• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fasa Pertama Hubungan Amerika Syarikat China (1971-1979)

Dalam dokumen HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT CHINA SEBELUM (Halaman 53-56)

HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT CHINA SELEPAS TAHUN

3.1 Hubungan Amerika Syarikat – China

3.1.1 Fasa Pertama Hubungan Amerika Syarikat China (1971-1979)

Lawatan Nixon ke China telah disambut tanpa kemeriahan oleh Zhou Enlai. Namun lawatan ini belum dengan rasminya mengiktiraf hubungan diplomatik Amerika Syarikat dengan China. Amerika Syarikat dan China pernah berperang di Korea serta Amerika Syarikat masih berkawan baik dengan musuh China iaitu Chiang Kiak Shek di Taiwan manakala, China masih menghulurkan bantuan kepada musuh Amerika Syarikat di Vietnam.76 Nixon dan Zhou Enlai tidak pernah melupakan peperangan melibatkan Amerika Syarikat dan China begitu sahaja tetapi sedar bahawa kerjasama merupakan kunci untuk menjaga kepentingan masing-masing. Kerjasama diantara Amerika Syarikat dan China boleh menjamin pembangunan ekonomi serta peningkatan perdagangan diantara dua negara tersebut. Nixon kagum dengan Zhou Enlai yang boleh dikatakan rajin membaca buku dan melalui pemerhatian Nixon, Zhou Enlai bukanlah calang-calang orangnya. Beliau dapat menutur Mandarin serta bahasa lain dengan lebih baik seperti Inggeris, Perancis, Rusia dan Jepun. Nixon juga menyatakan, Zhou lebih tenang orangnya berbanding diplomat Soviet Union yang sukar untuk dibawa runding. Sebelum lawatan Nixon,

Amerika Syarikat menganggap masyarakat “Red China” sombong, suka berperang,

76 Ross, S. Robert. 1993. China, the United States and the Soviet Union: Tripolarity and Policy Making

tidak dapat dipercayai dan licik tetapi mula berubah kepada rajin, bijak pandai, progesif serta kuat ingatan. 77

Nixon telah menyatakan kepada China bahawa tentera Amerika Syarikat tetap akan berpangkalan di Asia Pasifik. China juga bertegas akan mempertahankan negara-negara kecil daripada ditindas oleh negara besar dan ini menjelaskan semua pasukan luar harus keluar dari Asia terutamanya Vietnam. Manakala, isu Taiwan Amerika Syarikat bertegas tidak akan melepaskan kawalannya tetapi akan mengiktiraf kerajaan China di Tanah Besar bukan kerajaan di Taiwan. Taiwan dan China harus melaksanakan rundingan sendiri untuk menyelesaikan konflik di antara dua entiti tersebut. Washington dan Beijing bersetuju dengan segala syarat-syarat tersebut dan akhirnya China mendapat pengiktirafan diplomasi di Shanghai oleh Amerika Syarikat pada 28 Februari 1972

yang digelar “Shanghai Joint Communique”.78

Selepas melawat China, Nixon melawat Moscow sebagai tanda bahawa pengiktirafan yang diberikan China bukanlah untuk menentang Soviet Union tetapi cuba mewujudkan hubungan berbaik-baik dengan kedua-dua negara tersebut.

Nixon mewujudkan “de‟tente” mengurangkan ketegangan dengan Soviet Union. De‟tente bermaksud untuk mengurangkan tekanan antarabangsa dan cuba

menyokong kepimpinan Amerika Syarikat dalam politik dunia. Ia sepatutnya

membawa kepada “equilibrium” ataupun keseimbangan kuasa di antara Soviet Union, China dan Amerika Syarikat. Nixon menyatakan;

If we have stronger, healthy United States, Europe,Soviet Union, Japan and China, each balancing the other, not playing one against the other, an even balance 79

77 Benswalsh. (3rd ed). 2009. GSE Modern World History: Mao‟s China 1930-1967. London: Hodder

Education.

78 Gordon, Bernard, K.1982.The Dimension of Conflict in Southeast Asia. New Jersey: Prentice Hall. 79American History .http://www.history.wadsworth.com. Akses 14 Januari 2013.

Walaupun China tidak begitu membantu dalam kes Vietnam, sekurang-kurangnya bagi isu Taiwan China dapat menanganinya dalam keadaan tenang.80 Perdagangan

“Red Giant” dengan Amerika Syarikat pada tahun 1973 sangat memberangsangkan.

Syarikat-syarikat besar seperti Boeing, Radio Corporation of America dan Mosanto Chemical menandatangani kontrak ekonomi dengan China. Lebih $700 juta pada tahun tersebut. Pertukaran kebudayaan dan pelancongan diantara China dan

Amerika Syarikat juga menjadi lebih rapat, “Liasion Office” iaitu kedutaan mini yang

menjadi tulang belakang dalam hubungan kebudayaan ini. Malahan, hubungan Jepun dengan PRC China bertambah baik dan kedua-dua negara itu menandatangani “Treaty of Peace and Friendship” pada tahun 1978.81

Manakala, hubungan Amerika Syarikat dengan Soviet Union diaplikasikan dengan SALT I. Moscow bersetuju dengan dua syarat iaitu mengehadkan pembangunan ABM diantara dua negara tersebut. Pembekuan terhadap pembangunan ICBM dan SALT I ini banyak menghadkan pembekuan senjata yang masih dalam proses penyelidkan ataupun dalam proses pembangunan tetapi tidak menghalang pembuatan senjata baru ataupun memperbaharui pengangkutan ketenteraan. SALT I ini boleh dikatakan agak lambat kerana Soviet Union sudah memiliki senjata dan senjata nuklear tidak begitu mengambil tempat dalam SALT I.82 Manakala pengganti Nixon iaitu Gerald Ford tidak begitu untuk meneruskan SALT ini malahan cuba tidak terlibat dalam SALT II. Hubungan Amerika Syarikat dengan Soviet Union mula bergoyah apabila terdapat banyak isu di negara Asia Barat. Hubungan ini begitu formal sehinggalah isu Watergate dan perletakan jawatan Nixon sebagai Presiden Amerika Syarikat. Nixon digantikan dengan Gerald Ford dan diambil alih oleh Jimmy Carter pada tahun 1977.

80 Manning, R.A &Stern,.P.1994. The Myth of the Pacific Century. Foreign Affairs.73:79-93. 81China Relations .http://www.chaos.umd.edu/history/prc. Akses 13 Januari 2013.

Taiwan masih dalam jagaan Amerika Syarikat dan kedua-dua negara itu

telah menandatangani “Taiwan Relation Act ” pada tahun 1978.83 Perjanjian ini

berkaitan pertahanan Taiwan serta peralihan pengiktirfan Amerika Syarikat dari Republic of China kepada People Republic of China. Deng Xiao Peng melawat Amerika Syarikat dan Jepun selepas kematian Mao Zedong sebagai Presiden China. China memberikan respon kepada tindakan Vietnam yang menyerang Kemboja dengan menyerang kawasan utara Vietnam. Vietnam telah menyebabkan hubungan Soviet Union dengan China menjadi keruh. Vietnam menyerang Kemboja

kerana Soviet Union berada di belakangnya dengan menandatangani “Friendship

Treaty” pada Jun 1978. Fasa pertama ini telah meperlihatkan hubungan Amerika

Syarikat dan China menjadi baik manakala ketegangan hubungan China dan Soviet Union mula timbul.84

Dalam dokumen HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT CHINA SEBELUM (Halaman 53-56)

Dokumen terkait