Sebelum melihat kepada bentuk kurikulum sekolah dasar yang ada pada Sekolah Dasar Islam Terpadu Al-Azhar Jambi terlebih dahulu perlu diketahui bahawa pengertian kurikulum itu sendiri. Secara definisinya, kurikulum berasal dari bahasa Yunani, iaitu curir yang bermaksud pelari dan curere yang bermaksud jarak yang ditempuh oleh pelari. Istilah ini pada mulanya digunakan dalam dunia olah raga yang bermaksud “a little rarecourse” (suatu jarak yang harus ditempuh dalam pertandingan olahraga”. Berdasarkan pengertian ini, dalam konteksnya dengan dunia pendidikan, memberikan pengertian sebagai “circle of instruction” iaitu suatu lingkaran pengajaran dimana guru dan murid terlibat di dalamnya. Sementara pendapat yang mengatakan bahawa kurikulum ialah arena pertandingan tempat pelajar untuk menguasai pelajaran bagi mencapai garis penamat iaitu diploma, ijazah atau kesarjanaan.
Dalam perkataan Arab, istilah kurikulum dikenali dengan perkataan manhaj yang bermaksud jalan yang terang atau jalan terang yang dilalui oleh manusia dalam pelbagai bidang kehidupannya. Apabila pengertian ini dikaitkan dengan pendidikan, maka manhaj atau kurikulum bermaksud jalan yang terang yang dilalui pendidik atau guru dengan orang-orang yang dididik atau dilatihnya untuk mengembangkan pengetahuan, keterampilan dan sikap mereka.84
84
Berdasarkan pengertian tersebut dapat disimpulkan bahawa kurikulum itu adalah merupakan landasan yang digunakan pendidik untuk membimbing pelajarnya ke arah tujuan pendidikan yang diinginkan melalui proses pengetahuan, keterampilan sikap dan mental. Ini bermaksud bahawa proses Pendidikan Islam bukanlah suatu proses yang dilakukan secara biasa, tetapi hendaklah mengacu kepada konsep manusia secara sempurna (baik sebagai khalifah mahupun „abd) melalui perubahan pengetahuan, keterampilan dan sikap mental yang tersusun dalam kurikulum pendidikan Islam.
Pendidikan Islam berfungsi sebagai usaha manusia muslim memperkasakan pembentukan al-insan al-kamil melalui penciptaan situasi interaksi pendidikan yang kondusif. Dalam kedudukan yang demikian, pendidikan Islam adalah model kepada individu dan sosial yang paling berkesan untuk menyiapkan dan menciptakan bentuk masyarakat ideal pada masa hadapan. Seiring dengan konsep memperkasakan masa depan umat, maka pendidikan Islam seharusnya memiliki isi kandunagan atau bahan yang akan diubah kepada pelajar agar menjadi milik dan keperibadiaannya sesuai dengan identiti Islam. Untuk itu, perlu dirancang suatu bentuk kurikulum pendidikan Islam yang sepenuhnya mengacu pada nilai-nilai asasi ajaran Islam. dalam kaitan inilah diharapkan filsafat pendidikan Islam mampu memberikan kompas atau arah terhadap pembentukan kurikulum pendidikan yang Islami.
Dengan munculnya pelbagai perubahan yang sangat cepat dalam semua aspek serta perkembangan paradigma yang baru dalam kehidupan sebangsa, senegara dan bermasyarakat. Pada awal milenium ketiga ini, kurikulum Pendidikan Agama Islam Sekolah Dasar (SD) telah berkembang secara nasional iaitu yang
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
a) Lebih menitikberatkan pencapaian pencapaian kecekapan (attainment targets) dalam penguasaan bahan pengajian.
b) Lebih mengakomodasikan keperluan yang pelbagai dan sumber pendidikan yang tersedia.
c) Memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada pelaksana pendidikan pada peringkat lapangan untuk mengembangkan dan melaksanakan program pembelajaran yang lebih sesuai dengan keperluan85.
Walaupun kurikulum nasional ini lebih bersifat global berbanding dengan kurikulum pada tahun 1994, model ini diharapkan dapat membantu para guru kerana dilengkapi dengan pencapaian Pendidikan Agama Islam yang lebih jelas iaitu bahan yang setaraf, hasilan standard pelajar dan prosedur pelaksanaan pembelajaran. Meskipun demikian, keadaan sumber daya pendidikan di Indonesia sangat mengharapkan keseragaman di dalam memahami standard nasional yang sebenar supaya dapat memepengaruhi pencapaian Pendidikan Agama Islam mengikut kecekapan dasar yang telah ditetapkan. Untuk itu, perlunya rumusan semula tentang kurikulum yang berasaskan kepada kecekapan dasar yang diharapkan dapat menjamin pencapaian dasar nasional di dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam.
85 Departemen Pendidikan Nasional Indonesia (2003), Standard Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam Di Sekolah Rendah, Jakarta, h. 2.
2.9.1 Sruktur Kurikulum
Jadual 2.1 Struktur Kurikulum SDIT Al-Azhar Jambi
Komponen
Kelas Dan Peruntukan Waktu
I II III – V VI A. Mata Pelajaran : 1. Pendidikan Agama 4 4 2. Pendidikan Kewarganegaraan - - 3. Bahasa Indonesia 8 8 4. Matematik 8 8
5. Ilmu Pengetahuan Alam 4 6
6. Ilmu Pengetahuan Sosial TEMATIK 4 4
7. Pendidikan Jasmani, Olahraga dan Kesihatan 2 2 B. Muatan Lokal : 1. Kertakes 2 2 2. PLKJ 2 2 3. Bahasa Inggeris 4 4 4. Bahasa Arab 4 4 5. Tahfadzul al-Qur’an 8 8 C. Pengembangan diri : 1. Kepanduan 2 2 2. Teknologi Informasi 2 2
Jumlah jam pelajaran per-minggu 54 54 54 58
Minit per-mata pelajaran 30 30 30 30
Jumlah minit per-minggu 1620 1620 1620 1740
2.9.2 Muatan Isi
Pada awalnya kurikulum yang digunakan oleh SDIT Al Azhar adalah KBK (Kurikulum Berasas Kompetensi) tetapi dengan kebijaksanaan yang telah dikeluarkan oleh pemerintah pada tahun 2006 adalah kurikulum KTSP (Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan) yang digunakan pada masa kini dan hakikatnya kurikulum ini adalah implementasi yang lebih sederhana daripada KBK. Pengisian kurikulum ini meliputi 8 mata pelajaran, 3 pengisian lokal dan 2 program pengembangan diri.
2.9.3 Standard Ketuntasan Belajar Minimal (SKBM)
Sesuai dengan kurikulum yang telah ditetapkan oleh pemerintah maka kurikulum sekolah perlu mengikut Standard Ketuntasan Belajar Minimal (SKBM). Manakala SDIT Al-Azhar akan ditetapkan SKBM yang sesuai dengan tahap kemampuan lembaga.
Adapun SKBM lembaga untuk 5 (lima tahun) ke hadapan adalah sebagai berikut:
Jadual 2.2 Standard Ketuntasan Belajar SDIT Al-Azhar Jambi
MATA PELAJARAN SKBM
I. Mata Pelajaran Utama
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM 2. Matematik
3. PPKn
4. Bahasa Indonesia
5. IPA (Ilmu Pengetahuan Alam) 6. IPS (Ilmu Pengetahuan Sosial) 7. KTK (Kesenian dan Keterampilan)
8. Penjaskes (Pendidikan Jasmani & Kesihatan)
: : : : : : : : 8.0 7.0 7.5 7.0 7.0 7.0 7.0 8.0
II. Mata Pelajaran Mulok :
Bahasa Inggeris 2. Bahasa Arab 3. TIK 4. Sempoa : : : : 7.5 8.0 7,5 8.0
III.Mata pelajaran Unggulan:
Tahfiz Ibadah : : 7.0 7.0 IV.Kegiatan Pembiasaan : Kepanduan : B
2.9.4 Kegiatan Pendukung Kurikulum
1. Outing Class atau belajar di luar kelas 2. Perkhemahan pelajar
3. Outbond pelajar iaitu kegiatan luar darjah seperti meniti tali, memanjat tebing dengan menggunakan peralatan khusus.
4. English Speaking Contest.
5. Kegiatan Ramadhan dan Aldilfitri.
6. Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia. 7. Munakhasah / pengijazahan al-Qur’an.
8. Loketa. 9. Ifthar Jama‟i.
10. Pertandingan hafazan.
11. Mabit/bermalam khusus peringkat VI. 12. Kepanduan (PRAMUKA) setiap Jumaat.
2.10 Pelaksanaan Kegiatan Pembelajaran