HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT CHINA SELEPAS TAHUN
3.1 Hubungan Amerika Syarikat – China
3.1.2 Fasa Kedua Hubungan Amerika Syarikat (1980-1989)
Jimmy Carter tidak berminat untuk meneruskan de‟tente dengan Soviet Union akibat tindakan Soviet Union yang menyerang Afghanistan.85 Beliau merasakan Soviet Union bukanlah sahabat kerjasama “baik” untuk Amerika Syarikat. Keadaan ini juga telah memberikan kesan kepada hubungan China dan Soviet Union. Pemberhentian penjualan teknologi tinggi serta penarikan Amerika Syarikat daripada sukan Olimpik di Moscow menunjukkan ketegangan hubungan Soviet Union dan Amerika Syarikat ketika itu. Hubungan Amerika Syarikat dengan China begitu baik, kedua-dua negara memiliki hubungan perdagangan yang baik sehinggalah China menjadi negara pembeli yang ke-empat dalam sektor pertanian Amerika Syarikat.86
83China Relations .http://www.chaos.umd.edu/history/prc. Akses 13 Januari 2013.
84 Manning, R.A & Stern,.P.1994. The Myth of the Pacific Century. Foreign Affairs. 73:79-93. 85 Malgan, A.G.2000. Beyond Self Defence: The Pacific Review.12: 48-225
86 Levine, Steven. I. 1988. China‟s Foreign Policy in the Strategic Triangle in June Dryer. New York:
Manakala isu Taiwan masih wujud “pergaduhan”dengan China, tetapi Amerika
Syarikat masih mengekalkan hubungan baik dengan Taiwan. Hubungan rapat ini sukar untuk China bertindak terhadap Taiwan kerana Amerika Syarikat juga berkawan dengannya. Kekuatan hubungan China dengan Amerika Syarikat dapat dieratkan dengan bantuan pertahanan dan kerjasama ekonomi yang erat.87 Hubungan ini masih diteruskan sehinggalah Jimmy Carter digantikan dengan Ronald Reagen. Ronald Reagen telah meneruskan pembangunan senjata yang banyak dibatalkan oleh Jimmy.88 Peralatan senjata seperti balistic missile ditambah kuantitinya serta kekuatan letupannya.
Beijing berkerjasama dengan Washington untuk menekan tindakan Vietnam di Kemboja serta tindakan Soviet Union di Afghanistan. Namun, China mula merasakan Amerika Syarikat tidak lagi memerlukannya lagi apabila Amerika Syarikat membesarkan pangkalan ketenteraannya di Jepun dan tindakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat iaitu George Shultz menunjukkan negara Jepun lebih penting sebagai kubu pertahanan untuk menentang Soviet Union. Jepun dilihat sebagai kubu penampan bagi Amerika Syarikat untuk menghadapi tindakan Soviet Union yang agresif. Deng Xiao Peng berhati-hati menjalinkan hubungan dengan Soviet Union dan memastikan hubungan itu tidak membawa bahaya kepada China. China masih mengharap tiga perkara daripada Soviet Union iaitu menghentikan bantuan Soviet ke atas Vietnam yang menyerang Kemboja,89 keluarkan tentera Soviet Union daripada Afghanistan dan mengurangkan tekanan ketenteraan di sempadan China. Tindakan ini bukanlah untuk memulihkan semula hubungan China-Soviet tetapi ingin menunjukkan kepada Amerika Syarikat bahawa China tidak berbahaya jika bersahabat kembali dengan Soviet Union.90
87 Manning, R.A &Stern,.P.1994. The Myth of the Pacific Century. Foreign Affairs. 73:79-93. 88China Relations .http://www.chaos.umd.edu/history/prc. Akses 13 Januari 2013.
89 China versus Soviet Union. www.state.gov. Akses 24 April 2013.
90 Paterson, Thomas. et.al. (5th ed). 2000. American Foreign Relation: History Since 1895 .Volume II
Gobarchev menjadi pemimpin Soviet Union pada tahun 1989 dan pendekatan yang digunakan oleh beliau ialah cuba bersahabat kembali dengan China dalam polisi baru Soviet Union. Rundingan yang dilaksanakan diantara Soviet Union dan Amerika Syarikat seperti perjanjian International Nuclear Force (INF) 91yang menyingkirkan peluru SS-20 di Soviet Union serta di Asia dan juga perjanjian penarikan tentera Soviet Union daripada Afghanistan tetapi masih memberikan manfaat kepada China. Gobarchev sedaya upaya membaiki hubungannya dengan China malahan, Soviet Union menghentikan bantuan kepada Vietnam serta menekan Vietnam untuk keluar daripada Kemboja. Gobarchev melawat China pada May dan pasukan Vietnam keluar daripada Kemboja pada September 1989. Bush Senior melawat Beijing selepas tiga bulan Gobarchev melawat China sebagai respon positive untuk memulihkan hubungan Sino-Soviet.
Keadaan ini menunjukkan pemimpin Beijing dan Moscow sedaya upaya memulihkan hubungan mereka serta hubungan mereka dengan Amerika Syarikat.92 Namun, “tsunami” mula menghentam hubungan Moscow- Beijing- Washington yang menyebabkan hubungan ini mula goyah. Kejadian yang berlaku di Tiananmen Square telah memberikan impak kepada hubungan negara-negara ini. Tentera China telah menyerang pelajar dan rakyat yang melakukan demonstrasi
untuk demokrasikan politik China. Malahan, mereka telah membina “Statue of Liberty” sebagai simbol kebebasan politik yang dilaksanakan di Poland. Isu ini menjadi perhatian dunia, apabila Deng Xiao Peng telah mengarahkan tenteranya
untuk “menyapu” pelajar tersebut. Lebih daripada seribu pelajar cedera dan mati
kerana Deng melihat mereka cuba;
To create chaos under the heaven 93
91 Levine, Steven. I. 1988. China‟s Foreign Policy in the Strategic Triangle in June Dryer. New York:
Paragon House.
92 Soviet Union and China Relations .www. relation state.com. Akses 12 Februari 2013. 93 Cheng, C.Y.1990. Behind the Tiaenamen Massacare. West View: Boulders. Co
Deng Xiao Peng juga telah menahan dan menghukum pelajar yang membuat demonstrasi serta pegawai kerajaan yang cuba memprotes. Bush Senior
menghantar “signal” bahawa Amerika Syarikat akan memberikan respon akibat
tindakan Deng tersebut. Washington telah mengantung penjualan senjata dan menunda pinjaman baru China yang dipohon dalam World Bank. Bush Senior juga
telah mengeluarkan China dari “list most- favored-nation” 94 yang menjana kerjasama ekonomi antara Amerika Syarikat dan China. Hubungan Amerika Syarikat dengan China mula mengalami ketegangan akibat hak asasi manusia serta beberapa tindakan Amerika Syarikat terhadap Taiwan. Keadaan ini telah mencetuskan respon yang agak agresif daripada China.
Layanan yang diberikan oleh Amerika Syarikat terhadap pemimpin Taiwan telah menunjukkan seolah-olah Amerika Syarikat telah memberikan pengiktirafan diplomatik kepada Taiwan dan menganggap Taiwan sebagai negara. Isu Taiwan telah membawa ketegangan dalam hubungan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat telah memberikan pemimpin Taiwan, Lee Teng Hui melawat Amerika Syarikat
dengan visa “Chinese Taipei”.95
Keadaan ini telah menyebabkan China merasakan Amerika Syarikat cuba memberikan peluang kepada Taiwan untuk menjadi negara berdaulat. Respon China paling ketara ialah serangan tiga peluru berpandu ke kawasan berdekatan dengan Taiwan serta menjalani latihan ketenteraan di Selat Taiwan. Keadaan ini menyebabkan, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat iaitu Wiliam Perry memberikan amaran kepada China;
If any missile struck Taiwan and two U.S carried task forces steamed ostentatiously toward the region.
Amaran ini telah menjadikan China berundur malahan Amerika Syarikat juga mulA menyokong satu China sahaja. Tindakan Amerika Syarikat menyokong satu China telah menyebabkan China mula menjalikan hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat juga telah meminta China tidak menjual teknologi
94 Paterson, Thomas. et.al. (5th ed). 2000. American Foreign Relation: History Since 1895 .Volume II
New York: Houghton Mifflin Company.
95 American History .http://www.history.wadsworth.com. Akses 14 Januari 2013.
nuklear kepada Iran dan tidak menyokong pengganas. Hubungan Amerika Syarikat dengan China mula menjadi baik ketika pemerintahan Presiden Clinton.