tidak mampu menahan tanah dan runtuh.

2.7 Kesan Hakisan Tebing Sungai

Hakisan sungai yang berlaku adalah disebabkan tindakan manusia dan alam sekitar. Namun, kesan hakisan sungai memberi impak yang besar terhadap keselamatan nyawa, kemusnahan harta benda serrta sistem hidrologi sungai.

2.7.1 Banjir

Kejadian banjir kilat sering berlaku di kawasan tanah yang rendah dan kawasan yang terdedah kepada hakisan. Menurut Yee (2006), banjir yang berlaku akan menyebabkan kerosakan bukan sahaja kawasan perumahan, tetapi juga di kawasan ladang, industri tetapi juga menjejaskan sistem pengangkutan yang berhampiran sungai dan juga kerosakan tebing sungai.

Banjir berlaku kerana dasar sungai yang cetek yang disebabkan oleh aktiviti hakisan sungai di kawasan hulu atau kawasan yang terdedah kepada air hujan (Towonsing, 2016). Kawasan ini biasanya adalah kawasan yang terdedah oleh kegiatan pembalakkan atau pembukaan penempatan baru. Tanah yang termendap di dalam sungai akan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan isipadu sungai akan bertambah seterusnya limpahan air sungai yang mengakibatkan banjir.

(43)

Selain itu, hujan lebat akan menyebabkan air aliran menjadi lebat dan menghakis tebing sungai. Tebing sungai yang terhakis akan runtuh dan membentuk mendapan di dasar sungai yang akan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek. Menurut Ta Wee dan Ariffin, (2011), kesan bahaya banjir meliputi kerosakan struktur dan hakisan, kehilangan nyawa, pencemaran makanan dan air, gangguan aktiviti sosio-ekonomi termasuk aktiviti pengangkutan dan komunikasi (Marvin (1969).

2.7.2 Alam Sekitar

Menurut Goldman (1987), tanah yang terhakis mengandungi nitrogen,

phosphoros dan nutrient lain dan apabila ia masuk ke dalam sungai, nutrient tersebut

akan mencetuskan ledakan alga yang akan mengurangkan kejernihan air, mengurangkan oksigen dan akan menyebabkan ikan mati serta mewujudkan bau yang kurang menyenangkan.

Selain itu, hakisan di kawasan yang bersebelahan akan memusnahkan tumbuh-tumbuhan di tepi sungai yang menjadi habitat akuatik dan hidupan liar. Akibat daripada tanah dan batuan yang terhakis, bahan tersebut akan jatuh ke dalam sungai dan ini akan menyebabkan kematian hidupan laut.

2.7.3 Ekonomi

Kos penyelenggaraan dan pembinaan bagi membaik pulih struktur yang rosak memerlukan kos yang tinggi (Kassim, 2007). Struktur yang perlu dibaik pulih

(44)

memerlukan kos yang tinggi dan perlu mengambil kira pelbagai faktor iaitu, keselamatan demi memastikan kestabilan struktur tersebut (Towonsing, 2016).

Sungai yang tercemar juga perlu dibersihkan untuk meningkatkan kualiti air dan pengunaan yang selamat. Selain itu, sumber ekonomi penduduk sekitarnya akan memberi kesan kerana sumber pendapatan mereka seperti pertanian dan perikanan terjejas. Aktiviti pelancongan dan rekreasi juga akan memberi impak kepada sumber ekonomi negara berikutan kawasan tersebut tidak lagi menjadi tarikan dan mengancam keselamatan pelancong.

2.7.4 Perubahan Bentuk Rupa Bumi

Menurut Kassim (2007), kawasan yang terhakis akan mengalami perataan dan membentuk alur atau sungai. Pembentukan gaung terjadi disebabkan oleh kadar hakisan dasar sungai yang sangat giat sehingga berupaya memotong lapisan batuan di dasar sungai. Tindakan hakisan dan pemendapan yang giat pada liku-liku sungai yang cengkung menyebabkan terbentuknya alur sungai yang baru dan terjadinya tasik ladam. Seterusnya, pembentukan delta berlaku apabila sebahagian besar daripada bahan-bahan beban sungai yang diangkut oleh aliran sungai akan dimendapkan ke bahagian hilir sungai (Nuraini, 2014).

(45)

2.8 Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai

Mengikut Garis Panduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rezab Sungai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, terdapat beberapa kaedah kawalan hakisan tebing sungai yang memberi perlindungan secara terus ke atas permukaan tebing yang terhakis untuk mengelakkan permukaan tebing dari terus terhakis. Kaedah tersebut adalah :

2.8.1 Cerucuk Keping Keluli (Sheet Pile)

Penggunaan cerucuk keping adalah salah satu kaedah bagi menghalang hakisan sungai daripada berlaku dan sebagai kaedah pengawal banjir. Gopal Mishra (2015) menyatakan bahawa dinding cerucuk keping adalah tembok penahan yang dibina untuk mengekalkan tanah, air atau mana-mana bahan pengisian yang lain. dinding cerucuk kepingan adalah lebih nipis berbanding dengan dinding batu. Rajah 2.1 menunjukkan cerucuk keping keluli yang digunakan sebagai tembok kawalan hakisan di sungai.

Rajah 2.1: Cerucuk Keping Keluli Sumber: Designing Building Wiki, (2016)

(46)

Dinding cerucuk keping boleh digunakan bagi struktur hadapan air iaitu, dalam membina dermaga dan pengkalan. Manakala bagi sungai adalah sebagai perlindungan terhadap tebing sungai. Cerucuk keping adalah salah satu kaedah penyelesaian terbaik untuk membina dan mengukuhkan sungai, parit dan longkang daripada banjir kerana lembaran dinding cerucuk tersebut menghasilkan rintangan resapan yang baik (Escpile, 2016).

Menurut Smoltczyk (2003), kelebihan penggunaan cerucuk keping secara am nya mempunyai kekuatan bahan dan keanjalan yang tinggi serta panjang cerucuk boleh ditambah sama ada dengan kimpalan atau perbautan (bolting). Cerucuk yang dipilih juga perlu cukup kuat untuk di pacu melalui pelbagai jenis strata tanah bagi kedalaman penembusan yang diperlukan. Pengunaan cerucuk keping di kawasan yang terdedah kepada kakisan atau karat yang tinggi adalah kurang ekonomi terutama di kawasan yang terdedah secara langsung dengan kimia.

2.8.2. Cerucuk Keping Konkrit Pratuang (Precast Concrete Sheet Pile)

Menurut Toriman et al., (2007), pembinaan struktur banteng penghalang dapat mengelakkan hakisan daripada berlaku lebih kritikal (Ta Wee dan Ariffin, 2011).

Terdapat beberapa jenis cerucuk keping yang biasa digunakan di dalam pembinaan. Antaranya adalah kepingan cerucuk konkrit pratuang (precast concrete

sheet pile). Menurut Das (2010), cerucuk konkrit adalah berat dan ianya direka dengan

tetulang bagi menahan tekanan tetap yang menekan struktur . Ianya adalah bergantung kepada selepas pembinaan dan juga direka bentuk untuk mengendalikan tekanan yang dihasilkan semasa pembinaan.

(47)

Menurut Gilbert Gedeon (1994), konkrit mempunyai jangka hayat yang lebih lama tetapi mempunyai kos awalan yang tinggi berbanding kepingan cerucuk keluli. Kepingan cerucuk konkrit biasanya dikenakan daya prategasan bagi memudahkan pengendalian dan pemanduan ke dalam tanah. Menurut Rivo Bina (2012), penggunaan kaedah cerucuk konkrit pratuang dapat menjimatkan ruang penyimpanan yang mungkin timbul semasa pembinaan atau pemasangan disebabkan oleh kekangan tapak. Selain itu, kaedah ini juga lebih teguh disebabkan oleh profil tetulang yang dibina dan dapat mengelakkan karatan daripada berlaku. Rajah 2.2 menunjukkan penggunaan cerucuk keping konkrit pratuang di kawasan sungai.

Rajah 2.2: Cerucuk Keping Konkrit Pratuang Sumber: Wolf Remediation Ltd (2017)

Tebing buatan konkrit mengakibatkan kehilangan morfologi semula jadi sungai dan boleh mencetuskan pendalaman dasar sungai. Selain itu, ianya juga menghapuskan semua habitat sungai dan menyebabkan kemusnahan ekosistem (Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 2016)

(48)

2.8.3 ‘Green Terrawall Sistem’

Menurut Mandavkar dan Stralla (2011), ‘Green Terrawall Sistem’ digunakan bagi tetulang tanah sebagai aplikasi mekanikal kestabilan dinding bumi dan cerun. Ianya juga merupakan sistem mesra alam yang digunakan untuk membentuk tumbuhan hijau pada tanah bertetulang cerun dan benteng. Menurut Scotish Enviornment Protection Agency (2008), ‘Green Terrawall Sistem’ merupakan jaring, fabrik dan juga tikar yang diperbuat daripada bahan sintetik yang direka bentuk untuk menstabilkan tanah.

‘Green Terrawall Sistem’ adalah difabrikasi daripada tegangan lembut, besi bergalvani dan juga PVC berpintal (Mandavkar dan Stralla, 2011). Ianya terdiri daripada unit pasang siap daripada dua dawai yang berpintal yang dipenuhi dengan lapisan kawalan hakisan dan panel mesh yang dikimpal. Dua pendakap keluli pra-terbentuk dibekalkan untuk disambungkan di tapak bagi mengekalkan unit terhadap cerun yang diperlukan (Maccaferri, 2016).

Menurut Lange et al., (1976), lapisan kawalan hakisan direka untuk memudahkan proses tumbuh-tumbuhan semula jadi tumbuh di dalam setiap unit tersebut menghadap bahagian bersudut condong . Semua komponen adalah dipasang di kilang dan ianya lebih cepat untuk dipasang. Unit ini didirikan di atas tapak dan sudut perembatan dipasang untuk menyokong bahagian hadapan mengikut sudut yang ditetapkan tanpa memerlukan acuan luaran.

Penambakan struktur diletakkan di atas geogrids tetulang tanah, dan diisi dengan isian yang sesuai diletakkan di bahagian belakang muka depan (Maccaferri, 2016). Rajah 2.3 menunjukkan ‘Green Terrawall Sistem’ sebagai tembok penahan.

(49)

Rajah 2.3: ‘Green Terrawall Sistem’ Sumber: Maccaferi, (2017)

2.8.4 Sangkar Tilam (Gabion Mattress)

Pemasangan lapis lindung Gabion Mattress dapat memberi perlindungan dan menstabilkan tebing daripada berlaku hakisan (Ta Wee dan Ariffin, 2011). Sangkar ini diperbuat daripada dawai yang berkualiti tinggi dan lebih nipis daripada sangkar dinding (gabion wall). Gabion Mattress adalah kotak dawai yang bertenun berbentuk segi empat. Kekuatannya terletak pada heksagon yang berpintal secara dua kali (Maccaferri, 2016). Jadual 2.1 menunjukkan spesifikasi sangkar tilam dan Reno mattress yang biasa digunakan.

(50)

Jadual 2.1: Spesifikasi Sangkar tilam dan Reno Matress

Sumber: Geofabrics, (2017)

Lapis lindung ini adalah berbentuk tilam nipis yang dipenuhi batu yang cukup untuk membuat struktur yang boleh diletakkan di tebing atau kaki tebing. Lapis lindung Gabion Mattress ini biasanya lebih lentur dan masih mengekalkan fungsinya sekiranya asasnya mendap. Ianya juga mempunyai kebolehtelapan muka depan bagi memastikan saliran dinding belakang tiada tekanan hidrostatik. (Fine Mesh Metals

Item Sangkar Tilam ‘Reno

Mattress’

Diameter wayar (mm) 2.7 (min) 2.0 (min)

Saiz ‘mesh’ nominal

(mm) 80 x 100 60 x 80

Diameter wayar

‘Selvedge’(mm) 3.4 (min) 2.4 (min)

Diameter wayar

pengikat (mm) 2.2 (min) 2.2 (min)

‘Galmac Coating’ (gsm) 245 (min) 215 (min) Salutan PVC ‘coating’ (mm) 0.50 (min) kelabu 0.50 (min) kelabu Saiz batu yang diisi

AS2758.4-2000 100mm (min) 250mm (min) 75mm (min) hingga 2/3 ketebalan sangkar, atau 250 mm, yang lebih rendah

Ukuran (m)

Panjang x lebar x tinggi

1x1x1 2x0.5x0.5 2x1x0.5 2x1x1 2x1.5x1 4x1x0.5 4x1x1 2x1x0.30 6x2x0.17 6x2x0.23 6x2x0.30

(51)

Ltd, 2002). Rajah 2.3 menunjukkan kaedah sangkar tilam sebagai kaedah pencegahan hakisan tebing sungai.

Rajah 2.3: Sangkar Tilam Sumber: Kiciman, (2016)

2.8.5 Batu sangkar (Gabion Wall)

Reka bentuk batu sangkar adalah diperbuat daripada dawai keluli yang berkualiti tinggi dan memberi perlindungan hakisan bagi jangka masa yang panjang. Bakul sangkar biasanya disalut dengan polimer sebagai perlindungan tambahan dan biasa digunakan dalam persekitaran yang lebih agresif atau di mana reka bentuk untuk jangka hayat yang lama diperlukan. Bagi mengukuhkan struktur, semua tepi panel keluli dianyam (selvedge) dengan wayar yang berdiameter lebih besar (Maccaferri, 2016).

Sangkar tersebut selalunya dipasang di kilang dan kemudian diisi dengan batuan di tapak projek. Batu sangkar ini biasa digunakan untuk membentuk struktur yang fleksibel, telap dan monolitik seperti dinding penahan (Fine Mesh Metals Ltd, 2002). Ia juga dapat memberi perlindungan terhadapa hakisan. Selain itu, batu

(52)

sangkar ini juga diaplikasikan dalam aspek seni bina untuk menambah nilai estetika . Rajah 2.4 menunjukkan penggunaan batu sangkar di kawasan tebing sungai.

Rajah 2.4: Batu Sangkar Sumber: Maccaferri, (2016)

2.8.6 Reno Mattress

Reno Mattress adalah fleksibel dan pencegahan hakisan yang tetap untuk

mengawal hakisan permukaan. Reno mattress adalah sangkar yang diperbuat daripada dawai tergalvani dengan salutan PVC-U. Ianya juga adalah struktur dengan kawasan yang besar dan ketebalan kecil yang diperbuat daripada dua dawai yang dipintal menjadi heksagon mesh. Bahagian atas Reno Mattress dibahagikan kepada petak melalui diafragma dalaman yang diletakkan pada selang 1meter dan dipenuhi oleh batuan di tapak projek. Reka bentuk Reno Matrress harus berdasarkan prinsip kejuruteraan. PVC-U yang bersalut, dawai keluli yang besalut galvani tidak akan terjejas oleh bahan kimia yang biasanya dihadapi dalam struktur penahan (Maccaferri, 2016). Rajah 2.5 menunjukkan kaedah Reno Mattress digunakan sebagai tembok kawalan hakisan tebing sungai.

(53)

Rajah 2.5: Lapis lindung ‘Reno mattress’ Sumber: Geofabrics.com, (2016)

Ianya juga direka untuk menggalakkan pertumbuhan tumbuhan yang kukuh sebagai perlindungan hakisan di tebing sungai dan kawasan yang sering berlaku hakisan. Ia juga menghalang hakisan pada permukaan yang dilindungi dan membolehkan tumbuhan tumbuh dengan stabil (Ta Wee dan Ariffin, 2011). Reno

mattress memastikan integrasi yang positif dan penstabilan segera permukaan tebing

sungai di samping menyediakan permukaan yang lebih baik bagi percambahan benih. Dengan permukaan tebing sungai yang dilindungi mattress, pengurangan ketara hakisan permukaan mungkin boleh berlaku dan berfungsi sebagai perlindungan kekal terhadap benteng sungai (Fine Mesh Metals Ltd, 2002)

2.8.7 Dinding Batu (Rubble Wall)

Dinding batu merupakan susunan batu granit yang disususn mengikut bentuk tebing sungai dan disimen di antara batu tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan struktur tebing. Beberapa lubang air turut dibuat mengikut paras tebing sungai untuk

(54)

mengalirkan air dari bahagian belakang tembok (Toriman dan Che’Lah, 2007). Rajah 2.6 menunjukkan kaedah dinding batu sebagai tembok kawalan hakisan sungai.

Rajah 2.7: Dinding batu Sumber: Roche Bros Inc, (2017)

Dinding batu sesuai untuk digunakan bagi dinding penahan yang kecil terutama yang mementingkan kemasan yang teliti. Dinding batu juga biasanya sesuai bagi ketinggian sehingga 1.5meter atau lebih tinggi jika dinding tersebut disokong.

Menurut Edd (2011), dinding batu digunakan di bangunan pertanian di bandar-bandar atau kawasan di mana sumber batu tersebut adalah mudah didapati. Rubble merupakan blok batu yang didapati daripada kuari. Batu-batu yang kasar digunakan dalam dinding batu dengan sedikit pemotongan bagi sudut yang tidak sesuai. Terdapat pelbagai jenis dinding batu dan ianya bergantung kepada jenis batu yang digunakan.

(55)

2.9 Perlaksanaan Kaedah Pencegahan Hakisan Tebing Sungai Berdasarkan Faktor Pemilihan Dan Perlaksanaan

Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum penentuan kaedah yang biasa dipraktikkan di peringkat awal (Mohd Syazwan, 2005).

2.9.1 Faktor Kos Pembinaan

Kos merupakah salah satu elemen yang penting sebelum pembinaan bagi mencegah hakisan sungai. Menurut Akintoye, (2000), menyatakan bahawa pengiraan kos pembinaan perlu mengambil kira trend dalam keadaan pasaran serta implikasi kos terhadap projek tersebut. Keadaan harga pasaran adalah termasuk lokasi projek, tempoh tender serta kedaan pasaran. Kos bagi sesebuah projek akan meningkat apabila ekonomi negara merosot. Hal ini kerana, bahan binaan, upah pekerja buruh yang perlu dibayar menjadi mahal kerana kemerosotan nilai mata wang ringgit.

Bagi mendapatkan kos yang efektif, kos keseluruhan pembinaan perlu dipertimbangkan kerana pengunaan bahan dan kaedah pembinaan akan memberikan implikasi penjimatan masa dan kos berbanding pengurangan bahan dalam pembinaan (Mohd Syazwan, 2005). Selain itu, perubahan sesuatu kerja akan berpotensi memberi kesan terhadap tempoh masa projek siap dan memberi kesan kepada sumber bahan binaan yang diperlukan bagi kerja-kerja pencegahan haksisan sungai dan mempengaruhi penetapan harga awalan (prelimenaries) dan harga umum (Akintoye, 2000).

(56)

2.9.2 Faktor Reka bentuk

Faktor reka bentuk adalah merangkumi reka bentuk kaedah pencegahan hakisan sungai, nilai estetika yang diambil kira semasa proses mereka bentuk serta penyelenggaran bagi sesuatu kaedah tersebut.

2.9.2.1 Reka bentuk

Menurut Colorado Department of Transportation (2016), sebelum mereka bentuk kaedah penstabilan tebing sungai, adalah penting untuk mengetahui mekanisma hakisan dan juga mod kegagalan lapis lindung serta sebab-sebab hakisan tersebut berlaku. Reka bentuk sesuatu pembinaan juga adalah penting jika didapati kawasan tersebut terdapat halangan yang disebabkan oleh kawasan itu sendiri.

Menurut Mohd Syazwan (2005), reka bentuk yang kukuh dan mampu berfungsi sebagai penahan kepada tindakan tanah dan bagi memastikan keadaan tanah berada dalam keadaan stabil dan tidak mudah runtuh. Jurutera perlu menentukan jenis reka bentuk yang bersesuaian mengikut kehendak klien dan juga kaedah yang akan digunakan bergantung kepada kawasan tersebut.

Dalam mereka bentuk sesuatu kaedah pencegahan hakisan sungai, kestabilan adalah salah satu ciri penting yang perlu diambil kira. Kestabilan struktur adalah berkait rapat dengan kekuatan. Menurut Amin (2011), sesuatu struktur dianggap stabil jika ia mampu menanpung beban dan daya yang bertindak ke atasnya. Struktur yang kuat mestilah dapat menampung beban dan tidak mudah runtuh dan kekal stabil. Pemilihan kaedah pencegahan hakisan perlu berupaya menahan tanah atau struktur batuan yang mempunyai kecerunan yang menyebabkannya berada dalam keadaan yang tidak stabil. Kecerunan tanah atau batu yang melebihi tahap optimum akan

(57)

berada dalam keadaan yang tidak stabil ini akan mengakibatkan kejadian tanah runtuh pada strutktur tebing yang dibina.

Reka bentuk yang ekonomi adalah penting bagi pemilihan kaedah pencegahan hakisan demi untuk memastikan pembinaannya yang mudah dan dapat dilakukan dengan segera serta meminimumkan jangka masa pembinaan (Mohd Syazwan, 2005). Selain itu, pembinaan yang rumit dan meningkatkan tempoh jangka masa pembinaan yang panjang tidak akan memberi implikasi yang ekonomi secara keseluruhan.

2.9.2.2 Nilai Estetika

Nilai estetika kini telah mula diambil berat dalam pernilaian pembinaan pencegahan hakisan tebing sungai. Ianya bukan sahaja berperanan dalam memastikan kestabilan tanah malah turut dijadikan daya penarik terhadap struktur tersebut. Gabungan kestabilan pula ditambah dengan nilai estetik pada pembinaan struktur membuatkan ianya lebih menarik dan mesra alam. Selain itu turut meningkatkan nilai suasana persekitarannya (Mohd Syazwan, 2005).

2.9.2.3 Penyelenggaraan

Kerja-kerja penyelenggaran adalah penting dan kaedah yang digunakan haruslah tidak sukar dilaksanakan. Ianya juga perlu bergantung kepada fungsi sesuatu kaedah itu dibina sama ada sebagai salah satu daya tarikan atau sebagai perlindungan tebing sungai. Penyelenggaraan perlu dilakukan secara berkala atau kerap bergantung kepada jenis kaedah yang digunakan serta bahan binaan. Sebagai contoh, konkrit adalah salah satu binaan yang tahan lama tetapi ia perlu diperiksa secara berkala bagi memastikan kestabilannya dan mengesan sebarang kerosakkan (Scotish Environment Protection Agency, 2008). Selain itu, sangkar dawai juga perlu diperiksa bagi menentukan kekuatan dawai.

(58)

2.9.3 Faktor Ciri-Ciri Tanah

Faktor ciri-ciri tanah adalah penting sebelum pembinaan untuk mengenal pasti keadaan tanah kawasan tersebut. Selain itu, penyelidikan juga perlu dilakukan bagi menentukan kawasan yang sensitif untuk mengelakkan sebarang kejadian hakisan daripada berulang. Menurut Mohd Syazwan (2005) ciri-ciri tanah adalah seperti berikut :

i. Keadaan tanah

Keadaan tanah mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap pembinaan struktur dan ianya perlu dipertimbangkan semasa peringkat awalan perancangan sebelum sebarang pemilihan tembok penahan (Mohd Syazwan, 2005).

ii. Jenis tanah

Terdapat beberapa jenis tanah yang telah diklasifikasikan dalam British

Standard (BS) (Mohd Syazwan, 2005). Antaranya ialah tanah jenis mampat,

peroi, berpasir, berlumpur dan keras. Namun, tanah-tanah jenis tersebut mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri dan perlunya mengenal pasti jenis tanah di kawasan tersebut sebelum pemilihan kaedah pembinaan.

iii. Kecerunan tanah

Cerun ditakrifkan sebagai tanah yang permukaannya membuat satu sudut dengan satah ufuk. Menurut Mohd Syazwan (2005), cerun-cerun tersebut adalah sama ada buatan manusia atau semulajadi. Kawasan yang bertopografi cerun lebih berisiko untuk mengalami kejadian tanah runtuh dan mengakibatkan hakisan tanah berbanding kawasan yang agak landai dan rata (Omisay, 2013). Pemilihan kaedah pencegahan hakisan perlulah berdasarkan kepada kecerunan tanah yang akan ditahan.

(59)

2.9.4 Faktor Kaedah Pembinaan

Faktor kaedah pembinaan menjelaskan kaedah pembinaan yang bersesuaian dengan kaedah pencegahan hakisan sungai yang digunakan, serta kos dan tempoh masa pembinaan.

2.9.4.1 Kaedah Pembinaan

Kaedah pembinaan yang tepat dan bersesuaian bagi setiap kaedah adalah penting bagi memastikan kebolehbinaan dengan tempoh pembinaan yang minimum. Menurut Osman (2014), kaedah binaan diperlukan untuk memastikan aktiviti pengeluaran pembinaan dapat dijalankan dengan penggunaan sumber-sumber pembinaan secara optimum.

Kesenangan pembinaan ini penting untuk di ambil kira dalam pertimbangan sesuatu keadah pencegahan hakisan sungai kerana ianya berkait rapat dengan kos yang terlibat dalam pembinaan keadah pencegahan hakisan tersebut (Mohd Syazwan, 2005). Kerja-kerja pemasangan yang tidak cermat dan cuai akan menyebabkan kerosakkan dan hakisan sungai berulang kembali. Kaedah pembinaan mahupun pemasangan perlulah tepat dan mengikut standart piawaian yang telah ditetapkan. Kesilapan dalam pemasangan dan pembinaan akan menyebabkan kerugian dalam aspek masa dan juga kos dan akan menyebabkan kegagalan kepada lapis lindung tersebut.

Bahan binaan yang digunakan bergantung kepada reka bentuk bagi kaedah lapis lindung yang bersesuaian. Sebagai contoh, saiz batu, ketebalan lapis lindung, tebing sungai, keperluan tapisan dan juga kualiti setiap bahan. Hal ini kerana kualiti yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan akan menyebabkan bahan yang digunakan tidak tahan lama dan jangka hayat penggunaannya pendek. Menurut Mohd

(60)

Syazwan (2005), bahan binaan yang digunakan juga mestilah bahan yang mudah didapati. Kesukaran dalam mendapatkan bahan akan menjejaskkan aktiviti pembinaan dan seterusnya memberi kesan kepada masa siap projek tersebut.

2.9.5 Faktor Keadaan dan Lokasi Tapak

Faktor keadaan tapak mengambil kira keadaan dan lokasi tapak pembinaan yang sesuai untuk melaksanakan pembinaan pencegahan hakisan sungai. Jenis kaedah yang akan dipilih adalah bergantung kepada ruang yang ada dan mencukupi bagi aktiviti pembinaan, kebolehan untuk akses keluar dan masuk ke tapak bina serta keupayaan jentera bergerak kawasan pembinaan (Mohd Syazwan, 2005).

Lokasi dan keadaan tapak merupakan aspek yang penting dalam menentukan kos pembinaan dan pemasangan. Menurut Farhana (2013), lokasi tapak yang bersesuaian untuk mendapatkan sumber bahan binaan dapat memberi kredit yang besar terhadap kontraktor bagi memastikan sumber tersebut tidak putus dan menjimatkan dari segi kos penghantaran, kos pengangkutan dan buruh. Menurut Khalid (2008), pembinaan yang dilakukan di kawasan bandar dan luar bandar akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat disebabkan oleh kos yang berbeza-beza di antara lokasi pembinaan di bandar dan luar bandar. Menurut Aslila Abd Kadir, (2006), kekurangan bahan binaan akan menjejaskan perlaksanaan kerja yang sempurna dan sebagai alternatif, kontraktor akan mendapatkan bekalan bahan binaan dari luar negara yang akan menyebabkan kos pembinaan tersebut tinggi.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan bahwa media promosi yang banyak memberikan informasi kepada mahasiswa tentang kampus STKIP PGRI Sumenep (gambar 1) adalah dari

Berdasarkan hasil diatas, dapat diketahui bahwa perlakuan Udang Putih berformalin yang direndam dengan larutan lengkuas 20% selama 60 menit dalam penyimpanan

Pesan politik pada hasil analisa sebagian besar menunjukkan bahwa pesan yang disampaikan oleh wartawan merupakan kutipan dari pesan-pesan yang disampaikan oleh

Penelitan ini bertujuan untuk mengidentifikasi apakah terdapat hubungan antara sikap empati dengan ekspresi musikal dalam permainan musik kamar mahasiswa jurusan musik ISI

Nilai p kurang dari 0,05 sehingga Ho ditolak dan Ha diterima, yang artinya ada hubungan antara tingkat konsumsi protein dengan status gizi pada anak kelas 4, 5 dan 6 di

Dan strategi komunikasi untuk memperkuat kapasitas kelembagaan melalui peningkatan sumberdaya manusia pada pengelolaan lahan gambut di sektor pertanian adalah peningkatan

• Perencanaan adalah suatu proses pemikiran dan tindakan manusia berdasarkan pemikiran tersebut dalam kenyataannya, pemikiran ke masa depan yang merupakan suatu kegiatan manusia