HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT CHINA SEBELUM TAHUN
2.2 Perang Tercetus Dan Penglibatan China Di Asia Pasifik
2.2.1 Perang Korea 1950-
Perang Korea merupakan perang yang berlaku selepas Perang Saudara di China, namun perang ini agak unik kerana ia berlaku dalam satu negara. Perang ini melibatkan satu negara yang memiliki persamaan dari segi bahasa, penduduk dan sebagainya. Korea telah dijajah oleh Jepun pada akhir abad ke 19 sehinggalah tamat Perang Dunia Kedua 1945.27 Namun, selepas seminggu bebas daripada Jepun, Korea terpaksa menghadapi Perang Dingin yang telah memisahkannya kepada dua negara. Korea Utara dipihak oleh Soviet Union manakala Korea Selatan diduduki oleh Amerika Syarikat. Kedua-duanya dipisahkan kepada garis lengkung 38 darjah utara dan memiliki dua ideologi yang berbeza.
Pentadbiran komunis di Korea Utara berada di Pyongyang manakala Seoul menjadi pusat pengawalan Amerika Syarikat yang telah mendapat kebenaran daripada Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Syngman Rhee telah menjadi Presiden Korea Selatan yang menerima pendidikan Amerika manakala Kim II Sung telah menjadi pemimpin komunis di Korea Utara, mereka menjadi boneka dalam pentempuran Soviet Union dan Amerika Syarikat. Serangan Korea Utara pada 25 Jun 1950,28 jelas menunjukkan ingin mengambil semula Korea Selatan namun Amerika Syarikat bertindak dengan menggunakan PBB sebagai perisai untuk mempertahankan Korea Selatan.
PBB telah menghantar pasukan tentera untuk menyokong Korea Selatan yang diketuai oleh Mac Arthur yang merupakan komander pangkalan ketenteraan di Jepun. Tentera Korea Utara telah menyerang sehinggalah ke bandar Seoul namun terpaksa berundur. Kekuatan tentera PBB dan juga tentera Korea Selatan menyebabkan tentera Korea Utara berundur sehingga menghampiri sempadan China iaitu Manchuria. Tindakan Mac Arthur yang memberikan arahan untuk menyerang stesen kuasa, ketenteraan dan pusat industri yang berpotensi yang
27 Connors, Michael.K. et al. The New Global Politics of the Asia Pacific. New York: Routledge Curzon 28 Murphey, Rhoads. (6th Ed). 2009. A History of Asia. New Jersey: Pearson International Edition.
memberikan bantuan kepada tentera Korea Utara di Manchuria.29 Keadaan ini menyebabkan, China memberikan amaran untuk tidak menghampiri sempadannya di Manchuria, namun Mac Arthur tetap menyerang kawasan tersebut.
Pada Oktober 1950, China memberi reaksi terhadap tindakan Mac Arthur dengan menghantar pasukan tentera China melebihi satu juta orang. Tentera China yang bergabung dengan tentera Korea Utara telah memasuki Korea Selatan sehingga ke bandar Seoul. Kedua-dua negara tersebut mengalami kemusnahan yang agak teruk sebanyak tiga kali akibat tindakan mereka sendiri.30 MacArthur telah digantikan dengan Jeneral Matthew Ridgeway yang menjadikan garis lengkung 38 darjah utara sebagai jalan untuk meyelamat keadaan. Hal ini kerana, Amerika Syarikat menemui jalan buntu dan menyebabkan sebuah gencatan senjata dilaksanakan diantara kedua-dua pihak. Sempadan yang asal digunakan dan pembahagian Korea telah ditetapkan kepada garis lengkung 38 darjah utara. Pembahagian ini merupakan unik kerana Korea Selatan memiliki tanah yang subur dan sesuai untuk pertanian manakala Korea Utara memiliki kawasan yang kaya dengan bahan mineral seperti gas asli dan uranium.31
Kadar kematian dan kerugian kedua-dua pihak melebih 5 kali ganda, namun pembangunan senjata dan ketenteraan tetap diteruskan. China menjadi
“Big Brother” kepada Korea Utara akibat tindakan Amerika Syarikat sendiri.
Manakala, Soviet Union menyokong tindakan China yang memberikan sokongan kepada Korea Utara malahan mengkritik tindakan Amerika Syarikat yang menjadikan Taiwan salah satu anggota Majlis Keselamatan yang tetap dalam PBB. Perang Korea ini telah menyedarkan Amerika Syarikat bahawa China tetap menjadi negara komunis dan akan mempengaruhi Asia Pasifik sekiranya Amerika Syarikat berdegil untuk menjatuhkan komunis.
29 Yan Xuetong. 2010. The Instability of China-USA Relations. The Chinese Journal of International
Politics. 3: hal 263-292.
30 S. Ross, Robert.1995.East Asia in Transition: Toward A New Regional Order. New York: M. E.
Sharpe, Inc.
2.2.2 Krisis Selat Taiwan I 1954-1955
Selepas Perang Korea tamat, China telah melancarkan serangan ke atas Taiwan yang ketika itu berada dibawah pemerintahan Chiang Kiak Shek. Hal ini kerana kenyataan Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Truman yang melihat pertikaian diantara ROC dan PRC tidak melibatkan Amerika Syarikat.32 Kenyataan ini dikeluarkan sebelum Perang Korea tercetus dan Amerika Syarikat belum melihat reaksi China. China telah menyerang Matsu dan Quemay yang merupakan pulau yang berdekatan Taiwan. Chiang Kiak Shek telah meletakkan tentera serta senjata di pulau - pulau tersebut malahan mendapat sokongan daripada Washington dengan adanya pertahanan senjata. Taiwan ketika itu berada dibawah jagaan Washington kerana dasar pembendungan yang dilaksanakan oleh Truman. Serangan demi serangan dilakukan oleh China yang diketuai oleh Perdana Menteri China, Zhou Enlai. Bagi beliau, Taiwan harus dibebaskan daripada imperialisme Barat iaitu Amerika Syarikat yang menyediakan perlindungan kepada kerajaan ROC.33
Pertukaran Presiden Amerika Syarikat daripada Truman kepada Eishower yang menjadikan krisis Taiwan menjadi semakin serius. Eisenhower sedaya upaya memastikan tiada penglibatan tentera Amerika Syarikat mahupun penggunaan senjata yang dahsyat. Akhirnya, Kongres Amerika Syarikat telah memberikan isyarat kepada Eisenhower untuk mempertahankan Taiwan serta memastikan Taiwan tidak terjejas. China dapat menduduki kepulauan berdekatan Taiwan, hal ini kerana pertahanan Amerika Syarikat hanya di pesisran Taiwan bukan dikawasan kepulauan yang berdekatan dengan Tanah Besar China. Perjanjian pertahanan ditandatangani diantara Taiwan dan Washington pada tahun 1955, keadaan ini telah menyebabkan China buat sementara waktu menghentikan serangan terhadap kepulauan yang berdekatan Taiwan.
32 Tucher.,N.B. 2005. Dangerous Strait: the U.S-Taiwan-China Crisis. Wiley: Columbian University
Press.
33 Tsang., S.2006. If China Attacks Taiwan: Military Strategy, Politics and Economic. New York: