• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bil Item Jumlah Kos

(RM) Peratus 1 Kerja-Kerja Awalan

a Insurans 5,000.00 0.21%

b Menyediakan gambar 500.00 0.02%

c Menyediakan papan tanda 1,500.00 0.06%

Jumlah 7,000.00 0.29% 2 Kerja Pembersihan Kawasan

a Membersihkan kawasan 63,000.00 2.60%

Jumlah 63,000.00 2.60% 3 Kerja-Kerja Pembinaan Tembok Kawalan Hakisan

a Menyediakan jentera, askses 2,000.00 0.08%

b Setting out' mengikut grid 3,000.00 0.12%

c

Membekal dan menghantar cerucuk keping

konkrit pratuang 270,000.00 11.14%

d Kerja penanaman cerucuk 36,000.00 1.49%

e Menyediakan penutup rasuk 36,000.00 1.49%

f Memadatkan pasir berbutir di belakang cerucuk 63,000.00 2.60% g Hampar ts 700 geotekstil di asas cerucuk 16,200.00 0.67% h Memadatkan pasir import hingga aras pelantar 77,000.00 3.18% i Hampar ts 700 geotekstil di lapis lindung batu 14,175.00 0.58%

Bil Item Jumlah Kos

(RM) Peratus

j

Meletakkan Batu Granit (230-500mm) Di

Lapis Lindung Batu 80,000.00 3.30%

Jumlah 597,375.00 24.64% 4 Memperbetulkan Cerucuk Keping Konkrit Pratuang Sedia Ada

a

Membekal dan menghantar cerucuk keping

konkrit pratuang 567,000.00 23.39%

b Kerja penanaman cerucuk 54,000.00 2.23%

c Menyediakan penutup rasuk 54,000.00 2.23%

d Memadatkan pasir berbutir di belakang cerucuk 94,500.00 3.90% e Hampar ts 700 geotekstil di asas cerucuk 24,300.00 1.00% f Memadatkan pasir import hingga aras pelantar 99,000.00 4.08% g Hampar ts 700 geotekstil di lapis lindung batu 21,300.00 0.88% h

Meletakkan Batu Granit (230-500mm) Di

Lapis Lindung Batu 120,000.00 4.95%

Jumlah 1,034,100.00 42.66% 5 Konkrit Bertetulang Longkang

a Membina U-Drain (600x600mm 40,500.00 1.67%

b Penanaman rumput 22,500.00 0.93%

c

Membenarkan reka bentuk, penyediaan lukisan

dan pengesahan 30,000.00 1.24%

Jumlah 93,000.00 3.84% 6 Pre-Boring

a Menyediakan peralatan loji dan pekerja 20,000.00 0.83% b

- Gerudi 600mm Ø

427,500.00 17.63%

- Menanam 12m Cerucuk Konkrit 0.00%

c

Mengendalikan cerucuk konkrit pratuang

sehingga penembusan dibenarkan 45,000.00 1.86% Jumlah 492,500.00 20.32%

GST 137,218.50 5.66%

Kos Keseluruhan Projek (RM) 2,424,193.50 100.00%

Kos per meter (RM/m) 11,019.06

i. Kos kerja awalan

Berdasarkan Jadual 4.3, menunjukkan kerja-kerja awalan bagi Projek A adalah memperuntukkan sejumlah wang RM7,000.00 Kos kerja-kerja awalan adalah termasuk penyediaan gambar bagi semasa pelaksanaan kerja, sebelum dan selepas. Selain itu, kos bagi penyediaan papan tanda adalah RM1,500.00 Papan tanda projek adalah merangkumi butiran mengenai projek yang sedang dijalankan, papan tanda amaran kerana kawasan sungai tersebut adalah terdedah dengan

kawasan perumahan yang boleh mengakibatkan kemalangan terhadap penghuni kawasan tersebut jika tidak berhati-hati.

ii. Kos kerja-kerja pembersihan

Berdasarkan Jadual 4.3, menunjukkan kerja-kerja pembersihan merekodkan jumlah sebanyak RM63,000.00 daripada kos projek. Kerja-kerja pembersihan adalah termasuk membersihkan kawasan yang terlibat dengan hakisan tebing sungai. Pembinaan tembok kawalan hakisan yang sebelum ini telah runtuh dan masuk ke dalam sungai, oleh itu, kerja pembersihan di dasar sungai dilakukan untuk mengelakkan pemendapan sisa buangan di dasar sungai. Selain itu, Sungai Kemang juga terdedah dengan mendapan pasir terutama di bahagian tengah sungai serta kawasan sekitar juga terdedah dengan rumput panjang dan perlu dibersihkan bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan.

iii. Kos pembinaan tembok kawalan hakisan

Berdasarkan Jadual 4.3, menunjukkan kos bagi kerja-kerja pembinaan tembok kawalan hakisan di Sungai Kemang iaitu, RM597,375.00. Kerja-kerja tersebut adalah melibatkan kerja penyediaan peralatan dan mesin bagi penanaman cerucuk iaitu, kren, mesin hidraulik atau mesin getaran (vibratory Pile). Pembinaan tembok kawalan hakisan dibina kerana hakisan tebing di Sungai Kemang berlaku dengan serius disebabjan oleh fenomena air pasang bertembung dengan kejadian hujan lebat dan menyebabkan hakisan tebing berlaku.

Seterusnya, kerja penanaman cerucuk keping konkrit dan membina penutup rasuk dilakukan dengan menggunakan acuan konkrit, tetulang dan plat keluli. Kemudian, pasir berbutir akan dipadatkan di belakang cerucuk yang bina dan geotekstil akan dihamparkan pada asas cerucuk. Seterusnya, bahan import akan diisi dan dipadatkan sehingga mencapai aras pelantar yang dikhendaki. Lapisan geotekstil akan dihamparkan pada lapis batu perlindung dan juga lapisan batu granit bersaiz 230mm hingga 500mm sebagai timbusan bagi lapis lindung bagi mengekalkan kestabilan tanah dan binaan di atasnya.

iv. Kos memperbetulkan tembok penahan pratuang sedia ada

Merujuk pada Jadual 4.3 bagi Projek A, kos bagi kerja memperbetulkan tembok penahan pratuang sedia ada adalah sebanyak RM1,034,100.00 dimana kos ini merupakan kos yang paling tinggi yang digunakan dalam proses berkaitan memperbetulkan tembok penahan sedia ada dan mempunyai peratusan sebanyak 42.66 peratus daripada kos pembinaan Projek A.

Bagi kerja memperbetulkan tembok penahan pratuang sedia ada di Sungai Kemang, ianya melibatkan kerja-kerja yang sama seperti kerja pembinaan tembok kawalan hakisan. Kerja-kerja ini dilakukan kerana tembok penahan tersebut perlu diperbetulkan sebelum disambung dengan tembok penahan hakisan yang baru dibina. Tembok sedia ada telah runtuh disebabkan oleh keadaan tanah di kawasan tersebut yang tidak sesuai serta aliran deras sungai tersebut.

v. Kos pembinaan longkang konkrit bertetulang bentuk U

Berdasarkan Jadual 4.3, menunjukkan kos pembinaan longkang bentuk U adalah sebanyak RM 93,000.00 daripada kos keseluruhan. Manakala, pecahan kos yang paling tinggi dalam elemen ini ialah kos bagi mereka bentuk dan penyediaan spesifikasi. Hal ini kerana, longkang konkrit bertetulang bentuk U dibina dengan saiz 600mm x 600mm mengikut spesifikasi British Standard. Selain itu, longkang U ini juga direka bentuk dengan mengambil kira beban yang ditanggung oleh longkang dan juga lubang titisan (weep hole) yang terdapat pada longkang tersebut.

Seterusnya, longkang konkrit bertetulang bentuk U dibina pada permukaan tembok penahan bagi pengaliran air supaya tidak menganggu sistem tembok penahan. Kerja-kerja penanaman rumput kemudian dilakukan bagi menguatkan struktur dan mengurangkan kelajuan air aliran permukaan.

vi. Kos pre-boring

Disebabkan oleh faktor tanah Projek A adalah jenis tanah liat keras, maka keadaan tersebut tidak sesuai bagi penanaman cerucuk keping konkrit secara terus. Oleh itu kaedah pre-boring digunakan bagi kerja penanaman cerucuk. Kerja penanaman ini termasuk pemasangan dan perobohan peralatan jenteran mesin dan juga pekerja. Berdasarkan Jadual 4.3, menunjukkan 20.32 peratus meliputi kerja mengerudi lubang berukuran 600mm dan penanaman 12 meter cerucuk keping konkrit.

4.4 Projek B: kerja Membina Tembok Kawalan Hakisan dan Kerja-kerja Berkaitan di Sungai Skudai, Kampung Separa, Kulai, Johor

Jadual 4.4 menunjukkan butiran bagi Projek B. Kaedah yang digunakan bagi Projek B ialah Batu Sangkar (Gabion Wall). Tempoh pembinaan bagi projek ini adalah selama 8 minggu.

Dokumen terkait