• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendidikan Agama Islam di SD berfungsi untuk: (a) menanamkan nilai ajaran Islam sebagai pedoman b a g i mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, (b) Pengembangan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT serta b e r akhlak mulia para pelajar semaksimum mungkin, yang telah ditanamkan t e r lebih dahulu dalam lingkungan keluarga, (c) Penyesuaian mental pelajar terhadap lingkungan fizikal dan sosial melalui pendidikan agama Islam, (d) Perbaikan kesalahan-kesalahan, kelemahan-kelemahan pelajar dalam keyakinan, pengamalan ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian, (e) Pencegahan pelajar daripada perkara-perkara negatif budaya asing yang akan dihadapinya seharian, (f) Pengajaran tentang ilmu pengetahuan keagamaan secara umum (alam nyata dan tidak nyata), sistem dan fungsinya, (g) Penyaluran pelajar untuk mendalami pendidikan agama kepada institusi pendidikan yang lebih tinggi.52

Pada hakikatnya, pendidikan Islam adalah suatu proses yang berlangsung secara terus menerus dan berkesinambungan. Berdasarkan hal ini, maka fungsi yang perlu dijalankan oleh pendidikan agama Islam adalah pendidikan manusia sepenuhnya dan berlangsung sepanjang hayat. Konsep ini bermakna bahawa fungsi pendidikan mempunyai sasaran kepada pelajar yang sentiasa wujud dan berkembang secara menyeluruh mulai sejak dari kandungan sampai keakhir hayatnya.

52 Kementerian Pendidikan nasoinal Indonesia (2003). Standar Pendidikan Agama Islam di Sekolah Dasar/ Madrasah

Secara umumnya, fungsi pendidikan Islam adalah membimbing dan mengarahkan pembinaan dan perkembangan pelajar dari satu tahap ke tahap dalam kehidupannya sehingga mencapai titik kemampuan yang maksimum dan menyediakan kemudahan yang dapat memungkinkan tugas pendidikan berjalan dengan lancar.53

Pengkajian di atas, dapat difahami bahawa, fungsi pendidikan Islam setidaknya dapat dilihat dari tiga pendekatan. Ketiga-tiga pendekatan tersebut ialah pendidikan Islam sebagai pengembangan potensi, proses pewarisan budaya, serta interaksi antara potensi dan budaya. Sebagai pengembangan potensi, tugas pendidikan Islam adalah menemukan dan mengembangkan kemampuan asas yang dimiliki pelajar sehingga dapat diaplikasikan didalam kehidupannya sehari-hari.54

Sementara sebagai pewarisan budaya pula, tugas pendidikan Islam adalah sebagai alat permindahan unsur-unsur asas budaya dari satu generasi ke generasi berikutnya, sehingga identiti umat tetap terpelihara dan terjamin dalam peredaran zaman. Adapun sebagai interaksi antara potensi dan budaya, tugas pendidikan Islam adalah sebagai proses permindahan antara manusia dan lingkungannya. Dengan proses ini, pelajar (manusia) akan dapat menciptakan dan mengembangkan keterampilan-keterampilan yang diperlukan untuk mengubah atau memperbaiki keadaan-keadaan kemanusian dalam lingkungannya.55

Pendidikan agama Islam di sekolah umum haruslah berperanan sebagai penyokong tujuan umum pendidikan nasional yang tidak lain bertujuan umum

53 M. Arifin, Filsafat Pendidikan Islam, h. 33-34.

54 Hasan Langgulung, Pendidikan Islam Menghadapi Abad Ke-21, h. 57.

55

pendidikan Nasional secara jelas dan disebutkan di dalam rumusan Undang-Undang Sistem Pendidikan Nasional Indonesia Bernombor 20 tahun 2003 Bab II fasal 3 tentang fungsi dan tujuan pendidikan Nasional sebagaimana yang disebutkan terlebih dahulu.

Sebagai rumusan fungsi pendidikan nasional yang juga merupakan tujuan pendidikan agama Islam, maka pendidikan agama Islam harus berperanan sebagai berikut:

1. Membentuk perlakuan serta peradaban bangsa dalam rangka membangun seteguhnya untuk masyarakat Indonesia keseluruhannya, maka pendidikan agama berfungsi sebagai berikut:

a. Dalam aspek individu adalah bagi membentuk manusia yang beriman bertakwa kepada tuhan yang maha Esa dan berakhlak mulia.

b. Dalam aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara adalah untuk: 1) Melestarikan PANCASILA dan melaksanakan UUD 1945.

2) Melestarikan asas pembangunan nasional, iaitu kehidupan dalam mencapai keseimbangan.

3) Melestarikan modal dasar pembangunan nasional, iaitu aspek rohaniah dan mental merupakan peningkatan iman, ketakwaan, terhadap tuhan yang Maha Esa dan juga berakhlak mulia.

4) Membimbing warga Negara Indonesia menjadi warga yang baik sekaligus melahirkan umat yang menlaksanakan ibadahnya.

Menurut Amir Faisol56 mengatakan bahawa, usaha pendidikan Islam berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

1. Pembinaan ketaqwaan dan akhlaqulkarimah yang diterangkan dalam pembinaan kecekapan berdasarkan enam aspek keiman, kelima aspek keIslaman dan multi aspek keihsanan.

2. Meningkatkan kecerdasan dan kemampuan pelajar.

3. Memajukan ilmu pengetahuan dan teknologi beserta manfaat dan aplikasinya. 4. Meningkatkan kualiti kehidupan.

5. Memelihara, mengembangkan dan meningkatkan kebudayaan dan lingkungan.

6. Memperluaskan pandangan hidup sebagai manusia yang komunikatif terhadap keluarganya, masyarakatnya, bangsanya, sesama manusia dan makhluk selainnya.

Disinilah terletaknya fungsi yang dilaksanakan dalam pendidikan agama sebagai strategi pembangunan pendidikan dalam pembangunan manusia seutuhnya. Manusia yang bertakwa bermaksud menjadi manusia yang selalu taat dan tunduk terhadap perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT, dan menjauhi segala larangannya. Manusia yang beriman adalah manusia yang mampu mengembangkan seiring sikap dan memiliki perlakuan dan mendekati sifat-sifat Allah, mengikuti petunjuk Allah serta menerima bisikan hati serta petunjuk yang baik. Manusia bertakwa adalah manusia yang secara keseluruhan menghayati dan mengamalkan ajaran agamanya dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam kehidupan peribadi mahupun dalam kehidupan bermasyarakat. Menghayati dan mengamalkan agama itu juga dibina dan amat dituntut mungkin melalui proses pendidikan yang juga

56

diperanankan oleh pendidikan agama. Dalam hubungan ini pendidikan agama berfungsi sebagai usaha membina kehidupan beragama melalui pendidikan. Berakhlak mulia, sihat, berilmu, cekap, kreatif dan berdikari maksudnya adalah sikap utuh dan seimbang antara kekuatan intelektual dan kekuatan rohani yang secara langsung dimanifestasikan dalam bentuk akhlak mulia.

Menjadi warga Negara yang demokrasi serta bertanggungjawab maksudnya adalah kewujudan daripada iman dan takwa itu diterjemahkan di dalam bentuk kecintaan terhadap tanah air.57

Secara tahapnya, pendidikan Islam menuntut kepada adanya struktur organisasi yang mengatur jalan kepada proses pendidikan, baik pada cabang melintang mahupun menegak dan ia mengandungi implikasi bahawa proses pendidikan yang dijalankan hendaklah dapat memenuhi keperluan dan mengikuti perkembangan zaman yang terus berkembang. Untuk itu, diperlukan kerjasama pelbagai cara dan jenis pendidikan mulai dari sistem pendidikan sekolah mahupun pendidikan luar sekolah.

Bila dilihat secara perlaksanaannya, fungsi pendidikan dapat dilihat dari dua bentuk iaitu:

1. Alat untuk memelihara, memperluas, dan menghubungkan tahap-tahap kebudayaan, nilai-nilai tradisi dan sosial, serta idea-idea masyarakat dan nasional.

2. Alat untuk mengadakan perubahan, inovasi, dan perkembangan. Pada landasan utamanya, usaha ini dilakukan melalui potensi ilmu pengetahuan

57

dan kemahiran yang dimiliki, serta melatih tenaga-tenaga manusia (pelajar) yang produktif dalam menemukan perimbangan perubahan sosial dan ekonomi yang demikian dinamis.58

Sebagaimana pada Undang-undang Bernombor 20 tahun 2003 fasal 30 perenggan 2, menyatakan : “Pendidikan Keagamaan berfungsi mempersiapkan pelajar menjadi anggota masyarakat yang memahami dan mengamalkan nilai-nilai ajaran agamanya dan / atau menjadi ahli ilmu agama”59

Seterusnya di dalam menunujukkan pelaksanaan pendidikan Agama Islam di Sekolah Dasar, dijelaskan lebih terperinci sebagaimana yang berikut:

1. Perkembangan iaitu meningkatkan keimanan dan ketakwaan pelajar kepada Allah SWT.

2. Penyaluran iaitu menyalurkan pelajar yang memiliki bakat khusus dibidang agama agar bakat tersebut berkembang secara maksimum sehingga dapat dimanfaatkan untuk dirinya sendiri dan juga kepada orang lain.

3. Pembaikan iaitu memperbaiki kesalahan-kesalahan, kekurangan-kekurangan dan kelemahan-kelemahan pelajar dalam keyakinan, pemahaman dan pengamalan ajaran agama Islam dalam kehidupan sehari-sehari.

4. Pencegahan iaitu untuk menghalang perkara-perkara negatif dari lingkungan atau dari budaya asing yang dapat membahayakan dirinya dan merencatkan perkembangannya menuju kepada rakyat Indonesia seutuhnya.

5. Penyesuaian iaitu menyesuaikan diri dengan lingkungannya baik dari segi lingkungan fizikal mahupun sosial sesuai dengan tuntutan Islam.

58 Rama Yulis (1990), Metodologi Pengajaran Agama Islam, Jakarta: Kalam Mulia, h. 19-20.

59

6. Sumber nilai iaitu memberikan pedoman hidup untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

7. Pengajaran iaitu menyampaikan fungsi pengetahuan keagamaan.60

2.6 Kaedah Pembelajaran Pendidikan Agama Islam