• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT CHINA SEBELUM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT CHINA SEBELUM"

Copied!
91
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT

CHINA

SEBELUM DAN SELEPAS TAHUN 1972

NUR HAJERA BINTI KATHER BACHA

SEKOLAH SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

(2)

PENGESAHAN

HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT-CHINA SEBELUM DAN SELEPAS TAHUN 1972

Oleh

NUR HAJERA BINTI KATHER BACHA

BA10110313

Latihan Ilmiah ini dikemukan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian

dalam bidang Hubungan Antarabangsa

... ...

Penyelia Tarikh

... ...

Ketua Program Tarikh

PROGRAM HUBUNGAN ANTARABANGSA

SEKOLAH SAINS SOSIAL

2012/2013

(3)

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa Latihan Ilmiah yang bertajuk Hubungan Amerika Syarikat- China Sebelum Dan Selepas Tahun 1972 ini merupakan hasil usaha dan kerja saya sendiri melainkan petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah

saya jelaskan sumbernya.

... ...

Nur Hajera Binti Khater Bacha Tarikh

Ba10110313

(4)

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia iaitu Prof.

Madya Dr. Mohd Noor Yazid yang telah memberikan pandangan dan cadangan

dalam menyiapkan hasil penulisan ini.

Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Program dan

pensyarah Sekolah Sains Sosial yang pernah memberi tunjuk ajar dengan penuh

sabar yang membolehkan penulis menggunakan ilmu yang diperolehi dalam

menyiapkan penulisan ini.

Tidak juga dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya Siti Zakiah

Hussain, Fatin Khainudin, Nur Habibah dan Zanariah Li yang telah memberikan

sokongan untuk menyiapkan kajian ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada

Encik Kather Bacha dan Puan Hasnah, ibubapa saya yang telah memberikan

sokongan dari segi kewangan dan moral dalam menyiapkan penulisan ini.

Nur Hajera Binti Khater Bacha

No.175, Lorong 4/3 Jalan Harmoni,

Taman Harmoni, 08100 Bedong,

(5)

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan hubungan diplomatik Amerika Syarikat-China sebelum dan selepas 1972. Kajian ini bertujuan untuk memahami perbezaan yang wujud dalam hubungan Amerika Syarikat-China pada masa tersebut kerana hubungan kedua-dua negara telah dipengaruhi oleh struktur pola yang wujud dalam sistem antarabangsa. Selain itu, faktor individu dan domestik juga telah mempengaruhi hubungan diplomatik kedua-dua negara tersebut. Berdasarkan data sekunder, struktur bipolar telah menyebabkan hubungan Amerika Syarikat-China tegang dalam sisitem antarabangsa. Namun, selepas tahun 1972 hubungan Amerika Syarikat-China menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Keadaan ini berlaku disebabkan perubahan struktur pola kuasa iaitu daripada bipolar kepada tripolar.

(6)

ABSTRACT

This study discusses about the diplomatic relationship between United States and China before and after 1972. The objective of this study is to understand the differences in a relationship between the two countries during that time because the changes of polar structure in world system. Besides, individual and domestic factor also affect the diplomatic relations between the two states. Based on secondary data, United States and China have bad relationship due to the bipolar structure in the world system. But after 1972, the relationship between United States and China become better than before. It happens because of the greater changes of polar structure from bipolar to tripolar.

(7)

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGESAHAN ii

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTARCT vi

KANDUNGAN vii-ix

SENARAI RAJAH x

SENARAI SINGKATAN xi

BAB 1: PENGENALAN 1

1.0 Latar Belakang Kajian 1

1.1 Objektif Kajian 2

1.2 Sorotan Literature 2-6

1.3 Pendekatan Teori/Konsep 7-10

1.4 Metodolgi Kajian 11

1.5 Skop Kajian 11

1.6 Persoalan Kajian 12

1.7 Proposisi Kajian 13

1.8 Kepentingan Kajian 13

1.9 Limitasi Kajian 14

10.1 Pembahagian Bab 14

1.10.1 Bab 1- Pengenalan 14

1.10.2 Bab 2- Hubungan Amerika Syarikat- China Sebelum

Tahun 1972.

(8)

1.10.3 Bab 3- Hubungan Amerika Syarikat- China Selepas

Tahun 1972.

16

1.10.3 Bab 4- Perbezaan Yang Wujud Dalam Hubungan

Amerika Syarikat-China Sebelum Dan

Selepas Tahun 1972.

17

1.10.4 Bab 5- Kesimpulan 17

BAB 2: HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT- CHINA SEBELUM TAHUN 1972

2.0 China Dan Ideologi Komunis 18

2.1 PRC Atau ROC Bagi Amerika Syarikat 18-19

2.2 Perang Tercetus Dan Penglibatan China Di Asia Pasifik 20

2.2.1 Perang Korea 1950-1953 21-22

2.2.2 Krisis Selat Taiwan I 1954-1955 23

2.2.3 Perang Vietnam I 1946-1954 24-26

2.2.4 Krisis Selat Taiwan II 1958 26

2.3 Kematian Stalin Serta Kesannya Kepada Hubungan China Dan

Soviet Union

27-30

2.4 Polisi Amerika Syarikat Untuk Menjaga Tindakan China 30-31

2.4.1 Harry Truman 1945-1953 31-33

2.4.2 Dwight Eisenhower 1953-1961 33-34

2.4.3 J.F.Kenndy 1961-1963 35-36

BAB 3: HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT- CHINA SELEPAS TAHUN 1972

3.0 Amerika Syarikat, China, Soviet Union Dan Perang Vietnam II 37

(9)

3.1.1 Fasa Pertama Hubungan Amerika Syarikat- China

1971-1979

40-43

3.1.2 Fasa Kedua Hubungan Amerika Syarikat- China

1980-1989

43-46

3.2 Polisi Amerika Syarikat 47

3.2.1 Richard Nixon 1969-1974 47-48

3.2.2 Jimmy Carter 1977-1981 49-50

3.2.3 Ronald Reagen 1981-1989 50-51

3.2.4 Goerge H.W Bush 1989-1993 51-52

BAB 4: PERBEZAAN YANG WUJUD DALAM HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT- CHINA SEBELUM DAN SELEPAS TAHUN 1972

4.0 “Three Level Analysis” Dalam Hubungan Amerika Syarikat- China 53

4.1 Hubungan Amerika Syarikat –China Sebelum 1972 54

4.1.1 Faktor Individu 55-57

4.1.2 Faktor Domestik 57-58

4.1.3 Faktor Sistemik 58-59

4.2 Hubungan Amerika Syarikat- China Selepas Tahun 1972 60

4.2.1 Faktor Individu 61-62

4.2.2 Faktor Domestik 63-65

4.2.3 Faktor Sistemik 66-68

(10)

SENARAI RAJAH

Rajah

1.3 Hubungan Amerika Syarikat –China Sebelum 1972 9

2.3 Hubungan Amerika Syarikat- China Selepas 1972 10

1.4 Sebelum 1972 Ketegangan Wujud Dalam Hubungan Amerika Syarikat

– China

57

2.4 Selepas 1972 Hubungan Amerika Syarikat-China Menjadi Lebih Baik,

Namun Sebaliknya Bagi Hubungan Soviet Union- China

(11)

SENARAI SINGKATAN

ABM ANTI-BALLISTIC MISSILE

CIA CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY

FBI FEDERAL BUREAU OF INVESTIGATION

ICBM INTERCONTINENTAL BALLISTIC MISSILE

KFC KENTUCKY FRIED CHICKEN

NPT NON- PROLIFERATION TREATY

PRC PEOPLE‟s REPUBLIC OF CHINA

ROC REPUBLIC OF CHINA

SALT STRATEGIC ARMS LIMITATIONS TALKS

SEATO SOUTH EAST ASIA TREATY ORGANIZATION

START STRATEGIC ARMS TREATY

(12)

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Latar belakang Kajian

Perang Dingin merupakan satu terma yang digunakan untuk mengambarkan

persaingan yang berlaku diantara Soviet Union dan Amerika Syarikat selepas

berakhirnya Perang Dunia Kedua pada 1945.1 Perang Dunia Kedua berakhir dengan

gugurnya bom atom buatan Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun.

Perang Dingin berlaku akibat persaingan dua blok utama yang diketuai oleh Soviet

Union iaitu blok komunis manakala blok kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat.

Peperangan ini digelar Perang Dingin kerana ia tidak membawa kepada

pertempuran yang “panas”, namun yang menjadikan peperangan ini unik ialah

medan pertempuran ialah di Dunia Ketiga terutamanya di Asia Timur. Kebanyakan

Dunia Ketiga baru sahaja mendapat inspirasi menentang penjajah untuk

mendapatkan kemerdekaan negara masing-masing. Medan utama pertempuran

dua blok ini berlaku di China, Korea dan Vietnam. Perang yang berlaku di Dunia

Ketiga adalah disebabkan sokongan daripada dua kuasa besar utama iaitu Soviet

Union dan Amerika Syarikat.2 Melalui Perang Dingin, hubungan Amerika Syarikat

dan China dapat difahami serta pembentukan struktur tripolar menjadikan Asia

Pasifik sebagai rantau yang paling unik di dunia. Persahabatan dan permusuhan

menjadikan tiga negara utama ini menjadikan rantau Asia Pasifik sentiasa bergolak

dan sentiasa berlaku perubahan dalam hubungan diantara ketiga-tiga negara ini.

1 Connors, K. Michael. et al. 2004. The New Global Politics of the Asia Pacific. New York: Routledge

Curzon

2 Wilson, John R.M. (4th ed). 2003. Forging The American Character Volume II: Reading in United

(13)

Keadaaan ini dapat menjelaskan perubahan yang berlaku dalam hubungan Amerika

Syarikat dan China ketika Perang Dingin sehinggalah terbentuknya struktur tripolar.

Struktur tripolar yang berlaku di Asia Pasifik dapat dilihat dengan memahami

hubungan Amerika Syarikat dan China. Terdapat dua fasa yang akan dikaji yang

dapat menerangkan hubungan Amerika Syarikat dan China iaitu fasa pertama

sebelum tahun 19723 yang melihat ketegangan di antara dua kuasa utama tersebut

manakala fasa kedua dapat memperlihatkan wujudnya persahabatan diantara

Amerika Syarikat dan China. Fasa kedua berlaku selepas tahun 1972 yang telah

memberikan impak begitu mendalam yang membawa kejatuhan Soviet Union pada

tahun 1991.4 Tripolar yang terbentuk disebabkan kepentingan tiga kuasa utama di

Asia Pasifik dan juga peranan polisi Amerika Syarikat dalam mengendalikan

hubungannya dengan China serta Soviet Union.

Hubungan Amerika Syrarikat –China dapat difahami dengan membahagikan

dua tempoh iaitu sebelum tahun 1972 dan selepas tahun 1972. Sebelum tahun

1971, hubungan Amerika Syarikat –China mulai tegang akibat persahabatan Soviet

Union dengan China, sokongan Amerika Syarikat kepada ROC di Taiwan serta

penglibatan China dalam Perang Korea dan Perang Vietnam I. Dasar Amerika

Syarikat kepada China ialah membendung pengaruh komunis China daripada

merebak kepada semua negara yang berada di Asia Tenggara. Namun, selepas

tahun 1972 hubungan Amerika Syarikat dengan China kelihatan baik malahan

hubungan diplomatik secara formal dijalankan oleh Nixon sehinggalah Amerika

Syarikat memberikan pengiktirafan diplomatik pada tahun 1979.

3 Ross, S. Robert. 1995. East Asia in Transition: Toward A New Regional Order. New York: M. E.

Sharpe, Inc.

4 Higginson, M. S. Dobbs. 1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne:

(14)

1.1 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu;

1. Menghuraikan hubungan Amerika Syarikat – China sebelum tahun 1972.

2. Menganalisis hubungan Amerika Syarikat – China selepas tahun 1972.

3. Mengenalpasti faktor perbezaan yang wujud dalam hubungan Amerika

Syarikat- China sebelum dan selepas 1972.

1.2 Sorotan Literatur

Kajian lepas menjadi rujukan utama bagi menjelaskan lebih mendalam struktur

tripolar yang terbentuk dalam hubungan Amerika Syarikat dan China ketika Perang

Dingin yang menjadikan suasana „panas‟ di Asia Pasifik. Kajian lepas menjadikan

hasil kajian penulis dapat menerangkan hubungan Amerika Syarikat- China sebelum

dan selepas 1972 dengan lebih mendalam.

Mohd Noor Yazid telah menulis mengenai hubungan Amerika Syarikat –

China yang bersifat “fluctuated”, hubungan yang tidak menentu serta sukar

diramalkan bukan sahaja berbeza ideologi tetapi juga bergantung kepada

perkembangan politik antarabangsa. 5 Hubungan China dan Amerika Syarikat sejak

tahun 1949 pada dasarnya bersifat konflik, cuma dalam hanya beberapa hal yang

menunjukkan tanda-tanda kerjasama. Selain daripada konflik yang menjejaskan

hubungan Amerika Syarikat dan China terdapat juga faktor lain juga mempengaruhi

hubungan kedua negara tersebut. Kematian Stalin serta polisi dasar luar Amerika

Syarikat yang boleh dikatakan juga mempengaruhi hubungan China dan Amerika

Syarikat ketika itu.

5 Mohd Noor Yazid.2000. Politik Antarabangsa Asia Pasifik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

(15)

Perubahan pola kuasa antarabangsa daripada bipolar kepada tripolar telah berlaku

di Asia Pasifik dan dapat menjelaskan perubahan-perubahan yang berlaku dalam

hubungan Amerika Syarikat dengan China. Beliau telah menyatakan, pola kuasa di

Asia Pasifik lebih bersifat tripolar kerana terdapat tiga kuasa utama iaitu Amerika

Syarikat, Soviet Union dan China.6 Perubahan ini dikatakan akibat ketegangan

hubungan China - Soviet Union yang bermula pada tahun 1960-1972 dan dalam

masa yang sama hubungan China – Amerika Syarikat juga tegang. Jadi kajian ini

mengkaji hubungan yang membawa ketegangan ini telah menyebabkan Amerika

Syarikat membuat hubungannya dengan China. Tindakan Amerika Syarikat yang

cuba menjadikan China menjadi kawannya telah berjaya dan menyebabkan Soviet

Union “menangis tidak berlagu” kerana ingin mewujudkan hubungan baik dengan

Amerika Syarikat.

Yuen Foong Khong menyatakan, tindak balas Amerika Syarikat terhadap

konflik Asia Pasifik adalah berkaitan keseimbangan kuasanya dengan Soviet Union.

Amerika Syarikat telah memilih untuk mempertahankan Taiwan dan kehilangan

China menyebabkan Amerika Syarikat terpaksa berhadapan dengannya ketika

Perang Korea. Amerika Syarikat telah menghasilkan polisi dasar luar yang cuba

mengelakkan China termasuk dalam orbit komunis Soviet Union, namun tidak

berjaya dengan tindak balas China dalam Perang Korea dan Vietnam I.7 Amerika

Syarikat terpaksa berdepan dengan China bukanya Soviet Union menyebabkan

hubungannya dengan China sentiasa tegang. Perang Saudara China, Perang Korea,

Perang Vietnam I dan II telah menjadikan Amerika Syarikat berdepan dengan

kuasa komunis kedua iaitu China. Jika dilihat tindak balas China terhadap

keempat-empat perang tersebut, sokongan Soviet Union yang menjadi tunggak utama.

6 Mohd Noor Yazid.2000. Politik Antarabangsa Asia Pasifik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn.Bhd. hal. 50.

7 Yuen Foong Khong. 1996. The United States and East Asia Challenges to the Balance of Power,

(16)

Amerika Syarikat kehilangan banyak peluang untuk mempengaruhi China dan

peluang yang diambil ketika hubungan China –Soviet Union mengalami ketegangan

merupakan cara terbaik untuk pulihkan semula hubungan Amerika Syarikat dengan

China. Polisi dasar luar Amerika Syarikat yang mula mengalami perubahan ketika

era Nixon telah menjadikan China sahabat kepada Amerika Syarikat.

Selain itu, Victor D.Cha juga menjelaskan bentuk pakatan bilateral Amerika

Syarikat dengan negara Asia khususnya Asia Timur. Beliau telah menyatakan

bentuk polisi yang digubal oleh Truman dan Eishower adalah untuk mengawal

China. Amerika Syarikat memiliki hubungan yang bersifat bilateral dengan Korea

Selatan, Jepun dan Taiwan termasuklah China untuk memastikan Amerika Syarikat

sentiasa berkuasa di Asia Pasifik.8 Polisi dasar luar Amerika Syarikat amatlah

penting dalam mengawal negara-negara di Asia Pasifik. Amerika Syarikat mengawal

Jepun, Korea Selatan dan Taiwan dengan perjanjian yang bersifat bilateral kerana

ingin menyekat komunis China serta mengawal tindak-tanduk kerajaan China yang

selalu melakukan sesuatu secara tiba-tiba. Tindakan kerajaan China tidak dapat

dijangkakan seperti serangan ke atas pantai Taiwan ketika Amerika Syarikat “sibuk”

dengan Vietnam. Setiap polisi Amerika Syarikat wujudkan, ia akan memastikan

pengerakan domino tidak berlaku di Asia. Pengerakan domino ialah penyebaran

komunis dari China mungkin sehingga Filipina sekiranya membiarkan China dan

Korea Utara menang dalam Perang Korea yang berlaku pada tahun 1950.

James Kurth menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat melaksanakan

diplomasi yang memisahkan China dan Soviet Union serta keadaan ini telah

menyebabkan Vietnam Utara hilang payung perlindungan daripada kedua-dua

negara komunis. Sekiranya, Amerika Syarikat tidak bertindak begitu, kemungkinan

untuk berhadapan tiga negara komunis akan menyebabkan situasi bertambah

buruk. Hubungan Amerika Syarikat dengan China ketika Perang Korea yang tegang

akibat tindak balas China dengan menyokong tentera Korea Utara. Keadaan ini

8 Cha, Victor D. 2009. Powerplay: Origins of the U.S Alliance System in Asia. International Security, 34

(17)

menyebabkan, Amerika Syarikat terpaksa berhati-hati mengendalikan konflik

Vietnam. Akhirnya, Amerika Syarikat telah memberikan pengiktirafan diplomatik

kepada China pada 1972 dengan lawatan Nixon ke Beijing. Setiap keputusan yang

dilaksanakan oleh Amerika Syarikat harus mengambil kira tindakan China selepas

melihat respon China semasa Perang Korea.9

Xia Liping yang melihat dasar luar China yang begitu mementingkan

Semanjung Korea selepas Perang Korea 1950. Semanjung Korea menjadi kawasan

rebutan tiga kuasa utama di rantau Asia Pasifik iaitu China, Soviet Union dan

Amerika Syarikat. Semanjung Korea menjadi begitu penting kerana ia merupakan

“hotspot” ketika berlakunya Perang Dingin di Asia. China terlibat dengan Perang Korea apabila General Amerika Syarikat MacArthur telah memasuki sempadan

China ketika menyerang tentera Korea Utara. China telah melaksanakan polisi dasar

luar dengan Korea Utara supaya Semanjung Korea tidak menjadi laluan musuh

untuk menyerang China. 10 Manakala bagi Amerika Syarikat, Semanjung Korea akan

menyebabkan komunis merebak ke Asia. Keadaan ini telah menyebabkan, Korea

Selatan harus dijaga supaya keadaan sebegitu tidak akan berlaku. Soviet Union

pula melihat Semanjung Korea sebagai kawasan kuat komunis selepas China.

Soviet Union menghulurkan bantuan teknologi kepada Korea Utara serta

menyokong tindakan China menyokong Korea Utara ketika diserang oleh tentera

Amerika Syarikat. Perang Korea juga telah menjadikan hubungan Amerika Syarikat

dengan China menjadi tegang dan China mula memberikan respon kepada semua

tindakan Amerika Syarikat di Asia.

Odd Arne Westad telah menyatakan hubungan China dan Amerika Syarikat

menjadi perhatian sejak lawatan rahsia Kissinger ke China. Mao Zedong mula

memberikan perhatian kepada tawaran istimewa Amerika Syarikat iaitu

mendapatkan pengiktirafan serta “payung perlindungan” daripada serangan Soviet

9 Kurth, James. 2006. The U.S Victory in Vietnam Lost and Found. The Intercollegiate Review (Fall

2006) hal. 14-21.

10 Xia Liping. 2005. The Korean Factor in China Policy Toward East Asia and The United States.

(18)

Union. Hubungan ini diteruskan sehinggalah kematian Mao Zedong pada 1976,

yang menjadikan Deng Xiao Peng mengambil alih kuasa sepenuhnya. Deng Xiao

Peng melihat hubungan China dan Amerika Syarikat akan membawa kebaikan

kepada China dari segi teknologi, ekonomi dan pembangunan senjata. Deng Xiao

Peng berharap dapat akses teknologi ketenteraan Amerika Syarikat dan keinginan

Deng Xiao Peng tercapai apabila Amerika Syarikat meberikan respon untuk

meningkatkan kekuatan teknologi China. Walaupun begitu, pada tahun 1989

peristiwa Tiananmen Square di Beijing apabila tentera membunuh pelajar yang

tidak bersenjata telah menyebabkan hubungan China- Amerika Syarikat bergoyah

sedikit, namun kembali pulih semula sehinggalah kejatuhan Soviet Union dan

tamatnya Perang Dingin pada 1990.11

1.3 Pendekatan Teori/Konsep

Pembahagian kuasa dalam struktur antarabangsa merupakan konsep yang

diaplikasikan oleh negara di dunia ataupun disesebuah rantau. Namun, konsep ini

selalu dikaitkan dengan negara yang memiliki kemampuan yang lebih dalam

struktur antarabangsa. Negara yang mampu mempengaruhi struktur negara,

memiliki kekuatan ekonomi dan ketenteraan seperti Amerika Syarikat dan Soviet

Union terlibat dalam pembahagian kuasa ini. Neorealist yang muncul dengan

melakukan pembaharuan kepada teori Realism yang melihat struktur antarabangsa

juga mampu mempengaruhi negara sebagai aktor utama dalam hubungan

antarabangsa. Pembahagian kuasa ini juga digelar sebagai pola kuasa

antarabangsa yang memiliki beberapa jenis pola iaitu bipolar, multipolar, unipolar

dan tripolar.12

11 Westad, Odd Arne. 2012. Restless Empire China and the World since 1750. London: The Bodley

Head.

12 Goldstein, Joshua S. & Pevehouse., Jon C. (7th ed). 2006. International Relations. New York:

(19)

Pola-pola ini wujud dalam suasana struktur antarabangsa yang tertentu sahaja

namun yang paling “famous” ialah multipolar yang banyak ambil alih dalam sistem

antarabangsa. Multipolar merujuk kepada banyak kuasa yang mengawal struktur

antarabangsa dan mampu mewujudkan kestabilan seperti Majlis Keselamatan

dalam United Nations iaitu China, Amerika Syarikat, Great Britain, Russia dan

Perancis. Manakala, unipolar pula kepada satu pola kuasa antarabangsa yang

wujud dalam struktur antarabangsa. Ia juga digelar kuasa “hegemoni” kerana

menjadi satu kuasa tunggal yang memiliki kemampuan dari segala aspek seperti

ekonomi dan ketenteraan. Namun, pola unipolar jarang bertahan lama dan ini

boleh dilihat ketika Soviet Union runtuh. Amerika Syarikat menjadi kuasa unipolar,

namun ia bersifat sementara sahaja dan telah diambil alih oleh multipolar. Pola

kuasa antarabangsa yang bersifat bipolar yang menunjukkan dua kuasa utama

sahaja yang menguasai struktur antarabangsa. Perang Dingin yang berlaku pada

tahun 1945 sehingga 1990 telah menunjukkan penguasaan dua blok utama iaitu

Soviet Union dan Amerika Syarikat dalam struktur antarabangsa.

Struktur tripolar merupakan satu pola kuasa antarabangsa yang hanya

wujud di rantau Asia Pasifik. Ia merupakan satu pola kuasa yang melibatkan tiga

kuasa utama iaitu China, Amerika Syarikat dan Soviet Union. Struktur tripolar boleh

dilihat dua melawan satu untuk mewujudkan kerjasama bersama. Konsep yang

digunakan untuk menjelaskan kajian “ Hubungan Amerika Syarikat - China Sebelum

Dan Selepas Tahun 1972” ialah perubahan dari struktur bipolar kepada tripolar.

Konsep ini dapat menjelaskan dengan lebih mendalam hubungan Amerika

Syarikat dan China yang boleh dikatakan “special” di rantau Asia Pasifik.

Kemunculan China selepas Perang Saudara China 1949 telah menjadi ancaman

kepada Amerika Syarikat kerana China lebih kepada blok komunis Soviet Union.

Namun, tindakan China dalam Perang Korea telah menunjukkan bahawa kuasa

Amerika Syarikat akan tergugat dan blok kapitalis akan jatuh sekiranya tidak

melakukan sesuatu. Sebelum terbentuknya struktur tripolar di Asia Pasifik,

(20)

Perang Korea serta sokongan China dalam Perang Vietnam I.13 Struktur tripolar

dilihat dalam hubungan Amerika Syarikat dan China dalam dua fasa. Pada tahun

1949-1972 iaitu fasa pertama dalam struktur tripolar yang menunjukkan hubungan

tegang diantara Amerika Syarikat dengan China, manakala struktur tripolar fasa

kedua ialah ketegangan hubungan diantara China- Amerika Syarikat dan Soviet

Union- Amerika Syarikat. Namun, ia memulihkan hubungan China dengan Soviet

Union. Dalam dua fasa ini, hubungan Amerika Syarikat –China dapat dilihat melalui

polisi dasar luar Amerika Syarikat serta tindakan Soviet Union yang sentiasa

memastikan China tidak bertindak di luar kawalan. Struktur tripolar dapat dilihat

dengan jelas dalam hubungan Amerika Syarikat dan China di rantau Asia Pasifik.

Rajah 1.3: Hubungan Amerika Syarikat –China Sebelum 197214

China

Amerika Syarikat Soviet Union

Hubungan Amerika Syarikat –China sebelum tahun 1972 tidak begitu baik malahan

berada dalam keadaan tegang kerana China merupakan negara kedua komunis

terbesar muncul di rantau Asia Pasifik. Persahabatan diantara Soviet Union dan

China telah menjadikan ancaman komunis yang begitu serius menyebabkan

Amerika Syarikat mengambil tindakan pembendungan terhadap China.

13 Murphey, Rhoads.(6th ed). 2009. A History of Asia. New Jersey: Pearson International Edition. (Mao

Speech)

14 Cold War: Triangular Diplomacy American Decades 2001 Encyclopedia.Com.

(21)

Rajah 2.3: Hubungan Amerika Syarikat – China Selepas 197215

China

Amerika Syarikat Soviet Union

Selepas tahun 1972, hubungan Amerika Syarikat dan China mula menjadi berbaik

namun sebaliknya bagi hubungan Soviet Union –China menjadi tegang. Pendekatan

yang digunakan oleh Presiden Amerika Syarikat telah menjadikan hubungan China-

Amerika Syarikat menjadi baik sehinggalah Soviet Union jatuh pada tahun 1990.

Terdapat juga pendekatan yang lain digunakan untuk memahami hubungan

di antara Amerika Syarikat –China iaitu “three level of anaylsis”. Ia merupakan satu

pendekatan yang digunakan untuk melihat tiga peringkat yang mempengaruhi

hubungan dua negara, antaranya faktor individu yang membuat keputusan serta

memiliki pilihan dalam membentuk dasar luar negaranya. Sebagai contoh, Mao

Zedong memilih untuk bersahabat dengan Soviet Union selepas PRC ditubuhkan

kerana China masih tidak mempunyai sistem pertahanan dan baru sahaja selesai

perang saudara. Mao Zedong sedar sekiranya China masih bersendirian mungkin

Amerika Syarikat menyerangnya kerana kerajaan ROC masih dilindungi oleh

Amerika Syarikat.16 Selain itu, faktor domestik juga dilihat kerana ia juga akan

mempengaruhi hubungan sesebuah negara dengan negara lain terutamanya

negara yang berbeza ideologi seperti China dan Amerika Syarikat.

15 Triangular diplomacy U.S, USSR, and China. http://www.ushistroy.org/us/56g.asp. Akses 27 Mei

2013

16 Goldstein, Joshua S. & Pevehouse., Jon C. (7th ed). 2006. International Relations. New York:

(22)

Selepas tahun 1972, China telah memilih untuk berbaik dengan Amerika Syarikat

malahan Deng Xiao Peng juga telah melawat Amerika Syarikat beberapa kali.

Keadaan ini berlaku kerana Deng Xiao Peng ingin membangunkan ekonomi dan

teknologi sains China dan ingin dapatkan akses teknologi Amerika Syarikat.

Perubahan sistem ekonomi China kepada kapitalis menyebabkan hubungan

Amerika Syarikat dan China bertambah baik.

Struktur antarabangsa ketika Perang Dingin adalah bersifat bipolar tetapi

berbeza di rantau Asia Pasifik iaitu kewujudan tripolar iaitu Amerika Syarikat, China

dan Soviet Union. 17 China telah dijadikan sebagai pengimbang diantara Soviet

union dan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat juga menggunakan China sebagai

“alat” untuk menjatuhkan Soviet Union kerana bantuan yang dihulurkan oleh China

boleh digunakan Amerika Syarikat untuk menentang Soviet Union serta

menamatkan Perang Dingin di dunia. Walaupun “level of analysis” tidak mampu

menjelaskan sepenuhnya sesuatu keadaan yang berlaku di dunia namun, ia masih

releven untuk digunakan dalam kajian ini.

1.4 Metod Kajian

Kaedah pengumpulan data telah digunakan dalam menyiapkan penulisan yang

bertajuk “ Hubungan Amerika Syarikat - China Sebelum Dan Selepas Tahun 1972”

adalah data sekunder serta menggunakan displin hubungan antarabangsa sebagai

asas kajian. Oleh itu, sumber perpustakaan telah digunakan sebagai maklumat

dalam kajian ini. Kajian perpustakaan dilakukan di Perpustakaan Universiti Malaysia

Sabah dan juga Bilik Sumber Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah untuk

mendapatkan bahan maklumat seperti buku-buku, rujukan tesis, artikel, jurnal,

kertas kerja, majalah dan internet khusus untuk kajian ini.

17 The Three Level Of Analysis In International Relation (Kirk Reem). http://www.e.How.com.my.

(23)

1.5 Skop Kajian

Dalam mengkaji “Hubungan Amerika Syarikat - China Sebelum Dan Selepas Tahun

1972”, ruang lingkup yang digunakan ialah dari tahun 50-an sehingga 90-an. Pada

tahun 1950, China telah memiliki kemampuan yang mampu mempengaruhi struktur

antarabangsa yang didominasi dua kuasa utama iaitu Amerika Syarikat dan Soviet

Union.

1.6 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ingin dikaji ialah perubahan struktur bipolar kepada struktur

tripolar telah membentuk hubungan Amerika Syarikat- China dari ketegangan

kepada hubungan yang lebih baik. Persoalan kedua, perubahan struktur tripolar

telah memberikan kesan yang mendalam kepada hubungan Amerika Syarikat

dengan China dan keadaan ini berbeza ketika dunia antarabangsa dikuasai oleh

struktur bipolar. Persoalan yang terakhir ialah, kenapa China menjadi faktor

terbentuknya struktur tripolar dan menjadi rebutan di antara dua kuasa utama iaitu

Soviet Union dan Amerika Syarikat.

1.7 Proposisi Kajian

Kajian ini mempunyai tiga proposisi iaitu;

1. Struktur bipolar telah mempengaruhi hubungan Amerika Syarikat –

China sebelum tahun 1972 yang membawa kepada ketegangan.

2. Hubungan Amerika Syarikat dengan China menjadi lebih baik selepas

terbentuknya struktur tripolar selepas tahun 1972.

3. Peranan dan polisi Amerika Syarikat juga telah menjadikan hubungan

(24)

1.8 Kepentingan Kajian

Rantau Asia Pasifik merupakan rantau yang paling unik kerana masih memiliki

kesan Perang Dingin iaitu Taiwan masih tidak bergabung dengan China Tanah

Besar manakala Korea Selatan dan Korea Utara masih berkonflik di antara satu

sama lain.

Kajian ini akan menjadi “akar” kepada hubungan Amerika Syarikat – China

pada masa sekarang dan boleh menceritakan sejarah yang telah membawa kepada

perhubungan ini. Walaupun Amerika Syarikat merupakan negara kapitalis dan

berkawan dengan China negara komunis namun hubungan ini mula mengubah

China menjadi negara ekonomi kapitalis. Hubungan Amerika Syarikat –China dapat

dikaji dengan penglibatan China dalam Perang Korea, Perang Vietnam dan Krisis

Taiwan dan ini menjadikan hasil penulisan ini dapat menjadikan pembaca

memahami faktor-faktor yang telah membawa Amerika Syarikat bersahabat dengan

China ketika era Perang Dingin sehinggalah kejatuhan Soviet Union ketika hujung

tahun 1989.

1.9 Limitasi Kajian

Kajian ini mengalami beberapa limitasi tetapi dapat dikendalikan dengan baik

supaya dapat siapkannya mengikut masa yang tetap. Antara limitasinya;

 Tidak mencukupi masa dalam menghasilkan kajian kerana ia melibatkan

pembacaan serta pemahaman yang mendalam agar kajian tidak tersasar

daripada objektif asal. Namun, ia dapat diatasi dengan bantuan penyelia

dan rakan yang juga mambantu menyiapkan kajian ini.

 Bahan yang diperolehi mencukupi tetapi kesukaran untuk memahami

sesetengah idea penulis serta bahasa menjadi penghalang dalam

(25)

1.10 Pembahagian Bab

Dalam kajian ini, terdapat lima bahagian bab yang penting untuk diketengahkan

bagi membincangkan secara keseluruhan mengenai kajian yang bertajuk

“Hubungan Amerika Syarikat-China Sebelum Dan Selepas Tahun 1972. Setiap bab telah merangkumi objektif kajian agar kajian tidak tersasar daripada tajuk yang

ingin dikaji.

1.10.1 Bab 1: Pengenalan

Dalam bahagian ini, sejarah pembangunan China akan dibincangkan serta

kemunculannya sebagai negara komunis di rantau Asia Pasifik. Bab ini juga akan

membincangkan hubungan China dan Soviet Union kerana tanpa Soviet Union,

China tidak mungkin menjadi negara komunis terkuat di rantau tersebut. Keadaan

ini juga akan melihat peranan Amerika Syarikat yang terancam dengan kemunculan

China.

Secara tidak langsung menyentuh dan membincangkan serba sedikit

objektif kajian dan sorotan literature agar dapat memudahkan pembaca memahami

struktur penulisan. Penghasilan bab satu ini adalah sebagai gambaran kepada

kajian yang akan dibuat dan membantu memudahkan perlaksanaan dalam bab-bab

seterusnya.

1.10.2 Bab 2: Hubungan Amerika Syarikat- China Sebelum Tahun 1972.

Dalam bab ini, persahabatan diantara China dan Soviet Union yang rapat sehingga

membawa kemenangan China dalam Perang Saudara China 1949. Sahabat baik

yang berkongsi teknologi serta memiliki hubungan ekonomi yang menjadikan

(26)

supaya komunis tidak merebak ke Asia Tenggara. Hubungan inilah yang telah

menjadikan China sebagai sebuah negara yang berpengaruh di rantau Asia Pasifik.

Bab ini juga akan mengkaji hubungan Amerika Syarikat- China dilihat sejak

menangnya China dalam Perang Saudara China 1949.

Pilihan yang dibuat oleh Amerika Syarikat sama ada memilih PRC ataupun

ROC telah menjadikan konflik tercetus. Amerika Syarikat terpaksa memihak kepada

Taiwan yang menyebabkan perang tercetus di rantau Asia yang melibatkan

kapitalis versus komunis/sosialis. Penglibatan China dalam Perang Korea dan

Vietnam I telah menyebabkan Amerika Syarikat melaksanakan polisi dasar luar

untuk membendung penyebaran komunis di Asia. Krisis Taiwan juga telah

menjadikan Amerika Syarikat mewujudkan pertahanan bagi kerajaan ROC yang

berada di Taiwan. Selain itu, kematian Stalin telah menyebabkan berlakunya

perubahan dalam komunis Soviet Union yang telah meregangkan hubungan Beijing

dan Moscow.

Bahagian ini juga membincangkan polisi-polisi yang telah dilaksanakan oleh

setiap Presiden Amerika Syarikat yang berhadapan China ketika itu. Dasar- dasar

yang dilaksanakan oleh pemimpin Amerika Syarikat telah menjadikan China

bersahabat dengan Soviet Union sehinggalah kematian Stalin pada tahun 1954. Bab

dua ini merupakan teras kepada hubungan Amerika Syarikat – China kerana ia

membincangkan isu-isu yang membawa kepada ketegangan di antara dua negara

ini.

1.10.3 Bab 3: Hubungan Amerika Syarikat-China Selepas Tahun 1972

Penglibatan China dan Soviet Union dalam Perang Vietnam II membuatkan Amerika

Syarikat sedikit gusar. Lawatan Henry Kissinger ke China pada tahun 1971 adalah

untuk membuat hubungan Soviet Union dan China semakin tegang. Dalam bab ini

(27)

Syarikat dan Soviet Union. Dua fasa dijadikan asas pembentukan tripolar dalam

hubungan China, Amerika Syarikat dan Soviet Union iaitu fasa pertama tahun

1971-1979. Manakala, fasa kedua pada tahun 1980-1989 yang memperlihatkan

konfrontasi antara Amerika Syarikat dengan China dan Soviet Union. Peranan polisi

dasar luar Amerika Syarikat dilihat banyak memberikan kesan kepada hubungan

tripolar di rantau Asia Pasifik. Richard Nixon mejadi Presiden Amerika Syarikat

dengan mengantikan Lydon B. Johson.

Hubungan Amerika Syarikat dan China mula memasuki era berbaik-baik

kerana Washington memerlukan China untuk memujuk Vietnam Utara menerima

legasi baru. Dalam masa yang sama, China yang enggan menandatangani “Treaty

on the Non-Proliferation of Nuclear Weapon” pada 1968 harus dipujuk supaya

menyertai “Nuke Club”. Kedua-dua ini akan diperolehi oleh Amerika Syarikat

sekiranya pengiktirafan diplomatik diberikan kepada “People Republic of China”

kerana China mungkin akan terima perubahan yang berlaku dalam hubungan China

dan Amerika Syarikat. Bahagian bab ini akan mengkaji hubungan Amerika Syarikat

–China yang mula berbaik dan berkerjasama untuk menjatuhkan Soviet Union.

Kerjasama ini telah menjatuhkan Soviet Union, namun China mendapat banyak

keuntungan daripada kerjasama ini kerana berlaku pengkongsian teknologi

menyebabkan ia dapat membangunkan teknologi ketenteraan untuk

mempertahankan negaranya sendiri dan hubungan ini kekal sehinggalah China

mula membangun sebagai kuasa ekonomi .

1.10.4 Bab 4: Perbezaan Dalam Hubungan Amerika Syarikat-China Sebelum Dan Selepas Tahun 1972

Dalam bab keempat, hubungan Amerika Syarikat- China akan dianalisis dengan

menggunakan pendekatan “three level of anaylsis”. Pendekatan ini digunakan

untuk memahami perubahan yang berlaku dalam hubungan kedua negara sebelum

dan selepas tahun 1972. Faktor individu, domestik dan sistemik menjadi asas

(28)

tempoh iaitu sebelum dan selepas tahun 1972. Faktor individu yan akan dikaji ialah

keupayaan pemimpin dalam melaksanakan dasar luar negara dan ini berkenan

dengan pemimpin China iaitu Mao Zedong ketika permulaan era PRC di China.

Presiden Amerika Syarikat juga akan dikaji serta perubahan yang dilakukan setelah

melihat China mampu menjadi ancaman kepada Amerika Syarikat. Manakala, faktor

domestik dilihat dengan beberapa kumpulan yang mampu mempengaruhi

keputusan pemimpin. Kumpulan ini mungkin mampu mengubah keputusan

pemimpin seperti jeneral tentera, pelobi yang mengawal sumber ekonomi dan

sebagainya. Keadaan dunia yang terbahagi kepada dua blok juga memberikan

kesan kepada hubungan Amerika Syarikat-China dan China menjadi pengimbang

diantara dua blok ini di rantau Asia Pasifik yang membentuk struktur tripolar.

1.10.5 Bab 5: Kesimpulan

Dalam bab yang terakhir ini, kajian akan disimpulkan dengan proposisi kajian.

Persoalan kajian yang telah dijawab akan ditulis di bab ini dan analisis yang

dilakukan akan menjawab objektif kajian. Penulis akan menyimpulkan dengan

(29)

BAB 2

HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT- CHINA SEBELUM TAHUN 1972

2.0 China Dan Ideologi Komunis

China merupakan sebuah “Middle Kingdom” yang tidak pernah menjalinkan

persahabatan dengan negara lain. Namun, Dinasti Qing telah menjalinkan

hubungan diplomatik dengan Soviet Union melalui Perjanjian Nerchinsk.18

Hubungan China dan Soviet Union boleh dikatakan rapat dengan perkongsian ilmu

berkaitan komunis dan sosialis. Gregory Voitinsky dihantar ke China sebagai agen

Soviet Union untuk menyebarkan ideologi komunis dan ini mendapat perhatian

daripada Mao Zedong.19 Parti Komunis China telah ditubuhkan pada 1921 yang

menjadikan Mao Zedong dan Zhou Enlai merupakan ahli yang yang membantu Parti

Kuomintang menentang tuan tanah di China.

Komunis China ingin menwujudkan sebuah negara komunis yang

memberikan kepada golongan petani dan buruh dapat memiliki serta menjalankan

pertanian dan perindustrian tanpa halangan daripada mana-mana pihak.

Kuomintang mula menghapuskan komunis dan tidak bertindak menentang Jepun

yang telah menjajah Manchuria. Bagi Parti Kuomintang yang ketika itu, Chiang Kiak

Shek menganggap;

The Japanese are the disease of the skin, it can be cured. The Communists are disease of the soul, it affects whole body.

18 Higginson, M. S. Dobbs.1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne:

Longman Group.

19 Jiaming Zhu. 1991. A Chinese Exploration of Sino- Soviet Relations since the Death of Stalin

(30)

Chiang Kiak Shek terus menentang komunis tanpa mempedulikan penjajahan

Jepun. Mao telah bertindak positif untuk menentang Jepun tetapi memerlukan

orang untuk dijadikan tentera. Tindakan Chiang Kiak Shek dan Jepun telah

menyebabkan golongan petani dan buruh telah menyertai komunis kerana tidak

berpuas hati akibat ditindas. Mao Zedong telah berjaya menghalau Jepun dan

menggunakan Parti Komunis China untuk menentang Kuomintang melalui cara

strategi gerila. 20

2.1 PRC Atau ROC Bagi Amerika Syarikat

Parti Komunis China yang baru mendapat kekuatan selepas peperangan anti-Jepun

1937 sehingga 1945 dengan pengunduran Jepun dari China. Dengan kekuatan

yang baru ini, PKC dapat menentang Parti Kuomintang yang berada di bawah

kekuasaan Chiang Kiak Shek. Wakil Amerika Syarikat iaitu George Marshall telah

berunding dengan PKC namun gagal menyebabkan Perang Saudara tercetus pada

tahun 1947.21 Kuomintang yang berada dibawah jagaan Amerika Syarikat dari segi

ketenteraan dan bantuan ekonomi telah memberikan pertahanan penuh kepada ibu

kota China namun gagal mempertahankannya. Kuomintang tidak mendapat

sokongan rakyat akibat tindakan parti itu sendiri dalam mengurus tadbir China dan

gejala rasuah yang meningkat serta kekejaman yang dilakukan oleh pemerintah itu

sendiri.

Rakyat yang ditindas oleh Kuomintang dengan pelbagai kenaikan cukai

serta kewujudan polis rahsia yang mengawal sesiapa yang mengkritik kerajaan dan

polisi yang lebih menguntungkan orang kaya berbanding golongan bawahan.PKC

dapat menguasai China kerana sokongan daripada golongan buruh yang telah

diabaikan oleh Kuomintang dan merupakan bekas gerilla ketika menentang tentera

20 Benswalsh. (3rd ed). 2009. GSE Modern World History: Mao‟s China 1930-1967. London: Hodder

Education.

(31)

Jepun. Ketua PKC iaitu Mao Zedong telah bertindak untuk membebaskan tanah

China daripada pengaruh asing yang ditujukan kepada Amerika Syarikat yang telah

dibenarkan masuk oleh Kuomintang dan membina negara China yang baru dengan

menggunakan ideologi komunis.22 Kemenangan yang diperolehi oleh PKC yang

berada di bawah Mao Zedong dalam Perang Saudara di China menyebabkan

Amerika Syarikat terpaksa menjaga Taiwan yang juga dikenali sebagai Pulau

Famosa.

Amerika Syarikat bertindak mengawal tindakan Chiang Kiak Shek kerana

China mampu menang dengan bantuan Soviet Union. Sekiranya Amerika Syarikat

gagal mengawal Taiwan, China mungkin dapat menawan Taiwan dengan mudah

dan Amerika Syarikat kehilangan satu pangkalan tentera paling penting di Asia

Pasifik. Amerika Syarikat terus menyokong Taiwan walaupun memiliki kemampuan

untuk menjatuhkan PRC yang berada dibawah Mao Zedong. Namun, Amerika

Syarikat mengambil tindakan untuk mengawal Taiwan daripada terus bertelagah

dengan PRC.23 Washington masih memberikan pengiktirafan kepada kerajaan asal

China iaitu ROC dan ini menyebabkan kerajaan PRC yang baru di Tanah Besar

China tidak memiliki pengiktirafan. Malahan, ROC mendapat kerusi di United Nation

serta menjadi ahli dalam Security Council menyebabkan tiada negara yang

menyokong PRC ataupun melihat kepentingan PRC. PRC terpaksa diabaikan oleh

Amerika Syarikat, namun beberapa tindakan PRC terhadap peperangan yang

berlaku di Asia Pasifik menyebabkan Amerika Syarikat mengubah startegiknya

dalam mengawal China yang menyokong blok komunis.

22 Murphey, Rhoads. (6th Ed). 2009. A History of Asia .New Jersey: Pearson International Edition. 23 AKM. Khairul Islam. 2006. The Post Cold War U.S-China Relation: Win Win or Zero Sum. Asian

(32)

2.2 Perang Tercetus Dan Penglibatan China Di Asia Pasifik

Selepas tamatnya Perang Saudara di China pada tahun 1949 dengan kemenangan

Mao Zedong, Chiang Kiak Shek telah melarikan diri dan mewujudkan kerajaannya

sendiri di Taiwan. Mao Zedong menyatakan kepada dunia;

Ours will no longer be a nation subject to insult and humiliation. We have stood up. China has stood up.24

Penglibatan China dalam perang yang tercetus di Asia Pasifik telah menyebabkan

Amerika Syarikat terpaksa membuat keputusan yang China tidak boleh dibiarkan.

Keadaan ini akan mengugat kekuasaan Amerika Syarikat di Asia Pasifik

terutamanya di Jepun dan Taiwan.25

Tindakan China dengan menyokong Korea Utara serta menyokong tindakan

Soviet Union di Vietnam telah menyebabkan Amerika Syarikat tergugat. China

mungkin akan menguasai Asia Pasifik yang menjadi laluan perdagangan serta

pangkalan ketenteraan utama bagi Amerika Syarikat. Hal ini telah menyebabkan,

Amerika Syarikat bertindak dengan menyokong serta menghulurkan bantuan

kepada Korea Selatan dan Perancis yang berada di Vietnam ketika itu. Amerika

Syarikat juga bertindak menjaga Taiwan daripada serangan China serta

memastikan Taiwan tidak jatuh ke tangan China. Amerika Syarikat menandatangani

perjanjian pertahanan dengan tiga negara utama yang berada di rantau Asia Pasifik

iaitu Jepun, Taiwan dan Korea Selatan.26

24 Murphey, Rhoads. (6th Ed). 2009. A History of Asia .New Jersey: Pearson International Edition.

(Mao Speech)

25 Higginson, M. S. Dobbs.1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne:

Longman Group.

26 Yan Xuetong. 2010. The Instability of China-USA Relations. The Chinese Journal of International

(33)

2.2.1 Perang Korea 1950-1953

Perang Korea merupakan perang yang berlaku selepas Perang Saudara di China,

namun perang ini agak unik kerana ia berlaku dalam satu negara. Perang ini

melibatkan satu negara yang memiliki persamaan dari segi bahasa, penduduk dan

sebagainya. Korea telah dijajah oleh Jepun pada akhir abad ke 19 sehinggalah

tamat Perang Dunia Kedua 1945.27 Namun, selepas seminggu bebas daripada

Jepun, Korea terpaksa menghadapi Perang Dingin yang telah memisahkannya

kepada dua negara. Korea Utara dipihak oleh Soviet Union manakala Korea Selatan

diduduki oleh Amerika Syarikat. Kedua-duanya dipisahkan kepada garis lengkung

38 darjah utara dan memiliki dua ideologi yang berbeza.

Pentadbiran komunis di Korea Utara berada di Pyongyang manakala Seoul

menjadi pusat pengawalan Amerika Syarikat yang telah mendapat kebenaran

daripada Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Syngman Rhee telah menjadi Presiden

Korea Selatan yang menerima pendidikan Amerika manakala Kim II Sung telah

menjadi pemimpin komunis di Korea Utara, mereka menjadi boneka dalam

pentempuran Soviet Union dan Amerika Syarikat. Serangan Korea Utara pada 25

Jun 1950,28 jelas menunjukkan ingin mengambil semula Korea Selatan namun

Amerika Syarikat bertindak dengan menggunakan PBB sebagai perisai untuk

mempertahankan Korea Selatan.

PBB telah menghantar pasukan tentera untuk menyokong Korea Selatan

yang diketuai oleh Mac Arthur yang merupakan komander pangkalan ketenteraan

di Jepun. Tentera Korea Utara telah menyerang sehinggalah ke bandar Seoul

namun terpaksa berundur. Kekuatan tentera PBB dan juga tentera Korea Selatan

menyebabkan tentera Korea Utara berundur sehingga menghampiri sempadan

China iaitu Manchuria. Tindakan Mac Arthur yang memberikan arahan untuk

menyerang stesen kuasa, ketenteraan dan pusat industri yang berpotensi yang

(34)

memberikan bantuan kepada tentera Korea Utara di Manchuria.29 Keadaan ini

menyebabkan, China memberikan amaran untuk tidak menghampiri sempadannya

di Manchuria, namun Mac Arthur tetap menyerang kawasan tersebut.

Pada Oktober 1950, China memberi reaksi terhadap tindakan Mac Arthur

dengan menghantar pasukan tentera China melebihi satu juta orang. Tentera China

yang bergabung dengan tentera Korea Utara telah memasuki Korea Selatan

sehingga ke bandar Seoul. Kedua-dua negara tersebut mengalami kemusnahan

yang agak teruk sebanyak tiga kali akibat tindakan mereka sendiri.30 MacArthur

telah digantikan dengan Jeneral Matthew Ridgeway yang menjadikan garis

lengkung 38 darjah utara sebagai jalan untuk meyelamat keadaan. Hal ini kerana,

Amerika Syarikat menemui jalan buntu dan menyebabkan sebuah gencatan senjata

dilaksanakan diantara kedua-dua pihak. Sempadan yang asal digunakan dan

pembahagian Korea telah ditetapkan kepada garis lengkung 38 darjah utara.

Pembahagian ini merupakan unik kerana Korea Selatan memiliki tanah yang subur

dan sesuai untuk pertanian manakala Korea Utara memiliki kawasan yang kaya

dengan bahan mineral seperti gas asli dan uranium.31

Kadar kematian dan kerugian kedua-dua pihak melebih 5 kali ganda,

namun pembangunan senjata dan ketenteraan tetap diteruskan. China menjadi

“Big Brother” kepada Korea Utara akibat tindakan Amerika Syarikat sendiri.

Manakala, Soviet Union menyokong tindakan China yang memberikan sokongan

kepada Korea Utara malahan mengkritik tindakan Amerika Syarikat yang

menjadikan Taiwan salah satu anggota Majlis Keselamatan yang tetap dalam PBB.

Perang Korea ini telah menyedarkan Amerika Syarikat bahawa China tetap menjadi

negara komunis dan akan mempengaruhi Asia Pasifik sekiranya Amerika Syarikat

berdegil untuk menjatuhkan komunis.

(35)

2.2.2 Krisis Selat Taiwan I 1954-1955

Selepas Perang Korea tamat, China telah melancarkan serangan ke atas Taiwan

yang ketika itu berada dibawah pemerintahan Chiang Kiak Shek. Hal ini kerana

kenyataan Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Truman yang melihat

pertikaian diantara ROC dan PRC tidak melibatkan Amerika Syarikat.32 Kenyataan

ini dikeluarkan sebelum Perang Korea tercetus dan Amerika Syarikat belum melihat

reaksi China. China telah menyerang Matsu dan Quemay yang merupakan pulau

yang berdekatan Taiwan. Chiang Kiak Shek telah meletakkan tentera serta senjata

di pulau - pulau tersebut malahan mendapat sokongan daripada Washington

dengan adanya pertahanan senjata. Taiwan ketika itu berada dibawah jagaan

Washington kerana dasar pembendungan yang dilaksanakan oleh Truman.

Serangan demi serangan dilakukan oleh China yang diketuai oleh Perdana Menteri

China, Zhou Enlai. Bagi beliau, Taiwan harus dibebaskan daripada imperialisme

Barat iaitu Amerika Syarikat yang menyediakan perlindungan kepada kerajaan

ROC.33

Pertukaran Presiden Amerika Syarikat daripada Truman kepada Eishower

yang menjadikan krisis Taiwan menjadi semakin serius. Eisenhower sedaya upaya

memastikan tiada penglibatan tentera Amerika Syarikat mahupun penggunaan

senjata yang dahsyat. Akhirnya, Kongres Amerika Syarikat telah memberikan

isyarat kepada Eisenhower untuk mempertahankan Taiwan serta memastikan

Taiwan tidak terjejas. China dapat menduduki kepulauan berdekatan Taiwan, hal

ini kerana pertahanan Amerika Syarikat hanya di pesisran Taiwan bukan dikawasan

kepulauan yang berdekatan dengan Tanah Besar China. Perjanjian pertahanan

ditandatangani diantara Taiwan dan Washington pada tahun 1955, keadaan ini

telah menyebabkan China buat sementara waktu menghentikan serangan terhadap

kepulauan yang berdekatan Taiwan.

32 Tucher.,N.B. 2005. Dangerous Strait: the U.S-Taiwan-China Crisis. Wiley: Columbian University

Press.

33 Tsang., S.2006. If China Attacks Taiwan: Military Strategy, Politics and Economic. New York:

(36)

2.2.3 Perang Vietnam I 1946-1954

Penguasaan Jepun di Vietnam 1940 telah menyebabkan Perancis kehilangan kuasa.

Ho Chi Minh mengambil alih kuasa kerajaan dan menuntut kemerdekaan

Democratic Republic of Vietnam selepas pengunduran Jepun dari Vietnam. Pada

tahun 1944 sehingga 1945, kawasan utara Vietnam telah menjadi kawasan kuat

komunis.

Kerajaan Ho Chi Minh mengawal keseluruhan kawasan di utara dan cuba

menngambil alih kawasan selatan Vietnam.34 Namun, Ho menghadapi masalah

untuk mendapatkan sokongan untuk Parti Komunis kerana tentangan daripada

golongan kaya dan berpendidikan walaupun mendapat sokongan daripada

golongan buruh serta rakyat yang miskin. Akhirnya, Ho menukar partinya kepada

Viet Minh dan kerajaan di Hanoi kepada bukan komunis. Sementara itu, Perancis

kembali ke Saigon dengan tentera British dan Amerika Syarikat pada tahun 1945

dan menguasai hampir keseluruhan kawasan selatan Vietnam. Rundingan

dilaksanakan untuk mengelakkan ramai yang mati tetapi menghadapi masalah

apabila Perancis enggan memberikan kemerdekaan yang dituntut oleh Ho dalam

syarat-syarat rundingan. Ho dan pihak Perancis cuba berbincang namun ia

mengambil masa yang lama dan menemui jalan buntu. Akhirnya, pada tahun 1946

Perancis mengebom pelabuhan Haiphong35 di Hanoi dan mengerakkan pasukan

tentera ke utara Vietnam tetapi Perancis memerlukan bantuan ketenteraan

daripada Amerika Syarikat.

Perang Dingin telah memberikan tekanan kepada Amerika Syarikat untuk

bangun menentang komunis dan Perancis merupakan sekutu yang berguna untuk

menentang komunis. Amerika Syarikat sedar bahawa kolonialisme hampir tamat di

semua negara di Asia dan Vietnam merupakan negara yang ingin mendapatkan

34 Islam, AKM. Khairul.2006. The Post Cold War U.S-China Relation: Win Win or Zero Sum. Asian

Affairs. 28 (2): hal 24-54.

(37)

kemerdekaan daripada penjajah.36 Namun, Amerika Syarikat tetap membantu

Perancis untuk menguasai setiap bandar di Vietnam pada tahun 1947. Dengan

bantuan yang dihulurkan menyebabkan Ho terpaksa mencari cara baru untuk

menentang Perancis dan tentera Amerika yang memiliki kelengkapan ketenteraan

yang hebat dan keadaan ini berbeza daripada Vietnam.

Penglibatan China dalam Perang Vietnam ini sangat “special” kerana Viet

Minh telah menggunakan buku Chinese Communist untuk menentang Perancis. Viet

Minh menggunakan teknik gerila China untuk menentang musuh yang kuat dan

berteknologi.37 Cara yang digunakan untuk menentang Perancis ialah bawa musuh

ke kawasan luar bandar, menyerang pada waktu malam dan mengganggu kawasan

yang penting untuk pengangkutan serta cuba mendapatkan sokongan daripada

golongan rakyat untuk bangun menentang musuh. China telah menggunakan

pendekatan ini ketika untuk melawan Jepun.38 Selepas tahun 1949, China

menghantar bantuan ekonomi, perubatan dan ketenteraan kepada Viet Minh.

Kesilapan taktik peperangan oleh Perancis menyebabkan mereka dikalahkan oleh

tentera Viet Minh yang diketuai oleh Jeneral Giap.39 Pada tahun 1954, China dan

semua negara di Barat menghadiri Konference Geneva serta penarikan diri oleh

Perancis dari Vietnam menjadi isu ketika itu. Akhirnya, Vietnam dibahagikan kepada

utara dan selatan dengan 17 darjah selari. Vietnam telah dijanjikan untuk

mengadakan piliharaya dan kerajaan sementara yang perintah Vietnam ialah Diem

Bien Phu.40

36 Higginson, M. S. Dobbs.1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne:

Longman Group.

38 Connors, Michael.K. et al. The New Global Politics of the Asia Pacific. New York: Routledge Curzon. 39S. Ross, Robert.1995.East Asia in Transition: Toward A New Regional Order. New York: M. E.

Sharpe, Inc.

40 Jiaming Zhu. 1991. A Chinese Exploration of Sino- Soviet Relations since the Death of Stalin

(38)

Walaupun penglibatan China agak terhad, namun startegi gerila yang digunakan

oleh China menentang Jepun telah membantu Vietnam untuk menentang Perancis

dan tentera Amerika Syarikat. Keadaan ini menjelaskan, komunis China telah

menjadikan separuh Vietnam menjadi komunis walaupun Ho Chi Minh telah

menukarkan kerajaannya kepada bukan komunis. Cara pertempuran yang

digunakan oleh Vietnam telah menyebabkan Perancis berputus asa untuk

bertempur, namun tidak bagi Amerika Syarikat yang sedaya upaya mencantas

penyebaran komunis di selatan Vietnam. Vietnam Selatan telah dimasukkan dalam

organisasi SEATO bersama dengan Great Britain dan Perancis serta beberapa buah

negara di Asia.

2.2.4 Krisis Selat Taiwan II 1958

China mula melakukan serangan keatas Taiwan tetapi kali ini Amerika Syarikat

telah membekalkan senjata yang hebat. Amerika Syarikat memberikan Taiwan

senjata seperti jet udara dan juga mengubahsuai senjata yang sedia ada oleh

Taiwan. Pertelagahan diantara PRC serta ROC juga berlaku di Quemay dan Matsu.

Di kepulauan ini, “duel” peluru berpandu berlaku sehinggalah Eisenhower

mengeluarkan kenyataan untuk menggunakan bom atom ataupun senjata nuklear

terhadap “Red Giant” sekiranya terus melakukan serangan terhadap Taiwan.

Keadaan ini telah menyedarkan Mao Zedong, bahawa senjata nuklear memainkan

peranan penting untuk menjamin keselamatan negaranya sendiri. Mao ingin China

memiliki senjata nuklear akibat beberapa faktor 41;

 Mac Arthur pernah mencabar China untuk menggunakan bom atom ketika

Perang Korea.

 John F. Dulles juga mengancam untuk menggunakan senjata nuklear ketika

Krisis Selat Taiwan I.

41 Shirk, S. 2007. China: Fragile Superpower: How China‟s Internal Politics could Derail its Peaceful

(39)

 Soviet Union mula bersikap dingin terhadap projek nuklear China-Soviet

Union dan mula menjalinkan hubungan keamanan dengan Amerika Syarikat.

 Eisenhower juga menggunakan senjata nuklear sebagai alat untuk

mengelakkan China terus menyerang Taiwan ketika Krisis Taiwan II.

2.3 Kematian Stalin Serta Kesannya Kepada Hubungan China Dan Soviet Union

Persahabatan di antara China dan Soviet Union boleh dikatakan mempunyai agenda

masing-masing. Keadaan ini boleh dikatakan “superficial friendship” ataupun

hubungan yang tidak rapat diantara China dan Soviet Union. Walaupun China dan

Soviet Union mempunyai hubungan diplomatik selama tiga puluh tahun, namun

hubungan ini tidak stabil. Hal ini kerana, terdapat perubahan dalam pentadbiran

Soviet Union yang tidak begitu disukai oleh China dan ditambah kematian Stalin

pada Mac 1958.42

Soviet Union menjalinkan persahabatan dengan China kerana ingin

menjadikan China platform penyebaran ideologi komunis serta mengekalkan posisi

Soviet Union sebagai “ibu” komunis. Manakala, China melihat persahabatannya

dengan Soviet Union akan membangunkan ekonomi serta dapat berkongsi

teknologi yang canggih. Namun, China mengalami kerugian besar akibat

pembangunan ekonomi yang terlampau drastik serta memiliki struktur ekonomi

yang berbeza dengan Soviet Union.

Pada tahun 1958, Mao Zedong cuba mengubah ekonomi China dengan

menggunakan model Soviet Union untuk mewujudkan masyarakat baru di China.

Segala harta persendirian dihapuskan dan semua agensi kerajaan serta swasta

dijalankan secara bersama tanpa wujud perbezaan.43 Pembahagian kampung atau

42 Higginson, M. S. Dobbs.1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne:

Longman Group.

(40)

membuat “team” seperti team pemasaran, team penghasilan dan juga ketua untuk

setiap team tersebut. Masyrakat dilibatkan dalam pembaharuan ini 100% untuk

membangunkan ekonomi China. Mao Zedong juga telah mewujudkan syarikat

usahawan seperti perkilangan, birokrasi dan pejabat untuk masyarakat di bandar.44

Mao Zedong juga telah menyatakan tahun 1958 merupakan tahun lompatan yang

besar bagi ekonomi China.45 China akan mampu mengatasi kemampuan industri

Great Britain. Mao telah berusaha membangunkan sistem pertanian tertentu untuk

menghasilkan barangan bermutu tetapi Mao telah mengabaikan sumber bahan

mentah yang merupakan sumber penting bagi membangunkan China. Kesilapan

Mao telah menyebabkan ekonomi China mengalami masalah yang serius. Pada

tahun 1959, ekonomi China jatuh dan menyebabkan negara huru-hara akibat

golongan pekerja yang tidak berpuas hati.

Golongan pekerja tidak berpuas hati kerana keghairahan Mao Zedong

terhadap pembangunan yang tidak realistik serta pembahagian yang tidak

berkesan. Sektor pertanian diabaikan ataupun boleh dikatakan permindahan

pekerja dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian secara besar-besaran.

Keadaan ini telah menyebabkan, kekurangan makanan dan kebuluran melanda di

seluruh kawasan China. Lebih 30 juta rakyat China mati akibat kekurangan

makanan dan nutrisi. Perubahan ekonomi yang ingin dilaksanakan Mao telah

menyebabkan masalah kebuluran yang paling teruk dalam sejarah dunia telah

berlaku.46 Polisi radikal Mao telah memberi impak kepada rakyatnya sendiri dan

model ekonomi Soviet Union tidak sesuai dengan ekonomi China.

Manakala Soviet Union melihat China harus dijadikan sekutunya untuk

mendapatkan sokongan negara lain seperti mana yang berlaku kepada Amerika

44 Jiaming Zhu. 1991. A Chinese Exploration of Sino- Soviet Relations since the Death of Stalin

1953-1989. Thesis Degree of Doctor. London: Faculty of Social Science, University Glasgow.

45 Murphey, Rhoads. (6th ed). 2009. A History of Asia. New Jersey: Pearson International Edition. 46 Higginson, M. S. Dobbs.1993. Asia Pacific: It‟s Role in the New World Disorder. Melbourne:

(41)

Syarikat. Soviet Union dan Amerika Syarikat dapat menguasai politik dunia kerana

mendapat sokongan daripada negara-negara lain.47 Soviet Union mula kehilangan

taring apabila Amerika Syarikat memiliki ramai pengikut blok kapitalis, hal ini telah

menyebabkan Soviet Union terpaksa mencari jalan supaya pengikutnya seri dengan

pengikut Amerika Syarikat. Jadi dengan penyertaan China dalam blok komunis akan

menjadikan blok komunis lagi hebat daripada blok kapitalis.

Kemasukan China dalam blok komunis menjadikan kekuatan Soviet Union

dua kali ganda besar berbanding Amerika Syarikat.48 Persahabatan Mao Zedong

dan Stalin dieratkan dengan kerjasama dan pelan tertentu yang memberikan

kebaikan kepada China. Namun, selepas kematian Stalin pada tahun 1954,

hubungan China dan Soviet Union mengalami keretakan. Satu muka baru telah

dibuka yang menjadikan hubungan China dan Soviet Union retak akibat Nikita

Khrushchev yang menjadi pemimpin Soviet Union selepas kematian Stalin. Nikita

Khrushchev telah mengkritik tindakan Mao Zedong dan menghalang garisan pantai

China dalam laporan luar negara yang menyebabkan Mao Zedong tidak menyukai

Krushchev. Malahan, perubahan yang dilaksanakan oleh Krushchev dalam ideologi

komunis tidak disukai oleh Mao Zedong. 49

Parti Komunis Soviet Union mengalami perubahan selepas kematian Stalin

dari sosialis kepada kapitalis dan Mao Zedong tidak menyetujui tindakan Krushchev

kerana komunis berasal daripada Marxist-Lenin. Krushchev juga mengkrtik tindakan

Mao Zedong dan Stalin yang agak terlampau komunis yang telah menggangu

pembangunan ekonomi negara. Hal ini kerana, Soviet Union pada ketika itu boleh

dikatakan cuba menwujudkan polisi yang aman terhadap Amerika Syarikat dan Mao

Zedong tidak mengerti tindakan Krushchev yang berlainan pada tahun 1957. Polisi

keharmonian diantara Amerika Syarikat dan Soviet Union tidak disukai oleh Mao

Referensi

Dokumen terkait

* Analisis Diskriminan mirip dengan Analisis regresi, tapi memiliki kelebihan yaitu kemampuan memilih variabel independen mana yang secara nyata memengaruhi dan mana yang

Sedangkan penderita kusta tipe ENL yang mengalami stress juga terjadi penurunan, yaitu sesudah pemberian ceramah spiritual (Islam) sebanyak 8 orang (80%) tingkat stress

Jurnal ini fokus membahas dua permasalahan mengenai urgensi reformulasi Pasal 7 ayat (2) huruf (a) Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2012 tentang Sistem Peradilan

Penelitian tindakan kelas yang dilakukan dalam 2 siklus dimana masing- masing siklus dilaksanakan sebanyak 4 (empat) pertemuan. Hasil penelitian menunjukkan bahwa a)

Bab ini memuat analisis data yang telah dikumpulkan sebagai jawaban dari permasalahan yang diteliti yaitu implementasi rescheduling, reconditioning, dan

Berdasarkan uraian di atas yang telah dipaparkan, tujuan penelitian ini adalah untuk menjelaskan: 1) pengaruh kreativitas belajar terhadap prestasi belajar produk kreatif

Kapolres Damanik datang dan berusaha menenangkan peserta aksi. Dengan kata­kata yang 

(2) Percobaan padat {hidrostatic test) sebagaimana dimaksud pada ayat (1) huruf h, tekanan uji 1,5 kali dari tekanan kerja yang diperbolehkan atau tekanan desain atau tercantum